Muhammad Al Amin
I don’t plan to make it a surprise. Alhamdulillah, the doctor has confirmed that this time we are again expecting another boy, the third boy in our nucleus family. It was truely amazing, at 15 weeks of pregnancy, doctor dah boleh detect the sex of the baby. I was surprised, I tanya doctor, ”Are you really sure?” Masa anak-anak sebelum ni, even dah 20 weeks pun sometimes the doctor was not sure. Tengok macam I doubtful aje, Dr Teh, doktor yang sambut Adham lahir hari tu, said that we will make it sure during next scheduled antenatal check up. Tapi Dr Teh tunjuk la celah kelangkang baby, memang clearly boleh nampak the small penis. Kelakar gila! So, Insya Allah betul la tu.
Ada parents tak eager sangat nak tahu the sex of the unborn baby. Boy or girl, diorang terima aje. Sometimes the parents themselves memang rasa nak surprise kan diri sendiri, tunggu dah lahir, masa tu tahulah. But for me, the sex of the baby in my womb really matters. Banyak sebabnya. The most important reason is my bond and connection developed during pregnancy period with the baby sangat dipengaruhi oleh whether the baby is boy or girl. Bila dah tahu jantina anak, I ada specific doa, specific harapan, specific kind of interaction. Bila tahu it is a boy, of course I akan doakan supaya dia jadi muslim yang soleh, if it is a girl, the doa would be semoga dia jadi muslimah yang solehah. Muslim dan muslimah lain peranannya dalam agama, keluarga dan masyarakat. Kalau boy, I doakan dia jadi anak yang soleh, kalau girl, I doakan jadi anak yang solehah. I really mean it, sebab anak lelaki dan anak perempuan lain harapan kita pada mereka. Kan lebih baik doa secara specific, instead of doa semoga anak kita jadi hamba Allah yang soleh, general aje tu. I juga jaga apa yang I makan based on jantina anak dalam kandungan. Kalau dah tahu mengandungkan anak lelaki, I will totally avoid minum air kacip fatimah, manjakani, semua yang trigger hormon orang perempuan. I pernah baca satu kajian tentang golongan pondan or lelaki lembut ni. Hasil kajian tu walaupun tak recognized, menunjukkan bahawa lelaki lembut ni terlebih hormon perempuan, dan salah satu sebabnya ialah amalan pemakanan mak dia masa mengandungkannya. Orang-orang perempuan sometimes makan benda-benda tu kononnya nak bagi mudah bersalin, but at the same time dalam tak sedar telah menyalurkan hormones yang salah pada baby. Besides that, I sangat cerewet buat persediaan sambut baby. I tak suka baju yang unisex, I suka baju yang memang untuk baby boy or baby girl, clear cut. I tak suka baby boy pakai tilam, bantal, towel, etc warna pink, and otherwise, baby girl pun I tak suka guna warna biru. Banyaklah lagi sebab lain. That’s why I memang nak tahu sangat-sangat baby dalam perut I ni boy or girl. Once dah tahu, the pregnancy will go on accordingly.
Besides the gender, I juga tak plan nak make it surprise to the public about the name. Insya Allah, telah dipersetujui between me and Abang, we will name him, Muhammad Al Amin. Memang semua anak kami, kitorang berdua aje yang decide, tak peduli pun orang lain kata apa. Even saudara-mara tanya, apasal nama anak-anak kitorang tak canggih, kitorang buat bodoh aje. Hak memberi nama pada anak ialah hak ibu bapa, itu digariskan Islam. Bukan hak datuk nenek, or hak ustaz kat kampung. I pernah dengar kata orang-orang tua, tak baik reveal nama anak sebelum anak dilahirkan, kononnya akan jadi apa tah. Tapi sebab takde hadis, I takkan pegang kepercayaan tu. Yang I tahu, Rasulullah anjurkan bagi nama anak pada hari ketujuh kelahiran. Tapi kitorang decide nama anak as soon as dah scan jantina baby. Tak pernah dengar lagi ada hadis halang perkara tu.
Korang percaya tak, semua nama anak-anak I, I dah berangan since I was in standard 5 lagi! Except Hamzah Al Asad. Nama Hamzah Abang yang bagi, sebab Abang nak anak pertama perempuan dan anak pertama lelaki bermula dengan huruf H, nak ikut nama Hatta. I letak syarat kat Abang, I cuma wish that semua anak-anak mengikut nama figures in Islamic history and ada gelaran “Al”, itu aje. Halimah Assaadiah, nama ibu susu Nabi Muhammad. Hamzah Al Asad, nama bapa saudara Nabi Muhammad yang syahid di medan Uhud. Fatimah Azzahrah, nama anak perempuan Nabi Muhammad. Ibrahim Al Adham, nama seorang raja yang sangat soleh dan tawadhuk. Masa Imah and Amjah, I named them with those because nak cari nama start with H. Maza Zara, I takde sebab apa-apa which triggered me to name her as such. Masa Adham, through out pregnancy, I was creazy dengar ceramah from Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man, anak saudara Tok Guru Nik Abd Aziz Nik Mat, baik ceramah agama mahupun politik. Masa tu I kat Kuantan, Ustaz Tuan Ibrahim ni Pesuruhjaya Pas Pahang. Pantang dengar Ustaz Tuan Ibrahim datang Kuantan, memang I angkut semua anak pergi dengar ceramah. Ada sekali tu sanggup drive sampai Jengka untuk hadir program dia. Lepas tu Abang beli DVD ceramah dia, hari-hari I dengar, sambil lipat baju yang menggunung, sempat habis 2, 3 kuliah. Bila tahu aje mengandung anak lelaki, I demanded kat Abang nak bubuh nama Ibrahim.
Mulanya I plan nak dapat anak selang-seli, lelaki perempuan. I pernah tulis dalam blog, ada cara nak pre determine possibility whether nak dapat anak lelaki atau perempuan. Ramai jugalah yang personally hantar e-mail, asking me in private. I share setakat yang I tahu dan yang I dah amalkan selama ni. Ramai yang kagum, macam mana I boleh susun anak elok-elok, perempuan lelaki perempuan lelaki. So when this fifth pregnancy I am expecting baby boy, tentu ramai yang rasa my theory tu tak boleh dipercayai 100%. Memang la tak boleh percaya 100%, sebab keputusan akhir adalah hak mutlak Allah. Tapi I nak jelaskan kat sini, this fifth pregnancy is not planned. If it is planned, maybe I akan usaha untuk dapat baby girl, untuk meneruskan tradisi selang-seli tu. A month before I conceived, the doctor has suspected me to have secondary infertility, I might not be able to conceive again. But since I dah ada 4 anak already, this time the doctor thinks that I don’t need any fertility treatment, I just need to control my menstrual cycle to prevent chances of getting cancer. I baru nak start hormonal treatment, out of sudden I had morning sickness. I did UPT sekadar buat syarat, I even tak excited pun nak tahu how many lines, not like before. Memang terkejut gila bila doctor suruh datang tengok, there were two lines! Syukurnya, Allah masih limpahkan rezeki buat kami. So that is why this time I tak berjaya kekalkan tradisi selang-seli. But okay what, when three quarter of my friends asyik dapat baby girls, best juga kalau kitorang dapat meramaikan pulak komuniti baby boys. Bukan apa, sesekali bila our friends berhimpun, geng-geng baby girls ni boleh buat tiga empat teams bola sepak, yang baby boys nak form satu pasukan pun tak cukup!
Kenapa “Muhammad Al Amin” is chosen this time? As I have mentioned kat atas, nama-nama anak ni I dah fikir since darjah 5 lagi. Memang Muhammad Al Amin ada dalam list. Sebabnya arwah nenek I pernah pesan kat 10 orang anak-anak dia, dalam family mesti ada letak nama Rasulullah. So my cousins yang lelaki-lelaki semua ada pangkal nama “Muhammad”. In my family, my father nak letak nama semua anak bermula dengan huruf A. Kerana tak nak namakan Muhammad, ada sorang adik lelaki I dinamakan “Ahmad”. So I pun nak buat begitu, at least sorang anak akan dinamakan sempena nama junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W.. By right, patutnya anak sulung lelaki awal-awal lagi dinamakan Muhammad. Tapi sebab Abang nak anak sulung lelaki bermula dengan huruf H, maka hasrat I tu ditangguh. Bila dapat anak kedua lelaki, I tengah creazy dengan nama Ibrahim pulak, so tangguh lagi. But for this third boy, rasanya tak nak tangguh dah, sebab I pun tak tahu adakah selepas ni Allah akan anugerahkan lagi I dengan anak lelaki. Actually to be frank, I pun dah lupa tentang pesan arwah nenek tu. Until late last year, one cyber friend of mine had lost her unborn baby. She named him Abdullah Amin Fahmi. She keeps writing about her Amin up until now. That triggered my memory that once upon a time, “Muhammad Al Amin” was in my list. Dah tu bila solat, lepas baca Al-Fatihah, kita sebut “Amin”. Dalam berdoa kita sebut “Amin”. Dalam tahiyyat akhir, nama Muhammad dan Ibrahim disebut berselang-seli. I pun terfikir, nanti Muhammad Al Amin dan Ibrahim Al Adham will be good brothers and can get along well together.
Bercakap pasal nama pilihan, ramai orang kata, nama anak-anak kitorang tak gempak, tak canggih, kekampungan. Tak kisahlah, yang penting maksudnya baik. Ada juga yang kata, nama macam Fatimah Azzahrah tu dah berlambak orang bagi. Yang tu pun I tak kisah, memang kita patut berebut-rebut bagi nama anak sempena nama great figures in Islam kan? Ada yang suka bagi nama anak supaya tak sama dengan nama anak orang lain, kononnya sebab every individual is unique. Kalau nama yang unique tu ada maksud yang baik, tak kisahlah, tapi kalau sampai takde maksud, for me takde kelebihan pun nama-nama tu. Lagipun apa salahnya kalau seramai-ramai umat Islam namakan anak diorang Muhammad pun. Awal-awal lagi the whole world dah recognized and identified them as Muslims. Taklah orang tanya, “Are you Muslim?”, bila sekadar baca nama yang bunyi-bunyi Arab. Actually orang-orang Kristian dan Yahudi kat tanah Arab tu pun bagi nama bunyi-bunyi Arab jugak, so nama Arab bukan penentu Muslim atau tidak.
Alhamdulillah atas nikmat Allah ini. Semoga Muhammad Al Amin membesar sihat dalam perut I. I dah discussed awal-awal dengan doctor. I choose normal delivery, without epidural, without episiotomy. Harap-harap Allah mudahkan semua urusan. I don’t have any plan for confinement, I don’t think I will have time untuk berpantang-pantang ni. Waktu tu dah mendaftar di Shah Alam. What a challenging motherhood awaits me ahead!