speaks her mind…

Archive for December, 2008


Kitchen

   Abang selalu complained, when I am cooking in the kitchen, nobody is allowed to enter the kitchen, even nak basuh tangan kat sinki dapur pun I halau suruh basuh kat toilet. Abang memang ringan tulang bantu kat dapur, dia selalu datang menyibuk nak tolong kupas bawang, basuh pinggan, bersihkan dapur. But I make it a condition, masuk dapur only bila I dah siap masak. Sebab tulah rasanya sepanjang nak masuk 7 tahun dah usia perkahwinan kami, baru tiga empat kali Abang and I sama-sama memasak kat dapur. Selalunya I akan siap memasak dulu, only then Abang masuk dapur to help me cleaning up the kitchen or washing the dishes. Even nak manja-manja curi lauk masa I tengah memasak pun Abang tak berpeluang. If he enters the kitchen before I finish, silap hari bulan I merajuk padam api, terus tinggal periuk belanga, malas nak sambung masak, pandai-pandai Abang la nak modify lauk separuh masak tu macam mana.

   Beberapa minggu kebelakangan ni, I selalu balik kampung kat Bagan Lebai Tahir, Penang, especially sejak Pak Long meninggal hari tu. Adik-beradik selalu berkumpul, berhimpun untuk baca Yasin dan Al-Qur’an, bincang pembahagian harta, atau sekadar nak makan ramai-ramai. Sebelah my father, keluarganya sangat besar, it consists of 10 siblings. Mak Ndak dah meninggal because of breast cancer, Pak Long baru meninggal, so tinggal 8 orang adik-beradik, still a big number juga tu, campur pasangan dan anak-anak lagi. Most of them tinggal kat sekitar Penang juga, so diorang memang selalu datang berhimpun kat rumah pusaka my grandparents. Datang pun bukan sekadar buat syarat, tapi siap masak memasak macam kenduri. Semenjak dulu kala lagi, kitorang memang memasak dalam skala besar, usually untuk 20 orang makan, sometimes more.

   Sebab tu Mak Tih renovate kitchen kat Bagan, sangat besar, cantik and most importantly sangat practical untuk keluarga besar macam kitorang. Bila balik Bagan, seronok masak ramai-ramai. Semua dah tahu kerja masing-masing, semua saling membantu. Sambil buat kerja, sambil bersembang, sambil bercerita. Siang ikan 10 kilo pun tak terasa. Dek kerana kitchen yang luas tu, sinki ada dua, kuali periuk belanga berlambak, dapur memasak pun ada banyak, memang terasa selesa buat kerja walaupun penuh orang kat dapur.

   I wonder, boleh pula I masuk dapur ramai-ramai? Selalunya kat rumah, it’s one man show for me, kalau sedap yang I masak, I sorang dapat kredit, kalau tak sedap, I la juga tanggung semua. I hairan juga, apasal I selalu serabut bila orang lain masuk dapur. Anak-anak datang menyibuk kat dapur, nak tengok I kupas bawang, nak tanya apa tu apa ni, I rasa rimas semacam aje. Tapi bila balik Bagan, anak-anak datang jenguk apa I buat, rasa seronok aje biar diorang tengok. Exposure untuk diorang, at least tak la jakun sangat tengok orang memasak macam mana. Abang pun dah lama suruh I biasakan anak-anak tolong kat dapur, nanti dah besar, senang. Tapi I tak pernah buat macam tu. Seboleh-boleh I nak siap memasak secepat mungkin tanpa apa-apa gangguan dan pertanyaan.

   Now I dah tahu jawapannya. Rumah kat kawasan perumahan, dapurnya kecil, usually seluas separuh bilik tidur aje. Lepas tu orang selalu buat built-in kitchen cabinet, dah makan space lagi. Letak meja makan, terus dah takde space nak bernafas kat dapur. Padahal sepatutnya kitchen bukan saja kena practical, tapi juga kena selesa. For working woman, balik-balik dari kerja, tengah penat-penat tu kena bersilat kat dapur pulak. Of course nak siap memasak dengan cepat. Kalau ikut logic, lagi banyak tangan membantu, lagi cepat siap memasak. Tapi kalau kitchen kecil, ramai-ramai orang menyibuk kat dapur, bukannya tambah cepat, buat tambah serabut aje. I rasa sebab tulah I tak suka ramai orang kat dapur. Tapi bila I balik Bagan, dapurnya sangat luas. 20 orang datang memasak pun, tak rasa serabut.

   So I rasa, bila I dah graduate nanti, bila dah balik duduk rumah kat Kuantan tu, benda pertama I nak buat ialah nak renovate my kitchen, nak extend biar besar, kalau boleh sama besar dengan living room. Kalau nak buat built-in kitchen cabinet pun, biar betul-betul sesuai dengan I. Ni sometimes I pergi rumah orang, kitchen cabinet dia punyalah tinggi. I ni short aje, takkan nak potong bawang kat meja yang sama tinggi dengan leher kita! Bila dapur dah besar nanti, bila I memasak, the whole family kena join sekali, tak kira anak lelaki ke anak perempuan. Esok bila dah besar, kalau jadi isteri, pandai memenangi hati suami, kalau jadi suami, tahu meringankan beban isteri. Okay Abang, start saving from now. Lagi 4 tahun I graduate, itu projek pertama kita lepas I graduate, orait?!

4.0 flat

   Everybody was in grief kerana kematian Pak Long when I received a great news from my brother and other coursemates that I got 4.0 flat for second semester examination! First time dapat tahu memanglah melompat menjerit kegembiraan. Tapi takdelah terlebih-lebih bergembira, in fact before that I takde jiwa sangat pun nak pergi check result. Bahagia sangat tengok wajah mak and ayah who are so happy with my outstanding achievement. I don’t deny, many people out there are looking forward to see how far can I go, yelah, sambung belajar ketika usia dah lanjut with four kids under my responsibility. At first, ramai yang skeptical. But Alhamdulillah so far I’ve been through two semesters successfully. Lebih bangga lagi, I bukanlah ordinary student yang kerja melepak study kat library aje, but I also involve dalam kokurikulum, especially in debate. I am proud to tell everybody that so far I can discipline myself to be a good student, I tak pernah ponteng kelas, sentiasa siapkan assignment on time and give 100% in every presentation. So bila dapat 4.0 flat, I menghela nafas panjang, rasa berbaloi sangat!

   Kali terakhir I merasa dapat straight A’s was when PMR result keluar. Masa tu I got straight 9 A’s. In SPM, I only managed to get 8 A’s, another two subjects C3 and C4, itupun actually sampai sekarang I tak yakin I deserved the 8 A’s. In first semester, I got 4 A’s and 1 A-, so my pointer was 3.93, kira tak perfect la. Rasa bersyukur sangat this semester I dapat naik seanak tangga lagi. The best performer in my family is Cece. She got straight A’s in all her UPSR, PMR and SPM. She’s doing medicine, Insya Allah will graduate next April. Masa I mula jejakkan kaki kat Merbok ni, Cece minta my address, rupa-rupanya dia nak hantar post card. Her post card was full of motivation and challenge for me to finish my degree. She said, if I fail again this time, I would never succeed next time, this is the only last chance I have. She is true indeed. I betul-betul harap I boleh habiskan until the end, tak nak sangkut-sangkut lagi tengah jalan macam dulu.

   Actually I was extremely worried if my performance drop. I got 3.93 in first semester, nak kekalkan pointer tu pun dah full of pressure. Every semester ada killer subject, in second semester I found that ada two killer subjects yang ada potential untuk menjatuhkan students’ pointer. I am correct, subject Critical Thinking is the main problem for most students, budak-budak pandai ramai yang sangkut kat situ. Another subject is Social Psychology, fuhh… boleh menangis-nangis study subject tu. Alhamdulillah, lepas juga, I got A for both subjects, what a great relief!

   Masa debate hari tu, I discussed with a few debate members. I tanya diorang, macam mana performance diorang dalam studies despite kesibukan participating in debate sana sini. Susah hati juga I kalau ianya mengganggu core business kita as a student. Budak-budak debate memang banyak training, kena banyak membaca, selalu surf internet, cari maklumat sana sini, kena rajin attend program ilmiah. Diorang kata, kalau dekat-dekat pertandingan, tiap-tiap malam ada latihan sampai lewat malam. But amazingly, budak-budak debate ni selalunya success juga dalam studies, most of them memang Dean’s List students. Ramai yang pemegang biasiswa besar-besar, in fact diorang cakap, dapat biasiswa tu pun disokong oleh their active involvement in debate. As a law student, I rasa kemahiran berdebat adalah aset penting, that’s why I nak polish kebolehan yang I ada tu, itulah senjata penting seorang lawyer bila berhujah di court nanti. Lepas exam result keluar, I tanya budak-budak debat lain, Alhamdulillah semua dapat result yang bagus.

   In a week dah mendaftar balik di kampus, dah masuk semester 3, my last semester in kampus Kedah. Next July Insya Allah will transfer ke UiTM Shah Alam. Tak sabar nak habiskan Pre-Law, nak officially jadi law student. Sekarang ni baru buat Pre-Law, bukan semua Pre-Lawrians akan berjaya masuk Faculty of Law. Cabaran yang sangat besar untuk I dalam semester 3 ni ialah untuk mengekalkan prestasi. Memang penat mendaki ke puncak, tapi rasanya lagi penat untuk kekal di puncak. Rasanya semester ni akan sangat mencabar. Dulu Imah sorang pergi sekolah, next year Amjah pun dah masuk sekolah, pagi-pagi mesti sangat kelam-kabut. Dulu sihat dan kuat, this semester I am pregnant again, for sure my health akan turun naik. Dulu Abang ada, every week Abang datang Merbok, next few months I have to be on my own independently. Semoga Allah terus mengurniakan kekuatan.

Kematian Pak Long

   Kata pujangga, “Cukuplah kematian itu sebagai satu nasihat yang besar”. Benar, kematian memang menginsafkan bagi insan yang masih hidup, betapa hidup di dunia yang sementara ini hanyalah persinggahan mengumpul amalan sebelum bertemu Tuhan dan melangkah ke alam akhirat yang kekal abadi. Kali pertama dalam hidup, 17 December 2008 I witnessed saat-saat hembusan nafas yang terakhir ketika nyawa dicabut Malaikat Izrail. Early morning that day, I received SMS from my siblings informing that Pak Long, my father’s eldest brother tengah koma kat hospital. Cece in her final year doing medicine told me that according to Pak Long’s condition, most likely ajal Pak Long dah nak sampai, because the doctors could not do much, darah beku dah berkumpul dalam otak Pak Long. So we called everybody to go back to Penang. Doktor dah cakap nak cabut alat bantuan pernafasan kat Pak Long.

   Pak Long tak rapat sangat with the nephews and nieces in my generation, I mean anak-anak saudara yang lebih dewasa. Pak Long tak pernah kahwin, dia membujang sampai ke tua, so di zaman mudanya, Pak Long asyik serabut aje bila kitorang memekak bising-bising bila balik kampung. But in his older age, Pak Long jadi quite fatherly to anak-anak saudara second batch yang lebih muda sikit dari I. Mungkin kematangan usia menjadikan Pak Long lebih pengasih dan penyayang. Dah tua-tua, tanpa isteri dan anak-anak, dengan anak-anak saudaralah Pak Long tumpang bermanja. Walaupun Pak Long tak rapat dengan I, tapi Pak Long sangat rapat dengan Amjah. Last semester, once in a while, I balik rumah Pak Long kat Bagan Lebai Tahir, which is only 25 km from Sungai Petani. Out of my four children, Pak Long sangat rajin melayan Amjah. Amjah sangat brutal dan banyak perangai yang menyebabkan ramai orang malas nak melayan Amjah, tapi Pak Long tak. Amjah cukup suka bila I cakap nak pergi rumah Tok Long, sebab Amjah suka kacau Tok Long dia menghadap computer kat atas rumah. Dan Pak Long was always willing to welcome Amjah. Zaman I kecil-kecil dulu, sorry la nak masuk bilik Pak Long, tak pasal-pasal kena lesing. Tapi dengan Amjah, Pak Long sangat cool and sporting. Sometimes bila I tidur kat rumah Pak Long, sedar-sedar Amjah hilang, masa tu pukul 1, 2 pagi. Rupa-rupanya Amjah tak nak tidur sebab nak kawan dengan Pak Long.

   Semua orang belum bersedia untuk kehilangan Pak Long even though kami semua tahu yang Pak Long ada penyakit jantung. After meals, Pak Long ada senarai panjang ubat-ubat yang dia kena makan. Pak Long pernah cakap, “Ubat-ubat ni kena makan bukan sampai sembuh, tapi sampai mati!” Terngiang-ngiang lagi ayat Pak Long tu. Pak Long tak pernah control makan despite his illness, he only stopped smoking. Ada sekali tu I bawa KFC ke rumah Pak Long, Pak Long sorang aje bantai sampai 5 ketul. Pak Long tinggal with his two sisters, Mak Tih and Mak Ngah, Mak Tih pun tak pernah kahwin, Mak Ngah pulak kematian suami dan takde anak. So diorang tiga beradik tinggal dalam rumah pusaka my grandparents tu, yang mana jadi port tempat berkumpul saudara mara. Mak Tih sangat minat memasak, and Pak Long took full advantage on it, hari-hari dia makan sedap, minta masakkan itu ini, tak pernah control makan langsung. Pak Long cakap, selagi hidup, nikmati ajelah rezeki Allah bagi. Itulah Pak Long yang kami kenang.

   Maghrib tu, tengah-tengah orang azan, Pak Long sampai ke rumah dari hospital. Turun aje dari van, atendan kesihatan tu terus cabut alat bantuan pernafasan Pak Long. My relatives said, sejak koma pukul 2.30 pagi semalam, Pak Long never gained consciousness. Ramai tolong angkat Pak Long masuk rumah, letak kat katil. Family sebelah my father memang sangat ramai lelaki. I berdiri di sisi kanan Pak Long. I berdoa semoga di akhir hayatnya, Pak Long akan sedar sekejap, at least dapat cakap-cakap sikit-sikit dengan relatives. But it did not happen. Ingatkan lepas cabut alat pernafasan tu, Pak Long tak terus meninggal. Tapi Allah lebih Berkuasa. Tak sampai lima minit, I witnessed sentakan terakhir nafas Pak Long, darah keluar dari mulut Pak Long, and then atendan kesihatan tu pronounced that Pak Long dah tiada.

   I tak berhenti-henti berdoa di sisi Pak Long, semoga Allah ampunkan semua dosa-dosa Pak Long, permudahkan sakaratulmaut untuk Pak Long, pelihara Pak Long di alam kubur dan sediakan syurga untuk Pak Long. Pak Long mati tanpa membawa tanggung jawab yang besar. Takde isteri dan anak-anak untuk dipersoalkan di alam kubur. Pak Long walaupun tak warak like my father, tapi Pak Long jaga solat, kuat bersedekah, banyak tolong orang. I teringat-ingat suara Pak Long sembahyang kat bilik dia, punyalah kuat dia angkat takbir sampai satu rumah boleh dengar. Sepanjang hayatnya, sebagai abang sulung dari 10 beradik, Pak Long lah tempat adik-adik menuju bila nak minta tolong, especially bab-bab duit. Pak Long cuma cikgu sekolah biasa, tapi sebab Pak Long berjimat, tahu melabur duit dia dan tak kahwin, mungkin sebab tu harta Pak Long sangat banyak. Pak Long banyak berbudi dalam hidup kami sekeluarga, sejak muda my father banyak pinjam duit Pak Long bila sesak duit untuk membesarkan kami 10 beradik. Even dah pencen pun, ayah banyak pinjam duit Pak Long untuk settle hutang-hutang ayah. Dan Pak Long juga banyak tabur duit dia, taja saudara-mara yang miskin belajar, bagi zakat, banyak pelaburan akhirat yang Pak Long buat dengan duit-duit dia yang berlambak tu.

   Lepas Pak Long menghembuskan nafas terakhirnya, semua yang lelaki pakat pergi masjid untuk solat maghrib. Yang tinggal ni teragak-agak tak tahu nak buat apa. Orang lelaki cuma ada Cik Mat dan sorang jiran, yang lain semua perempuan. Takkan nak biar jenazah Pak Long macam tu, dengan darah di lehernya. Kami terus ambil kain dengan air suam, lap-lap muka Pak Long dan badannya. Hati I sangat sayu. Itulah kali pertama I sentuh tubuh Pak Long selain daripada tangannya, selama ni I cuma pernah salam Pak Long aje. Pak Long tak pandai menzahirkan kasih sayangnya, dia bukan jenis pakcik yang boleh dipeluk-peluk sepanjang hayatnya. I sedih, kali pertama I sentuh Pak Long, ketika itu Pak Long dah jadi arwah. I lap janggut Pak Long, lap lehernya. I yakin Pak Long mati dalam iman dan matinya pun mudah, sebab muka Pak Long sangat tenang, macam tengah tidur, mulut Pak Long terbuka, nampak gigi macam tengah senyum.

   Kami nak buang alas tidur Pak Long dari hospital yang penuh dengan darah, tapi yang perempuan-perempuan ni tak larat nak angkat Pak Long. Dengan bantuan Cik Mat dan sorang jiran lelaki tu, Mak Ngah, Mak Tih, Mak Tam and I cuba juga. Perempuan-perempuan yang lain kat situ adalah ipar-ipar Pak Long, bukan mahram, so batal wudhu kalau sentuh Pak Long. I luruskan kaki Pak Long. Diorang nak buka diaper yang Pak Long pakai dari hospital, tapi tak reti. As a mother yang dah biasa main berak kencing anak, sementara orang lain angkat Pak Long, I bukakan diaper Pak Long. Lampin tu dah lencun dengan air kencing, sayu hati I, kalau anak-anak I, mesti rasa tak selesa dan merengek minta ditukarkan. Lepas tu kami ikat dagu dan kaki Pak Long, biar lurus menghadap kiblat, letak tangan Pak Long macam tengah solat dan tutup Pak Long dengan kain elok-elok. Ketika saat itu, I tak menangis, sebab yang lebih penting adalah menjaga tubuh Pak Long elok-elok, sebab Pak Long baru saja melepasi sakaratulmaut yang sangat sakit dan perit.

   Sepanjang malam tu, kami tak berhenti-henti bergilir-gilir baca Al-Qur’an di sisi Pak Long. Jenazah akan dimandi dan diuruskan esok pagi, so malam tu biarlah Pak Long bertemankan ayat-ayat Al-Qur’an sebelum dia menempuh kehidupan di alam kubur. Mak Ngah assigned me untuk baca juzuk 12, surprisingly I managed untuk habiskan. Kali terakhir I berjaya habiskan satu juzuk dalam sehari masa I form four, itupun I baca setengah juzuk pagi, setengah juzuk malam. But this time, I berjaya habiskan all in one go. Anak-anak pun Alhamdulillah tak kacau, diorang sibuk main, they were excited sebab ramai sangat orang dalam rumah tu. Sesekali bila orang datang ziarah dan buka tutup muka Pak Long, hati I sangat sebak. Tak sangka Pak Long dah meninggalkan kami semua.

   I hargai kehadiran Pak Long dalam hidup Amjah. Pak Long buatkan Amjah rasa special. Bila I cakap nak pergi rumah Tok Long sebab Tok Long sakit kat hospital, Amjah sibuk kumpul Ultraman dia, nak tunjuk kat Pak Long. Masa Pak Long dibawa turun dari van, Amjah pelik sangat tengok Tok Long sakit dengan tiub-tiub di mulutnya. Malam tu lepas Pak Long dah meninggal, I baca Al-Qur’an tepi Pak Long, Amjah datang dan sibuk letak Ultraman dia kat katil Pak Long, nak tunjuk kat Tok Long dia. Hati I sayu, apa la yang anak-anak kecil ini boleh faham tentang kematian. Malam tu Amjah cakap kat I, “Ibu, Amjah tahu kenapa Tok Long tu mati… Sebab ada raksasa, dia buat Tok Long, lepas tu Ultraman tak datang…” Ya Allah, I know that Amjah sayang Tok Long dia…

   Cuma I regret sebab esok paginya, I datang lewat. I ke Alor Star ambil my grandmother sebelah mak untuk hadiri majlis pengebumian tu, but I arrived 15 minutes late. Tak sempat nak jirus jenazah Pak Long, or at least tengok saat-saat tubuh Pak Long diturunkan ke liang lahad. Masa I sampai, kubur Pak Long baru saja dikambus. My kids tak faham apa-apa. Imah cakap, “Tok Long dah masuk castle!” bila dia tengok tanah kubur yang masih merah. Dari kejauhan, I nampak ayah, my brothers, adik-beradik Pak Long, anak-anak saudara Pak Long, his relatives, ramai-ramai keliling kubur dan baca Yasin dan talkin. Pak Long beruntung sebab ada keluarga macam ni, ramai yang akan mendoakan Pak Long, lebih-lebih lagi Pak Long banyak berbudi pada ahli keluarganya. I terima hakikat kehilangan Pak Long, Allah ambil nyawanya di usia baru 59 tahun, tapi mati Pak Long dengan cara yang baik dan mudah, langsung tak menyusahkan sesiapa. Kematian Pak Long menyedarkan I bahawa ayah dan mak pun dah tua, entah bila pula sampai giliran mereka. Adakah I sebagai anak dah bersedia? I simpan azam untuk belajar cara menguruskan jenazah dengan betul, mungkin itulah sumbangan paling akhir I boleh beri untuk my parents sebelum mereka ke alam kubur. Dan setelah mati mereka, I harap doa-doa kami sebagai anak-anak yang soleh akan berterusan, berpanjangan dan sampai pada mak ayah. Al-Fatihah untuk Pak Long…

My favourite blogs

   I suka baca blogs orang. Tapi blogs yang bersifat personal, bukan blogs berunsur politik, agama, health, isu semasa dan lain-lain. For me, kalau nak additional information and knowledge pasal isu negara dan dunia, lebih baik I watch news or read newspapers and magazines, daripada baca blogs yang most of the time bersifat pandangan peribadi, penuh emosi, banyak accusations and unrealiable. Blogs bersifat peribadi pun, ada yang I suka baca, ada yang I rasa takde kepentingan sangat nak baca. Yelah, bukan semua orang kita berminat nak tahu kisah hidup dia sehari-hari. Masa cuti semester dulu, mentang-mentang ada internet unlimited access kat rumah, pagi petang siang malam I singgah kat blogs orang, selain daripada berFriendster dan membaca e-mails yang berlambak tu. But then bila dah masuk belajar balik, I takde masa nak jengah kat blogs semua orang. Computers kat library memang free, tapi Friendster kena blocked. So every time nak jengah Friendster, I have to go to cyber cafe.

   Kerana kesibukan dan susah nak access internet selalu, now I cuma ada three favourite blogs which I am the loyal reader, I baca kesemua entries and I mengikuti perkembangan those blogs. They are, mysuperchild.blogspot owned by Along Lyna who was my schoolmate in Naim Lilbanat, nooraishahzaharin.blogspot owned by a cyber friend, Kak Aishah, whom I don’t know her in person, and emmira.blogspot owned by an old friend of mine, Amira, back to our time in primary school. Cuti semester kali ni, I sibuk dengan debat. Abang is away in Arab Saudi, so I don’t go back to Kuantan. Jarang-jarang sangat I dapat access internet. Until yesterday, baru I berpeluang menjengah these three favourite blogs of mine. Itupun server slow gila. Lamanya tak baca entries diorang. I dah lost track apa yang berlaku dalam hidup tiga orang ni whom I would say, somehow they are so influential in my life, walaupun of course diorang tak tahu pun how meaningful their writings are to me.

   My eyes shed into tears membaca entries dalam mysuperchild.blogspot posted lately. Ya Allah, teruknya I sebagai kawan sebab tak ambil tahu pasal dugaan yang Allah uji kat Along Lyna and her family. She has delivered her second baby prematurely at 28 weeks of pregnancy. Allah tambah lagi ujian-Nya, her second baby boy suffered from Amniotic Band Syndrome, born as kanak-kanak istimewa. As her loyal blog reader, I mengikuti perkembangan Along Lyna through out her second pregnancy. Of course I am looking forward for her delivery due early next year, and of course I am waiting for her to continue writing about her children’s every development as what she has been doing all this while. What happened to her and her baby benar-benar meruntun perasaan I sebagai ibu.

   Yes, blog Along Lyna sangat menarik. Very informative. You baca blog dia, bukan sekadar tahu tentang kisah hidup dia sehari-hari, but Along Lyna always writes additional knowledge, especially about breastfeeding, parenting, finance and hukum hakam, these four are my favourite reading tags in her blog. She makes effort to search somewhere about many issues, and she puts them in her blog in a way that is very interesting and worth to read. Semalam I menangis gila baca her entries starting from the moment her second child was born. I kagum dengan semangat dia, bagaimana Along Lyna menerima ketentuan Allah dengan penuh redha dan fikiran positif. I was speechless to leave any comment in her blog, because I don’t think I would understand what she feels and goes through right now. Along Lyna is very committed to breastfeeding that she does whatever it takes to give her premature baby her breastmilk. Yang paling I kagum, bagaimana Along Lyna sangat positif tentang masa depan. She wrote in her blog about future, what she expects her son would be despite his condition. Kalau orang lain, awal-awal lagi dah putus harapan dan hilang semangat, even ada yang doa biar Allah ambil aje nyawa anak dia sebelum anak dia besar, nauzubillah. Along Lyna is an amazing mother indeed!

   Hari ni I baca blog nooraishahzaharin.blogspot. Again, my eyes shed into tears. She lost her third baby after 38 weeks of pregnancy. I tak pernah missed her entries, I mengikuti perjalanan Kak Aishah through out this second pregnancy, but actually she was carrying her third boy. Anak sulung dia kembar lelaki. Kak Aishah is very genuine in her writings, she pours her heart in words, she describes her daily life in a way that you can imagine it, she is her true self in her blog. Kalau dia marah, dia selamba aje express dalam blog, kalau dia happy, dia akan buat lawak bodoh, kalau dia tension, dia akan curah dalam blog. And she likes cooking very much. Banyak recipes boleh belajar dari blog dia, very simple and practical. She is very motherly. She always writes about what she cooks for her twin baby boys that make me feel like I ni ibu yang sangat pemalas sebab my kids makan simple aje.

   I don’t know her in person, tak pernah jumpa di alam nyata, but somehow I feel so close to her. I jumpa Kak Aishah dalam Friendster, waktu tu dia letak gambar her twins pakai baju Manchester United kat front page, terus I excited nak add dia, sebab takde lagi di kalangan my friends yang dapat anak kembar. Then we became cyber friends and I am her loyal blog reader. I went through her older writings, I discovered that she was having infertility problem before and her twins were conceived through IVF, itupun after several attempts. I menjiwai apa yang Kak Aishah rasa, sebab I pernah berada di tempat itu. Emotional burden yang ditanggung, hanya orang yang pernah merasanya saja yang tahu. Then when Kak Aishah was again pregnant, I was very excited, lebih-lebih lagi the baby was conceived naturally and the twins belum boleh berjalan pun lagi. I was happy that Kak Aishah dapat merasa nikmat Allah yang I dah rasa, the great feeling bila kita boleh mengandung secara natural walaupun doktor kata kita mandul. Today I am very sad knowing that Kak Aishah has lost her baby, memang menangis baca entry dia describing the moment she delivered her baby yang dah tak bernyawa. After 38 weeks of pregnancy, this is certainly not what every mother expects.

   And I juga baca emmira.blogspot. She is a very happy mother with her only son’s great development and achievement every day. Blog dia asyik cerita pasal anak aje. Her son is so adorable, tengok gambar dia dalam blog pun boleh rasa geram nak cubit-cubit. I tak pernah jumpa lagi blog seorang ibu yang describe dengan detail perkembangan anaknya dari hari ke hari. That’s why her blog becomes my favourite. I know she reads my blog too. My last entry, I was telling the whole world that I am now pregnant again, expecting my fifth child. She left her comment, telling me that she is also hardly trying to get pregnant again. Her son sebaya dengan Zara. Masa I pregnant kat Adham pun, she congratulated me and told me that she was struggling to have second baby. I know she loves children very much. Such a good mother like her deserves to have as many children as possible, sebab anak-anak dia Insya Allah terjamin akan dipelihara dan dididik dengan baik. Tapi Allah tak bagi rezeki lagi kat dia.

   Bila mengenangkan semua ni, terasa kerdil diri I di hadapan Allah. Betapa sikitnya amalan I, tapi betapa banyaknya nikmat dan rezeki Allah pada I. At 26, I am carrying my fifth child. I have already had 4 healthy, intelligent and beautiful kids. All my pregnancies were smooth and safe. All the deliveries were smooth and safe. All my kids grow up happily and healthily. Allah uji I sekejap aje, dengan masalah infertility tu. Tapi rupa-rupanya Allah nak bagi nikmat lain yang lebih besar dan berpanjangan. Ketika kawan-kawan I diuji dengan proses mengandung dan kelahiran yang bermasalah, terasa selfish pula untuk I berlebih-lebih gembira dengan kehadiran a new life in my belly. I doakan all my friends tabah, kekuatan itu Allah yang bagi, sebab tu jangan jauh dari jalan-Nya, lagi kuat kita diuji, lagi kuatlah kita berpegang pada tali-Nya. Hmm… siapa I untuk bercakap. Ujian kawan-kawan I lebih hebat dari ujian yang I terima.

My fifth!

   When Imah was 7 months, I got pregnant. So when Imah was 16 months, Amjah was born. When Amjah was 10 months, I got pregnant. So when Amjah was 19 months, Zara was born. When Zara was 8 months, I got pregnant. So when Zara was 17 months, Adham was born. And now… announcing to the world, I am now have been confirmed pregnant again!!! Adham is 10 months old now, and I am 8 weeks pregnant, means that this fifth baby was conceived when Adham was 8 months old. Could you see the pattern? Hahaha, so now let’s calculate, by 40, how many children we would have?!

   Before last menses, I thought that I was pregnant, because I was suffering from morning sickness. But it turned out that I was having PCOS. Then my menses came, although two months late. So this time when my menses for next cycle is late again, I didn’t bother. PCOS has affected my life so much that I quit my studies due to over depression. I thought this time I would not let myself to be drowned again by the same issue. After all, we have already had 4 wonderful kids. Kalau Allah takdirkan banyak tu aje anak-anak kami, itupun I dah cukup redha dan sangat-sangat bersyukur, sedangkan masa awal kahwin dulu, doktor cakap I mandul.

   Before Abang terbang ke Arab Saudi, I dah buat UPT, it was only one line, negative. So I rasa, sepanjang 3 bulan ketiadaan Abang di Malaysia, I boleh aktif-aktif kat kampus. That was why I participated in debate, Vice Chancellor’s Cup and Royal Debate. Debate aje la yang I nampak ada jalan, benda-benda kokurikulum lain I tak minat dan takde bakat. And I started to fill up my schedule for next year, pertandingan debat bersusun-susun sepanjang tahun. Lebih-lebih lagi I dah jadi pendebat Royal untuk UiTM, selalunya UiTM akan jaga kitorang baik-baik, any tournament diorang akan call, train and then send us. Sepanjang debate baru-baru ni, my life was gila punya hectic, to juggle between debate and motherhood was not easy. Alhamdulillah, I managed to go through. Surprisingly my little kids were all supportive. Masa tu I rasa, even ada 4 anak kecil, taklah beban sangat nak tumpu kat studies and at the same time involve dalam perkara-perkara lain.

   Now I kena atur balik hidup I. My UPT tadi turned out to be two lines, positive! Maybe when I did my first UPT before Abang pergi Arab Saudi, it was too early to detect the HCG in my urine. Lagipun I memang ada sejarah buat UPT berkali-kali for every early pregnancy before the result came out positive. I tak sangka betul! Baru dua bulan lepas doctor cakap after this I might face infertility problem again, tapi tak kisahlah, I dah pun ada 4 orang anak, what to worry about? Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah… Allah Maha Berkuasa, Maha Bijaksana, Dia tahu apa yang terbaik untuk kami sekeluarga. My due date will be in July 2009. Waktu tu dah mendaftar di UiTM Shah Alam to pursue my degree in law. We have to start planning by now. A fifth addition to the family Insya Allah will not be a big issue to me and Abang. It is just that kitorang kena susun balik plan asal kitorang dulu, or at least sesuaikan plan asal dengan perubahan semasa.

   As soon as the doctor confirmed that I am pregnant, I terus called Abang. 12 tengah hari kat Malaysia is 7 am kat Arab Saudi. Abang tengah mamai tidur lepas solat Subuh, dia langsung tak sangka yang I nak beritahu pasal our fifth ni. Hehehe… First of all, I minta maaf dulu kat Abang, sebab dulu I dah janji nak berhenti mengandung sekejap and concentrate to finish my degree first. Hmm, actually Abang pun dah tahu, I memang takkan tunaikan janji tu. I enjoy my time being a pregnant lady, I enjoy the pain giving birth, I enjoy the moments raising the kids. Alhamdulillah, tadi Abang cool aje. What Abang worries most are, macam mana nak beritahu my parents in law, and apa reaksi kawan-kawan Abang nanti. My parents in law dah warning suruh berhenti beranak sekejap and concentrate to my studies. Kawan-kawan Abang dah mula mengejek sebab every year kitorang menghabiskan ING insurance for antenatal check ups, bersalin, kesihatan anak-anak, etc. As for me, I can’t wait to tell the kids that we are again expecting a new member to the family!