Financial status
August 4, 2009 by asiahaj
Hari ni last date untuk bayar yuran UiTM, my fees berjumlah RM518. Kalau tak bayar, the computer generated software akan gugurkan status pelajar, which means tak boleh validate kursus, tak boleh sit for exam, tak boleh guna library, etc. Bagus, bijak betul diorang nak disiplinkan pelajar suruh bayar yuran, kalau tak buat macam tu, sah-sah nak konvo esok-esok baru I gigih cari duit. Maka approaching towards 4th August kelam kabutlah I SMS sana-sini, nak pinjam duit. Duit kat tangan cukup untuk makan, fuel dan susu anak-anak, itupun actually I tak pasti sempat tak sampai ke gaji berikutnya. Our financial status is so bad right now. Urusan pindah, deposit rumah sewa, nak set up rumah baru, pendaftaran sekolah dan taska anak-anak, bills, memang semput nak settle semuanya in one go. Mujur parents from both sides sudi pinjamkan duit. Dah malu kat parents, pinjam duit adik-beradik pulak. Last night I managed to borrow money from Abang Long and Amad, maka dapatlah settle kan yuran UiTM. Oh, please… I sakit jiwa bulan ni asyik dapat senarai yuran, my yuran, yuran anak-anak, yuran itu, yuran ini.
Masa beratur kat ATM, one boy in front of me keluarkan duit RM50 setelah lama beratur panjang. Mungkin itu ajelah duit yang dia ada dalam bank, atau mungkin sebanyak itu aje yang dia perlukan as for now, who knows. It made me think. Alangkah seronoknya zaman muda, zaman belum kahwin, belum ada anak, survive sekadar untuk lepaskan diri sendiri. Ada one note RM50 pun boleh tahan sampai dua minggu. Masa baru-baru kahwin dulu, Abang and I pernah berjaya belanjakan RM5 aje sehari untuk makan. Waktu tu masak sendiri, pandai-pandailah budget untuk beli lauk. But now, note RM50 dah jadi semakin kecil dan semakin kecil. Isi minyak Gen-2, sekali isi pun dah RM50. Beli susu anak, RM50 bolehlah tahan 3, 4 hari. Beli makanan, RM50 sekejap aje lesap, yelah, nak isi perut ramai orang. Nak entertain anak-anak pun perlukan duit, nak bawa diorang jalan-jalan, pergi playland, belikan belon kat pasar malam, beli buku cerita, etc, semua pakai duit. My kids pulak dah ada sense of belonging, every thing should come in four. Kalau beli buku kena beli 4 buah, beli toys kena beli sorang satu. Try la beli satu dua aje, mahu huru-hara rumah dibuatnya dengar diorang bergaduh. Diapers, toiletries, kertas A4 untuk diorang melukis, bekal pagi-pagi pergi sekolah, and the list will go on. Belum lagi sesekali cikgu jual barang kat sekolah, bila kawan-kawan pakat beli, Imah pun teringin juga nak beli. So I can hardly budget. I know some are unnecessary things, but being a mother, I selalu lembut hati dengan permintaan anak-anak. Nak Chipsmore, nak Vitagen, nak selipar baru, macam-macam idea diorang ada.
Dulu I tak notice sangat semua ni. Rasa macam ada duit aje, macam mampu aje nak lead a lifestyle macam tu. Walaupun tak mewah, tapi anak-anak and I takdelah kebulur dan kempunan. Bila-bila nak pergi KFC, Mc’donalds, drive aje ke situ. Itu cerita zaman dulu, sebelum I sambung belajar. It’s a different story now. We are really on a tight budget month after month. Terlalu banyak additional expenses. Sebab I sambung belajar, kami kena tanggung kos dua buah rumah, rumah di Kuantan tolak gaji Abang, then kena bayar sewa rumah yang anak-anak and I duduk. We have to prepare cost untuk Abang ulang-alik every week. Abang terpaksa makan di luar sebab takde isteri nak masakkan. Nak pergi kelas, kena consider kos minyak kereta, that’s why I cari rumah sewa as near as possible dengan kampus, furthermore nak balik menyusu Amin between classes. Nak belajar pun sangat costly. Walaupun I sengaja masuk UiTM sebab yurannya paling murah antara semua IPTA, but still I have to bear the costs of books, notes, photostat items, yuran itu ini. Dan yang paling best, sebab I masuk belajar, anak-anak kena hantar ke taska. Yuran taska dan tadika aje hampir RM1000 sebulan! Itu baru basic, belum campur sesekali terpaksa OT because I have night classes.
Siapa lagi yang kena tanggung semua tu? Of course la, my beloved husband! Ikutkan position Abang and his high basic salary, people presume that kami ni orang senang. Hakikatnya tak begitu. Kawan-kawan Abang every year tukar kereta baru, kami ni tiap-tiap tahun tambah ahli keluarga baru. Zaman sekarang ni bukan murah nak besarkan anak. Tambah pulak I gila nak sambung belajar balik. Jauh di sudut hati, I sedih sebab susahkan Abang. Abang is the only bread winner, selama ni I takde kemampuan nak tolong Abang financially. Abang selalu ketepikan keperluan dan kehendak dia sebab nak dahulukan keperluan dan kehendak anak-anak and I. There are times when I feel like want to quit studies sebab I tak sampai hati nak susahkan Abang. Mulalah rasa nak kutuk diri sendiri, tu la, kenapa muda-muda dulu tak habiskan study, yang pergi quit tu apasal? I feel like I am so selfish. I ask everybody around me to sacrifice so that I can get my degree. Sekarang kena budget itu ini. Adilkah pada anak-anak bila I tak belikan diorang baju baru sebab I kena guna duit tu untuk beli buku-buku I? Adilkah pada Abang bila tiap-tiap tahun duit bonus Abang digunakan untuk bayar hutang because almost every month we are short of cash? Adilkah pada parents bila kami jarang balik kampung because I am so busy with my studies, and we want to save the money spent for fuel and toll?
But I know, only with education and qualification I can have good job and help my husband to improve our life. Not that our life sekarang ni miskin dan merempat, cuma of course sebagai manusia tentunya ada nafsu pada dunia. Teringin juga hidup senang, boleh lepas urusan keluarga, dan ada lebih untuk bantu orang lain. Sekarang ni, mak ayah masih bantu kami lagi bila sesekali sangkut duit. Padahal sebagai anak yang dah besar panjang, dah berkeluarga, dah ada pendapatan, patutnya kami dah boleh bantu mak ayah dan adik-adik. Tapi yelah, Allah ada perancangan yang lebih bijaksana, pasti ada hikmahnya kenapa I started a bit late, dah umur 27 baru terkial-kial nak habiskan degree. Memang sangat mencabar, dengan 5 anak, nak hidup kat Shah Alam yang serba-serbi costly. I have to finish my studies with flying colours, so that semua ni berbaloi. In the mean time, kami sekeluarga terpaksa survive. For the next three years, we may not be able to enjoy our life as much as before, how I am sad…
salam asiah,
mudah2an dipemudahkan Allah n anak2 membesar menjadi anak yg soleh n solehah. amin!
Saya ni kawan mengajar sama dengan mertua akak asiah. Bersabarlah ya. Allah akan tolong orang yang menuntut ilmu. Moga akak akan mencapai impian akak selama ini
assalammualaikum…
rasanya kita belum mengenali..tetapi setelah baca beberapa entri dalam blog ni saya rasa suami kami berdua mengenali each other…suami saya pernah bercerita kepada saya tentang seorang kawannya yang bernama hatta kahwin waktu belajar di UTP dia kata kawan jemaah..bila baca beberapa entry asiah macam orang yang sama diceritakan oleh suami..suami saya nama luqman kalu sebut luqman yang bawa waja hitam plat XII NAM ur hubby ingat rasanya…apa pun saya suka baca ur blog..u really know how to express ur feeling…salam perkenalan..insyaAllah kalau ada kesempatan kita dapat bertemu…
mengenai entri ni saya nak cadang asiah minta scholarship for ur studies result sebaik itu rugi kalau tak minta scholarship..banyak sebenar scholarship cuma kena rajin cari je…Bank Negara, MARA, JPA, dll…minta la ye..walaupun status dah berkahwin i am sure u can proved you will able to survive and get good result although u are a mother (dari mula belajar lagi kan dah jadi ibu + result first class pun) + u bumiputera..memang layak nak terima scholar..
all the best..please to take care of urself although I know you are an iron lady..sometimes you must really take care of urself dont push urself too much…
assalammualaikum
mengenai entri ni saya nak cadang asiah minta scholarship for ur studies result sebaik itu rugi kalau tak minta scholarship..banyak sebenar scholarship cuma kena rajin cari je…Bank Negara, MARA, JPA, dll…minta la ye..walaupun status dah berkahwin i am sure u can proved you will able to survive and get good result although u are a mother (dari mula belajar lagi kan dah jadi ibu + result first class pun) + u bumiputera..memang layak nak terima scholar..