speaks her mind…

GPA 3.87, CGPA 3.93


   As promised, I will announce my final semester result in my blog. Memang tension setelah berpuluh-puluh kali checked dalam UiTM student’s portal, asyik tak jumpa rekod aje. Konon-kononnya result keluar 22nd May, takde pun, then 11th June, pun takde juga. Nasib baik la I ada internet kat rumah, tu pun jenuh asyik connect disconnect. My friends berkali-kali ulang pergi cyber cafe, hampa memanjang, menyusahkan orang betul. Kot ye pun ada masalah teknikal, susah sangat ke diorang nak inform dalam portal? Memang terasa lancar aje mulut ni nak mengutuk sistem komputer UiTM ni, tapi nanti tak berkat pulak I menuntut ilmu kat situ. Jangan jadi macam universiti APEX yang satu kat Penang tu dah la, buat gelak dek orang aje sebab kesilapan teknikal yang kononnya disifatkan kesilapan kecil. Zaman teknologi ni orang dah tak boleh terima kalau buat kerja lembab, tak efisyen, tak produktif… dah, dah… I kalau mengutuk orang memang extreme, so baik noktahkan saja. Result pun dah dapat, after I called HEA. Bengang betul, rupa-rupanya my batch dah boleh check result since last week lagi through phone call, tak payah tunggu portal. Apasal la diorang tak beritahu awal-awal? Sakit jiwa tau menunggu result ni, nak bercuti pun dah takde mood.

   Daripada mulut ni menuturkan bahasa biadab, lebih baiklah I memanjatkan berbanyak-banyak syukur ke hadrat Allah SWT. Alhamdulillah, my results are as followed… English BEL 332 dapat A, yang ni 100% course work, ada debate, ada forum, ada individual speech. English BEL 342 dapat A, academic writing, paper yang sangat susah dan cerewet. Introduction to Law III dapat B+, paper ni la killer subject untuk budak-budak pre-law. Contemporary Global Issues dapat A, subject yang menuntut you baca newspapers hari-hari dan ambil tahu pasal apa yang berlaku di seluruh dunia. And lastly, Economic Issues and Problems dapat A, I pun tak tahu apasal budak-budak law kena belajar ekonomi, mula-mula belajar dengan penuh tak minat, but at the end I enjoyed myself pulak. So my GPA is 3.87, total CGPA is 3.93. Last semester dapat 4.0 flat, maka result kali ni kira jatuh banyak la juga.

   And this is the first time I dapat B+ sepanjang bergelar pre-law student. Out of 15 subjects sepanjang three semesters doing foundation ni, ada 2 subjects I got A+, 11 subjects I got A, sekali dapat A-, and Law III is the only one yang mencacatkan rekod. Cacat? Oh, jangan jadi hamba yang tak bersyukur! My performance masa jawab paper ni dalam final exam hari tu sangat buruk dan teruk, I even thought that kalau dapat C+ pun dah nasib baik sangat-sangat. That paper is really tough! The previous batch, ada tiga puluh orang lebih kena repeat subject tu. Dengar cerita, for my batch, ada belas-belas orang kena repeat that paper, and that means extra one semester in Kedah, tak lepas pergi Shah Alam. Oh, yes! Ada aje students yang berjaya dapat result better than mine. Speculation is high as for now masing-masing sibuk tanya result orang lain. Sesusah-susah paper tu, ada one student dapat A, and one student dapat A-. Memang salute la kat diorang! Everybody knows how hard that paper is, and if you managed to score, surely you deserve respect and salutation!

   Dapat tahu aje result, benda pertama I buat ialah informed kat my parents, parents in law and siblings. I am proud to prove to my own parents that my decision to further studies bukan sekadar melepas batuk di tangga, because they were quite skeptical at first. I am happy to make my parents in law feel proud, since they are the ones who strongly support me right from the beginning. I nak jadi contoh yang baik kat adik-adik, dan tak mahu ketinggalan mengikut langkah-langkah kejayaan my two elder brothers. I juga tak mahu mensia-siakan pengorbanan orang-orang yang I kasihi. Especially my children, betapa diorang terpaksa hidup di perantauan with me, so far away from their beloved father, semata-mata sebab Ibu diorang gila nak mengejar segulung ijazah. I juga ada cita-cita dan matlamat yang ingin I capai dalam hidup ni, no matter how hard they would be, I pray to Allah that I will never lose the courage and strength inside me to achieve them.

   Husband? Hmm… I dah cakap kat Abang sejak malam tadi, result keluar hari ni, kalau Abang nak tahu, Abang has to call me from his office. As predicted, menelefon isteri dari tempat kerja adalah perkara ajaib yang boleh Abang lakukan, atau dengan bahasa mudahnya, susah sekali untuk Abang laksanakan. Dulu-dulu masa baru kahwin, kecil hati juga. Tapi bila dah lama-lama ni, tak payahlah nak mengada-ngada sangat. Knowing him, Abang sangat komited dengan kerjanya, sampaikan kawan-kawan Abang cakap, “For Hatta, everyday is Monday!” Lepas punch card masuk kerja sampai la punch card nak balik, Abang akan buat kerja macam la esok dah tak boleh nak sambung. If I call Abang kat office, no guarantee that Abang will return my call. I tak tahu tentang pasangan lain, but for us, sometimes good news or even bad news, normal routine or even emergency case, takdelah kami terasa yang pasangan wajib menjadi orang pertama yang tahu. No hard feelings. Bukannya tak boleh cakap masa lain.

   Shah Alam, here I come! Dengan sederet anak-anakku yang masih kecil, bakal memulakan hidup baru di tempat baru. My seniors yang dah already in Shah Alam bagi warning, life in Shah Alam is not as easy and peaceful as in Kedah. Tougher life, tougher challenge, and tougher subjects, of course. I tak memikirkan sangat how would I cope, kita dah dewasa, kita pandai menyesuaikan diri. I am quite worried about my children, macam manalah agaknya nanti. Next year Imah dah masuk darjah 1, kena cari sekolah rendah untuk dia. Next year juga Zara dah masuk tadika. It is another big milestone for both of them. Hidup kat kota metropolitan, tak tahulah macam mana pengaruhnya pada perkembangan anak-anak. Abang and I share the same opinion, tak suka dan tak mahu besarkan anak-anak kat bandar besar. Kuantan dah cukup elok. But for the next few years, itulah yang terpaksa kami dan anak-anak hadapi. Cepatlah masa berjalan, cepatlah habis degree…

Small


   Dah 3 kali two different obstetricians confirmed this, my fifth baby might be born small in size. Last night I went for my 34th week of pregnancy antenatal check up. The baby’s estimated weight is only around 1.8 kg now, which is quite small with the fact that I am approaching my due date in a month. Doctor cakap, by now the baby will increase weight about 200 grams per week. So katalah I terbersalin awal, at week 36 ke, the baby might probably be born under 2.5 kg. But still the doctor is optimist, nak monitor perkembangan until I reach full term. Dr Mokhtar cakap, usually baby boy akan lahir lebih berat sikit dari estimated weight. Estimated weight ni diperoleh daripada ukuran tulang peha baby, saiz kepala baby, etc yang diperoleh masa ultrasound. So I guess tulang peha my baby ni pendek la kot, tu yang estimated weight dia jadi ringan tu.

   I tanya doctor, macam mana baby boleh jadi small? Doctor cakap, ada 3 possibilities, sama ada I gave wrong date of my last menses, or baby ni memang small in size because of genetic, or ada masalah kesihatan lain pada baby. Sebab pertama tu, can be discarded because I am very sure about the date. Sebab ketiga, doctor dah ketepikan kemungkinan tu, because based on ultrasound, the baby is doing well, all the organs are functioning well and no sign of any health problem on both baby and me. Maka tinggallah sebab kedua, genetic. Hmm… yelah tu kot, because I am small in size. Height 149 cm, and weight 45 kg before pregnancy, what can you say? Tapi yang peliknya, anak-anak I sebelum ni takde pun masalah tu. Imah was born 2.95 kg, Amjah 3.06 kg, Zara 3.43 kg and Adham 2.6 kg. Adham tu special case because he was born at week 36, yang lain-lain tu semua full term. Masa I beritahu orang yang Zara was born 3.43 kg, semua terkejut, sebab perut I masa tu taklah besar mana pun. In fact during all pregnancies, memang perut I tak besar mana, siap boleh tidur meniarap lagi masa mengandung 7 bulan!

   Yes, I am small. Sejak tadika sampai la SPM, kalau beratur masa perhimpunan, memang muka I la kat depan sekali. Sesekali ada kawan yang shorter than me, merasalah I duduk kat row kedua or ketiga, boleh la nak bersembang or tidur sambil cikgu bercakap kat depan. Sampai la masuk U pun, I never sit on second or third row, sebab nanti I bukannya nampak monitor or white board kat depan, asyik nampak kepala orang aje. Hmm… untuk kawan-kawan UiTM, now you know kan kenapa Kak Asiah sentiasa duduk paling depan? Bukanlah sebab I ni nerd sangat nak menghadap muka lecturers sambil menumpukan perhatian sepenuh jiwa raga, it is just that I tak suka tengok kepala orang. Dari kecil sampai besar dah terbiasa tak tengok kepala orang, huahuahua…

   Masa I start bercinta dengan Abang, I was only 13. Tak pernah dating, okay! Masing-masing tengok dari jauh aje, sambil menjeling-jeling dan tersenyum-senyum, faham-faham sendiri aje la. Itu saja cara kami berkomunikasi, sebab tu takde siapa boleh hidu our relationship. Kena la jaga imej kan, imej budak baik, pehhh! Bila kitorang kahwin, kawan-kawan satu sekolah semua terkejut gila, sejak bila pulak minah dengan mamat ni bercinta. When I was 14, I blah from that school sebab tak tahan hidup kat boarding school yang banyak sangat rules dan menyampah kat seniors yang perasan bagus dan suka-suka hati menambah-nambah rules yang dah sedia banyak. So Abang and I bercinta jarak jauh, sampai la ke saat kami kahwin. Sepanjang tempoh itu, percaya tak, issues like height and weight ni selalu merunsingkan I. Maklumlah, tak pernah bersua muka, I hanya mengenali hati budi Abang melalui surat-surat, emails and phone calls. I selalu tanya Abang, tinggi awak berapa, berat awak berapa, from time to time. I worried a lot pasal tu, lebih-lebih lagi bila Abang cakap, tinggi dia 170 cm and berat dia 70+ kg. Hah?!!! Langsung tak padan dengan I yang petite ni!

   Menjadi orang yang small, memang selalu rasa rendah diri. Zaman sekolah rendah, kawan-kawan semua pakat masuk taekwondo, I langsung tak berminat. First, sebab I nak claim yang I ni feminine. Second, because I was small, tak daya rasanya nak terajang-terajang orang ni. Sometimes budak-budak lelaki yang nakal-nakal tu, suka ejek I, memang malu. I digelar ketot la, bantut la. Tapi lama-lama, I dah immune. Masuk sekolah menengah, dah ada pakwe. Bila kita kecil sangat, buruk rasanya kalau dapat pakwe yang besar sangat. Tapi Abang tak la besar sangat, okay! Zaman sekolah menengah adalah zaman remaja yang mana kita sibuk mencari identiti diri, kita suka compare diri kita dengan orang lain, suka melihat kelebihan orang lain dan kelemahan diri sendiri, lepas tu suka bertanya-tanya dan berharap-harap. Kenapa la aku tak cantik macam dia, kenapa la aku tak popular macam dia, kenapa la kulit aku tak putih, etc. I ingat lagi, ada satu fasa dalam hidup I ni, rasanya when I was 16, hari-hari I pergi exercise, kononnya nak meningkatkan ketinggian dan menambah berat badan. But after a few months, takde perubahan langsung, so I hilang motivasi, I quit. Terima ajelah seadanya apa yang Tuhan beri. When I was 19, I kena gangguan mahkluk halus. Masa tu I makan banyak gila, sampaikan my sister kutuk I, tak padan dengan kecil, makan lahap semacam. Tapi I langsung tak gemuk-gemuk, memang maintain aje kat berat 45 kg tu. Bila I pergi berubat, baru I tahu, semua makanan tu sebenarnya jadi makanan jin dalam badan I, tu sebab tak tambah-tambah berat badan tu.

   Masa I baru-baru kahwin dengan Abang, bila orang bertanya, isteri Hatta macam mana rupanya, my mother in law suka described me like this, “Mak ni macam Ogy Ahmad Daud, Asiah pulak macam Sheila Majid…” Hmm… nasib baiklah my mother in law pun rupa-rupanya small in size, but not as small as me la. Baru I tahu, taste Abang kat perempuan yang petite, hehehe. Sebab sesekali Abang terlepas cakap mengutuk perempuan yang berbadan besar, lepas tu Abang akan kata, “Nasib baik la Atin ni comel…” I guess, most lelaki yang rapat dengan ibunya akan cenderung untuk mencari calon isteri yang lebih kurang macam mak dia juga. Mungkin dari segi features, mungkin dari segi akhlak, mungkin dari segi kerjaya, etc. Cehhh, buang masa aje selama ni I dok susah hati about my body size, apasal la Abang tak cakap awal-awal.

   Bila dah dewasa, baru I rasa betapa seronoknya menjadi orang yang small. Pregnancy after pregnancy, I tak increase weight pun, tak gemuk, tak gedabak. Padahal I bukannya berpantang betul-betul, bengkung pun pakai tak consistent dan tak ikhlas aje. Rekod yang paling best, before mengandungkan Imah 45 kg, masa nak bersalin 56 kg, sehari lepas bersalin 46 kg. Sesenang itu berat I turun! Tapi anak-anak seterusnya, taklah secepat itu, cuma still I tak gemuk-gemuk. Bila tengok I, ramai yang tak percaya I mampu delivered all my 4 babies secara normal. Dan mampu menyusu badan secara eksklusif. Tapi ada juga keburukannya kalau kita small sangat. Umur anak baru masuk 6, 7 bulan, I dah tak larat nak dukung. Kalau pergi jalan-jalan, memang kena dependent kat stroller. Start aje my baby dah pandai jalan, sorry la Ibu dia nak dukung-dukung, jalan sendiri! Or sudah tentu Abang yang kena dukung. Bila anak dah besar sikit ni, I tak larat nak main ganas-ganas dengan diorang. Amjah tu, time dia nak jadi Ultraman, takut I dibuatnya, sekali Amjah debuk I, sampai ke tulang rasanya. Oh, bercakap pasal Amjah, Amjah is not small in size like his mother. At 4, berat Amjah dah 19 kg! I dulu, darjah 1 pun baru 18 kg tau.

   Sekarang ni, I berdoa banyak-banyak, janganlah terbersalin awal. Biarlah baby dalam perut ni besar sikit lagi. Kalau tambah 200 gm per week, if I manage to reach full term, takdelah baby ringan sangat masa lahir nanti. I harap baby ni small bukan sebab genetic, tapi sebab I was so stressed being in my final semester in Kedah. Memang tension, with tough subjects, fussy lecturers, assignments yang bersusun-susun, and… entah macam I boleh ter involved dalam conflicts in my batch. Bosan rasanya bila timbul perasaan tak suka kat itu ini. I tanya Dr Mokhtar, agak-agak kalau I makan banyak-banyak, baby ni boleh jadi besar tak? Doctor cakap, tak betul, sebab baby will grow accordingly, kalau makan overdose of vitamins pun, nanti dikumuhkan juga, so no point. Takpelah, asalkan baby sihat, sempurna, cerdas, semua yang baik-baik, itu pun dah patut syukur banyak-banyak.

Nurses in government hospital


   I ada dua kali pengalaman bersalin di government hospital, dua kali di private. Bersalinkan Imah di government hospital di Kelantan. Sebab masa tu Abang was still a student, mana ada duit nak pergi private. Even though my father nak sponsor, but we refused, kena sedar diri la kan. Bersalinkan Zara pulak di government hospital di Terengganu. Walaupun masa tu Abang dah kerja Petronas and we have unlimited coverage for medical expenses, tapi waktu tu I dah determined nak lahirkan anak-anak kat macam-macam negeri, memang bengong betul perancangan hidup I, hihihi. Since Amjah dah lahir kat Pahang, so the next destination was Terengganu, at that time Terengganu takde private hospital lagi. I would not mention here which government hospitals I pergi, because this entry is meant untuk mengumpat nurses kat government hospital, based on my first hand experiences.

   Masa bersalinkan Imah, I was warded for almost two months, because I had abnormal bleeding at week 28. Masuk hospital just for monitoring, I was not in labor pun, and the bleeding did not cause any pain. Memang banyak gila pengalaman sepanjang 2 bulan di hospital kerajaan, cukup modal nak tulis buku kalau nak condemn service kat government hospital ni. Masa Zara pulak, I did not have any complication, bersalin mudah, dah lepas bersalin I bising minta nak discharge sebab lemas duduk kat ward lama-lama. I pun tak tahu kenapa doctors and nurses yang kononnya masuk bidang perubatan untuk berbakti pada masyarakat, but they end up working separuh hati, hanya pergi kerja mengharapkan gaji hujung bulan dan elaun OT. Mungkin sebab gaji yang diorang terima tak setimpal dengan beban tugas yang menimbun kat government hospital. I tak generalize all government doctors and nurses begitu, ada yang bagus, hebat, komited and prihatin kat patients, diorang memang work with full passion and commitment, sampaikan buat kita terharu. Tapi sangat ramai yang buatkan patients rasa serik nak ke hospital tu lagi. Dah jadi perkara biasa kalau lepas dapat service kat government hospital, kita balik dengan sumpah seranah dalam hati dan umpat keji sesama kawan-kawan.

   Sampai sekarang I tak boleh lupa macam mana nurses layan I masa nak bersalinkan Imah. Yelah, diorang tengok buku mengandung, my education level setakat SPM, husband hanyalah seorang student, and both parents were government servants, kira taraf orang biasa la, tak perlu respect agaknya. Memang different sangat kalau compare cara diorang treated ibu-ibu mengandung yang posses degree or pegang jawatan tinggi or isteri orang besar, berbanding pregnant mothers orang biasa-biasa. I berkawan dengan semua orang masa hidup berminggu-minggu kat ward. Ada orang biasa, ada isteri muda seorang Dato’, ada PTD, ada orang asli, ada orang kampung, macam-macam orang, maklumlah, government hospital. Masa I nak bersalinkan Zara, bila diorang tengok buku mengandung, tercatat that my husband works in Petronas, boleh nampak lainnya cara diorang treated I. Bercakap kat katil sebelah lain tone dia, bila datang katil I, lain pulak tone dia, dengan senyum lebar muka manis lagi.

   Masa kat ward time mengandungkan Imah, sesekali Abang datang visited me. Isteri tengah sarat mengandung, pulak tu lama ditinggalkan kat ward sorang-sorang, of course la husband datang nak legakan perasaan isteri, bergurau lebih kurang, urut-urut sikit. I tak rasa pun perbuatan tu kurang sopan, biasa la setakat pegang tangan isteri dan usap perut. Bila Abang balik, ada sorang nurse ni datang kat I, dia marah-marah sebab I mesra dengan Abang depan nurses. I pun tak faham apasal dia jealous sangat. The next time Abang visited me, I tarik curtain supaya tutup katil, so that nurse yang bengkek tu tak nampak kitorang. Bila Abang balik, dia marah lagi, dia cakap tak boleh tutup curtain sebab kalau jadi apa-apa, nanti nurses tak perasan. Heh… kalau jadi apa-apa, I terjatuh katil ke, dah sah-sah waktu tu Abang was with me, of course la Abang boleh ask for help. Masa I tengah sakit contraction gila-gila kat ward, nurse yang sama datang kat katil I, dia pandang remeh tentang sakit I, kononnya biasa la tu sakit macam tu, sikit aje, takde apa-apa, kepala hotak dia! Masa tu I baru tahu yang nurse tu belum kahwin lagi. Padan la dia bengang tengok Abang berkasih mesra dengan I, padan la dia bangang sangat ingat contraction tu sakit ringan-ringan.

   Have I told you, kalau I bengang dengan seseorang, I akan balas balik dengan cara yang paling memuaskan hati. Berminggu-minggu nurse tu kenakan I, almost everyday ada-ada aje isunya. Sampaikan I sembahyang pun dia nak check pukul berapa. I rasa dia target kat I sebab I paling muda kat ward tu, ibu-ibu lain semua lebih tua dari dia, tak berani la dia nak buli. Sampai satu masa, my father discovered that ketua department O & G  kat situ was my father’s junior masa kat Royal Military College dulu. Budak-budak RMC ni possess an extra ordinary amazing and strong sense of brotherhood, even though decades after leaving the school. Pantang ex-RMC minta tolong, by hook or by crook diorang akan tolong. My father contacted doctor tu at 4 am in the morning! Esok pagi at 7 am, tiba-tiba the whole ward kelam kabut, nurses and doctors berlari-lari ke sini-sana. Rupa-rupanya diorang punya ketua department bagi immediate notice nak datang ke ward. And guess what? My father’s friend tu masuk ward diiringi a few other doctors and nurses, terus menuju ke katil I, tengok my file and assigned me untuk terus dibawa ke labor room. Huh! Puas hati. Tahu tak, masa tu dah tiga hari berturut-turut I had strong contraction, berguling-guling atas katil, tapi baru buka 3 cm. Baik doctors mahupun nurses buat tak endah, asyik-asyik bagi Prostin kononnya nak cepatkan buka jalan, lepas tu suruh I tidur, buat tak tahu, sampai la bertukar shift. Ibu-ibu lain kat sebelah katil bergilir-gilir urut my back, tapi nurses buat bodoh aje. Lepas checked my condition, my father’s friend tu keluar ward. Pakat berkerumun nurses kat katil I, semua nak tunjuk concern. Nurse yang selalu kenakan I tu la yang paling gelabah sekali. Masa tu semua takut, they asked me, macam mana I kenal Head of Department diorang. Takut I report la tu, boleh aje I kacau kenaikan pangkat atau gaji diorang, kalau la I nak balas dendam.

   Kononnya diorang dah banyak menghadap orang nak bersalin, nurses tu rasa diorang dah expert, tahu semua. Sometimes orang kat katil sebelah meraung-raung sakit, nurses ambil ringan aje. Ada sekali tu, boleh dia bagi alasan, semua nurses tengah sembahyang Maghrib, tunggu la sampai lepas Isyak. Sedangkan kakak tu dok mengerang sakit. 10 minutes later, dah boleh nampak kepala baby, ibu-ibu lain bising-bising, baru kelam kelibut nak usung kakak tu pergi labor room, itupun pakai wheel chair, tak tolak katil sebab takde nurse. Gila ke assigned sorang nurse aje waktu Maghrib? Orang nak bersalin bukan kira masa. Ada sekali tu pulak, kakak tu dah keluar air ketuban, tapi tak rasa sakit contraction lagi. Nurse tak monitor pun, tak bagi briefing pun, at least beritahulah perkara penting, jangan generalize semua orang kampung tu dungu. Sekali kakak tu cakap kat orang katil sebelah, air ketuban dia dah jadi warna hijau. Nasib baik la orang katil sebelah ada knowledge and experience, kalau dah jadi macam tu ada risiko baby dalam perut tertelan najis dia sendiri. Orang sebelah yang bagitahu nurse, baru nak usung kakak tu pergi labor room. Ada one incident tu, nurses bising-bising marahkan sorang ibu ni. Rupa-rupanya air ketuban dia pecah atas katil dalam ward, habis basah cadar, nurses tu bising sebab dia kena salinkan cadar malam-malam buta. Ingat kita boleh control ke bila air ketuban nak pecah?

   Nurses yang check bukaan jalan pun, sometimes mulut diorang memang kurang ajar. Kebanyakan ibu could not tolerate the pain masa examination tu. Boleh dia cakap, “Masa “buat”, tak ingat sakit, fikir sedap aje… sekarang tanggung la!” Apa punya bahasa nurses tu pakai, padahal umur dah macam nenek orang. Ada pulak nurses yang suka membebel bila tengok rekod ibu yang tiap-tiap tahun pregnant, bersalin anak rapat-rapat. Sampaikan hal bilik tidur pun diorang nak masuk campur, cakap tak berlapik, tanya hal dalam kelambu orang. Belum ambil kira nurses yang suka tegur patients macam buat announcement dalam dewan besar, kalau boleh nak bagi satu ward dengar suara dia. Jagalah aib orang. Sesetengah patients memang orang kampung, even ada orang asli pun, diorang tak tahu rules, sometimes tak perasan ini tak boleh buat, itu tak boleh buat. Nurses ni suka bagi alasan, penat buat kerja, tak larat nak melayan ramai sangat orang dengan macam-macam kerenah. Kalau macam tu, cari la profesion lain!

   Sepatutnya nurses lebih prihatin dengan keadaan pesakit, sebab hari-hari diorang buat kerja tu, diorang belajar benda tu secara theory and practical. Lepas bersalin, kalau kat government hospital, diharamkan bawa formula milk dan botol susu, sebab nak encourage penyusuan susu ibu. Baguslah, I sokong dasar tu. Masalahnya, maruah ibu yang menyusu kena jaga juga. Masa I bersalinkan Imah, satu ward tu ada 20 orang yang semuanya baru lepas bersalin. Nurses tak bagi tarik curtain, sebab takut kalau jadi apa-apa, nurses tak perasan nanti. Tapi cuba fikir bila tiba waktu melawat, para suami dan kaum keluarga penuh dalam ward. Kalau ada 20 katil ibu lepas bersalin, agak-agaknya berapa ramai lelaki dalam ward tu masa visiting hours? Belum campur mat-mat Bangla yang jadi cleaners, on and off ada dalam ward. Belum campur doktor lelaki, atendan lelaki, contractor yang repair hospital, etc. Wajibkan menyusu anak, tapi tak bagi privacy, memang free show aje kat dalam ward tu. Nasib baik I bawa tudung besar, boleh menyusu baby dalam tudung. Ada sesetengah ibu lepas bersalin sangat tak bermaya, yelah, daya tahan badan berbeza setiap orang. Nurses pulak limited in number, belum campur yang ada tapi macam takde, sibuk bersembang aje. Bukannya nak bantu ibu-ibu ni turun naik katil, nak pergi tandas, nak attend baby. Dah la toilet punya jauh, facility tak sesuai langsung untuk ibu lepas bersalin. I jumpa a few mothers yang terkoyak jahitan kat kemaluan sebab banyak sangat bergerak dalam ward, dah satu hal nak kena jahit balik. Yang first time mothers tak reti itu ini, nak menyusu anak tak pandai, nurses main lepaskan macam tu aje. Kononnya tak cukup masa nak attend semua orang, yang diorang dok berjual beli kuih raya boleh pulak. Sudahnya sesama ibu saling membantu, orang katil sebelah tolong orang sebelah, yang dah ada experience ajar new mothers, yang datang melawat pakat-pakat bantu.

   Satu benda yang I cukup tak approve bila nurses suka mengumpat sesama diorang kuat-kuat depan patients. Tak dinafikan, ada sesetengah nurses ni dah berpuluh tahun kerja, experience diorang lagi banyak berbanding new doctors yang baru graduate tengah buat housemanship. Tapi bila diorang asyik mengutuk young doctors ni, bayangkan bila those doctors datang nak treat patients, sudah tentu awal-awal lagi patients dah set mind bahawa doktor tu tak pandai, tak reti, tak competent, dek kerana mulut nurses tu. Ada juga I jumpa nurses yang suka cerita pasal patients kat orang lain. Walaupun tak sebut nama, tapi bila cerita tentang aib orang, tetap keji perbuatan tu. Mentang-mentanglah diorang nurses, boleh tengok sampai ke dalam kain. Apa faedahnya nak cerita pasal benda-benda buruk kat pesakit pada orang ramai? Sometimes cerita-cerita tu sangat lucah dan tak beradab. Bila I jumpa nurses macam ni, I akan elak bagi dia check I, takut-takut nanti I pulak jadi mangsa mulut dia seterusnya.

   This fifth delivery, I have not decided yet nak bersalin kat mana. Masa due date, I will already be in Shah Alam. Insya Allah plan nak bersalin kat different state pulak, tengoklah dulu, Selangor ke, KL, Negeri Sembilan or Melaka. Sampai masanya nanti, kalau dah tertakdir bersalin kat government hospital pun, tak kisahlah. Tapi my friend ada cakap, kalau kita ada kemudahan dan kemampuan pergi private, lebih baiklah tak payah menyemak kat government hospital tu. Betul juga, kesian kat doctors and nurses yang kerja government, makin tak sempat la diorang nak rawat pesakit elok-elok. Kesian kat orang yang tak mampu kalau orang yang mampu pergi private pun nak berebut dapatkan service kat government juga. I takdelah mengharapkan kemudahan 5-star ward. Cuma bila pergi private hospital, nurses dia lebih baik, lebih lembut, lebih sopan-santun dengan patients. Kita pun rasa dijaga dengan baik. Dah la emosi lepas bersalin for sure tak stabil, takkan nak tambahkan serabut bergaduh dengan nurses, betul tak?

Homework


   Teruk betul I hari ni. After Abang went to office at 7 am, I sambung tidur. Something that should be extremely avoided on school days. Terjaga pukul 8 pagi, kelam kelibut dibuatnya. Hari ni second day Imah and Amjah ada mid year examination. Sementara I bercuti 2 bulan kat Kuantan ni, Imah and Amjah menumpang belajar kat tadika near to our house. Dengan Adham dan Zara yang bangun awal dan ngok ngek ngok ngek, nak mandi anak-anak, dengan kerenah Imah dan Amjah pagi-pagi yang last minute baru nak minta bawa bekal la, nak pakai kasut baru la, nak bawa itu ini pergi sekolah la, akhirnya we reached school at 9 am. The school session starts at 8.30 everyday. Masa sampai, semua budak dah ready nak jawab kertas soalan, cikgu tengah bagi briefing. Wah, penat rasanya bila kena rush. Mujur hari ni my voice tak high pitch, since the late was due to my fault, not because of the children liat bangun ke, buat perangai ke, etc.

   I regret betul,  masa nak keluar rumah pagi tadi, tengok-tengok dalam beg Imah dan Amjah, baru perasan ada banyak homework yang cikgu bagi semalam. Normally after diorang balik dari sekolah, I will make sure that I will check their school bags. Kalau ada homework, kena siapkan sambil-sambil diorang dok bising memekik petang-petang. I have to induce their mood untuk buat homework, because sometimes the temptation to play, to watch cartoons, to draw, really make their day. Have I told you that both of them really like drawing? But yesterday, balik aje dari sekolah, dengan school uniform tak bersalin, I brought them to town. Balik-balik dari town, dah petang, dah penat. Sedar-sedar dah malam, Abang came back from office. When Abang is at home, I could not be totalitarian anymore, as the kids sometimes ignore me for they always prefer their Ayah over Ibu. So they ended their day by watching CD kisah-kisah Nabi sampai entah pukul berapa, buat tak tahu aje kat homework. I regret sebab homework yang cikgu bagi tu mungkin akan naik soalan dalam exam, macam mana Imah and Amjah nak jawab kalau tak buat revision? Diorang baru tak sampai sebulan belajar kat tadika tu, syllabus lain dari tadika di Merbok. I susah hati fikir pasal exam hari ni.

   When we were in Merbok, Imah and Amjah jarang sangat bawa balik homework. Different school, different approach. Not that their kindergarten kat Merbok tu tak ajar apa-apa, cumanya cikgu kat sana tak prefer budak-budak bawa balik buku sekolah. Kat situ ramai budak kampung, yang kalau bawa balik buku, esoknya buku tu akan hilang, koyak atau tak bersentuh. So semua kerja disiapkan kat sekolah aje, kalau tak siap, esok sambung. Tapi kindergarten kat Kuantan ni, I salute la, hari-hari cikgu bagi homework. Tak perlu banyak, two three pages aje, sekadar nak bagi budak-budak tu biasa dengan homework dan taklah balik rumah semata-mata duduk saja, main dan tengok tv. Padan la dengan yuran pun. We paid RM635 for both Imah and Amjah for this month only. Adat la kan, bayar lebih, dapat lebih.

   Imah dah nampak ciri-ciri bertanggung jawab dan concern pada pelajaran. Normally I do not have to ask her, ada homework ke tak. Kalau dia ada homework, balik-balik dia terus buat. Imah sangat particular, I guess sifat tu dia dapat dari I, sebab Abang takdelah particular sangat kat benda-benda kecil. She does her work nicely, she will be very upset kalau ada cacat cela sikit-sikit, misalnya terwarna keluar garisan ke, tertulis senget ke, terkoyak hujung buku ke. Atau bila I check kerja dia and I find mistake, dia akan cepat-cepat betulkan, so that her work will appear perfect bila hantar kat cikgu. On the other hand, talk about Amjah, biasa la budak lelaki… I think budak lelaki ni turning point dia lambat sikit. Sometimes Amjah sangat liat nak buat homework. Dia lagi interested nak melukis daripada menghadap buku sekolah dia. So I have to induce his mood. Sometimes I just hope that Amjah tu ada perasaan nak bersaing secara sihat dengan Imah. I harap dia berlumba dengan Imah, siapa siap homework dulu, siapa lagi pandai, siapa lagi rajin, etc. Ada masanya Imah dah siap homework awal-awal, Amjah pulak sampai ke malam malas nak buat homework, so Imah offers herself untuk tolong buat Amjah punya kerja. Of course I tak benarkan, nanti Amjah terbiasa. Ala… what could you expect from a 4-year-old boy? Even though when Imah was 4 she was already responsible on her homework, I tak boleh compare Imah dengan Amjah, sebab Imah anak perempuan, Amjah anak lelaki, different nature. Ada masanya pagi-pagi nak pergi sekolah, Imah perasan dia terlupa buat homework, dia sangat risau, siap bisik kat I suruh I yang beritahu cikgu, yang dia terlupa siapkan homework. Tapi Amjah, dia buat bodoh aje, dengan muka selamba tunjuk page kosong kat cikgu.

   Masa I sekolah dulu, I sangat liat dan malas nak siapkan homework. Balik rumah aje, letak beg sekolah, tak ambil peduli dah sampai esok pagi, nak pergi sekolah baru cari beg tu balik. Adik beradik ramai, banyak benda boleh main dengan adik-adik, ada-ada aje aktiviti kitorang kat rumah. Sebab tu I benci bila ada homework, I tak suka cikgu yang suka bagi homework, especially subjek Matematik. Kononnya kalau nak terror Matematik, kena buat banyak latihan. I buat kerja sangat laju, sebab tu boleh siapkan kerja kat dalam kelas. Tapi ada cikgu-cikgu yang komited ni, tetap suka bagi homework sebelum keluar kelas, tension betul. Muka-muka selalu tak siap homework, mesti ada terselit muka I. Sometimes bila dapat cikgu yang garang, tahu pulak takut, esok pagi I woke up sebelum Subuh, pulun siapkan kerja. Sometimes I pergi sekolah awal gila, pinjam buku kawan-kawan untuk copy sebiji-sebiji. And sometimes, trick paling biasa, pergi sekolah dan tinggalkan buku tu kat rumah, lepas tu cakap kat cikgu yang buku tertinggal. Itulah yang I buat sepanjang 11 tahun di alam persekolahan. Memang teruk betul, sampai form five pun I berperangai macam tu!

   Seingat ingatan I, masa kecil-kecil dulu, jarang sekali mak tanya, ada homework ke tak? Orang kata kalau mak kita cikgu, selalunya she would be very concerned pasal pelajaran anak-anak. Tapi sepanjang 11 tahun tu, I tak pernah ingat mak checked my school bag, mungkin mak ada checked when I was sleeping, tak tahulah. Bila I dah jadi ibu, I realize tentang kepentingan disiplin dalam pelajaran. Betapa parents ni kena ambil peduli kat hal ehwal persekolahan anak-anak. Especially si ibu, sebab normally ayah sibuk dengan urusan di luar. Tak sedikit pun I nak blame my mother. I believe approach mak ayah kita berbeza kat setiap anak. Mak memang kurang peduli pasal pelajaran I, tapi mak still concentrate kat adik-adik bawah I, paksa diorang buat homework, hantar diorang pergi tution classes, checked buku-buku diorang. Mungkin mak lepaskan I on my own sebab mak percaya kat I. Every exam I got good marks, even though she paid less attention on me. But if she ignored adik-adik, nanti exam diorang pun kucar-kacir. I rasa macam tu jugalah my situation sekarang. I boleh percaya kat Imah, I believe that she can discipline herself. Tapi Amjah, I have to push sometimes.

   Peranan ibu sangat penting, sebab ayah selalu terlepas pandang. Macam Abang, sometimes I marah Abang sebab nak ajak kitorang pergi program sana-sini, or asyik leka main dengan anak-anak sampai lewat malam, padahal esok pagi anak-anak kena pergi sekolah or anak-anak ada homework yang belum siap. Once anak-anak kita dah masuk alam persekolahan, ibu bapa dulu yang kena disiplin, baru boleh disiplinkan anak-anak. Sebab tu I rasa, I am a different student now. Dapat peluang sambung belajar balik dengan status seorang ibu yang I pegang, I rasa I lebih bertanggung jawab kat my studies. I will make sure I siapkan kerja on time, I never request extra time from lecturers. In fact sometimes bila lecturers extend date of submission, I feel disappointed pulak sebab dah pulun siapkan kerja awal. And I will feel frustrated if my groupmates tak siapkan kerja on time, because it will also affect the quality of my work. Tapi I tak boleh salahkan diorang. I pun dulu-dulu macam tu, I was even worse. Only after years of journey in motherhood, baru I realize tentang betapa pentingnya disiplin, concern, rasa tanggung jawab and commitment to do the best in our studies.

Tuan rumah


   Akhirnya hari yang ditunggu-tunggu tiba semalam. My former tuan rumah sewa kat Merbok called me a few times, tapi memandangkan my phone dah hilang bunyi, I didn’t notice. Agaknya dia bengang, dia sent SMS, marahkan I sebab pindah dengan meninggalkan bil air berjumlah RM180+ dan bil elektrik RM170+. I tell you what, I memang sengaja tak bayar bil-bil tu. The last time I paid the bills was in December 2008. Oleh sebab dah sure nak pindah in April 2009, I buat deeeeek aje tiap-tiap bulan utility bills sampai ke post box. I wanted to teach the tuan rumah a lesson, hopefully a good one. I memang sangat kejam if I have decided to purposely menyakitkan hati orang. It will be carefully planned, sometimes with no mercy. That is me, I jahat bila I nak jadi jahat. Tapi taklah jahat sangat. Actually I memang dah put aside siap-siap about RM350+ to pay both bills, takdelah nak menganiaya tuan rumah yang umurnya sebaya my parents tu. Cumanya I tangguh dan tangguh dan tangguh, sampai tuan rumah bising, baru I nak fire them back, nak ungkit cerita lama, then I will pay every single cent of the bills. Full stop. Puas hati I!

   Mana tak bengang. Setahun setengah I sewa rumah dia. Mula-mula rasa bersyukur sangat dapat jumpa rumah sewa, because my neighbourhood tu is conquered by budak-budak UiTM, sentiasa penuh. I was desperate, dapat tahu aje ada satu rumah kosong, terus I pergi rumah tuan rumah, bayar deposit dan ambil kunci. Only then baru pergi tengok rumah, masa tu dah angkut siap-siap barang, tak banyak mana pun barang, only the basic ones. Start kat pintu depan lagi dah ada problem, tombol pintu rosak. Tuan rumah didn’t tell me. Neighbour sebelah yang bagi warning, because tenant before had told him, jangan tutup macam ni, jangan kunci macam ni, nanti tak boleh buka. Masuk rumah, kipas siling kat living room rosak, buka nombor 5 pun pusing macam nombor 1 aje. One of the three rooms, langsung takde lampu. Sinki kat dapur punyalah slow pressure air dia. Paling I menyampah, rupa-rupanya tangki air kat bumbung bocor. Kalau buka air kat toilet, melimpah-limpah air dari tangki ke belakang rumah. Takpelah kot, baru first day, I thought. Nanti slowly la minta tuan rumah tolong tengokkan.

   Malam tu, Abang tolong setting kan apa yang patut. Yelah, nak tinggal wife and three little kids hidup sendirian di tempat orang. Tiba-tiba tuan rumah datang. Nak jadi cerita, Abang tengah paku dinding waktu tu. Boleh dia marah kitorang, katanya jangan buat apa-apa pun kat rumah dia. Kami cakap, nak paku untuk letak jam dinding, dia tarik muka, siap bagi warning, jangan paku-paku dah. Tu sebab I tak berani nak modify paip air kat rumah tu so that boleh salur air ke automatic washing machine, maka terpaksa la pakai yang semi automatic aje. I cakap kat dia pasal a few things to be fixed, especially tangki air dan lampu bilik tu. Dia angguk aje, dia bagi alasan, takde tangga nak panjat.

   Hari pertama, minggu pertama, bulan pertama, bulan kedua, no action. Dengan pintu depan yang tak selamat, dengan satu bilik takde lampu, dengan water flow kat sinki dapur yang hampas, yang paling sakit jiwa bila dengar bunyi air melimpah-limpah kat belakang rumah sampai banjir. Takkanlah hari-hari I nak call, hantar SMS pun tak pernah reply. Dia tahu, 18hb minta duit sewa, since I masuk on 18th. I minta tangguh sebab gaji Abang will only be out every 23rd, they agreed, kononnya itulah tolak ansur paling besar yang diorang bagi. Hal ehwal rumah yang disewakan buat tak tahu aje. Cubalah fikir, I was heavily pregnant masa tu, ada 3 anak kecil, husband was far away, benda basic bab safety pun dia tak peduli, sampai sudah tombol pintu tu macam tu. At last, when my father came to visit us, ayah yang repaired semua, at our own cost. Yang ayah boleh repair, ayah repair kan, pinjam tangga neighbour, beli barang, buat sendiri. Yang di luar kemahiran ayah, ayah upah orang. Satu sen pun tak tolak sewa, padahal tu rumah dia. I nak sewa one and half year aje, apasal pulak I kena maintain rumah dia like my own?

   Tuan rumah bising-bising pasal RM350+ total amount of bills. I fired dia balik. Repair tangki air aje I have spent RM350, satu sen pun dia tak tanggung. Bil air sebelum repair tangki toksah cakaplah, dah berapa ratus I rugi. Yang kecil-kecil macam tombol pintu, sinki dapur, lampu bilik, kalau dah 5, 6 kali kena keluar kos puluh-puluh ringgit, kira sendiri la berapa duit I habis kat rumah dia. Belum masuk cerita tangki najis sumbat, sinki dapur sumbat, nak panggil orang sedut, semua I buat, semua I bayar. I baru duduk a few months masa tu, takkan la semua yang sumbat-sumbat tu I yang buat? Wah, memang sepanjang-panjang one and half year tu, bengkeeeeek aje hati ni. Dah tahu perangai tuan rumah macam tu, I malas dah nak complain, I tunggu masa aje nak balas dendam. Semalam I rasa puas. Lantaklah makcik dan pakcik tu ambil peduli atau tak, at least I berjaya buatkan diorang bengang gara-gara bills bernilai RM350+ tu, yang mana lepas diorang dah bengang, baru I akan bayar. Pehh, tak habis pun duit diorang, I bertanggung jawab jugak tau.

   Ini bukan kali pertama I tak puas hati dengan tuan rumah. Masa baru-baru pindah Kuantan, before we bought our own sweet home ni, kami menyewa kat rumah teres in the same neighbourhood. Tuan rumah tu was my husband’s office mate, his family transfered to KL. Memang cantik dia jaga rumah dia, masa kami sewa everything was nice. Takde masalah mulanya. Then a few months later bil air kitorang was consistently RM150 every month. Gila ke nak perhabis duit bayar bil air yang setanding kilang punya bil? Tanya neighbour sebelah, dia cakap, contractor yang buat rumah teres tu memang buat kerja lebih kurang aje, semua rumah dah kena paip bocor, rumah kami aje belum lagi, so maybe that time turn kami pulak. Beritahu kat tuan rumah, boleh pulak dia salahkan kami, padahal yang bocor tu dalam tanah, takkanlah kami sengaja korek tanah pergi pecahkan paip tu? Argued lebih kurang, tuan rumah suruh kami cari orang repair, nanti tolak sewa, since diorang duduk jauh kat KL. Dah repaired, bila dapat bil, boleh pulak dia questioned apasal mahal, boleh percaya ke contractor tu, elok ke kerja dia buat. Siap tuan rumah datang Kuantan lagi nak checked hasil kerja, sebab dia bengang terpaksa tolak sewa banyak sangat.

   Lepas tu okay. Tapi masa rumah yang kami beli dah siap dan kami nak pindah, tuan rumah datang tengok rumah dia. Wah, dia sangat marah sebab Imah conteng habis dinding kat living hall. Never mind, memang salah kami, kami sanggup bertanggung jawab. Kami keluar duit sendiri untuk cat balik, the exact colour sebagaimana asal, tak kira la harga cat tu RM90 setin pun. Upah mengecat pun kami tanggung. Masa tu kami dah pindah keluar semua barang, biar tukang cat buat kerja. Bila dapat bil, terkejut kitorang, apasal mahal sangat. Rupa-rupanya tuan rumah suruh tukang cat tu cat seluruh rumah, dengan bilik-bilik sekali, sampai ke bumbung pulak tu, padahal takde kena mengena langsung dengan contengan Imah. Padan la dia requested suruh tambah beli cat sebab cat tak cukup. Bengang gila I! Not only that, dia discovered yang kitchen cabinet dia reput sebab sinki dapur bocor. Dengan selamba dia cakap, dia lupa nak beritahu yang sinki dapur tu memang dah lama bocor, jangan guna sinki dapur tu, guna sinki dapur kat luar rumah aje. Gila ke apa after a few years kami sewa rumah dia, bila kami nak pindah baru dia nak cakap? Lagipun logik ke tiap-tiap kali nak masak kena keluar rumah pergi belakang? Apasal dah tahu, awal-awal dia tak repair? I malas nak gaduh, takpelah, I akan baiki kitchen cabinet dia kat part yang reput tu. Huh, boleh dengan takde perasaannya dia suruh I ganti the whole kitchen cabinet, satu set lengkap, padahal yang reput tu cuma 10% dari kitchen cabinet tu aje. Then dia extended pulak, kalau tak nak ganti kitchen cabinet, suruh kami buat permanent meja dengan batu dan tile. Dah melebih-lebih, memang nak suruh I mengamuk ni! I panggil sorang expert yang memang buat kitchen cabinet, bila dia datang tengok, dia kata boleh aje nak repair part yang reput tu. Kosnya cuma RM500. Memang tinggi. Tapi kalau nak ikut kepala bengong tuan rumah tu, the whole kitchen cabinet atau permanent meja tu would cost me RM2000 to RM3000!

   Abang dalam dilema masa tu, sebab tuan rumah tu office mate dia. I cakap kat Abang, you did not have to interfere, it was between me and tuan rumah tu. Maka meletuslah perang yang I pasti after that tuan rumah tu menyesal sebab dia dah tersilap orang nak main-mainkan. I kalau dah decided nak bergaduh, I memang takkan undur dah, I tak peduli menang atau kalah, I cuma nak orang beware dengan I dan tak berani nak perkuda I lagi. Memang puas hati waktu tu. Sampaikan Abang segan nak pergi office, takut-takut tuan rumah tu jaja cerita pasal bini Abang kat office. Jaja la, I peduli apa. Semua orang kalau dengar both sides of story, akan terasa yang tuan rumah tu melebih-lebih minta itu ini.

   Now I dah ada dua pengalaman bergaduh dengan tuan rumah. This month I kena cari rumah sewa kat Shah Alam, memandangkan nak kena register in July. Cukuplah two experiences I bergaduh dengan tuan rumah, tak mahu tambah-tambah dah. I will be very selective this time, bukan saja nak cari rumah yang sesuai, neighbourhood yang sesuai, tapi juga nak kena tengok tuan rumah tu type macam mana. Pengalaman I, bila kita desperate, kita terima aje apa yang dapat, tak sempat nak evaluate. I pun pelik, apasal la tuan rumah takde mentality win-win situation. Bila orang sewa rumah dia, orang tu dah legakan sikit bebanan dia bayar hutang bank. Kalau pun rumah tu dah habis bayar, bila orang sewa rumah tu, it is a source of income. Rumah tu milik tuan rumah, penyewa pun nak duduk dalam rumah yang elok, jadi sama-sama la maintain dan jaga rumah baik-baik. Susah sangat ke nak give and take, nak beri consideration?

Result


   Aduh! UiTM student portal dah buat announcement, exam result untuk budak-budak foundation dah keluar starting 22nd May. But until now bila I checked, masih tak boleh access lagi. Terus rosak mood untuk spend Sunday dengan ceria with husband and kids. Abang was out stationed for several days, so hari ni nak qadha balik time untuk anak-anak, dah planned nak pergi beach petang nanti. We were informed that result will only be out in middle June, so I thought bolehlah I bercuti sakan with free mind for almost two months without thinking about anything related to studies. Adoi… apasal la result keluar cepat sangat?!

   Kenapa I gelabah? Because I didn’t do well in my last final exam. I seriously mean I didn’t do well. Kalau ada budak yang berani cakap dia target dapat 4.0 flat for this third semester, harus saja I salute dia gila-gila. Targeting 4.0 flat before final exam season would be reasonable, but after answering all the examination papers, 4.0 flat seemed unachievable. For most good students, English subjects are not big problems, even though kitorang kena buat two academic writings yang sangat menguji kesabaran. Kertas Economy pulak is out of our attention, most of us tak minat subject tu, we didn’t care much. Usually law papers that give huge and biggest challenges to pre-law students. Dapat pulak lecturer yang memang genius, sah-sah la she has high expectation and requirement in marking papers. You can struggle, study gila-gila, group discussion, past years questions, whatever best you can do, but when you were in the examination hall, it was a different story. It happened to me. Nak faham soalan dah satu hal, I bazirkan masa analyzing what the questions want, termenung memikirkan all the possible answers. Konon nak jimatkan masa, I turned to another question, yet the same thing happened. Then I dah jadi unorganized, which I really hate when myself is in that state. Maka berakhirlah 2 jam yang penuh huru-hara, uncertainties, was-was and loss of hope, of course! I pun pelik, apasal la paper yang susah macam tu cuma diperuntukkan 2 hours aje, bagi la 3 hours. Subjects kitorang bukan macam science subjects, where there is always a short definite answer. We always need to elaborate, explain, goreng-menggoreng, argue, yang mana sangat time consuming.

   My juniors kena daftar awal for their next semester. Maka bertempiklah diorang, apasal tak adil, apasal pre-law students aje kena register awal, sedangkan budak-budak lain masuk bulan July. Trust me, you really need a longer period to learn, study and digest the third semester syllabus. Are they that hard? If you are pretty good in English, I think there would be no problem in understanding. The problem is, terlampau banyak gila benda nak sumbat dalam kepala. If you manage untuk sumbat semuanya dalam kepala pun, you still have to have the skills to choose what to use, what is relevant, what is supporting, how to compare, how to manipulate, bla bla bla… Lepas dah habis semester 3 ni, barulah I faham, kenapa orang kata studying law ni susah. So baguslah if you are given extra time for lectures and tutorials, and if possible, for more tests and quizzes. They will really help you a lot. And please, jangan la suka ponteng kelas. Memanglah boleh depend kat lecture notes, but believe me, ianya takkan sama dengan hearing the words direct from the lecturer’s mouth.

   My biggest mistake for last semester was, right from the first week I didn’t set my target to get 4.0 flat. Apa ke halnya I tak target 4.0 flat after successfully achieving 4.0 flat in the previous semester? Hmm… perangai bodoh I berulang lagi. When I was in primary school, I was known as budak yang sentiasa conquered nombor satu in every exam, baik kat sekolah kebangsaan, mahupun sekolah agama. Ada la sekali dua dapat nombor dua atau tiga. Out of sudden, when I was in standard 4, I decided not to get first place dalam peperiksaan hujung tahun. Konon-konon nak merasa macam mana tak dapat nombor satu. Sounds bangang, bengong, silly and stupid kan? So I main-main, and I got what I wanted, I dapat nombor 15. The feelings? I felt horrible, I lost my self esteem, I degraded my own self, and those feelings really gave me a great lesson, being not good is not a good way to raise attention. Dan itulah kali pertama dan terakhir, since then I always made sure that I struggled to be the best and I managed to be the best sampai la SPM.

   Alih-alih semester 3 kat UiTM ni, I buat benda bodoh tu lagi, not setting up my target to be the best. This third semester was my last semester doing foundation. When I enter law faculty in Shah Alam next July, my CGPA will start back from zero. So I thought takpelah kot nak main-main semester 3 ni, since my current CGPA was 3.97, konon-konon dah secured enough. And now I am regretting it. Gila-gila punya regret! I guess lesson learnt when I was in standard 4 tu was not enough to teach me the horror feelings of becoming a loser. Why is it so important to setting up high target? Because it will boost you to work harder to achieve the highest possibility you can get. Of course kena la set target yang reasonable, yang kita mampu achieve. But when you target something that is below your own standard, bukankah ianya sesuatu yang menyedihkan? You know you could do better, but you choose not to. So just wait for my result. Don’t worry, I will announce it in my blog, I akan hentam dan kutuk diri sendiri for not succeeding this time.

Packing


   Ramai orang kata, Yasmin Ahmad kalau buat films, memang down to earth, benda-benda kecil in our real daily lives akan dipotretkan dalam filemnya dengan sangat bersahaja. Tak macam Malaysian film makers yang lain. Senang cerita, tengok films by Dato’ Yusof Haslam, cakap formal gila macam ada cikgu Bahasa Melayu kat belakang camera. I selalu tak puas hati bila tengok babak nak lari rumah lepas gaduh dengan suami atau lepas kena marah dengan mak ayah, si pelakon sumbat baju-baju dengan hanger sekali dalam beg besar, sambil nangis-nangis, lepas tu terus blah. Boleh faham la kenapa tak lipat baju, sebab nak cepat. Tapi I selalu terfikir, kenapa bawa baju aje? Underwear, bra, towel, toiletries, alat make up, semua tu tak penting ke nak bawa lari rumah? Okay la toiletries boleh beli kat kedai tepi jalan, takkan underwear dengan bra pun nak beli baru semua? One day I tengok cerita Gubra, si Amani tu lari rumah lepas dapat tahu kecurangan her husband. Memang logik la, dia masuk toilet, ambil pencuci muka, berus gigi, semua sumbat dalam beg. Kagum I dengan Yasmin Ahmad! Sejak kecil sampai besar I selalu questioned babak lari rumah ni, alih-alih Yasmin Ahmad berjaya memuaskan hati I. Walaupun I memang tak suka bila Yasmin Ahmad bercakap pasal isu agama, sedangkan dia sendiri bukanlah orang yang arif, hanya bercakap dari perspektif dia yang hidup pun tak mencerminkan macam Muslimah sejati, tapi bila babak lari rumah tu, salute la jugak, betullah her films really down to earth!

   Last weekend Abang bawa kitorang pergi dua program yang memerlukan kitorang bermalam di tempat program. Khamis malam tidur kat resort di Kerteh, Sabtu malam tidur di perkampungan orang asli di Sungai Lembing. Abang dah cakap awal-awal, nak bawa anak-anak and I sekali. Dulu-dulu Abang selalu bagi short notice aje, balik kerja pukul 8 malam, baru nak inform itu ini, pukul 11 malam dah start journey. Zaman tu boleh la, masa anak baru dua orang. Kalau zaman sekarang ni Abang buat macam tu, harus saja I buat deeeek dan malas nak ikut. Bila anak-anak dah berderet macam ni, nak keluar pergi shopping kat bandar pun wajib ada list of important items yang kena bawa. Apatah lagi kalau sampai kena bermalam, mana boleh semberono aje terjah keluar rumah angkut anak-anak tanpa preparation.

   I sangat particular tentang barang-barang yang kena bawa bila nak keluar rumah. Selain kain baju, pakaian dalam and toiletries are important items kan? Sebab tu sangat tak logik kalau you nak lari rumah, tapi bawa baju yang bergantung dalam almari aje. Walaupun I particular, tapi taklah sampai merepek pulak. Ada orang, siap bawa bantal busuk, teddy bear, bingkai gambar, dan entah apa-apa lagi. Kalau bawa toto, charger untuk handphone, iron, yang tu kira items yang reasonable la kan. Now bila anak dah 4, pulak tu kecil-kecil lagi semuanya, maka berganda-ganda la items yang dalam list. Besides kain baju, kena bawa diapers secukupnya, electric kettle, termos air panas, susu dan botol susu, nappy rash cream, ubat demam, kain nak lap muntah, toys dua tiga perkara, bla bla bla… Tapi I sangat bernasib baik. Ada mothers out there yang anaknya tak boleh tidur tanpa buai, maka berangkutlah satu set buai dengan tiang-tiangnya. Ada yang anak dia tak boleh lekang dari bantal busuk, pulak tu bantal busuk ada 4, 5 biji, maka satu beg khas untuk bantal busuk aje. So just imagine kena besar mana but kereta dia kalau ada 4 orang anak?

   As for my little kids, for every one day kitorang travel, I akan bawa 6 pasang baju untuk seorang anak. 3 pasang baju untuk siang, 3 pasang baju untuk malam, I tak campur baju siang dan malam. My kids wajib pakai baju lengan panjang dan seluar panjang waktu malam, tak kira panas macam mana pun, sebab I tak suka diorang kena gigit nyamuk. So, dah 24 pasang baju untuk 4 anak. Memang kena bawa banyak, sebab budak kecil banyak yang unexpected from them, kencing dalam seluar la, berak bocor la, muntah, tumpah makanan, main kotor, peluh lepas lari-lari, ada-ada aje la reasons nak kena tukar baju. Itu sehari punya cerita. Kalau travel 3 hari? Darab sendiri la. Sebab tu kalau travel yang lebih dari 3 hari, wajib I singgah mana-mana rumah saudara-mara untuk pinjam washing machine, atau kena pergi dobi. Yang tu baru cerita pasal baju. Belum campur panties and underwear untuk anak-anak yang dah toilet trained. Imah dah kena pakai tudung consistently, so kena bawa tudung dan anak tudung dia. Memandangkan I sangat cerewet, warna tudung kena matching dengan warna baju, so kena bawa tudung a few helai yang different in colour. Towels pun kena bawa banyak-banyak, sebab diorang ni memang terror mengotorkan towels. Jadi bayangkan ajelah macam mana nak termuntahnya I menghadap kain baju bila nak travel.

   Dah habis bab anak-anak, kena uruskan bab kain baju sendiri pulak. Mujurlah I ni bukan type berfesyen-fesyen. Bawa tiga, empat colours set jubah dan tudung, dah okay. Yang lain-lain tu, biasalah, pakaian dalam, baju harian, telekung, towel. Kalau tak cukup, belasah aje pakai baju Abang. Now Abang dah jadi sangat berdikari. Bukanlah Abang tak reti berdikari before this. Cumanya lepas kahwin, I biasa uruskan kain baju Abang bila nak travel, so Abang just angkut beg. But now, selain nak menguruskan kain baju I, I juga kena uruskan kain baju 4 orang anak, so Abang kesian kat I, hal ehwal beg Abang, Abang buat semuanya sendiri. As a wife, memang rasa guilty. But at the same time, rasa syukur sebab dapat suami yang sangat understanding dan tak demanding. Mula-mula dulu, ada aje benda yang Abang lupa. Lupa bawa stokin, bawa kain pelikat tak cukup, dah tahu nak mandi sungai tak bawa seluar yang sesuai, tinggal charger, macam-macam. But now Abang dah expert, sometimes it impressed me a lot.

   Orang selalu tanya I, tak penat ke beranak ramai, rapat-rapat pula tu. My answer simple aje, I dapat suami macam Abang, tu yang tak serik tiap-tiap tahun dapat anak pun! Hehehe… Siapa-siapa yang pernah tengok Abang mengurus anak-anak, semuanya akan puji Abang dan admit betapa beruntungnya I ni. Sebab tu I tak pernah rasa ada keperluan nak cari maid. Dan I juga bukanlah ibu yang hanya terperap di rumah jaga anak-anak sebab tak larat nak jalan-jalan selalu mengangkut satu batalion. Bila nak travel, both Abang and I dah tahu peranan dan kerja masing-masing. Kitorang bergerak dalam satu pasukan, tak payah cakap, tak payah instruct apa-apa. Dalam perjalanan, it is always Abang yang akan uruskan berak kencing anak-anak, mandikan anak-anak, I cuma pakaikan baju dan bancuh susu. Rasanya bila both of us dah sampai usia tua dan semua anak dah besar-besar nanti, kenangan masa travel nilah antara yang indah untuk dikenang…

Surah Yusuf


   Heh… tak reti I nak menulis bagai ceramah agama dengan segala tafsir ayat-ayat Al-Qur’an, hadis Nabi, perbahasan mazhab, kata-kata hikmah, semua tu. Knowledge ada sikit-sikit, buat bekalan diri sendiri menjalani hidup, atau sesekali bila orang adu masalah dan minta pandangan dari perspektif agama. Alih-alih hari ni terfikir nak tulis pasal Surah Yusuf dalam Al-Qur’an. Bukan nak bagi tafsir atau huraian, macam la I pernah belajar kat Al-Azhar. Sekadar nak kongsi beberapa hikmah membaca Surah Yusuf yang pernah I dengar dari ustaz-ustaz and through my own readings. Malu nak mengaku, despite the knowledge that I have pasal hikmah membaca Surah Yusuf, I sangat jarang membacanya. I selalu baca Al-Qur’an ikut sequence, dari Al-Baqarah sampai khatam. I selalu baca surah-surah yang I hafaz sambil driving. Memandangkan I tak pernah hafaz Surah Yusuf, maka frequency nak baca Surah Yusuf tu jarang sekali, even though when I am pregnant.

   Fadhilat membaca Surah Yusuf yang paling famous sekali ialah untuk mendapatkan anak yang cantik dan sempurna rupa parasnya. I bet semua orang tahu pasal ni. Yelah, Nabi Yusuf terkenal sebagai manusia yang kacak, tampan, handsome dan menarik tubuh badannya, sampaikan Zulaikha boleh gila bayang. So pregnant mothers pun berlumba-lumba la baca Surah Yusuf through out pregnancy, walaupun selama-lama ni jarang-jarang sangat selak Al-Qur’an. Wah, berangan la dapat anak putih melepak, hidung mancung, mata bundar, tinggi lonjong, what ever la. Ada yang siap berangan lagi, moga-moga anaknya seiras Tom Cruise atau Angelina Jolie. Pehh! Kalau dah mak ayah Melayu, takkan anak boleh jadi Mat Salleh pulak! Tapi tak salah kan mengharapkan sesuatu yang baik? Silap-silap masa baca Surah Yusuf tu terkena kat time yang sangat makbul doa, kan best bila Allah rezekikan dengan anak-anak yang sejuk mata memandang?

   I pernah baca, antara hikmah membaca Surah Yusuf juga ialah untuk menjadi pemimpin yang baik dan berkebolehan. Tengoklah bagaimana Nabi Yusuf membina reputasi, kredibiliti dan kebolehan memimpin sejak baginda diambil menjadi anak angkat oleh menteri di Mesir. Akhlak baginda yang terpuji dan mulia semenjak kecil menanam keyakinan ramai orang akan potensi yang ada pada baginda untuk menjadi somebody someday. Nabi Yusuf menjadi pemimpin bukan berdasarkan paras rupa, tetapi kebolehan yang genuine yang baginda miliki. Dan baginda juga tidak melalui jalan pintas. Boleh aje nak rampas Zulaikha dari bapa angkat baginda dan naik melalui jalan kotor. Tapi baginda memilih untuk dipenjarakan. Di penjara, baginda juga membina reputasi dengan melakukan banyak amal ibadah dan mentafsirkan mimpi. Tetapi Allah takdirkan Nabi Yusuf tidak dibebaskan lebih awal dek kerana seorang rakan penjara lupa nak mengkhabarkan tentang kebolehan Nabi Yusuf setelah dia dibebaskan. Ada hikmahnya, Allah hibernasikan Nabi Yusuf seketika supaya by the time baginda dibebaskan, it was the most right time. Ala… baca sendiri la kisah tu. Itu sebabnya bila baca Surah Yusuf dan menghayati tafsir dan huraiannya, banyak pengajaran yang boleh kita telusuri.

   Besides that, hikmah membaca Surah Yusuf juga untuk mengelak bahaya fitnah dunia. Lihatlah bagaimana Zulaikha tried hardly to seduce him. Zulaikha ini sangat cantik orangnya biarpun dia titled ibu angkat kepada Nabi Yusuf. Secantik-cantik Zulaikha pun, Nabi Yusuf masih tetap takut pada Allah. Padahal Zulaikha dah serah dirinya dengan rela. Itu la yang banyak berlaku mutakhir ini. Perempuan-perempuan hilang malunya, maruahnya rendah, senang aje nak angkut sini-sana. Free-free offer diri kat lelaki. Sebab tu ada hadis kata, lelaki yang menolak wanita yang mengajaknya berbuat sumbang adalah antara tiga golongan yang senang sangat masuk syurga. Lelaki-lelaki di luar sana, amalkanlah membaca Surah Yusuf ni ye. My younger brothers pun, bila bersembang dengan diorang, diorang selalu express their concern, takut tersilap pilih calon isteri. Sebab perempuan zaman sekarang banyak sangat yang hampas, yang pakai tudung pun belum tentu lagi masih virgin. Sometimes anak perempuan ustaz pun tak boleh percaya, ayah kaki masjid, anak perempuan berpeleseran.

   Lastly… actually yang ni sebenarnya I would like to talk about today. Antara fadhilat Surah Yusuf, jika diamalkan membacanya selalu, kita boleh mengelakkan sakit tua, nyanyuk dan mati dalam keadaan menyusahkan orang. Kan dalam Surah Yusuf diceritakan tentang ayahanda Nabi Yusuf iaitu Nabi Yaakub yang lanjut usianya, tetapi masih kuat beribadah hingga kewafatannya, baginda sempat menyaksikan Nabi Yusuf menjadi pemerintah Mesir. Nabi Yaakub juga tidak nyanyuk di usia tua baginda, baginda boleh mengenali Nabi Yusuf ketika dijemput ke istana Mesir, sungguhpun puluhan tahun telah terpisah dari Nabi Yusuf. Yang ni ustaz I kat secondary school dulu yang beritahu. Kebetulan nama dia pun Ustaz Yusuf, lembut orangnya, memanjang aje senyum. Ustaz Yusuf kata, buat apa umur panjang, tapi di penghujung usia, kita jadi nyanyuk, menyusahkan anak-anak, sakit melarat, terlantar terbaring, etc. Ustaz tu kata, biarlah kita dapat umur panjang yang bermanfaat untuk diri kita dan orang di sekeliling kita. Kalau tak, lebih baiklah kita mati dalam husnul khatimah. Betul, I sangat setuju. I pun kalau boleh nak umur panjang yang bermanfaat, sempat tua, sempat besarkan anak-anak, sempat sumbang sesuatu untuk agama dan negara. Lepas tu moga dapat menghadap Allah dengan tenang dan bahagia. I tak nak sampai jadi tua melarat, kencing berak dalam diapers, hilang daya ingatan, ada sakit kronik, sampai menyusahkan anak-anak and my husband. Sebelum jadi semua tu, baiklah I menghadap Allah terlebih dahulu. Tapi siapalah kita nak minta macam tu dari Allah? Allah berhak tentukan semuanya untuk kita. Apa yang boleh kita buat, sentiasa berdoa biarlah mati kita nanti dalam iman dan ketika mati amal perbuatan kita beratnya di sebelah kanan.

   Hari ni I blog hopping, membaca blogs orang-orang yang I tak kenali. Kagum dengan semangat a few people yang sangat tabah menjaga anak sakit, ibu bapa sakit, suami sakit, etc. Bila kita ada dalam situasi tu, kita hanya bertahan dan menguatkan diri sendiri so that we have the strength to take care of our loved ones. It is an unconditional love. Sometimes yes, we do question, why and why? Tapi sebagai hamba, kita pasrah aje. Sungguh I kagum dengan segelintir orang yang dipilih Allah untuk diuji dengan ahli keluarga dan orang terdekat yang sakit macam-macam. Dan tidak pernah mereka meminta agar Allah cepat-cepat tarik nyawa their loved one tu merely because diorang dah tak sanggup nak jaga, sebaliknya diorang anggap semuanya sebagai tanggung jawab dan amanah. I tak pernah ada experience begitu. Semua orang terdekat yang I kenal, usia tuanya sihat walafiat, matinya sangat mudah. I juga berdoa, moga dijauhkan Allah dengan cabaran begitu. Dan kalau Allah nak uji I juga, moga I dikurniakan kekuatan dan kesabaran untuk menempuhnya.

   Before I end, bolehlah nak selit sikit beberapa ayat dalam Surah Yusuf yang menjadi dalil tentang beberapa isu. Ayat nombor berapa, yang tu you all check sendiri, hehehe… Pertama, harus hukumnya kita memuji diri sendiri untuk mendapatkan sesuatu jawatan, sebagaimana Nabi Yusuf melobi Raja Mesir agar dilantik sebagai Menteri di Mesir. Sama aje macam konsep buat resume. Kalau nak mohon scholarship atau sesuatu kerja, tak ke kita kena buat resume yang memuja-muji diri sendiri untuk cerita kat orang what we have to offer. Sama aje macam you tulis blog dan perasan bagus cerita tentang kehebatan diri sendiri, dengan tujuan nak impress orang, nak tanam keyakinan orang about your potential dan nak cari clients! Kedua, dalil tentang kasih sayang yang sampai selamanya takkan boleh dibahagi dengan adil. Kasih sayang bukan macam duit, duit tu benda yang nampak, kasih sayang is abstract. Nabi Yaakub lebih menyayangi Nabi Yusuf dari anak-anaknya yang lain. Berdosa dan bersalahkah baginda? Tak, memang begitu lumrah manusia. Nabi Muhammad juga lebih menyayangi Siti Khadijah berbanding isterinya yang lain, walaupun setelah lama Siti Khadijah wafat. So jangan question bila mak ayah kita sayang anak tertentu lebih dari yang lain-lain, padahal di mata kita, anak tulah yang paling pemalas ke, bodoh ke, jahat ke, whatever.

   Ketiga, janji Allah bahawa orang yang difitnah dan teraniaya tu, satu hari nanti Allah pasti akan keluarkan dia dari fitnah dan bahaya tu. Kaji saja kisah perjalanan hidup Nabi Yusuf. Dianiaya adik-beradik sendiri, difitnah mak angkat sendiri, tapi akhirnya Allah berikan kesudahan yang baik untuk Nabi Yusuf. Siapa yang bersalah akan dapat balasan dan pengajarannya. Keempat, dalil tentang harus hukumnya kita bersedih dan berdukacita atas sesuatu musibah dan masalah. Dalam Surah Yusuf diceritakan tentang bagaimana sedihnya Nabi Yaakub bila diberitahu bahawa Nabi Yusuf mati dimakan serigala. Nabi Yaakub menangis dan menangis hingga buta kedua-dua mata baginda. Tapi kesedihan Nabi Yaakub tidaklah sampai menjauhkan baginda dari Allah, sebaliknya semakin kuat pergantungan Nabi Yaakub pada Allah. Kita manusia ni, sometimes bila ditimpa ujian, kita rasa marah dan tak puas hati dengan takdir kita. Trust me, I pernah melaluinya, once upon a time I pernah rasa marah thinking why me yang kena masalah infertility? Kenapa tak bagi bohsia aje yang suka buang anak tu mandul semuanya? Tiba-tiba I tersedar. Bahawa Allah bagi musibah sebab nak kita dekatkan diri kita dengan-Nya, bukan semakin menjauhkan diri dari tali Allah. 

   Okaylah, cukuplah I jadi ustazah hari ni. Tak layak pun… Jauh di sudut hati, rasa kerdil dengan Allah bila dikenang-kenang, dah lama sangat I tak baca Tafsir Pimpinan Ar-Rahman tu. Dah cuti-cuti ni, tak payah menghadap buku law, asyik menghadap screen komputer dan tv pulak. Dah la tengah pregnant, nak dekat bersalin, patutnya waktu ni tambahkan amalan. Hai…

Imagination


   Masa baru-baru kahwin dulu, I was in great depression. After several attempts of simple fertility treatment which all had failed, memang sakit jiwa dibuatnya. I was only allowed to try the hormones for three cycles, more than that boleh dapat high chance of getting cancer. One weekend, my father in law datang rumah. He noticed that I was emotionally unstable. He asked Abang to always bring me to the seashore untuk tenangkan fikiran. Waktu tu kitorang tinggal kat Kerteh, memang sepanjang-panjang Kerteh tu adalah pantai. Belakang rumah pun ada pantai yang menjadi tumpuan orang, boleh aje nak pergi hari-hari.

   Guess what? Bila I duduk kat tepi pantai merenung laut luas, fikiran I bukan bertambah tenang, lagi serabut ada la! Bukan I tak suka dengan keindahan yang Allah ciptakan, cuma I tak suka tengok pantai bila I ada masalah. Bila mood tengah baik, yes, suasana pantai kelihatan sangat indah dan selesa, dengan pokok kelapa, pasir putih, angin sepoi, ombak, matahari di kaki langit, pemandangan bot-bot kecil nelayan, etc. memang indah menilai semua tu bila mood tengah okay. Tapi bila I ada masalah, besar ke kecil, serius ke remeh, I perasan yang I lebih suka suasana di sungai, lebih tepat lagi, jeram or air terjun. I suka tempat yang gelap, terlindung dari cahaya matahari. Tak macam pantai yang terbuka luas. I suka tempat yang tersekat, boleh nampak seberang sungai. Tak macam laut, kita tertanya-tanya ke mana akhirnya laut itu. I suka batu-batu kat sungai yang menghalang laluan. Tak macam pantai yang lapang bersih. I suka air sungai yang payau dan sejuk. Tak macam air laut yang masin dan panas. I suka pokok-pokok hutan di tepi sungai yang hijau dan rimbun. Tak macam pokok-pokok tepi pantai yang daunnya jarang-jarang.

   Lalu apa tafsirannya? Sebenarnya I seorang yang tak suka berimaginasi! I tak suka sesuatu yang beyond my knowledge, beyond my expectation, full of surprise, full of curiosity and anything that needs your imagination. Sebenarnya bukan sebab I tak suka, tapi sebab I tak pandai dan takde bakat untuk berimaginasi. Bila lihat pantai, kita tak tahu apa ada di hujung sana. Kita bayangkan ada pulau, ada sebuah negara lain, ada kapal sedang berlabuh, whatever. Terpulang kepada kita untuk create speculation masing-masing. Unless kita ada knowledge, bahawa di seberang Kuala Kedah tu memang confirm ada Langkawi, atau kat perairan Kerteh memang confirm ada pelantar minyak, atau kalau kita naik bot dari Kuantan lama-lama kita mungkin boleh sampai Kuching. Itu saja yang I mampu, berimaginasi bila I ada sedikit knowledge about it. Tak macam tepi sungai. You duduk aje kat tebing tu, you boleh nampak direct keadaan sekeliling, you boleh bercerita dengan pasti tentang apa yang you nampak. Kalau ye pun tak tahu nama pokok balak tu apa, at least you boleh cakap dengan pasti bahawa pokok tu sangat besar dan berdaun lebar. That is me. I love something that is certain, benda yang tak boleh dipersoalkan kebenarannya, benda yang tak boleh dibahaskan sama ada logik atau tidak, in short, benda yang tak perlukan daya kreatif to describe it. Sebab tu bila ada masalah, I lebih sukakan sungai dari pantai. I suka jawapan dan jalan keluar yang mudah pada sesuatu masalah, I tak suka tertanya-tanya, “What if…”, “How about…”, “Why not…”, benda yang kita kena fikirkan sendiri.

   I perasan bila I tidur dan bermimpi, sejak kecil lagi, I akan bermimpi benda-benda yang logic aje. Jarang sangat I mimpi pasal hantu, sebab believing in hantu needs imagination. Rasanya I tak pernah mimpi naik kapal angkasa and explore the universe. Tapi I pernah mimpi naik kapal terbang and experience take off and landing moment tu, which didn’t need imagination, because I mimpi apa yang I pernah experienced myself. I tak mimpi tentang masa depan yang pelik-pelik, I cuma mimpi tentang apa yang I angan-angankan. Contohnya dulu I bercita-cita nak jadi doctor, I banyak tengok ER, so bila bermimpi, it was like I was one of the doctors dalam cerita ER tu. Ada la sesekali mimpi macam hidup di alam lain yang weird. Tapi bila bangun, baru realized, rupa-rupanya mimpi tu cuma mainan semula babak-babak dalam movies yang pernah I tonton. That’s all, semuanya benda yang logic and do exist in reality. Kalau tak exist in reality pun at least I pernah baca kat buku or tengok kat tv. Nothing mengarut, unique or creative yang terhasil from my own imagination.

   Orang kata, apa yang you mimpi menunjukkan how does your mind work and what is your true self. Kalau you cakap English in your dreams, that means you memang fasih berbahasa Inggeris, yang tu ada sorang penceramah cakap kat I. So kalau mimpi I memang tak creative langsung, maksudnya I memang tak creative and my mind memang hampas bab-bab berimaginasi. No wonder I cukup meluat belajar Physics and Chemistry, whereby you cannot see the real things that you are learning. Cikgu selalu suruh bayangkan, which I menyampah betul, sebab I tak tahu nak bayangkan benda yang I tak pernah tengok. Contohnya parts dalam machine or chemical bonding, tak tahu nak visualize semua tu macam mana. Wah, lega zaman tu dah berakhir! I juga tak pernah suka tengok cartoons masa zaman kanak-kanak. I tak suka percaya pada cartoons where everything is made possible, binatang pun boleh bercakap, manusia boleh jadi superpower, sebab benda-benda tu semua tak exist pun in my real life.

   Lucky me, I got a husband yang sangat berjiwa seni. He can draw well. He has very good imagination. Dan I selalu diketawakan Abang sebab sangat tak pandai berimaginasi. To me everything kena ikut rules in the book atau kena abide hukum alam. And now, two of my kids yang dah pergi sekolah dan pandai pegang pensel nampak gayanya masuk geng dengan Abang. Imah and Amjah dah mula tunjuk bakat which make many impressed, even sometimes Abang and I pun tak sangka their perspectives and observation setajam dan sekreatif itu. Bermula dengan conteng-conteng dinding which have caused troubles to me. I pernah bergaduh dengan tuan rumah sewa sebab Imah conteng ruang tamu, conteng yang memang dahsyat degree nya. I dah cat ruang tamu tu balik ikut warna asal bila nak pindah. Boleh pulak si tuan rumah demanded suruh cat the whole rumah sekali dengan bilik-bilik on our expenses. Rumah Merbok juga sangat meriah dengan contengan. Bila nak pindah hari tu, dengan perut yang memboyot, I cat sorang-sorang dinding yang tercemar tu. Tapi rumah Kuantan, well protected, slowly I cat dinding dengan cat kalis air, yang boleh lap aje kotorannya, so lantaklah kalau budak-budak tu nak melukis mural pun. Lepas dinding, I beli buku mewarna. I perasan, diorang tak minat sangat nak mewarna gambar yang dah siap. Diorang lagi minat melukis. It turned out that buku mewarna tu pun kena conteng, ada additional lukisan pulak kat tepi-tepi. Lastly, I beli kertas kosong A4 banyak-banyak. I really mean banyak-banyak! One bundle a week, doesn’t it seem banyak enough for two kindergarten kids?

   Sebagai ibu yang hampas bab-bab imagination, I suka tanya Imah and Amjah, apa yang diorang lukis? Diorang pun suka tunjuk kat I hasil seni diorang. Sometimes memang sangat clear, diorang lukis princess, robot, Ultraman, vehicles, animals, flowers, etc. Sometimes I tak boleh imagine apa yang diorang imagine. Nampak macam unta, bila tanya, diorang kata kuda, and they will give reasons why it is kuda and not unta. And the explanation really make me feel foolish, apasal la I tak terfikir. Diorang juga kaki cartoons, selagi buka mata, PHDC kat ASTRO Channel 613 tu sentiasa terpasang. Sampaikan I kena bergaduh dengan diorang kalau nak tengok news. Diorang tak pernah question, kenapa animals dalam cartoons tu boleh bercakap, sedangkan in reality, mana ada animals boleh bercakap. I pernah duga, I tanya diorang pasal ni. They answered, “Memang la, tu dalam cartoon, Ibu berangan-berangan aje la animals tu boleh bercakap!” And they really enjoy themselves tengok cartoon yang beyond reality, macam Animal Mechanical. Lepas tu diorang akan tokok tambah, muntahkan imagination diorang on papers.

   I tahu diorang sangat tinggi daya imaginasi. When we travel, bila tengok awan, Imah and Amjah akan create macam-macam images dari kepulan awan tu. Sometimes diorang akan kata, awan tu macam kucing, awan tu macam flower, macam cawan, macam-macamlah. Tengok bukit pun diorang akan describe itu ini. Sampaikan bila diorang kencing, boleh pulak diorang describe air kencing yang nak mengalir masuk lubang tu macam gambar apa. Heh… Sometimes bila kitorang bawa anak-anak jalan-jalan, balik aje rumah, benda pertama diorang cari adalah kertas dan bakul yang penuh dengan pencils and colour pencils. Diorang akan lukis apa yang diorang nampak or experienced masa jalan-jalan tadi. Dengan menggunakan imagination and creativity, diorang akan tambah pulak the things that they wished to be present. Especially Amjah, dia sangat suka melukis apa yang dia nampak. Hari tu kitorang bawa anak-anak naik Bukit Bendera. Sampai hari ni Amjah asyik melukis gambar keretapi Bukit Bendera tu, siap dengan scenery sekali. And one thing yang buatkan I yakin anak-anak I ni berdaya imaginasi tinggi ialah bila diorang bangun tidur dan bercerita tentang mimpi malam tadi, fuhh… sometimes they really surprise me with the stories.

   Abang berlagak la, sebab dah dua anak warisi kebolehan Abang. I know, my kids menerima seadanya Ibu diorang yang hampas bab-bab seni dan imaginasi ni. Diorang selalu cakap, “Takpelah, Ibu tak pandai lukiskan, nanti kita tunggu Ayah balik, Ayah aje yang pandai lukis!” Yang tu bila diorang tak tahu nak lukis macam mana, waiting for Abang to guide them. Wah, pandai betul diorang pilih kasih! Takpe… takpe… Kita tengok, siapa pula di kalangan our children yang turun kebolehan I menulis. Sebab Abang ni quite hampas jugak la bab-bab menulis. Sebab tu surat-surat cinta Abang dulu, kalau baca balik, memang rasa nak tergelak aje. Huahuahua…

Character killing


   Hari ni buka Friendster, wow… I have caused a stir because of my previous entry. As predicted, ramai yang terasa, even though I didn’t mention any name. Tapi kerana I bercakap secara general, maka kelihatannya I was referring to the whole batch as macam hampas. It was an experiment, and I did find what I wished for. Anyway, no regret. Siapa terasa, terasalah. Anyone can drop comments, in fact feel free to counter attack me in your own blog. People insist me untuk express depan-depan next time, don’t be coward, don’t just use faked freedom over the internet. Yes, I’ve tried once, in fact twice, or maybe thrice, I mean regarding pre-law students’ issues. And each time I did that, I received arguments juga, pros and conts. That is life, there will always be a group of people who are with you and another group who are against you.

   For the last few days, I’ve been busy SMSing. Again, I involved myself in arguments. Normally I pick persons to argue with. I don’t like arguments that bring me nowhere or give me nothing or with the persons I don’t care. But for the past few days, I argued with someone whom I respect so much through out my entire life. My aim was not to win the arguments, but to just cause a stir, to cause doubt and to induce further investigations. Today the arguments are over, after lots of lazer-melazer, ungkit-mengungkit, rude questions and character killing. How did it end? After I explained why I am so firm with what I hold on to. Am I satisfied? No! I feel bad. But I learned something. It would be much easier if we be sincere right from the beginning. Sometimes unnecessary arguments could totally be avoided by just being open. Getting hurt at the initial stage is better than at later stage.

   And today, I have successfully membunuh karektor seseorang, in English it is called character killing. In law, it is a weapon usually used in court untuk memusnahkan kredibiliti witnesses. Just watch a few legal dramas and you will understand what I mean. Hinakah perbuatan membunuh karektor seseorang? Dalam Islam, it is allowed when it involves legal issues. For example, penagih arak tak layak jadi saksi, buktikan dia penagih arak, dan kesaksiannya di mahkamah boleh ditolak. Itu bicara undang-undang. Tapi adakah patut kita membunuh karektor orang di sekeliling kita? Lebih-lebih lagi orang-orang who are close to us. Itulah yang cuba I elakkan. I tak mahu benda-benda buruk tu terbongkar dek kerana lidah I. Biarlah ia diketahui melalui orang lain dan medium lain. But at last, yang cuba dielak itulah yang berlaku. And the person whom I argued with now feels cheated and backstabbed, sebab dia tak diberitahu lebih awal tentang character the person in question.

   If I am a practising lawyer, kemampuan untuk character killing is an asset. Untuk membunuh karektor dan kredibiliti seseorang, you have to dig his history, his past, his records, his background, his social circle, his affiliations, etc. It requires extra efforts, good contacts, creativity and wisdom, and add sedikit perasaan tak belas kasihan. I am sure I will learn about it more during my degree program and during chambering, if I get the chance. For the time being, apa yang I buat adalah semberono, mengikut perasaan dan emosi, tak professional, and maybe I have to admit this, berniat jahat. I tak suka jadi jahat. Tapi I tak kisah dilabel orang mulut lazer, as long as I tahu apa yang I cakap tu betul. Masalahnya, ada orang yang look up at you, and believe deeply in what you say. Maka when you talk bad about someone, you have actually killed that person’s character when many people really trust you on that facts. Worse case scenario bila orang menyebarkan pula cerita tu claiming that ianya dipetik dari sumber sahih.

   Abang cakap sometimes I ni kejam, sesuai la I ambil bidang undang-undang. Kalau jadi public prosecutor, agaknya takde belas kasihan dah to the accused. Hehehe, I choose to take that as pujian, instead of bad label. Sometimes I kutuk artis macam nak rak. I pernah argued dengan seorang sister in tabligh ni. She said, daripada kita kutuk artis tu, baik kita doakan dia, entah-entah satu hari nanti si artis jadi lebih baik dari kita. I replied, kita kutuk apa yang dia lakukan sekarang, kalau dia berfoya-foya kat night club, minum arak, kena tangkap khalwat, kutuk apa yang dia buat, sebab malaikat pun kutuk orang macam tu. Kalau semua ahli masyarakat tak nak kutuk, sebaliknya diam diri dan berdoa supaya si artis berubah, maka berleluasalah perbuatan maksiat tu sebab takde positive disapproval from the society. Sometimes I pun pelik. Reporters melaporkan macam-macam keburukan artis, memang character killing habis, tapi kita boleh seronok pulak baca kat tabloid, dah tu populariti artis tu melonjak gila-gila lepas tu.

   Setiap kita ada dark sides of ourselves. Jangan ingat character killing ni kat bab-bab serius macam jenayah, moral dan akhlak aje. Kalau you ada kes tak bayar income tax ke, tak settle credit cards ke, etc. itu pun boleh jadi elemen nak mengganggu hidup you. Macam Ustaz Harun Din, pernah sekali dia tak boleh jadi calon pilihan raya sebab dia pernah jamin sorang student belajar and that student had failed to pay back the loan, Ustaz Harun Din was only a guarantor, itu pun dijadikan issue oleh opponents. Itulah dunia. Itulah manusia. Of course judgment manusia takkan boleh seadil judgment Allah di Padang Mahsyar.