speaks her mind…


ER vs Grey’s Anatomy

   Once upon a time, ER inspired me a lot to become a doctor when I grow up. My parents didn’t force me at all, takdelah nak decide what their every kid should be. But looking from my great performance in my studies since kindergarten, they slowly planted the interest in me. From time to time, ayah and mak always gave me inspiration and motivation to become a gynaecologist one day. Ayah selalu cakap, “Allah dah bagi Kak Lang pandai. Kak Lang kena jadi pakar sakit puan, sebab sekarang ni tak ramai doktor perempuan jadi pakar sakit puan…” During my childhood time, boleh kata every year my mother got pregnant. Since my father is religous, seboleh-bolehnya ayah akan cari doktor perempuan untuk mak, which was quite hard at that time, even though if you go to private hospital. So I pun dah terindoktrin dalam kepala untuk bercita-cita jadi doktor. Masa tu the only medical drama which available on tv was ER. Zaman 1990-an, cuma ada channels TV1, TV2 and TV3 aje. ER was aired once in a week on TV2, tayang pulak waktu Maghrib, so I guess Malaysians tak berapa minat cerita tu, even though at that time ER was the most awarded drama series. Hari yang ada ER, selalunya I akan lambat solat Maghrib, punyalah creazy kat drama tu.

   Memang bersemangat tonton ER! Rasa macam jadi doktor ni lebih hebat dari superhero Ultraman ke, Superman ke, etc. Zaman kecil-kecil, budak-budak lain dok berangan nak jadi Superman untuk selamatkan bumi, I rasa the idea was stupid, Superman tu bukannya real wujud pun. Tapi kalau jadi doctor, you will be the true superhero, menyelamatkan nyawa orang di alam reality. Conflicts dalam ER pun sangat down to earth, case every case, issue after issue, kita boleh bayangkan macam tulah the real situation that is happening in an emergency room every day. Pelakon dalam ER pun sungguh-sungguh mainkan watak doctors and nurses, no wonder they got many awards. Terasa macam kerjaya doktor ni sangat mulia, diorang sanggup ketepikan hal peribadi ketika menyelamatkan orang, bertahan tak cukup tidur dan rehat, try to save lives no matter orang yang dibawa ke ER tu penjenayah ke, kutu jalan ke, penagih dadah ke, orang tua ke, semua diorang rawat sepenuh hati. Dan ada diselitkan juga issues tentang pengurusan hospital, how they have to work under limited budget, new stupid policy, working with incompetent new staffs in a not so good working environment and facility, hmm… ER memang best!

   But later, I discovered that walaupun I selalu excelled in school examinations with almost straight A’s, I am actually not so good in science subjects. I had to depend heavily on notes and sample questions, bila jawab soalan, I cuma fotostat balik apa yang I dah studied. If the questions need critical thinking, something that is not in the book, kepala otak I tak mampu nak berfikir sendiri secara kreatif, logik dan bijaksana. That was why I boleh score in Biology, but not in Physics, Chemistry and Mathematics. Biology, you baca, you hafal, you muntahkan balik exactly on question papers. Other science subjects bukan bersifat begitu, you have to understand, manipulate and use logics. Sungguh I cukup tertekan with these subjects sepanjang in upper forms in secondary school. However I did force myself to do extra work, knowing that kalau nak buat medicine, dia bukan nak tengok Biology semata-mata, dia nak combination of all subjects. I mampu paksa diri sampai SPM aje. When I was in matriculation, that was it, I decided to stop doing something that I didn’t like. I hate Physics, I hate Chemistry, I hate Mathematics. Ditambah-tambah dengan sakit puan yang I hidapi waktu tu, tekanan menghadap buku Fizik, Kimia dan Maths tu lagi menyemakkan jiwa. Maka hancurlah impian nak jadi doctor. I had to surrender, I am not brilliant enough, not so determine, I am not meant to become a doctor.

   However medical dramas still catch my attention up until now. I still adore doctors. I masih mengagumi profession yang sangat mulia itu. Lama ER hilang dari tv, siri tu pun actually dah dihentikan. Until last few years bila Hallmark Channel kat ASTRO mainkan semula that drama series. Everyday pulak tu! Memang lepas gian sungguh dapat tonton ER. Zaman sekarang ni dah berlambak medical dramas, bukan setakat ER, ada Grey’s Anatomy, House, Nip/Tuck, and a few yang tak berapa glamour tenggelam timbul kat tv. I watch all of them, tapi taklah commit gila-gila sampai mesti terpacak depan tv every time those dramas are aired. I watch when accidentally buka tv ada cerita-cerita tu. Sad to say, watching recent medical dramas taklah seseronok zaman I tengok ER dulu. Mungkin sebab zaman dah berubah, society pun dah berubah. Cerita-cerita medical zaman sekarang bukan lagi bermatlamat nak induce good moral values or educate society semata-mata, tapi mesti nak selit unsur-unsur seksual dan keruntuhan moral. Agaknya tak lama lagi selit pulak unsur-unsur ganas, hilang kepercayaan pada Tuhan, dan entah apa-apa lagi in medical drama series. Just wait and see in decades to come.

   Lately I got opportunities to watch Grey’s Anatomy every week. Sungguh I cukup menyampah dengan cerita tu! Apa intention producer dia sebenarnya? Nak memuliakan kerjaya seorang doktor atau nak promote penyakit sosial? 5, 6 kali tengok Grey’s Anatomy, memang penuh dengan zina. Tak kisahlah bangsa diorang memang menjadikan zina sebagai cara hidup pun, lantaklah. Tapi menjadikan tema zina dalam sebuah medical drama terasa sangat jijik dan kotor. Agaknya sebab diorang tak bercampur gaul dengan orang luar, kononnya mengabdikan diri dan seluruh kehidupan hanya di hospital, maka para doktor ni bertukar-tukar pasangan sesama diorang. Minggu ni buat seks dengan doktor ni, next week dengan doktor lain, the following week tukar balik. I read in newspaper, this season Grey’s Anatomy akan paparkan hubungan lesbian pulak between two female doctors. Great, mula-mula hubungan seks bebas lelaki perempuan, lepas tu hubungan sesama jenis, esok-esok hubungan dengan binatang pulak! Yang lebih keji, hospital dijadikan port untuk berzina, during recess time, buat seks sana sini. Maka jadilah cerita Grey’s Anatomy tu popular bukannya sebab medical issues and conflicts yang dipaparkan, tapi orang lagi suka tengok sebab nak tahu tentang scandals and affairs di kalangan para doktor tu. Konon-konon diorang berlakon nak tunjukkan betapa doctors in that hospital bersungguh-sungguh komited nak selamatkan nyawa pesakit, sampai melibatkan emosi dalaman, menjejaskan kehidupan peribadi, semua tu. But I berani bet, orang yang suka tengok Grey’s Anatomy actually lebih suka menanti-nanti aksi panas those doctors daripada menghayati kemuliaan medical profession.

   Orang boleh kata kat I, kalau tak suka, jangan tengok, takde siapa suruh tengok. Benar! I tengok Grey’s Anatomy sebab I focus kat medical issues and conflicts dalam cerita tu. Tapi bila sampai bab-bab scandals and affairs ni, memang terasa muak, jijik dan bosan. Producer who produces Grey’s Anatomy memang ada idea yang hebat, I heard that they have medical professionals in their production team, so sedikit sebanyak jalan cerita yang berlaku di hospital tu are based on real situation, just like ER. Dalam Grey’s Anatomy pun ada politics di kalangan doctors juga, to be the best, to grab the best case, to impress orang atasan, sama aje macam ER. Bezanya ER tidak menarik penonton dengan kisah scandals and affairs, mungkin ada sikit-sikit, tapi itu bukan tarikan utama. ER ada peminat tersendiri kerana jalan ceritanya yang betul-betul superb. I percaya, kalau Grey’s Anatomy tak bersandarkan pada isu seks pun, peminat medical dramas akan tonton juga. Tapi mungkin rating penontonnya taklah sebanyak bila diorang selit aksi-aksi seksual, maybe that is their marketing strategy.

   Oleh kerana I sangat memandang tinggi kerjaya seorang doktor, I really hate to think that doctors could behave like that. I mean, mempunyai moral yang rendah. Sebagaimana I benci bila dapat tahu bekas Menteri Kesihatan langgan pelacur! Bukankah mereka doktor yang sepatutnya promote a healthy lifestyle, menjaga moral dan menjalani hidup yang boleh dicontohi? Bukannya menggalakkan orang melakukan seks bebas dengan syarat with precaution. Cuba bayangkan kalaulah kita menjadi pesakit di hospital dalam cerita Grey’s Anatomy tu, agak-agak sanggup tak mendapat treatment dari doctors rosak akhlak macam tu? Yes, they are great doctors. Tapi yang menyembuhkan penyakit adalah Tuhan, bukan doktor. Sebab tu dalam Islam, bagi seorang wanita, ada aturan doktor yang kita disarankan pilih. Bermula dengan doktor wanita Islam, kemudian doktor wanita ahli kitab, kemudian doktor wanita bukan ahli kitab, then baru diikuti doktor lelaki Islam, kemudian doktor lelaki ahli kitab, lastly baru doktor lelaki bukan ahli kitab. Islam tetapkan aturan tu sebagai guideline, nak tunjuk bahawa siapa yang merawat kita mempengaruhi berkat atau tidaknya usaha kita menyembuhkan penyakit tu. Tapi misal kata la takde doktor wanita dan lelaki Islam, yang ada doktor wanita dan lelaki Kristian, tapi perangai macam doktor dalam Grey’s Anatomy, harus saja kita cari doktor lelaki Buddha. Tapi rasanya zaman sekarang ni, kita dah tak berapa kisah pasal ni. I mengaku, I juga taklah menjaga sangat bab ni. Pergi hospital, nasiblah dapat doktor mana yang on duty, even bersalin pun dengan doktor lelaki. Bila tengok Grey’s Anatomy, banyak-banyaklah berdoa dalam hati, janganlah sampai kita dirawat oleh doktor yang rendah akhlaknya. Benar, in medical school mereka telah diajar tentang etika, but they are still human beings yang memang diciptakan Allah punya kelemahan.

Contractions

   Soalan paling selalu ditanya oleh gadis-gadis bujang kat I, “Tak sakit ke beranak?” Hmm… Allah memang dah jadikan sakit bersalin tu tersangat-sangat sakit, sampaikan ada hadis kata boleh dapat pahala mati syahid. Tapi dalam zaman moden sekarang ni, dah tak mustahil you jumpa ibu-ibu yang boleh claim, dia tak rasa sakit langsung melahirkan anak dia, thanks to the epidural and C-section. Some of my friends call epidural as “happy-dural”, memang tak rasa sakit apa-apa, tiba masa doctor suruh push, kita push, sedar-sedar dah bunyi baby nangis. Ada juga yang awal-awal lagi dah booking nak caesarean sebab tak berani nak rasa sakit lahirkan baby through vagina, padahal bukannya ada apa-apa complication pun. Even ada yang nak deliver at week 36, especially artis-artis barat, sebab nak minimize scars and wounds. Yelah, 2 minggu after delivery diorang dah start nak pakai bikini dan kembali aktif seks bebas. You ingat artis-artis barat tu genuine ke nak jadi ibu? Semua nak glamour aje, nak jual gambar anak, padahal bukannya rasa sakit bersalin, anak-anak pun actually nanny yang jaga 24-7. Tapi sebenarnya pregnancy itself is not an easy journey. So even though a mother langsung tak rasa sakit melahirkan anak, anaknya tetap wajib taat dan hormat pada ibu, because for 9 months ibunyalah yang menyediakan rahim dan membekalkan nutrients untuk dia membesar from single cell to a complete human being. Not to mention pasal morning sickness, sakit sana sini, hormonal changes, uncomfortable feelings, etc. Tak tahulah pulak kalau di abad akan datang, perempuan dah tak perlu mengandung, biakkan zuriat dalam special tank aje, macam dalam movie tu, nauzubillah…

   Personally I rasa bersyukur diberi nikmat oleh Allah untuk merasai betapa sakitnya melahirkan anak. Orang lelaki tak dapat nikmat tu, walaupun kalau ikut logiknya, kaum Adam ni diciptakan lebih kuat fizikalnya. Dan tak semua perempuan dapat merasa nikmat tu. Memang tersangat sakit, tapi tak pernah lagi I rasa serik, fobia dan trauma. Masa bersalinkan Imah, I bodoh lagi, I didn’t know what it was all about, what to expect, what I was going through. Memang bertanya pada orang lebih tua, baca buku-buku, but when you are in the real situation, it is a different story. I was given epidural after 3 days of strong contractions, doctor takut I dah tak larat nak tanggung all the pain and nanti tak cukup tenaga untuk push. Shame to admit, masa tu I tak tahu epidural tu apa. Yelah, pembacaan I semua pasal natural birth, tak pernah terfikir nak bedah or bius-bius ni. So sepanjang in labor room tu, memang tak rasa apa-apa, kebas dari perut sampai hujung kaki, I even couldn’t move my toes. Sesekali doctor datang, dia pegang perut I, dia cakap dah full contraction, 100%, just wait until full dilation. But of course I didn’t feel anything. Tiba masa jalan dah buka sepenuhnya, doctor suruh push. Seriously I didn’t know what to do. For almost two hours I pushed tanpa arah tujuan, pushed dengan cara yang tak betul. Sampailah I dah boring, rasa macam nak give up sebab I tak tahu apa yang I nak capai. Akhirnya sorang doctor ni suruh hentikan epidural, seboleh-bolehnya dah sampai up to that point, dia tak nak perform C-section, kepala baby pun dah boleh nampak. Lepas takde epidural tu baru terasa sakit yang menggila, baru dapat push in a correct way because the pain had induced you to react. A few minutes lepas tu Imah pun lahir.

   Mengambil pengajaran from my first delivery, masa bersalinkan Amjah, Zara and Adham, I totally refused to take epidural right from the beginning. It is common now, especially if you bersalin kat private hospital, have unlimited medical insurance coverage, or bersalin kat government and the nurses tengok profile that your husband is an executive, normally diorang akan offer epidural. I terbaca, only 20% mothers in US yang tak nak epidural, it is quite rare now kalau request nak complete natural birth without pain management. I lagi sanggup tanggung sakit berjam-jam menghadapi contractions yang menggila and treasure the amazing processes of labor sebagaimana yang Allah tetapkan. Kesakitan itulah yang menguatkan semangat I untuk push dan push dan push. Kesakitan itulah yang buatkan I dekat dengan Allah dan menginsafi dosa-dosa. Kesakitan itulah yang membuatkan proses kelahiran anak kita lebih dihayati dan disyukuri. I percaya, setiap anak ada haknya yang mesti ditunaikan. Kesakitan melahirkan oleh si ibu adalah hak anak ke atas ibunya untuk dia menghirup udara pertama di bumi Allah. Dan sebagai ibu, I am willing with my open heart untuk menyempurnakan hak itu. Sebab tu I hairan, sometimes tengok cerita orang bersalin kat tv, especially non-Muslims, dek kerana sakit sangat nak bersalin, mulut dia sampai menyumpah seranah baby dalam perut, sampai kutuk Tuhan, sampai mencarut-carut.

   Tak tahu apa pandangan ibu-ibu lain. Tapi pada I, sakit bersalin tu yang paling sakit ialah masa contractions. Rezeki masing-masing la berapa jam alami contractions. Even the same mother pun tak sama tempoh contractions antara anak-anaknya. Like me, Imah tu sampai 3 hari strong contractions, masa Amjah 4 jam, Zara 3 jam dan Adham 5 jam. Masa Imah, the contractions were induced, sebab tu tah hapa-hapa, sakit macam dah dekat nak mati, but still not in labor. Doctors in government hospital, diorang masukkan ubat untuk induce, lepas tu tak follow up, sampai la tukar next shift. Next shift tambah ubat lagi, lepas tu tinggal I terkapai-kapai untuk the following shift pulak, macam hampas! Masa Amjah pun induced labor juga, tapi kat private hospital, so I was closely monitored hour to hour, tu sebab it took 4 hours aje. I seboleh-bolehnya tak prefer induce labor with Pitocin, Prostin, what so ever tu. I dah pernah rasa normal contractions ikut hukum alam masa bersalinkan Zara. Doctor cuma pecahkan air ketuban dan biar natural processes took place. Kalau you dah pernah rasa contractions yang induced dengan contractions yang natural, memang terasa bezanya. Kalau induced, sakit tu macam takde interval, sepanjang-panjang sakit, sampai you tak tahu macam mana nak curi masa untuk tarik nafas, nak ubah posisi baring pun tak terdaya. Kalau yang natural, at least lepas sakit menggila selama seminit, ada interval 10 seconds untuk you bertenang, before it starts again. Having contractions without epidural is the true challenge in giving birth. Masa tu you only focus on yourself, sekitar bilik dah jadi blur, orang-orang sekeliling dah tak penting. Even if your husband tries to ease your pain pun, it doesn’t help, sometimes rasa lagi semak kalau orang dok pegang-pegang kita. Cuma I found it really helping bila dengar Abang baca Al-Qur’an kat tepi katil masa I tengah bertarung nyawa menahan sakit. At least kita terasa ada pergantungan dengan Allah. Waktu tu, nak baca selawat, zikir semua tu dah tak terucap oleh lidah, setakat terbayang dalam fikiran dan terdetik dalam hati aje. Memang takut kalau Allah ambil nyawa kita, di saat kita masih belum bersedia. Masa tulah nak insaf.

   Sakit melahirkan anak memang berbaloi, lebih-lebih lagi bila baby dah keluar dan terdengar tangisan pertamanya. The very first meeting with the newborn, dengan merah-merah darah, bila nurse letak atas dada kita, that moment memang akan terakam dalam memory sampai bila-bila. Yes, people around us sangat happy, tapi takkan sama dengan kegembiraan yang seorang ibu rasa. Setelah 9 bulan dikandung ke sana sini, hanya ibu yang faham perasaan dapat memegang baby dalam pelukannya. Anak yang lahir hasil kasih sayang antara ibu dan ayahnya. Lahir dengan sejuta harapan dan janji ibu ayah untuk membesarkan dan mendidik sebaiknya. Sometimes I wonder, berbaloikah perempuan-perempuan yang bersusah-payah mengandung dan melahirkan anak luar nikah? Tugas mengandung dan melahirkan bukannya mudah. Tetapi tugas itu mulia. Tercalarkah kemuliaan itu bila anak yang susah-payah dilahirkan tu terhasil dari benih yang haram? Put aside kisah rogol tanpa kerelaan. I bercakap tentang perempuan-perempuan rosak akhlak yang merelakan dirinya ke lembah zina. Tidak cukupkah sakit perit mengandung dan melahirkan anak luar nikah itu menjadi pengajaran yang menginsafkan dan membawa mereka kembali kepada Tuhan? My sister who has just graduated from medical school pernah beritahu, masa dia sembang dengan nurses kat wad bersalin, macam-macam kes terdengar. Ada sorang minah ni datang nak bersalinkan anak luar nikahnya yang ketiga! Ada pulak yang datang bersalin bertemankan pasangan suami isteri yang dah ready nak ambil baby dia jadi anak angkat, she even didn’t want to meet her newborn. Ada yang bersalin sambil menyumpah seranah lelaki yang membuntingkan dia. Believe or not, dalam seminggu ada berbelas-belas kes anak luar nikah dilahirkan in that hospital! Astaghfirullah! I rasa, for those women, bukan lagi satu kemuliaan pada diri mereka sungguhpun mereka menempuh sakit perit proses melahirkan anak. Sakit mengandung, sakit contractions, sakit ketika push, sakit lepas bersalin, etc, dengan sebanyak-banyak pahala yang Allah anugerahkan pada golongan ibu dan sebanyak-banyak ruang penghapus dosa, semua tu masih belum cukup untuk menginsafkan, barangkali begitulah…

Air

   Nak mendidih betul jiwa, bangun pagi ni, air kat sinki dapur takde, bermakna kat rumah takde air lagi hari ni. Semalam dah jadi dah. Sepanjang hari kami terpaksa keluar rumah, pergi kenduri kahwin, lepak kat masjid, makan-makan, bawa anak-anak main kat beach. Dah siap mandi petang di tandas awam, baru balik rumah. I memang tak tahan kalau rumah takde air, serabut aje kepala memikirkan anak-anak yang tak habis-habis kencing berak, nak susu, basuh pinggan mangkuk, etc. Mujur malamnya dah ada air, itupun slow, mungkin sementara nak penuh tangki rumah penduduk kat taman ni. Abang and I memang bising juga, kalau ye pun JBA nak buat kerja, apasal la pilih hari Sabtu? Hari orang nak bermalas-malas bercuti di rumah, nak masak special, nak basuh kereta, nak basuh baju, semua tu. Bodoh sangat ke diorang sampai tak boleh fikir? Dah la tak bagi notis apa-apa. Tapi semalam boleh control perasaan lagi, mungkin something unforeseen had happened.

   Alih-alih hari ni jadi lagi. Memang menggelegak perasaan I! I admit, I am a heavy user kalau bab-bab air ni. Bil air RM30+ a month tu perkara biasa. First, sebab I ada ramai anak kecil, faham-faham sajalah. Second, sebab I agak was-was kalau bab-bab najis dan bersuci ni, I akan basuh sampai puas hati hilang bau, warna dan rasa. Third, sebab I tak suka bau sabun, basuh pinggan kena bersih-bersih sampai takde traces of sabun. Fourth, baik I, baik Abang, baik anak-anak, semua suka menyalin baju, so washing machine tu memang hari-hari kena berputar. And finally, I memang suka mandi lama-lama, it is my way to relax and release tension, sambil berfikir dan menerawang. Jadi bila air takde, I tak boleh hidup dengan lapang, aman dan smooth as it always uses to be. Semua nak kena catu, semua nak kena buat lebih kurang, semua nak berkira-kira, takut air kat tank habis. Kita yang dewasa ni boleh control, boleh tahan tak mandi, tapi anak-anak bukannya boleh tahan kencing berak.

   So I called JBA Pahang. JBA salahkan TNB, sebab katanya power supply kat tangki besar failed. Semalam TNB dah repaired, JBA dah salurkan semula air, alih-alih pagi ni rosak balik. So JBA kata, salah TNB, kena tunggu la TNB buat kerja. Takde jaminan bila kerja-kerja tu boleh siap, mungkin petang, mungkin tengah malam. Wah, hot sungguh I bila jabatan ni suka salahkan jabatan lain, orang ni suka salahkan orang lain, untuk melepaskan diri, seolah-olah dia takde tanggung jawab apa-apa. I tanya officer tu, habis tu, hari ni rosak, esok rosak, minggu depan rosak, macam mana cara diorang buat kerja, macam mana diorang buat routine maintainance, dan apa back up plan yang diorang ada? Konon bila bekalan air diswastakan, boleh improve perkhidmatan, lepas tu company asyik demand kat kerajaan negeri nak naik tarif air, tapi service macam hampas! Kalau maintainance ikut procedure and schedule, takdelah dua bulan sekali tangki asyik problem. Response time pulak sangat lembab, seolah-olah baru sehari dua diorang buat kerja ni. This is not the first time. Dan diorang macam takde post mortem lepas kejadian sebelum ni. Dah pernah jadi a few years ago, sampai straight dekat 2 minggu takde air setitik pun! Only on the fourth day datang lori hantar air, tu pun lepas puas penduduk sumpah seranah, sampai wakil rakyat masuk campur. Masa tu JBA bagi alasan, semua pam kat tangki besar meletup, kena order spare parts from somewhere, and the delivery would take a few days. Kami pun bersabar, tapi memang tak faham, macam mana kalau ada 5 pam, lima-lima boleh meletup, dan diorang takde back up langsung! After a few days, air masih takde. Kali ni JBA bagi alasan bangang, spare parts yang diorang order tersilap order dan tak match dengan tangki. Apakah engineers and technicians diorang tersangat bodoh sampaikan kesilapan macam tu boleh berlaku, di ketika orang dah seminggu mandi kerbau dan makan kat luar, and even ada yang ambil cuti lari balik kampung?!!

   I dah pernah merasa hidup kat macam-macam negeri. Isu air ni kat mana-mana negeri pun rasanya sama aje. Mungkin I boleh puji negeri Perak, I pernah duduk setahun lebih di Tronoh. Kalau JBA nak buat kerja dan ada gangguan bekalan air, a week before mesti kitorang dapat notice dulu, so dah prepare simpan air banyak-banyak. Kalau tak dapat notice pun, maybe sebab berlaku perkara yang tak dijangka, if I called JBA, diorang boleh bagi estimated time bila kerja-kerja tu akan selesai, usually reliable, so I boleh plan. Air kat Kelantan, memang “cantik” colour dia, boleh jadi oren warna baju sekolah yang sepatutnya putih. 6 tahun I duduk kat Kota Bharu, memang macam tulah warna air dia, agaknya orang atasan JBA Kelantan memang suka warna oren kot. Sebab tu kalau you pergi Kelantan, even kat taman perumahan pun orang akan korek telaga tiub depan rumah. Di Kedah, sorry to say, kakitangan JBA dia ada minda kelas ketiga. Bukan nak generalize, but at least macam tulah sikap officers yang menjawab telefon di talian aduan perkhidmatan diorang. Bila I mentioned I duduk kat Merbok, mungkin dia ingat I ni orang kampung bodoh yang tak cerdik. Setahun setengah I duduk kat situ, toksah cerita la berapa kali bekalan air terganggu. Sampaikan officers yang angkat telefon dah kenal suara I, boleh dia cakap, “Masalahnya kak, akak sorang aje yang asyik telefon kami, penduduk lain tak bising pun!” Wah, sebab orang lain tak bising, tu yang diorang buat kerja sambil lewa tu! Sudahnya I cakap kat dia, “Baik, lepas ni kalau terganggu lagi bekalan air kat rumah saya, saya dah takkan call JBA, saya terus pergi pejabat wakil rakyat! Wakil rakyat kat sini dah tukar tau!” Memang bengang, I even sampai pergi cari pejabat wakil rakyat dan dah plan nak panggil reporter. I dapat maklumat, banyak projek perumahan yang baru dibangunkan kat situ diluluskan masa pemerintahan terdahulu, diberi kepada kroni, walaupun ada masalah, termasuklah water supply yang mungkin tak cukup untuk cater all the neighbourhoods.

   Yang kat negeri-negeri lain pulak, masalah paling popular sekali ialah air yang berbau. Agaknya klorin turun harga, tu yang diorang campak sebanyak-banyak klorin tu. Even selepas dimasak, terasa macam minum campuran kimia kat lab. Bab keladak, toksah hurai la, try buat experiment sendiri. I pun tak tahulah apa kesan jangka panjang kat penduduk Malaysia twenty years from now. No wonder la companies yang jual alat penapis air tu boleh untung juta-juta. My friends yang join MLM jual benda tu pun sampai boleh dapat bonus bercuti ke luar negara sebab jualan memberangsangkan. Susah apa, you takut-takutkan orang pasal bahaya minum air paip, walaupun yang dah dimasak, tunjuklah gambar-gambar experiment, sure orang gelabah dan beli penapis air tu. Even my mother in law yang ada allergic, ada orang recommended bukan setakat minum, tapi suruh mandi dengan air bertapis tu! Agaknya JBA yang bekalkan air tak berkualiti tu dapat share tak from these companies?

   Kalau duduk kat kampung, takde air kat paip aje, pergi la tepi sungai, atau ambil aje air telaga. Like Abang’s grandmother, sampai sekarang masih pakai air telaga. Tapi kita yang duduk kat bandar ni, nak pergi mana cari air? Bila air takde, unexpected expenses pun meningkat. Kena makan kat luar, kena bazir minyak kereta angkut tong pergi cari air, ada my neighbours sampai sewa hotel, yang lari balik kampung pun ada. JBA buat kerja macam hampas, just imagine berapa banyak kerugian yang pengguna terpaksa tanggung? Lebih-lebih lagi peniaga makanan, yang mungkin tak dapat buka kedai sebab air takde. Yang tu kerugian boleh ditaksir, bab-bab perasaan tak selesa, siapa yang nak bayar ganti rugi? Macam yang I dok rasa ni. In my condition now, the urge to urinate memanjang aje datang. Macam manalah agaknya perempuan yang tengah period? Orang sakit? Budak-budak kecil? Hish… kalau kat barat, senang-senang aje penduduk failkan saman kat company yang uruskan air ni if the service is not satisfying. Kat Malaysia ni, kita bising kat mulut aje, siapa la sanggup susah payah buang masa dan duit bawa kes ke mahkamah?

Nurses in government hospital

   I ada dua kali pengalaman bersalin di government hospital, dua kali di private. Bersalinkan Imah di government hospital di Kelantan. Sebab masa tu Abang was still a student, mana ada duit nak pergi private. Even though my father nak sponsor, but we refused, kena sedar diri la kan. Bersalinkan Zara pulak di government hospital di Terengganu. Walaupun masa tu Abang dah kerja Petronas and we have unlimited coverage for medical expenses, tapi waktu tu I dah determined nak lahirkan anak-anak kat macam-macam negeri, memang bengong betul perancangan hidup I, hihihi. Since Amjah dah lahir kat Pahang, so the next destination was Terengganu, at that time Terengganu takde private hospital lagi. I would not mention here which government hospitals I pergi, because this entry is meant untuk mengumpat nurses kat government hospital, based on my first hand experiences.

   Masa bersalinkan Imah, I was warded for almost two months, because I had abnormal bleeding at week 28. Masuk hospital just for monitoring, I was not in labor pun, and the bleeding did not cause any pain. Memang banyak gila pengalaman sepanjang 2 bulan di hospital kerajaan, cukup modal nak tulis buku kalau nak condemn service kat government hospital ni. Masa Zara pulak, I did not have any complication, bersalin mudah, dah lepas bersalin I bising minta nak discharge sebab lemas duduk kat ward lama-lama. I pun tak tahu kenapa doctors and nurses yang kononnya masuk bidang perubatan untuk berbakti pada masyarakat, but they end up working separuh hati, hanya pergi kerja mengharapkan gaji hujung bulan dan elaun OT. Mungkin sebab gaji yang diorang terima tak setimpal dengan beban tugas yang menimbun kat government hospital. I tak generalize all government doctors and nurses begitu, ada yang bagus, hebat, komited and prihatin kat patients, diorang memang work with full passion and commitment, sampaikan buat kita terharu. Tapi sangat ramai yang buatkan patients rasa serik nak ke hospital tu lagi. Dah jadi perkara biasa kalau lepas dapat service kat government hospital, kita balik dengan sumpah seranah dalam hati dan umpat keji sesama kawan-kawan.

   Sampai sekarang I tak boleh lupa macam mana nurses layan I masa nak bersalinkan Imah. Yelah, diorang tengok buku mengandung, my education level setakat SPM, husband hanyalah seorang student, and both parents were government servants, kira taraf orang biasa la, tak perlu respect agaknya. Memang different sangat kalau compare cara diorang treated ibu-ibu mengandung yang posses degree or pegang jawatan tinggi or isteri orang besar, berbanding pregnant mothers orang biasa-biasa. I berkawan dengan semua orang masa hidup berminggu-minggu kat ward. Ada orang biasa, ada isteri muda seorang Dato’, ada PTD, ada orang asli, ada orang kampung, macam-macam orang, maklumlah, government hospital. Masa I nak bersalinkan Zara, bila diorang tengok buku mengandung, tercatat that my husband works in Petronas, boleh nampak lainnya cara diorang treated I. Bercakap kat katil sebelah lain tone dia, bila datang katil I, lain pulak tone dia, dengan senyum lebar muka manis lagi.

   Masa kat ward time mengandungkan Imah, sesekali Abang datang visited me. Isteri tengah sarat mengandung, pulak tu lama ditinggalkan kat ward sorang-sorang, of course la husband datang nak legakan perasaan isteri, bergurau lebih kurang, urut-urut sikit. I tak rasa pun perbuatan tu kurang sopan, biasa la setakat pegang tangan isteri dan usap perut. Bila Abang balik, ada sorang nurse ni datang kat I, dia marah-marah sebab I mesra dengan Abang depan nurses. I pun tak faham apasal dia jealous sangat. The next time Abang visited me, I tarik curtain supaya tutup katil, so that nurse yang bengkek tu tak nampak kitorang. Bila Abang balik, dia marah lagi, dia cakap tak boleh tutup curtain sebab kalau jadi apa-apa, nanti nurses tak perasan. Heh… kalau jadi apa-apa, I terjatuh katil ke, dah sah-sah waktu tu Abang was with me, of course la Abang boleh ask for help. Masa I tengah sakit contraction gila-gila kat ward, nurse yang sama datang kat katil I, dia pandang remeh tentang sakit I, kononnya biasa la tu sakit macam tu, sikit aje, takde apa-apa, kepala hotak dia! Masa tu I baru tahu yang nurse tu belum kahwin lagi. Padan la dia bengang tengok Abang berkasih mesra dengan I, padan la dia bangang sangat ingat contraction tu sakit ringan-ringan.

   Have I told you, kalau I bengang dengan seseorang, I akan balas balik dengan cara yang paling memuaskan hati. Berminggu-minggu nurse tu kenakan I, almost everyday ada-ada aje isunya. Sampaikan I sembahyang pun dia nak check pukul berapa. I rasa dia target kat I sebab I paling muda kat ward tu, ibu-ibu lain semua lebih tua dari dia, tak berani la dia nak buli. Sampai satu masa, my father discovered that ketua department O & G  kat situ was my father’s junior masa kat Royal Military College dulu. Budak-budak RMC ni possess an extra ordinary amazing and strong sense of brotherhood, even though decades after leaving the school. Pantang ex-RMC minta tolong, by hook or by crook diorang akan tolong. My father contacted doctor tu at 4 am in the morning! Esok pagi at 7 am, tiba-tiba the whole ward kelam kabut, nurses and doctors berlari-lari ke sini-sana. Rupa-rupanya diorang punya ketua department bagi immediate notice nak datang ke ward. And guess what? My father’s friend tu masuk ward diiringi a few other doctors and nurses, terus menuju ke katil I, tengok my file and assigned me untuk terus dibawa ke labor room. Huh! Puas hati. Tahu tak, masa tu dah tiga hari berturut-turut I had strong contraction, berguling-guling atas katil, tapi baru buka 3 cm. Baik doctors mahupun nurses buat tak endah, asyik-asyik bagi Prostin kononnya nak cepatkan buka jalan, lepas tu suruh I tidur, buat tak tahu, sampai la bertukar shift. Ibu-ibu lain kat sebelah katil bergilir-gilir urut my back, tapi nurses buat bodoh aje. Lepas checked my condition, my father’s friend tu keluar ward. Pakat berkerumun nurses kat katil I, semua nak tunjuk concern. Nurse yang selalu kenakan I tu la yang paling gelabah sekali. Masa tu semua takut, they asked me, macam mana I kenal Head of Department diorang. Takut I report la tu, boleh aje I kacau kenaikan pangkat atau gaji diorang, kalau la I nak balas dendam.

   Kononnya diorang dah banyak menghadap orang nak bersalin, nurses tu rasa diorang dah expert, tahu semua. Sometimes orang kat katil sebelah meraung-raung sakit, nurses ambil ringan aje. Ada sekali tu, boleh dia bagi alasan, semua nurses tengah sembahyang Maghrib, tunggu la sampai lepas Isyak. Sedangkan kakak tu dok mengerang sakit. 10 minutes later, dah boleh nampak kepala baby, ibu-ibu lain bising-bising, baru kelam kelibut nak usung kakak tu pergi labor room, itupun pakai wheel chair, tak tolak katil sebab takde nurse. Gila ke assigned sorang nurse aje waktu Maghrib? Orang nak bersalin bukan kira masa. Ada sekali tu pulak, kakak tu dah keluar air ketuban, tapi tak rasa sakit contraction lagi. Nurse tak monitor pun, tak bagi briefing pun, at least beritahulah perkara penting, jangan generalize semua orang kampung tu dungu. Sekali kakak tu cakap kat orang katil sebelah, air ketuban dia dah jadi warna hijau. Nasib baik la orang katil sebelah ada knowledge and experience, kalau dah jadi macam tu ada risiko baby dalam perut tertelan najis dia sendiri. Orang sebelah yang bagitahu nurse, baru nak usung kakak tu pergi labor room. Ada one incident tu, nurses bising-bising marahkan sorang ibu ni. Rupa-rupanya air ketuban dia pecah atas katil dalam ward, habis basah cadar, nurses tu bising sebab dia kena salinkan cadar malam-malam buta. Ingat kita boleh control ke bila air ketuban nak pecah?

   Nurses yang check bukaan jalan pun, sometimes mulut diorang memang kurang ajar. Kebanyakan ibu could not tolerate the pain masa examination tu. Boleh dia cakap, “Masa “buat”, tak ingat sakit, fikir sedap aje… sekarang tanggung la!” Apa punya bahasa nurses tu pakai, padahal umur dah macam nenek orang. Ada pulak nurses yang suka membebel bila tengok rekod ibu yang tiap-tiap tahun pregnant, bersalin anak rapat-rapat. Sampaikan hal bilik tidur pun diorang nak masuk campur, cakap tak berlapik, tanya hal dalam kelambu orang. Belum ambil kira nurses yang suka tegur patients macam buat announcement dalam dewan besar, kalau boleh nak bagi satu ward dengar suara dia. Jagalah aib orang. Sesetengah patients memang orang kampung, even ada orang asli pun, diorang tak tahu rules, sometimes tak perasan ini tak boleh buat, itu tak boleh buat. Nurses ni suka bagi alasan, penat buat kerja, tak larat nak melayan ramai sangat orang dengan macam-macam kerenah. Kalau macam tu, cari la profesion lain!

   Sepatutnya nurses lebih prihatin dengan keadaan pesakit, sebab hari-hari diorang buat kerja tu, diorang belajar benda tu secara theory and practical. Lepas bersalin, kalau kat government hospital, diharamkan bawa formula milk dan botol susu, sebab nak encourage penyusuan susu ibu. Baguslah, I sokong dasar tu. Masalahnya, maruah ibu yang menyusu kena jaga juga. Masa I bersalinkan Imah, satu ward tu ada 20 orang yang semuanya baru lepas bersalin. Nurses tak bagi tarik curtain, sebab takut kalau jadi apa-apa, nurses tak perasan nanti. Tapi cuba fikir bila tiba waktu melawat, para suami dan kaum keluarga penuh dalam ward. Kalau ada 20 katil ibu lepas bersalin, agak-agaknya berapa ramai lelaki dalam ward tu masa visiting hours? Belum campur mat-mat Bangla yang jadi cleaners, on and off ada dalam ward. Belum campur doktor lelaki, atendan lelaki, contractor yang repair hospital, etc. Wajibkan menyusu anak, tapi tak bagi privacy, memang free show aje kat dalam ward tu. Nasib baik I bawa tudung besar, boleh menyusu baby dalam tudung. Ada sesetengah ibu lepas bersalin sangat tak bermaya, yelah, daya tahan badan berbeza setiap orang. Nurses pulak limited in number, belum campur yang ada tapi macam takde, sibuk bersembang aje. Bukannya nak bantu ibu-ibu ni turun naik katil, nak pergi tandas, nak attend baby. Dah la toilet punya jauh, facility tak sesuai langsung untuk ibu lepas bersalin. I jumpa a few mothers yang terkoyak jahitan kat kemaluan sebab banyak sangat bergerak dalam ward, dah satu hal nak kena jahit balik. Yang first time mothers tak reti itu ini, nak menyusu anak tak pandai, nurses main lepaskan macam tu aje. Kononnya tak cukup masa nak attend semua orang, yang diorang dok berjual beli kuih raya boleh pulak. Sudahnya sesama ibu saling membantu, orang katil sebelah tolong orang sebelah, yang dah ada experience ajar new mothers, yang datang melawat pakat-pakat bantu.

   Satu benda yang I cukup tak approve bila nurses suka mengumpat sesama diorang kuat-kuat depan patients. Tak dinafikan, ada sesetengah nurses ni dah berpuluh tahun kerja, experience diorang lagi banyak berbanding new doctors yang baru graduate tengah buat housemanship. Tapi bila diorang asyik mengutuk young doctors ni, bayangkan bila those doctors datang nak treat patients, sudah tentu awal-awal lagi patients dah set mind bahawa doktor tu tak pandai, tak reti, tak competent, dek kerana mulut nurses tu. Ada juga I jumpa nurses yang suka cerita pasal patients kat orang lain. Walaupun tak sebut nama, tapi bila cerita tentang aib orang, tetap keji perbuatan tu. Mentang-mentanglah diorang nurses, boleh tengok sampai ke dalam kain. Apa faedahnya nak cerita pasal benda-benda buruk kat pesakit pada orang ramai? Sometimes cerita-cerita tu sangat lucah dan tak beradab. Bila I jumpa nurses macam ni, I akan elak bagi dia check I, takut-takut nanti I pulak jadi mangsa mulut dia seterusnya.

   This fifth delivery, I have not decided yet nak bersalin kat mana. Masa due date, I will already be in Shah Alam. Insya Allah plan nak bersalin kat different state pulak, tengoklah dulu, Selangor ke, KL, Negeri Sembilan or Melaka. Sampai masanya nanti, kalau dah tertakdir bersalin kat government hospital pun, tak kisahlah. Tapi my friend ada cakap, kalau kita ada kemudahan dan kemampuan pergi private, lebih baiklah tak payah menyemak kat government hospital tu. Betul juga, kesian kat doctors and nurses yang kerja government, makin tak sempat la diorang nak rawat pesakit elok-elok. Kesian kat orang yang tak mampu kalau orang yang mampu pergi private pun nak berebut dapatkan service kat government juga. I takdelah mengharapkan kemudahan 5-star ward. Cuma bila pergi private hospital, nurses dia lebih baik, lebih lembut, lebih sopan-santun dengan patients. Kita pun rasa dijaga dengan baik. Dah la emosi lepas bersalin for sure tak stabil, takkan nak tambahkan serabut bergaduh dengan nurses, betul tak?

Homework

   Teruk betul I hari ni. After Abang went to office at 7 am, I sambung tidur. Something that should be extremely avoided on school days. Terjaga pukul 8 pagi, kelam kelibut dibuatnya. Hari ni second day Imah and Amjah ada mid year examination. Sementara I bercuti 2 bulan kat Kuantan ni, Imah and Amjah menumpang belajar kat tadika near to our house. Dengan Adham dan Zara yang bangun awal dan ngok ngek ngok ngek, nak mandi anak-anak, dengan kerenah Imah dan Amjah pagi-pagi yang last minute baru nak minta bawa bekal la, nak pakai kasut baru la, nak bawa itu ini pergi sekolah la, akhirnya we reached school at 9 am. The school session starts at 8.30 everyday. Masa sampai, semua budak dah ready nak jawab kertas soalan, cikgu tengah bagi briefing. Wah, penat rasanya bila kena rush. Mujur hari ni my voice tak high pitch, since the late was due to my fault, not because of the children liat bangun ke, buat perangai ke, etc.

   I regret betul,  masa nak keluar rumah pagi tadi, tengok-tengok dalam beg Imah dan Amjah, baru perasan ada banyak homework yang cikgu bagi semalam. Normally after diorang balik dari sekolah, I will make sure that I will check their school bags. Kalau ada homework, kena siapkan sambil-sambil diorang dok bising memekik petang-petang. I have to induce their mood untuk buat homework, because sometimes the temptation to play, to watch cartoons, to draw, really make their day. Have I told you that both of them really like drawing? But yesterday, balik aje dari sekolah, dengan school uniform tak bersalin, I brought them to town. Balik-balik dari town, dah petang, dah penat. Sedar-sedar dah malam, Abang came back from office. When Abang is at home, I could not be totalitarian anymore, as the kids sometimes ignore me for they always prefer their Ayah over Ibu. So they ended their day by watching CD kisah-kisah Nabi sampai entah pukul berapa, buat tak tahu aje kat homework. I regret sebab homework yang cikgu bagi tu mungkin akan naik soalan dalam exam, macam mana Imah and Amjah nak jawab kalau tak buat revision? Diorang baru tak sampai sebulan belajar kat tadika tu, syllabus lain dari tadika di Merbok. I susah hati fikir pasal exam hari ni.

   When we were in Merbok, Imah and Amjah jarang sangat bawa balik homework. Different school, different approach. Not that their kindergarten kat Merbok tu tak ajar apa-apa, cumanya cikgu kat sana tak prefer budak-budak bawa balik buku sekolah. Kat situ ramai budak kampung, yang kalau bawa balik buku, esoknya buku tu akan hilang, koyak atau tak bersentuh. So semua kerja disiapkan kat sekolah aje, kalau tak siap, esok sambung. Tapi kindergarten kat Kuantan ni, I salute la, hari-hari cikgu bagi homework. Tak perlu banyak, two three pages aje, sekadar nak bagi budak-budak tu biasa dengan homework dan taklah balik rumah semata-mata duduk saja, main dan tengok tv. Padan la dengan yuran pun. We paid RM635 for both Imah and Amjah for this month only. Adat la kan, bayar lebih, dapat lebih.

   Imah dah nampak ciri-ciri bertanggung jawab dan concern pada pelajaran. Normally I do not have to ask her, ada homework ke tak. Kalau dia ada homework, balik-balik dia terus buat. Imah sangat particular, I guess sifat tu dia dapat dari I, sebab Abang takdelah particular sangat kat benda-benda kecil. She does her work nicely, she will be very upset kalau ada cacat cela sikit-sikit, misalnya terwarna keluar garisan ke, tertulis senget ke, terkoyak hujung buku ke. Atau bila I check kerja dia and I find mistake, dia akan cepat-cepat betulkan, so that her work will appear perfect bila hantar kat cikgu. On the other hand, talk about Amjah, biasa la budak lelaki… I think budak lelaki ni turning point dia lambat sikit. Sometimes Amjah sangat liat nak buat homework. Dia lagi interested nak melukis daripada menghadap buku sekolah dia. So I have to induce his mood. Sometimes I just hope that Amjah tu ada perasaan nak bersaing secara sihat dengan Imah. I harap dia berlumba dengan Imah, siapa siap homework dulu, siapa lagi pandai, siapa lagi rajin, etc. Ada masanya Imah dah siap homework awal-awal, Amjah pulak sampai ke malam malas nak buat homework, so Imah offers herself untuk tolong buat Amjah punya kerja. Of course I tak benarkan, nanti Amjah terbiasa. Ala… what could you expect from a 4-year-old boy? Even though when Imah was 4 she was already responsible on her homework, I tak boleh compare Imah dengan Amjah, sebab Imah anak perempuan, Amjah anak lelaki, different nature. Ada masanya pagi-pagi nak pergi sekolah, Imah perasan dia terlupa buat homework, dia sangat risau, siap bisik kat I suruh I yang beritahu cikgu, yang dia terlupa siapkan homework. Tapi Amjah, dia buat bodoh aje, dengan muka selamba tunjuk page kosong kat cikgu.

   Masa I sekolah dulu, I sangat liat dan malas nak siapkan homework. Balik rumah aje, letak beg sekolah, tak ambil peduli dah sampai esok pagi, nak pergi sekolah baru cari beg tu balik. Adik beradik ramai, banyak benda boleh main dengan adik-adik, ada-ada aje aktiviti kitorang kat rumah. Sebab tu I benci bila ada homework, I tak suka cikgu yang suka bagi homework, especially subjek Matematik. Kononnya kalau nak terror Matematik, kena buat banyak latihan. I buat kerja sangat laju, sebab tu boleh siapkan kerja kat dalam kelas. Tapi ada cikgu-cikgu yang komited ni, tetap suka bagi homework sebelum keluar kelas, tension betul. Muka-muka selalu tak siap homework, mesti ada terselit muka I. Sometimes bila dapat cikgu yang garang, tahu pulak takut, esok pagi I woke up sebelum Subuh, pulun siapkan kerja. Sometimes I pergi sekolah awal gila, pinjam buku kawan-kawan untuk copy sebiji-sebiji. And sometimes, trick paling biasa, pergi sekolah dan tinggalkan buku tu kat rumah, lepas tu cakap kat cikgu yang buku tertinggal. Itulah yang I buat sepanjang 11 tahun di alam persekolahan. Memang teruk betul, sampai form five pun I berperangai macam tu!

   Seingat ingatan I, masa kecil-kecil dulu, jarang sekali mak tanya, ada homework ke tak? Orang kata kalau mak kita cikgu, selalunya she would be very concerned pasal pelajaran anak-anak. Tapi sepanjang 11 tahun tu, I tak pernah ingat mak checked my school bag, mungkin mak ada checked when I was sleeping, tak tahulah. Bila I dah jadi ibu, I realize tentang kepentingan disiplin dalam pelajaran. Betapa parents ni kena ambil peduli kat hal ehwal persekolahan anak-anak. Especially si ibu, sebab normally ayah sibuk dengan urusan di luar. Tak sedikit pun I nak blame my mother. I believe approach mak ayah kita berbeza kat setiap anak. Mak memang kurang peduli pasal pelajaran I, tapi mak still concentrate kat adik-adik bawah I, paksa diorang buat homework, hantar diorang pergi tution classes, checked buku-buku diorang. Mungkin mak lepaskan I on my own sebab mak percaya kat I. Every exam I got good marks, even though she paid less attention on me. But if she ignored adik-adik, nanti exam diorang pun kucar-kacir. I rasa macam tu jugalah my situation sekarang. I boleh percaya kat Imah, I believe that she can discipline herself. Tapi Amjah, I have to push sometimes.

   Peranan ibu sangat penting, sebab ayah selalu terlepas pandang. Macam Abang, sometimes I marah Abang sebab nak ajak kitorang pergi program sana-sini, or asyik leka main dengan anak-anak sampai lewat malam, padahal esok pagi anak-anak kena pergi sekolah or anak-anak ada homework yang belum siap. Once anak-anak kita dah masuk alam persekolahan, ibu bapa dulu yang kena disiplin, baru boleh disiplinkan anak-anak. Sebab tu I rasa, I am a different student now. Dapat peluang sambung belajar balik dengan status seorang ibu yang I pegang, I rasa I lebih bertanggung jawab kat my studies. I will make sure I siapkan kerja on time, I never request extra time from lecturers. In fact sometimes bila lecturers extend date of submission, I feel disappointed pulak sebab dah pulun siapkan kerja awal. And I will feel frustrated if my groupmates tak siapkan kerja on time, because it will also affect the quality of my work. Tapi I tak boleh salahkan diorang. I pun dulu-dulu macam tu, I was even worse. Only after years of journey in motherhood, baru I realize tentang betapa pentingnya disiplin, concern, rasa tanggung jawab and commitment to do the best in our studies.

Tuan rumah

   Akhirnya hari yang ditunggu-tunggu tiba semalam. My former tuan rumah sewa kat Merbok called me a few times, tapi memandangkan my phone dah hilang bunyi, I didn’t notice. Agaknya dia bengang, dia sent SMS, marahkan I sebab pindah dengan meninggalkan bil air berjumlah RM180+ dan bil elektrik RM170+. I tell you what, I memang sengaja tak bayar bil-bil tu. The last time I paid the bills was in December 2008. Oleh sebab dah sure nak pindah in April 2009, I buat deeeeek aje tiap-tiap bulan utility bills sampai ke post box. I wanted to teach the tuan rumah a lesson, hopefully a good one. I memang sangat kejam if I have decided to purposely menyakitkan hati orang. It will be carefully planned, sometimes with no mercy. That is me, I jahat bila I nak jadi jahat. Tapi taklah jahat sangat. Actually I memang dah put aside siap-siap about RM350+ to pay both bills, takdelah nak menganiaya tuan rumah yang umurnya sebaya my parents tu. Cumanya I tangguh dan tangguh dan tangguh, sampai tuan rumah bising, baru I nak fire them back, nak ungkit cerita lama, then I will pay every single cent of the bills. Full stop. Puas hati I!

   Mana tak bengang. Setahun setengah I sewa rumah dia. Mula-mula rasa bersyukur sangat dapat jumpa rumah sewa, because my neighbourhood tu is conquered by budak-budak UiTM, sentiasa penuh. I was desperate, dapat tahu aje ada satu rumah kosong, terus I pergi rumah tuan rumah, bayar deposit dan ambil kunci. Only then baru pergi tengok rumah, masa tu dah angkut siap-siap barang, tak banyak mana pun barang, only the basic ones. Start kat pintu depan lagi dah ada problem, tombol pintu rosak. Tuan rumah didn’t tell me. Neighbour sebelah yang bagi warning, because tenant before had told him, jangan tutup macam ni, jangan kunci macam ni, nanti tak boleh buka. Masuk rumah, kipas siling kat living room rosak, buka nombor 5 pun pusing macam nombor 1 aje. One of the three rooms, langsung takde lampu. Sinki kat dapur punyalah slow pressure air dia. Paling I menyampah, rupa-rupanya tangki air kat bumbung bocor. Kalau buka air kat toilet, melimpah-limpah air dari tangki ke belakang rumah. Takpelah kot, baru first day, I thought. Nanti slowly la minta tuan rumah tolong tengokkan.

   Malam tu, Abang tolong setting kan apa yang patut. Yelah, nak tinggal wife and three little kids hidup sendirian di tempat orang. Tiba-tiba tuan rumah datang. Nak jadi cerita, Abang tengah paku dinding waktu tu. Boleh dia marah kitorang, katanya jangan buat apa-apa pun kat rumah dia. Kami cakap, nak paku untuk letak jam dinding, dia tarik muka, siap bagi warning, jangan paku-paku dah. Tu sebab I tak berani nak modify paip air kat rumah tu so that boleh salur air ke automatic washing machine, maka terpaksa la pakai yang semi automatic aje. I cakap kat dia pasal a few things to be fixed, especially tangki air dan lampu bilik tu. Dia angguk aje, dia bagi alasan, takde tangga nak panjat.

   Hari pertama, minggu pertama, bulan pertama, bulan kedua, no action. Dengan pintu depan yang tak selamat, dengan satu bilik takde lampu, dengan water flow kat sinki dapur yang hampas, yang paling sakit jiwa bila dengar bunyi air melimpah-limpah kat belakang rumah sampai banjir. Takkanlah hari-hari I nak call, hantar SMS pun tak pernah reply. Dia tahu, 18hb minta duit sewa, since I masuk on 18th. I minta tangguh sebab gaji Abang will only be out every 23rd, they agreed, kononnya itulah tolak ansur paling besar yang diorang bagi. Hal ehwal rumah yang disewakan buat tak tahu aje. Cubalah fikir, I was heavily pregnant masa tu, ada 3 anak kecil, husband was far away, benda basic bab safety pun dia tak peduli, sampai sudah tombol pintu tu macam tu. At last, when my father came to visit us, ayah yang repaired semua, at our own cost. Yang ayah boleh repair, ayah repair kan, pinjam tangga neighbour, beli barang, buat sendiri. Yang di luar kemahiran ayah, ayah upah orang. Satu sen pun tak tolak sewa, padahal tu rumah dia. I nak sewa one and half year aje, apasal pulak I kena maintain rumah dia like my own?

   Tuan rumah bising-bising pasal RM350+ total amount of bills. I fired dia balik. Repair tangki air aje I have spent RM350, satu sen pun dia tak tanggung. Bil air sebelum repair tangki toksah cakaplah, dah berapa ratus I rugi. Yang kecil-kecil macam tombol pintu, sinki dapur, lampu bilik, kalau dah 5, 6 kali kena keluar kos puluh-puluh ringgit, kira sendiri la berapa duit I habis kat rumah dia. Belum masuk cerita tangki najis sumbat, sinki dapur sumbat, nak panggil orang sedut, semua I buat, semua I bayar. I baru duduk a few months masa tu, takkan la semua yang sumbat-sumbat tu I yang buat? Wah, memang sepanjang-panjang one and half year tu, bengkeeeeek aje hati ni. Dah tahu perangai tuan rumah macam tu, I malas dah nak complain, I tunggu masa aje nak balas dendam. Semalam I rasa puas. Lantaklah makcik dan pakcik tu ambil peduli atau tak, at least I berjaya buatkan diorang bengang gara-gara bills bernilai RM350+ tu, yang mana lepas diorang dah bengang, baru I akan bayar. Pehh, tak habis pun duit diorang, I bertanggung jawab jugak tau.

   Ini bukan kali pertama I tak puas hati dengan tuan rumah. Masa baru-baru pindah Kuantan, before we bought our own sweet home ni, kami menyewa kat rumah teres in the same neighbourhood. Tuan rumah tu was my husband’s office mate, his family transfered to KL. Memang cantik dia jaga rumah dia, masa kami sewa everything was nice. Takde masalah mulanya. Then a few months later bil air kitorang was consistently RM150 every month. Gila ke nak perhabis duit bayar bil air yang setanding kilang punya bil? Tanya neighbour sebelah, dia cakap, contractor yang buat rumah teres tu memang buat kerja lebih kurang aje, semua rumah dah kena paip bocor, rumah kami aje belum lagi, so maybe that time turn kami pulak. Beritahu kat tuan rumah, boleh pulak dia salahkan kami, padahal yang bocor tu dalam tanah, takkanlah kami sengaja korek tanah pergi pecahkan paip tu? Argued lebih kurang, tuan rumah suruh kami cari orang repair, nanti tolak sewa, since diorang duduk jauh kat KL. Dah repaired, bila dapat bil, boleh pulak dia questioned apasal mahal, boleh percaya ke contractor tu, elok ke kerja dia buat. Siap tuan rumah datang Kuantan lagi nak checked hasil kerja, sebab dia bengang terpaksa tolak sewa banyak sangat.

   Lepas tu okay. Tapi masa rumah yang kami beli dah siap dan kami nak pindah, tuan rumah datang tengok rumah dia. Wah, dia sangat marah sebab Imah conteng habis dinding kat living hall. Never mind, memang salah kami, kami sanggup bertanggung jawab. Kami keluar duit sendiri untuk cat balik, the exact colour sebagaimana asal, tak kira la harga cat tu RM90 setin pun. Upah mengecat pun kami tanggung. Masa tu kami dah pindah keluar semua barang, biar tukang cat buat kerja. Bila dapat bil, terkejut kitorang, apasal mahal sangat. Rupa-rupanya tuan rumah suruh tukang cat tu cat seluruh rumah, dengan bilik-bilik sekali, sampai ke bumbung pulak tu, padahal takde kena mengena langsung dengan contengan Imah. Padan la dia requested suruh tambah beli cat sebab cat tak cukup. Bengang gila I! Not only that, dia discovered yang kitchen cabinet dia reput sebab sinki dapur bocor. Dengan selamba dia cakap, dia lupa nak beritahu yang sinki dapur tu memang dah lama bocor, jangan guna sinki dapur tu, guna sinki dapur kat luar rumah aje. Gila ke apa after a few years kami sewa rumah dia, bila kami nak pindah baru dia nak cakap? Lagipun logik ke tiap-tiap kali nak masak kena keluar rumah pergi belakang? Apasal dah tahu, awal-awal dia tak repair? I malas nak gaduh, takpelah, I akan baiki kitchen cabinet dia kat part yang reput tu. Huh, boleh dengan takde perasaannya dia suruh I ganti the whole kitchen cabinet, satu set lengkap, padahal yang reput tu cuma 10% dari kitchen cabinet tu aje. Then dia extended pulak, kalau tak nak ganti kitchen cabinet, suruh kami buat permanent meja dengan batu dan tile. Dah melebih-lebih, memang nak suruh I mengamuk ni! I panggil sorang expert yang memang buat kitchen cabinet, bila dia datang tengok, dia kata boleh aje nak repair part yang reput tu. Kosnya cuma RM500. Memang tinggi. Tapi kalau nak ikut kepala bengong tuan rumah tu, the whole kitchen cabinet atau permanent meja tu would cost me RM2000 to RM3000!

   Abang dalam dilema masa tu, sebab tuan rumah tu office mate dia. I cakap kat Abang, you did not have to interfere, it was between me and tuan rumah tu. Maka meletuslah perang yang I pasti after that tuan rumah tu menyesal sebab dia dah tersilap orang nak main-mainkan. I kalau dah decided nak bergaduh, I memang takkan undur dah, I tak peduli menang atau kalah, I cuma nak orang beware dengan I dan tak berani nak perkuda I lagi. Memang puas hati waktu tu. Sampaikan Abang segan nak pergi office, takut-takut tuan rumah tu jaja cerita pasal bini Abang kat office. Jaja la, I peduli apa. Semua orang kalau dengar both sides of story, akan terasa yang tuan rumah tu melebih-lebih minta itu ini.

   Now I dah ada dua pengalaman bergaduh dengan tuan rumah. This month I kena cari rumah sewa kat Shah Alam, memandangkan nak kena register in July. Cukuplah two experiences I bergaduh dengan tuan rumah, tak mahu tambah-tambah dah. I will be very selective this time, bukan saja nak cari rumah yang sesuai, neighbourhood yang sesuai, tapi juga nak kena tengok tuan rumah tu type macam mana. Pengalaman I, bila kita desperate, kita terima aje apa yang dapat, tak sempat nak evaluate. I pun pelik, apasal la tuan rumah takde mentality win-win situation. Bila orang sewa rumah dia, orang tu dah legakan sikit bebanan dia bayar hutang bank. Kalau pun rumah tu dah habis bayar, bila orang sewa rumah tu, it is a source of income. Rumah tu milik tuan rumah, penyewa pun nak duduk dalam rumah yang elok, jadi sama-sama la maintain dan jaga rumah baik-baik. Susah sangat ke nak give and take, nak beri consideration?

Surah Yusuf

   Heh… tak reti I nak menulis bagai ceramah agama dengan segala tafsir ayat-ayat Al-Qur’an, hadis Nabi, perbahasan mazhab, kata-kata hikmah, semua tu. Knowledge ada sikit-sikit, buat bekalan diri sendiri menjalani hidup, atau sesekali bila orang adu masalah dan minta pandangan dari perspektif agama. Alih-alih hari ni terfikir nak tulis pasal Surah Yusuf dalam Al-Qur’an. Bukan nak bagi tafsir atau huraian, macam la I pernah belajar kat Al-Azhar. Sekadar nak kongsi beberapa hikmah membaca Surah Yusuf yang pernah I dengar dari ustaz-ustaz and through my own readings. Malu nak mengaku, despite the knowledge that I have pasal hikmah membaca Surah Yusuf, I sangat jarang membacanya. I selalu baca Al-Qur’an ikut sequence, dari Al-Baqarah sampai khatam. I selalu baca surah-surah yang I hafaz sambil driving. Memandangkan I tak pernah hafaz Surah Yusuf, maka frequency nak baca Surah Yusuf tu jarang sekali, even though when I am pregnant.

   Fadhilat membaca Surah Yusuf yang paling famous sekali ialah untuk mendapatkan anak yang cantik dan sempurna rupa parasnya. I bet semua orang tahu pasal ni. Yelah, Nabi Yusuf terkenal sebagai manusia yang kacak, tampan, handsome dan menarik tubuh badannya, sampaikan Zulaikha boleh gila bayang. So pregnant mothers pun berlumba-lumba la baca Surah Yusuf through out pregnancy, walaupun selama-lama ni jarang-jarang sangat selak Al-Qur’an. Wah, berangan la dapat anak putih melepak, hidung mancung, mata bundar, tinggi lonjong, what ever la. Ada yang siap berangan lagi, moga-moga anaknya seiras Tom Cruise atau Angelina Jolie. Pehh! Kalau dah mak ayah Melayu, takkan anak boleh jadi Mat Salleh pulak! Tapi tak salah kan mengharapkan sesuatu yang baik? Silap-silap masa baca Surah Yusuf tu terkena kat time yang sangat makbul doa, kan best bila Allah rezekikan dengan anak-anak yang sejuk mata memandang?

   I pernah baca, antara hikmah membaca Surah Yusuf juga ialah untuk menjadi pemimpin yang baik dan berkebolehan. Tengoklah bagaimana Nabi Yusuf membina reputasi, kredibiliti dan kebolehan memimpin sejak baginda diambil menjadi anak angkat oleh menteri di Mesir. Akhlak baginda yang terpuji dan mulia semenjak kecil menanam keyakinan ramai orang akan potensi yang ada pada baginda untuk menjadi somebody someday. Nabi Yusuf menjadi pemimpin bukan berdasarkan paras rupa, tetapi kebolehan yang genuine yang baginda miliki. Dan baginda juga tidak melalui jalan pintas. Boleh aje nak rampas Zulaikha dari bapa angkat baginda dan naik melalui jalan kotor. Tapi baginda memilih untuk dipenjarakan. Di penjara, baginda juga membina reputasi dengan melakukan banyak amal ibadah dan mentafsirkan mimpi. Tetapi Allah takdirkan Nabi Yusuf tidak dibebaskan lebih awal dek kerana seorang rakan penjara lupa nak mengkhabarkan tentang kebolehan Nabi Yusuf setelah dia dibebaskan. Ada hikmahnya, Allah hibernasikan Nabi Yusuf seketika supaya by the time baginda dibebaskan, it was the most right time. Ala… baca sendiri la kisah tu. Itu sebabnya bila baca Surah Yusuf dan menghayati tafsir dan huraiannya, banyak pengajaran yang boleh kita telusuri.

   Besides that, hikmah membaca Surah Yusuf juga untuk mengelak bahaya fitnah dunia. Lihatlah bagaimana Zulaikha tried hardly to seduce him. Zulaikha ini sangat cantik orangnya biarpun dia titled ibu angkat kepada Nabi Yusuf. Secantik-cantik Zulaikha pun, Nabi Yusuf masih tetap takut pada Allah. Padahal Zulaikha dah serah dirinya dengan rela. Itu la yang banyak berlaku mutakhir ini. Perempuan-perempuan hilang malunya, maruahnya rendah, senang aje nak angkut sini-sana. Free-free offer diri kat lelaki. Sebab tu ada hadis kata, lelaki yang menolak wanita yang mengajaknya berbuat sumbang adalah antara tiga golongan yang senang sangat masuk syurga. Lelaki-lelaki di luar sana, amalkanlah membaca Surah Yusuf ni ye. My younger brothers pun, bila bersembang dengan diorang, diorang selalu express their concern, takut tersilap pilih calon isteri. Sebab perempuan zaman sekarang banyak sangat yang hampas, yang pakai tudung pun belum tentu lagi masih virgin. Sometimes anak perempuan ustaz pun tak boleh percaya, ayah kaki masjid, anak perempuan berpeleseran.

   Lastly… actually yang ni sebenarnya I would like to talk about today. Antara fadhilat Surah Yusuf, jika diamalkan membacanya selalu, kita boleh mengelakkan sakit tua, nyanyuk dan mati dalam keadaan menyusahkan orang. Kan dalam Surah Yusuf diceritakan tentang ayahanda Nabi Yusuf iaitu Nabi Yaakub yang lanjut usianya, tetapi masih kuat beribadah hingga kewafatannya, baginda sempat menyaksikan Nabi Yusuf menjadi pemerintah Mesir. Nabi Yaakub juga tidak nyanyuk di usia tua baginda, baginda boleh mengenali Nabi Yusuf ketika dijemput ke istana Mesir, sungguhpun puluhan tahun telah terpisah dari Nabi Yusuf. Yang ni ustaz I kat secondary school dulu yang beritahu. Kebetulan nama dia pun Ustaz Yusuf, lembut orangnya, memanjang aje senyum. Ustaz Yusuf kata, buat apa umur panjang, tapi di penghujung usia, kita jadi nyanyuk, menyusahkan anak-anak, sakit melarat, terlantar terbaring, etc. Ustaz tu kata, biarlah kita dapat umur panjang yang bermanfaat untuk diri kita dan orang di sekeliling kita. Kalau tak, lebih baiklah kita mati dalam husnul khatimah. Betul, I sangat setuju. I pun kalau boleh nak umur panjang yang bermanfaat, sempat tua, sempat besarkan anak-anak, sempat sumbang sesuatu untuk agama dan negara. Lepas tu moga dapat menghadap Allah dengan tenang dan bahagia. I tak nak sampai jadi tua melarat, kencing berak dalam diapers, hilang daya ingatan, ada sakit kronik, sampai menyusahkan anak-anak and my husband. Sebelum jadi semua tu, baiklah I menghadap Allah terlebih dahulu. Tapi siapalah kita nak minta macam tu dari Allah? Allah berhak tentukan semuanya untuk kita. Apa yang boleh kita buat, sentiasa berdoa biarlah mati kita nanti dalam iman dan ketika mati amal perbuatan kita beratnya di sebelah kanan.

   Hari ni I blog hopping, membaca blogs orang-orang yang I tak kenali. Kagum dengan semangat a few people yang sangat tabah menjaga anak sakit, ibu bapa sakit, suami sakit, etc. Bila kita ada dalam situasi tu, kita hanya bertahan dan menguatkan diri sendiri so that we have the strength to take care of our loved ones. It is an unconditional love. Sometimes yes, we do question, why and why? Tapi sebagai hamba, kita pasrah aje. Sungguh I kagum dengan segelintir orang yang dipilih Allah untuk diuji dengan ahli keluarga dan orang terdekat yang sakit macam-macam. Dan tidak pernah mereka meminta agar Allah cepat-cepat tarik nyawa their loved one tu merely because diorang dah tak sanggup nak jaga, sebaliknya diorang anggap semuanya sebagai tanggung jawab dan amanah. I tak pernah ada experience begitu. Semua orang terdekat yang I kenal, usia tuanya sihat walafiat, matinya sangat mudah. I juga berdoa, moga dijauhkan Allah dengan cabaran begitu. Dan kalau Allah nak uji I juga, moga I dikurniakan kekuatan dan kesabaran untuk menempuhnya.

   Before I end, bolehlah nak selit sikit beberapa ayat dalam Surah Yusuf yang menjadi dalil tentang beberapa isu. Ayat nombor berapa, yang tu you all check sendiri, hehehe… Pertama, harus hukumnya kita memuji diri sendiri untuk mendapatkan sesuatu jawatan, sebagaimana Nabi Yusuf melobi Raja Mesir agar dilantik sebagai Menteri di Mesir. Sama aje macam konsep buat resume. Kalau nak mohon scholarship atau sesuatu kerja, tak ke kita kena buat resume yang memuja-muji diri sendiri untuk cerita kat orang what we have to offer. Sama aje macam you tulis blog dan perasan bagus cerita tentang kehebatan diri sendiri, dengan tujuan nak impress orang, nak tanam keyakinan orang about your potential dan nak cari clients! Kedua, dalil tentang kasih sayang yang sampai selamanya takkan boleh dibahagi dengan adil. Kasih sayang bukan macam duit, duit tu benda yang nampak, kasih sayang is abstract. Nabi Yaakub lebih menyayangi Nabi Yusuf dari anak-anaknya yang lain. Berdosa dan bersalahkah baginda? Tak, memang begitu lumrah manusia. Nabi Muhammad juga lebih menyayangi Siti Khadijah berbanding isterinya yang lain, walaupun setelah lama Siti Khadijah wafat. So jangan question bila mak ayah kita sayang anak tertentu lebih dari yang lain-lain, padahal di mata kita, anak tulah yang paling pemalas ke, bodoh ke, jahat ke, whatever.

   Ketiga, janji Allah bahawa orang yang difitnah dan teraniaya tu, satu hari nanti Allah pasti akan keluarkan dia dari fitnah dan bahaya tu. Kaji saja kisah perjalanan hidup Nabi Yusuf. Dianiaya adik-beradik sendiri, difitnah mak angkat sendiri, tapi akhirnya Allah berikan kesudahan yang baik untuk Nabi Yusuf. Siapa yang bersalah akan dapat balasan dan pengajarannya. Keempat, dalil tentang harus hukumnya kita bersedih dan berdukacita atas sesuatu musibah dan masalah. Dalam Surah Yusuf diceritakan tentang bagaimana sedihnya Nabi Yaakub bila diberitahu bahawa Nabi Yusuf mati dimakan serigala. Nabi Yaakub menangis dan menangis hingga buta kedua-dua mata baginda. Tapi kesedihan Nabi Yaakub tidaklah sampai menjauhkan baginda dari Allah, sebaliknya semakin kuat pergantungan Nabi Yaakub pada Allah. Kita manusia ni, sometimes bila ditimpa ujian, kita rasa marah dan tak puas hati dengan takdir kita. Trust me, I pernah melaluinya, once upon a time I pernah rasa marah thinking why me yang kena masalah infertility? Kenapa tak bagi bohsia aje yang suka buang anak tu mandul semuanya? Tiba-tiba I tersedar. Bahawa Allah bagi musibah sebab nak kita dekatkan diri kita dengan-Nya, bukan semakin menjauhkan diri dari tali Allah. 

   Okaylah, cukuplah I jadi ustazah hari ni. Tak layak pun… Jauh di sudut hati, rasa kerdil dengan Allah bila dikenang-kenang, dah lama sangat I tak baca Tafsir Pimpinan Ar-Rahman tu. Dah cuti-cuti ni, tak payah menghadap buku law, asyik menghadap screen komputer dan tv pulak. Dah la tengah pregnant, nak dekat bersalin, patutnya waktu ni tambahkan amalan. Hai…

Character killing

   Hari ni buka Friendster, wow… I have caused a stir because of my previous entry. As predicted, ramai yang terasa, even though I didn’t mention any name. Tapi kerana I bercakap secara general, maka kelihatannya I was referring to the whole batch as macam hampas. It was an experiment, and I did find what I wished for. Anyway, no regret. Siapa terasa, terasalah. Anyone can drop comments, in fact feel free to counter attack me in your own blog. People insist me untuk express depan-depan next time, don’t be coward, don’t just use faked freedom over the internet. Yes, I’ve tried once, in fact twice, or maybe thrice, I mean regarding pre-law students’ issues. And each time I did that, I received arguments juga, pros and conts. That is life, there will always be a group of people who are with you and another group who are against you.

   For the last few days, I’ve been busy SMSing. Again, I involved myself in arguments. Normally I pick persons to argue with. I don’t like arguments that bring me nowhere or give me nothing or with the persons I don’t care. But for the past few days, I argued with someone whom I respect so much through out my entire life. My aim was not to win the arguments, but to just cause a stir, to cause doubt and to induce further investigations. Today the arguments are over, after lots of lazer-melazer, ungkit-mengungkit, rude questions and character killing. How did it end? After I explained why I am so firm with what I hold on to. Am I satisfied? No! I feel bad. But I learned something. It would be much easier if we be sincere right from the beginning. Sometimes unnecessary arguments could totally be avoided by just being open. Getting hurt at the initial stage is better than at later stage.

   And today, I have successfully membunuh karektor seseorang, in English it is called character killing. In law, it is a weapon usually used in court untuk memusnahkan kredibiliti witnesses. Just watch a few legal dramas and you will understand what I mean. Hinakah perbuatan membunuh karektor seseorang? Dalam Islam, it is allowed when it involves legal issues. For example, penagih arak tak layak jadi saksi, buktikan dia penagih arak, dan kesaksiannya di mahkamah boleh ditolak. Itu bicara undang-undang. Tapi adakah patut kita membunuh karektor orang di sekeliling kita? Lebih-lebih lagi orang-orang who are close to us. Itulah yang cuba I elakkan. I tak mahu benda-benda buruk tu terbongkar dek kerana lidah I. Biarlah ia diketahui melalui orang lain dan medium lain. But at last, yang cuba dielak itulah yang berlaku. And the person whom I argued with now feels cheated and backstabbed, sebab dia tak diberitahu lebih awal tentang character the person in question.

   If I am a practising lawyer, kemampuan untuk character killing is an asset. Untuk membunuh karektor dan kredibiliti seseorang, you have to dig his history, his past, his records, his background, his social circle, his affiliations, etc. It requires extra efforts, good contacts, creativity and wisdom, and add sedikit perasaan tak belas kasihan. I am sure I will learn about it more during my degree program and during chambering, if I get the chance. For the time being, apa yang I buat adalah semberono, mengikut perasaan dan emosi, tak professional, and maybe I have to admit this, berniat jahat. I tak suka jadi jahat. Tapi I tak kisah dilabel orang mulut lazer, as long as I tahu apa yang I cakap tu betul. Masalahnya, ada orang yang look up at you, and believe deeply in what you say. Maka when you talk bad about someone, you have actually killed that person’s character when many people really trust you on that facts. Worse case scenario bila orang menyebarkan pula cerita tu claiming that ianya dipetik dari sumber sahih.

   Abang cakap sometimes I ni kejam, sesuai la I ambil bidang undang-undang. Kalau jadi public prosecutor, agaknya takde belas kasihan dah to the accused. Hehehe, I choose to take that as pujian, instead of bad label. Sometimes I kutuk artis macam nak rak. I pernah argued dengan seorang sister in tabligh ni. She said, daripada kita kutuk artis tu, baik kita doakan dia, entah-entah satu hari nanti si artis jadi lebih baik dari kita. I replied, kita kutuk apa yang dia lakukan sekarang, kalau dia berfoya-foya kat night club, minum arak, kena tangkap khalwat, kutuk apa yang dia buat, sebab malaikat pun kutuk orang macam tu. Kalau semua ahli masyarakat tak nak kutuk, sebaliknya diam diri dan berdoa supaya si artis berubah, maka berleluasalah perbuatan maksiat tu sebab takde positive disapproval from the society. Sometimes I pun pelik. Reporters melaporkan macam-macam keburukan artis, memang character killing habis, tapi kita boleh seronok pulak baca kat tabloid, dah tu populariti artis tu melonjak gila-gila lepas tu.

   Setiap kita ada dark sides of ourselves. Jangan ingat character killing ni kat bab-bab serius macam jenayah, moral dan akhlak aje. Kalau you ada kes tak bayar income tax ke, tak settle credit cards ke, etc. itu pun boleh jadi elemen nak mengganggu hidup you. Macam Ustaz Harun Din, pernah sekali dia tak boleh jadi calon pilihan raya sebab dia pernah jamin sorang student belajar and that student had failed to pay back the loan, Ustaz Harun Din was only a guarantor, itu pun dijadikan issue oleh opponents. Itulah dunia. Itulah manusia. Of course judgment manusia takkan boleh seadil judgment Allah di Padang Mahsyar.

Sejarah silam

   Last weekend, my batch ada program introduction to Faculty of Law since this semester is our final semester in Kedah before we officially become law students in Shah Alam. Dean and Deputy Dean HEP sanggup datang jauh-jauh dari kampus Shah Alam. I was introduced to Dean by my former coordinator for law program, he is about to pursuing his PhD, I akan kenang dia sampai bila-bila as one of my idols. Berdebar rasanya bila En Haswira cakap, “She is our best student in Kedah!” when he introduced me. Unexpectedly, boleh Dean tanya I, “You ada blog tak?” Hah? Apasal pulak? Law students tak boleh ada blog ke? I confessed to her, yes, I have a blog, it’s a personal blog, not political or sensational one. Dalam hati I berkira-kira, agaknya kalau ada blog berunsur politik, adakah menyalahi Akta 174 yang khusus untuk UiTM students tu?

   During second session, Deputy Dean HEP delivered his speech. Only then baru I faham. He mentioned about menjaga reputasi dari sekarang. He said that, one of his tasks as Deputy Dean of Students’ Affairs is to monitor students’ blogs and facebooks on the internet. He emphasized that law students are the chosen ones, since out of 10 000 applications received for law course in UiTM in a year, only about 200 will be accepted. Katanya, kami adalah bakal-bakal hakim, peguam, pendakwaraya, PTD, ahli politik, etc. yang akan mempunyai kedudukan tinggi dalam masyarakat, sebab bidang undang-undang is a respected field. So mulalah menjaga diri from now on. Once you are somebody, orang akan rungkai your history satu persatu, semua sejarah silam akan terbongkar, semua track records will be revealed. He said that, many law students do not aware about this. Since blogs and facebooks are meant for social connection and interaction, students use it sesuka hati tanpa berfikir panjang.

   How I am strongly agree with him! Last year, I discovered my friends letak gambar-gambar percutian diorang dalam Friendster, letak kat primary photo lagi. Gambar kat air terjun, kat kolam renang, kat tepi pantai. Of course la gambar yang tak berapa sopan, tengah mandi-manda, bercampur lelaki perempuan. I put aside my great surprise seeing my friends in those photos, since sepanjang perkenalan I dengan diorang, tak tau pulak diorang ni sosial juga. I tak masuk campur hal tu. My great concern was, macam mana kalau satu hari nanti gambar-gambar tu akan disalahgunakan? Yes, now you are only 19, 20 years of age, konon zaman muda zaman nak enjoy. But in 10 years time, if you are somebody in the society, nak bertanding jadi ADUN ke, nak pegang jawatan tinggi dalam kerajaan ke, nak dapat promotion ke, masa tu orang boleh gunakan gambar-gambar macam tu untuk jatuhkan you. Macam mana society nak respect orang yang bermoral rendah? Tak kiralah itu kisah silam ke, you dah insaf ke, the point is, your track record is not good.

   I pernah tengok satu documentary, list of great politicians in US history yang pernah dijatuhkan because of sex scandals. Memang mengejutkan, rahsia yang tersimpan berpuluh tahun, orang revealed just at the right time before election or promotion. Even non Muslim pun tak boleh tolerate when it is about moral issue, apatah lagi bila ia melibatkan orang Melayu Islam. Kat Malaysia sendiri dah banyak berlaku, no need for me to jot down any name. Sometimes akhlak kita bukan affect diri kita aje, tapi juga ahli keluarga, company tempat kita bakal kerja, even bangsa dan agama pun tercemar. Bayangkanlah kalau satu hari nanti, parents or family members kita jump into politics, suddenly orang reveal betapa rendahnya moral ahli keluarga dia, society will lose trust on him. Macam mana orang nak mengharapkan dia jadi pemimpin masyarakat kalau anaknya sendiri tak terpimpin?

   Benar, blogs and facebooks adalah medan untuk kita express our trueself. Tak perlu berselindung, tak payah jadi orang lain, it is our space, suka hati kita la nak tulis apa, letak gambar apa. Tapi cuba fikir, is it wise to reveal kat satu dunia tentang kelemahan dan keburukan kita? For example, last night you langgan pelacur, or you went clubbing, or you murdered someone, agak-agaknya nak share dengan satu dunia tak pasal semua tu? Ada orang bangga letak gambar dia berkepit dengan buah hati sana sini, nak announce kat seluruh dunia betapa mendalamnya cinta diorang, seronok kalau ada yang envy. Suddenly bila breaks up, hah, frust menonggeng. Padahal satu dunia dah tahu kisah cinta diorang. Lepas tu kahwin dengan orang lain, mula timbul isu cemburu, bangkit semua kisah silam. Baru nak menyesal. Itu cuma one piece of story yang sering berlaku sekeliling kita, yang melibatkan orang-orang biasa. Sejarah silam yang berpotensi boleh menghuru-harakan kehidupan masa akan datang. Macam mana kalau ia melibatkan hakim, peguam, pendakwaraya, kakitangan tinggi kerajaan or politicians?

   Pada I, kalau kita tak malu dengan Tuhan pun, malulah dengan masyarakat. Kalau dengan masyarakat pun kita tak malu, malulah dengan diri sendiri. Tuhan kata jangan buat dosa, kita buat juga, sebab balasan Tuhan tak datang segera. Dahlah buat dosa, berbangga pula nak bagi satu dunia tahu. Allah nak hukum kita sekelip mata aje Dia boleh buat, Dia cuma gerakkan hati dan beri ilham pada orang lain cara-cara nak menjatuhkan kita. Sejarah silam yang usianya puluhan tahun pun akan jadi relevan dan senjata ampuh untuk memburukkan nama seseorang. Kalau tiba masanya jadi macam tu dan ketika itu kita masih hidup, dapat lagi kita bela diri, kelentong apa-apa. Tapi cuba bayangkan bila kita dah mati, satu demi satu cerita buruk tentang kisah silam kita orang bongkar, maka matilah kita dengan aib di dunia. Di akhirat apatah lagi, kat Padang Mahsyar nanti bakal dipertontonkan bukan setakat photos, siap video slide show yang sangat detail, kat screen paling besar lagi!

Tantrum

   I selalu baca my friends’ blogs, even though I jarang sangat tinggalkan comment, but there are a few blogs that always catch my attention. Mostly blogs oleh geng-geng yang dah jadi ibu. Lately the theme of the writings lebih kurang sama aje, cerita pasal anak-anak masing-masing yang asyik in the mood of tantrum. Salah bulan mengambang ke, semua pakat mengamuk at the same time? Hehehe… Taklah, I believe itu adalah lumrah kanak-kanak. Tantrum adalah satu cara self expression, itu aje cara yang budak-budak kecil ni tahu untuk meluahkan characters diorang, menyampaikan perasaan terpendam, to get attention or sekadar nak test setakat mana mak ayah sayang diorang. Bila baca my friends’ entries tu, fuhh… rasanya siapa-siapa pun boleh tension bila berhadapan dengan budak kecil yang tak pandai bercakap, hanya tahu menjerit, memekik dan menangis to deliver messages. Tapi yelah, sebagai ibu, tension macam mana pun, kena layan juga, anak kecil tu darah daging kita. Itulah unconditional love resulted from the natural bond developed between a mother and a baby, demikianlah keindahan perhubungan manusia yang Allah anugerahkan. Sometimes terfikir juga, macam manalah seorang ibu boleh tahan kerenah anak dia, padahal belum tentu lagi budak tu bila dah besar nanti, akan balas segala jasa mak ayah dia, akan jadi orang berjaya, akan jaga mak ayah bila dah tua.

   My friends yang ada anak kuat meragam ni selalu cakap, perangai anak dia membuatkan dia tak nak beranak rapat-rapat, takut-takut anak yang dah ada tu tak cukup dan tak puas lagi diberi perhatian dan kasih sayang, sebab tu asyik mengamuk memberontak aje. Ye ke? As for me, I memandang budak yang kuat tantrum ni sebagai budak yang tak matang. Hehehe, memanglah semua budak tak matang! Maksud I, maybe you should muhasabah, macam mana cara you layan dan tatang dia sejak lahir sampai sekarang, it is possible that the way you treat your child menyumbang kepada perangai tantrum tu. Kalau sejak lahir dimanjakan terlebih-lebih, dilayan melampau-lampau, kononnya sebab anak sulung la, cucu sulung la, budak tu akan membesar dengan keyakinan bahawa apa saja yang dia nak akan dipenuhi oleh parents. Dan bila dia rasa terancam sebab nak dapat adik baru, or bila parents kurang bagi perhatian kat dia sebab sibuk dengan kerja, maka dia gunalah akal seorang budak untuk express marah dan tak puas hati dia tu.

   I have 4 little kids, aged 6, 4, 3 and 1. I never have maid at home. I boleh buat kerja rumah dengan selesa, masak, doing laundry, etc, anak-anak main sendiri dan tak kacau. Anak-anak I tidur sendiri, tak perlu buai, tak perlu tepuk, I just need to sing out loud Asmaul Husna, bancuh susu and order them to sleep on their own. I jenis bawa anak-anak ke hulu ke hilir, tak suka tinggal-tinggal. I boleh drive from Sungai Petani to Muar alone without co-driver, with 4 kids in the car. I boleh pergi supermarket beli grocery angkut semua anak-anak alone, tak payah tunggu Abang ada. I juga bawa anak-anak pergi functions, kenduri, majlis, besar ke kecil, formal ke tak, I bawa aje, tak susah hati pun kalau-kalau diorang akan buat perangai or kacau orang. Ramai orang pelik bila I cerita semua ni. Everyone wonders, how do I do that?

   Bila orang jumpa anak-anak I, baru diorang tahu, anak-anak I bukan jenis buat perangai. Kalau balik kampung, I buat deeeeek aje dengan my kids, my kids pun buat deeeeek aje dengan I, diorang main buat hal sendiri, or interact dengan people around. Cukup masa time lapar, baru diorang datang cari I. Orang-orang tua selalu cakap, biasanya orang yang ada anak ramai ni, Allah mudahkan urusan dia, anak-anak tak banyak buat perangai. Mungkin betul. Budak-budak yang ada adik-beradik, dia cepat matang, sebab dia terpaksa belajar berinteraksi, beralah, memberi dan menerima, berkongsi, etc. Semua tu membuatkan dia terkehadapan sedikit dari sudut emosi. I tak percaya budak yang cepat dapat adik akan merasa lack of attention and love. I rasa budak yang asyik tantrum sejak dapat adik, puncanya ialah salah didik parents kat dia sejak dia lahir. It is not easy to suddenly change perkara yang anak-anak kita dah biasa. Contohnya, anak kita dah biasa dapat apa yang dia minta within 10 seconds, suddenly bila dapat adik, the time dah jadi 30 seconds, of course dia akan rasa disisihkan.

   Orang selalu kata, “Anak-anak Hatta and Asiah baik gila…!” Jarang sangat anak-anak I buat kacau kat majlis orang sebab tantrum, normally buat havoc sebab bagi tumpah-tumpah air ke, jatuh longkang ke, biasalah. Sebenarnya anak-anak I tak diajar untuk buat perangai. Nature budak, mana ada budak tak tantrum sana sini. Tapi sejak baby, kalau diorang buat perangai, I akan handle tantrum tu cepat-cepat, biar the baby learn that by applying tantrum, she or he will not get anything. I dah set up my mind sejak awal-awal lagi, I want a big family with many kids. Setiap kali anak I lahir, I tak treat dia lebih-lebih, Imah tak dilayan macam anak tunggal, and bila Amjah, Zara dan seterusnya lahir, diorang tak dilayan macam anak bongsu. When they were a little baby, of course diorang tahu menangis aje kalau nak apa-apa. Tapi I tak terus pergi kat diorang, kalau masa tu I tengah masak, I akan jenguk aje and explain to the baby that I want to finish my cooking first, or at least nak pause my cooking properly. Lantaklah baby tu faham ke tak, but slowly they will understand my style. They will cry, I will come and cakap dua tiga ayat, then tinggalkan baby sekejap, lepas tu baby akan diam aje tunggu sampai I datang balik. Don’t under estimate babies, they are actualy learning and their very first teachers are us, parents. So kalau anak kuat tantrum, cikgu-cikgunya adalah mak ayah sebenarnya.

   I juga tak pernah ajar anak untuk melekat bergayut kat I aje, Pergi mana-mana, where ever possible, I akan letak anak suruh merangkak pergi mana-mana sendiri. Bila diorang dah boleh jalan, I akan suruh diorang berjalan, sorry la nak ajar dukung-dukung ni. When there are other kids, I akan biar my kids bercampur gaul, even though budak-budak sekeliling tu dah umur 6, 7 tahun and my baby baru 6, 7 bulan. Kena langgar, kena tolak, kena cakar, that is fine with me, I am not over protective kat my children, I want them to learn by natural social interaction. I juga seboleh-bolehnya meluaskan my kids’ social circle, so that my kids tahu berinteraksi dan tak takut kat orang. That’s why I hantar diorang pergi taska, even though before this I was a full time housewife. Anak-anak I belajar berkawan ever since they were babies. Diorang tak pernah takut dengan orang, they are comfortable being in the crowd, they are not so dependent on me. I juga tak hesitate untuk pukul anak whenever necessary. Buat salah lepas warning, of course perlu dihukum. Even if my seven months old baby sengaja punggah kain baju yang I dah lipat, I tepuk tangan dia, walaupun tak sakit, tapi dia akan belajar bahawa perbuatan dia tu was not approved. Anak-anak yang dah besar-besar ni, lagilah, memang kena tepuk punya bila sengaja buat salah. I tak nak sentimental sangat bab-bab mengajar anak walaupun tiap kali lepas pukul, I yang akan menangis. Kalau kita sentimental, takut anak-anak spoilt.

   So, adakah anak-anak tak cukup kasih sayang I disebabkan cara I mendidik diorang ni? Adakah diorang tak buat tantrum sebab takutkan I? I don’t think so. I ada cara untuk menunjukkan kasih sayang I, and the kids understand, accept and adapt my own unique way. Mungkin I tak dukung diorang ke hulu ke hilir, I malas berjaga malam layan tantrum diorang pagi-pagi buta, I tak layan kerenah budak mengada-ngada, but that doesn’t mean I don’t show my love towards them. I buat apa yang parents lain jarang buat, communication! I masih peluk cium anak-anak, that is one way of expressing love. Tapi komunikasi juga sangat penting, always tell them that they are important, selalu bersembang dengan diorang to show that we care, that what they are going through everyday really matter to us. Berkomunikasi selalu dengan anak-anak, diorang akan rasa dekat dengan kita, even though kita jarang dukung diorang ke hulu ke hilir. Hari-hari I bersembang dengan anak-anak, and I don’t talk nonsense. Sebab tu ramai yang kagum, “Anak-anak Kak Asiah bercakap bahasa buku!” I ambil tahu tentang anak-anak I, anak-anak I akan cerita every single thing kejadian yang berlaku kat sekolah, kat taska. Diorang juga akan cerita tentang jalan cerita kartun yang diorang tengok or buku yang diorang baca. I pula akan cerita apa yang I lalui hari ni kat diorang, whether I dapat result baik or buruk, semua I share. Sharing is caring. That is how kasih sayang berjalan antara anak-anak and I. Tak perlu belai-belai selalu, by having an effective conversation pun diorang dah rasa yang I sangat sayang diorang.

   Apa pun, pendekatan setiap parent tentu berbeza. Mungkin ada kaitan juga dengan rezeki. Ada orang Allah nak uji dia dengan kesabaran, maka dapatlah anak-anak yang meriah dengan tantrum. Ada orang dapat anak yang masa kecilnya sangat gila mengamuk, rupa-rupanya bila dah besar jadi somebody. Cuma yang I nak nasihat, jangan ambil mudah dengan tingkah laku anak yang suka tantrum ni. Masa kecil kita asyik tolerate, takut bila dah besar nanti, berubah jadi kurang ajar dan anak derhaka, nauzubillah. I pernah jadi cikgu, pernah berhadapan dengan budak-budak tadika and primary school students yang akhlaknya mencabar kesabaran. Bila tengok cara parents layan budak-budak ni, no wonder la budak-budak tu terus-menerus perangai macam tu, sebab parents tak didik dengan berhikmah. Pada I, kata orang-orang tua, sayangkan anak tangan-tangankan tu, memang betul. Dan kalau dah sekolah menengah baru nak tangan-tangankan, memang dah terlambat la tu. So baiklah tangan-tangankan masa dia masih kecil, masa kita tak perlu guna force yang kuat sangat untuk menghukum, cukup sekadar jentik jari pun dia dah rasa sakit dan serik. So kita dah tak perlu guna rotan bila dia dah masuk primary school, sebab dia telah diasuh sejak kecil tentang limit and boundary yang dia harus patuh dalam tingkah laku dan akhlaknya. That is only my opinion.