speaks her mind…

Archive for October, 2008


Ayat-ayat Cinta

   “Antara cinta dan keinginan untuk memiliki… ianya tidak sama…” Itulah kata-kata yang I nak sangat quote, letakkan in my blog, words from filem Ayat-ayat Cinta. Kata-kata tu diucapkan oleh watak Maria pada suaminya Fahri masa Maria dah nak mati. Why did I watch this movie pada masa final exam dah sangat dekat dan waktu tu assignment bertimbun? Because I know that the film was based on a very popular novel written by a famous writer from Indonesia. Novel tu terjual beratus ribu unit, and according to my friends yang dah baca novel tu, it is a worth reading indeed. Since I seorang yang pemalas nak baca buku tebal-tebal, so I never make effort tu find the book, even though actually I ni seorang yang tahu menghargai dan menilai sastera.

   Yes, jalan cerita Ayat-ayat Cinta sangat menakjubkan, penuh dengan pengertian dan isi tersirat, and the script has really caught my attention. I don’t know macam mana perjalanan ceritanya di dalam buku, but congratulations to the film makers who had successfully menggarap film ini dengan sangat cantik! I menghayati filem ini dengan penuh perasaan, sampai menangis teresak-esak, despite gangguan-gangguan major and minor from the kids. To my surprise, rupa-rupanya Abang pun tengok filem ni juga. Knowing Abang, Abang is not a kaki tv, tengok berita pun kat internet aje. But that night when Ayat-ayat Cinta was on air on TV3, his officemates buka cerita tu dan paksa Abang tengok. Heh… diorang tahu Abang tengah kemaruk rindukan isteri who is 700 km away! Thanks Abang for watching the film, so that I tak payah cerita panjang lebar kat Abang dan feeling sorang-sorang, penat tau nak usaha suruh Abang hayati apa yang I hayati. I selalu kutuk yang Abang ni “kayu”, because he cannot be a romantic person naturally, always has to be forced and be taught!

   Dalam filem ni, watak Fahri adalah seorang budak lelaki baik, religious, good looking, ada karisma, blur sikit-sikit, nerd… semua characters tu mengingatkan I pada Abang! Itulah pandangan I pada Abang masa I admired Abang dari jauh zaman muda-muda dulu. I don’t care apa pandangan orang-orang lain yang juga kenal Abang waktu tu if they do not agree with my views, but once upon a time Abang memang macam Fahri. Ramai orang jadi secret admirers of him. Ada yang sebaya, ada yang lebih muda, and even ada yang lebih tua. Ada yang his schoolmates, ada yang jumpa masa wakil sekolah as Abang was actively involved in debate, ada yang kenal Abang melalui orang tengah, macam-macam.  Waktu tu of course la Abang tak cerita kat I. Only then when I got married to Abang, baru I discovered berkotak-kotak surat from girls, they were nicely kept by my mother in law. I tak tahu kenapa Abang tak appreciate all those letters. But to gain my self esteem, I conclude that Abang tak appreciate surat-surat tu sebab Abang dah bagi hati dia kat I… pehh!!! Err… actually surat-surat I pun Abang tak jaga elok-elok, my mother in law yang took initiative to keep them all.

   That’s why bila tengok situasi Fahri dalam Ayat-ayat Cinta ni, I berfikir, menilai dan bermuhasabah. Mungkin Abang taklah sangat berada dalam dilema on who to choose at that time, sebab kitorang bercinta right from the beginning of our friendship, so perempuan-perempuan lain tu sekadar datang dan pergi aje dalam hidup Abang. Ye ke? I really hope so. Tapi I cuba bermuhasabah tentang perasaan perempuan-perempuan yang menyimpan perasaan dalam diam terhadap Abang. Bila tengok Ayat-ayat Cinta, even muslimah yang solehah pun boleh menangis kecewa gila bila Fahri berkahwin dengan perempuan lain. Dan perempuan-perempuan ini sanggup berkorban dan membantu Fahri apa saja dalam usaha untuk memenangi hati Fahri. Sampai ke satu tahap, agaknya dah tak dapat bendung perasaan, mereka menulis surat cinta buat Fahri. But as I’ve mentioned earlier, Fahri ni ala-ala blur and nerd, so semua surat-surat tu diberi pada tok gurunya untuk disimpan, no reply, no response. Wah… frust menonggeng all the girls. My subconscious mind nak juga relate kan filem ni dengan Abang. Agaknya mungkin itulah yang terjadi suatu masa dahulu, bila Abang tak pernah return their hope. And please bear in mind, Abang and I bercinta diam-diam, we did not make it public. So now I try to imagine apa perasaan peminat-peminat Abang bila Abang menolak mereka tanpa penjelasan yang Abang has already had someone special.

   “Antara cinta dan keinginan untuk memiliki… ianya tidak sama…” Dalam sungguh maksudnya tu. Dalam Ayat-ayat Cinta, hubungan Fahri dan isteri pertamanya, Aisha, benar-benar berlandaskan cinta. Tapi hubungan Fahri dengan isteri keduanya, Maria, mungkinkah sekadar kerana keinginan untuk memiliki? Something to ponder… Selalunya itulah yang terjadi pada lelaki yang berpoligami. Isteri pertama memang dinikahi kerana cinta, tapi perkahwinan berikutnya selalunya tidak setulus perasaan pada yang pertama. Abang, I really love you…!!! I don’t think any woman out there yang memiliki cinta sedalam yang I rasa terhadap Abang. At least mungkin itu saja yang I lebih berbanding perempuan lain, something more that I could offer untuk Abang. Rupa, harta, keturunan, akhlak, agama, mungkin I tewas pada perempuan-perempuan lain dalam faktor-faktor itu. And I rasa, I akan sanggup berkorban untuk Abang lebih daripada perempuan-perempuan lain sanggup. Macam dalam filem tu, betapa susah payahnya Aisha berusaha untuk membebaskan Fahri dari penjara, walaupun terpaksa mengorbankan hati dan perasaannya sebagai seorang wanita. Hmm… memang pressure berkahwin dengan seorang lelaki yang hebat. Even sampai sekarang pun, kawan-kawan Abang yang nakal selalu mengusik nak mengenenkan Abang dengan seseorang, mentang-mentanglah I sekarang tinggal berjauhan. Takpe, bak kata Abang, kalau kita pelihara hubungan kita dengan Allah, Allah akan peliharakan hubungan kita sesama manusia…

Zina

   Tadi I baru dapat forwarded e-mail from a close friend of mine from Bintulu. She is a muallaf, a Chinese woman who got married to Abang’s best friend, back in his time in UTP. In fact, kitorang yang mengenenkan this couple. Akak tu selalu datang rumah I untuk belajar mengaji. But actually I don’t think she had learned much from me, sebab masa tu dia memang dah pandai mengaji Al-Qur’an walaupun baru setahun dua peluk Islam. So it turned out that kitorang bukannya buka buku Iqra’ tu, sebaliknya sembang sakan sampai lewat malam. I salute her very much! Just imagine, dia masuk Islam pada pagi hari Jumaat, Zuhur hari yang sama, dia dah performed her first prayer as a Muslim! Dia masuk Islam bukan ikut-ikut, but after long research and studies by her own initiative. So bila dia embraced Islam aje, she had already possessed a very good foundation and understanding about Islam. Sampaikan I rasa, now she is a better Muslim than many of us. Kita yang born as Muslims ni most of the time take for granted tentang keperluan untuk terus menuntut ilmu agama sampai ke liang lahad. Kita selalu rasa setakat tahu solat, hukum hakam yang basic, tahu mengaji lebih kurang, itu dah cukup. Sedangkan kakak yang muallaf ni, dia tak henti-henti menuntut ilmu agama sampai sekarang. I berani bet, silap-silap pengetahuan dia tentang Islam lebih mendalam berbanding kita semua yang konon-kononnya Muslim sejati ni.

   Kakak tu memang selalu forward e-mails kat I. Cara nak menuntut ilmu tak semestinya dengan attend kelas dan kuliah aje kan, belajar melalui e-mails pun boleh, provided that you verify and clarify dulu any information that you get. Hari ini e-mail dia tentang hukuman rejam yang dilaksanakan di Iran, siap dengan attached photos lagi. And ada satu slide tu from Amnesty International, guidelines tentang batu yang boleh digunakan dalam hukuman rejam sebagaimana digariskan dalam hukum Islam. It was stated there, killing an adulterous through stoning is not against Islam, tapi pemilihan batu yang salah itulah is against Islam. Kalau tengok gambar tu memang ngeri, direjam oleh a crowd of people sampai mati. Ada penzina lelaki, dan ada juga penzina perempuan. Itulah hukum Islam pada penzina yang telah berkahwin. I am not sure apasal Amnesty International which concerns about human rights highlighted this issue. Mungkin nak kata hukum Islam ni zalim ke, kejam ke, entahlah. But one thing they valued, bagaimana halusnya hukum Islam di sebalik ketegasannya, hinggakan pemilihan batu untuk merejam pun perlu mengikut specification.

   Negara macam Iran, diorang laksanakan hukum hudud. Malaysia? Walaupun gah dengan Islam Hadhari, kita masih tak berani nak laksanakan hukum hudud. I am not against hudud, of course orang Islam tak boleh pertikaikan hukum Allah. Tapi sesekali dapat e-mail atau baca tentang perlaksanaannya, memang ngeri, sampai kita terfikir, sanggup ke pelaksana hukuman tu execute the punishment, takkan tak timbul sedikit pun simpati? Maka sebab itulah si pelaksana mestilah carefully screened and selected so that the purpose of the punishment mencapai matlamatnya. Dan perlaksanaan hukuman mestilah di khalayak ramai, sebab tujuannya selain untuk menghukum pesalah, juga untuk memberi pengajaran, peringatan dan amaran pada masyarakat supaya tak melakukan kesalahan tu.

   Naluri kemanusiaan kita sometimes menolak hukuman ngeri sedemikan. Tapi adakah kita lebih bijaksana dari Allah? Dalam Al-Qur’an, hukum hudud terang-terang dinyatakan untuk beberapa kesalahan. I cuma nak highlight hukuman untuk penzina. Kalau belum berkahwin, disebat 100 kali. Kalau dah berkahwin, direjam sampai mati. Kalau menuduh zina pada orang yang tak bersalah, disebat 80 kali. Kenapa Allah terang-terang dalam Al-Qur’an membenci perbuatan zina dan menghukum secara specific pada kesalahan itu? Dan hukumannya sangat berat! Teringat zaman sekolah dulu, memang belajar pasal hudud, tapi ustaz ustazah tak berani nak elaborate lebih-lebih, sebab against undang-undang dunia ciptaan manusia yang digunapakai di Malaysia. Mahkamah Syariah kat Malaysia, khalwat atau zina, hukumannya cuma denda RM1000 atau penjara a few months. Orang-orang kaya tak heran langsung, orang-orang miskin boleh aje usaha cari duit. Tambah pulak pegawai penguatkuasa yang macam malas aje nak tangkap orang, kalaupun diorang komited, ada aje orang besar yang boleh halang.

   Allah benci sangat perbuatan zina kerana zina merosakkan keturunan, merosakkan perhubungan sesama manusia dan menyebarkan penyakit. I bagi contoh senang aje. Cuba tengok a few episodes dalam drama series Nip/Tuck, Grey’s Anatomy and Desperate Housewives. I know many of my friends out there yang suka tengok drama ni. I tengok juga, but I am not a fan, I only watch bila kebetulan masa tengah tengok tv ada cerita tu, but I never follow every episode. Tiga drama ini adalah contoh dalam masyarakat tentang betapa merebaknya budaya zina. Bagi orang kafir pun, hidup mereka dah miserable enough dengan zina, walaupun mereka boleh accept hubungan seks sebelum kahwin. Kerana affair, hubungan rumah tangga goyah. Kerana affair, sahabat baik, kawan sekerja atau sesama jiran boleh bertelagah. Kerana affair, mereka menjalani hidup dengan tak tenteram, walaupun kononnya dalam drama ni nak tunjuk yang despite all the affairs the quality of their works never get affected. Dan yang paling I bosan ialah issue, sebenarnya ini anak siapa? Memang rosak keturunan diorang! Dalam Islam, keturunan sangat penting untuk dijaga. Soal mahram, soal pembahagian harta, soal bin binti, bukannya issue kecil.

   I memang cukup against dengan hal-hal zina ni. But I am very interested in criminal law. My perception towards zina might probably result to prejudice and biasness andai katalah satu hari nanti I have to counter and deal with this issue. Bayangkan kalau I dapat case untuk membela seorang perogol, the intercourse was actually consensual, but bila si perempuan ni pregnant anak luar nikah, and the man does not want to be responsible, maka waktu tu baru nak file report kena rogol. I believe that through out my journey in law school, of course I will be trained on how to deal with this kind of issue, so that taklah dipengaruhi oleh emosi, pandangan peribadi and so on. Anyway, zina bukan sesuatu yang asing dalam masyarakat kita. I tahu ada di kalangan kawan-kawan I yang terlibat dengan zina. I pity them for engaging in that. Kalaulah diorang boleh duduk sejenak berfikir tentang bahaya zina, hukum Allah tentang zina, kesan perbuatan zina… Tapi yelah, macam yang kitorang belajar dalam kelas law, hukuman Tuhan tak nampak sekarang dan tak segera, sebab tu orang take for granted. Ada yang dah berzina bertahun-tahun, tapi hidup diorang tak pernah sial pun, seolah-olah sentiasa terlepas dari perhatian Allah. Tapi kalaulah orang boleh nampak depan mata hukuman hudud pada penzina, Insya Allah semua orang takut untuk berzina. And bear in mind, sekejam-kejam penilaian fikiran kita terhadap rejam sampai mati atau sebat tu, hukuman Allah kat akhirat nanti pastinya lebih teruk dan dahsyat!

Demam

   Sabda Nabi Muhammad SAW, penyakit yang paling disukai baginda ialah demam, kerana setiap sakit itu penghapus dosa, dan bila kita demam, seluruh anggota badan terasa sakitnya, maka Insya Allah terhapuslah dosa-dosa yang dilakukan oleh anggota badan kita tu. Betul juga kan? Kalau batuk, tekak aje yang terasa perit, kalau selesema, hidung aje yang rasa tak selesa, tapi kalau demam, habis every part of the body gets affected. Right now I terasa gaya-gaya nak demam, but I couldn’t let myself to have fever now. Since last weekend up to now, all four of my kids get fever. Bermula dengan Adham, I thought demam sebab nak naik gigi. Then Zara pulak demam, sekali dengan cirit-birit dan muntah. Lepas tu Imah pun sama, and lastly, Amjah pun berjangkit juga. Now, besides fever, semua pakat cirit-birit dan muntah-muntah.

   For me, fever is a good sign. It indicates that the defence mechanism of the body works well. In other words, the body is fighting whatever intruders that enter the system, be them bacteria or viruses. Based on my past experiences, my kids ni kena viral infection, sebab tu perut diorang tak selesa. The normal defence mechanism membuatkan diorang cirit-birit, sebab perut nak excrete semua yang tak elok. Ini ayat orang kebanyakan la. I know my friends who are doctors out there yang boleh bagi medical explanation. Up to now I tak tahu apa puncanya, might be food poisoning. Maybe I pun affected juga, cuma for adults the resistance is stronger, perhaps that is why I tak suffer seteruk my children. But after a few days taking care of them, plus last minute work to finish the assignment, plus depression due to three tests last week, plus the pressure being just two weeks away from my final exam, plus not having quality rest and sleep because I have to look after them during the night… now, I rasa macam nak demam. In my case, the fever is not because of the defence mechanism, but as a reminder that my body needs a break!

   But as a mother, naluri dan kekuatan yang Allah anugerahkan pada setiap ibu membuatkan you could put aside all those weak feelings. Yes, I am too tired and depressed enough with my studies requirement, yet I have to be energetic and alert to look after the kids. I got enough lesson masa Zara kena sawan dulu, due to high fever that reached 39 degree Celcius. Masa tu Zara was 7 months old, 39 degree for adults dah cukup panas, for such a young baby apatah lagi. Sangat menakutkan menyaksikan dia kena sawan. So that’s why every time my kids demam, I memang takkan tidur malam. Every four hourly kena kejut anak-anak untuk makan ubat. The medicine is not effective instantly, so sementara badan nak cool down, kena renjiskan air kat kepala dan badan diorang. Sometimes diorang muntah dan cirit-birit at odd hours, pukul 2, 3, 4 pagi… terpaksa uruskan diorang, basuh baju, basuh toto dan cadar, mop lantai, all have to be done waktu tu juga, sebab esok pukul 8 pagi dah kena pergi kelas. Badan memang penat, but our mind surprisingly triggers the extra strength within, membuatkan kita mampu tak tidur sepanjang malam, and early next morning continue our routine as usual. I tak pernah ponteng kelas lagi setakat ini, walaupun dalam kelas, fikiran kita dok ingat kat anak. And I tak pernah fail lagi to do revision and be well prepared for every test, walaupun anak-anak tengah tak sihat and the degree of their kerenah become doubled or tripled.

   I tak bawa diorang pergi clinic, sebab balik-balik akan dapat ubat yang sama. Dah berlambak stock ubat kat rumah, and I dah tahu ubat apa yang akan diberi, so I just buy them over the counter kat pharmacy. Satu lagi yang I tak berkenan, sometimes the doctors ni, bila dia tengok kita ada insurance, unlimited coverage pulak, senang-senang aje masukkan dalam ward. Actually I seronok juga kalau my kids masuk ward, because you get help from the nurses, every hour the nurses will come and monitor. But I hate the feeling of being stucked in a room without anything to do except watching tv and uruskan anak. The specialist will come twice or thrice a day, pegang lebih kurang, cakap lebih kurang, tulis lebih kurang, and then charge you gila-gila. Actually soal bil hospital tak pernah jadi problem, because ING tanggung semua. Tapi buat apa nak bazirkan duit dan masa pada perkara yang sebenarnya boleh dielakkan. Penat kalau anak masuk ward ni, walaupun nurses tolong monitor anak kita, tapi penatnya lebih penat dari jaga sendiri anak kita in our own comfortable home. Memang la nurses yang tolong kemas cadar kena muntah, tapi nak basuh-basuh anak kita, our own toilet kat rumah lagi selesa.

   So sekarang ni I masih bertahan lagi. As long as all of my kids masih aktif despite their condition, I think they will be okay in a few days. Lepas muntah dan cirit-birit, diorang sambung punggah toys dan sepahkan rumah, bergaduh, menjerit, berlari, aktif macam biasa aje. And the most important thing is, they don’t lose their appetite. So diorang compensate balik apa yang body diorang dah hilang, taklah kena dehydration pulak. Normally kalau diorang hilang selera makan lepas muntah dan cirit-birit, at that time memang I will not take the risk, I will ask the doctor to get them warded, masuk drip. I really hope that in a few days, diorang akan sihat balik. By that time, Abang akan balik rumah Sungai Petani. Masa tu I nak qadha balik all the rest and sleep that I’ve been missing all this while. Serious sleep deprivation! I want to give some space to my body, masa tu kalau nak demam pun, demam la. Tender jaga anak boleh bagi kat Abang. Hmm… memanglah anak-anak ini ujian Allah buat kita…

Imam

   Zaman anak dara dulu, I selalu attended majlis ilmu. First, sebab memang minat nak tambah ilmu, to gather something that you could not gain from the school syllabus, additional knowledge, especially bab-bab agama. Second, sebab masa tu takde tanggung jawab lagi. Tak macam sekarang, anak-anak dah berderet, nak pergi mana-mana kena buat pre planning gila-gila. My mother is a very hardworking mother, almost all of the house chores are done by her, zaman sekolah dulu kitorang takat tolong basuh pinggan dan sidai kain aje. No wonder la lepas kahwin I kena kutuk dengan my parents in law sebab tak reti buat kerja rumah. Third, because at that time I was living in Kota Bharu, bumi serambi Makkah, majlis ilmu merata-rata, up to you aje nak pergi ke tak. Plus my parents made it family programs to attend majlis ilmu, especially weekly kuliah by Tok Guru Nik Aziz every Friday morning. How I miss those days!

   Satu ilmu yang I dapat, yang I kira sangat precious in my life, satu ilmu yang I applied and has proven kebenarannya, now I would like to share it with everybody. Ada sorang ustaz tu, kalaulah I boleh ingat siapa dia, dia bagi petua macam mana nak menilai seorang lelaki, sama ada boleh jadi pemimpin dan ketua keluarga yang baik. Masa tu most of the audiences adalah kaum perempuan. Kata ustaz tu, penilaian yang paling tepat ialah, tengok macam mana cara gaya si lelaki itu mengimamkan solat. Waktu solat adalah waktu menghadap Allah, khusyuk atau tidak, memang kita tak mampu menilainya, tapi apa yang terzahir dalam solat itulah mencerminkan peribadi dan sifat si lelaki. Ustaz tu sarankan, kalaulah ada lelaki datang nak merisik atau meminang anak dara kita, suruhlah dia mengimamkan solat, perhatikanlah macam mana performance dia. Kalau si lelaki tu dah biasa solat, lebih-lebih lagi dah biasa jadi imam, dia takkan gabra semacam, taklah terketar-ketar angkat takbir. Dia boleh baca Al-Fatihah dengan lancar, rukun fi’li pun dapat ditunaikan dengan sempurna, solatnya penuh tertib dan tawadhuk. Kalau dapat lagi extra qualities, dia mampu baca bacaan dalam solat dengan betul tajwidnya dan sedap alunannya dan dia berupaya baca doa-doa yang masyhur. Kata ustaz tu, kalau dapat lelaki yang begini, Insya Allah itulah cerminan dirinya, tentang keupayaannya menjadi suami dan ayah yang soleh.

   That was how I evaluated Abang! Memang we were in love since I was in form one, but then I lari from the boarding school, sejak itu kitorang PJJ aje, percintaan jarak jauh. I tak nampak perkembangan Abang di usia remajanya. Setakat tulis surat, telefon dan e-mail, semua orang boleh berlakon. I admit, masa tu pun I berlakon, konon-konon baik gila la, padahal kat rumah terjerit-jerit kat adik-adik sampai mak kata, suara I boleh dengar sampai hujung jalan! Maybe Abang juga berlakon, jadi baik gila dalam surat, kat luar entah macam mana, manalah I tahu. I risik-risik juga dari orang, I dapat tahu Abang jadi Pengerusi Badan Dakwah, wah… supposed to be warak and alim gila la kot!

   When I was in matriculation, I got the chance. Ada satu hari tu Abang datang visited me in the hostel. Masa tu Abang was a UTP student, he was on the way balik rumah dia from Perak, singgah dulu kat tempat I kat PJ tu. So dia tengah musafir, entitled to jamak his solat. I requested him to be an imam, asked him to perform his solat in full, tak payah qasar, so that I boleh jadi makmum. Abang did not refuse at all, first good sign for me, that Abang memang dah biasa mengimamkan solat. Sayangnya waktu tu waktu Asar, so Abang tak perlu baca bacaan dengan suara kuat, I couldn’t hear sejauh mana eloknya bacaan Abang. Please take note, my requirements are high bab-bab bacaan Al-Qur’an ni, because I have mastered ilmu tajwid very well, so I expected my husband to be as good as me. Tetapi I menilai cara Abang solat, ketepatan pergerakannya, keprihatinannya pada pergerakan makmum, dan ketertiban antara rukun. Huh… dalam tak sedar, sekarang ni I tengah reveal kat semua, betapa tak khusyuknya solat I waktu tu, konon nak evaluate orang! Peh!

   Dan ketika itulah I was almost sure that Abang lah pemimpin hidup I di dunia dan akhirat. Abang succeeded with flying colours! Cinta, cinta juga. Tetapi katakanlah pada waktu itu Abang kantoi in my assessment tu, I think I would have no doubt to reconsider our relationship. Yelah, nak pilih calon suami, calon ketua keluarga yang nak dibina, calon ayah kepada zuriat kita, mestilah selective kan! Dan selepas peristiwa itu, kami mula membincangkan soal perkahwinan dengan serius, bawa ke pengetahuan parents, who at that time dah sedia maklum pasal perhubungan kitorang.

   I think esok-esok kalau datang pemuda nak meminang any of my daughters, I will again do the same assessment, tengok cara dia mengimamkan solat. And I will be very particular about every single thing. Kira kalau budak lelaki tu lulus, memang hebat la! Yelah, nak lepaskan anak dara kita kat orang lain, takkan nak pilih sembarangan orang. Inilah juga nasihat yang I mampu berikan to all my friends yang masih mencari-cari calon suami, yang masih tertanya-tanya adakah pakwe diorang sekarang boleh menjadi pemimpin rumah tangga yang baik. Sometimes I wonder, in selecting their boyfriend, what comes first? Adakah sebab rupa, sebab akhlak, sebab harta, sebab glamour, sebab cinta yang buta… entahlah. I bukanlah nak kutuk sesiapa, tapi adakalanya si mamat ni sangatlah tak berakhlak, tak sembahyang, playboy, but yet still ramai girls yang tergila-gilakan dia. Lelaki macam tu, buat kawan pun belum tentu mendatangkan faedah buat kita, apatah lagi kalau nak dibuat suami.

   I tergerak untuk menulis this entry sebab tadi lepas test, I terus ke surau untuk perform solat Isyak. Sementara wudhuk masih ada. Nanti kalau dah balik rumah, tak sempat letak punggung, macam-macam hal, anak nak susu, anak berak kencing, anak bergaduh, anak nak tidur, at last esok pagi pukul 5.30 baru solat Isyak. To my surprise, there were 2 boys from my batch tengah perform solat Isyak berjemaah. I terus joined. The imam is my classmate, tak rapat sangat dengan dia, but I know he is a good boy. And he managed to lead the solat very well, sampaikan I boleh menitis air mata. Dia tak tahu pun ada sorang makmum perempuan kat sebelah muslimat, so I know he didn’t control or pretend. Jarang I menitis air mata dalam solat berjemaah. I doakan imam tu beroleh isteri solehah, kerana Allah dah janji dalam Al-Qur’an, perempuan yang baik Allah telah tuliskan untuk lelaki yang baik. Suami adalah pakaian isteri, dan isteri juga adalah pakaian suami. Hmm… I miss Abang very much! Dah lama tak solat berjemaah dengan Abang.

Letters

   How I developed my interest in writing? I guess the good traits of writing and language skills within myself are contributed by both mak and ayah. During my mother’s time in STF, she was the editor for the school magazine. And she was a debater too, she was the best speaker in Debat Bahasa Melayu, Piala Perdana Menteri back in 1974. I would also give tribute to my father, he is very good in using languages, both Malay and English. But he rarely gets the chance to sit and write. If you manage to read his writings, gaya penulisan ayah sangat penuh sastera, with proper words chosen, dengan lenggok gaya bahasa yang cantik, and most importantly his unique style in putting his idea into words.

   I tak tahu sejak bila mak and ayah perasan tentang bakat menulis yang I ada. As far as my memory could get, rasanya when I was 5, I wrote my first short essay about Pasar Tani, and the writing is kept by my father until now. Then I could clearly remember when I was in standard 1, back in 1989, ayah was attached in US for two months. Masa tulah ayah ajar kitorang how to write letters. During that time, only me, Abang Long and Abang Ngah yang dah pandai menulis. So we would write post cards or letters to ayah in US and mak would help to post those. Within that two months, slowly I developed my passion in writing letters. Not that I dah tak minat mengarang, but when I wrote stories, most of the time I didn’t get feedbacks. When I wrote letters and the persons replied, it excited me somehow. That’s how it started. Bila ayah dah balik Malaysia, I tak tahu nak tulis surat kat siapa. Then ayah ajar tulis surat tanya khabar kat saudara-mara, so every month I wrote letters to my uncles and aunties. Diorang pulak tak pernah jemu replied, memang sporting. Please bear in my mind, 1980’s and 1990’s bukan macam sekarang. Waktu tu telefon sangat mahal, perkataan e-mail belum wujud lagi, chatting apatah lagi.

   Masuk darjah 5, I mula pandai cari penpals. Rasanya perkataan “penpal” dah nak pupus dah sekarang. Buka majalah, cari kat ruangan sahabat tu, picked anyone and tried my luck. Memang seronok kalau diorang replied. And I akan replied balik, so the friendships went on for several years. Sometimes diorang balas lambat, ternanti-nanti postman datang rumah. Balik dari sekolah, benda pertama I terpa ialah post box. Kalau dapat surat, hilang penat satu hari pergi sekolah. Pernah sekali tu I ketagih terima surat, I wrote a letter to my classmate who was sitting just beside me in the class, tapi I posted surat tu ke rumah dia, disertakan sampul surat beralamat sendiri siap bersetem lagi, suruh my friend tu balas melalui pos. Bengong kan! Tapi tak semestinya I appreciate surat bersetem aje, sometimes my schoolmates hantar surat conteng-conteng atas kertas pun, itu pun dah cukup menggembirakan. Padahal boleh aje nak jumpa, cakap face to face, but the sensation of receiving letters tu tak tergambar! 

   Then masa form one, I was far away from family and friends, continuing studies in boarding school. Dah dapat reasons untuk terus menulis surat, especially for my primary school friends, konon-konon tak nak persahabatan terputus la. Trust me, I cipta rekod sebagai student paling banyak dapat surat during my time in SHAH Pekan! Tak percaya, tanya warden, or tanya ketua dorm yang selalu ambilkan surat-surat I kat bilik bacaan. Paling best time nak raya, kad raya yang I dapat boleh muat 2, 3 kotak kasut! Then when I was in form two, I lari dari SHAH Pekan sebab tak tahan duduk asrama, I moved to Kota Bharu, living with my family. Dapat lagi satu reason nak menulis surat, tambah lagi the number of friends in the list to write to, again, konon-kononnya tak nak terputus hubungan dengan kawan-kawan kat SHAH tu.

   When it’s about writing letters, normally I was the one who first made the move. Selalunya I yang tulis surat dulu, my friends replied. Kad raya pun, selalunya I yang sent dulu, first week of Ramadhan lagi dah siap semua. I was actively, I mean very actively, writing letters sampailah kat matriculation. As we grew older, entahlah sebab sibuk dengan exam, or dah sibuk bercinta and lebih utama menulis surat kat pakwe, or maybe dah lost the sense of friendship, maka semakin lama semakin kurang yang balas surat-surat I. Memang quite disappointed. I never bothered about the time and money spent in writing letters, tak pernah kisah jalan jauh-jauh pergi post office, but then bila ramai dah abandoned the long distant friendships between me and them, I pun mula tawar hati. Slowly I pun makin jarang menulis surat.

   Now the information technology is far advanced. Memang kolot dan koman la kalau masih tulis surat lagi. Nak berhubung dengan kawan-kawan, guna internet aje, ada e-mail, ada chat rooms, ada messenger, ada Friendster… But still deep down in my heart, I still favour writing letters most. Zaman dah ada anak berderet ni, sadly to say, I langsung tak pernah terima any personal letters dah. Surat-surat yang sampai ke post box hanyalah formal letters, kalau ye pun personal letters, hanyalah kad-kad jemputan kahwin. Sesekali ada juga I sent letters, but again and again and again no reply. Ada ke patut balas surat I yang 2, 3 muka surat dengan one SMS aje?!

   What triggers me to write this entry? Hari ni I baca blog one of my long lost friends, back in SHAH. She mentioned that she still keeps the letters I sent to her until today, she found the letters safely preserved when her family moved. Dalam tak sedar, dada I sebak, mata berair. Tak sangka, ada juga dalam ramai-ramai among my friends yang appreciate the letters I wrote. I juga sangat appreciate all the letters I received. Believe me or not, until saat ini, I still keep all the letters I received since 1993, takde satu pun yang I buang tau! Before 1993, masa tu I bodoh lagi, letak barang merata-rata, so all the letters had gone. Bukan setakat simpan ribuan surat-surat tu, tapi siap dengan collection of data lagi, bila I terima surat tu, from whom, surat tu dihantar ke mana, pendek kata, they are nicely organized! So kepada siapa-siapa yang pernah jadi my penpals, yang pernah hantar surat kat I, jemputlah datang ke rumah kalau nak tengok gaya tulisan korang zaman-zaman sekolah dulu. Dan boleh baca balik all the letters, tengoklah betapa nerd dan tak matangnya kita masa tu. How I miss those days! The days pakcik posmen tertanya-tanya, siapalah budak Asiah Abd Jalil yang asyik terima surat ni!

Living apart

   On the way back to Sungai Petani from Pagoh I had a long discussion with Abang pertaining our future. I am clear about myself, almost for sure that by April or May next year I will be moving to Shah Alam, bring along all the kids with me, and stay in Shah Alam for the next three years. To do degree in law in UiTM, the only choice is in Shah Alam. Memang degree in law ada offer kat UiTM Kuantan, tapi yang tu untuk pelajar luar kampus (PLK), yang mana I don’t belong to that category. My plan is, after three years, I will apply to do chambering in Kuantan. Then I wish to work in Kuantan, live in Kuantan sampai pencen, besarkan anak-anak kat Kuantan. Itu perancangan for the next few years.

   But we are already tired and bored and suffered and macam-macam lagi yang negative sejak anak-anak and I tinggal berjauhan dari Abang. Sejak I continue studies ni la kitorang terpaksa living apart, something that we had been trying to avoid for so long, tapi terpaksa juga akhirnya. It was a tough and hard decision indeed, it involved so many emotions at first. My parents in law suruh berkorban sekarang, for the sake of our future. Especially my mother in law, she was so much regret sebab I tak habiskan belajar lepas kahwin. Not that she asks me to ease the burden of the family, but she adores my intelligence that she thinks sepatutnya dimanfaatkan sebaiknya. So both mak and abah mertua sangat gembira bila I nak sambung studies. Mulanya mak mertua offered nak jaga Imah and Amjah kat Johor. Tapi I tak bagi, tak sanggup nak berjauhan dengan anak-anak. Then Abang pulak nak bahagi 2 anak-anak, Abang jaga 2, I jaga 2. But yang tu pun I tak setuju, sebab tak nak pisahkan anak-anak dengan adik-beradik diorang. Imah, Amjah dan Zara tu, time gaduh, gaduh juga, tapi kalau sorang hilang dari mata, diorang bertanya, tahu pulak susah hati. So I bawa semuanya tinggal dengan I kat Sungai Petani.

   Memang sedih. Dulu sedih, sekarang sedih, sampai bila-bila pun selagi kitorang living apart ni, selagi tulah akan sedih. Anak-anak sangat rapat dengan Abang. Abang jenis ayah yang sanggup layan kerenah anak-anak, tak kisah nak uruskan anak-anak, sangat bersemangat nak mengajar anak-anak itu ini, in short, Abang is really a good father! I cakap macam ni bukan sebab Abang is my husband. Semua orang yang kenal Abang akan cakap macam tu. Kalau Abang ada kat rumah, anak-anak dah tak peduli kat I. Berak, kencing, mandi, nak tidur, nak makan, nak main, semua nak dengan Abang. Sebelum pindah Kedah dulu, Abang yang ajar anak-anak mengaji. Bila dah pindah, I cuba take over peranan Abang tu, tapi anak-anak tak nak, diorang nak tunggu jugak ayah diorang balik. “Imah tak nak mengaji dengan Ibu, Imah nak mengaji dengan Ayah aje!” Padahal kalau nak compare Abang dengan I, I lagi lembut dengan anak-anak. Kalau bab mengaji, Abang tu sanggup rotan kalau diorang main-main, but still they prefer Abang than me. Abang rajin bawa anak-anak ke surau, almost everyday, Abang nak anak-anak exposed to a good environment, dalam tak sedar, anak-anak akan slowly dekat dengan Allah. Tapi bila I bawa anak-anak living apart from Abang, diorang dah tak merasa ke surau. What a loss!

   Sometimes Abang calls me at odd hours, I know he is sad… Abang nampak anak orang, teringat kat anak-anak sendiri. I rasa selfish. I tak sanggup berpisah dengan anak-anak, I bawa semua ke Kedah. But how about Abang? Abang pun tak sanggup berpisah dengan anak-anak, but I leave him alone, kat rumah besar kat Kuantan tu. And how about the kids? Diorang pun sedih berjauhan dengan Abang. Lama sikit Abang tak balik, semua dah bertanya. Sometimes toys diorang rosak, tercabut tayar ke, tersangkut ke, semua nak tunggu Abang balik untuk repair, sebab diorang tahu Ibu tak pandai repair. The kids selalu tak sabar bila I cakap Ayah akan balik lagi 2 hari, sebab diorang tahu Abang mesti bawa diorang jalan-jalan kat Penang, or paling koman pun akan spend the whole 2, 3 days with them, and they don’t have to go to taska. Diorang suka mandi dengan Abang, sebab Abang bagi diorang main air, main sabun… tak macam I, semua nak buat express sebab I banyak kerja lain nak buat.

   I lagi pandai jaga anak, that is true! Abang selalu pakaikan diapers wrong size, ada M for Adham, L for Zara and XL for Amjah untuk malam aje, but Abang main belasah aje yang mana sempat. Abang selalu pakaikan seluar terbalik depan belakang. Abang selalu silap pakaikan baju anak-anak, sampaikan I rasa Zara yang baru 2 tahun tu lagi hafal baju adik-beradik dia daripada Abang sendiri. Abang selalu bancuh susu, then terlupa dia bancuh botol susu warna apa. We have many bottles at home which are in different colours, so that malam-malam buta tak payah basuh botol susu. So each time bancuh susu, I always take note botol susu warna apa, and at what time bancuh, so that tak la my kids terminum susu basi or tertukar susu baby dengan susu toddler. Abang selalu mandikan anak-anak, dah siap mandi baru bising-bising cari towels. Sometimes Abang tidur mati, anak-anak lanyak dia gila-gila pun, menangis nak susu ke, diapers dah lencun ke, Abang tak sedar langsung! But after all the weaknesses, Abang is still the best father to my kids. Bila Abang ada, anak-anak semua demand for Ayah, Ibu boleh pencen.

   So now comes the decision… Abang plans nak minta transfer ke KLCC or PERMATA Bangi next year. I tanya Abang, manager dia tak marah ke? Abang kerja dalam plant since he graduated, normally orang plant dah well trained to the nature of the work, bidang kerja dia tak sama dengan kerja dalam office ni. That’s why they are rarely being transfered, kalau transfer pun because of the employee’s own request, itu pun normally transfer pergi OPU lain dalam Petronas, tapi kerja kat plant jugak. This November, Abang has been selected to join three months training in Arab Saudi, tengok plant orang lain, belajar plant kat sana, with the hope that this exchange program will benefit the company. But then Abang nak minta transfer pula, rasa macam tak mengenang budi pulak. Tapi Abang cakap, dia dah penat living apart macam ni. Yes, I pun dah penat. Penat badan boleh tahan, tapi penat emosi yang tak boleh tolerate dah.