Packing
Ramai orang kata, Yasmin Ahmad kalau buat films, memang down to earth, benda-benda kecil in our real daily lives akan dipotretkan dalam filemnya dengan sangat bersahaja. Tak macam Malaysian film makers yang lain. Senang cerita, tengok films by Dato’ Yusof Haslam, cakap formal gila macam ada cikgu Bahasa Melayu kat belakang camera. I selalu tak puas hati bila tengok babak nak lari rumah lepas gaduh dengan suami atau lepas kena marah dengan mak ayah, si pelakon sumbat baju-baju dengan hanger sekali dalam beg besar, sambil nangis-nangis, lepas tu terus blah. Boleh faham la kenapa tak lipat baju, sebab nak cepat. Tapi I selalu terfikir, kenapa bawa baju aje? Underwear, bra, towel, toiletries, alat make up, semua tu tak penting ke nak bawa lari rumah? Okay la toiletries boleh beli kat kedai tepi jalan, takkan underwear dengan bra pun nak beli baru semua? One day I tengok cerita Gubra, si Amani tu lari rumah lepas dapat tahu kecurangan her husband. Memang logik la, dia masuk toilet, ambil pencuci muka, berus gigi, semua sumbat dalam beg. Kagum I dengan Yasmin Ahmad! Sejak kecil sampai besar I selalu questioned babak lari rumah ni, alih-alih Yasmin Ahmad berjaya memuaskan hati I. Walaupun I memang tak suka bila Yasmin Ahmad bercakap pasal isu agama, sedangkan dia sendiri bukanlah orang yang arif, hanya bercakap dari perspektif dia yang hidup pun tak mencerminkan macam Muslimah sejati, tapi bila babak lari rumah tu, salute la jugak, betullah her films really down to earth!
Last weekend Abang bawa kitorang pergi dua program yang memerlukan kitorang bermalam di tempat program. Khamis malam tidur kat resort di Kerteh, Sabtu malam tidur di perkampungan orang asli di Sungai Lembing. Abang dah cakap awal-awal, nak bawa anak-anak and I sekali. Dulu-dulu Abang selalu bagi short notice aje, balik kerja pukul 8 malam, baru nak inform itu ini, pukul 11 malam dah start journey. Zaman tu boleh la, masa anak baru dua orang. Kalau zaman sekarang ni Abang buat macam tu, harus saja I buat deeeek dan malas nak ikut. Bila anak-anak dah berderet macam ni, nak keluar pergi shopping kat bandar pun wajib ada list of important items yang kena bawa. Apatah lagi kalau sampai kena bermalam, mana boleh semberono aje terjah keluar rumah angkut anak-anak tanpa preparation.
I sangat particular tentang barang-barang yang kena bawa bila nak keluar rumah. Selain kain baju, pakaian dalam and toiletries are important items kan? Sebab tu sangat tak logik kalau you nak lari rumah, tapi bawa baju yang bergantung dalam almari aje. Walaupun I particular, tapi taklah sampai merepek pulak. Ada orang, siap bawa bantal busuk, teddy bear, bingkai gambar, dan entah apa-apa lagi. Kalau bawa toto, charger untuk handphone, iron, yang tu kira items yang reasonable la kan. Now bila anak dah 4, pulak tu kecil-kecil lagi semuanya, maka berganda-ganda la items yang dalam list. Besides kain baju, kena bawa diapers secukupnya, electric kettle, termos air panas, susu dan botol susu, nappy rash cream, ubat demam, kain nak lap muntah, toys dua tiga perkara, bla bla bla… Tapi I sangat bernasib baik. Ada mothers out there yang anaknya tak boleh tidur tanpa buai, maka berangkutlah satu set buai dengan tiang-tiangnya. Ada yang anak dia tak boleh lekang dari bantal busuk, pulak tu bantal busuk ada 4, 5 biji, maka satu beg khas untuk bantal busuk aje. So just imagine kena besar mana but kereta dia kalau ada 4 orang anak?
As for my little kids, for every one day kitorang travel, I akan bawa 6 pasang baju untuk seorang anak. 3 pasang baju untuk siang, 3 pasang baju untuk malam, I tak campur baju siang dan malam. My kids wajib pakai baju lengan panjang dan seluar panjang waktu malam, tak kira panas macam mana pun, sebab I tak suka diorang kena gigit nyamuk. So, dah 24 pasang baju untuk 4 anak. Memang kena bawa banyak, sebab budak kecil banyak yang unexpected from them, kencing dalam seluar la, berak bocor la, muntah, tumpah makanan, main kotor, peluh lepas lari-lari, ada-ada aje la reasons nak kena tukar baju. Itu sehari punya cerita. Kalau travel 3 hari? Darab sendiri la. Sebab tu kalau travel yang lebih dari 3 hari, wajib I singgah mana-mana rumah saudara-mara untuk pinjam washing machine, atau kena pergi dobi. Yang tu baru cerita pasal baju. Belum campur panties and underwear untuk anak-anak yang dah toilet trained. Imah dah kena pakai tudung consistently, so kena bawa tudung dan anak tudung dia. Memandangkan I sangat cerewet, warna tudung kena matching dengan warna baju, so kena bawa tudung a few helai yang different in colour. Towels pun kena bawa banyak-banyak, sebab diorang ni memang terror mengotorkan towels. Jadi bayangkan ajelah macam mana nak termuntahnya I menghadap kain baju bila nak travel.
Dah habis bab anak-anak, kena uruskan bab kain baju sendiri pulak. Mujurlah I ni bukan type berfesyen-fesyen. Bawa tiga, empat colours set jubah dan tudung, dah okay. Yang lain-lain tu, biasalah, pakaian dalam, baju harian, telekung, towel. Kalau tak cukup, belasah aje pakai baju Abang. Now Abang dah jadi sangat berdikari. Bukanlah Abang tak reti berdikari before this. Cumanya lepas kahwin, I biasa uruskan kain baju Abang bila nak travel, so Abang just angkut beg. But now, selain nak menguruskan kain baju I, I juga kena uruskan kain baju 4 orang anak, so Abang kesian kat I, hal ehwal beg Abang, Abang buat semuanya sendiri. As a wife, memang rasa guilty. But at the same time, rasa syukur sebab dapat suami yang sangat understanding dan tak demanding. Mula-mula dulu, ada aje benda yang Abang lupa. Lupa bawa stokin, bawa kain pelikat tak cukup, dah tahu nak mandi sungai tak bawa seluar yang sesuai, tinggal charger, macam-macam. But now Abang dah expert, sometimes it impressed me a lot.
Orang selalu tanya I, tak penat ke beranak ramai, rapat-rapat pula tu. My answer simple aje, I dapat suami macam Abang, tu yang tak serik tiap-tiap tahun dapat anak pun! Hehehe… Siapa-siapa yang pernah tengok Abang mengurus anak-anak, semuanya akan puji Abang dan admit betapa beruntungnya I ni. Sebab tu I tak pernah rasa ada keperluan nak cari maid. Dan I juga bukanlah ibu yang hanya terperap di rumah jaga anak-anak sebab tak larat nak jalan-jalan selalu mengangkut satu batalion. Bila nak travel, both Abang and I dah tahu peranan dan kerja masing-masing. Kitorang bergerak dalam satu pasukan, tak payah cakap, tak payah instruct apa-apa. Dalam perjalanan, it is always Abang yang akan uruskan berak kencing anak-anak, mandikan anak-anak, I cuma pakaikan baju dan bancuh susu. Rasanya bila both of us dah sampai usia tua dan semua anak dah besar-besar nanti, kenangan masa travel nilah antara yang indah untuk dikenang…
May 18th, 2009 at 5:06 pm
Salam kak asiah,
Saya juga sangat mengagumi Kak Asiah yang mempunyai semangat dan minat mendalam untuk meneruskan pengajian meskipun sudah berkeluarga. Bukan semua orang boleh buat seperti ini dan ini memberikan saya inspirasi untuk mencontohi kak Asiah.
Mesti seronok kan dapat travelling sama-sama. Harap nanti Kak Asiah tuliskan pula pengalaman time bercuti tu nanti.