Career mother
“Kalau mak tak jadi cikgu aje, hangpa taklah sampai 10 orang dan taklah sampai semua masuk university!” Itu yang selalu mak cakap kat kami adik-beradik. There are times when my siblings object the way how ayah controls mak. Sometimes ayah cakap, kalau ayah bagi freedom kat mak, mungkin mak dah jadi menteri sekarang! My mother was somebody before. She was head student kat STF, she was pendebat terbaik Piala Perdana Menteri 1974, she was editor majalah sekolah. Masa nak kahwin dengan ayah, mula-mula ayah izinkan bagi mak sambung belajar ambil degree. But then, the very same month lepas kahwin, mak pregnant Abang Long, the same year delivered her first baby. Abang Long belum boleh berjalan, pregnant lagi. Abang Ngah belum boleh berjalan, pregnant lagi. I belum boleh berjalan, pregnant lagi. Ada satu fasa tu, in 3 years, mak delivered 4 babies! Direction mak dah berubah. Mak sibuk jaga anak-anak. Ayah pun tak berapa encouraged mak sambung belajar. Dek kerana financial situation, however ayah still bagi mak kerja as a teacher, itu pun sekadar pergi pagi balik tengah hari. Paling lambat pun balik petang lepas kokurikulum. Sorry la nak bagi mak sibuk-sibuk attend kursus kenaikan pangkat sana-sini.
After 15 years of marriage, mak and ayah were already blessed with 10 kids! I know that my mother is capable of doing many things. Mak pernah jadi guru disiplin, ketua panitia, but they didn’t last longer. Ayah tak suka mak sibuk-sibuk sampai terpaksa abaikan anak-anak kecil kat rumah. So mak jadi regular teacher, yang tak peduli pasal politik kat sekolah, yang tak kisah naik pangkat ke tak, yang buat dek bila kena sound dengan Guru Besar, yang sanggup selinap keluar ikut pintu belakang masa meeting sebab nak balik susukan anak kat rumah. Then after all my siblings dah ke university or boarding school, mak mula mengorak langkah. Langkah yang sangat cepat. Waktu tu I dah kahwin. Suddenly mak naik pangkat jadi PK HEM, PK 1 dan ada cadangan nak naikkan mak jadi Guru Besar. Sometimes bila I balik rumah mak, I could hardly bersembang dengan mak, during the whole day mak kat sekolah, malam pun ada kegiatan, sometimes for days mak out station pergi kursus sana-sini.
Ayah percaya, the most noble job for a woman is being a full time housewife. Sebab tu ayah cukup sayang kat my sister in law, Kak Dayang. She possesses a degree in Estate Management, but she never works. She takes care of her two children 24-7 at home. I was also a full time housewife before, but I didn’t complete my studies. Ayah supports my intention to pursue my degree, only that ayah tak berapa berkenan because I intend to be a practising lawyer. Now kalau nak compare cara Kak Dayang jaga anak-anak dia dengan cara I jaga my children, memang macam langit dan bumi, as currently I am busy being a student again. So apatah lagi bila dah berkarier nanti, ayah takut anak-anak I terabai. To ayah, kalau ye pun nak kerja, jadi cikgu cukuplah, sekadar nak top up kewangan keluarga, bukannya sampai nak jadi kaya. Itulah yang berlaku pada mak sepanjang usia perkahwinannya dengan ayah. To be a good wife, furthermore pandangan ayah tu memang selari dengan agama, mak is so obedient dan taat aje pada kehendak ayah. Ayah kata jangan sibuk-sibuk berkarier, mak patuh aje. Di saat mak betul-betul sangat hampir ke puncak, ayah suruh mak pencen awal, and that is what mak did. Kami adik-beradik memang bising. The youngest child pun dah umur 15, dah duduk boarding school, kalau mak pencen, apa aktiviti mak boleh buat kat rumah?
“Kalau mak tak jadi cikgu aje, hangpa taklah sampai 10 orang dan taklah sampai semua masuk university!” Mak selalu ulang ayat tu. Mak and ayah from generation X, I in generation Y, the way both generations memandang kehidupan ini adalah berbeza, masa mengubah segalanya. Don’t deny the fact that parents zaman sekarang mempunyai parenting skills yang lebih baik berbanding parents zaman dulu. The point is, tak semestinya bila jadi career mother, you akan jadi a lousy mother. Tapi jauh di sudut hati, I mengakui juga kata-kata mak, I menghormati pendirian ayah. Mungkin sebab mak cuma seorang guru ajelah, kami adik-beradik semuanya berjaya. Relatives and my parents’ friends selalu tanya, macam mana my parents mendidik kami adik-beradik. Alhamdulillah, semuanya diberi didikan agama yang beyond budak-budak lain, bukan setakat ilmu basic, tapi ambil tahu jugalah perbezaan pendapat dan mazhab dalam agama. Straight A’s during big examinations in my family adalah perkara biasa, kalau tak dapat straight A’s tulah yang luar biasa. Masuk university macam dah sure aje, tak payah susah-susah merayu sana sini. Bila compare with my parents’ childhood friends yang sekarang ni pegang jawatan besar-besar kat government or private sectors, anak-anak diorang taklah secemerlang anak-anak mak dan ayah, kalau ye pun ada yang cemerlang, diorang adalah anak tunggal atau datang dari tiga, empat beradik aje. Lebih sedih lagi, ada yang mak bapak berjawatan besar, tapi anak penagih dadah, terlibat dengan gejala sosial, kahwin lari, etc.
Seingat ingatan I, mak bukanlah ibu yang over concern sangat pasal anak-anak. Kalau baca blog para ibu sekarang ni, every little tiny thing pasal their baby’s development really matters to them. Tapi mak bukan macam tu, mak ibu yang sangat sempoi, buat deeeeek, she only concerned about the basics, asal cukup makan, cukup pakai, that’s all. Cuma mak managed to breastfeed all ten of us sebab mak banyak masa kat rumah. Mak bukan ibu yang tiap-tiap hari tanya pasal kerja sekolah, rasanya dari tadika sampai form five, tak pernah sekali pun mak buka check isi kandungan my school bag. Kalau nak exam tak cukup stationery, cakap kat mak, mak bagi duit, kalau tak cakap kat mak, mak pun tak tahu, maka meminjamlah last minute kat kawan-kawan. Mak takdelah cerewet sangat tentang bila anak dia boleh membaca, out of my ten siblings, ada yang boleh membaca at 5, even ada yang baru pandai membaca at 9, mak okay aje, tak push pun. Mak bukan mak yang jaga time table anak satu-satu, suka hati kitorang aje nak tidur pukul berapa, the only rule yang digunapakai di rumah ialah no tv if tomorrow is school day, so kitorang memekak main bising-bising sesama adik-beradik until late at night. Mak tak pernah push kena mandi pukul berapa, kena pakai baju apa, pandai-pandai sendirilah, adik-adik kecil ramai, belajar berdikari. Kalau terjatuh ke, luka ke, lebam ke, mak selamba aje, lepas menangis lebih kurang, kitorang diam sendiri. Itulah kenangan masa kecil yang I ingat.
Kalau mak sangat sempoi dan selamba macam tu, habis macam mana anak-anaknya semua boleh berjaya dan berakhlak mulia? Now I realize kebenaran pandangan ayah, bahawa the presence of a mother at home really matters in children’s development. Seorang ibu cuma perlu ada di rumah. Tak perlu belai anak every hour, tak perlu jaga every single thing pasal keperluan anak, tak perlu berlebih-lebih bersembang dengan anak, tak perlu melekat 24 jam tepi anak. Tapi hanya dengan perasaan bahawa ibunya ada di rumah, itupun anak-anak dah cukup terbela dan terjaga. I remember when I was small, I bukanlah clingy sangat dengan mak, adik-adik kat bawah I ada 7 orang. But knowing that mak was somewhere in the house, itupun I dah rasa emotionally secured and physically protected. Bukannya perlu sangat pun nak itu ini daripada mak, cuma nak ada perasaan bahawa mak ada kat rumah. Being a teacher, pukul 2 petang ke atas mak dah ada kat rumah. Mak masak, lepas tu tinggal aje lauk atas meja, pandai-pandailah ambil sendiri. Mak basuh baju, esok mak bising suruh kitorang sidaikan. There were times bila mak complained sebab kitorang malas, there were times kitorang tension sebab mak suka membebel, there were times kitorang rasa nak cepat-cepat pergi boarding school or masuk U sebab tension duduk kat rumah. Biasalah kan…
Tapi bila dah besar, kitorang sempat merasa perasaan bila balik rumah, mak takde kat rumah sebab mak sibuk dengan meeting kat sekolah, or sebab mak pergi out station kursus merata. Masa tu semua dah besar, even I dah beranak-pinak. Tapi betul-betul rasa pelik bila takde mak kat rumah. Bukannya tak boleh berdikari, dah pandai masak sendiri, pandai cari aktiviti sendiri. Tapi tetap rasa nak ada mak kat rumah. So bila ayah insisted suruh mak pencen awal sebab ayah dah mula tak berkenan mak asyik sibuk-sibuk kat luar, kami adik-beradik dalam dilema. Memang suka mak ada kat rumah selalu, macam dulu-dulu. Tapi tak adillah untuk mak, sebab bila kami adik-beradik balik rumah masing-masing or balik ke boarding school, mak tinggal berdua aje dengan ayah, apa aktiviti yang boleh mak buat? Yes, mak has 10 children, tapi bila dah tua, rumah sunyi sepi juga. It is good that mak has something to do to occupy herself. But at last, mak pencen juga. I know that mak loves ayah very much. Syurga seorang isteri pada redha suami, Insya Allah mak deserves it, what mak did was a noble one indeed!
Up until now, I masih menilai dan bermuhasabah. I tahu matlamat hidup I, I minat law, I will finish my studies. Then, I want to be a career mother. But what career to pursue, the question remains unanswered. Public prosecutor, magistrate, defence attorney, legal advisor, PTD, lecturer or maybe just a teacher? I will let the time to provide me the answer. The children are my priorities. My future career will be determined by how well my children can adapt themselves. So far, since I masuk belajar balik ni, they are well adapted to their status as anak seorang studying mother. They are in fact very supportive and cooperative. Bila I cakap esok I ada exam, they will sleep early so that I boleh study, or they will play quietly among themselves, they even encourage me to study, as what they always say ”…sebab nanti Ibu boleh dapat hadiah…!” Allah banyak mudahkan urusan I sepanjang I belajar ni, my children are well-mannered, healthy, happy, independent and matured. I cuma berdoa semoga Allah beri ilham dan tunjukkan jalan terbaik. Tak naklah nanti, di satu hari di usia tua, my children ungkit balik segala benda yang diorang rasa lack during their childhood. I just hope that diorang bersyukur dengan kehidupan diorang sekarang, just like how I bersyukur dengan kehidupan I masa kecil-kecil dulu. Up until now, what is clear is my determination to get a law degree, what is unclear is how my future career would be like.
April 5th, 2009 at 8:17 pm
seronok baca bloh kak asiah…
hmmm.. sy setuju pasal perasaan bila mak ada kat umah. Mak saya seorang yang sangat sibuk, dan x pernah pandai duduk diam. dia hanya duduk kat umah bila dia sakit.. deman.. sakit urat.. etc..etc.. tapi even dia sakit sekalipun.. kitaorang suka.. sbb mama ada kat umah.. and bila petang2 mama balik kerja.. mesti kitaorang akan sambut mama kat depan pintu.. kadang2 masa kecik2 dulu berebut adik beradik nak pergi bukak pintu kat mama.. sbb satu hari suntuk kitaorang tunggu mama balik…
Maybe apa yang akak cakap tue betul. nenek saya seorang suri rumah.. dia ada 8 orang anak.. and semua anak2 dia dapat belajar luar negara.. semuanya pandai2.. dan berjawatan tinggi…kerana kasih sayang seorang emak.. hidup jadi lebih bermakna..
Emak memainkan peranan yang sangat besar dalam hidup anak dia…..
April 6th, 2009 at 11:40 pm
salam asiah…
why on earth la saya punya pemikiran sebijik macam ayah awak… hahaha…
April 14th, 2009 at 7:28 pm
Salam kak asiah..
”No tv when tomorrow is school day”
The same rule when I was child hehe
Personally, z sendiri nak future wife yang housewife 24-7.Bukannya sebab z xnak bakal isteri tu ada career but i more prefer she become a fulltime housewife and ada masa untuk spend dengan children.Instead she will raise up children which are precious to cuntry and for me the accomplishment of a children to enter university and suceed in life is the real achievement for the mother.
But somehow if my wife nak bekerja jugak just make sure anak2 tak terabai la.I bet perempuan yang bekerja xsemestinya xboleh jaga anak.Dat’s obviously wrong.But most of her time should be wif the children i guess.
Anyway z rasa kak asiah layak jadi lecturer.Serious.Kak Asiah ada future career untuk menjadi pensyarah dan tak mustahil kak asiah boleh jadi koordinator UiTM Kedah. Saya sangat berharap satu hari nanti anak saya akan diajar dan dididik oleh kak Asiah =)
Gudluck for the final exam
Best regards,
Zharif