Ada satu kisah tentang seorang ulama silam tersohor, bagaimana dikisahkan bahawa kebijaksanaan dan terangnya hati ulama ni banyak dipengaruhi oleh cara dia dibesarkan oleh ibu bapanya. Pernah ketika dia masih bayi, dia menangis-nangis kelaparan, ibunya pula tiada. Datang seorang jiran perempuan, kerana rasa simpati dia pun menyusukan si bayi. Perkara ini sampai ke pengetahuan bapa ulama tu, bergegas dia pulang dan menjolok tekak anaknya supaya anaknya memuntahkan kembali susu ibu yang diminum dari jiran perempuan tadi. Kata si bapa, dia tidak tahu bagaimana akhlak jiran perempuannya itu, dia tidak mahu anak kecilnya disusukan dan dipelihara oleh sebarangan orang yang dia tidak tahu latar belakangnya. Punyalah si bapa ni mengawal dan mengawasi perkembangan tumbesaran anaknya, dari bab makan minum, pengasuh, pengaruh persekitaran, didikan, etc. Maka Allah ganjarkan usaha si bapa, anaknya itu dianugerahkan kebijaksanaan dan hati yang bersih, akhirnya dia menjadi ulama terkenal.
Hari ni I sibuk mencari pengasuh who is willing to take care of my 5 children, specifically between 8.30 pm to 10.30 pm. Siang-siang no problem, semuanya ke taska from 8.30 am to 5 pm. Cuma waktu malam aje susah sikit, taska tutup at 7 pm dan memang tak buka waktu malam. Keempat-empat pengasuh kat taska tu dah berkeluarga, they are not staying in taska, they live nearby in their own house. Masa kat Kedah dulu senang, pengasuh anak dara lagi, they stay in taska. So kalau nak hantar waktu malam no problem, just bayar OT to them, diorang pun happy dapat income tambahan. Waktu tu I tak risau kalau ada night class once in a week or sesekali ada latihan debat a few nights in a week. Put aside masalah duit untuk bayar upah mengasuh waktu malam tu, of course kena keluar duit tambahan. Yuran taska 8.30 am to 5 pm aje now dah hampir cecah RM1000 sebulan, untuk mengasuh waktu malam will definitely cost us a lot more. Nak-nak bila dikira ikut kepala dan ikut jam. Tapi masalah nak cari duit I tak risau sangat.
I risau pasal nak cari the right pengasuh for my kids. Frankly speaking, I memang tak percaya bab-bab mengasuh di rumah ni. Dull dan buruk macam mana pun sesebuah taska tu, I trust on taska much much more than nanny yang mengasuh kat rumah sendiri. Taska memang dah confirm premis tu digunakan untuk mengasuh budak-budak. Tak banyak perabot, kalau ada pun yang safe for children. Kalau ada tangga, ada penghadangnya. Hiasan kaca yang mudah pecah memang dah confirm takde kat taska. Makanan rapu is not allowed in taska. Pinggan, mangkuk, cawan, semua yang budak-budak punya. Toilet dia mesra kanak-kanak. Tv programs, CDs, DVDs, all are suitable for young children. Senang cerita, provided that taska tu betul-betul ikut garis panduan JKM, you can have trust to leave your kids there, taska is highly realiable to take care of them while you are away. Tapi adakah rumah orang macam tu? Rumah adalah rumah, tempat penghuninya nak tinggal. Yes, sometimes tuan rumah tu pun ada anak kecil juga, so rumah dia pun selamat untuk kanak-kanak. Tapi premis itu tetap adalah sebuah rumah, yang mana turut digunakan oleh ahli keluarga lain yang berbagai peringkat umur. Ada macam-macam barang yang dimiliki oleh ahli keluarga lain yang tak sesuai untuk kanak-kanak.
Itu baru bab premis. Yang paling I tak percaya adalah orang-orang lain yang bukan mengasuh anak-anak I yang berada di situ. Contohnya, suami dan anak-anak pengasuh tu, jiran pengasuh tu, saudara-mara pengasuh tu. Kan ianya sebuah rumah, sudah tentu tak boleh mengelak kehadiran orang-orang tu. Tak macam di taska, hanya ada pengasuh yang tentunya have been already screened by the owner, whether sesuai and qualified untuk jaga budak. Fikiran I memang penuh prasangka dan syak wasangka dalam nak mencari pengasuh di rumah ni. Pertama, dah banyak I baca kisah budak dicabul di rumah pengasuhnya. Kita rasa mungkin kita kenal pengasuh dengan baik, tapi adakah kita tahu bagaimana suaminya, bagaimana anak bujangnya, bagaimana anak saudara lelakinya dan lain-lain? Kedua, I tak nak anak-anak I mendapat pengaruh yang tak elok di rumah pengasuh. Sambil anak kita bermain sambil dok dengar lagu rock berkumandang, tak pun kat tv terpasang cerita-cerita berunsur seks dan ganas yang ditonton oleh anak remaja si pengasuh. Ketiga, I tak nak anak-anak I hidup dalam budaya keluarga orang lain. Kalau anak-anak si pengasuh kaki lawan cakap mak, nanti anak-anak I terbiasa dengan scene macam tu. Kalau pengasuh jenis percaya adat dan cakap orang tua melebih-lebih, nanti anak-anak I pun nak diasuhnya jangan buat itu jangan buat ini. Keempat, I tak nak anak-anak merasa selesa di rumah orang lain dan nanti nak compare rumah orang dengan rumah sendiri. Kalau pengasuh ada aircond, ada kusyen empuk, makan kat meja makan, sedangkan itu bukan lifestyle yang I ajar anak-anak, I tak mahu anak-anak jadi confused. Hmm… tu baru four reasons, banyak lagi sebenarnya yang I skeptical bab-bab pengasuh di rumah ni.
Mengambil iktibar dari cerita di atas, I tahu, anak-anak dilahirkan seperti kain putih, ibu bapalah yang mencorakkannya, dan corak itulah yang akan menentukan apa yang anak itu akan jadi later on. Kalau kita tak yakin dengan seseorang untuk jaga anak kita, jangan pertaruhkan perkembangan fizikal dan emosi anak kita di tangannya. Kisah kat atas tu, si bapa tak yakin dengan akhlak jiran perempuannya, dia tak redha jiran tu menyusukan anak kecilnya, kerana susu yang diminum tu bakal jadi darah daging. I pun hairan, ramai orang mengutuk maid dia, kata bodoh, tak pandai buat kerja, tak sembahyang, tapi sanggup ditinggalkan anak-anak kecil bagi maid tu jaga sepanjang hari. Ada juga yang tak puas hati bila mak ayah sendiri jaga anak-anak dia, dimanjakan dengan junk food, tapi sebab nak jaga hati mak ayah yang beria-ia sangat nak bela cucu, maka didiamkan saja. Ada juga yang dia dah tahu anak-anak dia tak suka dengan pengasuh tu sebab garang macam singa, tiap-tiap hari anak dia menangis bila nak ditinggalkan, tapi dipaksa juga budak tu tinggal sepanjang hari dengan monster macam tu, sebab pengasuh tu ambil upah murah. Sungguh I tak bersetuju dengan semua senario tu.
Ingatlah, anak-anak adalah harta kita, amanah dan tanggung jawab yang Allah bagi pada kita. Jagalah keperluan fizikal mereka sebaiknya, hormatilah emosi dan perasaan mereka, sensitif pada apa yang mereka suka dan apa yang mereka tak suka. I yakin, kalau kita jaga anak-anak dengan baik, esok-esok bila dah tua, tak payah susah hati, mereka akan jaga kita balik dengan baik dan penuh kasih sayang. I memang failed as a mother untuk spend a lot of time with my kids, kerana tuntutan studies. Weekdays are busy days indeed. That’s why whenever I have time to spend with them, I try as hard as possible to make it a quality time. Dalam terkejar-kejar sana sini, I will make sure there are moments in a day yang I bersembang dengan diorang, mandikan, suapkan makan, ajar buat homework, main sama-sama, tengok cartoon sama-sama… Lima minit dengar anak bercerita lebih berharga dari sejam biar anak main sorang-sorang dalam bilik. Sesekali I tanya anak-anak, diorang suka Ibu pergi universiti macam kat Shah Alam, or Ibu duduk kat rumah macam kat Kuantan? Diorang kata, duduk Shah Alam lagi best! Hopefully it is an honest answer. Maybe sebab diorang boring di Kuantan takde aktiviti. Sungguh I susah hati nak carikan pengasuh untuk anak-anak I. Dah la siang I tinggalkan, malam pun nak tinggalkan juga. Dan bila I terpaksa juga tinggalkan, I have to make sure that anak-anak I dapat pengasuh yang diorang suka dan mereka dapat menjalani kehidupan dengan gembira sebagai kanak-kanak. Tentunya pengasuh forever can never replace a mother, but at least try not to make the gap terlalu jauh.
asiah, leen setuju about whatsoever yg stated kat atas tu. really. my husband pun sgt cerewet dlm bab2 pengasuh ni that is why kitorg decide hantar taska dari amik maid. pernah la sekejap kitorg pakai maid dalam sebulan sbb masa tu terdesak sgt2 n org tu setuju tp pastu hantar taska balik sbb leen tak suka cara dia jaga balqis. asal balqis nak tdo je, bancuh susu walhal leen dah train balqis nyusu hanya 3 jam sekali. tengah2 takkan ada. ni tak, sikit2 sumbat sikit2 sumbat. bengang betul. lagi satu sikit2 sumbat puting. last2 tiba2 satu hari tu leen ckp kat pengasuh ni puting ilang. hahahahaha. tp tak dinafikan, memang ada pengasuh yg bagus. mcm mak leen punya dulu, 6 tahun dia kerja ngn mak leen. dia memang ikut segala yg mak leen suruh. jaga mcm mak leen jaga dan tidak menokok tambah dengan cara2 dia menjaga baby (adik leen) macam kat kampung dia.
one thing for sure, leen juga sgt hormati perasaan anak bila kita pilih taska utk dia. kita boleh nampak, bila nak amik tu dia betul2 happy ke tak utk satu hari itu. as a mother kita boleh tahu walaupun baby. lagi2 masa kita hantar, time tu nak tahu dia excited ke tak nak g taska. as a mother, surely satu hari kita akan terfikir dia kat taska. risaukan dia. bila kita pilih taska yg kita puas hati dan percaya, hati kita senang dan baby pun gembira kan. tapi yg paling penting is dia gembira dan selamat sbb tugas kita sebenarnya utk jaga dia hari2 tp dunia hari ini, kita terpaksa tinggalkan dia sebentar utk cater tuntutan dunia yang lain, jadi tempat utk buat dia gembira sementara tunggu kita amik dia tu sgt penting supaya dia tak membesar jadi insan yg depressed.
betul. diorg adalah amanah terbesar kita. suami isteri. perlaburan masa hadapan. tak salah kita bayar mahal sikit asalkan emosi diorg terjaga dan dpt didikan yg secukupnya yg mungkin some social skill yg kita tak dpt provide bila diorg berkepit dengan kita. ataupun mungkin, orang2 pengasuh ni atau certain2 taska atau pun certain2 maid ni tak tahu menahu betapa besarnya pahala mengasuh seorang anak kecil? maybe?