Nak mendidih betul jiwa, bangun pagi ni, air kat sinki dapur takde, bermakna kat rumah takde air lagi hari ni. Semalam dah jadi dah. Sepanjang hari kami terpaksa keluar rumah, pergi kenduri kahwin, lepak kat masjid, makan-makan, bawa anak-anak main kat beach. Dah siap mandi petang di tandas awam, baru balik rumah. I memang tak tahan kalau rumah takde air, serabut aje kepala memikirkan anak-anak yang tak habis-habis kencing berak, nak susu, basuh pinggan mangkuk, etc. Mujur malamnya dah ada air, itupun slow, mungkin sementara nak penuh tangki rumah penduduk kat taman ni. Abang and I memang bising juga, kalau ye pun JBA nak buat kerja, apasal la pilih hari Sabtu? Hari orang nak bermalas-malas bercuti di rumah, nak masak special, nak basuh kereta, nak basuh baju, semua tu. Bodoh sangat ke diorang sampai tak boleh fikir? Dah la tak bagi notis apa-apa. Tapi semalam boleh control perasaan lagi, mungkin something unforeseen had happened.
Alih-alih hari ni jadi lagi. Memang menggelegak perasaan I! I admit, I am a heavy user kalau bab-bab air ni. Bil air RM30+ a month tu perkara biasa. First, sebab I ada ramai anak kecil, faham-faham sajalah. Second, sebab I agak was-was kalau bab-bab najis dan bersuci ni, I akan basuh sampai puas hati hilang bau, warna dan rasa. Third, sebab I tak suka bau sabun, basuh pinggan kena bersih-bersih sampai takde traces of sabun. Fourth, baik I, baik Abang, baik anak-anak, semua suka menyalin baju, so washing machine tu memang hari-hari kena berputar. And finally, I memang suka mandi lama-lama, it is my way to relax and release tension, sambil berfikir dan menerawang. Jadi bila air takde, I tak boleh hidup dengan lapang, aman dan smooth as it always uses to be. Semua nak kena catu, semua nak kena buat lebih kurang, semua nak berkira-kira, takut air kat tank habis. Kita yang dewasa ni boleh control, boleh tahan tak mandi, tapi anak-anak bukannya boleh tahan kencing berak.
So I called JBA Pahang. JBA salahkan TNB, sebab katanya power supply kat tangki besar failed. Semalam TNB dah repaired, JBA dah salurkan semula air, alih-alih pagi ni rosak balik. So JBA kata, salah TNB, kena tunggu la TNB buat kerja. Takde jaminan bila kerja-kerja tu boleh siap, mungkin petang, mungkin tengah malam. Wah, hot sungguh I bila jabatan ni suka salahkan jabatan lain, orang ni suka salahkan orang lain, untuk melepaskan diri, seolah-olah dia takde tanggung jawab apa-apa. I tanya officer tu, habis tu, hari ni rosak, esok rosak, minggu depan rosak, macam mana cara diorang buat kerja, macam mana diorang buat routine maintainance, dan apa back up plan yang diorang ada? Konon bila bekalan air diswastakan, boleh improve perkhidmatan, lepas tu company asyik demand kat kerajaan negeri nak naik tarif air, tapi service macam hampas! Kalau maintainance ikut procedure and schedule, takdelah dua bulan sekali tangki asyik problem. Response time pulak sangat lembab, seolah-olah baru sehari dua diorang buat kerja ni. This is not the first time. Dan diorang macam takde post mortem lepas kejadian sebelum ni. Dah pernah jadi a few years ago, sampai straight dekat 2 minggu takde air setitik pun! Only on the fourth day datang lori hantar air, tu pun lepas puas penduduk sumpah seranah, sampai wakil rakyat masuk campur. Masa tu JBA bagi alasan, semua pam kat tangki besar meletup, kena order spare parts from somewhere, and the delivery would take a few days. Kami pun bersabar, tapi memang tak faham, macam mana kalau ada 5 pam, lima-lima boleh meletup, dan diorang takde back up langsung! After a few days, air masih takde. Kali ni JBA bagi alasan bangang, spare parts yang diorang order tersilap order dan tak match dengan tangki. Apakah engineers and technicians diorang tersangat bodoh sampaikan kesilapan macam tu boleh berlaku, di ketika orang dah seminggu mandi kerbau dan makan kat luar, and even ada yang ambil cuti lari balik kampung?!!
I dah pernah merasa hidup kat macam-macam negeri. Isu air ni kat mana-mana negeri pun rasanya sama aje. Mungkin I boleh puji negeri Perak, I pernah duduk setahun lebih di Tronoh. Kalau JBA nak buat kerja dan ada gangguan bekalan air, a week before mesti kitorang dapat notice dulu, so dah prepare simpan air banyak-banyak. Kalau tak dapat notice pun, maybe sebab berlaku perkara yang tak dijangka, if I called JBA, diorang boleh bagi estimated time bila kerja-kerja tu akan selesai, usually reliable, so I boleh plan. Air kat Kelantan, memang “cantik” colour dia, boleh jadi oren warna baju sekolah yang sepatutnya putih. 6 tahun I duduk kat Kota Bharu, memang macam tulah warna air dia, agaknya orang atasan JBA Kelantan memang suka warna oren kot. Sebab tu kalau you pergi Kelantan, even kat taman perumahan pun orang akan korek telaga tiub depan rumah. Di Kedah, sorry to say, kakitangan JBA dia ada minda kelas ketiga. Bukan nak generalize, but at least macam tulah sikap officers yang menjawab telefon di talian aduan perkhidmatan diorang. Bila I mentioned I duduk kat Merbok, mungkin dia ingat I ni orang kampung bodoh yang tak cerdik. Setahun setengah I duduk kat situ, toksah cerita la berapa kali bekalan air terganggu. Sampaikan officers yang angkat telefon dah kenal suara I, boleh dia cakap, “Masalahnya kak, akak sorang aje yang asyik telefon kami, penduduk lain tak bising pun!” Wah, sebab orang lain tak bising, tu yang diorang buat kerja sambil lewa tu! Sudahnya I cakap kat dia, “Baik, lepas ni kalau terganggu lagi bekalan air kat rumah saya, saya dah takkan call JBA, saya terus pergi pejabat wakil rakyat! Wakil rakyat kat sini dah tukar tau!” Memang bengang, I even sampai pergi cari pejabat wakil rakyat dan dah plan nak panggil reporter. I dapat maklumat, banyak projek perumahan yang baru dibangunkan kat situ diluluskan masa pemerintahan terdahulu, diberi kepada kroni, walaupun ada masalah, termasuklah water supply yang mungkin tak cukup untuk cater all the neighbourhoods.
Yang kat negeri-negeri lain pulak, masalah paling popular sekali ialah air yang berbau. Agaknya klorin turun harga, tu yang diorang campak sebanyak-banyak klorin tu. Even selepas dimasak, terasa macam minum campuran kimia kat lab. Bab keladak, toksah hurai la, try buat experiment sendiri. I pun tak tahulah apa kesan jangka panjang kat penduduk Malaysia twenty years from now. No wonder la companies yang jual alat penapis air tu boleh untung juta-juta. My friends yang join MLM jual benda tu pun sampai boleh dapat bonus bercuti ke luar negara sebab jualan memberangsangkan. Susah apa, you takut-takutkan orang pasal bahaya minum air paip, walaupun yang dah dimasak, tunjuklah gambar-gambar experiment, sure orang gelabah dan beli penapis air tu. Even my mother in law yang ada allergic, ada orang recommended bukan setakat minum, tapi suruh mandi dengan air bertapis tu! Agaknya JBA yang bekalkan air tak berkualiti tu dapat share tak from these companies?
Kalau duduk kat kampung, takde air kat paip aje, pergi la tepi sungai, atau ambil aje air telaga. Like Abang’s grandmother, sampai sekarang masih pakai air telaga. Tapi kita yang duduk kat bandar ni, nak pergi mana cari air? Bila air takde, unexpected expenses pun meningkat. Kena makan kat luar, kena bazir minyak kereta angkut tong pergi cari air, ada my neighbours sampai sewa hotel, yang lari balik kampung pun ada. JBA buat kerja macam hampas, just imagine berapa banyak kerugian yang pengguna terpaksa tanggung? Lebih-lebih lagi peniaga makanan, yang mungkin tak dapat buka kedai sebab air takde. Yang tu kerugian boleh ditaksir, bab-bab perasaan tak selesa, siapa yang nak bayar ganti rugi? Macam yang I dok rasa ni. In my condition now, the urge to urinate memanjang aje datang. Macam manalah agaknya perempuan yang tengah period? Orang sakit? Budak-budak kecil? Hish… kalau kat barat, senang-senang aje penduduk failkan saman kat company yang uruskan air ni if the service is not satisfying. Kat Malaysia ni, kita bising kat mulut aje, siapa la sanggup susah payah buang masa dan duit bawa kes ke mahkamah?
salam kak
agensi2 kerajaan ni bukannya ape kadang2 saya pun bosan dengan birokrasi diaorang tu.Padahal bukannya susah pun.They not handle the matter with ‘hands-on’.
Just prevail the truth =)