speaks her mind…

Archive for May, 2009


100th entry

   This is my 100th entry. Sedar tak sedar, dah 2 tahun since I started writing in this Friendster blog. My very first entry was on 1st April 2007, entitled “Friendster”. Waktu tu baru installed internet kat rumah, baru nak belajar macam-macam tentang alam cyber. For years I had been full time housewife yang memang duduk kat rumah tak bercampur-gaul dengan orang. Sesekali jumpa neighbours petang-petang, or bila Abang bawa joined program dengan kawan-kawan dia, or bila balik kampung jumpa saudara-mara, itu ajelah my social circle. So bila dapat peluang berinternet kat rumah, terasa jugalah pintu dunia ni terbuka sikit untuk I. Benda pertama I buat ialah masuk Friendster, tracked back kawan-kawan lama. The next hours, I mula enjoyed myself baca blogs orang. Bertahun-tahun tak dengar cerita siapa-siapa, so bila ada peluang membaca kisah hidup orang, terasa excited. Once I masuk Friendster, ramai juga kawan lama yang surprised dapat jumpa I di alam maya, semua bertanya itu ini tentang perkembangan I sekarang, since dah bertahun-tahun I lost contact dengan semua orang. Masa tulah terfikir nak ada blog sendiri, nak share dengan kawan-kawan about my life.

   Memandangkan I buta internet and Friendster ajelah yang I tahu, so I registered my blog under Friendster. Waktu tu ramai juga my friends yang ada blog dalam Friendster, and they were quite active posting entries. Every time ada new entry, I would be informed through e-mail, tu yang syok dengan Friendster blog ni, kita boleh keep in touch with any new post, taklah tertinggal. And when I post my new entry, my friends would also be alerted through e-mails. But as time passed by, I noticed that Friendster blog sebenarnya taklah attractive sangat kalau nak compare dengan yang lain-lain, macam blogspot or wordpress. Friendster blog banyak limited features, limited functions and limited freedom. Sorang demi sorang my blogger friends bertukar blog ke address lain. Most of them bagi alasan sebab Friendster dah kena blocked kat office or university diorang, so tak dapat nak access selalu untuk update blog, that is why they change their blog.

   As for me, I masih rasa okay aje dengan Friendster. Bila masuk UiTM Kedah pun, UiTM blocked juga Friendster. Tapi I memang takde masa pun nak surf Friendster kat kampus. So bila terasa nak bersantai masuk Friendster, nak menulis sesuatu in my blog, I pergi cyber cafe, with RM2.00 fee per hour. Kat rumah I di Merbok takde internet, in fact lap top pun I takde. But despite all the difficulties, I am proud with my success in updating my blog frequently and consistently. Memanglah tak gempak macam kawan-kawan bloggers yang lain, yang update blog hari-hari. Dah 2 tahun ada blog, ini baru my 100th entry, kira taklah meriah sangat my blog ni with entries. But at least I boleh self proclaim bahawa my blog ni bukan blog hampas, picisan and not-so-worth-to-read. I tak menulis benda-benda mengarut or benda-benda yang tak memberi manfaat to readers. I bukan syok sendiri bercerita pada seluruh dunia about my private life dengan melupakan pengajaran yang boleh diambil oleh orang lain daripada kehidupan yang I tempuh. Yes, my Friendster blog tak meriah dengan readers’ comments. Tapi I ada peminat sendiri yang selalu hantar e-mail, SMS, or cakap depan-depan, betapa diorang suka baca my entries in my blog. Sampaikan bila dah lama sikit my blog takde tajuk baru, mulalah I receive macam-macam request and inquiry.

   Masa mula-mula nak tulis blog dulu, I terfikir, nak guna bahasa apa. Some of my blogger friends guna 100% English. Some 100% Malay, Malay yang sastera pulak tu. And some guna bahasa rojak, yang truly rojak, sampaikan I rasa cikgu BM diorang mesti sedih punya bila baca. I can write well in English, with correct grammar and proper language. I juga boleh menulis dalam Bahasa Melayu dengan bunga-bunga bahasa yang cantik. Tapi I terasa nak menulis dalam bahasa rojak, tapi tidak terlalu rojak sampai merosakkan kedua-dua bahasa Melayu dan Inggeris itu. I nak guna bahasa rojak yang proper. Bahasa pertuturan rakyat Malaysia sehari-hari, kan rakyat Malaysia suka cakap campur-campur, even politicians pun cakap campur aduk bahasa masa interview. I nak menulis blog seolah-olah seperti I sedang bercerita, two-way communication. Bukan komunikasi sehala macam menulis buku. Rasanya itu lebih dekat dengan readers, since matlamat I menulis blog ialah untuk terasa dekat dengan my friends. Lagipun bukan semua kawan-kawan I boleh bertutur in English fluently. If I write 100% in English, most likely diorang malas nak singgah. But if I write in both languages, yang terror English pun boleh singgah, yang tak berapa terror pun boleh faham apa yang I cuba sampaikan through my writings.

   Kenapa I guna kata ganti diri “I” dalam blog? Siapa-siapa pun yang pernah kenal I, diorang tahu I never use “I” untuk merujuk pada diri sendiri dalam perbualan seharian. In fact, kata “aku” pun tak pernah I guna seumur hidup ni! I bahasakan diri sebagai “saya” or “akak” or my nick name. Even tulis surat pun I tak pernah bahasakan diri sebagai “I”. Kalau cakap English tu lain la kan. Tapi bila tulis blog, terasa nak guna “I” pulak walaupun tak write fully in English. Actually I cuma nak sesuatu yang unik untuk diri sendiri. Pada I blog adalah medium sosial yang unik, so I nak bagi satu image pada diri sendiri, in blog, I am “I”, not “saya” or “akak” or “Ibu” what so ever.

   Through this Friendster blog juga I make many new friends. Kebanyakannya singgah kat my blog because somebody recommended my blog to them. If you enjoy reading something, why not share it, kan? Dalam menulis, I sangat jujur, direct, selamba, tak fikir banyak. Sesetengah bloggers takut nak tulis honestly sebab takut ada hati-hati yang akan terluka. In my case, I tak gunakan blog untuk melukakan hati orang or melepaskan perasaan marah membabi buta. Membazir space aje kalau nak dedicate entries semata-mata untuk menyakitkan hati orang lain, furthermore perasaan kita pun bukannya bertambah lega. But if I feel like I want to express aloud about something, I will just write without thinking and editing. Sometimes apa yang I express tu adalah apa yang orang lain juga nak express, cuma mungkin sebab diorang tak pandai nak put it into proper words, then it is kept silent. Tapi bila diorang baca my honest entry, diorang pun forward my entry to particular persons yang diharapkan dapat mendengar suara hati diorang indirectly. Itulah antara yang indah dirasa when my writings reach a few hearts yang susah nak dibuka melalui cara biasa. I juga tak kisah mengutuk diri sendiri dalam blog. If I am bad in something, I will not keep it secret. A few readers bila baca my entries about my flaws, baru diorang rasa bahawa semua manusia tak perfect. I ibu yang garang, selamba aje I admit. Many mothers out there rasa telah gagal menjadi ibu yang baik kalau sekali diorang menjerit marah kat anak-anak. Tapi kalau jadi ibu lemah lembut kepada anak-anak yang nakal dan kurang ajar, tak guna jugak kan? Ada juga yang takut tulis blog sebab takutkan judgment orang kat diri dia. I tak rasa apa-apa, lantaklah orang nak fikir apa-apa pun about myself after reading whatever I have written.

   I received a few requests, suruh start karang buku. Heh… belum terfikir lagi. Zaman sekolah dulu ada juga karang cerpen. Takat tu ajelah yang mampu. Nak karang novel or buku, rasanya terlampau panjang sangat dan memerlukan komitmen yang betul-betul. Memang I suka menulis panjang-panjang. Just take a look at my blog, entries panjang macam ceramah. Tapi tu disebabkan I menulis freely, takde kekangan format, kongkongan flow jalan cerita, tuntutan nilai ilmiah atau estetika. I tulis blog macam bercakap, main tibai belasah aje. Tu yang jadi panjang, sebab I ni memang sejak kecil mulut murai. I selalu cakap kat Abang, I ada kuota berapa ribu perkataan mesti kena cakap dalam sehari, kalau tak achieve quota nanti I jadi bengong. Sebenarnya nak justify apasal I ni banyak sangat membebel, hihihi…

   2 tahun, 100 entries, okay la tu… Insya Allah I will stay with my current blog for the next two years lagi. Cuma yang bengangnya, lately banyak sangat spams yang menyibuk in my blog. Spams ni diorang cari blog yang active aje nak promote barang. Oleh kerana I dah ada 100 entries, maka bersemangatlah diorang nak menempel kat sini. Memang betullah Friendster blog ni cikai, takde protection. Tapi I ni setia, stay ajelah kat Friendster. Lagipun kawan-kawan dah familiar with my blog address. Lastly, congratulations to myself for this 100th entry!