speaks her mind…

Archive for November 25th, 2008


Pendebat Harapan VC Cup 2008

   I was surprised tahap maksima when my team informed me that I was awarded Pendebat Harapan VC Cup 2008 during the closing ceremony by UiTM Vice Chancellor. I was not attending the ceremony as I was in Pagoh, to arrange for my kids. Before that, after three days bergelumang dengan debat demi debat, brainstorming session after session, sesi pemilihan, sesi ulasan hakim yang semuanya serba ilmiah, I was chosen to represent UiTM to Royal Debate among universities at national level next week. Never in my mind bercita-cita nak pergi sampai ke tahap tu. I told my jurulatih yang I masih belum bersedia. He said that I will disappoint UiTM Kedah if I don’t go because jarang-jarang sangat wakil kampus cawangan terpilih mewakili UiTM ke Debat Piala Diraja. Out of 16 debaters from UiTM Kedah, I am the only one managed to be selected. He said I should take the golden chance. Kata Encik Helmi, senang nanti kalau I dah masuk UiTM Shah Alam, UiTM akan jaga betul-betul students yang pernah mewakilinya. Yes, sounds inspiring!

   My biggest concern is not whether I mampu berdebat dengan baik or not kat Royal Debate tu, but I am thinking of my four children. Kesian kat diorang. Selama seminggu I bawa anak-anak ke Shah Alam. Sepanjang debat VC Cup, anak-anak dihantar ke taska di Shah Alam siang malam. Every day, 10.30 malam baru I balik. Actually sesi latihan dan perbincangan berlarutan sampai entah pukul berapa, but I set my limit setakat 10.30 malam aje, terus blah. My kids were happy at the taska, they got many new friends dan pengasuh yang caring. But by the time I balik I dah terlalu penat untuk melayan kerenah mereka. Kesian kat anak-anak, I had failed to give them appropriate attention.

   Ingatkan dah habis VC Cup, I nak qadha balik semua responsibilities as a mother yang terabai selama semingu, alih-alih kena sambung lagi 2 minggu untuk Royal Debate pulak!  So I went back to Pagoh to ask help from my in laws to take care of the kids for the next 10 days. Sedih sangat sedih! Inilah kali pertama I terpaksa berpisah dengan anak-anak lebih dari sehari semalam. Sebelum ni, even I bersalin kat hospital pun, malam ni bersalin, esok I dah bising kat nurse nak balik rumah sebab anak-anak lain kat rumah need me. Tetapi kerana debat, I korbankan pendirian I selama ni. Terasa sesungguhnya I am a loser! My father in law is so happy sebab I sanggup letak anak-anak kat kampung. Dah bertahun-tahun dia minta nak jaga anak-anak I, but I refused. I believe my father in law boleh jaga anak-anak jauh lebih baik dari yang I mampu buat, but I am their mother, apa-apa pun anak-anak lebih ingin pada mak diorang. Mulanya I hesitate. Alih-alih when I was awarded Pendebat Harapan, lagilah my in laws berapi-api suruh pergi juga Royal Debate tu.

   I wasn’t planning to go this far. VC Cup dah cukup besar buat I, perjalanan I dalam debat berlaku terlalu pantas. Semuanya bermula dua minggu lepas. Last paper final exam was on 10th. Since Abang went to Arab Saudi for his three months attachment, I takde jiwa nak balik bercuti ke Kuantan. So I stayed in Merbok, everyday I went to the library untuk guna internet free. One day, Presiden Kelab Debat approached me, he was surprised seeing me still in UiTM Kedah, tak balik bercuti. So he offered me to join the VC Cup, UiTM Kedah nak hantar 4 team debat, tapi tak cukup pendebat. I agreed, at that moment I rasa bolehlah sekadar nak lupakan kesunyian yang melanda sepanjang cuti semester 2 bulan ni tanpa Abang di sisi.

   So I went to several sesi pemilihan by Encik Helmi, untuk tentukan pasangan debat. Memang banyak yang I kantoi, especially bab-bab teknikal. Yelah, kali terakhir I berdebat was 12 years ago. I boleh bercakap, tapi dalam debat bukan sekadar bercakap, ada format dan aturan yang perlu diikut. Lebih-lebih lagi, I tak biasa dengan format sesi Parlimen dalam debat. So Encik Helmi dan team debat yang lebih senior banyak menunjuk ajar. Best bekerja dengan diorang. I am the oldest, even Encik Helmi pun lebih muda dari I. Tapi umur bukan isu, kalau I buat silap, diorang akan tegur dan kutuk dengan jujur dan selamba. Then I was put in team Kedah C. Nampak sangat I tak terror, sebab geng-geng yang terror dan berpengalaman semua masuk Kedah A dan Kedah B. I was assigned sebagai pendebat kedua. Nampak juga kat situ yang I tak terror, sebab pendebat terror akan jadi pendebat pertama, pendebat paling terror akan jadi pendebat ketiga.

   Tak tau pulak tiba-tiba boleh dapat Pendebat Harapan! I memang lemah aspek teknikal. Contoh paling memalukan, masa debat pusingan pertama. Masa tu loceng takde, so bila cukup masa, penjaga masa akan ketuk meja. I ni tengah sibuk bercakap, suddenly I dengar orang ketuk meja. Terus I cepat-cepat matikan hujah, buat penegasan dan mengakhirinya. Dengan nerd dan bodohnya I buat selamba tak tahu apa-apa. Dah habis debat, baru penjaga masa beritahu, I cuma bercakap selama 3 minit 47 saat, sedangkan masa yang diberi adalah 6 minit! I cakap kat dia, I dengar bunyi meja diketuk. Ya Allah, rupa-rupanya bunyi meja diketuk adalah tanda sokongan ahli Parlimen kepada perbahasan kita! See, betapa bodohnya I! Habis I kena kutuk dan jadi bahan gurauan team UiTM Kedah. Tapi yang pelik pulak, untuk pusingan pertama tu, walaupun bercakap 3 minit 47 saat aje, I jadi pendebat terbaik. Entah apa la aspek penilaian yang hakim buat.

   Now I am in Genting Highland, untuk latihan berpusat bagi team UiTM. Lepas ni nak lawan universiti lain seluruh Malaysia. UIA will be the host. Team Kedah semua dah balik. Encik Helmi kata, Pengarah Kampus berbangga dengan pencapaian I. Yelah, ada 38 pasukan debat kesemuanya dari kampus cawangan UiTM seluruh Malaysia, ada lebih 150 pendebat, bukan senang nak bawa balik apa-apa trofi, tapi tahun ni UiTM Kedah bawa balik trofi Pendebat Harapan. Hmm, I banyak dosa dengan Pengarah Kampus tu, I mean pasal isu elaun pelajar Pre-Law semester lepas. Harap-harap pencapaian ni bolehlah tebus dosa balik, hehehe. Rindu teringat kat anak-anak tu toksah cakaplah, padahal baru dua hari tak nampak depan mata. My father in law cakap, anak-anak I semua behave well kat kampung, tak meragam, tak menangis, tak bergaduh, tak mengada-ngada, abah cakap diorang pandai bawa diri. I rasa hidup I tersangat kosong. Memanglah lapang, boleh buat apa-apa, pergi mana-mana tanpa fikirkan nak atur makan pakai anak. Tapi I lebih prefer rasa tension dan penat to juggle between urusan I dan urusan anak-anak daripada rasa lapang tapi sunyi.