speaks her mind…

Archive for November 5th, 2008


Calon isteri

   This is totally my personal opinion, no offence kepada sesiapa yang terlibat. This is my blog, it is for me, a medium to pour my opinions and thoughts, untuk membebel sorang-sorang sebab I memang banyak mulut. My writings bukan untuk menjaga hati sesiapa, bukan juga untuk melukakan hati sesiapa in a direct manner, kalau indirect tu, mungkin jugaklah kot. I tahu ramai yang suka singgah kat my blog ni, feel free to give your own opinion, tak kisahlah whether you agree with mine or not.

   Do you believe seseorang itu akan berubah dengan mudah dan cepat setelah berumah tangga? Can you trust a change resulting from kononnya a deep and sincere love? Let me put it in other way. Ada sesetengah orang ambil mudah soal bakal isteri, tak kiralah macam mana pun si dia sekarang, konon-konon Insya Allah dia boleh diubah dan akan berubah after getting married. Kalau yang perempuan tak pakai tudung, boleh suruh or paksa dia bertudung lepas kahwin, gunalah kuasa veto sebagai suami. Kalau si perempuan jenis tak sembahyang, slowly lah nanti ubah dia. Kalau yang perempuan jenis liar, boleh didik dia lepas kahwin. Do you believe in that? Personally, I tak percaya pada perkara sebegitu. Memang ada banyak contoh sekeliling kita, betapa orang yang teruk boleh berubah jadi baik lepas kahwin. Tapi I tak percaya pada perubahan yang bersandarkan pada sesuatu. Pakai tudung sebab dah kahwin, sembahyang sebab suami suruh, berhenti buat maksiat sebab dah pegang status ibu. I tak rasa ianya perubahan yang ikhlas and most probably takkan kekal lama. Senang contoh, tengok aje artis-artis kita. Mula-mula rasa sejuk hati ni tengok diorang dah insaf, lepas kahwin terus berhenti berlakon or menyanyi, pakai tudung, jaga anak-anak kat rumah. Suddenly bila ada marital problem, bercerai, tiba-tiba diorang muncul balik dalam dunia seni, dan ada yang jadi lebih teruk dari zaman diorang belum kahwin dulu. Astaghfirullah!

   I tak ingat Imam yang mana satu, ketika seseorang bertanya kepada bapanya, bagaimanakah cara si bapa mendidik Imam ini sehingga menjadi sebegitu hebat, jawapan si bapa ialah, aku mendidik beliau 40 tahun sebelum beliau dilahirkan lagi. Apa yang dimaksudkan oleh si bapa ialah, ketika nak pilih calon isteri yang akan menjadi ibu kepada anak-anaknya, ketika itu pilih siap-siap wanita yang kuat background dari segi agama dan akhlak, bukan pilih sembarangan. Bear in mind, isteri yang dinikahi itulah yang akan melahirkan zuriat keturunan, yang akan mempengaruhi pendidikan awal anak-anak, bukan sekadar nak jadi pendamping suami untuk tatapan khalayak. Sebab tu kena pilih betul-betul. Rasulullah SAW dah ajar, nak cari isteri tengok agama dulu, yang tu paling penting. Kalau at the same time dapat juga kelebihan dari segi kecantikan, harta dan keturunan, itu rezeki.

   Ada lelaki ambil mudah. Kononnya dia berupaya untuk didik si isteri lepas kahwin. Tapi bila tengok si lelaki, dia pun berjalan bengkok, macam mana ketam nak ajar anaknya berjalan betul. Sometimes si lelaki adalah lelaki yang sempurna agamanya, tapi dapat isteri yang perlukan banyak amendment, bukan senang nak ubah seorang manusia. Lebih-lebih lagi kalau perubahan itu bersandarkan kekuatan cinta, bukan lahir dari hati yang benar-benar mahu. Mungkin si isteri berubah dek kerana cintakan suami, tapi andai kata Allah takdirkan cinta itu pudar, maka perubahan itu pun tak kekal lama. So I rasa, why not ambil jalan selamat, awal-awal lagi tak payah cari isteri yang jadi burden untuk kita, cari siap-siap yang dah elok. Buat apa nak engage into uncertainties, entah betul entah tidak dia nak berubah, entah mampu entah tidak kita nak ubah orang lain.

   I sungguh-sungguh percaya pada janji Allah dalam Al-Qur’an, bahawa wanita yang baik itu untuk lelaki yang baik, begitulah sebaliknya. Dan wanita penzina itu untuk lelaki penzina, begitulah sebaliknya. Dan Allah juga berfirman, hamba perempuan itu lebih baik andainya dia beragama. I percaya kalau seorang lelaki itu lelaki yang baik, he deserves to have a good wife, yang solehah. Takkan Allah nak menzalimi hamba-hamba-Nya yang soleh dengan mentakdirkan isteri yang tak baik untuk mereka? So I percaya, bila dia dapat perempuan yang tak baik sebagai isteri, itu adalah pilihan lelaki itu sendiri dan mungkin berpunca dari kelemahannya juga. Kalau si lelaki minum arak, takkan dia expect Allah nak bagi dia jodoh seorang ustazah? However I don’t deny ada juga lelaki yang baik yang Allah takdirkan dia beristerikan perempuan yang tak baik, in this case, I believe Allah nak uji si lelaki tadi.

   Kerana kepercayaan inilah, I menjaga diri sejak kecil, masa remaja, even sampai sekarang dah jadi isteri pun, I still sedaya upaya memelihara diri. Masa kecil-kecil, tanggung jawab tu dipegang ayah. Ayah didik kami anak-anak perempuan supaya menjaga diri, jaga agama, jaga akhlak. Sebab ayah tahu, satu masa nanti, anak-anak perempuannya akan menjadi isteri orang. Masa remaja, I masih belum tahu siapa bakal suami yang Allah dah tuliskan di luh mahfuz untuk I, tapi I percaya, kalau kita berusaha menjadi wanita solehah, takkan Allah nak menzalimi kita dengan menjodohkan kita dengan seorang lelaki yang tak baik? Dan bila I dah jadi isteri, I percaya, kalau kita tak jaga diri, Allah pun senang-senang aje boleh membolak-balikkan hati suami kita. Bab akhlak misalnya, kalau kita tak berakhlak mulia dengan suami kita, tak mustahil baik dan soleh macam mana pun suami kita, dia akan mula tawar hati, silap-silap cari isteri lain. Sebab Allah itu Maha Adil.

   I sakit jiwa baca cerita rumah tangga artis-artis kita lately. They deserve each other, benar percaturan Allah. Masa nak kahwin, pemilihan pasangan pun dah salah, dua-dua tak dekat dengan agama, macam mana nak expect ada perubahan yang lebih baik setelah berkahwin? Berdasarkan sifir yang I pegang, I percaya Allah dah tulis lelaki tak baik dapatlah perempuan yang tak baik. Dah tu, dua-dua tak berusaha memperbaiki diri, maka macam mana nak expect rumah tangga harmoni? Remember, keberkatan dan redha Allah terpancar melalui kebahagiaan dan kedamaian hidup. Ada pulak artis tu, kononnya nak cari pasangan yang baik, tapi dia sendiri berjalan tempang, maka adillah pemberian Allah untuknya.

   “Abang, doakan Atin menjadi isteri abang yang solehah. Suami isteri adalah pakaian antara satu sama lain. Kita berkongsi hidup, memberi dan menerima, sandar-menyandar, saling menguatkan, saling tampung-menampung. Abang selalu cakap, bila Abang lemah, bantulah Abang. Begitu juga Atin, bila Atin lemah, Abang bantulah Atin. Moga kita beroleh kebahagiaan di dunia, dan kebahagiaan hakiki di akhirat, Insya Allah…”