Zaman sekolah menengah dulu, seronok dapat belajar bab munakahat. Masa lower form, pernah curi-curi baca text book Pendidikan Islam kakak satu dorm punya. Naik aje upper form, awal-awal tahun lagi dah belek bab tu dulu, siap memorized lagi rukun nikah semua. Waktu tu idea sebuah rumah tangga semuanya indah-indah belaka. Asyik nak berangan aje, kahwin dengan siapa, wedding ceremony macam mana, dapat pulak husband romantic dan macho, menjalani kehidupan berdua yang mesra-mesra, semuanya yang best-best aje. Oppss… in my case, senang cerita. Waktu tu dah memang sedia asyik mahsyuk bercinta dengan Abang, so semua angan-angan I waktu tu boleh kata agak specific la kot. Yelah, dah tetapkan hati nak kahwin dengan siapa, so kalau nak berangan pun, budget-budget la kan. Kalau dah tahu pakwe tak pandai bermadah, tak payahlah berangan suami kita nanti kaki tulis sajak dalam birthday card. Hehehe…
Zaman tu persepsi kita terhadap sebuah rumah tangga semuanya yang ideal belaka, seolah-olah setiap rumah tangga takde taufan badai, itu ajelah the one and only teman sehidup semati seumur hayat kita, kononnya confirm kekal sampai ke syurga. Lagipun kita memang naif masa muda, fikiran kita tak terbuka lagi, kita selalu bersangka baik. Agaknya sebab tu we never focus on bab-bab talak, edah, rujuk dan lain-lain bila belajar bab munakahat. Because we never think, never expect and never plan semua tu terjadi pada kita. Once we get married, in our mind, itulah kali pertama dan terakhir kita experience ijab qabul. I akui, ilmu munakahat yang I ada sangatlah ciput. Rukun nikah hafal semua until now, hehehe, maybe after 6 years bercinta baru dapat kahwin, so 6 tahun dok ternanti-nanti tak sabar nak sempurnakan rukun nikah tu, tu sebab kot boleh ingat sampai bila-bila. Pehh! Tapi bila orang tanya bab talak, I pun tak tahu talak tu terbahagi kepada berapa. Bila orang tanya tempoh edah, I takut terbagi ajaran sesat, so kena refer buku dulu, then lupa balik. Honestly, Abang and I never discuss pasal benda ni. Cuma once in a while bila baca kisah kahwin cerai artis kat newspapers, baru masa tulah Abang komen sikit-sikit. Abang cukup allergic pada perkataan “cerai”, seingat I, sepanjang 7 tahun usia perkahwinan kami, Abang tak pernah sebut perkataan tu, walaupun sekadar nak cerita tentang kisah orang lain. After all, Abang memang tak minat ambil tahu hal ehwal orang lain.
Hari ni I surf kat internet pasal edah. Banyak rupanya yang I tak tahu pasal edah ni. Like I said, kita tak pernah terfikir untuk merasai dan berada dalam tempoh tu, nauzubillahi min zalik! Sebab tu kita takkan ambil tahu pasal edah, sampailah kita terpaksa berhadapan dengannya. Mungkin kita, mungkin saudara mara kita terpaksa menempuh tempoh edah, semuanya ketentuan Allah, waktu tu baru sibuk nak bertanya sana-sini. Apa pun semoga Allah panjangkan usia perkahwinan kita semua hingga ke akhir hayat, semoga tiada perkataan “edah” dalam kamus perjalanan rumah tangga kita. I terfikir nak ambil tahu tentang hal edah ni because lately beberapa isu rumah tangga yang berlaku really catch my attention, as a woman and as a wife. Edah itu wajib dijalani oleh si isteri dalam dua situasi, selepas bercerai dan selepas kematian suami. Perceraian itu halal, tetapi dibenci Allah. Kalau dah tak jumpa solution, Islam taklah menzalimi hamba-hamba-Nya, boleh aje nak bubarkan ikatan perkahwinan. After divorce, Allah syariatkan si perempuan menjalani tempoh edah. Allah Maha Mengetahui, tentu ada hikmahnya Islam mensyariatkan hukum edah ni, yang mana tiada dalam mana-mana agama lain di dunia.
Banyak hikmahnya edah ni. Dalam tempoh tiga kali suci tu, dapatlah dipastikan rahim wanita yang diceraikan itu benar-benar suci, maksudnya, tak mengandung anak bekas suami. Kalau la takde edah, hari ni bercerai, next week kahwin dengan orang lain, tiba-tiba pregnant, dah tak tahu anak siapa yang dikandung, ex-husband’s or new husband’s. Edah juga memberi tempoh bertenang dan berfikir bagi kedua-dua pasangan suami isteri. Takkanlah semudah itu hendak meruntuhkan sebuah perkahwinan, melupakan pahit manis hidup bersama. Waktu edah, si isteri kena tinggal di rumah tu, si suami kena keluar and stay in different house. Cubalah hidup sendiri-sendiri, isteri uruskan semua without bantuan suami, suami merasa hidup seorang tanpa layanan seorang isteri. Kot-kot la bila rumah sentiasa bersepah, balik office takde makanan terhidang atas meja, kain baju dua tiga minggu tak berbasuh, terbuka la hati si suami untuk rujuk isterinya tu yang dah sekian lama berbakti, waktu tu baru terasa nak appreciate isteri kot.
Edah juga macam proses percubaan untuk menyesuaikan diri pasangan dan anak-anak dengan hidup berasingan. Bayangkan kalau ada anak-anak, waktu edah ni boleh la try macam mana nak bahagi-bahagi anak antara suami dan isteri. Tengoklah boleh hidup ke tak bila anak dipisah-pisahkan, hari ni rumah lain, esok rumah lain. Nilai la macam mana penerimaan anak-anak, dulu mak ayah serumah, sekarang mak ayah berpisah rumah. Kot-kot la bila timbul rasa kasihan dan kasih sayang kat anak-anak, maka suami isteri akan rujuk balik. Dan mungkin hikmah edah yang paling penting, adalah untuk menyesuaikan diri dengan keperluan batin yang bakal terhalang. Dulu bila hidup suami isteri, boleh bergaul bila-bila suka, melainkan waktu yang diharamkan la. Bila dah bercerai, keperluan batin tak dapat dipenuhi. Masa tu baru nak hargai kenikmatan alam rumah tangga. Mungkin terbuka hati untuk rujuk dan kembali bersama isteri. Indahnya Islam mensyariatkan hukum edah ni, sebagai jalan akhir untuk menyelamatkan sebuah perkahwinan. Walaupun hakikatnya talak telah dilafaz, tapi Islam cuba juga nak selamatkan ikatan suci tu. Sebab bila runtuhnya sebuah perkahwinan, effects yang menanti bukannya sedikit, masalah yang bakal timbul bukannya kecil.
Sebab tu I sedikit kecewa bila si suami tergesa-gesa berkahwin lain ketika bekas isteri belum pun tamat tempoh edahnya. Di mana penghargaan si suami terhadap wanita itu sebagai bekas isteri yang pernah digaulinya sekian lama, yang berbakti mengurus rumah tangga, yang mengandung, melahir dan membesarkan zuriat keturunannya? Kalau ye pun dah berpatah arang berkerat rotan, at least tunjukkanlah sedikit hormat kepada wanita yang pernah menjadi isterinya. Takkanlah takde apa-apa kebaikan yang pernah dilakukan oleh bekas isteri, hinggakan ex-wife dia tu tak layak mendapat hormat? Dalam tempoh edah tu, of course si isteri masih terkontang-kanting, nak memulakan hidup baru bersendirian, apatah lagi kalau sebelum ni she was only a housewife without any source of income. Nak adjust to a new life bukan mudah. Ketika bekas isteri menghitung hari menunggu tiga kali suci, mungkin masih mengharap suami ada hati nak rujuk dia balik, tiba-tiba suami hidup bahagia senang-lenang dengan isteri baru, could you imagine that?
Maka bila suami kahwin lain secepat mee segera, tak sabar-sabar tunggu tempoh edah bekas isteri habis, I rasa hikmah Islam mensyariatkan edah pun menjadi sia-sia. Katalah dalam tempoh edah, tiba-tiba isteri didapati mengandung, mungkin kesediaan untuk rujuk menjadi tawar sebab tak sanggup nak bermadu dengan isteri baru. Hikmah edah untuk memberi pengalaman kepada suami merasa hidup tanpa isteri, pun menjadi sia-sia, sebab sebaik saja isteri diceraikan, terus cari pengganti. Suami tak sempat merasa pun betapa susahnya hidup tanpa isteri yang menguruskan rumah tangga dan anak-anak. Bab anak-anak, bila suami cepat-cepat kahwin lain, dia boleh senang-senang justify, anak-anak dia dapat diurus oleh isteri baru, so tak timbullah isu kurang kasih sayang seorang ibu. Padahal, bukankah takkan sama kasih sayang ibu dan bapa kandung yang hidup bersama di bawah bumbung yang sama? Bab nafkah batin pulak, fikir sendirilah, keperluan batin suami dah segera terisi dengan manisnya madu isteri baru, of course bekas isteri dah tak dipandang lagi! Maka, hilanglah keindahan edah yang Islam syariatkan.
I tak pernah merasa happy tiap kali membaca kisah kehancuran rumah tangga orang lain, tak kisahlah orang tu Muslim or non-Muslim. Hatta artis barat kahwin cerai pun I rasa sedih. I meletakkan nilai yang sangat tinggi pada sebuah perkahwinan. Sangat bermakna, sangat intim, sangat rahsia, itulah hubungan dua insan lelaki perempuan yang disatukan melalui sebuah perkahwinan. Sangat menyedihkan bila semuanya tak dihargai, macam tiada nilai. Sangat menyedihkan bila semuanya dilupakan, seolah-olah kewujudan semua kenangan bersama hanya macam angin lalu. Mungkin perceraian adalah budaya yang makin diterima di barat. Tapi bagi pasangan Muslim, I selalu meletakkan harapan, bahawa hikmah edah itu akan terhidayah pada pasangan yang bercerai. Dan selalunya, ia tak menjadi begitu…
salam asiah… i rasa u sebut ni pasal ada seorang artis yang kawen lain after sebulan bercerai dengan isteri dia kan? i agak je la sbb itu isu hangat sekarang ni and yes, my hubby pon tak suka amik port pasal memende tu. bila i utarakan sesuatu yg ‘tak berapa manis’ macam ni, hubby i suka bagi ‘kemungkinan2′ perkara itu berlaku yang bersifat ‘neutral’.. hihi. maksudnya takmo amik port la tu kan.
antara sebab i terfikir pasal artis tu, sebabnya i betul-betul rasa terpukul bila belum tamat edah, si suami dah pun berkahwin lain. i rasa terpukul sebab betapa sang suami langsung tak menghormati ikatan yg telah berakhir dengan ex-wife dia. buruk sangatkah ex-wife dia sampai penghinaan yg sebesar itu dia beri? bagaimana dengan kebaikan wife dia selama ni? abestu selama ni hari-hari dalam hati dok membenci wife sendiri ke? tak redha kat dia ke selama berbelas tahun kawen? i terbayang la wajah anak dia yg baru umur 2 tahun yg tak mengerti apa-apa tu…
dan, atas prinsip apa pula si isteri baru menerima lamaran kawen si lelaki ini? diberi kebenaran pula oleh keluarga dia ya? maybe ada reasonnya tp seriously, i tak terfikir apa positive reason dia…
ialah, semua yg berlaku ada hikmahnya kan? might be ada hikmah yg besar menanti si bekas isteri tu ke.. we never know…
salam kak asiah
alhamdulilah lama x jenguk ke blog akak. Tengok akak pun jarang update macam dulu.Maybe akak sibuk dengan sem baru kat sana.Nanti jangan lupa post entri pasal uitm shah alam pulak eh =)
saya sentiasa ingat pesanan akak masa malam anugerah dekan tu.Dan saya sangat menghormati pandangan akak meskipun kita kadang2 berbeza pandangan politik. Tetapi sokongan dan moral support akak sangat2 membantu saya untuk terus ‘hidup’ dalam dunia penulisan blog.
Mengenai perkahwinan ni, zaman sekarang dah jadi something special dah.Kawin untuk cukupkan syarat je lepas baru bulan berapa tahun, cerai. Kena ada satu kajian dan penyelesaian mengenai perkara ni sebelum menjadi lebih serius.
susah nak cakap. Mgkn kita berfikir dn berckp bg side x-wife. Xbrani nk buat andandaian knp seorg yg kita kategorikn sbg pemdkwah sanggup buat smpai mcm tu.. Ni mgkn ujian utk smua org, dn mhsbh utk semua. Jgn kata kpd pendkwh bebas trsebut, kt pun terkadang xmampu nk aplikasi ilmu yg kita ada..jd, sm2 doa agar kita btul2 dpt mnfaat dn amal ilmu dgn sebaiknya.. Jgn hanya pandai ckp, tp tin kosong.. Wallahua’lam
salam sah! lame tak baca blog sah, buka2 dah becakap pasal nikah cerai edah pulak =) ika pun tak suke cerita bab2 cerai ni, nauzubillahi min zalik. & ika really setuju dengan pendirian sah bahawa perkahwinan itu satu ikatan yang benar2 penuh makna, oleh kerana itulah kita perlu jaga kekuatan keutuhan ikatan perkahwinan kita itu, semoga diberkati Allah setiap masa, InsyaAllah.
By the way sah, ika pun akan berkahwin tak lama lagi. Dah dekat tarikhnya, akad nya hari raya ke-4 dan wedding hari raya ke-5. Jemputlah datang ke kelantan yer sah! =)