Surah Yusuf
May 12, 2009 by asiahaj
Heh… tak reti I nak menulis bagai ceramah agama dengan segala tafsir ayat-ayat Al-Qur’an, hadis Nabi, perbahasan mazhab, kata-kata hikmah, semua tu. Knowledge ada sikit-sikit, buat bekalan diri sendiri menjalani hidup, atau sesekali bila orang adu masalah dan minta pandangan dari perspektif agama. Alih-alih hari ni terfikir nak tulis pasal Surah Yusuf dalam Al-Qur’an. Bukan nak bagi tafsir atau huraian, macam la I pernah belajar kat Al-Azhar. Sekadar nak kongsi beberapa hikmah membaca Surah Yusuf yang pernah I dengar dari ustaz-ustaz and through my own readings. Malu nak mengaku, despite the knowledge that I have pasal hikmah membaca Surah Yusuf, I sangat jarang membacanya. I selalu baca Al-Qur’an ikut sequence, dari Al-Baqarah sampai khatam. I selalu baca surah-surah yang I hafaz sambil driving. Memandangkan I tak pernah hafaz Surah Yusuf, maka frequency nak baca Surah Yusuf tu jarang sekali, even though when I am pregnant.
Fadhilat membaca Surah Yusuf yang paling famous sekali ialah untuk mendapatkan anak yang cantik dan sempurna rupa parasnya. I bet semua orang tahu pasal ni. Yelah, Nabi Yusuf terkenal sebagai manusia yang kacak, tampan, handsome dan menarik tubuh badannya, sampaikan Zulaikha boleh gila bayang. So pregnant mothers pun berlumba-lumba la baca Surah Yusuf through out pregnancy, walaupun selama-lama ni jarang-jarang sangat selak Al-Qur’an. Wah, berangan la dapat anak putih melepak, hidung mancung, mata bundar, tinggi lonjong, what ever la. Ada yang siap berangan lagi, moga-moga anaknya seiras Tom Cruise atau Angelina Jolie. Pehh! Kalau dah mak ayah Melayu, takkan anak boleh jadi Mat Salleh pulak! Tapi tak salah kan mengharapkan sesuatu yang baik? Silap-silap masa baca Surah Yusuf tu terkena kat time yang sangat makbul doa, kan best bila Allah rezekikan dengan anak-anak yang sejuk mata memandang?
I pernah baca, antara hikmah membaca Surah Yusuf juga ialah untuk menjadi pemimpin yang baik dan berkebolehan. Tengoklah bagaimana Nabi Yusuf membina reputasi, kredibiliti dan kebolehan memimpin sejak baginda diambil menjadi anak angkat oleh menteri di Mesir. Akhlak baginda yang terpuji dan mulia semenjak kecil menanam keyakinan ramai orang akan potensi yang ada pada baginda untuk menjadi somebody someday. Nabi Yusuf menjadi pemimpin bukan berdasarkan paras rupa, tetapi kebolehan yang genuine yang baginda miliki. Dan baginda juga tidak melalui jalan pintas. Boleh aje nak rampas Zulaikha dari bapa angkat baginda dan naik melalui jalan kotor. Tapi baginda memilih untuk dipenjarakan. Di penjara, baginda juga membina reputasi dengan melakukan banyak amal ibadah dan mentafsirkan mimpi. Tetapi Allah takdirkan Nabi Yusuf tidak dibebaskan lebih awal dek kerana seorang rakan penjara lupa nak mengkhabarkan tentang kebolehan Nabi Yusuf setelah dia dibebaskan. Ada hikmahnya, Allah hibernasikan Nabi Yusuf seketika supaya by the time baginda dibebaskan, it was the most right time. Ala… baca sendiri la kisah tu. Itu sebabnya bila baca Surah Yusuf dan menghayati tafsir dan huraiannya, banyak pengajaran yang boleh kita telusuri.
Besides that, hikmah membaca Surah Yusuf juga untuk mengelak bahaya fitnah dunia. Lihatlah bagaimana Zulaikha tried hardly to seduce him. Zulaikha ini sangat cantik orangnya biarpun dia titled ibu angkat kepada Nabi Yusuf. Secantik-cantik Zulaikha pun, Nabi Yusuf masih tetap takut pada Allah. Padahal Zulaikha dah serah dirinya dengan rela. Itu la yang banyak berlaku mutakhir ini. Perempuan-perempuan hilang malunya, maruahnya rendah, senang aje nak angkut sini-sana. Free-free offer diri kat lelaki. Sebab tu ada hadis kata, lelaki yang menolak wanita yang mengajaknya berbuat sumbang adalah antara tiga golongan yang senang sangat masuk syurga. Lelaki-lelaki di luar sana, amalkanlah membaca Surah Yusuf ni ye. My younger brothers pun, bila bersembang dengan diorang, diorang selalu express their concern, takut tersilap pilih calon isteri. Sebab perempuan zaman sekarang banyak sangat yang hampas, yang pakai tudung pun belum tentu lagi masih virgin. Sometimes anak perempuan ustaz pun tak boleh percaya, ayah kaki masjid, anak perempuan berpeleseran.
Lastly… actually yang ni sebenarnya I would like to talk about today. Antara fadhilat Surah Yusuf, jika diamalkan membacanya selalu, kita boleh mengelakkan sakit tua, nyanyuk dan mati dalam keadaan menyusahkan orang. Kan dalam Surah Yusuf diceritakan tentang ayahanda Nabi Yusuf iaitu Nabi Yaakub yang lanjut usianya, tetapi masih kuat beribadah hingga kewafatannya, baginda sempat menyaksikan Nabi Yusuf menjadi pemerintah Mesir. Nabi Yaakub juga tidak nyanyuk di usia tua baginda, baginda boleh mengenali Nabi Yusuf ketika dijemput ke istana Mesir, sungguhpun puluhan tahun telah terpisah dari Nabi Yusuf. Yang ni ustaz I kat secondary school dulu yang beritahu. Kebetulan nama dia pun Ustaz Yusuf, lembut orangnya, memanjang aje senyum. Ustaz Yusuf kata, buat apa umur panjang, tapi di penghujung usia, kita jadi nyanyuk, menyusahkan anak-anak, sakit melarat, terlantar terbaring, etc. Ustaz tu kata, biarlah kita dapat umur panjang yang bermanfaat untuk diri kita dan orang di sekeliling kita. Kalau tak, lebih baiklah kita mati dalam husnul khatimah. Betul, I sangat setuju. I pun kalau boleh nak umur panjang yang bermanfaat, sempat tua, sempat besarkan anak-anak, sempat sumbang sesuatu untuk agama dan negara. Lepas tu moga dapat menghadap Allah dengan tenang dan bahagia. I tak nak sampai jadi tua melarat, kencing berak dalam diapers, hilang daya ingatan, ada sakit kronik, sampai menyusahkan anak-anak and my husband. Sebelum jadi semua tu, baiklah I menghadap Allah terlebih dahulu. Tapi siapalah kita nak minta macam tu dari Allah? Allah berhak tentukan semuanya untuk kita. Apa yang boleh kita buat, sentiasa berdoa biarlah mati kita nanti dalam iman dan ketika mati amal perbuatan kita beratnya di sebelah kanan.
Hari ni I blog hopping, membaca blogs orang-orang yang I tak kenali. Kagum dengan semangat a few people yang sangat tabah menjaga anak sakit, ibu bapa sakit, suami sakit, etc. Bila kita ada dalam situasi tu, kita hanya bertahan dan menguatkan diri sendiri so that we have the strength to take care of our loved ones. It is an unconditional love. Sometimes yes, we do question, why and why? Tapi sebagai hamba, kita pasrah aje. Sungguh I kagum dengan segelintir orang yang dipilih Allah untuk diuji dengan ahli keluarga dan orang terdekat yang sakit macam-macam. Dan tidak pernah mereka meminta agar Allah cepat-cepat tarik nyawa their loved one tu merely because diorang dah tak sanggup nak jaga, sebaliknya diorang anggap semuanya sebagai tanggung jawab dan amanah. I tak pernah ada experience begitu. Semua orang terdekat yang I kenal, usia tuanya sihat walafiat, matinya sangat mudah. I juga berdoa, moga dijauhkan Allah dengan cabaran begitu. Dan kalau Allah nak uji I juga, moga I dikurniakan kekuatan dan kesabaran untuk menempuhnya.
Before I end, bolehlah nak selit sikit beberapa ayat dalam Surah Yusuf yang menjadi dalil tentang beberapa isu. Ayat nombor berapa, yang tu you all check sendiri, hehehe… Pertama, harus hukumnya kita memuji diri sendiri untuk mendapatkan sesuatu jawatan, sebagaimana Nabi Yusuf melobi Raja Mesir agar dilantik sebagai Menteri di Mesir. Sama aje macam konsep buat resume. Kalau nak mohon scholarship atau sesuatu kerja, tak ke kita kena buat resume yang memuja-muji diri sendiri untuk cerita kat orang what we have to offer. Sama aje macam you tulis blog dan perasan bagus cerita tentang kehebatan diri sendiri, dengan tujuan nak impress orang, nak tanam keyakinan orang about your potential dan nak cari clients! Kedua, dalil tentang kasih sayang yang sampai selamanya takkan boleh dibahagi dengan adil. Kasih sayang bukan macam duit, duit tu benda yang nampak, kasih sayang is abstract. Nabi Yaakub lebih menyayangi Nabi Yusuf dari anak-anaknya yang lain. Berdosa dan bersalahkah baginda? Tak, memang begitu lumrah manusia. Nabi Muhammad juga lebih menyayangi Siti Khadijah berbanding isterinya yang lain, walaupun setelah lama Siti Khadijah wafat. So jangan question bila mak ayah kita sayang anak tertentu lebih dari yang lain-lain, padahal di mata kita, anak tulah yang paling pemalas ke, bodoh ke, jahat ke, whatever.
Ketiga, janji Allah bahawa orang yang difitnah dan teraniaya tu, satu hari nanti Allah pasti akan keluarkan dia dari fitnah dan bahaya tu. Kaji saja kisah perjalanan hidup Nabi Yusuf. Dianiaya adik-beradik sendiri, difitnah mak angkat sendiri, tapi akhirnya Allah berikan kesudahan yang baik untuk Nabi Yusuf. Siapa yang bersalah akan dapat balasan dan pengajarannya. Keempat, dalil tentang harus hukumnya kita bersedih dan berdukacita atas sesuatu musibah dan masalah. Dalam Surah Yusuf diceritakan tentang bagaimana sedihnya Nabi Yaakub bila diberitahu bahawa Nabi Yusuf mati dimakan serigala. Nabi Yaakub menangis dan menangis hingga buta kedua-dua mata baginda. Tapi kesedihan Nabi Yaakub tidaklah sampai menjauhkan baginda dari Allah, sebaliknya semakin kuat pergantungan Nabi Yaakub pada Allah. Kita manusia ni, sometimes bila ditimpa ujian, kita rasa marah dan tak puas hati dengan takdir kita. Trust me, I pernah melaluinya, once upon a time I pernah rasa marah thinking why me yang kena masalah infertility? Kenapa tak bagi bohsia aje yang suka buang anak tu mandul semuanya? Tiba-tiba I tersedar. Bahawa Allah bagi musibah sebab nak kita dekatkan diri kita dengan-Nya, bukan semakin menjauhkan diri dari tali Allah.
Okaylah, cukuplah I jadi ustazah hari ni. Tak layak pun… Jauh di sudut hati, rasa kerdil dengan Allah bila dikenang-kenang, dah lama sangat I tak baca Tafsir Pimpinan Ar-Rahman tu. Dah cuti-cuti ni, tak payah menghadap buku law, asyik menghadap screen komputer dan tv pulak. Dah la tengah pregnant, nak dekat bersalin, patutnya waktu ni tambahkan amalan. Hai…
Salam kak asiah
Secara jujurnya saya sendiri rasa takut untuk mencari pilihan hati sekarang.Macam yang akak cakap pakai tudung tak semestinya ada virgin lagi. Ayah orang masjid tapi anak gadis berpeleseran. Sebab saya cuma berfikir calon saya nanti mestilah yang terbaik untuk anak-anak saya kelak, bukannya sebab terdesak tengok membe2 dah gf kita pun nak cari seorang tapi tak fikirkan masa depan.
Susah2 minta kak asiah carikan je la ek hehe
wah, pjg lebar huraiannya. awal2 tu baca mcm rendah diri je. hihi
urm…. tak tau nak komen sgt pasal perempuan2 nie… tp satu jer, dalam quran dah sebut- perempuan yg baik hanya utk lelaki yg baik…perempuan yg jalang 2 hanya utk orh yg jalang… huhuhu…
saya dulu pun jahat gak…bkn r nak kata skrg da baik, tp ader r insaf sket bila bace tafsir surah tue…
so the moral of the surah… kita betulkan diri kita dulu… jadi r lelaki yg soleh, then serahkan segalanya pada Allah utk tentukan jodoh kita.
kdg2 rase nyesal gak berkapel nie, coz byk mendekati maksiat jer… dating pun dosa, dengar suara pun leh naik ghairah syahwat… mcm2… tapi dah sayang, nak tinggal pun rase bersalah. nak kawin plak, duit tak ader… hantaran mahal2 mcm nak jual anak…
tapi pape pun, kita wat yg terbaik r utk bekalan akhirat nie.. doakan saya dapat jadi org soleh walaupun saya dulu jahat…