Budak-budak pre-law
May 7, 2009 by asiahaj
Kat UiTM Kedah, whether to admit or not, orang paling jaki dengan budak-budak pre-law, atau istilah mudah fahamnya, menyampah, meluat dan bengang. It’s a fact, you will notice it as soon as you have sincere conversations with budak-budak from other courses, guards, librarians, makcik cleaners, makcik dewan makan, or even dengan lecturers. Even our ex-coordinator pun pernah bagi remark, “You all ni batch paling pandai, tapi paling kurang ajar sekali!”, specifically referring to my batch. I pernah bersembang dengan makcik guard, memang keluar macam-macam cerita pasal budak-budak pre-law. Sometimes orang menyampah gila kat batch tertentu budak pre-law, like my batch, tak sabar-sabar tunggu batch tu blah pergi Shah Alam. Tapi datang batch baru, sama juga perangainya, berulang balik kisah-kisah buruk yang lebih kurang sama.
Looking at my image, orang susah nak duga yang I ni pre-law student. Sebab pre-law students ada identity sendiri. Selalunya bila straight cakap English among friends, gaya macam anak orang kaya, pakai baju moden-moden and sometimes seksi, terlebih outspoken kat public, maka orang akan terus kenal you as pre-law student. Kalau ada budak-budak pre-law buat salah, kurang ajar, berlagak, berakhlak kurang sopan, pakai seksi, mulut lazer, dan semua yang negatif, orang akan cakap, “Padan la, dia budak pre-law…” Seolah-olah terpaksa dimaafkan aje merely because dia budak pre-law. Demikianlah warga UiTM Kedah memandang budak-budak pre-law ni. And I don’t fit into the identity associated to pre-law students, sebab tu orang terkejut when I introduced myself as a pre-law student, which I rarely did. I perasan, bila budak-budak from other courses tahu yang I ni pre-law student, diorang tak berani nak tegur. Yes, I pun bukannya rajin sangat tegur orang dulu, tapi once orang dah tegur I dulu, diorang akan tahu macam mana becoknya mulut I ni.
I have to admit, walaupun pahit, labels yang orang bagi pada budak-budak pre-law ni ada juga kebenarannya. Memang tak semua begitu, banyak aje yang baik-baik. Tapi yang baik-baik ni tenggelam sebab yang tak berapa baik tu lebih dominant, lebih exposed and lebih glamour. Furthermore, diorang pun memang budak-budak pandai yang memanjang aje score in exams. I am 27 this year, jauh lebih tua dari diorang. Mungkin kerana lebih matang dan ada identity sendiri, I tak terikut-ikut pun dengan cara diorang. Sometimes terasa rimas juga, but I managed to just let the feelings go away. Kenalah terima hakikat, diorang budak-budak muda yang baru nak kenal dunia, ramai yang baru first time lepas bebas dari kongkongan keluarga atau warden asrama kat sekolah menengah dulu.
But sometimes I couldn’t stop myself from comparing between UIA and UiTM. I have been in UIAM Matriculation Centre for quite some times. Masa tu pun budak-budak kat situ baya-baya my batch budak-budak pre-law ni juga, baru lepas SPM semuanya. Tapi memang jauh bezanya situasi kat UIA dengan UiTM. I rasa ada 2 sebab, pertama sebab undang-undang kat UIA lebih ketat dan Islamic berbanding UiTM, dan kedua sebab kat UIA ada budak-budak aliran agama yang menjadi tonggak penggerak roh Islam. Bila diingat-ingat, budak-budak pre-law di matrikulasi UIA sangat dihormati. Memandangkan diorang ni berasal dari sekolah agama, ada ilmu yang luas, pandai bercakap dan aktif berpersatuan, you akan nampak budak-budak pre-law in every event. In fact diorang ni mampu bagi kuliah lepas solat dan berceramah macam ustaz punya level dah. Tengok imej diorang pun, dah macam ustaz, macam bapak budak, dengan jambang, jubah, serban, tudung labuh semua. Memanglah ada juga yang hampas, tapi sebab undang-undang kat UIA agak ketat, hampas-hampas diorang pun terkawal la juga.
I tahu, ramai budak-budak pre-law in my batch yang akan baca coretan ni. I bukan jenis yang suka masuk campur hal orang dan suka bagi nasihat, teguran atau cadangan directly. Tapi I ambil tahu juga, cuma I tak suka mengulas. I tahu siapa yang dah terlanjur, siapa yang gay, siapa yang putus cinta, etc. Unless they ask, masa tu baru I akan slow talk sikit-sikit. Tapi berapa orang aje nak bicara hati ke hati dengan I? Banyak cakap sikit, nanti I perasan diorang akan mula menjauhkan diri. Sometimes sedih juga, sebab yang berperangai dan berpakaian bukan-bukan tu adalah anak Melayu Islam. Dah tu one day diorang akan jadi somebody yang akan menegakkan kebenaran, at least itulah yang konon-kononnya dikaitkan dengan bidang guaman. Kalau kita sendiri berjalan tempang, macam manalah nak diharapkan kita mengajar orang berjalan betul?
I takkan pilih kawan. Orang kata, don’t judge a book by its cover, jangan tengok luaran, jangan suka buat pre-judgment. Ada orang pakai seksi, kaki clubbing, tak sembahyang, tapi dia tak pernah tikam kawan, sentiasa sedia tolong kawan. Ada pulak yang baik akhlaknya, tapi kedekut ilmu, tikam belakang, opportunist dan sebagainya. Demikianlah Allah jadikan manusia yang pelbagai ragam. I tak suka ada perasaan negatif kat orang lain, even though sometimes I can’t help myself untuk ada perasaan disapproval, tapi takat dalam hati ajelah, takdelah sampai nak sound directly. Now dah habis belajar kat Kedah. Tak semua budak-budak pre-law tu akan continue buat law, ada juga yang akan pilih cabang lain. Apa pun, diorang kawan-kawan I. I doakan semuanya akan dapat husnul khatimah…
salam kak asiah
Saya sangat menghormati pandangan kak asiah tentang student pre-law di sini.Ada yang baik tapi macam kak asiah cakap yang kurang baik itu lebih exposed dan outspoken.
Tapi itulah manusia.Kita tidak boleh memuaskan hati semua pihak.Biarlah Tuhan yang judge diri kita. Insyallah ruang untuk perubahan kepada student pre-law itu masih ada.
salam kak…apa khabar???first of all terima kasih atas luahan perasaan akak yang jujur..sebagai menjunjung amalan demokrasi saya sokong dan saya tak tentang cuma apa yang ingin saya selitkan sikit ja…didalam demokrasi mana mana negara kat dunia nie pun ada hadnya…jelas nya yang saya nak maksudkan kalau boleh kak salurkan keluh kesah kak nie dengan cara yang lebih berhikmah…kak jgnlah terlalu outspoken sangat sehingga guna blog…saya tahu saya pun ada juga kadang kadang melakukan kekhilafan tapi kalau boleh biarlah yang buruk itu dihindari jauh jauh…macam kes saya dulu….so kita cuba elak dan kurangkan expose keaiban orang kat umum…tak elok dlm segala aspek kak…meliputi agama, dan kehidupan….ya saya akui ada yang dalam tulisan kak tu betul tapi kita salurkan dengan lebih elok dan berbudi…takut ada pula pihak lain yang terasa…saya takut kelak kak menyesal…dan jadi macam saya..wakaka…tapi tak pa…kita dah tertulis dan orang pun dah terbaca dan saya hope kak lebih tertutup sedikit dan jgn outspoken kak…malu uitm malu agama malu bangsa….tak berkat kalau kita selalu compare tempat kita menuntut ilmu dengan tempat ilmu yang lain….saya nie pun bukanlah kuat sangat agama tapi saya tahu sikit sikit kak….kita jgn selalu terkenang kenang benda yang lepas….tak berapa elok dan tak baik coz dah nak menjurus kepada menyesali ketentuan yg telah ditetapkan…memang la kita akan bidas balik untuk memastikan comparison ini menjadi cabaran dan pedoman untuk kita menjadi lebih baik lagi tapi kesan panjangnya ia lebih melukakan hati banyak pihak….yng lepas biarlah lepas dan kita sebagai makhluk Allah perlu teruskan kehidupan…pandang ke depan….saya takut kalau kak terus compare uitm ngan uia terus menerus takut takut lebih banyak menimbulkan umpatan bukan terhadap diri akak tapi pusat menuntut ilmu itu sendiri juga….masing masing pusat pengajian ada baik dan buruknya tersendiri….dan paling saya kecil hati sikit bila kak kata ada pelajar boleh bagi khutbah ala ustaz waktu di uia dulu dan macam macam lagi …sebenarnya tak berapa elok kita terlalu puji…coz kita tak tau masa depan pelajar itu….pernah terjadi dlm suatu kisah dimana ada seorang mukmin yang begitu warak taat kepada Allah tetapi akhirnya ia tak dimasukkan ke syurga dek kerana dia berdosa kepada kedua ibu dan bapanya…maka tercampaklah mukmin itu kedalam neraka Allah yang Maha dahsyat….tengokk betapa besar dugaan Allah…jangan kita sangka kaki minum,,kaki clubbbing,,gay,,,cik pon,,,,golongan pakai skirt baju ketat dan pendek itu jahat selamanya dan jangan kita ingat mukmin yg tidak henti sujud kepada Allah syurga tempatnya kerana manusia boleh berubah dalam sekelip mata….apabila “kun fayakun” maka jadilah lantas jadilah apa pun dengan kehendaknya…..akak jgn terasa hati saya cuma nak berkongsi pendapat semata mata…kerana sebaik kak menulis blog nie macam macam komen saya dapat baik melalui talipon mahupun emel mahupun sms….kadang kadang niat murni kita boleh menyinggung orang lain lantas saya menyeru kita termasuk diri saya yang kerdil di sisi Allah nie menyampaikan sesuatu ataupun berdakwah dengan lebih berhikmah tambahan pula nabi juga menyeru perkara yang sama…..sekian,,wassalam….