GPA 3.87, CGPA 3.93
June 12, 2009 by asiahaj
As promised, I will announce my final semester result in my blog. Memang tension setelah berpuluh-puluh kali checked dalam UiTM student’s portal, asyik tak jumpa rekod aje. Konon-kononnya result keluar 22nd May, takde pun, then 11th June, pun takde juga. Nasib baik la I ada internet kat rumah, tu pun jenuh asyik connect disconnect. My friends berkali-kali ulang pergi cyber cafe, hampa memanjang, menyusahkan orang betul. Kot ye pun ada masalah teknikal, susah sangat ke diorang nak inform dalam portal? Memang terasa lancar aje mulut ni nak mengutuk sistem komputer UiTM ni, tapi nanti tak berkat pulak I menuntut ilmu kat situ. Jangan jadi macam universiti APEX yang satu kat Penang tu dah la, buat gelak dek orang aje sebab kesilapan teknikal yang kononnya disifatkan kesilapan kecil. Zaman teknologi ni orang dah tak boleh terima kalau buat kerja lembab, tak efisyen, tak produktif… dah, dah… I kalau mengutuk orang memang extreme, so baik noktahkan saja. Result pun dah dapat, after I called HEA. Bengang betul, rupa-rupanya my batch dah boleh check result since last week lagi through phone call, tak payah tunggu portal. Apasal la diorang tak beritahu awal-awal? Sakit jiwa tau menunggu result ni, nak bercuti pun dah takde mood.
Daripada mulut ni menuturkan bahasa biadab, lebih baiklah I memanjatkan berbanyak-banyak syukur ke hadrat Allah SWT. Alhamdulillah, my results are as followed… English BEL 332 dapat A, yang ni 100% course work, ada debate, ada forum, ada individual speech. English BEL 342 dapat A, academic writing, paper yang sangat susah dan cerewet. Introduction to Law III dapat B+, paper ni la killer subject untuk budak-budak pre-law. Contemporary Global Issues dapat A, subject yang menuntut you baca newspapers hari-hari dan ambil tahu pasal apa yang berlaku di seluruh dunia. And lastly, Economic Issues and Problems dapat A, I pun tak tahu apasal budak-budak law kena belajar ekonomi, mula-mula belajar dengan penuh tak minat, but at the end I enjoyed myself pulak. So my GPA is 3.87, total CGPA is 3.93. Last semester dapat 4.0 flat, maka result kali ni kira jatuh banyak la juga.
And this is the first time I dapat B+ sepanjang bergelar pre-law student. Out of 15 subjects sepanjang three semesters doing foundation ni, ada 2 subjects I got A+, 11 subjects I got A, sekali dapat A-, and Law III is the only one yang mencacatkan rekod. Cacat? Oh, jangan jadi hamba yang tak bersyukur! My performance masa jawab paper ni dalam final exam hari tu sangat buruk dan teruk, I even thought that kalau dapat C+ pun dah nasib baik sangat-sangat. That paper is really tough! The previous batch, ada tiga puluh orang lebih kena repeat subject tu. Dengar cerita, for my batch, ada belas-belas orang kena repeat that paper, and that means extra one semester in Kedah, tak lepas pergi Shah Alam. Oh, yes! Ada aje students yang berjaya dapat result better than mine. Speculation is high as for now masing-masing sibuk tanya result orang lain. Sesusah-susah paper tu, ada one student dapat A, and one student dapat A-. Memang salute la kat diorang! Everybody knows how hard that paper is, and if you managed to score, surely you deserve respect and salutation!
Dapat tahu aje result, benda pertama I buat ialah informed kat my parents, parents in law and siblings. I am proud to prove to my own parents that my decision to further studies bukan sekadar melepas batuk di tangga, because they were quite skeptical at first. I am happy to make my parents in law feel proud, since they are the ones who strongly support me right from the beginning. I nak jadi contoh yang baik kat adik-adik, dan tak mahu ketinggalan mengikut langkah-langkah kejayaan my two elder brothers. I juga tak mahu mensia-siakan pengorbanan orang-orang yang I kasihi. Especially my children, betapa diorang terpaksa hidup di perantauan with me, so far away from their beloved father, semata-mata sebab Ibu diorang gila nak mengejar segulung ijazah. I juga ada cita-cita dan matlamat yang ingin I capai dalam hidup ni, no matter how hard they would be, I pray to Allah that I will never lose the courage and strength inside me to achieve them.
Husband? Hmm… I dah cakap kat Abang sejak malam tadi, result keluar hari ni, kalau Abang nak tahu, Abang has to call me from his office. As predicted, menelefon isteri dari tempat kerja adalah perkara ajaib yang boleh Abang lakukan, atau dengan bahasa mudahnya, susah sekali untuk Abang laksanakan. Dulu-dulu masa baru kahwin, kecil hati juga. Tapi bila dah lama-lama ni, tak payahlah nak mengada-ngada sangat. Knowing him, Abang sangat komited dengan kerjanya, sampaikan kawan-kawan Abang cakap, “For Hatta, everyday is Monday!” Lepas punch card masuk kerja sampai la punch card nak balik, Abang akan buat kerja macam la esok dah tak boleh nak sambung. If I call Abang kat office, no guarantee that Abang will return my call. I tak tahu tentang pasangan lain, but for us, sometimes good news or even bad news, normal routine or even emergency case, takdelah kami terasa yang pasangan wajib menjadi orang pertama yang tahu. No hard feelings. Bukannya tak boleh cakap masa lain.
Shah Alam, here I come! Dengan sederet anak-anakku yang masih kecil, bakal memulakan hidup baru di tempat baru. My seniors yang dah already in Shah Alam bagi warning, life in Shah Alam is not as easy and peaceful as in Kedah. Tougher life, tougher challenge, and tougher subjects, of course. I tak memikirkan sangat how would I cope, kita dah dewasa, kita pandai menyesuaikan diri. I am quite worried about my children, macam manalah agaknya nanti. Next year Imah dah masuk darjah 1, kena cari sekolah rendah untuk dia. Next year juga Zara dah masuk tadika. It is another big milestone for both of them. Hidup kat kota metropolitan, tak tahulah macam mana pengaruhnya pada perkembangan anak-anak. Abang and I share the same opinion, tak suka dan tak mahu besarkan anak-anak kat bandar besar. Kuantan dah cukup elok. But for the next few years, itulah yang terpaksa kami dan anak-anak hadapi. Cepatlah masa berjalan, cepatlah habis degree…
congratz k.asiah :)
salam,
sah~~
congrates ~
:):)
congratz, kak asiah!
welcome 2 shah alam:)
congrats asiah.i’m just an anonymous reader.ms prelaw ada econs,ms llb(hons) nant ada solicitor’s account tau
salam kak asiah
congratulations!sangat kagum dengan akak..still boleh achieve excellent result meskipun dah berkeluarga and perlu jaga rumahtangga.
Jumpa kak asiah nanti di shah alam k =)
congrats k.asiah..
see..i told ya..no need 2 worry..hehe
you are always the brilliant ones. dari zaman kita kecik2 dulu. :)
proud of you.
TAHINIAH kak asiah..!
sangat kagum terhadap kak asia..
sy doakan akak bahagia bersama keluarga yg dsayangi..