Teruk betul I hari ni. After Abang went to office at 7 am, I sambung tidur. Something that should be extremely avoided on school days. Terjaga pukul 8 pagi, kelam kelibut dibuatnya. Hari ni second day Imah and Amjah ada mid year examination. Sementara I bercuti 2 bulan kat Kuantan ni, Imah and Amjah menumpang belajar kat tadika near to our house. Dengan Adham dan Zara yang bangun awal dan ngok ngek ngok ngek, nak mandi anak-anak, dengan kerenah Imah dan Amjah pagi-pagi yang last minute baru nak minta bawa bekal la, nak pakai kasut baru la, nak bawa itu ini pergi sekolah la, akhirnya we reached school at 9 am. The school session starts at 8.30 everyday. Masa sampai, semua budak dah ready nak jawab kertas soalan, cikgu tengah bagi briefing. Wah, penat rasanya bila kena rush. Mujur hari ni my voice tak high pitch, since the late was due to my fault, not because of the children liat bangun ke, buat perangai ke, etc.
I regret betul, masa nak keluar rumah pagi tadi, tengok-tengok dalam beg Imah dan Amjah, baru perasan ada banyak homework yang cikgu bagi semalam. Normally after diorang balik dari sekolah, I will make sure that I will check their school bags. Kalau ada homework, kena siapkan sambil-sambil diorang dok bising memekik petang-petang. I have to induce their mood untuk buat homework, because sometimes the temptation to play, to watch cartoons, to draw, really make their day. Have I told you that both of them really like drawing? But yesterday, balik aje dari sekolah, dengan school uniform tak bersalin, I brought them to town. Balik-balik dari town, dah petang, dah penat. Sedar-sedar dah malam, Abang came back from office. When Abang is at home, I could not be totalitarian anymore, as the kids sometimes ignore me for they always prefer their Ayah over Ibu. So they ended their day by watching CD kisah-kisah Nabi sampai entah pukul berapa, buat tak tahu aje kat homework. I regret sebab homework yang cikgu bagi tu mungkin akan naik soalan dalam exam, macam mana Imah and Amjah nak jawab kalau tak buat revision? Diorang baru tak sampai sebulan belajar kat tadika tu, syllabus lain dari tadika di Merbok. I susah hati fikir pasal exam hari ni.
When we were in Merbok, Imah and Amjah jarang sangat bawa balik homework. Different school, different approach. Not that their kindergarten kat Merbok tu tak ajar apa-apa, cumanya cikgu kat sana tak prefer budak-budak bawa balik buku sekolah. Kat situ ramai budak kampung, yang kalau bawa balik buku, esoknya buku tu akan hilang, koyak atau tak bersentuh. So semua kerja disiapkan kat sekolah aje, kalau tak siap, esok sambung. Tapi kindergarten kat Kuantan ni, I salute la, hari-hari cikgu bagi homework. Tak perlu banyak, two three pages aje, sekadar nak bagi budak-budak tu biasa dengan homework dan taklah balik rumah semata-mata duduk saja, main dan tengok tv. Padan la dengan yuran pun. We paid RM635 for both Imah and Amjah for this month only. Adat la kan, bayar lebih, dapat lebih.
Imah dah nampak ciri-ciri bertanggung jawab dan concern pada pelajaran. Normally I do not have to ask her, ada homework ke tak. Kalau dia ada homework, balik-balik dia terus buat. Imah sangat particular, I guess sifat tu dia dapat dari I, sebab Abang takdelah particular sangat kat benda-benda kecil. She does her work nicely, she will be very upset kalau ada cacat cela sikit-sikit, misalnya terwarna keluar garisan ke, tertulis senget ke, terkoyak hujung buku ke. Atau bila I check kerja dia and I find mistake, dia akan cepat-cepat betulkan, so that her work will appear perfect bila hantar kat cikgu. On the other hand, talk about Amjah, biasa la budak lelaki… I think budak lelaki ni turning point dia lambat sikit. Sometimes Amjah sangat liat nak buat homework. Dia lagi interested nak melukis daripada menghadap buku sekolah dia. So I have to induce his mood. Sometimes I just hope that Amjah tu ada perasaan nak bersaing secara sihat dengan Imah. I harap dia berlumba dengan Imah, siapa siap homework dulu, siapa lagi pandai, siapa lagi rajin, etc. Ada masanya Imah dah siap homework awal-awal, Amjah pulak sampai ke malam malas nak buat homework, so Imah offers herself untuk tolong buat Amjah punya kerja. Of course I tak benarkan, nanti Amjah terbiasa. Ala… what could you expect from a 4-year-old boy? Even though when Imah was 4 she was already responsible on her homework, I tak boleh compare Imah dengan Amjah, sebab Imah anak perempuan, Amjah anak lelaki, different nature. Ada masanya pagi-pagi nak pergi sekolah, Imah perasan dia terlupa buat homework, dia sangat risau, siap bisik kat I suruh I yang beritahu cikgu, yang dia terlupa siapkan homework. Tapi Amjah, dia buat bodoh aje, dengan muka selamba tunjuk page kosong kat cikgu.
Masa I sekolah dulu, I sangat liat dan malas nak siapkan homework. Balik rumah aje, letak beg sekolah, tak ambil peduli dah sampai esok pagi, nak pergi sekolah baru cari beg tu balik. Adik beradik ramai, banyak benda boleh main dengan adik-adik, ada-ada aje aktiviti kitorang kat rumah. Sebab tu I benci bila ada homework, I tak suka cikgu yang suka bagi homework, especially subjek Matematik. Kononnya kalau nak terror Matematik, kena buat banyak latihan. I buat kerja sangat laju, sebab tu boleh siapkan kerja kat dalam kelas. Tapi ada cikgu-cikgu yang komited ni, tetap suka bagi homework sebelum keluar kelas, tension betul. Muka-muka selalu tak siap homework, mesti ada terselit muka I. Sometimes bila dapat cikgu yang garang, tahu pulak takut, esok pagi I woke up sebelum Subuh, pulun siapkan kerja. Sometimes I pergi sekolah awal gila, pinjam buku kawan-kawan untuk copy sebiji-sebiji. And sometimes, trick paling biasa, pergi sekolah dan tinggalkan buku tu kat rumah, lepas tu cakap kat cikgu yang buku tertinggal. Itulah yang I buat sepanjang 11 tahun di alam persekolahan. Memang teruk betul, sampai form five pun I berperangai macam tu!
Seingat ingatan I, masa kecil-kecil dulu, jarang sekali mak tanya, ada homework ke tak? Orang kata kalau mak kita cikgu, selalunya she would be very concerned pasal pelajaran anak-anak. Tapi sepanjang 11 tahun tu, I tak pernah ingat mak checked my school bag, mungkin mak ada checked when I was sleeping, tak tahulah. Bila I dah jadi ibu, I realize tentang kepentingan disiplin dalam pelajaran. Betapa parents ni kena ambil peduli kat hal ehwal persekolahan anak-anak. Especially si ibu, sebab normally ayah sibuk dengan urusan di luar. Tak sedikit pun I nak blame my mother. I believe approach mak ayah kita berbeza kat setiap anak. Mak memang kurang peduli pasal pelajaran I, tapi mak still concentrate kat adik-adik bawah I, paksa diorang buat homework, hantar diorang pergi tution classes, checked buku-buku diorang. Mungkin mak lepaskan I on my own sebab mak percaya kat I. Every exam I got good marks, even though she paid less attention on me. But if she ignored adik-adik, nanti exam diorang pun kucar-kacir. I rasa macam tu jugalah my situation sekarang. I boleh percaya kat Imah, I believe that she can discipline herself. Tapi Amjah, I have to push sometimes.
Peranan ibu sangat penting, sebab ayah selalu terlepas pandang. Macam Abang, sometimes I marah Abang sebab nak ajak kitorang pergi program sana-sini, or asyik leka main dengan anak-anak sampai lewat malam, padahal esok pagi anak-anak kena pergi sekolah or anak-anak ada homework yang belum siap. Once anak-anak kita dah masuk alam persekolahan, ibu bapa dulu yang kena disiplin, baru boleh disiplinkan anak-anak. Sebab tu I rasa, I am a different student now. Dapat peluang sambung belajar balik dengan status seorang ibu yang I pegang, I rasa I lebih bertanggung jawab kat my studies. I will make sure I siapkan kerja on time, I never request extra time from lecturers. In fact sometimes bila lecturers extend date of submission, I feel disappointed pulak sebab dah pulun siapkan kerja awal. And I will feel frustrated if my groupmates tak siapkan kerja on time, because it will also affect the quality of my work. Tapi I tak boleh salahkan diorang. I pun dulu-dulu macam tu, I was even worse. Only after years of journey in motherhood, baru I realize tentang betapa pentingnya disiplin, concern, rasa tanggung jawab and commitment to do the best in our studies.
salam
saya masa tingkatan4-5 memang paling boring kalau kena buat homework(lagi2 add math).So cara senang pinjam je amoi2 cina yang pandai math and copy bulat2 hehe
agree.Mom knows best. She more meticulous in children’s stuff than father.