Editing
Lagi seminggu, tamatlah pengajian I kat UiTM kampus Kedah ni. My last paper will be on 24th. The last assignment I submitted was on 9th April. Sungguh semester ini sangat meriah dengan assignments! Assignment yang bermarkah dah tentu kena buat elok-elok. Assignment yang sekadar aktiviti dalam kelas juga perlu disiapkan sehabis baik, because I am very concern about my reputation. Actually it’s not merely about reputation. It’s about attitude. I discover myself as a perfectionist. Most of the time, I tak peduli sangat apa judgment orang terhadap hasil kerja I. I cuma seronok berasa puas dan bangga dengan diri sendiri bila I dapat siapkan kerja up to my own standard, and my own standard selalunya melebihi standard biasa, walaupun sometimes terkeluar daripada requirement. Sounds boastful, right? Sebab tu I tak boleh jadi leader, or jadi majikan, or perhaps tak boleh jadi lecturer. Kesian kat orang bawah I or my students nanti, my requirement and expectation are high, tak adil dan tak patut meletakkan pressure sesuka hati kat orang.
Bila I buat sesuatu kerja, I found myself spending more time in editing berbanding membuat preliminary works. Bila assignments assigned berbentuk individual, I have no problem, because I can prepare my work right from the beginning so that my final touch taklah mengambil terlalu banyak masa untuk diedit. But life is not always like what we want it to be. Throughout this final semester, I always faced difficulties when the assignments had to be prepared in group. Ada assignment yang in group of two, even ada yang in group of 10, lagi best, ada yang in group of 30, which is the whole class! I malas meletakkan any expectation on every group member, but I always put expectation on hasil akhir kerja kitorang. The biggest problem is… editing! I tak peduli kalau orang ni contribute, orang tu tak, orang ni datang discussion, orang tu tak pernah tunjuk muka, orang ni rajin, orang ni malas, I tak peduli semua tu. I cuma nak hasil akhir perfect, yang boleh cover all internal problems among group members, sebab lecturer nak tengok assignment tu, bukan nak dengar cerita konflik yang dihadapi masa siapkan kerja.
I am very fussy about my work. Memandangkan semester ni I am pregnant, I malas nak menyusahkan fikiran untuk terlalu cerewet sana-sini. Tahulah kan, emotion perempuan mengandung sentiasa fluctuate. Ada masanya bila tengok hasil contribution other group members, or bila attitude diorang tak menyenangkan hati, I tension terlebih-lebih. So untuk menjaga emosi, I tried to be ignorant. But being ignorant pun mengundang tension juga, bila at last tengok group assignment macam hampas. I tak peduli sangat tentang markah, cuma sifat diri I ni yang suka buat kerja elok-elok. I want for every group yang ada tertempel nama I as one of the group members, lecturer akan puas hati dengan hasil kerja group tu. But it didn’t always happen. Yang susahnya because I am a non-resident student. Bukan boleh simply datang kolej malam-malam sampai pagi buta untuk siapkan assignment. Just imagine, assignment kena hantar esok pagi, pukul 10 malam baru group members submitted part kerja diorang, so I had to let other group member untuk buat final touch, edit sana-sini. Furthermore, I takde computer kat rumah. Selama-lama ni, I was heavily dependent kat computer di library. Dan lagi, not my style bawa balik kerja buat kat rumah. Sepanjang three semesters ni, semua assignments I siapkan kat kampus before 5 pm, kalau tak siap juga, I would continue the next morning kat kampus. I never bring back home my workload, as my time at home is dedicated to my children.
Sesetengah lecturers suka decide siapa geng siapa in a group, usually the lecturers decide at random. Tujuannya supaya taklah muka yang sama aje in a group for every assignment. Masalahnya, susah bila terpaksa bekerja dengan orang yang kita tak selesa. Tak selesa bukan bermakna I tak suka dengan orang tu, but maybe I tak selesa dengan cara dia bekerja. I boleh tolerate dengan orang yang tak contribute langsung, sebab kita dah tahu awal-awal lagi kita akan kena buat part dia. Tapi I tak boleh tolerate dengan orang yang suka buat kerja last minute, because we have to depend on that person’s work to finish the assignment. Usually budak-budak pandai yang ada attitude macam ni. Because they are smart and brilliant, they can finish their work at the very last hours perfectly, dan kita pun yakin dengan kerja diorang. But group work requires editing. Nak join altogether semua hasil kerja group members memerlukan a few more hours to edit, so that hasil akhirnya neat, nice and ikut flow. Itu yang I cerewet sangat.
When at times lecturers bagi kebebasan kami pilih group members sendiri, I manfaatkan betul-betul untuk select orang-orang yang I selesa to work with. Orang-orang ni tak perlu dapat dean’s list, or popular, or warak, etc. Cukuplah ada attitude yang I boleh tolerate. Malas pun takpe, kaki outing pun takpe, kaki ponteng kelas pun takpe, as long as I dah tahu cara kerja dia boleh disesuaikan dengan cara kerja I. Bila sesekali dapat group members yang rajin dan pandai tu, kira bonus besar la tu kan! Am I dominant? Entahlah… Tapi I cukup menghargai hasil kerja orang lain. I pernah joined group budak-budak pandai, yang simply discarded hasil kerja orang lain, anggap kerja tu as rubbish, dan siapkan the whole assignment. Yes, the assignment got the highest mark, but as one of the group members, even though markah tinggi, I tak seronok sebab itu hasil kerja individu tertentu, bukannya group work pun. Pada I, it’s about kemahiran mengedit. Banyak maklumat yang group members kita cari, bukannya rubbish, nampak macam rubbish sebab masih belum refine, or nampak macam rubbish sebab English dia poor, or nampak macam rubbish sebab kita yang tak faham.
So I wanted to challenge myself. I keluar dari group budak-budak pandai tu, I requested kat lecturer nak join group yang rata-ratanya dilabel budak-budak tak berapa pandai, budak-budak malas yang selalu tak nampak batang hidung dalam kelas, yang selalu kena marah dengan lecturer sebab buat assignment cut and paste dan tak faham dengan apa yang diorang sendiri present. I am so proud of myself, lepas aje I joined group tu, our group got better marks than group budak-budak pandai tu for every assignment! Sampaikan bila carry mark kitorang keluar, ada my group member yang selama ni dilabel as weak student, dapat carry mark lagi tinggi than a few top students. My secret is only… editing! You minta ahli kumpulan kumpul fakta, tak kira macam mana tak relevant pun kelihatannya fakta tu at first, mesti ada sesuatu yang boleh diguna. Sometimes it just needs rephrasing, ubah struktur ayat tu, supaya tally dengan topic. Ayat-ayat dalam internet or dalam buku, bukan semua mudah difahami, you translate aje into simple English. Sometimes it just needs organization. Fakta tertentu bila diletak bawah subtopic tertentu baru nampak relevant, bila diletak kat subtopic lain nampak macam tak kena langsung. Sometimes it just needs one sentence of explanation. Ada maklumat yang tak clear until kita buat satu ayat to connect the information with the topic. As simple as that… editing! Editing boleh membuatkan hasil kerja yang biasa-biasa jadi luar biasa. Ada satu assignment tu, my group was the only yang dapat full mark. Lecturer tanya kat my friend, “Asiah sorang ke yang buat kerja ni?” Oh no! It was a group project indeed. Maybe kalau I nak dapat credit pun, because I was the one yang buat kerja editing, gave final touch to what other members had compiled. Semua fakta, points and arguments dah ada, cuma perlu diedit supaya lebih jelas dan menjawab soalan, itu aje rahsianya.
Ada satu subject ni memang based on individual work, kena tulis two academic writings. Memang tension, banyak kerja and complicated. Memanjang aje kena hantar assignment kat lecturer, lecturer pulak cerewet gila and very particular. But being me, I prefer individual work than group work. Masalahnya, academic writings tu ada limited number of words allowed. Masa nilah I found myself spending more time in editing than in writing. I boleh lancar aje menulis, but when it comes to editing, fuhh! Part tu yang tension sangat. Kami kena tulis 800 words, for me, 800 words tu baru habis perenggan ketiga out of six paragraphs. Macam manalah nak menyampaikan semua isi dan fakta sokongan with such limited words? Memang masalah besar, sampaikan lecturer selalu perli I dalam kelas. She liked reading what I wrote, but she said, she won’t mark it because it’s too long and beyond requirement. Sudahnya, dua tiga kali my assignments kena reject. Tapi ada hikmahnya. From that, I learn how to be precise and concise. Sometimes orang akan naik muak dengan benda yang melebih-lebih. Cukuplah dua tiga ayat untuk menjelaskan sesuatu, tak perlu meleret-leret. Sometimes kita memang boleh present sesuatu yang orang suka, but we are only given limited space and time. Macam penceramah kat tv, banyak gila benda nak cakap, tapi ada slot setengah jam aje. So dalam bab ni, I kena belajar lagi cara nak edit my work to be short but meaningful.
Masuk Shah Alam nanti, for sure akan jumpa kawan-kawan baru. Meaning… perangai-perangai baru, konflik-konflik baru, isu-isu baru. Belajar kat university, memang takkan boleh lari dari group assignment. Baguslah I dah ada pendedahan kat peringkat pra ni. So I know what to expect bila buat degree nanti. Apa yang pasti, I will be very selective nanti bila nak choose my own group member. I tak minta orang memahami my status as a mother, I never make it an excuse untuk lari dari kerja yang patut I buat. Even dalam pantang pun I datang kelas dan siapkan assignment on time. I cuma nak my group members nanti share the same aspiration and motivation that I have, bahawa semua kerja perlu disiapkan sehabis baik, bukan separuh hati.