Since I was 5 years old, after ayah taught me how to use computer, I wrote lots and lots of stories. I typed semuanya dalam computer, sampaikan I sangat mahir menaip tanpa melihat keyboard since I was in primary school. Sayangnya I tak simpan semua karya tu elok-elok, kalau tak, boleh bagi Imah baca sekarang. Kat sekolah, karangan I selalu dijadikan contoh. I pernah mewakili sekolah dalam pertandingan karangan, I won. My writings pernah bertukar tangan di kalangan guru-guru antara sekolah sebagai karangan contoh masa nak dekat-dekat SPM. Cerpen I pernah beberapa kali keluar dalam magazine and newspaper. But somehow I tak pernah terasa nak cuba mengarang novel, walaupun ada beberapa orang bagi galakan dan offer nak bantu. I juga sejak dulu lagi tak cukup keyakinan untuk masuk apa-apa peraduan, walaupun hadiahnya ribuan ringgit. I suka menulis ikut kepala sendiri. I tak suka orang suruh I tulis itu ini ikut tema dan syarat tertentu. I juga tak suka menulis dalam keadaan nak kena jaga hati sesiapa. Selain daripada mengarang, I gila menulis surat. Ada ribuan surat-surat yang orang balas yang masih I simpan sampai ke hari ni, walaupun kebanyakannya dah mula jadi makanan ulat. When I was 11, I found a new way to satisfy my passion in writing. I started to write diaries, jotting down what I went through every day, how I viewed about something, my opinion, my feelings, my hope, my dream, etc. Sempat la ada beberapa buah diari tebal. I menulis dengan penuh perasaan, even though ada juga ketikanya berbulan-bulan diari tu tak update sebab busy dengan exam. Tapi bila dah kahwin, writing diary was no longer my interest. I pun tak tahu macam mana tiba-tiba diary bukan lagi jadi teman setia. I guess, once you are married, your life is complete, your spouse itulah teman setia, tiada yang dapat menandingi. Selamat tinggal dunia diari…
Until 2007, when I was introduced to dunia blogging when Abang installed internet kat rumah. Terasa seronok dapat menaip dan mengarang semula dalam suasana yang cukup santai. Blog is your personal diary but made public. Suka hati you nak tulis apa, people will judge you, but nobody has the right to dictate you. Kalau orang tak suka dengan apa yang you tulis, dia boleh blah, takde siapa suruh or paksa dia singgah kat your blog. I started my blog in Friendster. I tulis syok sendiri, tak harap pun ada orang baca dan tinggal comment. Amazingly after two years I have made lots of new friends by writing blog. They now become my cyber friends whom I do not know at all, kenal kat alam maya aje. At first, I didn’t care whether people like my writings or not. Even now pun I tak peduli judgment orang terhadap apa yang I tulis. I write because I love to write. Dan I juga suka membebel. That’s why many people say, reading my blog is like listening to me, live telecast. Sangat terharu bila entah siapa-siapa tersinggah kat my blog, but then become addicted to my writings, sampaikan bila lama sikit tak update, I dapat e-mails from my so called “fans”. Yes, I can now claim that I have my own fans!
Tetapi I sangat sedih. My own beloved husband tidak termasuk dalam kategori my fans. Abang bukan orang yang suka sibuk ambil tahu pasal every single thing dalam hidup orang lain. Not like me yang suka blog hopping from one personal blog to another, Abang bukan jenis yang minat nak baca-baca personal blogs ni. Abang cuma interested reading blogs berunsur agama dan politik. Abang ada beberapa penulis blog tersohor yang dia suka. I hormat apa yang Abang suka, I juga tak nak paksa Abang buat sesuatu yang dia tak suka. Tapi jauh di sudut hati, I sedih juga sebab Abang tak meraikan apa yang I suka. Sekurang-kurangnya Abang luangkan masa baca apa yang I tulis, beri sedikit ulasan, that will really make my day. Percaya atau tak, Abang langsung tak ingat my blog address! Sometimes I buat request kat Abang, baca la my blog, he will make me happy. Dia pun guna la search engine kat Friendster, sometimes dia guna Google, sometimes dia check dalam history kot-kot ada address tu. Dan pernah beberapa kali, sebab fed up lambat sangat nak jumpa my blog, Abang terus tak baca. How would you feel, dalam keadaan you selalu terima e-mails from your blog fans, sadly your soulmate doesn’t feel anything special about your blog?
My blog sifatnya personal. I tak bercakap pasal agama, negara dan dunia. Barangkali sebab tu Abang takde interest kat www.asiahaj.blog.friendster ni. I bercerita tentang my life, my kids, tentang Abang dan menulis pandangan peribadi I terhadap sesuatu perkara. Yes, we do communicate, I selalu bercakap dengan Abang tentang perasaan, meluahkan pandangan dan bercerita tentang pengalaman. But as a husband, takkanlah Abang tak terasa nak mengetahui isi hati isterinya dari medium berbeza? Bercakap dan menulis lain susun bicaranya. Lebih-lebih lagi sejak I sambung belajar dan tinggal berjauhan dari Abang, ruang dan peluang untuk berbual menjadi terbatas. Sometimes things happen, depan mata ada computer, Abang pula tengah sibuk bekerja, of course blog menjadi medan pertama untuk bercerita. Bila tinggal berjauhan, Abang terlepas banyak perkara dan peristiwa tentang anak-anak. I juga tak sempat nak report semua kat Abang. Ada yang too precious to be forgotten, I jot them down in my blog, especially cerita tentang anak-anak. I harap sangat Abang akan baca, tapi selalunya tidak. Macam sekarang ni, dah berminggu-minggu Zara is well toilet trained, baru dua tiga hari ni Abang tahu. Padahal my blog readers dah tahu lama dah. Sounds pathetic kan?
Actually ramai husbands seperti Abang. My friends who have their own blogs pun tak expect husband diorang akan jadi pembaca setia. Kebanyakan blog yang I singgah adalah blog kaum ibu, yang begitu ghairah mendokumentasikan perkembangan anak-anak masing-masing. Dari sekecil-kecil perkara macam baru tumbuh gigi pertama, sampailah benda-benda besar tentang hala tuju pendidikan anak-anak, semua diluahkan dalam blog. These blogs have their own fans, some bloggers dah ada komuniti sendiri pun. Walaupun tak pernah bersua mata di alam nyata, tapi diorang mengikuti perkembangan anak-anak satu sama lain. Sayangnya suami masing-masing tak berminat nak baca blog isteri. Maka kawan blogger lebih ambil tahu dan aware pasal perkembangan anak dia daripada suaminya sendiri! Kalaulah nak kata sifat lelaki memang begitu, kononnya banyak lagi perkara besar yang si suami kena fikir daripada nak buang masa baca tulisan isteri di internet, I tak setuju. Among my fans, ada aje title suami-suami orang, who read my blog, sebab isteri diorang takde blog, dan diorang nak cuba melihat dan memahami sesuatu isu dari perspektif seorang isteri. I kagum dengan suami yang ada usaha begitu. Contohnya, berapa ramai suami yang cuba nak memahami macam mana emosi perempuan tengah mengandung? Ingat isteri nak cerita semua ke perasaan dia yang bengong, over sensitive, mudah marah, semua tu. Tak semua kita rasa senang nak tuturkan, sometimes menulisnya lebih mudah.
Okay, tamatlah sesi mengumpat Abang at 3.30 am in the morning. Anggap ajelah ni perasaan gila meroyan (nauzubillah…) lepas bersalin, hehehe… I berani bet, kalau esok pagi I cakap kat Abang, “Abang, Atin mengumpat Abang dalam blog.” Abang akan kata, “Ye ke? Cakap pasal apa?” Itu saja. No further question. No further action. Abang takkan terdorong pun nak pergi baca apa yang I tulis. Kawan Abang beritahu Abang yang dia sentiasa mengikuti tulisan I, Abang sengih aje, sebab Abang pun tak tahu apa benda yang I dok tulis in my blog ni. Sesekali I cerita kat Abang about my fans sending me e-mails, Abang tak jakun pun. Dia tak tahu isteri dia ni popular, huahuahua…
Asiah, laki memang macam tu kot, tapi hubby mira bace jugak, sometimes untuk mira, blog ni medan nak bagi tau ape yang mira rase especially time2 kite tengah sakit hati sangat, cuma yang kadang2 rase terbatas nak tulis sikit sebab macam mira nyerblog di bace oleh ahli keluarge terdekat (in laws, mak ayah, aunties, uncles) jadi penulisan tak boleh sangat nak bagi tau semua orang ape yang kite rase.. Itu untuk mira lah..
Anyway, congratulations on the new arrival of Al Amin. seronok bace cerite Asiah, sampai mira dah cerite kat beberape orang dah , huhuhu.. mabok betul kawan aku ni hahaha
huahuahua… lawak btol. ni tgh emo ya nie… usben2 memang mcm tu. kalau wife semangat gile ada blog, usben buat tak tau. tp kalau wife takde blog, usben diorg lak sibuk nak kaji ‘isteri’ dgn blog org lain. mcm usben leen, dia ada own blog and will blog mostly about agama, chilhood dia, sejarah islam dan so so on. dia lebih suka blog yg bersifat ilmu dan bukan perasaan. but, walaupun dia tak tinggal komen kat blog leen, dia hari2 akan baca dan selalunya dia akan investigate adakah leen update blog aritu ataupun tak. sbb leen takkan cakap leen update. malas. kakakaka. sometimes, dia akan mengomel pasal org2 yg drop komen kat blog leen. mostly komen2 yg tak membina pada mata dia, dia akan bebel2 sikit. dia kata tak membina. tp selalunya leen kata, “biarlah.. itukan pendapat masing2…” but i guess, pada org lelaki, benda2 yg bersifat tak membina ni semuanya merugikan. rugi dunia akhirat. kita perempuan ni lain. emo je kejenye. kakaka. leen dulu2 kalau emo, blog la jadi medan tumpah perasaan. sbb blog will never judge u. kekeke. only org2 lain yg baca will judge kita. but, that is the most least i will think about. kalau fikir sangat apa org rasa, memang baik kita buat personal diary yg ada lock tu kan?? kalau pasal fans pulak, blog leen tak ade fans sbb leen rasa memang takde. cuma ada lah certain2 orang yang suka baca. most of them yang baca kan, suke la nk komen entry leen panjang sgt dan takde gambar. basically, letak gambar tu adalah cara org2 nk kumpul peminat cepat2 je. leen rasa cemtu la. leen rasa org tak suka ikut blog leen sbb kalau leen utarakan suatu pendapat tu memang takkan berlemah lembut dan ikut kepala sendiri. salah is salah. walhal kadang2 benda2 tu benda biasa yg org buat. thats why org rasa leen kdg2 mcm extreme. but hey. i dont give a damn… khakhakaha. tp leen nk ckp satu je. leen dah selamat digest EVERY entry dlm your blog dari yg first… sbb terasa kena dengan jiwa. tak tahu kenapa.
Salam kak asiah
tak terlambat rasanya nak ucapkan selamat untuk kak asiah kerana dapat baby baru, Al-Amin. Nanti jangan lupa upload photo nak tengok juga baby baru kak asiah hehe.
Baca blog kak asiah ni memberi peluang pada saya untuk memahami fikiran dan perasaan wanita. Juga tentang kehidupan orang dewasa serta bila dah berumahtangga ni.Rugi pada sesiapa yang tak baca.
And without hesitation i admit i’m the one of the fans =) keep blogging!
salam….
xnkla tunjuk telunjuk kt sume org laki. tp my hubby pn lbeh krg sama mcm asiah punye abg. kt off nk call? hm… xyahla…..:) sy penah ckp kt abg “nk bc ayg punye blog?” siap offer nk tlg bukakkn lg. tp 2la dgn selambanye dier jwb “xnk” huhu….
mula2 kawin mmg r kecik ati. mmg sng luahkn dgn tulisan dr kata2. sbb biasa kata2 byk yg menipu tp bila tgn yg berkata2 dier mcm xnk berenti n xnk padam blk aper yg dier dh ckp:)
ckp psl diari. btol gk. b4 married mmg rajin gk tulis diary. tp pas kawin diary kt ne pn dh xingat:)
take care!
Tahniah…for ur newborn baby!! What a great experience…! Mesti sronokkan dpt baby br? Mase dpt adik pun sronok giler, inikan anak sendiri kan? sy suke giler bace blog kak Asiah yg santai nih…So, How’s study? kak Asiah extend ke?
saye lelaki
saye bakal bergelar suami pade satu hari nanti
kalau isteri saye tulis blog
saye mesti bace and komen blog die
saye janji
blog kak asiah memang best
even panjang tapi puas bile bace
really enjoy your blog!!
keep posting!!
huhuhu
Akak.. sy dan benjamin baru aje habis baca blog akak yang bertajuk “fans”… hahaha… ternganga mulut benjamin baca tulisan akak…. ntahlah dia paham ke tidak..hehehehe… anyway.. sy suka blog akak..
mungkin itu sifat lelaki yg semulajadi malas nak baca blog, tambahan pulak bercerita pasal personal. secara kontranya, kaum pompuan memang sangat particular every single things dan kalau boleh segala macam perkara yg berlaku, kita nak ada sejarah yg tersendiri iaitu dengan hanya menulis. dan dengan itu, kita boleh recall balik kenangan manis bila kita membacanya 4,5 tahun kemudian… takpa la Sah, sabar je la ye..
anyway, wannor suka baca blog Sah. no matter what story it is :)
terima shj yg manusia ni dicipta dgn pelbagai sifat.. teruskan menulis :)
salam asiah..sejak mengenali blog asiah memang selalu baca kalo nak mencari inspirasi n semangat..suka sgt baca.. keep posting..hehe tetiba jadi fan plak..;)