Cabaran fizikal
October 10, 2009 by asiahaj
Ayah once said, I might have the brain, but I don’t have the physical fitness, that is why I couldn’t be a doctor. Bila difikir-fikir balik, mungkin ada benarnya apa yang ayah kata. Mungkin sebab tu juga takdir I dalam bidang undang-undang dan bukannya kedoktoran. Sejak kecil dok jaja kat orang, my ambition is to be a gynaecologist, alih-alih jadi law student pulak. Ayah cakap macam tu when I decided to quit my studies some years ago. Masa tu tengah problem dengan PCOS, I suffered from prolonged vaginal bleeding. Waktu tu rasa macam boleh aje kepala ni nak absorb ilmu, but my body was too weak. Rasa tak larat nak bertahan dengan cabaran, kena pulun to secure a limited place in medicine. Macam mana nak score, I asyik dapat MC for appointment with doctors, selalu ponteng kelas bila tak larat, sesekali tangguh test, minta belas ehsan lecturers untuk reschedule deadline for assignments, etc. In fact, I pernah 2 kali ambil cuti semester sebab badan tak terdaya nak attend classes. Sebab tu ayah dah nampak, macam mana I nak jadi doctor kalau fizikal tak kuat. Nature of the work as a doctor memerlukan bukan sahaja otak, tapi anggota badan juga bekerja.
This weekend Cece is at my home, she is just graduated from medical school IIUM, now working as a doctor in Sabah. She gets three days leave to attend her convocation. She said that now she is working seven days a week! Sesekali dapat keluar hospital dan balik rumah, the time is too precious only for taking a quality sleep before masuk kerja balik for the next shift. Takde masa pun nak pergi jalan-jalan shopping. Memang macam nak gila kerja, faham-faham ajelah condition in government hospital macam mana. Dulu I pernah rasa menyesal dan sedih sangat sebab tak usaha sungguh-sungguh untuk jadi doctor. But now, I rasa bersyukur pulak sebab tak jadi doctor! Dengar cerita from my friends yang dah selamat bergelar doctors sekarang, terfikir juga, if I were in their shoes, tak tahulah macam mana nak cope dengan bidang tugas as a doctor. Ada one friend tu, she told me dia dah dua kali keguguran, maybe sebab stress sangat buat housemanship. Macam la takde lawyers yang kerja seven days a week, especially bila dekat-dekat tarikh bicara. Tapi kerja lawyers duduk, baca dan buat research. Of course ada field research, tapi boleh aje nak suruh orang lain buat, bukanlah bermakna lawyers sendiri yang kena buat experiment or anything.
I terasa sangat bezanya between menjadi science student and law student. Masa buat Biological Science dulu, it was not about lectures semata-mata. You kena attend lab sessions juga. Kat laboratory tentulah memerlukan pergerakan fizikal. Your body kena coordinate betul-betul, kalau tak, akan dapat inaccurate results. Tapi bila buat law, memang semata-mata lectures, and I like it! Except for subject macam English la, ada juga drama, debat semua tu, yang memerlukan pergerakan fizikal sikit-sikit. Jadi law student, you pergi kelas, siapkan mental elok-elok, then dengar aje apa yang lecturer cakap, sesekali refer to notes, sambil otak berjalan berfikir. Even ada certain classes, you langsung tak payah pegang pen pun! Selain daripada penat fizikal nak make effort untuk hadir ke kelas, dah sampai aje dalam kelas, langsung tak guna fizikal pun! Duduk aje kat meja elok-elok, you don’t need any movement, sampai la habis kelas. Menjadi diri I yang physically inactive, memang la I seronok belajar law instead of doing science. Bayangkan medical students, kena belajar treat patients, sentuh patients, perform surgery, semua tu kan ke memerlukan physical fitness? Just think of this. Karpal Singh tu, even dah half paralyzed pun mampu practise law lagi. Tapi kalaulah a doctor is physically paralyzed, nampak gayanya dia dah susah nak practise. Sebab lawyer pakai otak aje. Doktor kena pakai tangan, kaki, anggota badan. Macam Cece cerita, dia kena buat CPR, nak pam dada orang, memang memerlukan physical strength. Now I am glad that I am going to be a lawyer. Sebab I memang pemalas nak buat aktiviti fizikal!
Dalam program Selangkah ke Fakulti Undang-Undang organized for final semester pre-law students a while ago, Timbalan Dekan ada mentioned pasal cabaran fizikal yang perlu dihadapi once you enter Shah Alam campus. Cabaran-cabaran lain, macam syllabus yang semakin susah, cara pengajaran yang semakin mencabar, ragam rakan-rakan dan pengaruh persekitaran hidup di bandar besar, semua tu could already be expected by everyone. Tapi bab cabaran fizikal, bila dah masuk kampus Shah Alam, baru tahu macam mana. Sekarang ni I betul-betul faham apa yang dimaksudkannya. Memang belajar di kampus Shah Alam sangat menguji kekuatan fizikal. For my same batch friends yang baru first semester dan semua dapat duduk di college, even though diorang pun tercabar juga secara fizikal dengan kehidupan dalam campus, tapi tidaklah setanding cabaran yang terpaksa dihadapi students lain yang kena menyewa rumah di luar. Next semester you all bolehlah rasa.
I dah cuba sedaya upaya cari rumah sewa sedekat mungkin dengan kampus. Memang dekat, tak sampai 2 kilometer pun, cuma ada 3 traffic lights along the way. Tapi rupa-rupanya, ada ketika tertentu, nak lepas one traffic light pun sampai tiga kali lampu bertukar hijau baru lepas. Cerita pasal traffic jam tak payah elaborate la, semua orang tahu life di KL dan Shah Alam macam mana. I applied nak bawa kenderaan dalam kampus. Rupa-rupanya starting this semester, all students’ cars kena park kat padang, then naik shuttle bus ke faculty masing-masing. Mulanya ingatkan bagus juga buat macam tu, dapat jimat duit fuel, daripada buang minyak nak panjat-panjat bukit, keliling bukit yang direction satu hala tu, nak pusing-pusing cari parking. Tapi masalah lain pula timbul when it is so often that the shuttle buses tak ikut jadual. I pernah tunggu sampai 50 minit, terpacak kat bus stand. Yang selalu I tak tahan ialah bila bas tu penuh macam tin sardin, you tak payah pegang apa-apa, memang guaranteed tak jatuh. Kalau waktu hujan, bertambah-tambah la cabarannya. Kalau ada accident, alamat jammed la. On the way pergi balik between bus stand and class, kena lari macam lipas kudung. Campus pulak berbukit, banyak tangga. Ada classes kat different buildings situated agak jauh from each other. Ni baru cerita pasal tugas wajib nak pergi kelas. Belum cerita pasal sesekali nak pergi library, pergi HEP, pergi cyber cafe, pergi kedai fotostat, etc.
I rindu sangat my life kat UiTM Kedah dulu. Cabaran fizikalnya tak sehebat cabaran kat UiTM Shah Alam ni. Kat Merbok, 5 minit sebelum kelas mula, baru nak keluar rumah. Takde traffic jam langsung. In between classes, sempat balik menyusu anak, kalau anak sakit sempat pergi jenguk, sempat beli groceries, even sempat balik rumah untuk qadha tidur sebelum ambil anak-anak kat taska waktu petang. Kat Shah Alam tak boleh buat macam tu. I dah lama tak tengok CSI, tak dapat consistently watching news everyday, tak sempat nak jenguk Channel 732 ASTRO. Sebab bila balik rumah, I am too exhausted. My energy yang saki-baki untuk hari tu will only be focused to my children before they go to sleep at night. Bila anak-anak tidur, I dah tak larat nak buat apa-apa.
Kat Kedah dulu, I tak pernah ponteng kelas, kecuali masa Adham kena tahan kat ward. Even cuti yang doctor bagi sebab bersalinkan Adham pun I tak guna, 3 hari lepas bersalin I dah continuously pergi kelas walaupun masih dalam pantang. Anak-anak sakit macam mana pun, I berani tinggalkan sekejap kat taska setakat untuk sejam dua attend classes, knowing that had anything bad happened, it took me only a few minutes to reach them. But it is a different situation now. In last two weeks, I terpaksa ponteng kelas when four out of my five children were not well. They contracted viral infection. Teruk sampai kena tahan kat ward. Dua minggu yang cukup mencabar ketahanan fizikal I. Nak jaga anak-anak siang malam, ulang alik antara rumah dengan hospital, nak urus kain baju dan toto bekas muntah dan tahi cirit, memang penat sungguh! Sampai satu masa, jatuh juga air mata ni bercucuran, even though I hardly pretended to be strong outside. I rasa I tak mampu nak make effort untuk pergi kelas, walaupun I tahu, hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. I mungkin boleh paksa diri untuk tahan dengan cabaran fizikal pergi ke kelas, but then bila I timbang-timbang, nanti balik dari kelas, I akan terlalu penat untuk jaga anak-anak sakit pulak. Between studies and anak-anak, as a mother, you know what comes first for me.
Ni baru first semester. I wonder macam mana la I nak tempuh the following semesters ahead. I do get help from people around me. Abang akan balik every weekend. His presence really helps me a lot to refresh my emotional strength within. Sesekali my parents datang dari jauh from Penang. Mak banyak tolong settle kan house chores kat rumah I yang ada waktu-waktu tertentu macam tongkang pecah. My kids juga sangat banyak membantu, diorang macam faham aje yang Ibu sibuk belajar kat university, they behave well so far, very supportive and very understanding. Sometimes I rasa yang diorang sangat matang berbanding budak-budak sebaya diorang. I doa semoga Allah mudahkan urusan I sekeluarga. Terlalu banyak yang I gadaikan untuk mendapat segulung ijazah, I tak mahu semuanya sia-sia…
be strong…sentiasa berdoa..insyaAllah Allah akan permudahkan jalannya..walaupun dari kaca mata manusia mustahil dalam keadaan Asiah semuanya akan mudah..tetapi berkat doa kepada Allah perjalanan Asiah untuk mendapatkan segulung ijazah akan berjaya…
itulah. bila u tak update for a several weeks, i bleh agak something happened. bila anak dah sakit, anything else in this world comes second kan… even supermom macam u pun mesti ada bad day dan air mata pun akan jatuh juga tapi, bila u pandang belakang… tak ada apa yg u kesalkan sebab anak2 mmg priority yg ter-paling utama. banggalah ngn u ni asiah.. really. i pernah once masuk UITM shah alam sbb akak angkat i rindu nak masuk situ, so i drive masuk situ. masyaAllah, berbukit2 kan. huhuhu. memang mencabar keimanan betul kalau kita terpaksa menapak… i rasa u byk buat keputusan yang tepat. memang study tu penting sangat2 tp bila u yg sakit sbb tak jaga diri, siapa pula nak jaga anak.. kan. oh ya btw, i skang ari2 gila tengok CSI las vegas tu. i sebenarnya dah lama terlepas keretapi, tp since i ter’dapat’ tengok episode yg Grissom punya last day yg dia masuk hutan nak cari gelfren dia tu.. i tros tak tinggal sampai sekarang. haih… so addicted. tp anak i tu tahu, bila i buka je CSI.. dia hulur buku dia kat i soh i baca.. walhal time2 lain i dok gak sebelah dia.. tp takmo pun hulur.. bila dgr je bunyik CSI dia mulalah. haha. cerdik sungguh.
btw asiah, keep strong ok. im glad that ur circle sungguh2 supportive. u peganglah semua kesusahan ini sebagai penguat semangat u. takde org lain yg sanggup buat apa yg u buat ni tau… bila husband dah restu dan anak2 pulak very2 understanding n supportive.. i rasa itu cukup membahagiakan.. keep strong keep strong.. InsyaAllah.
MUDAH2AN DIPERMUDAH:) INSYAALLAH
salam kak asiah
semoga akak terus tabah k menghadapi cabaran di shah alam.Tak lama lagi z pula kena hadapi.Hope to meet you there =)