speaks her mind…

Archive for November 16th, 2008


PASTI

   Masa I minta izin Abang untuk tinggal berjauhan to continue my studies in Kedah, Abang was quite hesitant and reluctant at first. Abang is a fatherly man, living apart from his kids is a big issue to him. When I was a housewife, each time Abang kena out station, Abang made it compulsory for us to follow. Masa anak-anak masih kecil okay la, but then bila Imah dah masuk kindergarten and I worked part time as a teacher, I found it difficult untuk ikut bontot Abang ke mana saja. Takkan Imah asyik nak ponteng sekolah and takkan I nak main-main with my commitment as a teacher. Macam tulah Abang, susah nak berenggang dengan anak bini. That was why it was hard to persuade Abang to give his consent, sampaikan I kena minta tolong my parents in law pujuk Abang.

   Then Abang compromized. To my surprise, syarat Abang mudah aje. Dia nak Imah dimasukkan ke sekolah PASTI dan anak-anak terus dihantar ke taska, Abang tak nak anak-anak dijaga oleh maid or a nanny. Abang and I share the same opinion about taska, we believe that taska adalah tempat terbaik untuk anak-anak get their first social learning and experience. We don’t trust in maid. And until now dengan anak 4 pun, I still don’t think I need a maid at home. Buat menyusahkan aje kena bertanggung jawab kat maid tu, tanggung makan minum dia, kesihatan dia, dan belum tentu we will satisfy with her job. We also don’t trust that kalau hantar rumah orang, anak-anak akan belajar or at least dapat pengalaman bergaul. Furthermore condition rumah orang tentulah macam rumah, bukan macam learning centre, of course takde banyak toys, charts, tak banyak budak lain untuk diorang bergaul, cat dinding tak bright, colourful and stimulative, dinding takde mural, diet tak seimbang, takde peraturan dan disiplin, takde syllabus… berlambak la yang kitorang fikirkan. Yang tu baru aspek fizikal, belum lagi aspek keselamatan. Rumah orang ada pasu bunga yang ada potential untuk pecah, ada tangga, ada perabot yang tak mesra kanak-kanak, and pernah dengar cerita family members molest anak yang dijaga kat rumah tu, hish, nauzubillah!

   But when it comes to PASTI, my opinion contradicts to Abang’s. I memang orang PAS, I don’t have problem to announce it. So supposedly I ni support la PASTI tu as an early institution to provide early education to young Muslim. But honestly I’m not convinced with the syllabus. PASTI banyak tekankan soal agama, rukun Islam rukun Iman, solat, doa-doa, fardhu ain semua tu, bab-bab adab dan akhlak, Alhamdulillah, yang tu memang superb. However diorang lack bab-bab Bahasa Melayu, Matematik and yang paling ketara bab Bahasa Inggeris. Syllabus dah satu hal, ketiadaan cikgu yang layak pun satu hal lagi. I bercakap based on my personal experiences. Three of my siblings dihantar ke PASTI, masuk darjah 2 baru diorang pandai membaca, which did not happen to other 7 siblings yang dihantar ke private kindergartens. When I was a teacher, budak-budak yang ada masalah pembelajaran, lambat boleh membaca, tak minat Bahasa Inggeris, ramai antara mereka ni produk sekolah PASTI. But I don’t deny, produk sekolah PASTI ni akhlak mereka mulia, jaga solat, benda-benda basic dalam agama semua diorang dah lepas, in fact ada sesetengah doa dan zikir diorang far beyond kita. Tapi itulah yang I tak mahu, takkan nak ambil akhirat tapi tinggal dunia?

   Tetapi kerana syarat Abang, I made effort untuk sekolahkan Imah kat PASTI, even though when she was 4, I berkeras masukkan Imah ke private kindergarten dengan alasan the nearest PASTI jauh dengan rumah. I came early to Merbok, two weeks before registration in UiTM, mainly for the purposes untuk survey PASTI Imah, taska anak-anak, then baru cari rumah sewa yang dekat dengan PASTI dan taska tu. Senang kerja I nanti hari-hari nak ulang-alik hantar diorang. Bila diingat balik, rasa kelakar pulak. First I cari UiTM Kedah. Dari pintu UiTM tu, I cari PASTI yang paling hampir. Dah jumpa PASTI, I cari taska yang paling hampir dengan PASTI tu. Lepas tu baru I cari rumah sewa yang hampir dengan UiTM, PASTI dan taska. Alhamdulillah Allah banyak mudahkan urusan kami. Mungkin berkat sebab I niat nak taat kat perintah Abang.

   Maka Imah pun sekolah PASTI. Actually pendaftaran dah ditutup due to only limited students can be accepted sebab sekolah tu kecil aje, menyewa rumah orang, ada tiga bilik, nampak crowded dengan kerusi meja. Sedih juga tengok condition tu, memang tak boleh lawan private kindergarten punya facilities, tapi I percaya ada la tu keberkatannya. Problem PASTI ni ialah limited budget yang diorang ada, yelah, parti pembangkang punya, kerajaan mana nak ambil tahu. So I merayu kat cikgu tu untuk terima Imah and she was accepted. Tiap-tiap pagi I hantar Imah. Sejuk mata memandang, anak-anak yang masih hijau, nerd and innocent. Muka sememeh aje kena paksa pergi sekolah, tapi bila dah start sesi persekolahan, cikgu tutup aje pintu, menjerit memekik diorang baca surah, zikir dan doa, macam seluruh jalan tu diorang yang punya!

   Imah does enjoy her time in PASTI. Hari-hari dia bawa balik ilmu baru. Surprisingly she has successfully ajar Amjah dan Zara macam-macam lagu, macam-macam doa yang dia belajar kat PASTI, sampaikan I rasa Amjah dan Zara pun pernah pergi PASTI! Sometimes Imah terlupa or unsure baris-baris tertentu dalam doa dia, mujur I tahu, so I corrected her. It turned out that cikgu-cikgu Imah kata, Imah memang cepat hafal semua yang diajar and her memories last long, that even though hari tu Imah ponteng sekolah 2 bulan, but when she came back, she could still remember them well. And Imah is very concern about “boleh ke”, she always asks me whether this and that kind of action is approved or not according to Islam. What a great value yang PASTI dah tanam dalam jiwa these young Muslims! And Imah juga dah pandai menegur kitorang. Kalau Abang and I bergaduh, Imah cakap, “Nanti Allah marah, lepas tu masuk neraka!”

   But the flaw is still there. I was quite disappointed bila dah masuk bulan April, Imah baru belajar huruf E, sedangkan Imah dah lama lepas ABC since she was 4 lagi. But I tak nak berhentikan Imah dari PASTI. So I made initiative, I arranged Imah and Amjah pergi night tution class in a private kindergarten, untuk menampung apa yang kurang kat PASTI. So now, siang Imah pergi PASTI, malam dia pergi tution. Settle masalah. Syukur pada Allah yang beri ilham. Everything can be done, di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. I am satisfied with Imah’s achievement so far. Akhirat pun dia dapat, dunia pun I tak tinggalkan.

   Hari ni I baru balik dari ihtifal PASTI, price giving ceremony sempena Imah dapat nombor 2. I was amazed by the children’s performances. Sayu hati ini melihat benih-benih Islam bercambah, pokok-pokok muda yang disirami keimanan dan ketaqwaan, kain-kain putih yang dicorakkan dengan warna-warna Islam. Beruntungnya anak-anak ini kerana ibu bapa mereka ada kesedaran untuk mendekatkan mereka dengan Allah semenjak kecil. Mungkin anak-anak ini tak faham lagi kepentingan ilmu yang mereka tuntut di PASTI tu, diorang hafal membuta tuli, menonong aje baca atas pentas. Tapi itulah permulaan kepada generasi Islam yang unggul, benih tu perlu disemai, dibaja dan disiram. Beruntungnya mereka! At least diorang tak jadi macam budak-budak dalam Tom Tom Bak tu. I sedih tengok gelagat budak-budak yang masuk Tom Tom Bak tu. Kesian kat diorang sebab ibu bapa diorang mengarah ke situ. Takutnya memikirkan apa dan bagaimana budak-budak Tom Tom Bak tu akan jadi bila dah besar nanti kalau itu value yang ditanam sejak kecil.