Atok Noyah
Atok Noyah is my mother in law’s mother, Abang’s grandmother. She is now in her 70’s, tapi masih tegak lagi berjalan. Sometimes she gets sick, but she never troubles her children, tak pernah lagi Atok Noyah mengadu sakit itu ini, that we never receive any phone call suruh balik kampung jenguk Atok Noyah. Even kalau raya pun, Atok Noyah tak pernah demands suruh kitorang balik, but of course kitorang akan balik juga. Apa pun I know, Atok Noyah orang tua, kalaupun fizikalnya sihat, belum tentu emosinya tak terusik, sudah pasti hidupnya selalu sepi tanpa anak cucu balik kampung.
Masa I baru kahwin dengan Abang, Atok Noyah was suffering a great depression. I guess it was the turning point in her life, nak kata middle age crisis rasanya impossible, post menopause pun bukan, sebab Atok Noyah dah umur 60 lebih waktu tu. Tapi masa tu jiwa Atok Noyah yang selama ni bernanah kat dalam, tiba masa untuk burst. Atok Noyah banyak simpan kisah hidup dia, suka duka dia tak pernah dicerita kat orang, even kat anak-anak dia seramai 5 orang. Tapi masa tu sesekali bila I sembang dengan Atok Noyah, mengalir air mata dia bila dalam tak sedar Atok Noyah terbuka isi hati dia. “Kau untung Asiah, sejak lahir kau dapat ayah yang beriman. Dah tu kahwin pun dengan orang yang beriman macam Adik Hatta…” Masa tu Atok Noyah selalu cakap kat I macam tu.
Atok Noyah banyak makan hati sepanjang hidup dia. Suami dia, Atok Amin, who is Abang’s grandfather kahwin dua. Masa I baru joined keluarga Abang, I kagum tentang betapa akrabnya hubungan kedua-dua belah keluarga isteri, adik-beradik berlainan mak sangat mesra bergurau bertepuk tampar. First wife ada 5 anak, second wife ada 13 anak. Hebat betul Atok Amin, anak-anaknya ada 18! Up until now I still couldn’t remember each one of them, I mean anak-anak dari isteri kedua. Tiap-tiap kali raya kena buat sesi suai kenal balik. They really respect each other. Isteri muda whom I called Atok Sarijah juga sangat baik, she respects madunya, Atok Noyah, very much. Atok Sarijah sayang I, sayang anak-anak I macam kami ni betul-betul part of her family. It has been a tradition that every Hari Raya keluarga isteri kedua will pay visit to Atok Noyah, salam cium Atok Noyah, bagi Atok Noyah duit dan hadiah. I kagum!
Memang nampak macam takde barrier. Large happy family. Tapi sebagai isteri tua, Atok Noyah pendam perasaan. I pernah tanya my mother in law tentang kisah silam Atok Noyah. Tapi mak pun tak tahu sangat. Mak kata, Atok Noyah regrets tentang hidup muda dia. Ada sekali Atok Noyah tercerita tentang perang besar antara dia dengan Atok Amin lepas dapat tahu Atok Amin kahwin senyap-senyap, and the news reached her only a few months later. Masa tu bila sakit sikit-sikit aje, Atok Noyah kata, itulah balasan Tuhan kat dia sebab tak hormat suami. Bila kaki dia sakit, dia kata, dia pernah sepak kayu sebab marahkan suami. Bila jiwa dia kacau, dia kata Allah tak bagi ketenangan kat dia sebab Allah murka kat dia. During that time masa Atok Noyah sakit tu, Atok Noyah was engaging in destructive behaviour. Tak nak makan sampai kurus kering, tak nak jumpa orang. Atok Noyah berkurung dalam rumah, even masa raya pun Atok Noyah tak keluar bilik.
Before that, Atok Noyah decided untuk tunaikan haji lebih dahulu, Atok Noyah pergi sorang-sorang dengan kawan-kawan dia, even though asalnya anak-anak nak hantar Atok Noyah pergi haji sekali dengan Atok Amin dan Atok Sarijah. Tapi siapalah yang faham tentang jiwa seorang perempuan yang sekian lama dimadukan. Dan bila Atok Noyah sakit, fikirannya selalu menerawang. Dia nampak I ni ada ilmu agama sikit-sikit, dia selalu tanya I, sah tak haji dia dulu sebab tak pergi dengan suami? Atok Noyah takut mati sebab dia selalu rasa ibadah dia puluhan tahun tak sah. I sebak masa tu sebab somehow I jadi rapat dengan Atok Noyah ketika Atok Noyah tak nak cerita masalah dia kat anak-anak dia sendiri.
Atok Amin seorang yang sangat pious, sangat religious. Semua orang respect dia. I tahu Atok Noyah juga sangat respect Atok Amin walaupun hatinya terguris kerana hidup bermadu. I juga respect Atok Amin. Setiap kali anak cucu bersalam dengan dia, mulut Atok Amin akan kumat-kamit bacakan doa, and then pegang ubun-ubun kepala kitorang. Tiap-tiap kali I salam Atok Amin, memang boleh mengalir air mata melihat keikhlasan Atok Amin mendoakan anak cucunya. Tapi Abang cakap, masa Abang kecil-kecil, semua orang takut kat Atok Amin, sebab dia sangat garang. Pernah sekali my brother in law, Abang Ijal menangis melalak dalam buaian, Atok Amin bengang, dia angkut buaian tu pergi gantung bawah pokok pisang kat belakang rumah! Masa I bercinta dengan Abang, ada few times Abang called dari kampung sambil nangis-nangis sebab Atok Amin mengamuk kat Abang. Abang cuba berhujah dengan Atok Amin pasal politik, Atok Amin tak suka, dia memang biru berkarat, sorry la nak cakap-cakap pasal PAS ni. Tapi lepas I kahwin dengan Abang, mungkin sebab usia semakin bertambah, Atok Amin sangat tenang, lembut aje dia layan anak cucu.
I takde apa-apa perasaan negatif kat Atok Amin. Tapi I cakap kat Abang, jangan jadi macam Atok Amin, jangan buat kat I macam apa yang Atok Amin buat kat Atok Noyah. Sedih bila dapat selami perasaan Atok Noyah, biarpun sedikit aje yang I tahu, tapi I yakin, hidup bermadu bukannya mudah. Atok Noyah pandang tinggi kat suaminya, sebab tu dia tak pernah cerita yang buruk-buruk tentang Atok Amin, even masalah rumah tangga dia pun tak pernah terlepas ke telinga anak-anak. Soal adil, memang banyak boleh di question kan, kerana kami melihat dan kami menilai, tapi as I’ve said, anak cucu sangat respect kat Atok Amin that we never say a word pasal adil depan dia. Sesekali ada juga Abang and I berbicara pasal perbezaan antara dua keluarga ni, tapi setakat itu ajelah. Bila I saksikan sendiri betapa at that turning point Atok Noyah sangat-sangat sengsara jiwanya, I tak mahu satu masa nanti I melalui usia tua begitu. I tak mahu regret dengan apa yang pernah I lalui.