Contractions
June 19, 2009 by asiahaj
Soalan paling selalu ditanya oleh gadis-gadis bujang kat I, “Tak sakit ke beranak?” Hmm… Allah memang dah jadikan sakit bersalin tu tersangat-sangat sakit, sampaikan ada hadis kata boleh dapat pahala mati syahid. Tapi dalam zaman moden sekarang ni, dah tak mustahil you jumpa ibu-ibu yang boleh claim, dia tak rasa sakit langsung melahirkan anak dia, thanks to the epidural and C-section. Some of my friends call epidural as “happy-dural”, memang tak rasa sakit apa-apa, tiba masa doctor suruh push, kita push, sedar-sedar dah bunyi baby nangis. Ada juga yang awal-awal lagi dah booking nak caesarean sebab tak berani nak rasa sakit lahirkan baby through vagina, padahal bukannya ada apa-apa complication pun. Even ada yang nak deliver at week 36, especially artis-artis barat, sebab nak minimize scars and wounds. Yelah, 2 minggu after delivery diorang dah start nak pakai bikini dan kembali aktif seks bebas. You ingat artis-artis barat tu genuine ke nak jadi ibu? Semua nak glamour aje, nak jual gambar anak, padahal bukannya rasa sakit bersalin, anak-anak pun actually nanny yang jaga 24-7. Tapi sebenarnya pregnancy itself is not an easy journey. So even though a mother langsung tak rasa sakit melahirkan anak, anaknya tetap wajib taat dan hormat pada ibu, because for 9 months ibunyalah yang menyediakan rahim dan membekalkan nutrients untuk dia membesar from single cell to a complete human being. Not to mention pasal morning sickness, sakit sana sini, hormonal changes, uncomfortable feelings, etc. Tak tahulah pulak kalau di abad akan datang, perempuan dah tak perlu mengandung, biakkan zuriat dalam special tank aje, macam dalam movie tu, nauzubillah…
Personally I rasa bersyukur diberi nikmat oleh Allah untuk merasai betapa sakitnya melahirkan anak. Orang lelaki tak dapat nikmat tu, walaupun kalau ikut logiknya, kaum Adam ni diciptakan lebih kuat fizikalnya. Dan tak semua perempuan dapat merasa nikmat tu. Memang tersangat sakit, tapi tak pernah lagi I rasa serik, fobia dan trauma. Masa bersalinkan Imah, I bodoh lagi, I didn’t know what it was all about, what to expect, what I was going through. Memang bertanya pada orang lebih tua, baca buku-buku, but when you are in the real situation, it is a different story. I was given epidural after 3 days of strong contractions, doctor takut I dah tak larat nak tanggung all the pain and nanti tak cukup tenaga untuk push. Shame to admit, masa tu I tak tahu epidural tu apa. Yelah, pembacaan I semua pasal natural birth, tak pernah terfikir nak bedah or bius-bius ni. So sepanjang in labor room tu, memang tak rasa apa-apa, kebas dari perut sampai hujung kaki, I even couldn’t move my toes. Sesekali doctor datang, dia pegang perut I, dia cakap dah full contraction, 100%, just wait until full dilation. But of course I didn’t feel anything. Tiba masa jalan dah buka sepenuhnya, doctor suruh push. Seriously I didn’t know what to do. For almost two hours I pushed tanpa arah tujuan, pushed dengan cara yang tak betul. Sampailah I dah boring, rasa macam nak give up sebab I tak tahu apa yang I nak capai. Akhirnya sorang doctor ni suruh hentikan epidural, seboleh-bolehnya dah sampai up to that point, dia tak nak perform C-section, kepala baby pun dah boleh nampak. Lepas takde epidural tu baru terasa sakit yang menggila, baru dapat push in a correct way because the pain had induced you to react. A few minutes lepas tu Imah pun lahir.
Mengambil pengajaran from my first delivery, masa bersalinkan Amjah, Zara and Adham, I totally refused to take epidural right from the beginning. It is common now, especially if you bersalin kat private hospital, have unlimited medical insurance coverage, or bersalin kat government and the nurses tengok profile that your husband is an executive, normally diorang akan offer epidural. I terbaca, only 20% mothers in US yang tak nak epidural, it is quite rare now kalau request nak complete natural birth without pain management. I lagi sanggup tanggung sakit berjam-jam menghadapi contractions yang menggila and treasure the amazing processes of labor sebagaimana yang Allah tetapkan. Kesakitan itulah yang menguatkan semangat I untuk push dan push dan push. Kesakitan itulah yang buatkan I dekat dengan Allah dan menginsafi dosa-dosa. Kesakitan itulah yang membuatkan proses kelahiran anak kita lebih dihayati dan disyukuri. I percaya, setiap anak ada haknya yang mesti ditunaikan. Kesakitan melahirkan oleh si ibu adalah hak anak ke atas ibunya untuk dia menghirup udara pertama di bumi Allah. Dan sebagai ibu, I am willing with my open heart untuk menyempurnakan hak itu. Sebab tu I hairan, sometimes tengok cerita orang bersalin kat tv, especially non-Muslims, dek kerana sakit sangat nak bersalin, mulut dia sampai menyumpah seranah baby dalam perut, sampai kutuk Tuhan, sampai mencarut-carut.
Tak tahu apa pandangan ibu-ibu lain. Tapi pada I, sakit bersalin tu yang paling sakit ialah masa contractions. Rezeki masing-masing la berapa jam alami contractions. Even the same mother pun tak sama tempoh contractions antara anak-anaknya. Like me, Imah tu sampai 3 hari strong contractions, masa Amjah 4 jam, Zara 3 jam dan Adham 5 jam. Masa Imah, the contractions were induced, sebab tu tah hapa-hapa, sakit macam dah dekat nak mati, but still not in labor. Doctors in government hospital, diorang masukkan ubat untuk induce, lepas tu tak follow up, sampai la tukar next shift. Next shift tambah ubat lagi, lepas tu tinggal I terkapai-kapai untuk the following shift pulak, macam hampas! Masa Amjah pun induced labor juga, tapi kat private hospital, so I was closely monitored hour to hour, tu sebab it took 4 hours aje. I seboleh-bolehnya tak prefer induce labor with Pitocin, Prostin, what so ever tu. I dah pernah rasa normal contractions ikut hukum alam masa bersalinkan Zara. Doctor cuma pecahkan air ketuban dan biar natural processes took place. Kalau you dah pernah rasa contractions yang induced dengan contractions yang natural, memang terasa bezanya. Kalau induced, sakit tu macam takde interval, sepanjang-panjang sakit, sampai you tak tahu macam mana nak curi masa untuk tarik nafas, nak ubah posisi baring pun tak terdaya. Kalau yang natural, at least lepas sakit menggila selama seminit, ada interval 10 seconds untuk you bertenang, before it starts again. Having contractions without epidural is the true challenge in giving birth. Masa tu you only focus on yourself, sekitar bilik dah jadi blur, orang-orang sekeliling dah tak penting. Even if your husband tries to ease your pain pun, it doesn’t help, sometimes rasa lagi semak kalau orang dok pegang-pegang kita. Cuma I found it really helping bila dengar Abang baca Al-Qur’an kat tepi katil masa I tengah bertarung nyawa menahan sakit. At least kita terasa ada pergantungan dengan Allah. Waktu tu, nak baca selawat, zikir semua tu dah tak terucap oleh lidah, setakat terbayang dalam fikiran dan terdetik dalam hati aje. Memang takut kalau Allah ambil nyawa kita, di saat kita masih belum bersedia. Masa tulah nak insaf.
Sakit melahirkan anak memang berbaloi, lebih-lebih lagi bila baby dah keluar dan terdengar tangisan pertamanya. The very first meeting with the newborn, dengan merah-merah darah, bila nurse letak atas dada kita, that moment memang akan terakam dalam memory sampai bila-bila. Yes, people around us sangat happy, tapi takkan sama dengan kegembiraan yang seorang ibu rasa. Setelah 9 bulan dikandung ke sana sini, hanya ibu yang faham perasaan dapat memegang baby dalam pelukannya. Anak yang lahir hasil kasih sayang antara ibu dan ayahnya. Lahir dengan sejuta harapan dan janji ibu ayah untuk membesarkan dan mendidik sebaiknya. Sometimes I wonder, berbaloikah perempuan-perempuan yang bersusah-payah mengandung dan melahirkan anak luar nikah? Tugas mengandung dan melahirkan bukannya mudah. Tetapi tugas itu mulia. Tercalarkah kemuliaan itu bila anak yang susah-payah dilahirkan tu terhasil dari benih yang haram? Put aside kisah rogol tanpa kerelaan. I bercakap tentang perempuan-perempuan rosak akhlak yang merelakan dirinya ke lembah zina. Tidak cukupkah sakit perit mengandung dan melahirkan anak luar nikah itu menjadi pengajaran yang menginsafkan dan membawa mereka kembali kepada Tuhan? My sister who has just graduated from medical school pernah beritahu, masa dia sembang dengan nurses kat wad bersalin, macam-macam kes terdengar. Ada sorang minah ni datang nak bersalinkan anak luar nikahnya yang ketiga! Ada pulak yang datang bersalin bertemankan pasangan suami isteri yang dah ready nak ambil baby dia jadi anak angkat, she even didn’t want to meet her newborn. Ada yang bersalin sambil menyumpah seranah lelaki yang membuntingkan dia. Believe or not, dalam seminggu ada berbelas-belas kes anak luar nikah dilahirkan in that hospital! Astaghfirullah! I rasa, for those women, bukan lagi satu kemuliaan pada diri mereka sungguhpun mereka menempuh sakit perit proses melahirkan anak. Sakit mengandung, sakit contractions, sakit ketika push, sakit lepas bersalin, etc, dengan sebanyak-banyak pahala yang Allah anugerahkan pada golongan ibu dan sebanyak-banyak ruang penghapus dosa, semua tu masih belum cukup untuk menginsafkan, barangkali begitulah…
its true. bila kita kena induced sakit dia melampau sbb body kita tak prepare dgn sakit tu, dan sakit tu terus datang menggila. badan pun terkejut. kalau natural, body kita faham dengan signal contractions tu, so badan akan tahan sedikit demi sedikit. tak tahu nak explain macam mana, tp macam tu lah kan. as 4 u, seronok dgr cerita org yg dah byk pengalaman ni. lain2 negeri pulak tu. be it gomen or swasta, sume u rasa. apa yang bukak mata saya is, penerangan u pasal induced tu. before this i hanya kaji through net je, tanpa explain yang bersahaja macam u. so, this means, my sis in law lebih kurang mcm u, dia induced dan tahan sakit 3 hari. i dok wonder, apsal lambat sangat dia nak lahirkan baby. maybe dia pun tukar2 shift macam tu dan takde org nak cara ke dia. tak tahulah. sis in law saya pun tak cerita sbb jauh. dia time tu dok terengganu. saya pula, baru seorang. memang sakit. masa contraction datang memang semput nak tahan sakit. mata dah kebelakang rasanya. kalau kita cerita kat budak2 belum kahwin, semua akan cakap ngeri. tak mahu beranak. walhal lepas kahwin, baby lah paling dinanti2. semua tu process dan memang berbaloi. sakit tu la hanya emak2 je yang rasa. hadiah tu. orang2 yang lom kawen perlu tahu, mengendong perut dan melahirkan tu sebenarnya kecik je. tugas yang paling besar is, mendidik anak dengan agama. insyaAllah, the rest will fall into places.
dulu pun slalu gak terpikir “sakit ke beranak ni”…tapi bile sendiri dah merase baru tau…kalu xsakit xberanak lah kan…sebenarnye kesakitan tu hilang bile 1st time tengok wajah anak…slalu merindui saat itu…
salam kak asiah
sangat berguna untuk mereka2 di luar sana yang sangat terjebak dengan aktiviti seks bebas.Baru diaorang tau betapa susahnya nak melahirkan seorang anak dan bukan setakat melahir tapi lebih daripada itu.
Sebab itu ibu lebih tabah dan lagi sayang anaknya walaupun anaknya itu banyak kali mengguris hatinya
kak asiah, terima kasih sudi singgah blog saya..
rasa terharu baca entry ni.. pada saya, sakit contraction tu lebih sakit daripada sakit semasa baby nak keluar.. sebab, bila terasa nak push, semua rasa sakit masa contraction tu hilang, dan rasa best je… :P
saya juga di induce, dua kali.. sebab jalan lambat buka.. hampir 24 jam contraction selang 3 minit.. tapi, itu lah pengalaman paling berharga dan membuatkan saya terlalu menghargai anugerah Allah nan satu ini… :)