speaks her mind…


Editing

   Lagi seminggu, tamatlah pengajian I kat UiTM kampus Kedah ni. My last paper will be on 24th. The last assignment I submitted was on 9th April. Sungguh semester ini sangat meriah dengan assignments! Assignment yang bermarkah dah tentu kena buat elok-elok. Assignment yang sekadar aktiviti dalam kelas juga perlu disiapkan sehabis baik, because I am very concern about my reputation. Actually it’s not merely about reputation. It’s about attitude. I discover myself as a perfectionist. Most of the time, I tak peduli sangat apa judgment orang terhadap hasil kerja I. I cuma seronok berasa puas dan bangga dengan diri sendiri bila I dapat siapkan kerja up to my own standard, and my own standard selalunya melebihi standard biasa, walaupun sometimes terkeluar daripada requirement. Sounds boastful, right? Sebab tu I tak boleh jadi leader, or jadi majikan, or perhaps tak boleh jadi lecturer. Kesian kat orang bawah I or my students nanti, my requirement and expectation are high, tak adil dan tak patut meletakkan pressure sesuka hati kat orang.

   Bila I buat sesuatu kerja, I found myself spending more time in editing berbanding membuat preliminary works. Bila assignments assigned berbentuk individual, I have no problem, because I can prepare my work right from the beginning so that my final touch taklah mengambil terlalu banyak masa untuk diedit. But life is not always like what we want it to be. Throughout this final semester, I always faced difficulties when the assignments had to be prepared in group. Ada assignment yang in group of two, even ada yang in group of 10, lagi best, ada yang in group of 30, which is the whole class! I malas meletakkan any expectation on every group member, but I always put expectation on hasil akhir kerja kitorang. The biggest problem is… editing! I tak peduli kalau orang ni contribute, orang tu tak, orang ni datang discussion, orang tu tak pernah tunjuk muka, orang ni rajin, orang ni malas, I tak peduli semua tu. I cuma nak hasil akhir perfect, yang boleh cover all internal problems among group members, sebab lecturer nak tengok assignment tu, bukan nak dengar cerita konflik yang dihadapi masa siapkan kerja.

   I am very fussy about my work. Memandangkan semester ni I am pregnant, I malas nak menyusahkan fikiran untuk terlalu cerewet sana-sini. Tahulah kan, emotion perempuan mengandung sentiasa fluctuate. Ada masanya bila tengok hasil contribution other group members, or bila attitude diorang tak menyenangkan hati, I tension terlebih-lebih. So untuk menjaga emosi, I tried to be ignorant. But being ignorant pun mengundang tension juga, bila at last tengok group assignment macam hampas. I tak peduli sangat tentang markah, cuma sifat diri I ni yang suka buat kerja elok-elok. I want for every group yang ada tertempel nama I as one of the group members, lecturer akan puas hati dengan hasil kerja group tu. But it didn’t always happen. Yang susahnya because I am a non-resident student. Bukan boleh simply datang kolej malam-malam sampai pagi buta untuk siapkan assignment. Just imagine, assignment kena hantar esok pagi, pukul 10 malam baru group members submitted part kerja diorang, so I had to let other group member untuk buat final touch, edit sana-sini. Furthermore, I takde computer kat rumah. Selama-lama ni, I was heavily dependent kat computer di library. Dan lagi, not my style bawa balik kerja buat kat rumah. Sepanjang three semesters ni, semua assignments I siapkan kat kampus before 5 pm, kalau tak siap juga, I would continue the next morning kat kampus. I never bring back home my workload, as my time at home is dedicated to my children.

   Sesetengah lecturers suka decide siapa geng siapa in a group, usually the lecturers decide at random. Tujuannya supaya taklah muka yang sama aje in a group for every assignment. Masalahnya, susah bila terpaksa bekerja dengan orang yang kita tak selesa. Tak selesa bukan bermakna I tak suka dengan orang tu, but maybe I tak selesa dengan cara dia bekerja. I boleh tolerate dengan orang yang tak contribute langsung, sebab kita dah tahu awal-awal lagi kita akan kena buat part dia. Tapi I tak boleh tolerate dengan orang yang suka buat kerja last minute, because we have to depend on that person’s work to finish the assignment. Usually budak-budak pandai yang ada attitude macam ni. Because they are smart and brilliant, they can finish their work at the very last hours perfectly, dan kita pun yakin dengan kerja diorang. But group work requires editing. Nak join altogether semua hasil kerja group members memerlukan a few more hours to edit, so that hasil akhirnya neat, nice and ikut flow. Itu yang I cerewet sangat.

   When at times lecturers bagi kebebasan kami pilih group members sendiri, I manfaatkan betul-betul untuk select orang-orang yang I selesa to work with. Orang-orang ni tak perlu dapat dean’s list, or popular, or warak, etc. Cukuplah ada attitude yang I boleh tolerate. Malas pun takpe, kaki outing pun takpe, kaki ponteng kelas pun takpe, as long as I dah tahu cara kerja dia boleh disesuaikan dengan cara kerja I. Bila sesekali dapat group members yang rajin dan pandai tu, kira bonus besar la tu kan! Am I dominant? Entahlah… Tapi I cukup menghargai hasil kerja orang lain. I pernah joined group budak-budak pandai, yang simply discarded hasil kerja orang lain, anggap kerja tu as rubbish, dan siapkan the whole assignment. Yes, the assignment got the highest mark, but as one of the group members, even though markah tinggi, I tak seronok sebab itu hasil kerja individu tertentu, bukannya group work pun. Pada I, it’s about kemahiran mengedit. Banyak maklumat yang group members kita cari, bukannya rubbish, nampak macam rubbish sebab masih belum refine, or nampak macam rubbish sebab English dia poor, or nampak macam rubbish sebab kita yang tak faham.

   So I wanted to challenge myself. I keluar dari group budak-budak pandai tu, I requested kat lecturer nak join group yang rata-ratanya dilabel budak-budak tak berapa pandai, budak-budak malas yang selalu tak nampak batang hidung dalam kelas, yang selalu kena marah dengan lecturer sebab buat assignment cut and paste dan tak faham dengan apa yang diorang sendiri present. I am so proud of myself, lepas aje I joined group tu, our group got better marks than group budak-budak pandai tu for every assignment! Sampaikan bila carry mark kitorang keluar, ada my group member yang selama ni dilabel as weak student, dapat carry mark lagi tinggi than a few top students. My secret is only… editing! You minta ahli kumpulan kumpul fakta, tak kira macam mana tak relevant pun kelihatannya fakta tu at first, mesti ada sesuatu yang boleh diguna. Sometimes it just needs rephrasing, ubah struktur ayat tu, supaya tally dengan topic. Ayat-ayat dalam internet or dalam buku, bukan semua mudah difahami, you translate aje into simple English. Sometimes it just needs organization. Fakta tertentu bila diletak bawah subtopic tertentu baru nampak relevant, bila diletak kat subtopic lain nampak macam tak kena langsung. Sometimes it just needs one sentence of explanation. Ada maklumat yang tak clear until kita buat satu ayat to connect the information with the topic. As simple as that… editing! Editing boleh membuatkan hasil kerja yang biasa-biasa jadi luar biasa. Ada satu assignment tu, my group was the only yang dapat full mark. Lecturer tanya kat my friend, “Asiah sorang ke yang buat kerja ni?” Oh no! It was a group project indeed. Maybe kalau I nak dapat credit pun, because I was the one yang buat kerja editing, gave final touch to what other members had compiled. Semua fakta, points and arguments dah ada, cuma perlu diedit supaya lebih jelas dan menjawab soalan, itu aje rahsianya.

   Ada satu subject ni memang based on individual work, kena tulis two academic writings. Memang tension, banyak kerja and complicated. Memanjang aje kena hantar assignment kat lecturer, lecturer pulak cerewet gila and very particular. But being me, I prefer individual work than group work. Masalahnya, academic writings tu ada limited number of words allowed. Masa nilah I found myself spending more time in editing than in writing. I boleh lancar aje menulis, but when it comes to editing, fuhh! Part tu yang tension sangat. Kami kena tulis 800 words, for me, 800 words tu baru habis perenggan ketiga out of six paragraphs. Macam manalah nak menyampaikan semua isi dan fakta sokongan with such limited words? Memang masalah besar, sampaikan lecturer selalu perli I dalam kelas. She liked reading what I wrote, but she said, she won’t mark it because it’s too long and beyond requirement. Sudahnya, dua tiga kali my assignments kena reject. Tapi ada hikmahnya. From that, I learn how to be precise and concise. Sometimes orang akan naik muak dengan benda yang melebih-lebih. Cukuplah dua tiga ayat untuk menjelaskan sesuatu, tak perlu meleret-leret. Sometimes kita memang boleh present sesuatu yang orang suka, but we are only given limited space and time. Macam penceramah kat tv, banyak gila benda nak cakap, tapi ada slot setengah jam aje. So dalam bab ni, I kena belajar lagi cara nak edit my work to be short but meaningful.

   Masuk Shah Alam nanti, for sure akan jumpa kawan-kawan baru. Meaning… perangai-perangai baru, konflik-konflik baru, isu-isu baru. Belajar kat university, memang takkan boleh lari dari group assignment. Baguslah I dah ada pendedahan kat peringkat pra ni. So I know what to expect bila buat degree nanti. Apa yang pasti, I will be very selective nanti bila nak choose my own group member. I tak minta orang memahami my status as a mother, I never make it an excuse untuk lari dari kerja yang patut I buat. Even dalam pantang pun I datang kelas dan siapkan assignment on time. I cuma nak my group members nanti share the same aspiration and motivation that I have, bahawa semua kerja perlu disiapkan sehabis baik, bukan separuh hati.

Menerima kekalahan

   I baru balik dari Debat Piala Pengarah, it is once in a year event, kira berprestij juga la kat kampus Kedah ni. I balik dengan kekalahan besar, juri 5-0, team Pre-law kalah pada team DPA yang tak pernah gagal lagi menjuarai DPP ni sejak ia mula dianjurkan. Mungkin dari segi tempoh penyertaan dalam debat, siapalah I untuk menilai, I baru aje masuk debat since October 2008, hanya 5 bulan. Tapi I sudah ada pengalaman debat sampai ke Royal Debate, the most prestigious intervarsities debate tournament in the country. So mungkin dari pengalaman yang pernah ditimba, I sudah boleh meneka keputusan malam ni memang akan memihak pada team DPA. Tak kira orang biasa menilai macam mana lantang dan lancar pun kitorang sebagai team kerajaan mempersembahkan kes dan menyampaikan hujah, bila tamat aje pertandingan, I dah boleh rasa kami gagal menguasai tajuk perdebatan dengan sempurna. Persembahan I secara peribadi sangat buruk, memang memalukan bila I gagal perform di tempat sendiri, sedangkan orang gah menyebar berita tentang pencapaian I di luar kampus Kedah.

   Dulu masa mula-mula masuk debat, jurulatih debat UiTM Shah Alam kata, I memang boleh berhujah, tapi dalam debat, kena ada struktur dan format yang perlu diteliti, bukan sekadar bercakap dan melambakkan fakta dalam dewan perdebatan. Slowly I learn, rupa-rupanya seni debat ini sangat unik. For those yang pernah involve actively in debate, dia akan mampu menilai di luar kotak pemikiran orang-orang biasa yang tak pernah involve in debate. Sometimes hakim yang hanya merupakan graduan setahun jagung tapi pernah took part in debate lebih arif menjadi hakim dalam debat berbanding lecturer yang memiliki Master tapi tak pernah masuk debat. Kemenangan dalam pertandingan debat bukan semata-mata ditentukan oleh pihak mana yang lebih banyak fakta, pihak mana yang lebih pandai menipu, pihak mana yang lebih lancar bicaranya, pihak mana yang lebih banyak melakukan kesalahan, etc. tapi sometimes penilaian hakim sangat unexpected. Samalah macam kalau kita tengok somebody berucap di tv, sebanyak-banyak hujah bernas yang dia sampaikan, tiba-tiba dia tersalah lidah menyebut dua tiga perkataan aje, terus kita menghukum bahawa kata-katanya semua tak boleh dipakai.

   My team mates were so upset. They cried, termenung, terkelu lidah. Kalah dengan juri 5-0, tamparan hebat untuk budak-budak law yang kononnya dilabel orang sebagai petah berhujah. As usual, I menerima kekalahan dengan sangat bersahaja. I said “as usual”, sebab ini bukan kali pertama I kalah dengan menanggung malu yang besar. I pernah masuk 4 debate tournaments yang besar. Setiap tournament akan ada antara 4 hingga 6 pusingan awal untuk menentukan ranking kedudukan. Before each tournament, I akan menjalani latihan intensif, baik peringkat kampus, mahupun peringkat UiTM Malaysia. Pernah I dipaksa berdebat sampai 8 pusingan dalam sehari, sampai bengong kepala. For each session, tentulah ada keputusan kalah-menang, ada komen hakim, ada sesi condemn, ruang kutuk-mengutuk, dijadikan bahan hiburan dan ketawa, macam-macam lagi. Dan setakat hari ni, I tak pernah beremosi lagi sampai nangis-nangis, kutuk belakang, caci-mencaci, simpan dendam, etc. setiap kali my team kalah or bila my performance dikutuk secara khusus. My team pernah kalah pada team yang sangat lemah, just disebabkan isu yang sangat remeh, I really mean sangat remeh. Pernah kalah dengan margin 17, for those yang pernah masuk debate, you tahu kan, there is no such thing as margin 17, maximum is only 12. Pernah kalah disebabkan I tersilap sebut dua tiga perkataan. Pernah kalah sebab I tak ikut format perbahasan. Pernah kalah di pusingan kalah mati, sedangkan sebelum tu my team di ranking pertama out of 40 teams. Pernah kalah pada sesi debat keenam selepas menang straight 5 sesi sebelumnya, sampaikan bila diumumkan kekalahan kami, satu dewan yang penuh dengan pendebat from universities seluruh Malaysia bersorak boooo kat my team. Pernah kalah dengan margin 1 di penentuan ke suku akhir. Even pernah kalah dengan margin 0.5. Dan juga pernah kalah sebab hakim tu tak suka tengok I pakai jubah!

   Mungkin sifat I yang tak pernah pentingkan menang atau kalah merupakan liability to my team. My target in each debate is to improve myself, that’s all. I try to grab every new thing that I can gain in each debate session. Sometimes kita kalah, tapi rasa puas hati, sebab ada benda baru kita telah belajar. Sometimes kita menang, tapi kita sendiri rasa that we don’t deserve it. That’s why bukan semua kemenangan mengundang kegembiraan, tapi banyak kekalahan yang mengundang rasa puas. Kenapa I kata sifat I ni merupakan bebanan to my team? Of course bila I takde matlamat nak menang, maybe secara tak sedar I don’t put 100% efforts towards it. I cuma rasa nak tempuh perdebatan tu, habiskan perdebatan, evaluate my own self, take notes on the comments given by the judges, take seriously pada feedbacks yang diberi jurulatih, that’s all. Ada masanya, I lebih rasa nak perform well bila jurulatih datang tengok I berdebat so that dia boleh menilai I, berbanding rasa nak menang. Bila my team mates sangat sedih sebab kalah, I tak fokus pun pada kekalahan tu, I cuma ternanti-nanti pada komen jurulatih. Ada sesetengah jurulatih cukup bertakhta di hati I, I cukup yakin dengan nasihat dan komen yang diorang beri. Kalau diorang kata hujah I tadi hampas, then hampas it is, I memang percaya. Just like tonight, my favourite trainer said that actually he doesn’t think that I deserve trofi pendebat terbaik tu, dia rasa orang lain lebih berhak, I sangat-sangat percaya pada penilaiannya. Dan bila my trainer cakap, malam ni kerajaan memang patut kalah, kitorang memang teruk tadi, my performance tidak mencerminkan seorang pendebat Royal, etc. I take all those as good advices to improve myself in future.

   Abang was among the crowd yang tengok I berdebat tadi. Balik-balik rumah, Abang cakap, I should apologize to my team mates for not performing well. Kitorang ada discussion petang tadi, tapi I tak dapat attend sebab Adham demam panas. Of course anak lebih priority berbanding debat. So how could a team function effectively bila ada member fails to contribute! Kes kerajaan dah okay, cuma pembawaan hujah tak menegaskan tajuk. I yang paling banyak experience in my team, I cuma beritahu diorang 20 minutes before debat berlangsung tentang bagaimana sepatutnya perjalanan kes kami. Macam mana nak absorb semuanya last minute macam tu? Dan lebih memalukan, I pun tak ikut apa yang I cakap. Maka jadilah kes kitorang kat surface aje, tak meyakinkan juri langsung. Yes, I should apologize. Cuma I rasa, kalaulah kita boleh tukar perspektif kita, menerima kekalahan itu sebagai bukan semata-mata sesuatu yang buruk semuanya, tapi ada benda yang kita boleh belajar, taklah kita depress and over sensitive. Taklah kita memandang hakim sebagai tak adil, berat sebelah, tak pandai menilai dan sebagainya. Taklah kita rasa seluruh dunia telah kecewa dengan kita. Kalau I nak terbawa-bawa dengan emosi, rasanya bebanan emosi I lagi berat. Seluruh kampus Kedah akan mempersoalkan, macam ni ke budak Royal berdebat? Tak hebat langsung… Tapi I menerima kekalahan ini sebagai satu pengajaran besar, jangan buat slack di saat tiada pilihan kedua melainkan kena buat yang terbaik. Perform macam mana hebat pun sepanjang tahun, tiba-tiba time penilaian penting, masa tulah nak terkucil sana-sini. Macam tu juga dalam study, janganlah time final exam pulak baru nak jadi benda bukan-bukan, nauzubillah…

Sejarah silam

   Last weekend, my batch ada program introduction to Faculty of Law since this semester is our final semester in Kedah before we officially become law students in Shah Alam. Dean and Deputy Dean HEP sanggup datang jauh-jauh dari kampus Shah Alam. I was introduced to Dean by my former coordinator for law program, he is about to pursuing his PhD, I akan kenang dia sampai bila-bila as one of my idols. Berdebar rasanya bila En Haswira cakap, “She is our best student in Kedah!” when he introduced me. Unexpectedly, boleh Dean tanya I, “You ada blog tak?” Hah? Apasal pulak? Law students tak boleh ada blog ke? I confessed to her, yes, I have a blog, it’s a personal blog, not political or sensational one. Dalam hati I berkira-kira, agaknya kalau ada blog berunsur politik, adakah menyalahi Akta 174 yang khusus untuk UiTM students tu?

   During second session, Deputy Dean HEP delivered his speech. Only then baru I faham. He mentioned about menjaga reputasi dari sekarang. He said that, one of his tasks as Deputy Dean of Students’ Affairs is to monitor students’ blogs and facebooks on the internet. He emphasized that law students are the chosen ones, since out of 10 000 applications received for law course in UiTM in a year, only about 200 will be accepted. Katanya, kami adalah bakal-bakal hakim, peguam, pendakwaraya, PTD, ahli politik, etc. yang akan mempunyai kedudukan tinggi dalam masyarakat, sebab bidang undang-undang is a respected field. So mulalah menjaga diri from now on. Once you are somebody, orang akan rungkai your history satu persatu, semua sejarah silam akan terbongkar, semua track records will be revealed. He said that, many law students do not aware about this. Since blogs and facebooks are meant for social connection and interaction, students use it sesuka hati tanpa berfikir panjang.

   How I am strongly agree with him! Last year, I discovered my friends letak gambar-gambar percutian diorang dalam Friendster, letak kat primary photo lagi. Gambar kat air terjun, kat kolam renang, kat tepi pantai. Of course la gambar yang tak berapa sopan, tengah mandi-manda, bercampur lelaki perempuan. I put aside my great surprise seeing my friends in those photos, since sepanjang perkenalan I dengan diorang, tak tau pulak diorang ni sosial juga. I tak masuk campur hal tu. My great concern was, macam mana kalau satu hari nanti gambar-gambar tu akan disalahgunakan? Yes, now you are only 19, 20 years of age, konon zaman muda zaman nak enjoy. But in 10 years time, if you are somebody in the society, nak bertanding jadi ADUN ke, nak pegang jawatan tinggi dalam kerajaan ke, nak dapat promotion ke, masa tu orang boleh gunakan gambar-gambar macam tu untuk jatuhkan you. Macam mana society nak respect orang yang bermoral rendah? Tak kiralah itu kisah silam ke, you dah insaf ke, the point is, your track record is not good.

   I pernah tengok satu documentary, list of great politicians in US history yang pernah dijatuhkan because of sex scandals. Memang mengejutkan, rahsia yang tersimpan berpuluh tahun, orang revealed just at the right time before election or promotion. Even non Muslim pun tak boleh tolerate when it is about moral issue, apatah lagi bila ia melibatkan orang Melayu Islam. Kat Malaysia sendiri dah banyak berlaku, no need for me to jot down any name. Sometimes akhlak kita bukan affect diri kita aje, tapi juga ahli keluarga, company tempat kita bakal kerja, even bangsa dan agama pun tercemar. Bayangkanlah kalau satu hari nanti, parents or family members kita jump into politics, suddenly orang reveal betapa rendahnya moral ahli keluarga dia, society will lose trust on him. Macam mana orang nak mengharapkan dia jadi pemimpin masyarakat kalau anaknya sendiri tak terpimpin?

   Benar, blogs and facebooks adalah medan untuk kita express our trueself. Tak perlu berselindung, tak payah jadi orang lain, it is our space, suka hati kita la nak tulis apa, letak gambar apa. Tapi cuba fikir, is it wise to reveal kat satu dunia tentang kelemahan dan keburukan kita? For example, last night you langgan pelacur, or you went clubbing, or you murdered someone, agak-agaknya nak share dengan satu dunia tak pasal semua tu? Ada orang bangga letak gambar dia berkepit dengan buah hati sana sini, nak announce kat seluruh dunia betapa mendalamnya cinta diorang, seronok kalau ada yang envy. Suddenly bila breaks up, hah, frust menonggeng. Padahal satu dunia dah tahu kisah cinta diorang. Lepas tu kahwin dengan orang lain, mula timbul isu cemburu, bangkit semua kisah silam. Baru nak menyesal. Itu cuma one piece of story yang sering berlaku sekeliling kita, yang melibatkan orang-orang biasa. Sejarah silam yang berpotensi boleh menghuru-harakan kehidupan masa akan datang. Macam mana kalau ia melibatkan hakim, peguam, pendakwaraya, kakitangan tinggi kerajaan or politicians?

   Pada I, kalau kita tak malu dengan Tuhan pun, malulah dengan masyarakat. Kalau dengan masyarakat pun kita tak malu, malulah dengan diri sendiri. Tuhan kata jangan buat dosa, kita buat juga, sebab balasan Tuhan tak datang segera. Dahlah buat dosa, berbangga pula nak bagi satu dunia tahu. Allah nak hukum kita sekelip mata aje Dia boleh buat, Dia cuma gerakkan hati dan beri ilham pada orang lain cara-cara nak menjatuhkan kita. Sejarah silam yang usianya puluhan tahun pun akan jadi relevan dan senjata ampuh untuk memburukkan nama seseorang. Kalau tiba masanya jadi macam tu dan ketika itu kita masih hidup, dapat lagi kita bela diri, kelentong apa-apa. Tapi cuba bayangkan bila kita dah mati, satu demi satu cerita buruk tentang kisah silam kita orang bongkar, maka matilah kita dengan aib di dunia. Di akhirat apatah lagi, kat Padang Mahsyar nanti bakal dipertontonkan bukan setakat photos, siap video slide show yang sangat detail, kat screen paling besar lagi!

Antara emak dan isteri

   Ada orang pernah bagi petua pada I, kalau nak cari calon suami, carilah lelaki yang taat pada ibunya, Insya Allah dia akan menjadi suami yang soleh dan bertanggung jawab. Dari satu sudut, memang I akui, lelaki yang taat pada ibunya adalah lelaki yang menghormati ibu, memuliakan kaum wanita dan mengangkat darjat kaum hawa, maka Insya Allah dia juga akan menghormati isterinya, melimpahkan kasih sayang dan menjalankan tanggung jawab sebagai suami dengan sempurna. Alhamdulillah, ketika membuat keputusan untuk menerima Abang sebagai pemimpin hidup I, I nampak ciri-ciri anak yang soleh itu ada pada Abang. Betapa mendalamnya kasih sayang Abang pada emak dia sampaikan Abang selalu mention tentang macam mana emak Abang mengasuh dan mendidiknya sejak kecil sampai dewasa. Even sampai sekarang pun, ada ketikanya Abang akan compare kelebihan emak dia dengan kelemahan I. Of course la, hingga akhir zaman pun takde siapa boleh menandingi ibu kita.

   Yang menjadi masalah ialah bila si suami terpaksa berhadapan dengan dilema untuk memilih antara emak dan isteri. Memang rumit kalau sampai ke situasi macam tu. Tapi andainya si suami punya ilmu, kebijaksanaan dan pendirian, Insya Allah dia akan mampu menangani masalah ini dalam keadaan menang-menang, emak pun tak terasa hati, isteri pun boleh redha dan berlapang dada. Sebagai lelaki, kewajipan untuk taat pada ibunya adalah paling utama. But at the same time, kewajipan untuk menunaikan tanggung jawab terhadap isterinya juga adalah perkara penting. Tak naklah nanti di akhirat tempang amalannya kerana kewajipan pada ibu terlaksana penuh, tapi kewajipan terhadap isteri lompang sana sini sebab nak menjaga hati emak semata-mata.

   I selalu terfikir, macam mana sampai boleh terjadi situasi terpaksa pilih antara emak dan isteri. Banyak real stories kawan-kawan I yang boleh dijadikan iktibar. Ada yang dari mula kahwin memang tak dapat restu emak, then lepas dah kahwin memanjang la ungkit-mengungkit, benci-membenci. Ada yang kahwin dengan restu, tapi emak ni macam susah nak lepaskan anak lelaki yang dah menjadi anaknya selama 20, 30 tahun pada wanita lain, so even though anak dia dah jadi suami orang, dia still nak control anak dia macam budak kecil, nak guide and dictate itu ini. Ada pula yang mula-mula kahwin okay aje, but then si isteri ni tak pandai ambil hati emak mertua, tak nak berlebih kurang. Ada pula yang puncanya bukan emak si suami, tapi adik-beradik suami yang mengapi-apikan, maka si emak mestilah nak backing anak sendiri instead of anak menantu. Dan ada juga yang puncanya adalah besan, I mean parents si isteri yang tak sebulu dengan parents si suami, maka kes ni melarat sampai ke anak menantu, sampai ke cucu-cicit pulak. Mendengar cerita-cerita macam ni, how I wonder banyaknya sifat dan kerenah manusia dalam menjalinkan perhubungan. Manusia punya kelemahan, takkan nak expect semua orang jadi baik dan semua ikatan takde masalah.

   Cuma I benci sangat bila si suami gagal memainkan peranan dia sebagai seorang anak and at the same time sebagai seorang suami. Ada ke patut, one of my friends, emak mertua dia suruh suami dia ceraikan dia kalau tak nak jadi anak derhaka?! First, I cukup benci orang tua yang senang-senang ugut nak isytihar anak dia anak derhaka kalau tak ikut semua perintah dia. Kalau perintah tu logic and in accordance with religion, boleh terima lagi. Ini perintah sekadar untuk memuaskan hati dia menyalurkan perasaan benci pada anak menantu. Second, I memang anti lelaki yang takde ciri-ciri kepimpinan sebagai suami. Kalau selama-lama nak jadi anak emak, jadi anak emak, tak payah jadi suami orang. Takpun suruh emak dia carikan isteri yang boleh puaskan kehendak emak dia, Insya Allah takde perang mertua-menantu, kalau ye pun perang, bukan salah dia tersilap pilih isteri, salahkan emak dia. And third, I juga akan condemn si isteri yang cepat putus asa dan melatah dengan perangai emak mertua dia. Kena ingat, emak mertua kita sama aje tarafnya macam emak kita sendiri. Lagipun orang tua, jiwa dan hati nurani dia berbeza dengan orang muda. Kita yang muda nilah kena berakal waras sikit dalam menangani situasi macam ni, bukan makin menyemarakkan api dalam hati emak mertua kita.

   Bagi I, semuanya akan mudah bila setiap orang berpegang pada ajaran agama. Once anak lelaki dah kahwin, si ibu ni janganlah suka masuk campur dalam urusan rumah tangga anak dia. Kenalah terima hakikat, tak kira macam mana kita sayang anak kita, sampai masanya, dia akan keluar dari rumah dan menjalani kehidupannya sendiri. Sometimes ada emak yang rasa terancam bila hadirnya perempuan lain dalam hidup anak lelakinya. I pun pelik, takkanlah seorang ibu tak nak lihat anaknya hidup bahagia? Takkanlah seorang ibu nak tentukan every single thing dalam hidup anak dia, hatta bab pilih isteri pun dia nak masuk campur? Suka ke tengok anak kita bercerai-berai, cucu-cucu kita hidup berasingan dengan mak ayah? Si suami pulak, even though dah bahagia dengan isteri, emak tetap emak. Ketaatan pada emak sama pentingnya dengan kewajipan terhadap isteri. Kalau ada ilmu, Insya Allah takkanlah sampai ke tahap kena pilih antara emak dan isteri. Ada perkara kena mengalah dengan emak, ada perkara kena mengalah dengan isteri, ada perkara si suami kena tegas dengan keputusan sendiri. Macam mana nak tahu tindakan apa perlu diambil? Tentulah dengan ilmu. Bagi si isteri pulak, kena sentiasa ingat, suami kita tu selama-lamanya adalah anak kepada emak mertua kita, tak kira macam mana kita nak rebut, status itu takkan berubah even sampai akhirat pun. Dalam Islam, emak suami sama aje tarafnya dengan emak kita sendiri. Taat pada emak mertua bererti taat juga pada suami. I pun tak faham kenapa ada sesetengah isteri berpatah arang berkerat rotan dengan wanita yang telah melahirkan suaminya.

   Dalam situasi macam ni, ada tiga pihak terlibat, si suami, si isteri, dan emak si suami. Antara tiga pihak ni, yang mana patutnya jadi penyelesai masalah? Tentulah si suami! Sebab si isteri dan emak si suami, dua-dua perempuan, dua-dua akal pendek, nafsu dan emosi yang lebih. Sangatlah malang kalau si suami ni pun akal pendek, ilmu cetek, pertimbangan goyah. Sama ada asyik dengar dan ikut cakap emak, atau asyik tunduk pada isteri, dua-dua tindakan tu mencerminkan dia sebagai lelaki yang tak layak jadi pemimpin. I selalu hot bila dengar cerita-cerita suami yang macam ni. Kebanyakan lelaki zaman sekarang, ghairah pergi kursus kahwin untuk belajar bab-bab atas katil, selak buku dan majalah untuk tuntut ilmu batin semata-mata, discuss dengan kawan-kawan sekadar sembang perkara di ranjang. Tapi bila ada masalah macam ni, tak pulak dia pergi consult dengan alim ulama ke, ustaz ke, kaunselor ke, kononnya jatuh maruah la kot. Dan suami zaman sekarang takde usaha nak baca buku-buku ilmu agama, ilmu rumah tangga dan ilmu psikologi, diorang pandang semua tu remeh. Kalau ye pun malas membaca, tengok tv rancangan diskusi pun malas. Maka jadilah mereka suami yang tak berilmu. Suami macam ni ke nak diharapkan memimpin sebuah keluarga?

   My female friends yang ada masalah dengan emak mertua masing-masing, bila diorang minta pandangan I, I selalu nasihatkan si suami tu dulu betulkan dirinya. Then I nasihatkan si isteri pulak muhasabah, bersabar dan berlapang dada dengan emak mertua. Tak kira macam mana emak mertua bencikan kita, jangan lupa doakan emak ayah mertua kita dalam solat, sebagaimana kita doakan emak ayah kita sendiri. Jangan takut balik kampung jenguk emak mertua walaupun kita tahu betapa menyampahnya dia tengok muka kita. Jangan halang anak-anak kita daripada berkasih-sayang dengan nenek mereka, walaupun emak mertua kita mungkin menghasut anak kita macam-macam. Yang paling penting, jangan sampai emak mertua kita rasa yang kita benar-benar intentionally nak rampas anak lelakinya dari dia. Antara kita dengan emak mertua, kita yang mesti beralah, sebab emak mertua kita dah tua. Sometimes cara pemikiran mereka adalah cara pemikiran orang-orang dulu, susah nak ubah cara orang tua berfikir. Kalau kita rasa emosi kita terusik, ingatlah, emosi orang tua lagi cepat terusik, lebih dalam dan lebih lama nak sejuk. Untuk menasihatkan emak mertua kita ubah cara dia is almost impossible. Kita yang muda nilah kena main peranan untuk jernihkan hubungan, bukan harapkan emak mertua pula start berbaik-baik dengan kita.

   I dulu pun bukanlah menantu pilihan emak ayah mertua. I juga pernah berhadapan dengan konflik macam ni. But I was lucky because my husband is a wise man. Bila emak ayah mertua mengutuk I, Abang took it as nasihat untuk memperbaiki diri. Bila I mengomel kat Abang, Abang cuba neutralizekan perasaan I. Kata Abang, Abang tak boleh control macam mana emak ayah dia rasa, tapi Abang boleh control I, because I am his wife, I di bawah tanggung jawab Abang, Abang ada kuasa ke atas I. Bila diingat-ingat, how I appreciate kebijaksanaan Abang menangani situasi rumah tangga kami in the first few years. Benar, nak menjernihkan semuanya, it really took time. Dalam apa juga konflik, Abang will make sure ianya adalah situasi menang-menang, emak ayah dia tak terasa, I sebagai isteri tak rasa teraniaya. Sometimes Abang pujuk I untuk beralah dengan pandangan emak ayah dia. Sometimes Abang pujuk emak ayah dia untuk memahami dan cuba bertolak-ansur dengan pendirian I.

   Tambah bersyukur lagi, dalam rumah tangga kami, takde orang yang mengapi-apikan. My parents, sejak mula kahwin lagi diorang dah nasihatkan I, kalaulah sampai di persimpangan untuk pilih antara emak ayah sendiri dan emak ayah mertua, my father suruh utamakan emak ayah mertua, kerana taatnya kita pada emak ayah mertua akan membawa kepada keredhaan dan kasih sayang suami kat kita. I bersyukur sebab my parents taklah too emotional and too demanded dalam soal ni. Diorang sedar, I tetap dan selamanya akan jadi anak kandung diorang, buat apa nak rebut-rebut anak lepas anak dah kahwin? Alhamdulillah, berkat kesabaran, kebijaksanaan Abang sebagai pemimpin rumah tangga, kefahaman semua pihak untuk bertindak mengikut agama, hubungan I dengan emak ayah mertua semakin rapat dari hari ke hari. Adakalanya sampai terlupa yang masa mula-mula kahwin dulu, I pernah tak diterima dalam keluarga Abang. Sebab tu bila kawan-kawan yang ada problem macam ni mengadu kat I, I cakap kat diorang, I dah tempuh semua tu, dan I berjaya buktikan bahawa hubungan antara mertua dengan menantu boleh jadi just as like hubungan antara emak dan anak kandungnya sendiri, yang penting kena ada usaha, keikhlasan dan kasih sayang.

Not too sincere

   Hari ni I regret sebab terlepas cakap to two of my classmates. My groupmates were confronting me about the unsuccessful forum we had yesterday evening which will affect 30% of our carry mark. I agreed with what they said. I personally condemn myself for misusing the opportunity I had in the forum that has given bad impact to the overall group performance. Yes, I do regret that. I was dominant, orang lain nampak ketinggalan, it was really obvious in the eyes of the audience, and of course lecturer tentu perasan jugak. But now I try to put aside perasaan sesal kerana forum tu because ada perkara yang lebih besar perasaan sesalnya dalam diri I sekarang. It is because, I was too sincere…

   How I regret sebab secara tak sengaja I telah meluahkan apa pandangan peribadi I terhadap those two of my groupmates. Mulut I memang lazer sejak kecil, tapi I selalu akan puas hati bila secara sengaja I melazer, memang purposedly nak menyakitkan hati orang. But this time, it was unintentional, I langsung takde niat nak bergaduh dengan sesiapa. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata, memang tak boleh patah balik. They were attacking me, I don’t think it is wise to counter attack serangan orang by expressing the true feelings you have towards them. Personal attack, itu perkara bodoh yang I lakukan tadi.

   I want to reveal my true self here. I have never been too sincere to my friends, at least setakat ingatan I, since I was in form four. When I was in form three, there were lots of conflicts among classmates. I learned a good lesson since then, don’t be too sincere to others, or else you might jeopardize your relationship. I memilih untuk tidak berterus-terang dengan kawan-kawan tentang perasaan sebenar I terhadap mereka, in order untuk memelihara persahabatan, menjaga hati or sekadar untuk mengelakkan diri I serabut dengan perasaan-perasaan yang tak enak. That’s why I tak pernah bercakap dari hati ke hati to any of my friends, I tak suka being too sincere bila bagi pandangan tentang peribadi kawan-kawan and I takkan express benda yang I tak suka pada kawan-kawan I. That is how I manage my friendship dengan siapa saja all this while.

   Until today, in order to defend myself, dengan ringan mulutnya I express my true feelings towards my two friends. I betul-betul rasa teruk for letting them know what is my real perception towards them, which I had successfully kept them shut for the last two semesters. Terus berubah muka diorang, and rasanya sampai bila-bila pun I akan ingat their immediate facial expression at that moment. Of course they were surprise. I bukanlah orang yang suka kutuk kat belakang, even though bila orang lain mengumpat I tumpang dengar sama. I bukanlah orang yang freely condemn orang lain depan-depan bila ada aje benda yang I tak suka. I adalah orang yang suka menyampaikan pujian, memberi good remarks and memberi kata-kata perangsang. Selama ini, itulah rekod I kat UiTM Kedah. Bila I puji, I am honest and sincere. Tapi bila ada benda I tak suka, I never express them kat kawan-kawan. But of course la bila jumpa Abang, semua benda yang I menyampah kat kawan-kawan I luah keluar, share dengan Abang.

   I can never return the time, back to the moment when everything bad is just kept to myself. Ada di kalangan kawan I yang sangat open, bila dia tak suka, dia just confronts the person, speaks it out and then it is settled. But that is not my style. I respect others, perasaan orang lain perlu dijaga walaupun diorang bukanlah orang penting dalam hidup kita pun, but they are human beings yang ada hati nurani. That is why perkara-perkara yang I tak suka, I simpan aje dalam hati. Sometimes perkara buruk tentang orang lain bukannya akan affect life kita pun, so buat apa nak bising-bising? Just go on with your life, they with theirs. I boleh terima kalau orang datang kutuk I depan-depan, at that moment memanglah kita melatah dan melenting, but lepas dah cool down, normally I can accept and neutralize my feelings. Tapi I tak mahu buat perkara yang sama pada orang lain, sebab tindakan kita kononnya untuk release perasaan kita sebenarnya akan hanya menambah beban perasaan pada diri kita dan juga orang lain. Senang cerita, you tak suka kat dia, you pergi express your feeling kat dia, then perasaan dia terguris, perasaan you pun bukannya bertambah tenang. Macam tulah yang berlaku pada I sekarang.

   Now all my friends dah tahu, Kak Asiah ni bukanlah sincere sangat in her friendship. Don’t be too sure that Kak Asiah likes you. Hei, peduli apa kalau ye pun Kak Asiah tak suka kat you all? Kak Asiah bukannya siapa-siapa dalam hidup you all, what Kak Asiah feels tak affect apa-apa pun kat korang. Lagipun I tak pernah mempengaruhi orang lain dengan perasaan I. Kalau I tak suka kat seseorang, I never cari geng untuk pakat ramai-ramai turut tak suka kat orang tu, I cuma simpan dalam diri sendiri aje. In fact, kalau I tak suka kat seseorang, I will never let him or her knows. Prinsip I mudah aje, I nak berkawan dengan semua orang, I tak nak ada conflict dengan semua orang, kecualilah dengan orang-orang tertentu yang memang I purposedly cari pasal, macam kes elaun hari tu.

   So hari ni, I kutuk diri I gila-gila. Macam manalah boleh terlepas cakap? My two friends tu definitely do not have any idea that selama ni rupa-rupanya di sebalik my warm friendship, tersirat bad feeling and bad perception. Inilah kali pertama I terlebih sincere terhadap kawan-kawan I in 12 years! I am happy to be myself who is not too sincere, and I would not change it.

Muhammad Al Amin

   I don’t plan to make it a surprise. Alhamdulillah, the doctor has confirmed that this time we are again expecting another boy, the third boy in our nucleus family. It was truely amazing, at 15 weeks of pregnancy, doctor dah boleh detect the sex of the baby. I was surprised, I tanya doctor, ”Are you really sure?” Masa anak-anak sebelum ni, even dah 20 weeks pun sometimes the doctor was not sure. Tengok macam I doubtful aje, Dr Teh, doktor yang sambut Adham lahir hari tu, said that we will make it sure during next scheduled antenatal check up. Tapi Dr Teh tunjuk la celah kelangkang baby, memang clearly boleh nampak the small penis. Kelakar gila! So, Insya Allah betul la tu.

   Ada parents tak eager sangat nak tahu the sex of the unborn baby. Boy or girl, diorang terima aje. Sometimes the parents themselves memang rasa nak surprise kan diri sendiri, tunggu dah lahir, masa tu tahulah. But for me, the sex of the baby in my womb really matters. Banyak sebabnya. The most important reason is my bond and connection developed during pregnancy period with the baby sangat dipengaruhi oleh whether the baby is boy or girl. Bila dah tahu jantina anak, I ada specific doa, specific harapan, specific kind of interaction. Bila tahu it is a boy, of course I akan doakan supaya dia jadi muslim yang soleh, if it is a girl, the doa would be semoga dia jadi muslimah yang solehah. Muslim dan muslimah lain peranannya dalam agama, keluarga dan masyarakat. Kalau boy, I doakan dia jadi anak yang soleh, kalau girl, I doakan jadi anak yang solehah. I really mean it, sebab anak lelaki dan anak perempuan lain harapan kita pada mereka. Kan lebih baik doa secara specific, instead of doa semoga anak kita jadi hamba Allah yang soleh, general aje tu. I juga jaga apa yang I makan based on jantina anak dalam kandungan. Kalau dah tahu mengandungkan anak lelaki, I will totally avoid minum air kacip fatimah, manjakani, semua yang trigger hormon orang perempuan. I pernah baca satu kajian tentang golongan pondan or lelaki lembut ni. Hasil kajian tu walaupun tak recognized, menunjukkan bahawa lelaki lembut ni terlebih hormon perempuan, dan salah satu sebabnya ialah amalan pemakanan mak dia masa mengandungkannya. Orang-orang perempuan sometimes makan benda-benda tu kononnya nak bagi mudah bersalin, but at the same time dalam tak sedar telah menyalurkan hormones yang salah pada baby. Besides that, I sangat cerewet buat persediaan sambut baby. I tak suka baju yang unisex, I suka baju yang memang untuk baby boy or baby girl, clear cut. I tak suka baby boy pakai tilam, bantal, towel, etc warna pink, and otherwise, baby girl pun I tak suka guna warna biru. Banyaklah lagi sebab lain. That’s why I memang nak tahu sangat-sangat baby dalam perut I ni boy or girl. Once dah tahu, the pregnancy will go on accordingly.

   Besides the gender, I juga tak plan nak make it surprise to the public about the name. Insya Allah, telah dipersetujui between me and Abang, we will name him, Muhammad Al Amin. Memang semua anak kami, kitorang berdua aje yang decide, tak peduli pun orang lain kata apa. Even saudara-mara tanya, apasal nama anak-anak kitorang tak canggih, kitorang buat bodoh aje. Hak memberi nama pada anak ialah hak ibu bapa, itu digariskan Islam. Bukan hak datuk nenek, or hak ustaz kat kampung. I pernah dengar kata orang-orang tua, tak baik reveal nama anak sebelum anak dilahirkan, kononnya akan jadi apa tah. Tapi sebab takde hadis, I takkan pegang kepercayaan tu. Yang I tahu, Rasulullah anjurkan bagi nama anak pada hari ketujuh kelahiran. Tapi kitorang decide nama anak as soon as dah scan jantina baby. Tak pernah dengar lagi ada hadis halang perkara tu.

   Korang percaya tak, semua nama anak-anak I, I dah berangan since I was in standard 5 lagi! Except Hamzah Al Asad. Nama Hamzah Abang yang bagi, sebab Abang nak anak pertama perempuan dan anak pertama lelaki bermula dengan huruf H, nak ikut nama Hatta. I letak syarat kat Abang, I cuma wish that semua anak-anak mengikut nama figures in Islamic history and ada gelaran “Al”, itu aje. Halimah Assaadiah, nama ibu susu Nabi Muhammad. Hamzah Al Asad, nama bapa saudara Nabi Muhammad yang syahid di medan Uhud. Fatimah Azzahrah, nama anak perempuan Nabi Muhammad. Ibrahim Al Adham, nama seorang raja yang sangat soleh dan tawadhuk. Masa Imah and Amjah, I named them with those because nak cari nama start with H. Maza Zara, I takde sebab apa-apa which triggered me to name her as such. Masa Adham, through out pregnancy, I was creazy dengar ceramah from Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man, anak saudara Tok Guru Nik Abd Aziz Nik Mat, baik ceramah agama mahupun politik. Masa tu I kat Kuantan, Ustaz Tuan Ibrahim ni Pesuruhjaya Pas Pahang. Pantang dengar Ustaz Tuan Ibrahim datang Kuantan, memang I angkut semua anak pergi dengar ceramah. Ada sekali tu sanggup drive sampai Jengka untuk hadir program dia. Lepas tu Abang beli DVD ceramah dia, hari-hari I dengar, sambil lipat baju yang menggunung, sempat habis 2, 3 kuliah. Bila tahu aje mengandung anak lelaki, I demanded kat Abang nak bubuh nama Ibrahim.

   Mulanya I plan nak dapat anak selang-seli, lelaki perempuan. I pernah tulis dalam blog, ada cara nak pre determine possibility whether nak dapat anak lelaki atau perempuan. Ramai jugalah yang personally hantar e-mail, asking me in private. I share setakat yang I tahu dan yang I dah amalkan selama ni. Ramai yang kagum, macam mana I boleh susun anak elok-elok, perempuan lelaki perempuan lelaki. So when this fifth pregnancy I am expecting baby boy, tentu ramai yang rasa my theory tu tak boleh dipercayai 100%. Memang la tak boleh percaya 100%, sebab keputusan akhir adalah hak mutlak Allah. Tapi I nak jelaskan kat sini, this fifth pregnancy is not planned. If it is planned, maybe I akan usaha untuk dapat baby girl, untuk meneruskan tradisi selang-seli tu. A month before I conceived, the doctor has suspected me to have secondary infertility, I might not be able to conceive again. But since I dah ada 4 anak already, this time the doctor thinks that I don’t need any fertility treatment, I just need to control my menstrual cycle to prevent chances of getting cancer. I baru nak start hormonal treatment, out of sudden I had morning sickness. I did UPT sekadar buat syarat, I even tak excited pun nak tahu how many lines, not like before. Memang terkejut gila bila doctor suruh datang tengok, there were two lines! Syukurnya, Allah masih limpahkan rezeki buat kami. So that is why this time I tak berjaya kekalkan tradisi selang-seli. But okay what, when three quarter of my friends asyik dapat baby girls, best juga kalau kitorang dapat meramaikan pulak komuniti baby boys. Bukan apa, sesekali bila our friends berhimpun, geng-geng baby girls ni boleh buat tiga empat teams bola sepak, yang baby boys nak form satu pasukan pun tak cukup!

   Kenapa “Muhammad Al Amin” is chosen this time? As I have mentioned kat atas, nama-nama anak ni I dah fikir since darjah 5 lagi. Memang Muhammad Al Amin ada dalam list. Sebabnya arwah nenek I pernah pesan kat 10 orang anak-anak dia, dalam family mesti ada letak nama Rasulullah. So my cousins yang lelaki-lelaki semua ada pangkal nama “Muhammad”. In my family, my father nak letak nama semua anak bermula dengan huruf A. Kerana tak nak namakan Muhammad, ada sorang adik lelaki I dinamakan “Ahmad”. So I pun nak buat begitu, at least sorang anak akan dinamakan sempena nama junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W.. By right, patutnya anak sulung lelaki awal-awal lagi dinamakan Muhammad. Tapi sebab Abang nak anak sulung lelaki bermula dengan huruf H, maka hasrat I tu ditangguh. Bila dapat anak kedua lelaki, I tengah creazy dengan nama Ibrahim pulak, so tangguh lagi. But for this third boy, rasanya tak nak tangguh dah, sebab I pun tak tahu adakah selepas ni Allah akan anugerahkan lagi I dengan anak lelaki. Actually to be frank, I pun dah lupa tentang pesan arwah nenek tu. Until late last year, one cyber friend of mine had lost her unborn baby. She named him Abdullah Amin Fahmi. She keeps writing about her Amin up until now. That triggered my memory that once upon a time, “Muhammad Al Amin” was in my list. Dah tu bila solat, lepas baca Al-Fatihah, kita sebut “Amin”. Dalam berdoa kita sebut “Amin”. Dalam tahiyyat akhir, nama Muhammad dan Ibrahim disebut berselang-seli. I pun terfikir, nanti Muhammad Al Amin dan Ibrahim Al Adham will be good brothers and can get along well together.

   Bercakap pasal nama pilihan, ramai orang kata, nama anak-anak kitorang tak gempak, tak canggih, kekampungan. Tak kisahlah, yang penting maksudnya baik. Ada juga yang kata, nama macam Fatimah Azzahrah tu dah berlambak orang bagi. Yang tu pun I tak kisah, memang kita patut berebut-rebut bagi nama anak sempena nama great figures in Islam kan? Ada yang suka bagi nama anak supaya tak sama dengan nama anak orang lain, kononnya sebab every individual is unique. Kalau nama yang unique tu ada maksud yang baik, tak kisahlah, tapi kalau sampai takde maksud, for me takde kelebihan pun nama-nama tu. Lagipun apa salahnya kalau seramai-ramai umat Islam namakan anak diorang Muhammad pun. Awal-awal lagi the whole world dah recognized and identified them as Muslims. Taklah orang tanya, “Are you Muslim?”, bila sekadar baca nama yang bunyi-bunyi Arab. Actually orang-orang Kristian dan Yahudi kat tanah Arab tu pun bagi nama bunyi-bunyi Arab jugak, so nama Arab bukan penentu Muslim atau tidak.

   Alhamdulillah atas nikmat Allah ini. Semoga Muhammad Al Amin membesar sihat dalam perut I. I dah discussed awal-awal dengan doctor. I choose normal delivery, without epidural, without episiotomy. Harap-harap Allah mudahkan semua urusan. I don’t have any plan for confinement, I don’t think I will have time untuk berpantang-pantang ni. Waktu tu dah mendaftar di Shah Alam. What a challenging motherhood awaits me ahead!

Imej

   Dalam subjek Social Psychology semester lepas, kitorang belajar tentang “conform”. Satu sub topic yang I suka dan ingat sampai sekarang, “why some people do not conform?” Ianya sangat dekat dengan I, theory yang menjelaskan kenapa I tak pernah conform dengan persekitaran dan sangat tegas with “who I am”, cuma selama ni I tak pernah terfikir pula bahawa ada teori psikologi di sebaliknya. Teorinya adalah “individuation”, strong character yang dimiliki oleh seseorang untuk kekal dengan siapa dirinya, apa dirinya dan bagaimana dirinya. Dalam bahasa mudah, suasana persekitaran dan orang-orang di sekelilingnya tidak mudah mempengaruhinya.

   Hari ini I nak bercakap tentang tajuk “imej”. Budak-budak Naim Lilbanat tentu tahu bahawa I ni dulu berjubah dan berpurdah, even pergi sekolah pun I pakai purdah, cuma dalam kawasan sekolah aje I buka tutup muka sebab ada undang-undang Kementerian Pendidikan. Zaman sekolah dulu, pergi aktiviti kokurikulum luar sekolah pun I berpurdah, even pergi aktiviti lasak dalam hutan pun I berpurdah. Kat UIA, I cuma berjubah dan bertudung labuh. Lepas kahwin, I pakai baju kurung pulak, but still tudung labuh. Panjang ceritanya kenapa I tinggalkan purdah, dan sekarang I tak pakai purdah lagi. Selepas setahun kahwin, I tak pakai baju kurung dah, I kembali kepada imej di UIA, berjubah dan bertudung labuh. Semua baju kurung I bagi kat anak yatim, satu pun tak tinggal di rumah. I bukanlah extreme sangat untuk menjatuhkan hukum pakai baju kurung itu tak Islamik ke apa ke, in fact baju kurung memang menepati kehendak syarak dalam ciri-ciri menutup aurat. But it depends jugaklah kat baju kurung tu macam mana sifatnya, kalau dah ketat-ketat sini sana, tak tutup aurat juga. Masyarakat selalu silap tafsir, asal tutup aje, maka tutup auratlah tu. Padahal kain punyalah jarang, melekap ketat kat badan sampai dah takde rongga udara, sampaikan saiz bra dia pun kita boleh teka, hmm… fikir-fikir sendirilah. Cuma I tak pakai baju kurung kerana jiwa I nak pakai jubah, itu saja yang boleh I cakap. Rupanya inilah teori individuation dalam social psychology. Baru I tahu macam mana nak exlain kat orang yang selalu tanya I, “Kak Asiah takde baju kurung ke, Kak Asiah tak pernah pakai baju kurung ke”, etc…

   Dalam Royal Debate kat UIA hujung tahun lepas, ada la sorang hakim ni dengan ringan mulutnya, dalam sesi ulasan hakim, boleh dia berani tegur pasal imej I. I considered it sebagai bodoh la. Hakim yang bijak, ada kredibiliti, ada kelayakan, sepatutnya fokus pada isi perdebatan, bukan pada imej. Dia kata, imej I yang berjubah dan bertudung labuh ni tak sesuai dibawa dalam debate, kata dia, kita bukan nak pergi ceramah agama, kita nak berdebat. Fuhh, rasa macam nak jumpa dia lepas habis debat tu untuk menyatakan pandangan I. Tapi kami yang mewakili UiTM ni awal-awal lagi dah diberi ingatan untuk tidak mempersoalkan hakim, tak kira bodoh macam mana hakim tu. So I kira dia bernasib baiklah daripada dengar ceramah agama from me. Ada sorang hakim ni pulak, boleh pulak dia suggested kami pakai make up dalam sesi debat, supaya dia suka tengok. Sambil-sambil tu dia sentuh juga pasal imej I. Hoi hoi hoi, bukan style I nak menang perdebatan dengan mengorat hakim! Lagipun, kalau dia suka tengok I sebab I make up, maka jatuhlah hukum tabarruj. Sorrylah, takkanlah sebab nak menang debat, I tempah jalan ke neraka.

   Komuniti debat ni tak besar, balik-balik you akan jumpa muka yang sama aje. Even bila dah graduated pun, pendebat-pendebat ni akan datang sebagai jurulatih, hakim atau pemerhati pula. So everytime ada tournament, boleh kata macam reunion jugaklah. Suatu masa dulu, I mean, zaman Abang sibuk berdebat mewakili UTP time kitorang baru kahwin dulu, komuniti debat ni dimonopoli oleh geng-geng pondan. I cakap monopoli bukan sebab bilangan diorang lebih ramai dari lelaki normal, tapi sebab betapa besarnya pengaruh diorang dan betapa beraninya diorang untuk kekal dengan imej diorang. Sambil berdebat, mengulai rambut perasan cantik, gesture badan yang lagi lentok dari kaum hawa, even make up yang lagi menyerlah dari wanita. I tak nafikan, pondan-pondan diorang pun, diorang memang boleh berdebat dengan baik. Tapi isunya hari ini ialah, betapa kuatnya ciri-ciri “individuation” yang ada pada mereka. Satu dunia kutuk mereka, even ustaz-ustaz penat bagi kaunseling pun, diorang kekal aje dengan imej songsang tu. Geng-geng pondan ni masih ada dalam komuniti debat zaman I ni pun, diorang akan datang sebagai pemerhati, buat geng mereka sendiri dan tak peduli apa pandangan orang. Masa Royal Debate hari tu, siap organized malam prom lagi!

   Lalu I terfikir, imej berjubah dan bertudung labuh dengan imej pondan, yang mana agaknya lebih mulia? Jawab sendirilah… Kita orang Islam, bangsa Melayu. Dua-dua ada ciri-ciri individuation yang strong. Tapi kalau hakim boleh menilai pendebat pondan bukan daripada imej, sebaliknya daripada isi perdebatan, malah ramai aje pondan yang diangkat jadi pendebat terbaik, maka mengapa perlu prejudice terhadap pendebat berjubah dan bertudung labuh? Sepanjang I berdebat mewakili UiTM, tak pernah lagi hakim komen pasal fakta dan hujah yang I kemukakan, komen yang ada hanya berkisar teknik dan format perdebatan yang I masih lemah, maklumlah, I baru aje masuk debat secara serius October 2008 yang lepas. Agaknya sebab dah takde benda lain nak komen, tu yang soal imej pun boleh naik dalam sesi ulasan penghakiman.

   I baru balik dari debat ASTAR di Universiti Malaya, mewakili UiTM. Seperti biasa, I pergi sebagai pendebat dengan imej berjubah dan bertudung labuh. Team I di ranking pertama dari 40 pasukan semasa peringkat liga, tapi kami kalah dalam pusingan kalah mati. Keputusan perdebatan bukan isu untuk dipersoalkan. Tapi sepanjang debat ASTAR, I telah berjaya mengubah persepsi semua orang terhadap pendebat berjubah dan bertudung labuh. Ramai pendebat, hakim, malah pemerhati, mula bertanya-tanya siapa I, siapa kakak berjubah dan bertudung labuh yang hebat berhujah itu. Ada yang approached jurulatih untuk bertanyakan tentang I, ada yang bisik-bisik bertanya dengan team UiTM yang lain, ada yang beranikan diri bertegur sapa dengan I sendiri dan bertanya itu ini tentang latar belakang I. Malah ada yang cuba mengorat pulak tu! Hehehe, awal-awal lagi I cakap kat lelaki-lelaki itu, saya ini ibu kepada 4 orang anak dan sedang mengandungkan anak kelima saya! Semasa majlis malam penutup, ada tayangan video. Ketika ditayangkan slides I sedang berdebat, seluruh dewan bersorak kuat dan bertepuk tangan. Inilah dia kakak yang mulanya dilabel sebagai ustazah tersesat masuk dewan debat, tetapi akhirnya ramai mula sedar, dalam debat, bukan imej yang dilihat, tetapi isi perdebatan itu.

   Apa imej anda? Tak semua orang ada ciri individuation yang tinggi. Kebanyakan orang sangat mudah untuk adapt dengan persekitaran dan orang sekeliling. Sebenarnya takde yang negatif pun kalau anda senang adapt, cuma malanglah kalau kita adapt dalam semua keadaan, even yang tak Islamik pun kita ikut. Kawan kita pakai jeans, elok-elok selama ini kita sentiasa berbaju kurung, demi nak masuk geng, kita pun belajar pakai jeans ketat. Lebih malang lagi kalau imej kita selama ni memang sangat dekat dengan ahli neraka, tetapi kerana ciri individuation kita yang sangat kuat, kita kekal aje dengan imej ahli neraka itu, tak kira apa kata orang pun, macam pondan-pondan tu. Alhamdulillah, tak kira orang kata I ni kolot dan konservatif pun, I tahu apa yang I buat ni selari dengan kehendak agama.

Ibadah Muslimah

   Seorang wanita pernah mengadu pada Rasulullah SAW, betapa malangnya menjadi orang perempuan, kerana ibadahnya sentiasa kurang berbanding kaum lelaki, disebabkan adanya haid dan nifas. Lalu Rasulullah memujuk wanita berkenaan dengan sebuah hadis yang I tak berapa ingat dengan tepat, nanti I semak balik. Tapi Rasulullah pernah kata, orang perempuan ni cukup senang masuk syurga, tapi hakikatnya nanti, ramai perempuan akan ke neraka. Orang perempuan juga cukup senang kumpul pahala berbanding orang lelaki, sebab orang perempuan mengandung, sakit melahirkan bayi, menyusukan, memelihara dan mendidik anak, yang mana itu semua adalah keistimewaan wanita yang Allah tidak beri pada lelaki.

   Last weekend I ada LDK. First session started at 8 pm Friday, next session took the whole following day. Friday and Saturday are public holidays in Kedah, so taska tutup. I had to find somebody else to take care of the children. Kalau hari-hari biasa if I have extra activities in the evening, normally I upah pengasuh taska buat OT, sometimes I angkut aje all the kids pergi campus, and sometimes I arrange dengan Abang supaya Abang cuti on that day. But this time I had to survive. So on Friday night, my kids tidur kat rumah nanny diorang. Maghrib tu, I had the chance untuk solat kat surau kolej, the first time since I masuk UiTM a year ago. Surau gelap dan sunyi, bunyi angin tiup daun pintu menakutkan, no one turun solat kat surau tu. Dah azan Maghrib, ada la sorang girl ni masuk surau. I tanya dia, surau kat kolej ni memang tak hidup ke? Dia kata, sometimes ada juga orang turun, but usually a few aje la, balik-balik muka yang sama, itu pun tak tiap-tiap hari. So kitorang solat berjemaah berdua aje. Sampai dah habis solat pun, memang takde sorang pun masuk surau.

   Tiba-tiba jiwa I jadi sayu. I rindu sangat dengan suasana masa I belajar kat matriks UIA PJ dulu. I never regret my decision to quit my studies in UIA, up until now pun I still feel that it was a correct decision. Cuma bila dah masuk UiTM, slowly I hargai suasana yang I kecapi masa kat UIA. UiTM dengan UIA memang macam langit dengan bumi in term of roh Islam yang wujud di kampusnya. Maybe because I am a non-resident student, so I tak perasan dengan aktiviti budak-budak agama kat UiTM ni. Diorang cakap ada group IMAD, tapi dah setahun lebih I belajar kat UiTM ni, I berani cakap yang budak-budak IMAD tu tak berpengaruh pun kat sini, aktiviti tak gempak dan tak berkesan pun! Buktinya, surau kolej lebih popular sebagai tempat wireless internet daripada tempat ibadah, and girls kat sini berani pakai baju seksi masuk surau untuk main internet. Bercakap pasal agama kat UiTM, tak ramai minat nak dengar. Masa LDK tu, penceramah tu quite religious la, pandai dia selit-selit bab agama dalam ceramahnya, but obviously you can see students’ reaction macam mana. My image is jubah dan tudung labuh. Out of entah berapa ribu students kat UiTM Kedah ni, I am the only one yang pakai macam tu hari-hari. Sometimes people look at me like I am alien, macam ustazah sesat. Kalau kat UIA dulu, takde siapa heran dengan my image, sebab berlambak aje sisters yang pakai macam tu, even ada yang pakai purdah pun.

   Maybe sebab kat UIA dulu ada macam-macam courses. Normally penggerak gerakan Islam kat UIA adalah budak-budak agama. Hari-hari ada kuliah maghrib, every night ada religious program, every week ada usrah wajib or tak wajib, nak bercakap dan berbincang isu agama sentiasa aje ada partners, gejala sosial dalam kampus ada pembanterasnya. Suasana memang Islamik, saluran ada, it’s up to you aje whether nak grab perkara-perkara baik tu or not. I cukup suka dengan surau kolej, makmur, ada penggeraknya. Tiap-tiap waktu solat, even Subuh masuk pukul 5.40 pagi pun, ada dua tiga baris saf muslimat solat berjemaah, antara Maghrib-Isyak lagilah ramai. Tengah tunggu azan Subuh, Zuhur, Asar pun boleh dengar sisters baca Al-Qur’an, while sementara tunggu Isyak memang occupied surau tu. Kalau you dah lambat turun surau, anytime you nampak ada sister tengah solat, you tepuk aje shoulder dia, then kitorang akan solat berjemaah sebagai makmum masbuk. How I really miss semua tu! Kat UiTM ni? Hmm…! Tambah-tambah I ambil law, budak-budak law memang terkenal dengan perangai sosialnya, tak payahlah nak elaborate. Mungkin salah satu faktor roh Islam tak kuat kat sini ialah sebab takde budak-budak course agama, macam kat UIA. Tapi tak boleh kata juga, sebab budak-budak lepasan sekolah agama berlambak aje kat sini, but then bila dah masuk UiTM, instead of diorang mempengaruhi orang, diorang pulak yang terpengaruh dengan orang lain.

   Berbalik kepada isu ibadah seorang Muslimah. I rasa sangatlah rugi bagi remaja-remaja perempuan Islam yang tidak mengambil kesempatan atas usia muda mereka untuk memperbanyakkan ibadah dan amalan. Now diorang masih muda, takde tanggung jawab nak jaga makan minum dan keperluan suami, takde anak kecil yang perlukan perhatian, takde gangguan apa-apa tanggung jawab selain daripada tanggung jawab terhadap diri sendiri. Bila dah jadi isteri dan ibu, baru kita akan rasa betapa banyaknya masa yang kita ada sebelum berkahwin. Baru kita akan rasa betapa kurangnya masa yang berbaki dalam sehari untuk kita beribadah. Sayangnya bila usia muda mereka banyak dihabiskan dengan marathon menonton drama Jepun atau Korea, daripada marathon baca Al-Qur’an. Sayangnya bila masa cuti tak sudah-sudah dihabiskan dengan outings ke bandar, bercuti ramai-ramai dengan kawan-kawan, tengok wayang, daripada dimanfaatkan untuk sesekali join majlis ilmu. Sayangnya bila solat kat bilik lebih utama daripada turun solat berjemaah kat surau.

   I bersyukur sebab masa muda I tak dihabiskan sia-sia. Tempoh hidup I sebagai anak dara singkat aje, umur 19+ dah kahwin, dah ada tanggung jawab besar. But I bersyukur sebab sebelum berkahwin, I dah sempat grabbed sebanyak mungkin ilmu dan ibadah. Even dah kahwin pun, sempat lagi join venture dengan Abang ke masjid, dengar kuliah dan ceramah, attend program ilmu. Only then bila I pregnant and started my journey as a mother, slowly I rasa momentum itu dah berkurang, ada banyak kekangan. Benar, mengandung, melahirkan anak dan membesarkan diorang, banyak gila pahalanya. Menguruskan rumah tangga, melayan keperluan suami, semua tu ada ganjarannya. Tapi kalau you compare kualiti solat, jumlah solat sunat, jumlah page Al-Qur’an dibaca dalam sehari, jumlah kuliah dihadiri dalam sebulan, antara zaman bujang dengan zaman dah kahwin, memang akan rasa perbezaannya.

   Yes, when you are pregnant, the whole 9 months you boleh beribadah. But pregnancy is not easy. First trimester, you have to bear with the morning sickness. Nak berdiri solat pun rasa melayang, in my case, I solat buat yang wajib aje, baca Al-Fatihah semata-mata dan tak baca surah. As time goes by, masuk third trimester, memanjang aje semput nafas. Baca Al-Qur’an dah tersekat-sekat tengah jalan. Nak rukuk sujud lama-lama, nanti tak larat bangun, so bacaan 3 kali dah jadi sekali. Nak sembahyang jemaah, sometimes tak tahan tunggu imam berdiri lama-lama, so lagi banyak sembahyang sendiri dari berjemaah. Lepas bersalin, sebulan setengah tak solat. Dah ada baby, every single thing will not be the same as before. Kadang-kadang tengah solat, anak menangis, kita pun perform solat cepat-cepat bagi cepat habis. Ada masanya anak kita panjat badan masa tengah sujud, tarik telekung, tidur atas sejadah, semua tu sedikit sebanyak ganggu kekhusyukan. Baru nak solat, tercium bau tahi. Nak bangun tahajjud, mata ni berat aje sebab sepanjang malam tu dah tiga empat kali bangun menyusu. Nak solat berjemaah di masjid dah jarang dapat peluang. Kalau satu family pergi masjid pun, normally bagi keutamaan kat suami solat dengan imam, kita kena jaga anak dulu, only then baru solat. Nak pergi kuliah agama, kena usung anak-anak, bawa beg dan bakul keperluan diorang, lagak macam nak balik kampung. Benar, di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. I still force myself untuk sesekali solat berjemaah di masjid, bawa anak-anak pergi kuliah, but you have to have the energy and the strong will, kalau tak memang kita akan mengalah, berkurung aje dalam rumah dengan anak-anak.

   My youngest brother dah 15 this year. Inilah masanya my mother boleh sibuk-sibuk pergi masjid, attend ceramah. Mak kata, dulu masa muda-muda, mak duduk kat rumah aje jaga anak-anak. Bila mak tengok betapa sibuk dan penatnya I mengurus my kids, mak cakap, zaman mak dah berlalu, now it’s my time. I memandang semua perkara yang I lakukan, walaupun bukan ibadah khusus, semuanya ada pahala. Cuma I terkilan bila tengok my friends yang masih muda-muda ni buang umur macam tu aje. Sayang bila dah berkeluarga nanti baru nak kejar balik masa yang terbazir. Itupun kalau Allah bagi rezeki umur panjang…

4.0 flat

   Everybody was in grief kerana kematian Pak Long when I received a great news from my brother and other coursemates that I got 4.0 flat for second semester examination! First time dapat tahu memanglah melompat menjerit kegembiraan. Tapi takdelah terlebih-lebih bergembira, in fact before that I takde jiwa sangat pun nak pergi check result. Bahagia sangat tengok wajah mak and ayah who are so happy with my outstanding achievement. I don’t deny, many people out there are looking forward to see how far can I go, yelah, sambung belajar ketika usia dah lanjut with four kids under my responsibility. At first, ramai yang skeptical. But Alhamdulillah so far I’ve been through two semesters successfully. Lebih bangga lagi, I bukanlah ordinary student yang kerja melepak study kat library aje, but I also involve dalam kokurikulum, especially in debate. I am proud to tell everybody that so far I can discipline myself to be a good student, I tak pernah ponteng kelas, sentiasa siapkan assignment on time and give 100% in every presentation. So bila dapat 4.0 flat, I menghela nafas panjang, rasa berbaloi sangat!

   Kali terakhir I merasa dapat straight A’s was when PMR result keluar. Masa tu I got straight 9 A’s. In SPM, I only managed to get 8 A’s, another two subjects C3 and C4, itupun actually sampai sekarang I tak yakin I deserved the 8 A’s. In first semester, I got 4 A’s and 1 A-, so my pointer was 3.93, kira tak perfect la. Rasa bersyukur sangat this semester I dapat naik seanak tangga lagi. The best performer in my family is Cece. She got straight A’s in all her UPSR, PMR and SPM. She’s doing medicine, Insya Allah will graduate next April. Masa I mula jejakkan kaki kat Merbok ni, Cece minta my address, rupa-rupanya dia nak hantar post card. Her post card was full of motivation and challenge for me to finish my degree. She said, if I fail again this time, I would never succeed next time, this is the only last chance I have. She is true indeed. I betul-betul harap I boleh habiskan until the end, tak nak sangkut-sangkut lagi tengah jalan macam dulu.

   Actually I was extremely worried if my performance drop. I got 3.93 in first semester, nak kekalkan pointer tu pun dah full of pressure. Every semester ada killer subject, in second semester I found that ada two killer subjects yang ada potential untuk menjatuhkan students’ pointer. I am correct, subject Critical Thinking is the main problem for most students, budak-budak pandai ramai yang sangkut kat situ. Another subject is Social Psychology, fuhh… boleh menangis-nangis study subject tu. Alhamdulillah, lepas juga, I got A for both subjects, what a great relief!

   Masa debate hari tu, I discussed with a few debate members. I tanya diorang, macam mana performance diorang dalam studies despite kesibukan participating in debate sana sini. Susah hati juga I kalau ianya mengganggu core business kita as a student. Budak-budak debate memang banyak training, kena banyak membaca, selalu surf internet, cari maklumat sana sini, kena rajin attend program ilmiah. Diorang kata, kalau dekat-dekat pertandingan, tiap-tiap malam ada latihan sampai lewat malam. But amazingly, budak-budak debate ni selalunya success juga dalam studies, most of them memang Dean’s List students. Ramai yang pemegang biasiswa besar-besar, in fact diorang cakap, dapat biasiswa tu pun disokong oleh their active involvement in debate. As a law student, I rasa kemahiran berdebat adalah aset penting, that’s why I nak polish kebolehan yang I ada tu, itulah senjata penting seorang lawyer bila berhujah di court nanti. Lepas exam result keluar, I tanya budak-budak debat lain, Alhamdulillah semua dapat result yang bagus.

   In a week dah mendaftar balik di kampus, dah masuk semester 3, my last semester in kampus Kedah. Next July Insya Allah will transfer ke UiTM Shah Alam. Tak sabar nak habiskan Pre-Law, nak officially jadi law student. Sekarang ni baru buat Pre-Law, bukan semua Pre-Lawrians akan berjaya masuk Faculty of Law. Cabaran yang sangat besar untuk I dalam semester 3 ni ialah untuk mengekalkan prestasi. Memang penat mendaki ke puncak, tapi rasanya lagi penat untuk kekal di puncak. Rasanya semester ni akan sangat mencabar. Dulu Imah sorang pergi sekolah, next year Amjah pun dah masuk sekolah, pagi-pagi mesti sangat kelam-kabut. Dulu sihat dan kuat, this semester I am pregnant again, for sure my health akan turun naik. Dulu Abang ada, every week Abang datang Merbok, next few months I have to be on my own independently. Semoga Allah terus mengurniakan kekuatan.

My favourite blogs

   I suka baca blogs orang. Tapi blogs yang bersifat personal, bukan blogs berunsur politik, agama, health, isu semasa dan lain-lain. For me, kalau nak additional information and knowledge pasal isu negara dan dunia, lebih baik I watch news or read newspapers and magazines, daripada baca blogs yang most of the time bersifat pandangan peribadi, penuh emosi, banyak accusations and unrealiable. Blogs bersifat peribadi pun, ada yang I suka baca, ada yang I rasa takde kepentingan sangat nak baca. Yelah, bukan semua orang kita berminat nak tahu kisah hidup dia sehari-hari. Masa cuti semester dulu, mentang-mentang ada internet unlimited access kat rumah, pagi petang siang malam I singgah kat blogs orang, selain daripada berFriendster dan membaca e-mails yang berlambak tu. But then bila dah masuk belajar balik, I takde masa nak jengah kat blogs semua orang. Computers kat library memang free, tapi Friendster kena blocked. So every time nak jengah Friendster, I have to go to cyber cafe.

   Kerana kesibukan dan susah nak access internet selalu, now I cuma ada three favourite blogs which I am the loyal reader, I baca kesemua entries and I mengikuti perkembangan those blogs. They are, mysuperchild.blogspot owned by Along Lyna who was my schoolmate in Naim Lilbanat, nooraishahzaharin.blogspot owned by a cyber friend, Kak Aishah, whom I don’t know her in person, and emmira.blogspot owned by an old friend of mine, Amira, back to our time in primary school. Cuti semester kali ni, I sibuk dengan debat. Abang is away in Arab Saudi, so I don’t go back to Kuantan. Jarang-jarang sangat I dapat access internet. Until yesterday, baru I berpeluang menjengah these three favourite blogs of mine. Itupun server slow gila. Lamanya tak baca entries diorang. I dah lost track apa yang berlaku dalam hidup tiga orang ni whom I would say, somehow they are so influential in my life, walaupun of course diorang tak tahu pun how meaningful their writings are to me.

   My eyes shed into tears membaca entries dalam mysuperchild.blogspot posted lately. Ya Allah, teruknya I sebagai kawan sebab tak ambil tahu pasal dugaan yang Allah uji kat Along Lyna and her family. She has delivered her second baby prematurely at 28 weeks of pregnancy. Allah tambah lagi ujian-Nya, her second baby boy suffered from Amniotic Band Syndrome, born as kanak-kanak istimewa. As her loyal blog reader, I mengikuti perkembangan Along Lyna through out her second pregnancy. Of course I am looking forward for her delivery due early next year, and of course I am waiting for her to continue writing about her children’s every development as what she has been doing all this while. What happened to her and her baby benar-benar meruntun perasaan I sebagai ibu.

   Yes, blog Along Lyna sangat menarik. Very informative. You baca blog dia, bukan sekadar tahu tentang kisah hidup dia sehari-hari, but Along Lyna always writes additional knowledge, especially about breastfeeding, parenting, finance and hukum hakam, these four are my favourite reading tags in her blog. She makes effort to search somewhere about many issues, and she puts them in her blog in a way that is very interesting and worth to read. Semalam I menangis gila baca her entries starting from the moment her second child was born. I kagum dengan semangat dia, bagaimana Along Lyna menerima ketentuan Allah dengan penuh redha dan fikiran positif. I was speechless to leave any comment in her blog, because I don’t think I would understand what she feels and goes through right now. Along Lyna is very committed to breastfeeding that she does whatever it takes to give her premature baby her breastmilk. Yang paling I kagum, bagaimana Along Lyna sangat positif tentang masa depan. She wrote in her blog about future, what she expects her son would be despite his condition. Kalau orang lain, awal-awal lagi dah putus harapan dan hilang semangat, even ada yang doa biar Allah ambil aje nyawa anak dia sebelum anak dia besar, nauzubillah. Along Lyna is an amazing mother indeed!

   Hari ni I baca blog nooraishahzaharin.blogspot. Again, my eyes shed into tears. She lost her third baby after 38 weeks of pregnancy. I tak pernah missed her entries, I mengikuti perjalanan Kak Aishah through out this second pregnancy, but actually she was carrying her third boy. Anak sulung dia kembar lelaki. Kak Aishah is very genuine in her writings, she pours her heart in words, she describes her daily life in a way that you can imagine it, she is her true self in her blog. Kalau dia marah, dia selamba aje express dalam blog, kalau dia happy, dia akan buat lawak bodoh, kalau dia tension, dia akan curah dalam blog. And she likes cooking very much. Banyak recipes boleh belajar dari blog dia, very simple and practical. She is very motherly. She always writes about what she cooks for her twin baby boys that make me feel like I ni ibu yang sangat pemalas sebab my kids makan simple aje.

   I don’t know her in person, tak pernah jumpa di alam nyata, but somehow I feel so close to her. I jumpa Kak Aishah dalam Friendster, waktu tu dia letak gambar her twins pakai baju Manchester United kat front page, terus I excited nak add dia, sebab takde lagi di kalangan my friends yang dapat anak kembar. Then we became cyber friends and I am her loyal blog reader. I went through her older writings, I discovered that she was having infertility problem before and her twins were conceived through IVF, itupun after several attempts. I menjiwai apa yang Kak Aishah rasa, sebab I pernah berada di tempat itu. Emotional burden yang ditanggung, hanya orang yang pernah merasanya saja yang tahu. Then when Kak Aishah was again pregnant, I was very excited, lebih-lebih lagi the baby was conceived naturally and the twins belum boleh berjalan pun lagi. I was happy that Kak Aishah dapat merasa nikmat Allah yang I dah rasa, the great feeling bila kita boleh mengandung secara natural walaupun doktor kata kita mandul. Today I am very sad knowing that Kak Aishah has lost her baby, memang menangis baca entry dia describing the moment she delivered her baby yang dah tak bernyawa. After 38 weeks of pregnancy, this is certainly not what every mother expects.

   And I juga baca emmira.blogspot. She is a very happy mother with her only son’s great development and achievement every day. Blog dia asyik cerita pasal anak aje. Her son is so adorable, tengok gambar dia dalam blog pun boleh rasa geram nak cubit-cubit. I tak pernah jumpa lagi blog seorang ibu yang describe dengan detail perkembangan anaknya dari hari ke hari. That’s why her blog becomes my favourite. I know she reads my blog too. My last entry, I was telling the whole world that I am now pregnant again, expecting my fifth child. She left her comment, telling me that she is also hardly trying to get pregnant again. Her son sebaya dengan Zara. Masa I pregnant kat Adham pun, she congratulated me and told me that she was struggling to have second baby. I know she loves children very much. Such a good mother like her deserves to have as many children as possible, sebab anak-anak dia Insya Allah terjamin akan dipelihara dan dididik dengan baik. Tapi Allah tak bagi rezeki lagi kat dia.

   Bila mengenangkan semua ni, terasa kerdil diri I di hadapan Allah. Betapa sikitnya amalan I, tapi betapa banyaknya nikmat dan rezeki Allah pada I. At 26, I am carrying my fifth child. I have already had 4 healthy, intelligent and beautiful kids. All my pregnancies were smooth and safe. All the deliveries were smooth and safe. All my kids grow up happily and healthily. Allah uji I sekejap aje, dengan masalah infertility tu. Tapi rupa-rupanya Allah nak bagi nikmat lain yang lebih besar dan berpanjangan. Ketika kawan-kawan I diuji dengan proses mengandung dan kelahiran yang bermasalah, terasa selfish pula untuk I berlebih-lebih gembira dengan kehadiran a new life in my belly. I doakan all my friends tabah, kekuatan itu Allah yang bagi, sebab tu jangan jauh dari jalan-Nya, lagi kuat kita diuji, lagi kuatlah kita berpegang pada tali-Nya. Hmm… siapa I untuk bercakap. Ujian kawan-kawan I lebih hebat dari ujian yang I terima.