ER vs Grey’s Anatomy
June 23, 2009 by asiahaj
Once upon a time, ER inspired me a lot to become a doctor when I grow up. My parents didn’t force me at all, takdelah nak decide what their every kid should be. But looking from my great performance in my studies since kindergarten, they slowly planted the interest in me. From time to time, ayah and mak always gave me inspiration and motivation to become a gynaecologist one day. Ayah selalu cakap, “Allah dah bagi Kak Lang pandai. Kak Lang kena jadi pakar sakit puan, sebab sekarang ni tak ramai doktor perempuan jadi pakar sakit puan…” During my childhood time, boleh kata every year my mother got pregnant. Since my father is religous, seboleh-bolehnya ayah akan cari doktor perempuan untuk mak, which was quite hard at that time, even though if you go to private hospital. So I pun dah terindoktrin dalam kepala untuk bercita-cita jadi doktor. Masa tu the only medical drama which available on tv was ER. Zaman 1990-an, cuma ada channels TV1, TV2 and TV3 aje. ER was aired once in a week on TV2, tayang pulak waktu Maghrib, so I guess Malaysians tak berapa minat cerita tu, even though at that time ER was the most awarded drama series. Hari yang ada ER, selalunya I akan lambat solat Maghrib, punyalah creazy kat drama tu.
Memang bersemangat tonton ER! Rasa macam jadi doktor ni lebih hebat dari superhero Ultraman ke, Superman ke, etc. Zaman kecil-kecil, budak-budak lain dok berangan nak jadi Superman untuk selamatkan bumi, I rasa the idea was stupid, Superman tu bukannya real wujud pun. Tapi kalau jadi doctor, you will be the true superhero, menyelamatkan nyawa orang di alam reality. Conflicts dalam ER pun sangat down to earth, case every case, issue after issue, kita boleh bayangkan macam tulah the real situation that is happening in an emergency room every day. Pelakon dalam ER pun sungguh-sungguh mainkan watak doctors and nurses, no wonder they got many awards. Terasa macam kerjaya doktor ni sangat mulia, diorang sanggup ketepikan hal peribadi ketika menyelamatkan orang, bertahan tak cukup tidur dan rehat, try to save lives no matter orang yang dibawa ke ER tu penjenayah ke, kutu jalan ke, penagih dadah ke, orang tua ke, semua diorang rawat sepenuh hati. Dan ada diselitkan juga issues tentang pengurusan hospital, how they have to work under limited budget, new stupid policy, working with incompetent new staffs in a not so good working environment and facility, hmm… ER memang best!
But later, I discovered that walaupun I selalu excelled in school examinations with almost straight A’s, I am actually not so good in science subjects. I had to depend heavily on notes and sample questions, bila jawab soalan, I cuma fotostat balik apa yang I dah studied. If the questions need critical thinking, something that is not in the book, kepala otak I tak mampu nak berfikir sendiri secara kreatif, logik dan bijaksana. That was why I boleh score in Biology, but not in Physics, Chemistry and Mathematics. Biology, you baca, you hafal, you muntahkan balik exactly on question papers. Other science subjects bukan bersifat begitu, you have to understand, manipulate and use logics. Sungguh I cukup tertekan with these subjects sepanjang in upper forms in secondary school. However I did force myself to do extra work, knowing that kalau nak buat medicine, dia bukan nak tengok Biology semata-mata, dia nak combination of all subjects. I mampu paksa diri sampai SPM aje. When I was in matriculation, that was it, I decided to stop doing something that I didn’t like. I hate Physics, I hate Chemistry, I hate Mathematics. Ditambah-tambah dengan sakit puan yang I hidapi waktu tu, tekanan menghadap buku Fizik, Kimia dan Maths tu lagi menyemakkan jiwa. Maka hancurlah impian nak jadi doctor. I had to surrender, I am not brilliant enough, not so determine, I am not meant to become a doctor.
However medical dramas still catch my attention up until now. I still adore doctors. I masih mengagumi profession yang sangat mulia itu. Lama ER hilang dari tv, siri tu pun actually dah dihentikan. Until last few years bila Hallmark Channel kat ASTRO mainkan semula that drama series. Everyday pulak tu! Memang lepas gian sungguh dapat tonton ER. Zaman sekarang ni dah berlambak medical dramas, bukan setakat ER, ada Grey’s Anatomy, House, Nip/Tuck, and a few yang tak berapa glamour tenggelam timbul kat tv. I watch all of them, tapi taklah commit gila-gila sampai mesti terpacak depan tv every time those dramas are aired. I watch when accidentally buka tv ada cerita-cerita tu. Sad to say, watching recent medical dramas taklah seseronok zaman I tengok ER dulu. Mungkin sebab zaman dah berubah, society pun dah berubah. Cerita-cerita medical zaman sekarang bukan lagi bermatlamat nak induce good moral values or educate society semata-mata, tapi mesti nak selit unsur-unsur seksual dan keruntuhan moral. Agaknya tak lama lagi selit pulak unsur-unsur ganas, hilang kepercayaan pada Tuhan, dan entah apa-apa lagi in medical drama series. Just wait and see in decades to come.
Lately I got opportunities to watch Grey’s Anatomy every week. Sungguh I cukup menyampah dengan cerita tu! Apa intention producer dia sebenarnya? Nak memuliakan kerjaya seorang doktor atau nak promote penyakit sosial? 5, 6 kali tengok Grey’s Anatomy, memang penuh dengan zina. Tak kisahlah bangsa diorang memang menjadikan zina sebagai cara hidup pun, lantaklah. Tapi menjadikan tema zina dalam sebuah medical drama terasa sangat jijik dan kotor. Agaknya sebab diorang tak bercampur gaul dengan orang luar, kononnya mengabdikan diri dan seluruh kehidupan hanya di hospital, maka para doktor ni bertukar-tukar pasangan sesama diorang. Minggu ni buat seks dengan doktor ni, next week dengan doktor lain, the following week tukar balik. I read in newspaper, this season Grey’s Anatomy akan paparkan hubungan lesbian pulak between two female doctors. Great, mula-mula hubungan seks bebas lelaki perempuan, lepas tu hubungan sesama jenis, esok-esok hubungan dengan binatang pulak! Yang lebih keji, hospital dijadikan port untuk berzina, during recess time, buat seks sana sini. Maka jadilah cerita Grey’s Anatomy tu popular bukannya sebab medical issues and conflicts yang dipaparkan, tapi orang lagi suka tengok sebab nak tahu tentang scandals and affairs di kalangan para doktor tu. Konon-konon diorang berlakon nak tunjukkan betapa doctors in that hospital bersungguh-sungguh komited nak selamatkan nyawa pesakit, sampai melibatkan emosi dalaman, menjejaskan kehidupan peribadi, semua tu. But I berani bet, orang yang suka tengok Grey’s Anatomy actually lebih suka menanti-nanti aksi panas those doctors daripada menghayati kemuliaan medical profession.
Orang boleh kata kat I, kalau tak suka, jangan tengok, takde siapa suruh tengok. Benar! I tengok Grey’s Anatomy sebab I focus kat medical issues and conflicts dalam cerita tu. Tapi bila sampai bab-bab scandals and affairs ni, memang terasa muak, jijik dan bosan. Producer who produces Grey’s Anatomy memang ada idea yang hebat, I heard that they have medical professionals in their production team, so sedikit sebanyak jalan cerita yang berlaku di hospital tu are based on real situation, just like ER. Dalam Grey’s Anatomy pun ada politics di kalangan doctors juga, to be the best, to grab the best case, to impress orang atasan, sama aje macam ER. Bezanya ER tidak menarik penonton dengan kisah scandals and affairs, mungkin ada sikit-sikit, tapi itu bukan tarikan utama. ER ada peminat tersendiri kerana jalan ceritanya yang betul-betul superb. I percaya, kalau Grey’s Anatomy tak bersandarkan pada isu seks pun, peminat medical dramas akan tonton juga. Tapi mungkin rating penontonnya taklah sebanyak bila diorang selit aksi-aksi seksual, maybe that is their marketing strategy.
Oleh kerana I sangat memandang tinggi kerjaya seorang doktor, I really hate to think that doctors could behave like that. I mean, mempunyai moral yang rendah. Sebagaimana I benci bila dapat tahu bekas Menteri Kesihatan langgan pelacur! Bukankah mereka doktor yang sepatutnya promote a healthy lifestyle, menjaga moral dan menjalani hidup yang boleh dicontohi? Bukannya menggalakkan orang melakukan seks bebas dengan syarat with precaution. Cuba bayangkan kalaulah kita menjadi pesakit di hospital dalam cerita Grey’s Anatomy tu, agak-agak sanggup tak mendapat treatment dari doctors rosak akhlak macam tu? Yes, they are great doctors. Tapi yang menyembuhkan penyakit adalah Tuhan, bukan doktor. Sebab tu dalam Islam, bagi seorang wanita, ada aturan doktor yang kita disarankan pilih. Bermula dengan doktor wanita Islam, kemudian doktor wanita ahli kitab, kemudian doktor wanita bukan ahli kitab, then baru diikuti doktor lelaki Islam, kemudian doktor lelaki ahli kitab, lastly baru doktor lelaki bukan ahli kitab. Islam tetapkan aturan tu sebagai guideline, nak tunjuk bahawa siapa yang merawat kita mempengaruhi berkat atau tidaknya usaha kita menyembuhkan penyakit tu. Tapi misal kata la takde doktor wanita dan lelaki Islam, yang ada doktor wanita dan lelaki Kristian, tapi perangai macam doktor dalam Grey’s Anatomy, harus saja kita cari doktor lelaki Buddha. Tapi rasanya zaman sekarang ni, kita dah tak berapa kisah pasal ni. I mengaku, I juga taklah menjaga sangat bab ni. Pergi hospital, nasiblah dapat doktor mana yang on duty, even bersalin pun dengan doktor lelaki. Bila tengok Grey’s Anatomy, banyak-banyaklah berdoa dalam hati, janganlah sampai kita dirawat oleh doktor yang rendah akhlaknya. Benar, in medical school mereka telah diajar tentang etika, but they are still human beings yang memang diciptakan Allah punya kelemahan.
salam kak asiah
kadang2 z tengok grey’s anatomy tu pun dah xjadi citer doktor…lebih kepada pergaulan bebas Barat. At least citer House lagi best dan xdela elemen seks bebas tu diangkat.
Z dulu pun minat tengok citer2 doktor nih tapi tula dah rezeki Tuhan, masuk law…rahsia Tuhan yang sangat berhikmah untuk hidup =)
kak asiah
zack dah pun declare sapa yang zack sokong pada entri blog bertajuk calon pengganti.Dan itulah pilihan zack iaitu muhaimin atau min =)
iya. leen dulu memang gilakan ER juga. same macam u. tapi tak pernah terniat nk jadi doc sbb penakut tengok darah. dulu masa kita lepas habis spm, ER kan time late night. leen sanggup berjaga nak tggu ER every episode. so exiting bila dgr lagu dia dah start! (siapa gilakan ER dia akan tahu macam mana best n eksaitednya bila ER start, right? haha) sikit pun tak ngantuk. up to now, masih lagi leen teringat satu scene dalam lift, ada org laki ni dia nak dibawa ke bilik. tapi dia cakap “i feel sick”. leen ingatkan dia muntah food, tiba2 memancut darah keluar dari mulut dia! sangat banyak!!! sampai sekarang masih terbayang. heeeee. real sungguh. no wonder diorg banyak menang award kan? memang best cerita diorg. sbb banyak cerita tentang life. harga life. n how diorg menjalani kehidupan masing2. memang real. ada yang tak sempat spend time ngn partner sepanjang marriage la.. bizi sana sini.. macam biasa la kan doctor, tapi itulah yang buat kita tertarik. diorg punya value yang ditonjolkan dalam cerita itu.. betapa doc, (kadang2) sacrifice banyak benda dalam hidup especially yang kerja dengan ER.
but then, hari itu, leen dok malawi, ade yang lagi gila dari ER. aduh. tajuk siri tu is, “the untold stories in ER”. yang ini bukan drama bersiri but real stories yang memang kita tak pernah tengok dalam episode2 ER. lagi ngeri dan horror yang dari kita pernah tonton. serik gak nak tgk tapi paksa diri. haha. so much blood dan so much suspense. its like, yg dtg tu ada kayu golf tercacak dalam kepala but still talking macam biasa la.. ada budak umur setahun kena patuk ular la.. dan macam2 lagi la. tak dpt tgk banyak sbb tak lama dok sana. dan asyik miss jugak.
dan grey’s anatomy is nothing more than a sex story daripada saving life and good moral. kadang2 best. but most of the time, muak. banyak sangat love, politics… ER pun ada tapi, bila kita tengok, kosentret, lepas cerita tu habis… yang ada dalam kepala otak kita just… how they save life. berjaya atau tak. itu je.
oh ya. kat malawi leen jumpa signboard besar gila baban kat hospital diorg… “WE CARE, GOD HEALS” kita punya slogan ape ek? hehehe.
why i cant comment your recent post! aiyaiyai.