speaks her mind…


Career mother

   “Kalau mak tak jadi cikgu aje, hangpa taklah sampai 10 orang dan taklah sampai semua masuk university!” Itu yang selalu mak cakap kat kami adik-beradik. There are times when my siblings object the way how ayah controls mak. Sometimes ayah cakap, kalau ayah bagi freedom kat mak, mungkin mak dah jadi menteri sekarang! My mother was somebody before. She was head student kat STF, she was pendebat terbaik Piala Perdana Menteri 1974, she was editor majalah sekolah. Masa nak kahwin dengan ayah, mula-mula ayah izinkan bagi mak sambung belajar ambil degree. But then, the very same month lepas kahwin, mak pregnant Abang Long, the same year delivered her first baby. Abang Long belum boleh berjalan, pregnant lagi. Abang Ngah belum boleh berjalan, pregnant lagi. I belum boleh berjalan, pregnant lagi. Ada satu fasa tu, in 3 years, mak delivered 4 babies! Direction mak dah berubah. Mak sibuk jaga anak-anak. Ayah pun tak berapa encouraged mak sambung belajar. Dek kerana financial situation, however ayah still bagi mak kerja as a teacher, itu pun sekadar pergi pagi balik tengah hari. Paling lambat pun balik petang lepas kokurikulum. Sorry la nak bagi mak sibuk-sibuk attend kursus kenaikan pangkat sana-sini.

   After 15 years of marriage, mak and ayah were already blessed with 10 kids! I know that my mother is capable of doing many things. Mak pernah jadi guru disiplin, ketua panitia, but they didn’t last longer. Ayah tak suka mak sibuk-sibuk sampai terpaksa abaikan anak-anak kecil kat rumah. So mak jadi regular teacher, yang tak peduli pasal politik kat sekolah, yang tak kisah naik pangkat ke tak, yang buat dek bila kena sound dengan Guru Besar, yang sanggup selinap keluar ikut pintu belakang masa meeting sebab nak balik susukan anak kat rumah. Then after all my siblings dah ke university or boarding school, mak mula mengorak langkah. Langkah yang sangat cepat. Waktu tu I dah kahwin. Suddenly mak naik pangkat jadi PK HEM, PK 1 dan ada cadangan nak naikkan mak jadi Guru Besar. Sometimes bila I balik rumah mak, I could hardly bersembang dengan mak, during the whole day mak kat sekolah, malam pun ada kegiatan, sometimes for days mak out station pergi kursus sana-sini.

   Ayah percaya, the most noble job for a woman is being a full time housewife. Sebab tu ayah cukup sayang kat my sister in law, Kak Dayang. She possesses a degree in Estate Management, but she never works. She takes care of her two children 24-7 at home. I was also a full time housewife before, but I didn’t complete my studies. Ayah supports my intention to pursue my degree, only that ayah tak berapa berkenan because I intend to be a practising lawyer. Now kalau nak compare cara Kak Dayang jaga anak-anak dia dengan cara I jaga my children, memang macam langit dan bumi, as currently I am busy being a student again. So apatah lagi bila dah berkarier nanti, ayah takut anak-anak I terabai. To ayah, kalau ye pun nak kerja, jadi cikgu cukuplah, sekadar nak top up kewangan keluarga, bukannya sampai nak jadi kaya. Itulah yang berlaku pada mak sepanjang usia perkahwinannya dengan ayah. To be a good wife, furthermore pandangan ayah tu memang selari dengan agama, mak is so obedient dan taat aje pada kehendak ayah. Ayah kata jangan sibuk-sibuk berkarier, mak patuh aje. Di saat mak betul-betul sangat hampir ke puncak, ayah suruh mak pencen awal, and that is what mak did. Kami adik-beradik memang bising. The youngest child pun dah umur 15, dah duduk boarding school, kalau mak pencen, apa aktiviti mak boleh buat kat rumah?

   “Kalau mak tak jadi cikgu aje, hangpa taklah sampai 10 orang dan taklah sampai semua masuk university!” Mak selalu ulang ayat tu. Mak and ayah from generation X, I in generation Y, the way both generations memandang kehidupan ini adalah berbeza, masa mengubah segalanya. Don’t deny the fact that parents zaman sekarang mempunyai parenting skills yang lebih baik berbanding parents zaman dulu. The point is, tak semestinya bila jadi career mother, you akan jadi a lousy mother. Tapi jauh di sudut hati, I mengakui juga kata-kata mak, I menghormati pendirian ayah. Mungkin sebab mak cuma seorang guru ajelah, kami adik-beradik semuanya berjaya. Relatives and my parents’ friends selalu tanya, macam mana my parents mendidik kami adik-beradik. Alhamdulillah, semuanya diberi didikan agama yang beyond budak-budak lain, bukan setakat ilmu basic, tapi ambil tahu jugalah perbezaan pendapat dan mazhab dalam agama. Straight A’s during big examinations in my family adalah perkara biasa, kalau tak dapat straight A’s tulah yang luar biasa. Masuk university macam dah sure aje, tak payah susah-susah merayu sana sini. Bila compare with my parents’ childhood friends yang sekarang ni pegang jawatan besar-besar kat government or private sectors, anak-anak diorang taklah secemerlang anak-anak mak dan ayah, kalau ye pun ada yang cemerlang, diorang adalah anak tunggal atau datang dari tiga, empat beradik aje. Lebih sedih lagi, ada yang mak bapak berjawatan besar, tapi anak penagih dadah, terlibat dengan gejala sosial, kahwin lari, etc.

   Seingat ingatan I, mak bukanlah ibu yang over concern sangat pasal anak-anak. Kalau baca blog para ibu sekarang ni, every little tiny thing pasal their baby’s development really matters to them. Tapi mak bukan macam tu, mak ibu yang sangat sempoi, buat deeeeek, she only concerned about the basics, asal cukup makan, cukup pakai, that’s all. Cuma mak managed to breastfeed all ten of us sebab mak banyak masa kat rumah. Mak bukan ibu yang tiap-tiap hari tanya pasal kerja sekolah, rasanya dari tadika sampai form five, tak pernah sekali pun mak buka check isi kandungan my school bag. Kalau nak exam tak cukup stationery, cakap kat mak, mak bagi duit, kalau tak cakap kat mak, mak pun tak tahu, maka meminjamlah last minute kat kawan-kawan. Mak takdelah cerewet sangat tentang bila anak dia boleh membaca, out of my ten siblings, ada yang boleh membaca at 5, even ada yang baru pandai membaca at 9, mak okay aje, tak push pun. Mak bukan mak yang jaga time table anak satu-satu, suka hati kitorang aje nak tidur pukul berapa, the only rule yang digunapakai di rumah ialah no tv if tomorrow is school day, so kitorang memekak main bising-bising sesama adik-beradik until late at night. Mak tak pernah push kena mandi pukul berapa, kena pakai baju apa, pandai-pandai sendirilah, adik-adik kecil ramai, belajar berdikari. Kalau terjatuh ke, luka ke, lebam ke, mak selamba aje, lepas menangis lebih kurang, kitorang diam sendiri. Itulah kenangan masa kecil yang I ingat.

   Kalau mak sangat sempoi dan selamba macam tu, habis macam mana anak-anaknya semua boleh berjaya dan berakhlak mulia? Now I realize kebenaran pandangan ayah, bahawa the presence of a mother at home really matters in children’s development. Seorang ibu cuma perlu ada di rumah. Tak perlu belai anak every hour, tak perlu jaga every single thing pasal keperluan anak, tak perlu berlebih-lebih bersembang dengan anak, tak perlu melekat 24 jam tepi anak. Tapi hanya dengan perasaan bahawa ibunya ada di rumah, itupun anak-anak dah cukup terbela dan terjaga. I remember when I was small, I bukanlah clingy sangat dengan mak, adik-adik kat bawah I ada 7 orang. But knowing that mak was somewhere in the house, itupun I dah rasa emotionally secured and physically protected. Bukannya perlu sangat pun nak itu ini daripada mak, cuma nak ada perasaan bahawa mak ada kat rumah. Being a teacher, pukul 2 petang ke atas mak dah ada kat rumah. Mak masak, lepas tu tinggal aje lauk atas meja, pandai-pandailah ambil sendiri. Mak basuh baju, esok mak bising suruh kitorang sidaikan. There were times bila mak complained sebab kitorang malas, there were times kitorang tension sebab mak suka membebel, there were times kitorang rasa nak cepat-cepat pergi boarding school or masuk U sebab tension duduk kat rumah. Biasalah kan…

   Tapi bila dah besar, kitorang sempat merasa perasaan bila balik rumah, mak takde kat rumah sebab mak sibuk dengan meeting kat sekolah, or sebab mak pergi out station kursus merata. Masa tu semua dah besar, even I dah beranak-pinak. Tapi betul-betul rasa pelik bila takde mak kat rumah. Bukannya tak boleh berdikari, dah pandai masak sendiri, pandai cari aktiviti sendiri. Tapi tetap rasa nak ada mak kat rumah. So bila ayah insisted suruh mak pencen awal sebab ayah dah mula tak berkenan mak asyik sibuk-sibuk kat luar, kami adik-beradik dalam dilema. Memang suka mak ada kat rumah selalu, macam dulu-dulu. Tapi tak adillah untuk mak, sebab bila kami adik-beradik balik rumah masing-masing or balik ke boarding school, mak tinggal berdua aje dengan ayah, apa aktiviti yang boleh mak buat? Yes, mak has 10 children, tapi bila dah tua, rumah sunyi sepi juga. It is good that mak has something to do to occupy herself. But at last, mak pencen juga. I know that mak loves ayah very much. Syurga seorang isteri pada redha suami, Insya Allah mak deserves it, what mak did was a noble one indeed!

   Up until now, I masih menilai dan bermuhasabah. I tahu matlamat hidup I, I minat law, I will finish my studies. Then, I want to be a career mother. But what career to pursue, the question remains unanswered. Public prosecutor, magistrate, defence attorney, legal advisor, PTD, lecturer or maybe just a teacher? I will let the time to provide me the answer. The children are my priorities. My future career will be determined by how well my children can adapt themselves. So far, since I masuk belajar balik ni, they are well adapted to their status as anak seorang studying mother. They are in fact very supportive and cooperative. Bila I cakap esok I ada exam, they will sleep early so that I boleh study, or they will play quietly among themselves, they even encourage me to study, as what they always say ”…sebab nanti Ibu boleh dapat hadiah…!” Allah banyak mudahkan urusan I sepanjang I belajar ni, my children are well-mannered, healthy, happy, independent and matured. I cuma berdoa semoga Allah beri ilham dan tunjukkan jalan terbaik. Tak naklah nanti, di satu hari di usia tua, my children ungkit balik segala benda yang diorang rasa lack during their childhood. I just hope that diorang bersyukur dengan kehidupan diorang sekarang, just like how I bersyukur dengan kehidupan I masa kecil-kecil dulu. Up until now, what is clear is my determination to get a law degree, what is unclear is how my future career would be like.

Insufficient sleep

   As soon as you enter the world of motherhood, insufficient sleep becomes normal. As in my case, I have been through it for six years. But there are few rare times that I manage untuk tidur mati start aje letak kepala atas bantal sampailah bangun esok pagi. Usually the rare times come when I am no more breastfeeding and ada orang lain boleh ambil alih tugas jaga anak-anak waktu malam. Of course bila breastfeed your baby, jangan haraplah nak tidur straight sampai pagi, especially during first few months after the arrival, every two hours baby nak menyusu. Sometimes Abang kesian kat I sebab kena bangun banyak kali, he offers untuk bancuh susu botol, but I refuse, seboleh-bolehnya nak bagi breast milk kat anak as much and as often as possible.

   I will only stop breastfeeding when I am pregnant again. In my record, the minimum age of my last child is 7 months and the maximum age is 10 months old when I conceive again. However even though I do not breastfeed during next pregnancy, still kena bangun malam juga a few times untuk bancuh susu dalam botol. Up until now, Amjah who is already 4 years old pun still minum botol. Zara sangat kuat minum susu, just imagine, start I ambil dia from taska at around 5.30 pm sampai 8 pagi esoknya, normally Zara will have at least 6 bottle feedings! Adham pulak, the best baby of all four, after he stopped breastfed, dia tak jaga malam, he will only wake up at 5 am, masa tu dah memang time I bangun. So in conclusion, I dah get used to insufficient sleep. Sesekali bila ada anak yang sakit, time tu adalah time total sleep deprivation for me. Zara pernah ada history kena feveral fit, ada possibility anak-anak lain pun mungkin kena, because it is genetically inherited. So I don’t dare to take any risk, should any of my kids demam, I standby kat tepi diorang the whole night to monitor and control the body temperature.

   Tapi sesekali bila Abang ada, or bila balik kampung rumah mertua, masa tu la memang best gila dapat tidur nyenyak. Abang memang sangat rajin, suami contoh la, untung I dapat suami macam Abang yang voluntarily helps to ease my burden. My father in law juga sangat suka kat budak-budak. Bila balik Johor, lepas anak-anak dah tidur dengan kitorang, my father in law akan angkat sorang dua masuk bilik dia, tidur dengan dia. Paling best bila my father in law angkat baby. Sepanjang malam tu, kalau baby nangis nak susu ke, lampin lencun ke, my father in law akan uruskan semuanya, sikit pun tak kejut kitorang. Esok pagi lepas bangun Subuh, sometimes Abang and I tidur balik sebab mengantuk gila driving the whole last night. Memang dasar menantu hantu! Hehehe… Kitorang tak payah susah hati sebab as soon as my kids bangun tidur, semuanya my father in law uruskan since mak bapak diorang dok berdengkur lagi. He is such a great grandfather to our kids!

   Now I am entering my third trimester. Inilah fasa yang sangat mengganggu tidur. Sometimes your whole body memang exhausted, kepala pening, tapi tak dapat tidur nyenyak sebab perut yang makin membesar buatkan kita rasa tak selesa. I selalu rasa oxygen dalam dunia ni tak cukup when I am towards the end of pregnancy. Sometimes rasa sakit belakang, lenguh sana-sini, semua posisi tidur tak kena. Tidur kat katil empuk rasa lemas pulak, susah nak bernafas. Badan asyik panas, bila tidur dekat dengan kipas, hidung tersumbat pulak, lagi rasa tak cukup oxygen. Ada masanya at first memang nyenyak betul kita tidur, sekali anak tempuh kaki kita aje, terus terjaga, tak boleh tidur-tidur dah lepas tu. Yang paling often, tak habis-habis rasa nak kencing, once dah pergi kencing, mata tak boleh lelap pulak sampai pagi. Dan yang bestnya, pagi-pagi buta perut buat macam-macam bunyi, lapar tak kena masa, tak tahan tunggu esok pagi, maka memasaklah kelentung-kelentang kat dapur.

   I don’t know how others handle and manage this kind of sleeping problem. As for me, bila sampai fasa-fasa tak boleh nak tidur ni, I tak nak buang masa terkebil-kebil tengok ceiling or kipas berpusing sampai esok pagi. Sometimes I menghadap internet, masa nilah nak tulis blog or baca good articles and e-mails. But most of the times, kepala sangat berat untuk absorb benda-benda berat. Luckily ada ASTRO, so menghadaplah ASTRO tu selagi ada benda boleh tengok. I am very selective dalam memilih program yang I nak tengok, takdelah semata-mata tengok movies or dramas. Ada masanya the whole night I watch news or documentaries. Kadang-kadang pulak I buat kerja rumah pagi-pagi buta, especially doing laundry or lipat kain. So kalau you jadi my neighbour, toksah peliklah kalau pagi-pagi buta my house menyala lampu, dengar suara tv, tengok I sidai kain, etc.

   Sekarang ni dah nak masuk musim final exam. Next week is our final week of lecture. Since last two weeks, memanjang test and assignment, lecturers nak melengkapkan carry marks. I mengambil manfaat sepenuhnya dari sleeping problem that I am suffering now. Lagi tak boleh tidur, lagi banyak masa I boleh guna untuk revision. Badan memang penat, but I push myself. Waktu-waktu macam ni, sometimes I have to depend on caffeine. Orang kata pregnant mothers tak elok ambil caffeine. Tapi nak buat macam mana, for long I am addicted to it! During pregnancy I will reduce my intake, tapi time nak exam ni I belasah aje. I pernah tak tidur sampai 48 jam dek kerana penangan kopi! Lepas tu kepala memang bengong la, tapi puas hati sebab dapat habiskan revision dan dapat jawab semua soalan dengan baik. By end of April, I dah boleh balik bercuti di Kuantan. Kat Kuantan nanti, tak tahu macam mana nak spend my sleepless night, waktu tu dah tak payah study. Hmm… agaknya banyaklah entries in my blog nanti.

Supportive husband

   Before I made my final decision to register kat UiTM Kedah ni, I told Abang, “Kalau Abang macam ayah Atin, baik cakap siap-siap, so that Atin tak payah susah-susah peningkan kepala to continue studies…” Abang calls me Atin. Yes, that was my biggest worry, to get Abang’s approval. I didn’t care if the whole world object my decision, but as long as Abang approves, I feel blessed and berkat. As a wife, of course I have to ask permission from my husband. Knowing Abang, I know that Abang akan selalu tolerate and berlapang dada with 90% of my decisions. Abang jarang sangat objects, because he knows and believes that usually I am wise in making decisions or in expressing my stands. Other people might see it as I am being a queen control, but Abang sees it as demi untuk menggembirakan dan membahagiakan si isteri. Abang approved, but looking from his facial expression, I know that Abang sebenarnya teragak-agak untuk lepaskan I pergi.

   It was the biggest decision in our 6 years of marriage at that time. Living apart, sesuatu yang we both rasa sangat mustahil untuk dilaksanakan. Kitorang dah merasa living apart during first seven months of marriage, I was in UIA, Abang was in UTP. Memang seksa sangat, pengantin baru duduk berjauhan. Furthermore, I was in great depression at that time due to my problem of infertility, duduk berjauhan dengan husband added some more to my emotional unstability. Lastly, I decided to quit my studies. I am ego. Do it at my very best, or don’t do it at all, that is my principle. My CGPA was only 3.2, I could not focus on my studies. Boleh aje nak paksa diri untuk teruskan aje, at least biar habis degree. But being an egoistic, I tak nak sekadar pegang ijazah cikai, so I berhenti macam tu aje. Everybody was shocked, even Abang, because he knows me since I was 13, I am always a good student, suddenly I made that kind of surprise to the world. Tapi Abang tetap berdiri teguh di belakang I, he understands me well, up until now, betapa isteri dia ni memang kepalanya lebih keras dari batu. Starting from that, we never live apart from each other. I pernah merasa hidup kat Kerteh, ikut Abang practical. Pernah hidup di Tronoh, during Abang’s final year in UTP. Pernah hidup di KL, when Abang was working part time sebagai pelukis pelan. And hidup di Kuantan, sejak Abang bekerja dengan Petronas. Not only that, I was a loyal housewife yang setia ikut bontot Abang ke sana sini, ke hulu ke hilir. Abang takkan pergi outstation, attending courses, join family programs, etc without me and anak-anak ikut sama. Even course kat Miri yang kena seberang laut tu pun, Abang insisted suruh anak-anak and I ikut sama. That was our life before. That is Abang, he is truly a family man, yang kena tengok muka isteri dan anak-anak everyday sebelum pergi kerja and sebelum tidur.

   Mengenali Abang sebegitu, that’s why I waited for 6 years before I decided to become a student again. Living apart was something that we both tried to avoid all this while. Abang is stationed in Kuantan, kat Kuantan, berapa banyak sangat higher institutions yang ada. Memang ada UIA, ramai yang kata, kalaulah I tak terburu-buru berhenti belajar dulu, I dah boleh sambung belajar kat UIA kampus Kuantan. Mungkin bukan rezeki I, Allah dah atur perancangan-Nya tersendiri, yang kita sebagai hamba tak nampak. There were several times I applied several courses kat IKIP, KIPSAS, but then I refused to go sebab courses yang I pilih dan dapat tu I felt like they were not so challenging. I have strong belief in myself that I could achieve more, why downgrade myself? Then I discovered that UiTM kampus Kuantan ada offer law course. So I applied online, wishing that I berjaya dapat UiTM Kuantan. Mungkin ada hikmahnya, I was successful in that application, only that I was offered kampus Kedah, and not Kuantan. Masa tulah banyak issues timbul.

   Ketika itu, I was already a mother of three. I was in third trimester of my fourth pregnancy. Abang has good job, with a few times of salary increments, bonuses, awards. We have already bought a lovely semi-D house in Kuantan. My eldest daughter dah start kindergarten. In short, I have already a complete, secured and beautiful life with a good husband and wonderful kids. What more to pursue? My father was not in favour of my decision, he strongly objected my intention to have a degree. I tak salahkan ayah. Ayah percaya housewife is the most noble job a woman could possess. Dan kalaupun terpaksa bekerja kerana tuntutan kewangan, ayah tak nak pekerjaan itu menjejaskan anak-anak. That’s why my mother ended up jadi a regular teacher aje, sampai pencen. I know, if she was given chances and supports, mak boleh pergi jauh. I know my mother, she was head student masa kat STF, she is brilliant and hardworking. It’s only that lepas kahwin dengan ayah, her direction berubah, her priority adalah anak-anak, niat mak nak sambung belajar terkandas macam tu aje. Masa dapat tawaran belajar tu, kekuatan I cuma Abang. Since I am already married, I tak perlu dengar cakap ayah, I cuma perlu dapat Abang’s approval. I takut sangat bila sesekali Abang bersembang dengan ayah, kalau-kalau ayah berjaya pujuk Abang untuk tak benarkan I sambung belajar. Ayah sebenarnya tak bangkang niat I nak possess a degree, cuma ayah rasa, kenapa nak buat law, kenapa nak jadi lawyer? Jadi cikgu cukuplah. Tapi Alhamdulillah I got strong support from my parents in law, especially my mother in law, she was the one yang pujuk Abang gila-gila to let me grab this golden opportunity. My father in law juga sokong I, dia kata, buat apa nak rendahkan kebolehan diri, kalau rasa mampu jadi lawyer, buat apa nak berhenti setakat jadi cikgu?

   If you di tempat Abang, agak-agak sanggup ke lepas isteri duduk jauh-jauh, berdikari sendirian dengan 3 anak kecil? Dah la isteri tengah sarat mengandung 7 bulan waktu tu, nak sesuaikan diri di tempat orang, nak uruskan anak-anak sorang-sorang. Tapi Abang kenal I, Abang yakin I boleh buat. I juga yakin dengan diri sendiri. Tapi sebenarnya yang berkorban bukanlah I, sebaliknya Abang yang terpaksa berkorban itu ini. Abang dah biasa hidup dengan bebelan isteri tiap hari, dengan riuh rendah rumah dek suara anak-anak. Abang dah biasa isteri uruskan semua, even berus gigi dia pun takkan berganti kalau bukan I yang letak berus gigi baru kat toilet. Abang makan sangat banyak, he enjoys home made cookings sebab boleh tambah banyak-banyak. Abang suka kalau anak isteri ikut dia ke sana sini. Like normal typical husband, Abang juga suka bila dia balik penat-penat dari kerja, ada isteri dan anak-anak kat rumah, even though I selalu sambut Abang balik kerja dengan rajuk, rungutan dan bebelan. But it is our life yang kitorang dah biasa dan rasa selesa. Suddenly bila I pindah ke Kedah bawa anak-anak, Abang has lost all these big and little things, life berubah secara mendadak. Bukan mudah nak sesuaikan diri. There were times when Abang called me, crying, because he felt that rumah tu terlalu sunyi, his life terlalu empty. Every week Abang akan travel from Kuantan to Sungai Petani untuk jenguk anak-anak and I. That is really a long journey, about 700 km! Tapi Abang sanggup, sebab kata Abang, itu tanggung jawab dia. Abang is forced to make this sacrifice semata-mata sebab I nak kejar segulung ijazah…

   Bila kita sedar diri, betapa untuk berada di kedudukan ni, terlalu ramai orang berkorban dan terlalu banyak perkara perlu dikorbankan, maka kita takkan sia-siakan semua pengorbanan itu. I bertekad, I bukan sambung belajar sekadar macam lepaskan batuk di tangga, I akan buat sehabis baik. Alhamdulillah, when I got 3.93 and 4.0 flat, Abanglah orang paling gembira. Sesetengah suami tak suka kalau isterinya terlalu berjaya, dia akan rasa tercabar. Tapi Abang bukan macam tu. In fact, kalau bukan kerana pengorbanan yang Abang sanggup lakukan, tak mungkin I akan sampai ke tahap ni. Abang is a very supportive husband. Ada masanya Abang sanggup ambil cuti tahunan sebab nak tolong jaga anak-anak when I am in exam seasons. Time tu rumah memang tunggang-langgang, nak layan anak-anak tak sempat, nak makan pun berkira-kira soal masa. So Abang takes that responsibilities, Abang uruskan kain baju, bersihkan rumah, jaga anak-anak. Satu kejutan besar buat I, sejak balik dari Arab Saudi, Abang dah pandai masak! Balik dari kelas aje, macam-macam lauk Abang dah siap masak… I am touched! Bab duit, toksah cakaplah. Berapa banyak perbelanjaan tambahan yang terpaksa Abang keluarkan untuk tanggung expenses dua buah rumah, tampung perbelanjaan harian anak-anak and I, kos Abang travel pergi balik Kuantan-Sungai Petani, even kos I belajar pun Abang yang tanggung since I cuma dapat RM1000 per semester. Dulu cuma bayar basic yuran taska anak-anak, now dah bertambah kat OT pulak, sometimes OT sampai 2, 3 ratus sebulan, because I have extra classes at night, exam, debate… Bercakap pasal debate, my involvement in debate juga sangat costly, and all the costs are borne by Abang, nak harapkan HEP, tak payahlah. Kena travel pergi latihan or tournament, students lain boleh naik bas, I have to drive sendiri sebab nak bawa anak-anak sekali, minyak tol semua tanggung sendiri. Masa ada debate, kena uruskan orang jaga anak-anak. Ada sekali tu, for 5 days tournament, bayaran mengasuh anak-anak aje RM300! Tapi Abang sangat supportive. Ini adalah investment untuk masa depan, untuk jadi a good lawyer, I have to be excellent in debate.

   This March, we celebrate our 7th wedding anniversary. Ada sekali tu, I was so sentimental, I menangis the whole night, memikirkan betapa beruntungnya I dikurniakan suami sebaik Abang. Ada masanya I rasa sangat lemah, penat nak main peranan sebagai isteri, ibu dan pelajar at the same time. Tapi Abang is always there to support me. Dia melengkapkan apa yang kurang dalam perjalanan yang I dah pilih ni. I berdoa pada Allah, semoga I akan beroleh kejayaan yang paling cemerlang, sebab kejayaan itu ajelah bukti I menghargai kasih sayang dan pengorbanan Abang. I nak jadi orang berjaya, and I will declare to the whole wide world, bahawa kejayaan yang I capai, sumber kekuatannya comes from my beloved supportive husband. Dan bila dah berjaya, I takkan lupakan Abang. I tak nak jadi a career woman yang ada pangkat besar dan duit banyak, tapi selalu merendah-rendahkan suami atau lupa tanggung jawab dan kedudukannya sebagai isteri. I juga simpan cita-cita, satu hari nanti, bila dah ada duit, time tu I boleh tolong support family, I nak Abang tunaikan cita-citanya untuk sambung belajar sampai PhD. I tahu, Abang selalu nak sambung belajar, tapi Abang terpaksa fikirkan keluarga dulu, and now Abang terpaksa bagi peluang kat I terlebih dahulu. Abang, thank you so much… Syukur pada Allah yang menyatukan hati-hati kami…

Antara emak dan isteri

   Ada orang pernah bagi petua pada I, kalau nak cari calon suami, carilah lelaki yang taat pada ibunya, Insya Allah dia akan menjadi suami yang soleh dan bertanggung jawab. Dari satu sudut, memang I akui, lelaki yang taat pada ibunya adalah lelaki yang menghormati ibu, memuliakan kaum wanita dan mengangkat darjat kaum hawa, maka Insya Allah dia juga akan menghormati isterinya, melimpahkan kasih sayang dan menjalankan tanggung jawab sebagai suami dengan sempurna. Alhamdulillah, ketika membuat keputusan untuk menerima Abang sebagai pemimpin hidup I, I nampak ciri-ciri anak yang soleh itu ada pada Abang. Betapa mendalamnya kasih sayang Abang pada emak dia sampaikan Abang selalu mention tentang macam mana emak Abang mengasuh dan mendidiknya sejak kecil sampai dewasa. Even sampai sekarang pun, ada ketikanya Abang akan compare kelebihan emak dia dengan kelemahan I. Of course la, hingga akhir zaman pun takde siapa boleh menandingi ibu kita.

   Yang menjadi masalah ialah bila si suami terpaksa berhadapan dengan dilema untuk memilih antara emak dan isteri. Memang rumit kalau sampai ke situasi macam tu. Tapi andainya si suami punya ilmu, kebijaksanaan dan pendirian, Insya Allah dia akan mampu menangani masalah ini dalam keadaan menang-menang, emak pun tak terasa hati, isteri pun boleh redha dan berlapang dada. Sebagai lelaki, kewajipan untuk taat pada ibunya adalah paling utama. But at the same time, kewajipan untuk menunaikan tanggung jawab terhadap isterinya juga adalah perkara penting. Tak naklah nanti di akhirat tempang amalannya kerana kewajipan pada ibu terlaksana penuh, tapi kewajipan terhadap isteri lompang sana sini sebab nak menjaga hati emak semata-mata.

   I selalu terfikir, macam mana sampai boleh terjadi situasi terpaksa pilih antara emak dan isteri. Banyak real stories kawan-kawan I yang boleh dijadikan iktibar. Ada yang dari mula kahwin memang tak dapat restu emak, then lepas dah kahwin memanjang la ungkit-mengungkit, benci-membenci. Ada yang kahwin dengan restu, tapi emak ni macam susah nak lepaskan anak lelaki yang dah menjadi anaknya selama 20, 30 tahun pada wanita lain, so even though anak dia dah jadi suami orang, dia still nak control anak dia macam budak kecil, nak guide and dictate itu ini. Ada pula yang mula-mula kahwin okay aje, but then si isteri ni tak pandai ambil hati emak mertua, tak nak berlebih kurang. Ada pula yang puncanya bukan emak si suami, tapi adik-beradik suami yang mengapi-apikan, maka si emak mestilah nak backing anak sendiri instead of anak menantu. Dan ada juga yang puncanya adalah besan, I mean parents si isteri yang tak sebulu dengan parents si suami, maka kes ni melarat sampai ke anak menantu, sampai ke cucu-cicit pulak. Mendengar cerita-cerita macam ni, how I wonder banyaknya sifat dan kerenah manusia dalam menjalinkan perhubungan. Manusia punya kelemahan, takkan nak expect semua orang jadi baik dan semua ikatan takde masalah.

   Cuma I benci sangat bila si suami gagal memainkan peranan dia sebagai seorang anak and at the same time sebagai seorang suami. Ada ke patut, one of my friends, emak mertua dia suruh suami dia ceraikan dia kalau tak nak jadi anak derhaka?! First, I cukup benci orang tua yang senang-senang ugut nak isytihar anak dia anak derhaka kalau tak ikut semua perintah dia. Kalau perintah tu logic and in accordance with religion, boleh terima lagi. Ini perintah sekadar untuk memuaskan hati dia menyalurkan perasaan benci pada anak menantu. Second, I memang anti lelaki yang takde ciri-ciri kepimpinan sebagai suami. Kalau selama-lama nak jadi anak emak, jadi anak emak, tak payah jadi suami orang. Takpun suruh emak dia carikan isteri yang boleh puaskan kehendak emak dia, Insya Allah takde perang mertua-menantu, kalau ye pun perang, bukan salah dia tersilap pilih isteri, salahkan emak dia. And third, I juga akan condemn si isteri yang cepat putus asa dan melatah dengan perangai emak mertua dia. Kena ingat, emak mertua kita sama aje tarafnya macam emak kita sendiri. Lagipun orang tua, jiwa dan hati nurani dia berbeza dengan orang muda. Kita yang muda nilah kena berakal waras sikit dalam menangani situasi macam ni, bukan makin menyemarakkan api dalam hati emak mertua kita.

   Bagi I, semuanya akan mudah bila setiap orang berpegang pada ajaran agama. Once anak lelaki dah kahwin, si ibu ni janganlah suka masuk campur dalam urusan rumah tangga anak dia. Kenalah terima hakikat, tak kira macam mana kita sayang anak kita, sampai masanya, dia akan keluar dari rumah dan menjalani kehidupannya sendiri. Sometimes ada emak yang rasa terancam bila hadirnya perempuan lain dalam hidup anak lelakinya. I pun pelik, takkanlah seorang ibu tak nak lihat anaknya hidup bahagia? Takkanlah seorang ibu nak tentukan every single thing dalam hidup anak dia, hatta bab pilih isteri pun dia nak masuk campur? Suka ke tengok anak kita bercerai-berai, cucu-cucu kita hidup berasingan dengan mak ayah? Si suami pulak, even though dah bahagia dengan isteri, emak tetap emak. Ketaatan pada emak sama pentingnya dengan kewajipan terhadap isteri. Kalau ada ilmu, Insya Allah takkanlah sampai ke tahap kena pilih antara emak dan isteri. Ada perkara kena mengalah dengan emak, ada perkara kena mengalah dengan isteri, ada perkara si suami kena tegas dengan keputusan sendiri. Macam mana nak tahu tindakan apa perlu diambil? Tentulah dengan ilmu. Bagi si isteri pulak, kena sentiasa ingat, suami kita tu selama-lamanya adalah anak kepada emak mertua kita, tak kira macam mana kita nak rebut, status itu takkan berubah even sampai akhirat pun. Dalam Islam, emak suami sama aje tarafnya dengan emak kita sendiri. Taat pada emak mertua bererti taat juga pada suami. I pun tak faham kenapa ada sesetengah isteri berpatah arang berkerat rotan dengan wanita yang telah melahirkan suaminya.

   Dalam situasi macam ni, ada tiga pihak terlibat, si suami, si isteri, dan emak si suami. Antara tiga pihak ni, yang mana patutnya jadi penyelesai masalah? Tentulah si suami! Sebab si isteri dan emak si suami, dua-dua perempuan, dua-dua akal pendek, nafsu dan emosi yang lebih. Sangatlah malang kalau si suami ni pun akal pendek, ilmu cetek, pertimbangan goyah. Sama ada asyik dengar dan ikut cakap emak, atau asyik tunduk pada isteri, dua-dua tindakan tu mencerminkan dia sebagai lelaki yang tak layak jadi pemimpin. I selalu hot bila dengar cerita-cerita suami yang macam ni. Kebanyakan lelaki zaman sekarang, ghairah pergi kursus kahwin untuk belajar bab-bab atas katil, selak buku dan majalah untuk tuntut ilmu batin semata-mata, discuss dengan kawan-kawan sekadar sembang perkara di ranjang. Tapi bila ada masalah macam ni, tak pulak dia pergi consult dengan alim ulama ke, ustaz ke, kaunselor ke, kononnya jatuh maruah la kot. Dan suami zaman sekarang takde usaha nak baca buku-buku ilmu agama, ilmu rumah tangga dan ilmu psikologi, diorang pandang semua tu remeh. Kalau ye pun malas membaca, tengok tv rancangan diskusi pun malas. Maka jadilah mereka suami yang tak berilmu. Suami macam ni ke nak diharapkan memimpin sebuah keluarga?

   My female friends yang ada masalah dengan emak mertua masing-masing, bila diorang minta pandangan I, I selalu nasihatkan si suami tu dulu betulkan dirinya. Then I nasihatkan si isteri pulak muhasabah, bersabar dan berlapang dada dengan emak mertua. Tak kira macam mana emak mertua bencikan kita, jangan lupa doakan emak ayah mertua kita dalam solat, sebagaimana kita doakan emak ayah kita sendiri. Jangan takut balik kampung jenguk emak mertua walaupun kita tahu betapa menyampahnya dia tengok muka kita. Jangan halang anak-anak kita daripada berkasih-sayang dengan nenek mereka, walaupun emak mertua kita mungkin menghasut anak kita macam-macam. Yang paling penting, jangan sampai emak mertua kita rasa yang kita benar-benar intentionally nak rampas anak lelakinya dari dia. Antara kita dengan emak mertua, kita yang mesti beralah, sebab emak mertua kita dah tua. Sometimes cara pemikiran mereka adalah cara pemikiran orang-orang dulu, susah nak ubah cara orang tua berfikir. Kalau kita rasa emosi kita terusik, ingatlah, emosi orang tua lagi cepat terusik, lebih dalam dan lebih lama nak sejuk. Untuk menasihatkan emak mertua kita ubah cara dia is almost impossible. Kita yang muda nilah kena main peranan untuk jernihkan hubungan, bukan harapkan emak mertua pula start berbaik-baik dengan kita.

   I dulu pun bukanlah menantu pilihan emak ayah mertua. I juga pernah berhadapan dengan konflik macam ni. But I was lucky because my husband is a wise man. Bila emak ayah mertua mengutuk I, Abang took it as nasihat untuk memperbaiki diri. Bila I mengomel kat Abang, Abang cuba neutralizekan perasaan I. Kata Abang, Abang tak boleh control macam mana emak ayah dia rasa, tapi Abang boleh control I, because I am his wife, I di bawah tanggung jawab Abang, Abang ada kuasa ke atas I. Bila diingat-ingat, how I appreciate kebijaksanaan Abang menangani situasi rumah tangga kami in the first few years. Benar, nak menjernihkan semuanya, it really took time. Dalam apa juga konflik, Abang will make sure ianya adalah situasi menang-menang, emak ayah dia tak terasa, I sebagai isteri tak rasa teraniaya. Sometimes Abang pujuk I untuk beralah dengan pandangan emak ayah dia. Sometimes Abang pujuk emak ayah dia untuk memahami dan cuba bertolak-ansur dengan pendirian I.

   Tambah bersyukur lagi, dalam rumah tangga kami, takde orang yang mengapi-apikan. My parents, sejak mula kahwin lagi diorang dah nasihatkan I, kalaulah sampai di persimpangan untuk pilih antara emak ayah sendiri dan emak ayah mertua, my father suruh utamakan emak ayah mertua, kerana taatnya kita pada emak ayah mertua akan membawa kepada keredhaan dan kasih sayang suami kat kita. I bersyukur sebab my parents taklah too emotional and too demanded dalam soal ni. Diorang sedar, I tetap dan selamanya akan jadi anak kandung diorang, buat apa nak rebut-rebut anak lepas anak dah kahwin? Alhamdulillah, berkat kesabaran, kebijaksanaan Abang sebagai pemimpin rumah tangga, kefahaman semua pihak untuk bertindak mengikut agama, hubungan I dengan emak ayah mertua semakin rapat dari hari ke hari. Adakalanya sampai terlupa yang masa mula-mula kahwin dulu, I pernah tak diterima dalam keluarga Abang. Sebab tu bila kawan-kawan yang ada problem macam ni mengadu kat I, I cakap kat diorang, I dah tempuh semua tu, dan I berjaya buktikan bahawa hubungan antara mertua dengan menantu boleh jadi just as like hubungan antara emak dan anak kandungnya sendiri, yang penting kena ada usaha, keikhlasan dan kasih sayang.

Materialistic

   “Apa sorry, sorry…? Sorry tak main. Mai 2 ribu!” This spontaneous script was taken place a few months ago. Abang membebel kat I depan orang, I tarik muka masam. Then Abang apologized. When I said like that, my auntie tergelak. Well, that’s me! Call me materialistic, you are indeed right! Dalam exam MUET last semester, we were asked to write our opinion about being materialistic. Fuhh, dengan lancar dan lajunya, and of course panjang berjela, I wrote my personal perception of being materialistic. I mengaku yang memang I materialistic, I have no shame to admit it. And I explain my reasons of being so.

   I tak tahu apa definisi materialistik pada pandangan orang lain. But as for me, I want to always have money, money is so important to me. The best news which I expect from Abang is always about money. Gaji dah masuk, duit claim dah dapat, bonus 5 bulan gaji, dapat performance award, dapat tu, dapat ni… Wow, rasa bercahaya aje hidup I sepanjang hari. Sampaikan bila Abang berbelah bagi nak pergi Arab Saudi ke tak, I suruh Abang pergi aje sebab nanti boleh dapat duit banyak! Being a housewife with exactly no income, of course you are totally dependent on your husband. Sometimes I dapat juga duit, bila I menang pertandingan, but it is once or twice a year punya cerita. I memang betul-betul tension kalau takde duit kat tangan. Selalunya jalan keluar paling mudah ialah pinjam duit kat family members, be them parents, parents in law or siblings. Then bila dapat duit selambak, half of it buat bayar hutang semata-mata. Masa Abang baru-baru kerja dulu, bergantung juga kat credit cards. Tapi sekarang tidak lagi, slowly we manage to get rid of kad berhantu tu.

   I tak boros, okay! My handbag berharga RM15 aje. I wear an eight-ringgit-sandal. I tak pakai seurat emas pun, in fact I don’t like jewellaries, telinga pun tak pernah bertindik seumur hidup. I don’t have even single item baju berjenama. Barang-barang kat rumah semuanya sederhana, tak mahal dan taklah cikai sangat. When it comes to electrical appliances, I akan beli yang ada brand, tapi taklah brand mahal, but it is for safety reason. Baju anak-anak, slowly I belajar beli yang ada brand, because based on my experience, beli baju yang murah ni tak tahan lama dan tak selesa untuk kulit budak-budak. But I will only buy when it is in sale season, 50% dicsount is my preference. So, my parents selalu tanya, habis tu apasal memanjang aje tak cukup duit?

   Okay, bear in mind, I have four children! Adham belum faham lagi, but for Imah, Amjah and Zara, every single thing must come in three! Buka sekolah awal tahun ni, beli beg sekolah kat Imah dan Amjah, Zara demanded for one jugak. Selipar Zara putus, beli kat dia sorang, huru-hara dalam kereta, so kena beli juga untuk yang lagi dua tu. Beli Chipsmore, suruh share, Amjah kata dia nak warna biru, Imah nak warna pink, Zara nak warna hijau. Beli Tiger Susu pek besar, diorang prefer nak pek kecil sorang satu. Solution? Guess… It is not that I tak ajar anak-anak untuk berkongsi, but as young kids, they have started to learn about the sense of belonging. I beli Chipsmore tiga warna, balik rumah diorang akan buka satu-satu dulu, open the blue one first, share, bila dah habis only then they open the pink one, share, then comes the green one. But ketika Chipsmore biru dibuka, Amjah is in charge, he controls, then Imah buka the pink one and she is in charge, then Zara’s turn. Itulah anak-anakku. But I appreciate and respect their behaviours sebagai kanak-kanak yang sedang membesar. I don’t think I have spoilt them, I think I am helping them in their character buildings.

   When it is about food, I tak pernah berjimat. This is my central problem, kenapa I tak pernah rasa duit tu cukup. First, my babies minum susu mahal. Enfalac A+, Enfapro A+, Enfagrow A+, Enfakid A+, just have a look at the price kat supermarket. Abang juga yang ajar, bab nutrients, jangan berkira. Bab makan, we don’t have luxurious meals, we don’t go to high class places. I baru sekali bawa anak-anak pergi makan kat Secret Recipe, tu pun menyesal sampai sekarang. Starbucks, Old Town, apa-apa tah lagi, they are definitely not my places. But once in a while, we do treat our kids to Mc’donalds, KFC, makan seafood tepi laut, itu ajelah kot tempat yang kitorang consider mahal. But the kids and I are kaki snacks, Abang tak masuk geng sebab Abang tak reti makan snack. Our house perlu sentiasa ada snack. When I say snack, bukan jajan-jajan tu, err… actually jajan-jajan tu I beli untuk I, sorok makan belakang anak-anak. My kids creazy makan biskut, makan kek coklat, kerepek, roti, chocolates, emm… sweets tak masuk list, Abang haramkan. So the stock kena sentiasa ada. I juga sangat creazy minum instant drinks. First, malas nak bancuh air secara manual, second, instant drink ni dah campur nisbah ingredient yang just nice manis pekatnya, third, it’s instant! That’s why stock instant drinks ni perlu sentiasa penuh kat dapur. To an extent that, kalau dah tinggal a few sachets left, I dah susah hati gila-gila.

   I juga ada “kedai runcit” dalam rumah, that is what my siblings said. I always make sure I ada stock lebih sabun, ubat gigi, berus gigi, ubat nyamuk, etc. kat dalam stor. Sabun dalam toilet lagi 2 minggu nak habis, I dah kalut beli baru. That is me. Kalau tetamu datang tidur kat rumah, anytime they can ask for a new tooth brush, memang ada. I juga ada satu sifat yang sama dengan my mother in law, I tak tangguh beli barang yang I rasa perlu, even though some of the things boleh aje nak tangguh sampai hujung bulan dapat gaji. Kalau extension rosak, terus pergi beli. Anak-anak tak sampai nak buka lampu, terus pergi beli bangku. Takde tempat nak simpan bekas, terus pergi cari rak dapur. Almari baju dah tak muat, terus pergi cari drawer baru. Tetamu datang tak cukup cawan, pergi beli cawan. Fuhh, perangai I yang satu ni memang buat Abang pening kepala!

   Abang cakap, kalau perangai I macam ni, gaji sepuluh ribu sebulan pun tak cukup. Memang I tak boros beli barang mahal or branded, tapi kalau the amount spent every month on benda-benda biasa lagi banyak dari amount spent beli baju Gucci, sudahnya tak cukup duit jugak. Betullah tu, I ni kerja menghabiskan duit Abang aje. I know Abang pun sesekali teringin nak up to date bab-bab technology ni, nak ada the latest version of laptop, nak pakai handphone canggih, tapi selalu Abang beralah sebab nak sara hidup anak-anak and I. That’s why I nekad nak sambung belajar, cari duit lebih, bantu Abang besarkan anak-anak. Furthermore, kitorang nak ada anak ramai. Tak adillah kalau financial burden diletakkan sepenuhnya kat Abang.

   Cukuplah tu I reveal the dark side of me yang suka menghabiskan duit tu. Actually I nak ada duit banyak supaya I ada duit lebih, lepas belanja untuk diri sendiri, anak-anak dan keluarga, I suka kalau ada duit lebih. Abang and I share the same attitude of suka tabur duit sana sini. Abang tu, pantang ada orang minta derma, laju aje tangan dia. Dalam pocket ada RM15, RM10 derma kat orang. That’s him yang I kenal sejak dulu. Memang seronok kalau ada duit lebih. Balik kampung, boleh bagi-bagi duit kat saudara mara. Boleh belanja makan besar sesekali berhimpun ramai-ramai. Boleh sponsor majlis-majlis kat surau, kat neighbourhood, kat sekolah anak. Anytime adik-beradik takde duit, boleh hulur sikit-sikit. Ni tak, bila sedih baca kisah Palestin, setakat kirim doa lepas sembahyang aje. Nak derma, mula berkira-kira, takut duit kat tangan tak lepas sampai hujung bulan. Bila rumah anak-anak yatim rayu bantuan, kita bagi bantuan sekali, bulan depan dah tak mampu nak bantu lagi. Of course la kita nak lepaskan belanja keluarga kita dulu. Sebab tu I nak jadi kaya, biar ada duit lebih, bukan setakat keluarga sendiri boleh lepas, tapi amal jariah untuk akhirat pun boleh dilipatgandakan. Me materialistic? Yes, but on good purpose, hehehe…

Kitchen

   Abang selalu complained, when I am cooking in the kitchen, nobody is allowed to enter the kitchen, even nak basuh tangan kat sinki dapur pun I halau suruh basuh kat toilet. Abang memang ringan tulang bantu kat dapur, dia selalu datang menyibuk nak tolong kupas bawang, basuh pinggan, bersihkan dapur. But I make it a condition, masuk dapur only bila I dah siap masak. Sebab tulah rasanya sepanjang nak masuk 7 tahun dah usia perkahwinan kami, baru tiga empat kali Abang and I sama-sama memasak kat dapur. Selalunya I akan siap memasak dulu, only then Abang masuk dapur to help me cleaning up the kitchen or washing the dishes. Even nak manja-manja curi lauk masa I tengah memasak pun Abang tak berpeluang. If he enters the kitchen before I finish, silap hari bulan I merajuk padam api, terus tinggal periuk belanga, malas nak sambung masak, pandai-pandai Abang la nak modify lauk separuh masak tu macam mana.

   Beberapa minggu kebelakangan ni, I selalu balik kampung kat Bagan Lebai Tahir, Penang, especially sejak Pak Long meninggal hari tu. Adik-beradik selalu berkumpul, berhimpun untuk baca Yasin dan Al-Qur’an, bincang pembahagian harta, atau sekadar nak makan ramai-ramai. Sebelah my father, keluarganya sangat besar, it consists of 10 siblings. Mak Ndak dah meninggal because of breast cancer, Pak Long baru meninggal, so tinggal 8 orang adik-beradik, still a big number juga tu, campur pasangan dan anak-anak lagi. Most of them tinggal kat sekitar Penang juga, so diorang memang selalu datang berhimpun kat rumah pusaka my grandparents. Datang pun bukan sekadar buat syarat, tapi siap masak memasak macam kenduri. Semenjak dulu kala lagi, kitorang memang memasak dalam skala besar, usually untuk 20 orang makan, sometimes more.

   Sebab tu Mak Tih renovate kitchen kat Bagan, sangat besar, cantik and most importantly sangat practical untuk keluarga besar macam kitorang. Bila balik Bagan, seronok masak ramai-ramai. Semua dah tahu kerja masing-masing, semua saling membantu. Sambil buat kerja, sambil bersembang, sambil bercerita. Siang ikan 10 kilo pun tak terasa. Dek kerana kitchen yang luas tu, sinki ada dua, kuali periuk belanga berlambak, dapur memasak pun ada banyak, memang terasa selesa buat kerja walaupun penuh orang kat dapur.

   I wonder, boleh pula I masuk dapur ramai-ramai? Selalunya kat rumah, it’s one man show for me, kalau sedap yang I masak, I sorang dapat kredit, kalau tak sedap, I la juga tanggung semua. I hairan juga, apasal I selalu serabut bila orang lain masuk dapur. Anak-anak datang menyibuk kat dapur, nak tengok I kupas bawang, nak tanya apa tu apa ni, I rasa rimas semacam aje. Tapi bila balik Bagan, anak-anak datang jenguk apa I buat, rasa seronok aje biar diorang tengok. Exposure untuk diorang, at least tak la jakun sangat tengok orang memasak macam mana. Abang pun dah lama suruh I biasakan anak-anak tolong kat dapur, nanti dah besar, senang. Tapi I tak pernah buat macam tu. Seboleh-boleh I nak siap memasak secepat mungkin tanpa apa-apa gangguan dan pertanyaan.

   Now I dah tahu jawapannya. Rumah kat kawasan perumahan, dapurnya kecil, usually seluas separuh bilik tidur aje. Lepas tu orang selalu buat built-in kitchen cabinet, dah makan space lagi. Letak meja makan, terus dah takde space nak bernafas kat dapur. Padahal sepatutnya kitchen bukan saja kena practical, tapi juga kena selesa. For working woman, balik-balik dari kerja, tengah penat-penat tu kena bersilat kat dapur pulak. Of course nak siap memasak dengan cepat. Kalau ikut logic, lagi banyak tangan membantu, lagi cepat siap memasak. Tapi kalau kitchen kecil, ramai-ramai orang menyibuk kat dapur, bukannya tambah cepat, buat tambah serabut aje. I rasa sebab tulah I tak suka ramai orang kat dapur. Tapi bila I balik Bagan, dapurnya sangat luas. 20 orang datang memasak pun, tak rasa serabut.

   So I rasa, bila I dah graduate nanti, bila dah balik duduk rumah kat Kuantan tu, benda pertama I nak buat ialah nak renovate my kitchen, nak extend biar besar, kalau boleh sama besar dengan living room. Kalau nak buat built-in kitchen cabinet pun, biar betul-betul sesuai dengan I. Ni sometimes I pergi rumah orang, kitchen cabinet dia punyalah tinggi. I ni short aje, takkan nak potong bawang kat meja yang sama tinggi dengan leher kita! Bila dapur dah besar nanti, bila I memasak, the whole family kena join sekali, tak kira anak lelaki ke anak perempuan. Esok bila dah besar, kalau jadi isteri, pandai memenangi hati suami, kalau jadi suami, tahu meringankan beban isteri. Okay Abang, start saving from now. Lagi 4 tahun I graduate, itu projek pertama kita lepas I graduate, orait?!

4.0 flat

   Everybody was in grief kerana kematian Pak Long when I received a great news from my brother and other coursemates that I got 4.0 flat for second semester examination! First time dapat tahu memanglah melompat menjerit kegembiraan. Tapi takdelah terlebih-lebih bergembira, in fact before that I takde jiwa sangat pun nak pergi check result. Bahagia sangat tengok wajah mak and ayah who are so happy with my outstanding achievement. I don’t deny, many people out there are looking forward to see how far can I go, yelah, sambung belajar ketika usia dah lanjut with four kids under my responsibility. At first, ramai yang skeptical. But Alhamdulillah so far I’ve been through two semesters successfully. Lebih bangga lagi, I bukanlah ordinary student yang kerja melepak study kat library aje, but I also involve dalam kokurikulum, especially in debate. I am proud to tell everybody that so far I can discipline myself to be a good student, I tak pernah ponteng kelas, sentiasa siapkan assignment on time and give 100% in every presentation. So bila dapat 4.0 flat, I menghela nafas panjang, rasa berbaloi sangat!

   Kali terakhir I merasa dapat straight A’s was when PMR result keluar. Masa tu I got straight 9 A’s. In SPM, I only managed to get 8 A’s, another two subjects C3 and C4, itupun actually sampai sekarang I tak yakin I deserved the 8 A’s. In first semester, I got 4 A’s and 1 A-, so my pointer was 3.93, kira tak perfect la. Rasa bersyukur sangat this semester I dapat naik seanak tangga lagi. The best performer in my family is Cece. She got straight A’s in all her UPSR, PMR and SPM. She’s doing medicine, Insya Allah will graduate next April. Masa I mula jejakkan kaki kat Merbok ni, Cece minta my address, rupa-rupanya dia nak hantar post card. Her post card was full of motivation and challenge for me to finish my degree. She said, if I fail again this time, I would never succeed next time, this is the only last chance I have. She is true indeed. I betul-betul harap I boleh habiskan until the end, tak nak sangkut-sangkut lagi tengah jalan macam dulu.

   Actually I was extremely worried if my performance drop. I got 3.93 in first semester, nak kekalkan pointer tu pun dah full of pressure. Every semester ada killer subject, in second semester I found that ada two killer subjects yang ada potential untuk menjatuhkan students’ pointer. I am correct, subject Critical Thinking is the main problem for most students, budak-budak pandai ramai yang sangkut kat situ. Another subject is Social Psychology, fuhh… boleh menangis-nangis study subject tu. Alhamdulillah, lepas juga, I got A for both subjects, what a great relief!

   Masa debate hari tu, I discussed with a few debate members. I tanya diorang, macam mana performance diorang dalam studies despite kesibukan participating in debate sana sini. Susah hati juga I kalau ianya mengganggu core business kita as a student. Budak-budak debate memang banyak training, kena banyak membaca, selalu surf internet, cari maklumat sana sini, kena rajin attend program ilmiah. Diorang kata, kalau dekat-dekat pertandingan, tiap-tiap malam ada latihan sampai lewat malam. But amazingly, budak-budak debate ni selalunya success juga dalam studies, most of them memang Dean’s List students. Ramai yang pemegang biasiswa besar-besar, in fact diorang cakap, dapat biasiswa tu pun disokong oleh their active involvement in debate. As a law student, I rasa kemahiran berdebat adalah aset penting, that’s why I nak polish kebolehan yang I ada tu, itulah senjata penting seorang lawyer bila berhujah di court nanti. Lepas exam result keluar, I tanya budak-budak debat lain, Alhamdulillah semua dapat result yang bagus.

   In a week dah mendaftar balik di kampus, dah masuk semester 3, my last semester in kampus Kedah. Next July Insya Allah will transfer ke UiTM Shah Alam. Tak sabar nak habiskan Pre-Law, nak officially jadi law student. Sekarang ni baru buat Pre-Law, bukan semua Pre-Lawrians akan berjaya masuk Faculty of Law. Cabaran yang sangat besar untuk I dalam semester 3 ni ialah untuk mengekalkan prestasi. Memang penat mendaki ke puncak, tapi rasanya lagi penat untuk kekal di puncak. Rasanya semester ni akan sangat mencabar. Dulu Imah sorang pergi sekolah, next year Amjah pun dah masuk sekolah, pagi-pagi mesti sangat kelam-kabut. Dulu sihat dan kuat, this semester I am pregnant again, for sure my health akan turun naik. Dulu Abang ada, every week Abang datang Merbok, next few months I have to be on my own independently. Semoga Allah terus mengurniakan kekuatan.

Kematian Pak Long

   Kata pujangga, “Cukuplah kematian itu sebagai satu nasihat yang besar”. Benar, kematian memang menginsafkan bagi insan yang masih hidup, betapa hidup di dunia yang sementara ini hanyalah persinggahan mengumpul amalan sebelum bertemu Tuhan dan melangkah ke alam akhirat yang kekal abadi. Kali pertama dalam hidup, 17 December 2008 I witnessed saat-saat hembusan nafas yang terakhir ketika nyawa dicabut Malaikat Izrail. Early morning that day, I received SMS from my siblings informing that Pak Long, my father’s eldest brother tengah koma kat hospital. Cece in her final year doing medicine told me that according to Pak Long’s condition, most likely ajal Pak Long dah nak sampai, because the doctors could not do much, darah beku dah berkumpul dalam otak Pak Long. So we called everybody to go back to Penang. Doktor dah cakap nak cabut alat bantuan pernafasan kat Pak Long.

   Pak Long tak rapat sangat with the nephews and nieces in my generation, I mean anak-anak saudara yang lebih dewasa. Pak Long tak pernah kahwin, dia membujang sampai ke tua, so di zaman mudanya, Pak Long asyik serabut aje bila kitorang memekak bising-bising bila balik kampung. But in his older age, Pak Long jadi quite fatherly to anak-anak saudara second batch yang lebih muda sikit dari I. Mungkin kematangan usia menjadikan Pak Long lebih pengasih dan penyayang. Dah tua-tua, tanpa isteri dan anak-anak, dengan anak-anak saudaralah Pak Long tumpang bermanja. Walaupun Pak Long tak rapat dengan I, tapi Pak Long sangat rapat dengan Amjah. Last semester, once in a while, I balik rumah Pak Long kat Bagan Lebai Tahir, which is only 25 km from Sungai Petani. Out of my four children, Pak Long sangat rajin melayan Amjah. Amjah sangat brutal dan banyak perangai yang menyebabkan ramai orang malas nak melayan Amjah, tapi Pak Long tak. Amjah cukup suka bila I cakap nak pergi rumah Tok Long, sebab Amjah suka kacau Tok Long dia menghadap computer kat atas rumah. Dan Pak Long was always willing to welcome Amjah. Zaman I kecil-kecil dulu, sorry la nak masuk bilik Pak Long, tak pasal-pasal kena lesing. Tapi dengan Amjah, Pak Long sangat cool and sporting. Sometimes bila I tidur kat rumah Pak Long, sedar-sedar Amjah hilang, masa tu pukul 1, 2 pagi. Rupa-rupanya Amjah tak nak tidur sebab nak kawan dengan Pak Long.

   Semua orang belum bersedia untuk kehilangan Pak Long even though kami semua tahu yang Pak Long ada penyakit jantung. After meals, Pak Long ada senarai panjang ubat-ubat yang dia kena makan. Pak Long pernah cakap, “Ubat-ubat ni kena makan bukan sampai sembuh, tapi sampai mati!” Terngiang-ngiang lagi ayat Pak Long tu. Pak Long tak pernah control makan despite his illness, he only stopped smoking. Ada sekali tu I bawa KFC ke rumah Pak Long, Pak Long sorang aje bantai sampai 5 ketul. Pak Long tinggal with his two sisters, Mak Tih and Mak Ngah, Mak Tih pun tak pernah kahwin, Mak Ngah pulak kematian suami dan takde anak. So diorang tiga beradik tinggal dalam rumah pusaka my grandparents tu, yang mana jadi port tempat berkumpul saudara mara. Mak Tih sangat minat memasak, and Pak Long took full advantage on it, hari-hari dia makan sedap, minta masakkan itu ini, tak pernah control makan langsung. Pak Long cakap, selagi hidup, nikmati ajelah rezeki Allah bagi. Itulah Pak Long yang kami kenang.

   Maghrib tu, tengah-tengah orang azan, Pak Long sampai ke rumah dari hospital. Turun aje dari van, atendan kesihatan tu terus cabut alat bantuan pernafasan Pak Long. My relatives said, sejak koma pukul 2.30 pagi semalam, Pak Long never gained consciousness. Ramai tolong angkat Pak Long masuk rumah, letak kat katil. Family sebelah my father memang sangat ramai lelaki. I berdiri di sisi kanan Pak Long. I berdoa semoga di akhir hayatnya, Pak Long akan sedar sekejap, at least dapat cakap-cakap sikit-sikit dengan relatives. But it did not happen. Ingatkan lepas cabut alat pernafasan tu, Pak Long tak terus meninggal. Tapi Allah lebih Berkuasa. Tak sampai lima minit, I witnessed sentakan terakhir nafas Pak Long, darah keluar dari mulut Pak Long, and then atendan kesihatan tu pronounced that Pak Long dah tiada.

   I tak berhenti-henti berdoa di sisi Pak Long, semoga Allah ampunkan semua dosa-dosa Pak Long, permudahkan sakaratulmaut untuk Pak Long, pelihara Pak Long di alam kubur dan sediakan syurga untuk Pak Long. Pak Long mati tanpa membawa tanggung jawab yang besar. Takde isteri dan anak-anak untuk dipersoalkan di alam kubur. Pak Long walaupun tak warak like my father, tapi Pak Long jaga solat, kuat bersedekah, banyak tolong orang. I teringat-ingat suara Pak Long sembahyang kat bilik dia, punyalah kuat dia angkat takbir sampai satu rumah boleh dengar. Sepanjang hayatnya, sebagai abang sulung dari 10 beradik, Pak Long lah tempat adik-adik menuju bila nak minta tolong, especially bab-bab duit. Pak Long cuma cikgu sekolah biasa, tapi sebab Pak Long berjimat, tahu melabur duit dia dan tak kahwin, mungkin sebab tu harta Pak Long sangat banyak. Pak Long banyak berbudi dalam hidup kami sekeluarga, sejak muda my father banyak pinjam duit Pak Long bila sesak duit untuk membesarkan kami 10 beradik. Even dah pencen pun, ayah banyak pinjam duit Pak Long untuk settle hutang-hutang ayah. Dan Pak Long juga banyak tabur duit dia, taja saudara-mara yang miskin belajar, bagi zakat, banyak pelaburan akhirat yang Pak Long buat dengan duit-duit dia yang berlambak tu.

   Lepas Pak Long menghembuskan nafas terakhirnya, semua yang lelaki pakat pergi masjid untuk solat maghrib. Yang tinggal ni teragak-agak tak tahu nak buat apa. Orang lelaki cuma ada Cik Mat dan sorang jiran, yang lain semua perempuan. Takkan nak biar jenazah Pak Long macam tu, dengan darah di lehernya. Kami terus ambil kain dengan air suam, lap-lap muka Pak Long dan badannya. Hati I sangat sayu. Itulah kali pertama I sentuh tubuh Pak Long selain daripada tangannya, selama ni I cuma pernah salam Pak Long aje. Pak Long tak pandai menzahirkan kasih sayangnya, dia bukan jenis pakcik yang boleh dipeluk-peluk sepanjang hayatnya. I sedih, kali pertama I sentuh Pak Long, ketika itu Pak Long dah jadi arwah. I lap janggut Pak Long, lap lehernya. I yakin Pak Long mati dalam iman dan matinya pun mudah, sebab muka Pak Long sangat tenang, macam tengah tidur, mulut Pak Long terbuka, nampak gigi macam tengah senyum.

   Kami nak buang alas tidur Pak Long dari hospital yang penuh dengan darah, tapi yang perempuan-perempuan ni tak larat nak angkat Pak Long. Dengan bantuan Cik Mat dan sorang jiran lelaki tu, Mak Ngah, Mak Tih, Mak Tam and I cuba juga. Perempuan-perempuan yang lain kat situ adalah ipar-ipar Pak Long, bukan mahram, so batal wudhu kalau sentuh Pak Long. I luruskan kaki Pak Long. Diorang nak buka diaper yang Pak Long pakai dari hospital, tapi tak reti. As a mother yang dah biasa main berak kencing anak, sementara orang lain angkat Pak Long, I bukakan diaper Pak Long. Lampin tu dah lencun dengan air kencing, sayu hati I, kalau anak-anak I, mesti rasa tak selesa dan merengek minta ditukarkan. Lepas tu kami ikat dagu dan kaki Pak Long, biar lurus menghadap kiblat, letak tangan Pak Long macam tengah solat dan tutup Pak Long dengan kain elok-elok. Ketika saat itu, I tak menangis, sebab yang lebih penting adalah menjaga tubuh Pak Long elok-elok, sebab Pak Long baru saja melepasi sakaratulmaut yang sangat sakit dan perit.

   Sepanjang malam tu, kami tak berhenti-henti bergilir-gilir baca Al-Qur’an di sisi Pak Long. Jenazah akan dimandi dan diuruskan esok pagi, so malam tu biarlah Pak Long bertemankan ayat-ayat Al-Qur’an sebelum dia menempuh kehidupan di alam kubur. Mak Ngah assigned me untuk baca juzuk 12, surprisingly I managed untuk habiskan. Kali terakhir I berjaya habiskan satu juzuk dalam sehari masa I form four, itupun I baca setengah juzuk pagi, setengah juzuk malam. But this time, I berjaya habiskan all in one go. Anak-anak pun Alhamdulillah tak kacau, diorang sibuk main, they were excited sebab ramai sangat orang dalam rumah tu. Sesekali bila orang datang ziarah dan buka tutup muka Pak Long, hati I sangat sebak. Tak sangka Pak Long dah meninggalkan kami semua.

   I hargai kehadiran Pak Long dalam hidup Amjah. Pak Long buatkan Amjah rasa special. Bila I cakap nak pergi rumah Tok Long sebab Tok Long sakit kat hospital, Amjah sibuk kumpul Ultraman dia, nak tunjuk kat Pak Long. Masa Pak Long dibawa turun dari van, Amjah pelik sangat tengok Tok Long sakit dengan tiub-tiub di mulutnya. Malam tu lepas Pak Long dah meninggal, I baca Al-Qur’an tepi Pak Long, Amjah datang dan sibuk letak Ultraman dia kat katil Pak Long, nak tunjuk kat Tok Long dia. Hati I sayu, apa la yang anak-anak kecil ini boleh faham tentang kematian. Malam tu Amjah cakap kat I, “Ibu, Amjah tahu kenapa Tok Long tu mati… Sebab ada raksasa, dia buat Tok Long, lepas tu Ultraman tak datang…” Ya Allah, I know that Amjah sayang Tok Long dia…

   Cuma I regret sebab esok paginya, I datang lewat. I ke Alor Star ambil my grandmother sebelah mak untuk hadiri majlis pengebumian tu, but I arrived 15 minutes late. Tak sempat nak jirus jenazah Pak Long, or at least tengok saat-saat tubuh Pak Long diturunkan ke liang lahad. Masa I sampai, kubur Pak Long baru saja dikambus. My kids tak faham apa-apa. Imah cakap, “Tok Long dah masuk castle!” bila dia tengok tanah kubur yang masih merah. Dari kejauhan, I nampak ayah, my brothers, adik-beradik Pak Long, anak-anak saudara Pak Long, his relatives, ramai-ramai keliling kubur dan baca Yasin dan talkin. Pak Long beruntung sebab ada keluarga macam ni, ramai yang akan mendoakan Pak Long, lebih-lebih lagi Pak Long banyak berbudi pada ahli keluarganya. I terima hakikat kehilangan Pak Long, Allah ambil nyawanya di usia baru 59 tahun, tapi mati Pak Long dengan cara yang baik dan mudah, langsung tak menyusahkan sesiapa. Kematian Pak Long menyedarkan I bahawa ayah dan mak pun dah tua, entah bila pula sampai giliran mereka. Adakah I sebagai anak dah bersedia? I simpan azam untuk belajar cara menguruskan jenazah dengan betul, mungkin itulah sumbangan paling akhir I boleh beri untuk my parents sebelum mereka ke alam kubur. Dan setelah mati mereka, I harap doa-doa kami sebagai anak-anak yang soleh akan berterusan, berpanjangan dan sampai pada mak ayah. Al-Fatihah untuk Pak Long…

Pendebat Harapan VC Cup 2008

   I was surprised tahap maksima when my team informed me that I was awarded Pendebat Harapan VC Cup 2008 during the closing ceremony by UiTM Vice Chancellor. I was not attending the ceremony as I was in Pagoh, to arrange for my kids. Before that, after three days bergelumang dengan debat demi debat, brainstorming session after session, sesi pemilihan, sesi ulasan hakim yang semuanya serba ilmiah, I was chosen to represent UiTM to Royal Debate among universities at national level next week. Never in my mind bercita-cita nak pergi sampai ke tahap tu. I told my jurulatih yang I masih belum bersedia. He said that I will disappoint UiTM Kedah if I don’t go because jarang-jarang sangat wakil kampus cawangan terpilih mewakili UiTM ke Debat Piala Diraja. Out of 16 debaters from UiTM Kedah, I am the only one managed to be selected. He said I should take the golden chance. Kata Encik Helmi, senang nanti kalau I dah masuk UiTM Shah Alam, UiTM akan jaga betul-betul students yang pernah mewakilinya. Yes, sounds inspiring!

   My biggest concern is not whether I mampu berdebat dengan baik or not kat Royal Debate tu, but I am thinking of my four children. Kesian kat diorang. Selama seminggu I bawa anak-anak ke Shah Alam. Sepanjang debat VC Cup, anak-anak dihantar ke taska di Shah Alam siang malam. Every day, 10.30 malam baru I balik. Actually sesi latihan dan perbincangan berlarutan sampai entah pukul berapa, but I set my limit setakat 10.30 malam aje, terus blah. My kids were happy at the taska, they got many new friends dan pengasuh yang caring. But by the time I balik I dah terlalu penat untuk melayan kerenah mereka. Kesian kat anak-anak, I had failed to give them appropriate attention.

   Ingatkan dah habis VC Cup, I nak qadha balik semua responsibilities as a mother yang terabai selama semingu, alih-alih kena sambung lagi 2 minggu untuk Royal Debate pulak!  So I went back to Pagoh to ask help from my in laws to take care of the kids for the next 10 days. Sedih sangat sedih! Inilah kali pertama I terpaksa berpisah dengan anak-anak lebih dari sehari semalam. Sebelum ni, even I bersalin kat hospital pun, malam ni bersalin, esok I dah bising kat nurse nak balik rumah sebab anak-anak lain kat rumah need me. Tetapi kerana debat, I korbankan pendirian I selama ni. Terasa sesungguhnya I am a loser! My father in law is so happy sebab I sanggup letak anak-anak kat kampung. Dah bertahun-tahun dia minta nak jaga anak-anak I, but I refused. I believe my father in law boleh jaga anak-anak jauh lebih baik dari yang I mampu buat, but I am their mother, apa-apa pun anak-anak lebih ingin pada mak diorang. Mulanya I hesitate. Alih-alih when I was awarded Pendebat Harapan, lagilah my in laws berapi-api suruh pergi juga Royal Debate tu.

   I wasn’t planning to go this far. VC Cup dah cukup besar buat I, perjalanan I dalam debat berlaku terlalu pantas. Semuanya bermula dua minggu lepas. Last paper final exam was on 10th. Since Abang went to Arab Saudi for his three months attachment, I takde jiwa nak balik bercuti ke Kuantan. So I stayed in Merbok, everyday I went to the library untuk guna internet free. One day, Presiden Kelab Debat approached me, he was surprised seeing me still in UiTM Kedah, tak balik bercuti. So he offered me to join the VC Cup, UiTM Kedah nak hantar 4 team debat, tapi tak cukup pendebat. I agreed, at that moment I rasa bolehlah sekadar nak lupakan kesunyian yang melanda sepanjang cuti semester 2 bulan ni tanpa Abang di sisi.

   So I went to several sesi pemilihan by Encik Helmi, untuk tentukan pasangan debat. Memang banyak yang I kantoi, especially bab-bab teknikal. Yelah, kali terakhir I berdebat was 12 years ago. I boleh bercakap, tapi dalam debat bukan sekadar bercakap, ada format dan aturan yang perlu diikut. Lebih-lebih lagi, I tak biasa dengan format sesi Parlimen dalam debat. So Encik Helmi dan team debat yang lebih senior banyak menunjuk ajar. Best bekerja dengan diorang. I am the oldest, even Encik Helmi pun lebih muda dari I. Tapi umur bukan isu, kalau I buat silap, diorang akan tegur dan kutuk dengan jujur dan selamba. Then I was put in team Kedah C. Nampak sangat I tak terror, sebab geng-geng yang terror dan berpengalaman semua masuk Kedah A dan Kedah B. I was assigned sebagai pendebat kedua. Nampak juga kat situ yang I tak terror, sebab pendebat terror akan jadi pendebat pertama, pendebat paling terror akan jadi pendebat ketiga.

   Tak tau pulak tiba-tiba boleh dapat Pendebat Harapan! I memang lemah aspek teknikal. Contoh paling memalukan, masa debat pusingan pertama. Masa tu loceng takde, so bila cukup masa, penjaga masa akan ketuk meja. I ni tengah sibuk bercakap, suddenly I dengar orang ketuk meja. Terus I cepat-cepat matikan hujah, buat penegasan dan mengakhirinya. Dengan nerd dan bodohnya I buat selamba tak tahu apa-apa. Dah habis debat, baru penjaga masa beritahu, I cuma bercakap selama 3 minit 47 saat, sedangkan masa yang diberi adalah 6 minit! I cakap kat dia, I dengar bunyi meja diketuk. Ya Allah, rupa-rupanya bunyi meja diketuk adalah tanda sokongan ahli Parlimen kepada perbahasan kita! See, betapa bodohnya I! Habis I kena kutuk dan jadi bahan gurauan team UiTM Kedah. Tapi yang pelik pulak, untuk pusingan pertama tu, walaupun bercakap 3 minit 47 saat aje, I jadi pendebat terbaik. Entah apa la aspek penilaian yang hakim buat.

   Now I am in Genting Highland, untuk latihan berpusat bagi team UiTM. Lepas ni nak lawan universiti lain seluruh Malaysia. UIA will be the host. Team Kedah semua dah balik. Encik Helmi kata, Pengarah Kampus berbangga dengan pencapaian I. Yelah, ada 38 pasukan debat kesemuanya dari kampus cawangan UiTM seluruh Malaysia, ada lebih 150 pendebat, bukan senang nak bawa balik apa-apa trofi, tapi tahun ni UiTM Kedah bawa balik trofi Pendebat Harapan. Hmm, I banyak dosa dengan Pengarah Kampus tu, I mean pasal isu elaun pelajar Pre-Law semester lepas. Harap-harap pencapaian ni bolehlah tebus dosa balik, hehehe. Rindu teringat kat anak-anak tu toksah cakaplah, padahal baru dua hari tak nampak depan mata. My father in law cakap, anak-anak I semua behave well kat kampung, tak meragam, tak menangis, tak bergaduh, tak mengada-ngada, abah cakap diorang pandai bawa diri. I rasa hidup I tersangat kosong. Memanglah lapang, boleh buat apa-apa, pergi mana-mana tanpa fikirkan nak atur makan pakai anak. Tapi I lebih prefer rasa tension dan penat to juggle between urusan I dan urusan anak-anak daripada rasa lapang tapi sunyi.

Atok Noyah

   Atok Noyah is my mother in law’s mother, Abang’s grandmother. She is now in her 70’s, tapi masih tegak lagi berjalan. Sometimes she gets sick, but she never troubles her children, tak pernah lagi Atok Noyah mengadu sakit itu ini, that we never receive any phone call suruh balik kampung jenguk Atok Noyah. Even kalau raya pun, Atok Noyah tak pernah demands suruh kitorang balik, but of course kitorang akan balik juga. Apa pun I know, Atok Noyah orang tua, kalaupun fizikalnya sihat, belum tentu emosinya tak terusik, sudah pasti hidupnya selalu sepi tanpa anak cucu balik kampung.

   Masa I baru kahwin dengan Abang, Atok Noyah was suffering a great depression. I guess it was the turning point in her life, nak kata middle age crisis rasanya impossible, post menopause pun bukan, sebab Atok Noyah dah umur 60 lebih waktu tu. Tapi masa tu jiwa Atok Noyah yang selama ni bernanah kat dalam, tiba masa untuk burst. Atok Noyah banyak simpan kisah hidup dia, suka duka dia tak pernah dicerita kat orang, even kat anak-anak dia seramai 5 orang. Tapi masa tu sesekali bila I sembang dengan Atok Noyah, mengalir air mata dia bila dalam tak sedar Atok Noyah terbuka isi hati dia. “Kau untung Asiah, sejak lahir kau dapat ayah yang beriman. Dah tu kahwin pun dengan orang yang beriman macam Adik Hatta…” Masa tu Atok Noyah selalu cakap kat I macam tu.

   Atok Noyah banyak makan hati sepanjang hidup dia. Suami dia, Atok Amin, who is Abang’s grandfather kahwin dua. Masa I baru joined keluarga Abang, I kagum tentang betapa akrabnya hubungan kedua-dua belah keluarga isteri, adik-beradik berlainan mak sangat mesra bergurau bertepuk tampar. First wife ada 5 anak, second wife ada 13 anak. Hebat betul Atok Amin, anak-anaknya ada 18! Up until now I still couldn’t remember each one of them, I mean anak-anak dari isteri kedua. Tiap-tiap kali raya kena buat sesi suai kenal balik. They really respect each other. Isteri muda whom I called Atok Sarijah juga sangat baik, she respects madunya, Atok Noyah, very much. Atok Sarijah sayang I, sayang anak-anak I macam kami ni betul-betul part of her family. It has been a tradition that every Hari Raya keluarga isteri kedua will pay visit to Atok Noyah, salam cium Atok Noyah, bagi Atok Noyah duit dan hadiah. I kagum!

   Memang nampak macam takde barrier. Large happy family. Tapi sebagai isteri tua, Atok Noyah pendam perasaan. I pernah tanya my mother in law tentang kisah silam Atok Noyah. Tapi mak pun tak tahu sangat. Mak kata, Atok Noyah regrets tentang hidup muda dia. Ada sekali Atok Noyah tercerita tentang perang besar antara dia dengan Atok Amin lepas dapat tahu Atok Amin kahwin senyap-senyap, and the news reached her only a few months later. Masa tu bila sakit sikit-sikit aje, Atok Noyah kata, itulah balasan Tuhan kat dia sebab tak hormat suami. Bila kaki dia sakit, dia kata, dia pernah sepak kayu sebab marahkan suami. Bila jiwa dia kacau, dia kata Allah tak bagi ketenangan kat dia sebab Allah murka kat dia. During that time masa Atok Noyah sakit tu, Atok Noyah was engaging in destructive behaviour. Tak nak makan sampai kurus kering, tak nak jumpa orang. Atok Noyah berkurung dalam rumah, even masa raya pun Atok Noyah tak keluar bilik.

   Before that, Atok Noyah decided untuk tunaikan haji lebih dahulu, Atok Noyah pergi sorang-sorang dengan kawan-kawan dia, even though asalnya anak-anak nak hantar Atok Noyah pergi haji sekali dengan Atok Amin dan Atok Sarijah. Tapi siapalah yang faham tentang jiwa seorang perempuan yang sekian lama dimadukan. Dan bila Atok Noyah sakit, fikirannya selalu menerawang. Dia nampak I ni ada ilmu agama sikit-sikit, dia selalu tanya I, sah tak haji dia dulu sebab tak pergi dengan suami? Atok Noyah takut mati sebab dia selalu rasa ibadah dia puluhan tahun tak sah. I sebak masa tu sebab somehow I jadi rapat dengan Atok Noyah ketika Atok Noyah tak nak cerita masalah dia kat anak-anak dia sendiri.

   Atok Amin seorang yang sangat pious, sangat religious. Semua orang respect dia. I tahu Atok Noyah juga sangat respect Atok Amin walaupun hatinya terguris kerana hidup bermadu. I juga respect Atok Amin. Setiap kali anak cucu bersalam dengan dia, mulut Atok Amin akan kumat-kamit bacakan doa, and then pegang ubun-ubun kepala kitorang. Tiap-tiap kali I salam Atok Amin, memang boleh mengalir air mata melihat keikhlasan Atok Amin mendoakan anak cucunya. Tapi Abang cakap, masa Abang kecil-kecil, semua orang takut kat Atok Amin, sebab dia sangat garang. Pernah sekali my brother in law, Abang Ijal menangis melalak dalam buaian, Atok Amin bengang, dia angkut buaian tu pergi gantung bawah pokok pisang kat belakang rumah! Masa I bercinta dengan Abang, ada few times Abang called dari kampung sambil nangis-nangis sebab Atok Amin mengamuk kat Abang. Abang cuba berhujah dengan Atok Amin pasal politik, Atok Amin tak suka, dia memang biru berkarat, sorry la nak cakap-cakap pasal PAS ni. Tapi lepas I kahwin dengan Abang, mungkin sebab usia semakin bertambah, Atok Amin sangat tenang, lembut aje dia layan anak cucu.

   I takde apa-apa perasaan negatif kat Atok Amin. Tapi I cakap kat Abang, jangan jadi macam Atok Amin, jangan buat kat I macam apa yang Atok Amin buat kat Atok Noyah. Sedih bila dapat selami perasaan Atok Noyah, biarpun sedikit aje yang I tahu, tapi I yakin, hidup bermadu bukannya mudah. Atok Noyah pandang tinggi kat suaminya, sebab tu dia tak pernah cerita yang buruk-buruk tentang Atok Amin, even masalah rumah tangga dia pun tak pernah terlepas ke telinga anak-anak. Soal adil, memang banyak boleh di question kan, kerana kami melihat dan kami menilai, tapi as I’ve said, anak cucu sangat respect kat Atok Amin that we never say a word pasal adil depan dia. Sesekali ada juga Abang and I berbicara pasal perbezaan antara dua keluarga ni, tapi setakat itu ajelah. Bila I saksikan sendiri betapa at that turning point Atok Noyah sangat-sangat sengsara jiwanya, I tak mahu satu masa nanti I melalui usia tua begitu. I tak mahu regret dengan apa yang pernah I lalui.