speaks her mind…

Pengasuh


   Ada satu kisah tentang seorang ulama silam tersohor, bagaimana dikisahkan bahawa kebijaksanaan dan terangnya hati ulama ni banyak dipengaruhi oleh cara dia dibesarkan oleh ibu bapanya. Pernah ketika dia masih bayi, dia menangis-nangis kelaparan, ibunya pula tiada. Datang seorang jiran perempuan, kerana rasa simpati dia pun menyusukan si bayi. Perkara ini sampai ke pengetahuan bapa ulama tu, bergegas dia pulang dan menjolok tekak anaknya supaya anaknya memuntahkan kembali susu ibu yang diminum dari jiran perempuan tadi. Kata si bapa, dia tidak tahu bagaimana akhlak jiran perempuannya itu, dia tidak mahu anak kecilnya disusukan dan dipelihara oleh sebarangan orang yang dia tidak tahu latar belakangnya. Punyalah si bapa ni mengawal dan mengawasi perkembangan tumbesaran anaknya, dari bab makan minum, pengasuh, pengaruh persekitaran, didikan, etc. Maka Allah ganjarkan usaha si bapa, anaknya itu dianugerahkan kebijaksanaan dan hati yang bersih, akhirnya dia menjadi ulama terkenal.

   Hari ni I sibuk mencari pengasuh who is willing to take care of my 5 children, specifically between 8.30 pm to 10.30 pm. Siang-siang no problem, semuanya ke taska from 8.30 am to 5 pm. Cuma waktu malam aje susah sikit, taska tutup at 7 pm dan memang tak buka waktu malam. Keempat-empat pengasuh kat taska tu dah berkeluarga, they are not staying in taska, they live nearby in their own house. Masa kat Kedah dulu senang, pengasuh anak dara lagi, they stay in taska. So kalau nak hantar waktu malam no problem, just bayar OT to them, diorang pun happy dapat income tambahan. Waktu tu I tak risau kalau ada night class once in a week or sesekali ada latihan debat a few nights in a week. Put aside masalah duit untuk bayar upah mengasuh waktu malam tu, of course kena keluar duit tambahan. Yuran taska 8.30 am to 5 pm aje now dah hampir cecah RM1000 sebulan, untuk mengasuh waktu malam will definitely cost us a lot more. Nak-nak bila dikira ikut kepala dan ikut jam. Tapi masalah nak cari duit I tak risau sangat.

   I risau pasal nak cari the right pengasuh for my kids. Frankly speaking, I memang tak percaya bab-bab mengasuh di rumah ni. Dull dan buruk macam mana pun sesebuah taska tu, I trust on taska much much more than nanny yang mengasuh kat rumah sendiri. Taska memang dah confirm premis tu digunakan untuk mengasuh budak-budak. Tak banyak perabot, kalau ada pun yang safe for children. Kalau ada tangga, ada penghadangnya. Hiasan kaca yang mudah pecah memang dah confirm takde kat taska. Makanan rapu is not allowed in taska. Pinggan, mangkuk, cawan, semua yang budak-budak punya. Toilet dia mesra kanak-kanak. Tv programs, CDs, DVDs, all are suitable for young children. Senang cerita, provided that taska tu betul-betul ikut garis panduan JKM, you can have trust to leave your kids there, taska is highly realiable to take care of them while you are away. Tapi adakah rumah orang macam tu? Rumah adalah rumah, tempat penghuninya nak tinggal. Yes, sometimes tuan rumah tu pun ada anak kecil juga, so rumah dia pun selamat untuk kanak-kanak. Tapi premis itu tetap adalah sebuah rumah, yang mana turut digunakan oleh ahli keluarga lain yang berbagai peringkat umur. Ada macam-macam barang yang dimiliki oleh ahli keluarga lain yang tak sesuai untuk kanak-kanak.

   Itu baru bab premis. Yang paling I tak percaya adalah orang-orang lain yang bukan mengasuh anak-anak I yang berada di situ. Contohnya, suami dan anak-anak pengasuh tu, jiran pengasuh tu, saudara-mara pengasuh tu. Kan ianya sebuah rumah, sudah tentu tak boleh mengelak kehadiran orang-orang tu. Tak macam di taska, hanya ada pengasuh yang tentunya have been already screened by the owner, whether sesuai and qualified untuk jaga budak. Fikiran I memang penuh prasangka dan syak wasangka dalam nak mencari pengasuh di rumah ni. Pertama, dah banyak I baca kisah budak dicabul di rumah pengasuhnya. Kita rasa mungkin kita kenal pengasuh dengan baik, tapi adakah kita tahu bagaimana suaminya, bagaimana anak bujangnya, bagaimana anak saudara lelakinya dan lain-lain? Kedua, I tak nak anak-anak I mendapat pengaruh yang tak elok di rumah pengasuh. Sambil anak kita bermain sambil dok dengar lagu rock berkumandang, tak pun kat tv terpasang cerita-cerita berunsur seks dan ganas yang ditonton oleh anak remaja si pengasuh. Ketiga, I tak nak anak-anak I hidup dalam budaya keluarga orang lain. Kalau anak-anak si pengasuh kaki lawan cakap mak, nanti anak-anak I terbiasa dengan scene macam tu. Kalau pengasuh jenis percaya adat dan cakap orang tua melebih-lebih, nanti anak-anak I pun nak diasuhnya jangan buat itu jangan buat ini. Keempat, I tak nak anak-anak merasa selesa di rumah orang lain dan nanti nak compare rumah orang dengan rumah sendiri. Kalau pengasuh ada aircond, ada kusyen empuk, makan kat meja makan, sedangkan itu bukan lifestyle yang I ajar anak-anak, I tak mahu anak-anak jadi confused. Hmm… tu baru four reasons, banyak lagi sebenarnya yang I skeptical bab-bab pengasuh di rumah ni.

   Mengambil iktibar dari cerita di atas, I tahu, anak-anak dilahirkan seperti kain putih, ibu bapalah yang mencorakkannya, dan corak itulah yang akan menentukan apa yang anak itu akan jadi later on. Kalau kita tak yakin dengan seseorang untuk jaga anak kita, jangan pertaruhkan perkembangan fizikal dan emosi anak kita di tangannya. Kisah kat atas tu, si bapa tak yakin dengan akhlak jiran perempuannya, dia tak redha jiran tu menyusukan anak kecilnya, kerana susu yang diminum tu bakal jadi darah daging. I pun hairan, ramai orang mengutuk maid dia, kata bodoh, tak pandai buat kerja, tak sembahyang, tapi sanggup ditinggalkan anak-anak kecil bagi maid tu jaga sepanjang hari. Ada juga yang tak puas hati bila mak ayah sendiri jaga anak-anak dia, dimanjakan dengan junk food, tapi sebab nak jaga hati mak ayah yang beria-ia sangat nak bela cucu, maka didiamkan saja. Ada juga yang dia dah tahu anak-anak dia tak suka dengan pengasuh tu sebab garang macam singa, tiap-tiap hari anak dia menangis bila nak ditinggalkan, tapi dipaksa juga budak tu tinggal sepanjang hari dengan monster macam tu, sebab pengasuh tu ambil upah murah. Sungguh I tak bersetuju dengan semua senario tu.

   Ingatlah, anak-anak adalah harta kita, amanah dan tanggung jawab yang Allah bagi pada kita. Jagalah keperluan fizikal mereka sebaiknya, hormatilah emosi dan perasaan mereka, sensitif pada apa yang mereka suka dan apa yang mereka tak suka. I yakin, kalau kita jaga anak-anak dengan baik, esok-esok bila dah tua, tak payah susah hati, mereka akan jaga kita balik dengan baik dan penuh kasih sayang. I memang failed as a mother untuk spend a lot of time with my kids, kerana tuntutan studies. Weekdays are busy days indeed. That’s why whenever I have time to spend with them, I try as hard as possible to make it a quality time. Dalam terkejar-kejar sana sini, I will make sure there are moments in a day yang I bersembang dengan diorang, mandikan, suapkan makan, ajar buat homework, main sama-sama, tengok cartoon sama-sama… Lima minit dengar anak bercerita lebih berharga dari sejam biar anak main sorang-sorang dalam bilik. Sesekali I tanya anak-anak, diorang suka Ibu pergi universiti macam kat Shah Alam, or Ibu duduk kat rumah macam kat Kuantan? Diorang kata, duduk Shah Alam lagi best! Hopefully it is an honest answer. Maybe sebab diorang boring di Kuantan takde aktiviti. Sungguh I susah hati nak carikan pengasuh untuk anak-anak I. Dah la siang I tinggalkan, malam pun nak tinggalkan juga. Dan bila I terpaksa juga tinggalkan, I have to make sure that anak-anak I dapat pengasuh yang diorang suka dan mereka dapat menjalani kehidupan dengan gembira sebagai kanak-kanak. Tentunya pengasuh forever can never replace a mother, but at least try not to make the gap terlalu jauh.

Financial status


   Hari ni last date untuk bayar yuran UiTM, my fees berjumlah RM518. Kalau tak bayar, the computer generated software akan gugurkan status pelajar, which means tak boleh validate kursus, tak boleh sit for exam, tak boleh guna library, etc. Bagus, bijak betul diorang nak disiplinkan pelajar suruh bayar yuran, kalau tak buat macam tu, sah-sah nak konvo esok-esok baru I gigih cari duit. Maka approaching towards 4th August kelam kabutlah I SMS sana-sini, nak pinjam duit. Duit kat tangan cukup untuk makan, fuel dan susu anak-anak, itupun actually I tak pasti sempat tak sampai ke gaji berikutnya. Our financial status is so bad right now. Urusan pindah, deposit rumah sewa, nak set up rumah baru, pendaftaran sekolah dan taska anak-anak, bills, memang semput nak settle semuanya in one go. Mujur parents from both sides sudi pinjamkan duit. Dah malu kat parents, pinjam duit adik-beradik pulak. Last night I managed to borrow money from Abang Long and Amad, maka dapatlah settle kan yuran UiTM. Oh, please… I sakit jiwa bulan ni asyik dapat senarai yuran, my yuran, yuran anak-anak, yuran itu, yuran ini.

   Masa beratur kat ATM, one boy in front of me keluarkan duit RM50 setelah lama beratur panjang. Mungkin itu ajelah duit yang dia ada dalam bank, atau mungkin sebanyak itu aje yang dia perlukan as for now, who knows. It made me think. Alangkah seronoknya zaman muda, zaman belum kahwin, belum ada anak, survive sekadar untuk lepaskan diri sendiri. Ada one note RM50 pun boleh tahan sampai dua minggu. Masa baru-baru kahwin dulu, Abang and I pernah berjaya belanjakan RM5 aje sehari untuk makan. Waktu tu masak sendiri, pandai-pandailah budget untuk beli lauk. But now, note RM50 dah jadi semakin kecil dan semakin kecil. Isi minyak Gen-2, sekali isi pun dah RM50. Beli susu anak, RM50 bolehlah tahan 3, 4 hari. Beli makanan, RM50 sekejap aje lesap, yelah, nak isi perut ramai orang. Nak entertain anak-anak pun perlukan duit, nak bawa diorang jalan-jalan, pergi playland, belikan belon kat pasar malam, beli buku cerita, etc, semua pakai duit. My kids pulak dah ada sense of belonging, every thing should come in four. Kalau beli buku kena beli 4 buah, beli toys kena beli sorang satu. Try la beli satu dua aje, mahu huru-hara rumah dibuatnya dengar diorang bergaduh. Diapers, toiletries, kertas A4 untuk diorang melukis, bekal pagi-pagi pergi sekolah, and the list will go on. Belum lagi sesekali cikgu jual barang kat sekolah, bila kawan-kawan pakat beli, Imah pun teringin juga nak beli. So I can hardly budget. I know some are unnecessary things, but being a mother, I selalu lembut hati dengan permintaan anak-anak. Nak Chipsmore, nak Vitagen, nak selipar baru, macam-macam idea diorang ada.

   Dulu I tak notice sangat semua ni. Rasa macam ada duit aje, macam mampu aje nak lead a lifestyle macam tu. Walaupun tak mewah, tapi anak-anak and I takdelah kebulur dan kempunan. Bila-bila nak pergi KFC, Mc’donalds, drive aje ke situ. Itu cerita zaman dulu, sebelum I sambung belajar. It’s a different story now. We are really on a tight budget month after month. Terlalu banyak additional expenses. Sebab I sambung belajar, kami kena tanggung kos dua buah rumah, rumah di Kuantan tolak gaji Abang, then kena bayar sewa rumah yang anak-anak and I duduk. We have to prepare cost untuk Abang ulang-alik every week. Abang terpaksa makan di luar sebab takde isteri nak masakkan. Nak pergi kelas, kena consider kos minyak kereta, that’s why I cari rumah sewa as near as possible dengan kampus, furthermore nak balik menyusu Amin between classes. Nak belajar pun sangat costly. Walaupun I sengaja masuk UiTM sebab yurannya paling murah antara semua IPTA, but still I have to bear the costs of books, notes, photostat items, yuran itu ini. Dan yang paling best, sebab I masuk belajar, anak-anak kena hantar ke taska. Yuran taska dan tadika aje hampir RM1000 sebulan! Itu baru basic, belum campur sesekali terpaksa OT because I have night classes.

   Siapa lagi yang kena tanggung semua tu? Of course la, my beloved husband! Ikutkan position Abang and his high basic salary, people presume that kami ni orang senang. Hakikatnya tak begitu. Kawan-kawan Abang every year tukar kereta baru, kami ni tiap-tiap tahun tambah ahli keluarga baru. Zaman sekarang ni bukan murah nak besarkan anak. Tambah pulak I gila nak sambung belajar balik. Jauh di sudut hati, I sedih sebab susahkan Abang. Abang is the only bread winner, selama ni I takde kemampuan nak tolong Abang financially. Abang selalu ketepikan keperluan dan kehendak dia sebab nak dahulukan keperluan dan kehendak anak-anak and I. There are times when I feel like want to quit studies sebab I tak sampai hati nak susahkan Abang. Mulalah rasa nak kutuk diri sendiri, tu la, kenapa muda-muda dulu tak habiskan study, yang pergi quit tu apasal? I feel like I am so selfish. I ask everybody around me to sacrifice so that I can get my degree. Sekarang kena budget itu ini. Adilkah pada anak-anak bila I tak belikan diorang baju baru sebab I kena guna duit tu untuk beli buku-buku I? Adilkah pada Abang bila tiap-tiap tahun duit bonus Abang digunakan untuk bayar hutang because almost every month we are short of cash? Adilkah pada parents bila kami jarang balik kampung because I am so busy with my studies, and we want to save the money spent for fuel and toll?

   But I know, only with education and qualification I can have good job and help my husband to improve our life. Not that our life sekarang ni miskin dan merempat, cuma of course sebagai manusia tentunya ada nafsu pada dunia. Teringin juga hidup senang, boleh lepas urusan keluarga, dan ada lebih untuk bantu orang lain. Sekarang ni, mak ayah masih bantu kami lagi bila sesekali sangkut duit. Padahal sebagai anak yang dah besar panjang, dah berkeluarga, dah ada pendapatan, patutnya kami dah boleh bantu mak ayah dan adik-adik. Tapi yelah, Allah ada perancangan yang lebih bijaksana, pasti ada hikmahnya kenapa I started a bit late, dah umur 27 baru terkial-kial nak habiskan degree. Memang sangat mencabar, dengan 5 anak, nak hidup kat Shah Alam yang serba-serbi costly. I have to finish my studies with flying colours, so that semua ni berbaloi. In the mean time, kami sekeluarga terpaksa survive. For the next three years, we may not be able to enjoy our life as much as before, how I am sad…

Carpal Tunnel Syndrome


   First time I encountered the words Carpal Tunnel Syndrome was when I studied computer subject under subchapter computer ergonomics during my first semester doing foundation. Masa tu tak ambil pusing pun, just hafal, kot-kot keluar exam. Little that I knew, later I suffered from this syndrome since I was a few months carrying Amin. I thought Carpal Tunnel Syndrome is a work related syndrome. Rupa-rupanya it is also pregnancy related as well as genetics factor. Masa tengah mengandung tu, I selalu rasa kebas kat tangan kanan, sampai terbangun tengah-tengah malam tak boleh tidur. Bila anak-anak terjaga nak susu, it took me a while before I could get up and use my right hand untuk bancuh susu. Yang peliknya, only my right hand yang kebas, the left one was okay. I told my obstetrician, he mentioned about Carpal Tunnel Syndrome, telling me that it is normal for some pregnant mothers and the syndrome will disappear upon delivery. So okaylah, I tahan aje sakit tu, no medication was prescribed. Alhamdulillah my threshold is high, usually I could bear the pain. Sakit nak bersalin pun I boleh tahan, I don’t need epidural or gas yang bagi lali tu, so setakat rasa kebas-kebas for me is still manageable, cuma rasa tak selesa aje la.

   After delivery, Carpal Tunnel Syndrome tu tak hilang pun, but it getting worse day by day. Of course sangat susah nak uruskan anak-anak and a newborn baby bila tangan asyik kebas memanjang. Dari kebas kat pergelangan tangan, dah melarat sampai ke siku, sampai ke bahu, sampai ke belakang badan. Since I am a right handed person, I can hardly replace doing work with my left hand, kekok dan susah rasanya. Lagipun I need both of my hands bila nak buat kerja rumah dan uruskan anak-anak. Furthermore, two weeks after delivery I dah start attending lectures, nak menulis memang payah, especially waktu pagi. Towards petang, the numbness will slowly reduce by itself, only to reappear at night. I waited and waited, since it has been more than two weeks after Amin was born, I decided to get a doctor’s opinion. And guess what, I was referred to an orthopaedist for a review! I was panic, is it that bad? Then I did research over the internet, I read about Carpal Tunnel Syndrome. Baru I teringat, I pernah tengok rancangan Medik TV kat TV3 satu masa dahulu, episode tu tunjuk pasal surgical procedure done for Carpal Tunnel Syndrome, where the doctor will cut somewhere at the wrist to relieve the pressure. Ishh… takutnya! That’s why I took another week to wait and see, kot-kot la rasa kebas dan sakit tu akan hilang. But they don’t. So today I went to see the orthopaedist. Mujur la UiTM cuti seminggu untuk elak penularan H1N1, kalau tak, I pun tak tau mana nak cari masa pergi hospital. My new life in Shah Alam is really hectic.

   The orthopaedist is a Chinese man. I pun tak tahu kenapa, I really like Chinese doctor. Maybe because I have good experience with Chinese doctors all this while. Pada I, doktor Melayu berbudi bahasa, memang bangsa Melayu begitu kan. Tapi doktor Cina treat kita with first class service, maybe because bangsa Cina are good in doing business, they will create good rapport with their patients, clients, customers, etc. because it is the source of their income. Oh, don’t forget, this will only apply in private practice, kalau pergi government, hmmm… faham-faham sendirilah. During my first visit lagi I dah suka kat doctor tu. He asked me a few questions, performed some simple examinations, and came out with diagnosis. What I am suffering is just a mild Carpal Tunnel Syndrome that is pregnancy related. He believes that it will disappear over time, he gives between 6 weeks up to 6 months for me to wait and see. Rupa-rupanya taklah syndrome tu immediately hilang lepas bersalin, it will take some time. I tak pernah rasa macam ni during my last four pregnancies, alih-alih masa mengandungkan Amin boleh kena pulak. Doctor tu cakap, mungkin akan kena lagi during next pregnancies. Selama ni tempoh 9 bulan I mengandung mudah aje, no severe morning sickness, no swelling, no gestational diabetes, no problem with blood pressure. Ada takde pun, mood swing yang bengong, itu aje.

   Since Carpal Tunnel Syndrome might be caused from several factors, it is important for the doctor to know the background of the patient’s life, daily activity or work. The doctor was amazed when I told him, I am now continuing my studies doing law, I am living apart from my husband, I have 5 small children whom I take care all of them alone with no maid and no helper at home. He said, even though with one child, itu pun dah cukup stress. Studying is stress enough, apatah lagi if you are married, tambah-tambah pulak with kids, lebih-lebih lagi anak-anak semua masih kecil, he has no idea how could I do it. Alhamdulillah, so far I can claim that I could manage my life well, despite having to juggle my roles as a wife, a mother and a student. Memang la ada masa-masanya when I was emotionally and physically challenged, tapi Alhamdulillah, Allah banyak mudahkan urusan. Kalau tak, taklah I dapat CGPA 3.93 kan. Having heard my stories, doctor tu buat kesimpulan, the Carpal Tunnel Syndrome that I suffer might be the result of my body has been overworked. I asked him, is it psychological? He said, it is physical reaction. I terpaksa bersetuju dengan doktor tu, my body is giving signal to warn me that I cannot push myself too hard. Of course I can control my mind to be strong, tough, always think positively, etc. but at one point, I have to give myself a break, a quality rest. Rest? If you are a mother, I am not sure whether the word “rest” ada dalam kamus harian hidup you.

   I terlupa yang I baru aje bersalin three weeks ago. Three days after delivery, I dah driving long distant, Segamat-Kuantan, Kuantan-KL. Seminggu lebih lepas bersalin, I dah uruskan perpindahan ke rumah sewa di Shah Alam, kemas rumah, kemas barang, urusan pendaftaran kat UiTM, arranged tadika dan taska anak-anak. Two weeks lepas bersalin, I dah mula pergi kelas, naik shuttle bus, jalan kaki, panjat tangga, berlari kejar kelas, between classes balik menyusu Amin. Pagi-pagi memang sangat kelam kabut, nak uruskan anak-anak pergi sekolah, nak menyusu Amin, nak kejar kelas pagi. Ya, memang pun I don’t have enough rest. The first night Amin was born lagi I memang tak pantang apa-apa, I have four other kids to look after, I uruskan anak-anak macam biasa. Thanks God urusan bersalin I mudah, no complication, no stitches at all. Mungkin sebab I tak rasa sakit, lenguh-lenguh badan pun very mild, maka I jadi sangat brutal. Maybe sebab tu the healing process of my Carpal Tunnel Syndrome will take much longer.

Fans


   Since I was 5 years old, after ayah taught me how to use computer, I wrote lots and lots of stories. I typed semuanya dalam computer, sampaikan I sangat mahir menaip tanpa melihat keyboard since I was in primary school. Sayangnya I tak simpan semua karya tu elok-elok, kalau tak, boleh bagi Imah baca sekarang. Kat sekolah, karangan I selalu dijadikan contoh. I pernah mewakili sekolah dalam pertandingan karangan, I won. My writings pernah bertukar tangan di kalangan guru-guru antara sekolah sebagai karangan contoh masa nak dekat-dekat SPM. Cerpen I pernah beberapa kali keluar dalam magazine and newspaper. But somehow I tak pernah terasa nak cuba mengarang novel, walaupun ada beberapa orang bagi galakan dan offer nak bantu. I juga sejak dulu lagi tak cukup keyakinan untuk masuk apa-apa peraduan, walaupun hadiahnya ribuan ringgit. I suka menulis ikut kepala sendiri. I tak suka orang suruh I tulis itu ini ikut tema dan syarat tertentu. I juga tak suka menulis dalam keadaan nak kena jaga hati sesiapa. Selain daripada mengarang, I gila menulis surat. Ada ribuan surat-surat yang orang balas yang masih I simpan sampai ke hari ni, walaupun kebanyakannya dah mula jadi makanan ulat. When I was 11, I found a new way to satisfy my passion in writing. I started to write diaries, jotting down what I went through every day, how I viewed about something, my opinion, my feelings, my hope, my dream, etc. Sempat la ada beberapa buah diari tebal. I menulis dengan penuh perasaan, even though ada juga ketikanya berbulan-bulan diari tu tak update sebab busy dengan exam. Tapi bila dah kahwin, writing diary was no longer my interest. I pun tak tahu macam mana tiba-tiba diary bukan lagi jadi teman setia. I guess, once you are married, your life is complete, your spouse itulah teman setia, tiada yang dapat menandingi. Selamat tinggal dunia diari… 

   Until 2007, when I was introduced to dunia blogging when Abang installed internet kat rumah. Terasa seronok dapat menaip dan mengarang semula dalam suasana yang cukup santai. Blog is your personal diary but made public. Suka hati you nak tulis apa, people will judge you, but nobody has the right to dictate you. Kalau orang tak suka dengan apa yang you tulis, dia boleh blah, takde siapa suruh or paksa dia singgah kat your blog. I started my blog in Friendster. I tulis syok sendiri, tak harap pun ada orang baca dan tinggal comment. Amazingly after two years I have made lots of new friends by writing blog. They now become my cyber friends whom I do not know at all, kenal kat alam maya aje. At first, I didn’t care whether people like my writings or not. Even now pun I tak peduli judgment orang terhadap apa yang I tulis. I write because I love to write. Dan I juga suka membebel. That’s why many people say, reading my blog is like listening to me, live telecast. Sangat terharu bila entah siapa-siapa tersinggah kat my blog, but then become addicted to my writings, sampaikan bila lama sikit tak update, I dapat e-mails from my so called “fans”. Yes, I can now claim that I have my own fans!

   Tetapi I sangat sedih. My own beloved husband tidak termasuk dalam kategori my fans. Abang bukan orang yang suka sibuk ambil tahu pasal every single thing dalam hidup orang lain. Not like me yang suka blog hopping from one personal blog to another, Abang bukan jenis yang minat nak baca-baca personal blogs ni. Abang cuma interested reading blogs berunsur agama dan politik. Abang ada beberapa penulis blog tersohor yang dia suka. I hormat apa yang Abang suka, I juga tak nak paksa Abang buat sesuatu yang dia tak suka. Tapi jauh di sudut hati, I sedih juga sebab Abang tak meraikan apa yang I suka. Sekurang-kurangnya Abang luangkan masa baca apa yang I tulis, beri sedikit ulasan, that will really make my day. Percaya atau tak, Abang langsung tak ingat my blog address! Sometimes I buat request kat Abang, baca la my blog, he will make me happy. Dia pun guna la search engine kat Friendster, sometimes dia guna Google, sometimes dia check dalam history kot-kot ada address tu. Dan pernah beberapa kali, sebab fed up lambat sangat nak jumpa my blog, Abang terus tak baca. How would you feel, dalam keadaan you selalu terima e-mails from your blog fans, sadly your soulmate doesn’t feel anything special about your blog?

   My blog sifatnya personal. I tak bercakap pasal agama, negara dan dunia. Barangkali sebab tu Abang takde interest kat www.asiahaj.blog.friendster ni. I bercerita tentang my life, my kids, tentang Abang dan menulis pandangan peribadi I terhadap sesuatu perkara. Yes, we do communicate, I selalu bercakap dengan Abang tentang perasaan, meluahkan pandangan dan bercerita tentang pengalaman. But as a husband, takkanlah Abang tak terasa nak mengetahui isi hati isterinya dari medium berbeza? Bercakap dan menulis lain susun bicaranya. Lebih-lebih lagi sejak I sambung belajar dan tinggal berjauhan dari Abang, ruang dan peluang untuk berbual menjadi terbatas. Sometimes things happen, depan mata ada computer, Abang pula tengah sibuk bekerja, of course blog menjadi medan pertama untuk bercerita. Bila tinggal berjauhan, Abang terlepas banyak perkara dan peristiwa tentang anak-anak. I juga tak sempat nak report semua kat Abang. Ada yang too precious to be forgotten, I jot them down in my blog, especially cerita tentang anak-anak. I harap sangat Abang akan baca, tapi selalunya tidak. Macam sekarang ni, dah berminggu-minggu Zara is well toilet trained, baru dua tiga hari ni Abang tahu. Padahal my blog readers dah tahu lama dah. Sounds pathetic kan?

   Actually ramai husbands seperti Abang. My friends who have their own blogs pun tak expect husband diorang akan jadi pembaca setia. Kebanyakan blog yang I singgah adalah blog kaum ibu, yang begitu ghairah mendokumentasikan perkembangan anak-anak masing-masing. Dari sekecil-kecil perkara macam baru tumbuh gigi pertama, sampailah benda-benda besar tentang hala tuju pendidikan anak-anak, semua diluahkan dalam blog. These blogs have their own fans, some bloggers dah ada komuniti sendiri pun. Walaupun tak pernah bersua mata di alam nyata, tapi diorang mengikuti perkembangan anak-anak satu sama lain. Sayangnya suami masing-masing tak berminat nak baca blog isteri. Maka kawan blogger lebih ambil tahu dan aware pasal perkembangan anak dia daripada suaminya sendiri! Kalaulah nak kata sifat lelaki memang begitu, kononnya banyak lagi perkara besar yang si suami kena fikir daripada nak buang masa baca tulisan isteri di internet, I tak setuju. Among my fans, ada aje title suami-suami orang, who read my blog, sebab isteri diorang takde blog, dan diorang nak cuba melihat dan memahami sesuatu isu dari perspektif seorang isteri. I kagum dengan suami yang ada usaha begitu. Contohnya, berapa ramai suami yang cuba nak memahami macam mana emosi perempuan tengah mengandung? Ingat isteri nak cerita semua ke perasaan dia yang bengong, over sensitive, mudah marah, semua tu. Tak semua kita rasa senang nak tuturkan, sometimes menulisnya lebih mudah.

   Okay, tamatlah sesi mengumpat Abang at 3.30 am in the morning. Anggap ajelah ni perasaan gila meroyan (nauzubillah…) lepas bersalin, hehehe… I berani bet, kalau esok pagi I cakap kat Abang, “Abang, Atin mengumpat Abang dalam blog.” Abang akan kata, “Ye ke? Cakap pasal apa?” Itu saja. No further question. No further action. Abang takkan terdorong pun nak pergi baca apa yang I tulis. Kawan Abang beritahu Abang yang dia sentiasa mengikuti tulisan I, Abang sengih aje, sebab Abang pun tak tahu apa benda yang I dok tulis in my blog ni. Sesekali I cerita kat Abang about my fans sending me e-mails, Abang tak jakun pun. Dia tak tahu isteri dia ni popular, huahuahua…

04


   It was 4th July. I tengah lipat kain baju yang menggunung lepas balik dari bercuti kat Paka, Terengganu. Memang thrill betul pergi bercuti at week 37+ of pregnancy! It was a great vacation indeed. Our children enjoyed gila-gila mandi swimming pool, main pasir pantai, melompat kat katil hotel, makan-makan, jalan-jalan. Abang and I spent a quality time together watching a fairy tale movie aired on tv, something that we hardly could do nowadays, bila tukang menyibuk yang conquer tv channel dah makin ramai. It brought back sweet memory zaman baru-baru kahwin dulu, masa kitorang layan all kinds of movies. Balik dari bercuti, faham-faham sajalah tinggi mana longgokannya, berjam-jam I mengadap baju-baju anak-anak. Suddenly I felt the Braxton Hicks contractions were stronger than usual. I could still bear the pain, but I knew that masanya sudah semakin hampir. Abang came back from office around 9 pm, actually hari tu dia cuti, tapi digagahkan juga pergi office sebab Abang nak settle banyak kerja tertangguh, knowing that any time I boleh bersalin. During my last visit for antenatal check up, doctor has discovered that air ketuban tak cukup, only about 6 to 7, normal range should be above 10. So doctor bagi option untuk induce, sebab takut baby lemas kalau tangguh lama-lama. Doctor bagi tempoh sampai 7 July, kalau still tak rasa sakit nak bersalin, will induce after that date. Masa pergi bercuti tu, seriau juga, takut-takut terasa sakit nak bersalin tengah-tengah jalan.

   Actually kitorang memang dah planned earlier nak balik ke Pagoh untuk hantar anak-anak. My in laws will take care of them masa I kat hospital. Perancangannya, I memang dah determined nak bersalin di Melaka, about 60 km from my parents in law’s house. The idea is, nak kekalkan rekod, semua anak dilahirkan in different states. Imah was born in Kelantan, Amjah Pahang, Zara Terengganu and Adham in Kedah. So tak naklah cacatkan rekod, walaupun both families tak berapa setuju I ambil risiko travel jauh-jauh. Dah banyak kali kena bebel by both sides, sampaikan Abang pun jadi serba salah, nak ke tidak layan kerenah bini dia yang bengong ni. Kitorang rancang nak set up life betul-betul dulu di Shah Alam, lengkapkan rumah sewa, I pergi register kat UiTM, my kids register kat kindergarten and taska, only then baru balik ke Pagoh. Tapi memandangkan I dah mula sakit-sakit malam tu, we decided to go back straight away to Pagoh that night. I pun kemaslah baju-baju anak-anak, kelengkapan for newborn baby, barang-barang I untuk dibawa ke hospital, dalam keadaan contractions datang dan pergi. Then we started journey at 2 am early in the morning! I love long distant driving very much, furthermore Abang memang tak rehat langsung dari pagi sampai ke malam, so I offered biar I yang drive, Abang tidur dulu. Contractions memang ada, tapi very mild, setakat nak driving tu rasanya no problem. I lagi suka driving daripada kena pangku anak, Adham pun dah buas dalam kereta, tak kuasa nak layan diorang ke depan ke belakang dalam kereta dengan perut yang dah macam nak meletup.

   So that was it. Perjalanan jauh untuk melahirkan anak kelima kami. I rasa sebak. I tanya Abang, macam mana agaknya if this is the final time I diberi peluang oleh Allah untuk merasai nikmat mengandung dan melahirkan? Lepas Adham lahir hari tu I was again diagnosed with PCOS, doctor cakap I might not be able to conceive as easy as before. Masa tu memang sedih, walaupun dah ada 4 anak, I still wish to have some more. Alhamdulillah, rahmat Allah masih berpanjangan, only a month after the diagnosis, I was confirmed pregnant. Doctor pun terkejut macam mana mudah sangat boleh mengandung lagi, dengan keadaan my ovaries macam tu. Bila bercakap dengan Abang, I was getting emotional. Tiba-tiba Abang mula membebel dan membebel, Abang tak suka I asyik fokus pada PCOS. Sejak dulu lagi I macam tu, sampai sanggup berhenti belajar dan melupakan cita-cita nak jadi doctor, semata-mata sebab PCOS. Sakit hati I bila Abang condemned itu ini. Abang cakap, Allah dah bagi 5 anak, kalau lepas ni anak seterusnya jarak jauh pun, apa masalahnya. Abang tak faham perasaan I. Kalau anak seterusnya jarak jauh, takpe lagi. Macam mana kalau lepas ni I terus tak mengandung dah? That was why I sebak dan sedih nak mengakhiri pregnancy kali ni, I enjoyed all the moments being pregnant, the great feelings having the baby inside me. Untuk mendiamkan Abang, I stopped kereta tepi jalan, I mogok tak nak drive, I suruh Abang took over. I tahu Abang mengantuk, I nak bagi Abang mengantuk lagi, so that Abang would stop nagging at me. Menjadi taktik I, baru 20 km lebih Abang drove, Abang surrendered, bawa kereta melelong-lelong. I letak syarat kat Abang, I boleh drive, tapi Abang mesti tidur dan jangan bebel apa-apa dah. Heh… I memang isteri hampas malam tu. Dalam hati takut juga, orang kata kalau kurang ajar kat suami, nanti susah nak bersalin. Ishh…

   I ikut jalan Kuantan-Muadzam Shah, plan nak menuju ke Segamat, then ke Pagoh. Tiba-tiba I terfikir, macam mana kalau terasa sakit nak bersalin di Johor, tak sempat dah nak ke Melaka? Abang dah lahir di Johor, I tak nak anak ni lahir di Johor juga. I ikut gerak hati, sampai simpang ke Bahau dan Seremban, I belok ambil jalan tu. Memang gila betul kepala otak I. Jalan tu menakutkan, lalu ladang kelapa sawit, tak jumpa kampung pun. Ada satu road block, police pun hairan, tengok perempuan sarat mengandung yang memandu, husband tengah tidur tak sedar kat sebelah, dengan anak-anak tidur nyenyak kat belakang. Dia tanya nak ke mana, I main cakap aje nak ke Seremban, since jalan tu memang menuju ke Seremban. Pagi-pagi buta I tempuh beberapa daerah di Negeri Sembilan, dah tak ingat susun aturnya. Tapi rupanya banyak juga bandar yang lebih kurang Segamat kat Negeri Sembilan ni. I memang tak pernah sampai langsung kat daerah-daerah tu, so sambil memandu I appreciated what I found along the journey. Memang I drove menonong aje, tanpa apa-apa pengetahuan Geografi pasal peta Negeri Sembilan. I lalu jalan kampung aje, dari bandar ke bandar, tak tahu nak cari lebuh raya macam mana. Contractions masih ada. Dalam hati, kalau terberanak tepi jalan pun takpelah, dapat anak Negeri Sembilan sorang, hehehe…

   Sampailah I nampak batu tepi jalan tulis, Melaka 50 km, I decided untuk berehat, nak simpan tenaga untuk bersalin pulak. I kejutkan Abang, minta Abang sambung memandu. I cuba lelapkan mata. Terasa jugalah jalan yang kitorang lalu tu tak berapa elok, pusing-pusing, banyak lubang, jalan sempit. Sedar-sedar, kereta tengah berhenti tepi jalan. Abang cakap, tayar pancit. Mulanya Abang tak nak kejutkan I, tapi sebab tayar yang pancit kat sebelah yang I duduk, Abang terpaksa suruh I keluar. It was 5.30 am. Dengan gaya macho, sorang-sorang Abang cuba ganti tayar, keluarkan spare tyre dengan peralatan setakat yang ada. Allah nak uji kami, Abang cuma berjaya buka 3 skru, lagi satu tu ketat betul. Macam-macam cara Abang buat, cari paip besi tepi jalan, injak-injak, pijak, semua Abang cuba. After 40 minutes mencuba sendirian, Abang tahan orang yang lalu tepi jalan. A motorcyclist stopped, dia cuba tolong, pulas dua orang pun tak boleh. That guy beredar, dia kata nak minta tolong kat balai polis terdekat, katanya ada one police station nearby. Sampai ke sudah tak nampak kelibat polis datang. I called TM, tanya phone number the nearest police station. Bila I called, police tu cakap, takde orang tunggu kat balai, dia pun tak boleh datang tolong, dia suruh tunggu hari cerah dan minta mekanik datang. I informed him that I was about to give birth, contractions dah makin stronger. Police tu selamba aje cakap, tunggu la sampai hari cerah, bukannya emergency pun lagi. Hampas! Dalam hati, padan muka I, buat lagi idea gila nak bersalin kat Melaka. Kalau jadi apa-apa, memang menyesal tak sudah. Abang kept on trying longgarkan skru tu. Angin pagi tu sejuk, I terbatuk-batuk, sampai terasa ada air keluar. I confused, terkencing ke, atau memang air ketuban dah pecah?! Takut juga waktu tu. Alhamdulillah, sorang lagi motorcyclist berhenti tolong kami. Bersungguh-sungguh dia tolong, nampak ikhlas sangat. Syukur, lepas tu Abang berjaya buka skru keempat yang ketat sangat tu. That guy pun beredar, katanya dia masuk kerja pukul 7 pagi. Abang hulur RM10. I cakap kat Abang, apasal la bagi RM10 aje, pertolongan dia di saat genting I nak dekat bersalin tu sangat berharga. Kalau I, I hulur aje RM50, walaupun that guy tak minta dan dia nampak ikhlas tolong kami. Lepas Abang ganti tayar dengan muka bangga sebab konon-kononnya jadi lelaki sejati, hehehe, kami cepat-cepat ke masjid untuk solat Subuh. Just nice, sebelum habis waktu. Memang Allah nak bantu kami.

   After that, we proceeded tu Ayer Keroh. Terus menuju ke Hospital Pantai. I memang dah lama target hospital ni, my mother in law pernah warded kat situ. I cakap kat nurse, dah ada tanda-tanda nak bersalin. Terus diorang bawa ke emergency ward since I ni unbooked case. Memang rasa lega sangat dah sampai kat Hospital Pantai. Tercapai juga hajat nak lahirkan baby kat bumi Melaka. Walaupun I takde apa-apa sentimental value tentang negeri Melaka, tapi perasaan dapat lahirkan anak kat different state tu memang exciting! Tak payah la I cerita pasal the whole delivery process, maybe in my next entry. Dipendekkan cerita, at 9.37 pm, Sunday, 5th July 2009, lahirlah Muhammad Al Amin yang dinanti selama 9 bulan. I excited gila nak isi form untuk surat beranak dia. The next day dah pergi Pejabat Pendaftaran untuk daftarkan kelahiran. I never know the code for Melaka. Bila tengok nombor I/C Muhammad Al Amin, baru I tahu, 04 is for Melaka. Our family dah collect banyak nombor tengah dalam kad pengenalan. I/C Abang 01 - Johor, Adham 02 - Kedah, Imah 03 - Kelantan, Amin 04 - Melaka, Amjah 06 - Pahang, me 07 - Penang and Zara 11 - Terengganu. Lepas baby lahir, tak habis-habis I ucap terima kasih kat Abang sebab sanggup layan kepala bengong isteri dia ni. Abang pun happy, Abang cakap, agaknya kalau Amin tak lahir kat Melaka, sampai sudah kami akan regret sebab tak dapat kekalkan rekod. Katalah Amin terlahir kat Terengganu masa kami pergi bercuti, atau lahir kat Pahang masa I kat rumah Kuantan, atau lahir kat Johor masa balik kampung, mesti tak best. Elleh… Abang ni mula-mula tu hesitate juga nak involve dalam idea gila-gila ni, sekarang cakap lain pulak. Syukur Alhamdulillah, Allah banyak mudahkan urusan, walaupun diuji dengan sedikit cabaran, maybe just to add some spices to the amazing experience, tapi hasilnya memang menggembirakan. Family members and friends yang tahu pasal perancangan kami nak lahirkan anak di Melaka turut sama share the excitement with us. Mula-mula dulu semua seriau, sekarang semua tergelak geleng kepala dengan kebengongan kami.

Kencing


   Terjaga pukul 3 pagi semalam bila kaki I terasa basah. Laa… Zara kencing punya la banyak sampai bocor kat tilam. She did wear diaper, tapi terlupa minta Abang tolong tukar her diaper before going to sleep last night. Entah apasal la Abang pergi buka CD Tarzan at 11.30 pm. Meloncat la si Zara dan Adham tu tengah-tengah malam buta. The kids memang berani buat deeeeek kat I bila Ayah diorang ada kat rumah. I paksa Imah dan Amjah tidur dalam bilik, esok pagi nak pergi sekolah. Sudahnya dengan I tertidur sama, bertemankan jerit-pekik Zara dan Adham kat luar. I tahu, Abang nak pujuk Zara balik, teruk Zara kena marah sebab buat bising kat masjid masa Abang bawa pergi solat Isyak. Abang kalau pukul anak, I memang tak pernah approve, dulu, kini dan selamanya. Balik rumah, episod dua pulak, Zara kena kurung dalam bilik sorang-sorang, teruk budak tu menangis. Agaknya pasal tu last night kencing dia banyak gila. Terkencing-kencing la kot budak perempuan tu bila sesekali dia tengok Ayah dia marah macam tu sekali. Maka pagi tadi balik dari solat Subuh, Abang pun kena la angkut tilam besar gedabak queen size tu untuk dibasuh di luar. Tu la, lain kali marah anak tak ingat!

   Actually Zara dalam proses toilet training. Siang-siang dia dah tak pakai diapers. Senang aje nak train dia, compared to Imah and Amjah. Zara’s development sejak dulu lagi agak cepat, boleh berjalan umur 9 bulan, setahun lebih dah berani lari rumah lintas jalan pergi playground, boleh bercakap before she reached 2, sejak kecil nak buat itu ini sendiri. Cuma bab toilet train aje lambat, bukan sebab dia tak bersedia, tapi sebab I takde masa. Kan sebelum ni I sibuk belajar, siang-siang diorang kat taska. I prefer, bab-bab toilet train ni biar ibu sendiri yang buat, jangan harap kat taska, pengasuh, orang gaji atau atuk nenek. It involves a lot of emotion, baik di pihak anak, mahupun di pihak kita. Sepanjang tempoh toilet training tu, it might be the first time ever in his or her life anak kita diberi kepercayaan, dilatih berdikari, dapat peluang untuk impress kita a lot everytime he or she manages to go to the toilet, menguatkan jati diri dan keyakinan diorang, as well as diorang boleh perasan konon-konon macam dah besar. As what Imah always says, “Kanak-kanak dewasa yang kencing kat toilet, kanak-kanak kecil yang kencing kat pampers!” So they are proud if they could be regarded as “kanak-kanak dewasa”. Wah, syok sungguh diorang kalau dapat izin main air kat toilet. Amjah dulu masa toilet train, sekali kencing, sampai setengah jam dia menghabiskan air. Zara ni, I monitor lagi for now, so she doesn’t get full freedom yet.

   Di pihak kita, memang penat dan tension juga every time “accident” berlaku. Nak-nak kalau accident tu kat spots yang best, macam atas tilam, atas karpet, atas kusyen, dalam kereta, fuhh! Memang menguji kesabaran. Tapi sebab kita ibu, kita menerimanya dengan tenang dan redha, walaupun mulut bising sampai nak pecah rumah. So bayangkan kalau orang lain yang toilet train anak kita, I tak yakin diorang boleh bersabar as much as a mother could. Have you watched a video clip pasal maid yang terajang dan pijak budak kecil tu? Memang terrible dan sadis sungguh. Maid tu bengang sebab budak yang tengah toilet train tu kencing berak merata, agaknya dah tiba peak dia, mengamuk sakan la maid bangang tu, sampai sanggup belasah budak kecil yang innocent. I trauma lepas tengok video clip tu. Bayangkan macam mana perasaan budak tu? Knowing my kids, diorang pun rasa bersalah juga each time ter accident sini sana. Sometimes diorang tunduk sayu tengok lantai, sometimes diorang lari masuk menyorok dalam bilik, sometimes diorang renung muka I tunggu masa nak kena marah. Diorang pun tahu rasa tak selesa bila tiba-tiba seluar basah. Ada masanya I sengaja mop lantai dulu, bersihkan najis semua, biarkan diorang berdiri kat situ dengan seluar basah, biar diorang rasa macam mana teruknya terkencing dalam seluar. Memang kesian. Tapi peranan kita la, untuk beri anak-anak keyakinan, so that next time they can control and will not repeat the mistake.

   At first I thought that now is the most right time to toilet train Zara. I tengah cuti semester, 24-7 jaga Zara. If you want to toilet train your kid, the most two must-obey rules are, you have to be consistent and you yourself kena disiplin. So I need to be by Zara’s side all the time. Furthermore I am in my final stage of pregnancy, which is the time when you have to visit toilet entah berapa belas kali dalam sehari. The urge to urinate comes so often as the baby’s head dah start setting in position for delivery. Memang senak bila terasa pundi kencing ditekan-tekan. Dulu masa early pregnancy pun rasa macam ni juga as the womb started to expand, tapi tak tension sangat sebab perut tak besar lagi, so no problem nak cangkung-cangkung semua. But towards the end of pregnancy, perut dah memboyot, seksa betul rasanya nak pergi kencing, dah la almost every hour pulak tu! So bila I terasa nak kencing, I akan tanya Zara, sama ada dia rasa nak kencing ke tidak. Senang, ada natural time indicator, taklah terlupa nak check Zara, and the accident pun jarang sangat berlaku.

   Bercakap pasal rasa nak kencing yang tak habis-habis datang during this stage of pregnancy, sometimes I rasa hairan, dari mana datangnya air kencing tu? Kadang-kadang rasa macam tak minum banyak air pun, even masa puasa, but still you feel like want to go to the toilet. Seolah-olah bladder ni memanjang aje penuh. But of course during pregnancy, you have to drink lots of water, memang cepat letih dan dahaga. Berjalan 5 minit pun seolah-olah macam baru lepas marathon 1 km. Kalau you mengadu kat doktor pasal kencing pun, doktor tetap akan advise suruh you minum air banyak-banyak, so aliran air kencing tu lancar, taklah sampai kencing tak lawas. Masa mengandungkan Amjah, Zara dan Adham, I kencing tak lawas sampai kena ambil antibiotics. Kencing sampai boleh menangis! Doktor cakap it is common for pregnant mothers to get infection kat urinary tract. Kalau dah pernah kena during previous pregnancy, you have the chances untuk kena lagi during next pregnancies. Tapi syukur, kali ni tak kena pulak. Actually the bacteria that infect the urinary tract can easily be fought by normal persons, but for pregnant mothers it is different. Mungkin sebab antibody tak cukup kot. That’s why husband pun kena jaga kebersihan, of course you don’t want to jeopardize your wife and baby’s health. Doktor kata, the bacteria might harm the baby during delivery, that’s why it has to be treated and you as well as the baby should be closely monitored.

   Now since week 36 I start to feel the Braxton Hicks contractions. It is a kind of practice contractions that happen naturally to prepare my body for real contractions later on. Please Google, baca sendiri. Braxton Hicks contractions ni taklah sesakit yang real punya masa in labor tu, but it makes you uncomfortable, sampai rasa nak baring aje tak nak buat apa-apa. Nak jadi cerita, I always get these contractions at noon and at night. Kalau waktu malam, tak kisahlah, Abang ada. Masalahnya bila kena waktu tengah hari, poor my little kids, they always have to eat lunch at 3 pm. Masa dah reda sakit, baru I bangun dari katil. Imah and Amjah takde masalah sangat, balik dari tadika, they can watch cartoons and play on their own. Adham pun senang, I tidurkan dia siap-siap bila nak dekat 12 noon and he will only wake up at 3. Masalahnya Zara, the false labor contractions betul-betul mengganggu proses nak toilet train Zara. I betul-betul tak larat nak bawa Zara pergi toilet when the contractions come. Pernah sekali I gamble, sedar-sedar Amjah cakap kat I, ada tahi Zara kat ruang tamu. Dah satu kerja nak bersihkan, serik I! So bila I rasa nak rehat aje, I pakaikan Zara diapers siap-siap. Dah terang-terang melanggar the two must-obey rules. For sure Zara gets confused, Ibu marah bila kencing dalam seluar, tapi bila Ibu nak rehat dan Zara rasa nak kencing, Ibu suruh kencing aje dalam diapers. If you tak consistent dan tak disiplin, how could you expect to see some progress?

   I am thinking to stop toilet training Zara sekejap, at least until I dah bersalin. Tapi kesian pulak kat dia. Budak kenit tu dah syok dok ulang-alik pergi toilet every hour or two. Zara malu-malu kucing when I present report kat Abang about her progress pasal kencing kat toilet. She is proud when Imah and Amjah tengok Zara tak pakai diapers dah. She even teases Adham sebab pakai diapers, konon-konon Zara dah jadi kanak-kanak dewasa, Adham tu kanak-kanak kecil lagi. So I don’t want to spoil her good feelings. It is quite a milestone for her. Nampaknya I kena berkorban la sikit, Braxton Hicks contractions tu nothing aje kalau nak dibanding dengan achievement Zara yang cukup menggembirakan I.

ER vs Grey’s Anatomy


   Once upon a time, ER inspired me a lot to become a doctor when I grow up. My parents didn’t force me at all, takdelah nak decide what their every kid should be. But looking from my great performance in my studies since kindergarten, they slowly planted the interest in me. From time to time, ayah and mak always gave me inspiration and motivation to become a gynaecologist one day. Ayah selalu cakap, “Allah dah bagi Kak Lang pandai. Kak Lang kena jadi pakar sakit puan, sebab sekarang ni tak ramai doktor perempuan jadi pakar sakit puan…” During my childhood time, boleh kata every year my mother got pregnant. Since my father is religous, seboleh-bolehnya ayah akan cari doktor perempuan untuk mak, which was quite hard at that time, even though if you go to private hospital. So I pun dah terindoktrin dalam kepala untuk bercita-cita jadi doktor. Masa tu the only medical drama which available on tv was ER. Zaman 1990-an, cuma ada channels TV1, TV2 and TV3 aje. ER was aired once in a week on TV2, tayang pulak waktu Maghrib, so I guess Malaysians tak berapa minat cerita tu, even though at that time ER was the most awarded drama series. Hari yang ada ER, selalunya I akan lambat solat Maghrib, punyalah creazy kat drama tu.

   Memang bersemangat tonton ER! Rasa macam jadi doktor ni lebih hebat dari superhero Ultraman ke, Superman ke, etc. Zaman kecil-kecil, budak-budak lain dok berangan nak jadi Superman untuk selamatkan bumi, I rasa the idea was stupid, Superman tu bukannya real wujud pun. Tapi kalau jadi doctor, you will be the true superhero, menyelamatkan nyawa orang di alam reality. Conflicts dalam ER pun sangat down to earth, case every case, issue after issue, kita boleh bayangkan macam tulah the real situation that is happening in an emergency room every day. Pelakon dalam ER pun sungguh-sungguh mainkan watak doctors and nurses, no wonder they got many awards. Terasa macam kerjaya doktor ni sangat mulia, diorang sanggup ketepikan hal peribadi ketika menyelamatkan orang, bertahan tak cukup tidur dan rehat, try to save lives no matter orang yang dibawa ke ER tu penjenayah ke, kutu jalan ke, penagih dadah ke, orang tua ke, semua diorang rawat sepenuh hati. Dan ada diselitkan juga issues tentang pengurusan hospital, how they have to work under limited budget, new stupid policy, working with incompetent new staffs in a not so good working environment and facility, hmm… ER memang best!

   But later, I discovered that walaupun I selalu excelled in school examinations with almost straight A’s, I am actually not so good in science subjects. I had to depend heavily on notes and sample questions, bila jawab soalan, I cuma fotostat balik apa yang I dah studied. If the questions need critical thinking, something that is not in the book, kepala otak I tak mampu nak berfikir sendiri secara kreatif, logik dan bijaksana. That was why I boleh score in Biology, but not in Physics, Chemistry and Mathematics. Biology, you baca, you hafal, you muntahkan balik exactly on question papers. Other science subjects bukan bersifat begitu, you have to understand, manipulate and use logics. Sungguh I cukup tertekan with these subjects sepanjang in upper forms in secondary school. However I did force myself to do extra work, knowing that kalau nak buat medicine, dia bukan nak tengok Biology semata-mata, dia nak combination of all subjects. I mampu paksa diri sampai SPM aje. When I was in matriculation, that was it, I decided to stop doing something that I didn’t like. I hate Physics, I hate Chemistry, I hate Mathematics. Ditambah-tambah dengan sakit puan yang I hidapi waktu tu, tekanan menghadap buku Fizik, Kimia dan Maths tu lagi menyemakkan jiwa. Maka hancurlah impian nak jadi doctor. I had to surrender, I am not brilliant enough, not so determine, I am not meant to become a doctor.

   However medical dramas still catch my attention up until now. I still adore doctors. I masih mengagumi profession yang sangat mulia itu. Lama ER hilang dari tv, siri tu pun actually dah dihentikan. Until last few years bila Hallmark Channel kat ASTRO mainkan semula that drama series. Everyday pulak tu! Memang lepas gian sungguh dapat tonton ER. Zaman sekarang ni dah berlambak medical dramas, bukan setakat ER, ada Grey’s Anatomy, House, Nip/Tuck, and a few yang tak berapa glamour tenggelam timbul kat tv. I watch all of them, tapi taklah commit gila-gila sampai mesti terpacak depan tv every time those dramas are aired. I watch when accidentally buka tv ada cerita-cerita tu. Sad to say, watching recent medical dramas taklah seseronok zaman I tengok ER dulu. Mungkin sebab zaman dah berubah, society pun dah berubah. Cerita-cerita medical zaman sekarang bukan lagi bermatlamat nak induce good moral values or educate society semata-mata, tapi mesti nak selit unsur-unsur seksual dan keruntuhan moral. Agaknya tak lama lagi selit pulak unsur-unsur ganas, hilang kepercayaan pada Tuhan, dan entah apa-apa lagi in medical drama series. Just wait and see in decades to come.

   Lately I got opportunities to watch Grey’s Anatomy every week. Sungguh I cukup menyampah dengan cerita tu! Apa intention producer dia sebenarnya? Nak memuliakan kerjaya seorang doktor atau nak promote penyakit sosial? 5, 6 kali tengok Grey’s Anatomy, memang penuh dengan zina. Tak kisahlah bangsa diorang memang menjadikan zina sebagai cara hidup pun, lantaklah. Tapi menjadikan tema zina dalam sebuah medical drama terasa sangat jijik dan kotor. Agaknya sebab diorang tak bercampur gaul dengan orang luar, kononnya mengabdikan diri dan seluruh kehidupan hanya di hospital, maka para doktor ni bertukar-tukar pasangan sesama diorang. Minggu ni buat seks dengan doktor ni, next week dengan doktor lain, the following week tukar balik. I read in newspaper, this season Grey’s Anatomy akan paparkan hubungan lesbian pulak between two female doctors. Great, mula-mula hubungan seks bebas lelaki perempuan, lepas tu hubungan sesama jenis, esok-esok hubungan dengan binatang pulak! Yang lebih keji, hospital dijadikan port untuk berzina, during recess time, buat seks sana sini. Maka jadilah cerita Grey’s Anatomy tu popular bukannya sebab medical issues and conflicts yang dipaparkan, tapi orang lagi suka tengok sebab nak tahu tentang scandals and affairs di kalangan para doktor tu. Konon-konon diorang berlakon nak tunjukkan betapa doctors in that hospital bersungguh-sungguh komited nak selamatkan nyawa pesakit, sampai melibatkan emosi dalaman, menjejaskan kehidupan peribadi, semua tu. But I berani bet, orang yang suka tengok Grey’s Anatomy actually lebih suka menanti-nanti aksi panas those doctors daripada menghayati kemuliaan medical profession.

   Orang boleh kata kat I, kalau tak suka, jangan tengok, takde siapa suruh tengok. Benar! I tengok Grey’s Anatomy sebab I focus kat medical issues and conflicts dalam cerita tu. Tapi bila sampai bab-bab scandals and affairs ni, memang terasa muak, jijik dan bosan. Producer who produces Grey’s Anatomy memang ada idea yang hebat, I heard that they have medical professionals in their production team, so sedikit sebanyak jalan cerita yang berlaku di hospital tu are based on real situation, just like ER. Dalam Grey’s Anatomy pun ada politics di kalangan doctors juga, to be the best, to grab the best case, to impress orang atasan, sama aje macam ER. Bezanya ER tidak menarik penonton dengan kisah scandals and affairs, mungkin ada sikit-sikit, tapi itu bukan tarikan utama. ER ada peminat tersendiri kerana jalan ceritanya yang betul-betul superb. I percaya, kalau Grey’s Anatomy tak bersandarkan pada isu seks pun, peminat medical dramas akan tonton juga. Tapi mungkin rating penontonnya taklah sebanyak bila diorang selit aksi-aksi seksual, maybe that is their marketing strategy.

   Oleh kerana I sangat memandang tinggi kerjaya seorang doktor, I really hate to think that doctors could behave like that. I mean, mempunyai moral yang rendah. Sebagaimana I benci bila dapat tahu bekas Menteri Kesihatan langgan pelacur! Bukankah mereka doktor yang sepatutnya promote a healthy lifestyle, menjaga moral dan menjalani hidup yang boleh dicontohi? Bukannya menggalakkan orang melakukan seks bebas dengan syarat with precaution. Cuba bayangkan kalaulah kita menjadi pesakit di hospital dalam cerita Grey’s Anatomy tu, agak-agak sanggup tak mendapat treatment dari doctors rosak akhlak macam tu? Yes, they are great doctors. Tapi yang menyembuhkan penyakit adalah Tuhan, bukan doktor. Sebab tu dalam Islam, bagi seorang wanita, ada aturan doktor yang kita disarankan pilih. Bermula dengan doktor wanita Islam, kemudian doktor wanita ahli kitab, kemudian doktor wanita bukan ahli kitab, then baru diikuti doktor lelaki Islam, kemudian doktor lelaki ahli kitab, lastly baru doktor lelaki bukan ahli kitab. Islam tetapkan aturan tu sebagai guideline, nak tunjuk bahawa siapa yang merawat kita mempengaruhi berkat atau tidaknya usaha kita menyembuhkan penyakit tu. Tapi misal kata la takde doktor wanita dan lelaki Islam, yang ada doktor wanita dan lelaki Kristian, tapi perangai macam doktor dalam Grey’s Anatomy, harus saja kita cari doktor lelaki Buddha. Tapi rasanya zaman sekarang ni, kita dah tak berapa kisah pasal ni. I mengaku, I juga taklah menjaga sangat bab ni. Pergi hospital, nasiblah dapat doktor mana yang on duty, even bersalin pun dengan doktor lelaki. Bila tengok Grey’s Anatomy, banyak-banyaklah berdoa dalam hati, janganlah sampai kita dirawat oleh doktor yang rendah akhlaknya. Benar, in medical school mereka telah diajar tentang etika, but they are still human beings yang memang diciptakan Allah punya kelemahan.

Father’s Day


   Can anyone tell me, macam mana nak tentukan Mother’s Day or Father’s Day every year? As far as I am concerned, each of them falls on second Sunday of May and June respectively. Apasal alih-alih tahun ni Father’s Day jatuh on 21st June pulak, which was the third Sunday. I read a few of my friends’ blogs, ramai jugak la yang dah tersambut Father’s Day last weekend on the 14th. They wished their fathers, surprised the father of their kids with homemade cake and presents, wrote nice entry about their husband in the blog, only to discover later that that day was not yet Father’s Day. As for me, last weekend memang tengah pokai, so tak plan nak celebrate, sekadar menghabiskan minggu terakhir sebelum Abang dapat gaji dengan berkurung di rumah, sebab duit yang ada kat tangan pun untuk lepas makan minum dan susu anak aje. Huh, bila la nak kaya?!

   Taklah eager sangat nak sambut Father’s Day ni, sebab Abang pun buat bodoh aje. My birthday as well as the kids’ birthdays pun selalu Abang terlajak, sampai dah senja baru nak teringat, so apatah lagi hari-hari sambutan additional ni, Abang bukannya heran pun. But since 21st June might be the final weekend we could spend time as a complete family in Kuantan, because by next week I will be moving to Shah Alam, maka walaupun gaji belum keluar lagi, paksa juga diri untuk jalan-jalan di bandar bawa anak-anak. Tak syoknya lah keluar bandar takde duit. Entah macam mana Abang boleh terfikir nak check bank account dia, kot-kot ada duit tersesat dalam tu. Wah, memang rezeki kami, bulan ni duit termasuk awal pula dalam bank! Padahal every month memang dah fixed hujung bulan baru gemuk beg duit Abang. Maka dapatlah kami menyambut Father’s Day dengan suka hati dan hora-hora duit tak ingat budget…

   Sungguh I tak arif bab-bab nak bagi present kat Abang, sejak bercinta sampai la dah 7 tahun kahwin ni. Abang bukan macam lelaki moden, yang kalau kita terfikir nak bagi hadiah, boleh beli tie, leather shoes, perfume, watch, semua tu. Kerja kat plant, uniform kerja Petronas bagi dari baju sampai ke kasut, Abang tak perlu baju-baju pejabat ni. Abang is so simple, keluar rumah bawa handphone aje, tak perlu watch, tak perlu latest gadgets banyak-banyak. Abang tak suka pakai benda branded, kalau dia tahu baju yang dia pakai tu mahal sangat, dia lagi sanggup singgah kedai tepi jalan beli T-shirt biasa dan ganti baju tu, trust me, perkara ni pernah jadi tau! Zuhud? Maybe that describes Abang best. Sometimes bila I suruh Abang bawa Gen-2 pergi office, he refuses, dia lagi suka bawa Kancil, katanya jimat minyak. Even orang bawah Abang bawa kereta lagi besar dan mahal pergi office. We bought a big semi-D house, sebab memang awal-awal dah plan nak anak ramai, tapi Abang tak bagi I nak renovate sana sini, Abang cakap tak nak nampak macam orang kaya. That’s Abang. So the idea to surprise my husband with expensive gifts bukanlah idea yang bijak. Pernah a few times I buat surprise, hantar cakes dan jambangan bunga besar ke office Abang. Lepas Abang kena ejek dengan kawan-kawan dia, I pun berhenti buat macam tu, sebab Abang kata dia segan. So surprise party doesn’t work for him. I pernah nak arrange candle light dinner kat hotel, tu pun Abang tak nak, sebab Abang kata membazir, furthermore Abang lagi suka ke hulu ke hilir angkut anak-anak semua. I plan a vacation, Abang cakap lagi bagus guna duit tu untuk balik kampung, spend time dengan mak ayah dan tabur duit kat saudara-mara. Yes, mungkin Abang tak romantik macam hero filem Hindustan, but he has his own way to show his love. Isterinya saja yang tahu, okay! That makes him so special in my eyes, just be himself, tak payah tiru-tiru orang lain.

   Setelah 7 tahun kahwin, Father’s Day tahun ni baru I discover, apa yang boleh membuatkan Abang happy sehappy-happy nya. Mula-mula I tanya Abang, Abang nak kami celebrate Father’s Day macam mana? Abang cakap, Abang cuma nak gembirakan anak-anak and I, layan apa yang kitorang nak the whole day, itulah yang akan membuatkan Abang happy. Wah, kitorang pulak dapat layanan first class, padahal Abang is the one who should get the special treatment on that special day. Tiba-tiba Abang cakap, boleh tak Abang nak masuk kedai komputer, dah lama Abang tak tengok software. Computer is not my interest at all, walaupun I dapat A+ untuk subjek Computer masa first semester. Knowing that I would feel bored and sedikit pun takkan memudahkan kerja Abang membuat survey, malah mungkin buat menyemak aje, so I suggested him to go alone, while the kids and I spent time kat playland. Sangatlah lama Abang menghilang, I biarkan aje, since anak-anak pun dah sibuk main tak ingat mengantuk, tak ingat lapar, tak ingat penat. Lama la jugak baru Abang came back, with broad smiles on his face, dengan muka excited, dengan mood yang sungguh bersemangat! Bertalu-talu Abang cerita kat I pasal software yang dia baru beli, padahal bukannya dia tak tahu, satu haprak pun I tak faham! Tapi sungguh, I perasan, mood Abang sangat baik, sangat happy. Abang calm and relax aje bila anak-anak buat perangai, Abang cool aje bila I silap tunjuk jalan. Sampai kat rumah, Abang sibuk uruskan rumah, main dengan anak-anak, then melekat kat depan computer until late at night. Entah apa-apa dia installed, khusyuk betul.

   I memang dah lama tahu, Abang sangat suka dengan perisian komputer. Zaman Abang kat university, dia ada ramai kawan yang terror dan creazy bab-bab computer, diorang berlumba-lumba upgrade their computers with latest version of software dan entah apa-apa tu. And they were always willing to share and exchange with each other. Bila Abang kahwin dengan I, slowly he has to let go his interest in computer. I taklah menghalang mahupun menyokong, I tak rasa I am the reason kenapa Abang melupakan minatnya tu. Tapi bila dah hidup berdua, dah ada anak berderet, kewangan keluarga jadi terhad dan perlu diutamakan untuk benda-benda lain yang lebih penting. There were times bila Abang singgah masuk kedai komputer, belek-belek itu ini, but he himself decided not to buy anything sebab duit yang ada nak guna untuk beli susu or diapers anak. Sometimes Abang pergi survey, plan nak beli bila dapat bonus, tapi bila duit bonus keluar, Abang dahulukan untuk bayar semua hutang, credit cards and bills, at last duit berbelas ribu pun tinggal ciput aje.

   Father’s Day kali ni, I bermuhasabah, betapa besarnya pengorbanan seorang ayah dalam mengemudi keluarga. Tak payah cakap panjang pasal bab-bab cari nafkah, beri perlindungan, didikan, kasih sayang, etc, semua orang sedia maklum. Cuma kali ni I terfikir, berapa ramai yang sedar, betapa seorang ayah selalu mengenepikan apa yang hatinya ingin, semata-mata untuk mendahulukan keinginan isteri dan anak-anaknya. Seorang suami rasa gembira bila tengok isterinya seronok menatap langsir baru, takpelah kalau dia tangguh nak beli laptop pun. Seorang ayah lagi sanggup bayar tunggakan bil ASTRO supaya anak-anaknya dapat tonton PHDC, daripada bayar tunggakan bil internet. Seorang ayah tersenyum puas dapat beli buku dan mainan macam-macam untuk anak-anaknya, walaupun dah lama dia plan nak beli software itu ini untuk melengkapkan computer buruk dia tu. Seorang ayah rela membatalkan hasrat nak pergi PC fair yang dah final day sebab anak-anaknya teringin nak mandi pantai.

   I am thinking about my husband, rasanya dah 7 tahun Abang tak berpeluang nak menikmati kegilaan dia dengan komputer. “Abang, Happy Father’s Day! Terima kasih sebab jadi ayah yang terbaik untuk anak-anak Atin…” Uhuk uhuk, terharu la pulak… Nanti bila I dah kerja, dah earn duit sendiri, bolehlah ringankan beban kewangan keluarga, taklah 100% menghabiskan duit Abang. Masa tu nanti, Abang nak buka kedai komputer tepi rumah pun I tak heran!

Contractions


   Soalan paling selalu ditanya oleh gadis-gadis bujang kat I, “Tak sakit ke beranak?” Hmm… Allah memang dah jadikan sakit bersalin tu tersangat-sangat sakit, sampaikan ada hadis kata boleh dapat pahala mati syahid. Tapi dalam zaman moden sekarang ni, dah tak mustahil you jumpa ibu-ibu yang boleh claim, dia tak rasa sakit langsung melahirkan anak dia, thanks to the epidural and C-section. Some of my friends call epidural as “happy-dural”, memang tak rasa sakit apa-apa, tiba masa doctor suruh push, kita push, sedar-sedar dah bunyi baby nangis. Ada juga yang awal-awal lagi dah booking nak caesarean sebab tak berani nak rasa sakit lahirkan baby through vagina, padahal bukannya ada apa-apa complication pun. Even ada yang nak deliver at week 36, especially artis-artis barat, sebab nak minimize scars and wounds. Yelah, 2 minggu after delivery diorang dah start nak pakai bikini dan kembali aktif seks bebas. You ingat artis-artis barat tu genuine ke nak jadi ibu? Semua nak glamour aje, nak jual gambar anak, padahal bukannya rasa sakit bersalin, anak-anak pun actually nanny yang jaga 24-7. Tapi sebenarnya pregnancy itself is not an easy journey. So even though a mother langsung tak rasa sakit melahirkan anak, anaknya tetap wajib taat dan hormat pada ibu, because for 9 months ibunyalah yang menyediakan rahim dan membekalkan nutrients untuk dia membesar from single cell to a complete human being. Not to mention pasal morning sickness, sakit sana sini, hormonal changes, uncomfortable feelings, etc. Tak tahulah pulak kalau di abad akan datang, perempuan dah tak perlu mengandung, biakkan zuriat dalam special tank aje, macam dalam movie tu, nauzubillah…

   Personally I rasa bersyukur diberi nikmat oleh Allah untuk merasai betapa sakitnya melahirkan anak. Orang lelaki tak dapat nikmat tu, walaupun kalau ikut logiknya, kaum Adam ni diciptakan lebih kuat fizikalnya. Dan tak semua perempuan dapat merasa nikmat tu. Memang tersangat sakit, tapi tak pernah lagi I rasa serik, fobia dan trauma. Masa bersalinkan Imah, I bodoh lagi, I didn’t know what it was all about, what to expect, what I was going through. Memang bertanya pada orang lebih tua, baca buku-buku, but when you are in the real situation, it is a different story. I was given epidural after 3 days of strong contractions, doctor takut I dah tak larat nak tanggung all the pain and nanti tak cukup tenaga untuk push. Shame to admit, masa tu I tak tahu epidural tu apa. Yelah, pembacaan I semua pasal natural birth, tak pernah terfikir nak bedah or bius-bius ni. So sepanjang in labor room tu, memang tak rasa apa-apa, kebas dari perut sampai hujung kaki, I even couldn’t move my toes. Sesekali doctor datang, dia pegang perut I, dia cakap dah full contraction, 100%, just wait until full dilation. But of course I didn’t feel anything. Tiba masa jalan dah buka sepenuhnya, doctor suruh push. Seriously I didn’t know what to do. For almost two hours I pushed tanpa arah tujuan, pushed dengan cara yang tak betul. Sampailah I dah boring, rasa macam nak give up sebab I tak tahu apa yang I nak capai. Akhirnya sorang doctor ni suruh hentikan epidural, seboleh-bolehnya dah sampai up to that point, dia tak nak perform C-section, kepala baby pun dah boleh nampak. Lepas takde epidural tu baru terasa sakit yang menggila, baru dapat push in a correct way because the pain had induced you to react. A few minutes lepas tu Imah pun lahir.

   Mengambil pengajaran from my first delivery, masa bersalinkan Amjah, Zara and Adham, I totally refused to take epidural right from the beginning. It is common now, especially if you bersalin kat private hospital, have unlimited medical insurance coverage, or bersalin kat government and the nurses tengok profile that your husband is an executive, normally diorang akan offer epidural. I terbaca, only 20% mothers in US yang tak nak epidural, it is quite rare now kalau request nak complete natural birth without pain management. I lagi sanggup tanggung sakit berjam-jam menghadapi contractions yang menggila and treasure the amazing processes of labor sebagaimana yang Allah tetapkan. Kesakitan itulah yang menguatkan semangat I untuk push dan push dan push. Kesakitan itulah yang buatkan I dekat dengan Allah dan menginsafi dosa-dosa. Kesakitan itulah yang membuatkan proses kelahiran anak kita lebih dihayati dan disyukuri. I percaya, setiap anak ada haknya yang mesti ditunaikan. Kesakitan melahirkan oleh si ibu adalah hak anak ke atas ibunya untuk dia menghirup udara pertama di bumi Allah. Dan sebagai ibu, I am willing with my open heart untuk menyempurnakan hak itu. Sebab tu I hairan, sometimes tengok cerita orang bersalin kat tv, especially non-Muslims, dek kerana sakit sangat nak bersalin, mulut dia sampai menyumpah seranah baby dalam perut, sampai kutuk Tuhan, sampai mencarut-carut.

   Tak tahu apa pandangan ibu-ibu lain. Tapi pada I, sakit bersalin tu yang paling sakit ialah masa contractions. Rezeki masing-masing la berapa jam alami contractions. Even the same mother pun tak sama tempoh contractions antara anak-anaknya. Like me, Imah tu sampai 3 hari strong contractions, masa Amjah 4 jam, Zara 3 jam dan Adham 5 jam. Masa Imah, the contractions were induced, sebab tu tah hapa-hapa, sakit macam dah dekat nak mati, but still not in labor. Doctors in government hospital, diorang masukkan ubat untuk induce, lepas tu tak follow up, sampai la tukar next shift. Next shift tambah ubat lagi, lepas tu tinggal I terkapai-kapai untuk the following shift pulak, macam hampas! Masa Amjah pun induced labor juga, tapi kat private hospital, so I was closely monitored hour to hour, tu sebab it took 4 hours aje. I seboleh-bolehnya tak prefer induce labor with Pitocin, Prostin, what so ever tu. I dah pernah rasa normal contractions ikut hukum alam masa bersalinkan Zara. Doctor cuma pecahkan air ketuban dan biar natural processes took place. Kalau you dah pernah rasa contractions yang induced dengan contractions yang natural, memang terasa bezanya. Kalau induced, sakit tu macam takde interval, sepanjang-panjang sakit, sampai you tak tahu macam mana nak curi masa untuk tarik nafas, nak ubah posisi baring pun tak terdaya. Kalau yang natural, at least lepas sakit menggila selama seminit, ada interval 10 seconds untuk you bertenang, before it starts again. Having contractions without epidural is the true challenge in giving birth. Masa tu you only focus on yourself, sekitar bilik dah jadi blur, orang-orang sekeliling dah tak penting. Even if your husband tries to ease your pain pun, it doesn’t help, sometimes rasa lagi semak kalau orang dok pegang-pegang kita. Cuma I found it really helping bila dengar Abang baca Al-Qur’an kat tepi katil masa I tengah bertarung nyawa menahan sakit. At least kita terasa ada pergantungan dengan Allah. Waktu tu, nak baca selawat, zikir semua tu dah tak terucap oleh lidah, setakat terbayang dalam fikiran dan terdetik dalam hati aje. Memang takut kalau Allah ambil nyawa kita, di saat kita masih belum bersedia. Masa tulah nak insaf.

   Sakit melahirkan anak memang berbaloi, lebih-lebih lagi bila baby dah keluar dan terdengar tangisan pertamanya. The very first meeting with the newborn, dengan merah-merah darah, bila nurse letak atas dada kita, that moment memang akan terakam dalam memory sampai bila-bila. Yes, people around us sangat happy, tapi takkan sama dengan kegembiraan yang seorang ibu rasa. Setelah 9 bulan dikandung ke sana sini, hanya ibu yang faham perasaan dapat memegang baby dalam pelukannya. Anak yang lahir hasil kasih sayang antara ibu dan ayahnya. Lahir dengan sejuta harapan dan janji ibu ayah untuk membesarkan dan mendidik sebaiknya. Sometimes I wonder, berbaloikah perempuan-perempuan yang bersusah-payah mengandung dan melahirkan anak luar nikah? Tugas mengandung dan melahirkan bukannya mudah. Tetapi tugas itu mulia. Tercalarkah kemuliaan itu bila anak yang susah-payah dilahirkan tu terhasil dari benih yang haram? Put aside kisah rogol tanpa kerelaan. I bercakap tentang perempuan-perempuan rosak akhlak yang merelakan dirinya ke lembah zina. Tidak cukupkah sakit perit mengandung dan melahirkan anak luar nikah itu menjadi pengajaran yang menginsafkan dan membawa mereka kembali kepada Tuhan? My sister who has just graduated from medical school pernah beritahu, masa dia sembang dengan nurses kat wad bersalin, macam-macam kes terdengar. Ada sorang minah ni datang nak bersalinkan anak luar nikahnya yang ketiga! Ada pulak yang datang bersalin bertemankan pasangan suami isteri yang dah ready nak ambil baby dia jadi anak angkat, she even didn’t want to meet her newborn. Ada yang bersalin sambil menyumpah seranah lelaki yang membuntingkan dia. Believe or not, dalam seminggu ada berbelas-belas kes anak luar nikah dilahirkan in that hospital! Astaghfirullah! I rasa, for those women, bukan lagi satu kemuliaan pada diri mereka sungguhpun mereka menempuh sakit perit proses melahirkan anak. Sakit mengandung, sakit contractions, sakit ketika push, sakit lepas bersalin, etc, dengan sebanyak-banyak pahala yang Allah anugerahkan pada golongan ibu dan sebanyak-banyak ruang penghapus dosa, semua tu masih belum cukup untuk menginsafkan, barangkali begitulah…

Air


   Nak mendidih betul jiwa, bangun pagi ni, air kat sinki dapur takde, bermakna kat rumah takde air lagi hari ni. Semalam dah jadi dah. Sepanjang hari kami terpaksa keluar rumah, pergi kenduri kahwin, lepak kat masjid, makan-makan, bawa anak-anak main kat beach. Dah siap mandi petang di tandas awam, baru balik rumah. I memang tak tahan kalau rumah takde air, serabut aje kepala memikirkan anak-anak yang tak habis-habis kencing berak, nak susu, basuh pinggan mangkuk, etc. Mujur malamnya dah ada air, itupun slow, mungkin sementara nak penuh tangki rumah penduduk kat taman ni. Abang and I memang bising juga, kalau ye pun JBA nak buat kerja, apasal la pilih hari Sabtu? Hari orang nak bermalas-malas bercuti di rumah, nak masak special, nak basuh kereta, nak basuh baju, semua tu. Bodoh sangat ke diorang sampai tak boleh fikir? Dah la tak bagi notis apa-apa. Tapi semalam boleh control perasaan lagi, mungkin something unforeseen had happened.

   Alih-alih hari ni jadi lagi. Memang menggelegak perasaan I! I admit, I am a heavy user kalau bab-bab air ni. Bil air RM30+ a month tu perkara biasa. First, sebab I ada ramai anak kecil, faham-faham sajalah. Second, sebab I agak was-was kalau bab-bab najis dan bersuci ni, I akan basuh sampai puas hati hilang bau, warna dan rasa. Third, sebab I tak suka bau sabun, basuh pinggan kena bersih-bersih sampai takde traces of sabun. Fourth, baik I, baik Abang, baik anak-anak, semua suka menyalin baju, so washing machine tu memang hari-hari kena berputar. And finally, I memang suka mandi lama-lama, it is my way to relax and release tension, sambil berfikir dan menerawang. Jadi bila air takde, I tak boleh hidup dengan lapang, aman dan smooth as it always uses to be. Semua nak kena catu, semua nak kena buat lebih kurang, semua nak berkira-kira, takut air kat tank habis. Kita yang dewasa ni boleh control, boleh tahan tak mandi, tapi anak-anak bukannya boleh tahan kencing berak.

   So I called JBA Pahang. JBA salahkan TNB, sebab katanya power supply kat tangki besar failed. Semalam TNB dah repaired, JBA dah salurkan semula air, alih-alih pagi ni rosak balik. So JBA kata, salah TNB, kena tunggu la TNB buat kerja. Takde jaminan bila kerja-kerja tu boleh siap, mungkin petang, mungkin tengah malam. Wah, hot sungguh I bila jabatan ni suka salahkan jabatan lain, orang ni suka salahkan orang lain, untuk melepaskan diri, seolah-olah dia takde tanggung jawab apa-apa. I tanya officer tu, habis tu, hari ni rosak, esok rosak, minggu depan rosak, macam mana cara diorang buat kerja, macam mana diorang buat routine maintainance, dan apa back up plan yang diorang ada? Konon bila bekalan air diswastakan, boleh improve perkhidmatan, lepas tu company asyik demand kat kerajaan negeri nak naik tarif air, tapi service macam hampas! Kalau maintainance ikut procedure and schedule, takdelah dua bulan sekali tangki asyik problem. Response time pulak sangat lembab, seolah-olah baru sehari dua diorang buat kerja ni. This is not the first time. Dan diorang macam takde post mortem lepas kejadian sebelum ni. Dah pernah jadi a few years ago, sampai straight dekat 2 minggu takde air setitik pun! Only on the fourth day datang lori hantar air, tu pun lepas puas penduduk sumpah seranah, sampai wakil rakyat masuk campur. Masa tu JBA bagi alasan, semua pam kat tangki besar meletup, kena order spare parts from somewhere, and the delivery would take a few days. Kami pun bersabar, tapi memang tak faham, macam mana kalau ada 5 pam, lima-lima boleh meletup, dan diorang takde back up langsung! After a few days, air masih takde. Kali ni JBA bagi alasan bangang, spare parts yang diorang order tersilap order dan tak match dengan tangki. Apakah engineers and technicians diorang tersangat bodoh sampaikan kesilapan macam tu boleh berlaku, di ketika orang dah seminggu mandi kerbau dan makan kat luar, and even ada yang ambil cuti lari balik kampung?!!

   I dah pernah merasa hidup kat macam-macam negeri. Isu air ni kat mana-mana negeri pun rasanya sama aje. Mungkin I boleh puji negeri Perak, I pernah duduk setahun lebih di Tronoh. Kalau JBA nak buat kerja dan ada gangguan bekalan air, a week before mesti kitorang dapat notice dulu, so dah prepare simpan air banyak-banyak. Kalau tak dapat notice pun, maybe sebab berlaku perkara yang tak dijangka, if I called JBA, diorang boleh bagi estimated time bila kerja-kerja tu akan selesai, usually reliable, so I boleh plan. Air kat Kelantan, memang “cantik” colour dia, boleh jadi oren warna baju sekolah yang sepatutnya putih. 6 tahun I duduk kat Kota Bharu, memang macam tulah warna air dia, agaknya orang atasan JBA Kelantan memang suka warna oren kot. Sebab tu kalau you pergi Kelantan, even kat taman perumahan pun orang akan korek telaga tiub depan rumah. Di Kedah, sorry to say, kakitangan JBA dia ada minda kelas ketiga. Bukan nak generalize, but at least macam tulah sikap officers yang menjawab telefon di talian aduan perkhidmatan diorang. Bila I mentioned I duduk kat Merbok, mungkin dia ingat I ni orang kampung bodoh yang tak cerdik. Setahun setengah I duduk kat situ, toksah cerita la berapa kali bekalan air terganggu. Sampaikan officers yang angkat telefon dah kenal suara I, boleh dia cakap, “Masalahnya kak, akak sorang aje yang asyik telefon kami, penduduk lain tak bising pun!” Wah, sebab orang lain tak bising, tu yang diorang buat kerja sambil lewa tu! Sudahnya I cakap kat dia, “Baik, lepas ni kalau terganggu lagi bekalan air kat rumah saya, saya dah takkan call JBA, saya terus pergi pejabat wakil rakyat! Wakil rakyat kat sini dah tukar tau!” Memang bengang, I even sampai pergi cari pejabat wakil rakyat dan dah plan nak panggil reporter. I dapat maklumat, banyak projek perumahan yang baru dibangunkan kat situ diluluskan masa pemerintahan terdahulu, diberi kepada kroni, walaupun ada masalah, termasuklah water supply yang mungkin tak cukup untuk cater all the neighbourhoods.

   Yang kat negeri-negeri lain pulak, masalah paling popular sekali ialah air yang berbau. Agaknya klorin turun harga, tu yang diorang campak sebanyak-banyak klorin tu. Even selepas dimasak, terasa macam minum campuran kimia kat lab. Bab keladak, toksah hurai la, try buat experiment sendiri. I pun tak tahulah apa kesan jangka panjang kat penduduk Malaysia twenty years from now. No wonder la companies yang jual alat penapis air tu boleh untung juta-juta. My friends yang join MLM jual benda tu pun sampai boleh dapat bonus bercuti ke luar negara sebab jualan memberangsangkan. Susah apa, you takut-takutkan orang pasal bahaya minum air paip, walaupun yang dah dimasak, tunjuklah gambar-gambar experiment, sure orang gelabah dan beli penapis air tu. Even my mother in law yang ada allergic, ada orang recommended bukan setakat minum, tapi suruh mandi dengan air bertapis tu! Agaknya JBA yang bekalkan air tak berkualiti tu dapat share tak from these companies?

   Kalau duduk kat kampung, takde air kat paip aje, pergi la tepi sungai, atau ambil aje air telaga. Like Abang’s grandmother, sampai sekarang masih pakai air telaga. Tapi kita yang duduk kat bandar ni, nak pergi mana cari air? Bila air takde, unexpected expenses pun meningkat. Kena makan kat luar, kena bazir minyak kereta angkut tong pergi cari air, ada my neighbours sampai sewa hotel, yang lari balik kampung pun ada. JBA buat kerja macam hampas, just imagine berapa banyak kerugian yang pengguna terpaksa tanggung? Lebih-lebih lagi peniaga makanan, yang mungkin tak dapat buka kedai sebab air takde. Yang tu kerugian boleh ditaksir, bab-bab perasaan tak selesa, siapa yang nak bayar ganti rugi? Macam yang I dok rasa ni. In my condition now, the urge to urinate memanjang aje datang. Macam manalah agaknya perempuan yang tengah period? Orang sakit? Budak-budak kecil? Hish… kalau kat barat, senang-senang aje penduduk failkan saman kat company yang uruskan air ni if the service is not satisfying. Kat Malaysia ni, kita bising kat mulut aje, siapa la sanggup susah payah buang masa dan duit bawa kes ke mahkamah?