speaks her mind…

Archive for November 8th, 2008


Post-examination

   Semalam I sangat tension with my performance during final exam, paper Library. I studied all the chapters, entah berapa kali ulang. But then I had problem understanding what the questions want, plus ada la beberapa soalan yang I langsung tak tahu asal-usulnya, takde pun dalam lecture notes. I have the attitude of I akan berpuas hati kalau dapat markah rendah sebab I memang tak tahu jawapannya, sebab I salah tembak, or sebab I memang tak study, which always happened zaman sekolah dulu. Tapi I tak boleh tolerate kalau I tak boleh jawab when all the things are inside my head, but I don’t understand the question or I don’t get enough time. Ah, lantaklah, benda dah lepas! But the best thing was, itulah paper terakhir yang requires revision, lepas ni English language paper and MUET aje. I don’t say my English is good, but I don’t think people study for English paper. It is everyday practice and learning.

   So konon-konon nak release tension, I pun spared my time malam tu untuk tengok Anugerah Skrin kat TV3. Badan memang sangat letih, because for the past two weeks, I don’t think I had given my body any proper and enough rest. Masalahnya semalam otak ligat semacam tak mau tidur, penangan overdosed of coffee intakes. I forced myself to study sampai menzalimi badan sendiri, entah berapa paket Ali Cafe and Nescafe yang I tibai sepanjang musim exam ni. Silap-silap kalau buat ujian air kencing, positif dadah kot I ni! I pun tak tahu apasal I melangut tengok Anugerah Skrin tu, padahal I don’t have any favourite actor or actress whom I wish diorang menang apa-apa. Dah la artis jemputan semua tak best. I nak dengar suara Siti Nurhaliza aje, rupa-rupanya she performed paling last, buat penat aje tunggu. Pulak tu makin lama makin menyampah tengok dia, pakai tudung tapi baju ketat habis. I remember once she said, akan pakai tudung dan berhenti menyanyi lepas kahwin. But then she got married to a wrong man, I guess.

   Dah habis Anugerah Skrin, sambung tengok ASTRO. Sebab takde cerita best, I buka channel yang ada lagu-lagu cinta. Wow! I am in the mood untuk bercinta sekarang ni. Sejak tengok filem Ayat-ayat Cinta, terasa nak bercinta aje dengan Abang. But woman always acts in different direction, don’t believe in her act, selalunya apa yang terzahir tak tally dengan apa yang kat dalam hati. I ni kat sini bukan main asyik mahsyuk rindukan Abang, tapi bila Abang called, ada aje benda lain I nak membebel, selalunya pasal duit la, hehehe… I baru discover, lagu-lagu nyanyian Ungu kena dengan telinga I. Dan kerana Ayat-ayat Cinta, I suka dengar lagu nyanyian Rossa. Apa dah jadi dengan artis Malaysia? Skandal tak habis-habis, malas nak ambil tahu pasal perkembangan seni diorang. Cheh, macamlah selama ni I ambil tahu pun!

   Still tak boleh tidur juga, I watched The Nanny. Memang kelakar gila minah tu. Satu yang best pasal lawak mat salleh ialah, lawaknya berdasarkan script and facial expression. Bukan macam lawak orang Melayu, perbodoh-bodohkan diri sendiri dengan act yang entah apa-apa. I don’t deny, sometimes tergelak juga tengok body gestures Apek, Nabil dan dua orang yang Raja Lawak entah apa nama tu, but then I think lawak macam tu tak genius. Sometimes I do watch Macam-Macam Aznil, memang banyak parts yang kelakar, tapi bila analyze balik, I pun tak tahu apa benefits yang boleh diperolehi.

   Wah, apasal entry kali ni cerita pasal program tv aje? Semalam I cakap dengan my classmate, exam dah habis, jom kita tengok tv sampai termuntah! Yes, I have plenty of time untuk mengadap tv, but I don’t think I want to spend my two months semester break macam tu. Abang is away for three months attachment in Saudi Arabia, I am not obliged to go back to Kuantan, which technically means I tak payah sibuk-sibuk masuk dapur cuti ni. Hahaha… Ahh, exam dah habis pun tension! Tak tahu nak spend time macam mana. Lebih baiklah ada exam, when I have something important to do, something worth it.