speaks her mind…


04

   It was 4th July. I tengah lipat kain baju yang menggunung lepas balik dari bercuti kat Paka, Terengganu. Memang thrill betul pergi bercuti at week 37+ of pregnancy! It was a great vacation indeed. Our children enjoyed gila-gila mandi swimming pool, main pasir pantai, melompat kat katil hotel, makan-makan, jalan-jalan. Abang and I spent a quality time together watching a fairy tale movie aired on tv, something that we hardly could do nowadays, bila tukang menyibuk yang conquer tv channel dah makin ramai. It brought back sweet memory zaman baru-baru kahwin dulu, masa kitorang layan all kinds of movies. Balik dari bercuti, faham-faham sajalah tinggi mana longgokannya, berjam-jam I mengadap baju-baju anak-anak. Suddenly I felt the Braxton Hicks contractions were stronger than usual. I could still bear the pain, but I knew that masanya sudah semakin hampir. Abang came back from office around 9 pm, actually hari tu dia cuti, tapi digagahkan juga pergi office sebab Abang nak settle banyak kerja tertangguh, knowing that any time I boleh bersalin. During my last visit for antenatal check up, doctor has discovered that air ketuban tak cukup, only about 6 to 7, normal range should be above 10. So doctor bagi option untuk induce, sebab takut baby lemas kalau tangguh lama-lama. Doctor bagi tempoh sampai 7 July, kalau still tak rasa sakit nak bersalin, will induce after that date. Masa pergi bercuti tu, seriau juga, takut-takut terasa sakit nak bersalin tengah-tengah jalan.

   Actually kitorang memang dah planned earlier nak balik ke Pagoh untuk hantar anak-anak. My in laws will take care of them masa I kat hospital. Perancangannya, I memang dah determined nak bersalin di Melaka, about 60 km from my parents in law’s house. The idea is, nak kekalkan rekod, semua anak dilahirkan in different states. Imah was born in Kelantan, Amjah Pahang, Zara Terengganu and Adham in Kedah. So tak naklah cacatkan rekod, walaupun both families tak berapa setuju I ambil risiko travel jauh-jauh. Dah banyak kali kena bebel by both sides, sampaikan Abang pun jadi serba salah, nak ke tidak layan kerenah bini dia yang bengong ni. Kitorang rancang nak set up life betul-betul dulu di Shah Alam, lengkapkan rumah sewa, I pergi register kat UiTM, my kids register kat kindergarten and taska, only then baru balik ke Pagoh. Tapi memandangkan I dah mula sakit-sakit malam tu, we decided to go back straight away to Pagoh that night. I pun kemaslah baju-baju anak-anak, kelengkapan for newborn baby, barang-barang I untuk dibawa ke hospital, dalam keadaan contractions datang dan pergi. Then we started journey at 2 am early in the morning! I love long distant driving very much, furthermore Abang memang tak rehat langsung dari pagi sampai ke malam, so I offered biar I yang drive, Abang tidur dulu. Contractions memang ada, tapi very mild, setakat nak driving tu rasanya no problem. I lagi suka driving daripada kena pangku anak, Adham pun dah buas dalam kereta, tak kuasa nak layan diorang ke depan ke belakang dalam kereta dengan perut yang dah macam nak meletup.

   So that was it. Perjalanan jauh untuk melahirkan anak kelima kami. I rasa sebak. I tanya Abang, macam mana agaknya if this is the final time I diberi peluang oleh Allah untuk merasai nikmat mengandung dan melahirkan? Lepas Adham lahir hari tu I was again diagnosed with PCOS, doctor cakap I might not be able to conceive as easy as before. Masa tu memang sedih, walaupun dah ada 4 anak, I still wish to have some more. Alhamdulillah, rahmat Allah masih berpanjangan, only a month after the diagnosis, I was confirmed pregnant. Doctor pun terkejut macam mana mudah sangat boleh mengandung lagi, dengan keadaan my ovaries macam tu. Bila bercakap dengan Abang, I was getting emotional. Tiba-tiba Abang mula membebel dan membebel, Abang tak suka I asyik fokus pada PCOS. Sejak dulu lagi I macam tu, sampai sanggup berhenti belajar dan melupakan cita-cita nak jadi doctor, semata-mata sebab PCOS. Sakit hati I bila Abang condemned itu ini. Abang cakap, Allah dah bagi 5 anak, kalau lepas ni anak seterusnya jarak jauh pun, apa masalahnya. Abang tak faham perasaan I. Kalau anak seterusnya jarak jauh, takpe lagi. Macam mana kalau lepas ni I terus tak mengandung dah? That was why I sebak dan sedih nak mengakhiri pregnancy kali ni, I enjoyed all the moments being pregnant, the great feelings having the baby inside me. Untuk mendiamkan Abang, I stopped kereta tepi jalan, I mogok tak nak drive, I suruh Abang took over. I tahu Abang mengantuk, I nak bagi Abang mengantuk lagi, so that Abang would stop nagging at me. Menjadi taktik I, baru 20 km lebih Abang drove, Abang surrendered, bawa kereta melelong-lelong. I letak syarat kat Abang, I boleh drive, tapi Abang mesti tidur dan jangan bebel apa-apa dah. Heh… I memang isteri hampas malam tu. Dalam hati takut juga, orang kata kalau kurang ajar kat suami, nanti susah nak bersalin. Ishh…

   I ikut jalan Kuantan-Muadzam Shah, plan nak menuju ke Segamat, then ke Pagoh. Tiba-tiba I terfikir, macam mana kalau terasa sakit nak bersalin di Johor, tak sempat dah nak ke Melaka? Abang dah lahir di Johor, I tak nak anak ni lahir di Johor juga. I ikut gerak hati, sampai simpang ke Bahau dan Seremban, I belok ambil jalan tu. Memang gila betul kepala otak I. Jalan tu menakutkan, lalu ladang kelapa sawit, tak jumpa kampung pun. Ada satu road block, police pun hairan, tengok perempuan sarat mengandung yang memandu, husband tengah tidur tak sedar kat sebelah, dengan anak-anak tidur nyenyak kat belakang. Dia tanya nak ke mana, I main cakap aje nak ke Seremban, since jalan tu memang menuju ke Seremban. Pagi-pagi buta I tempuh beberapa daerah di Negeri Sembilan, dah tak ingat susun aturnya. Tapi rupanya banyak juga bandar yang lebih kurang Segamat kat Negeri Sembilan ni. I memang tak pernah sampai langsung kat daerah-daerah tu, so sambil memandu I appreciated what I found along the journey. Memang I drove menonong aje, tanpa apa-apa pengetahuan Geografi pasal peta Negeri Sembilan. I lalu jalan kampung aje, dari bandar ke bandar, tak tahu nak cari lebuh raya macam mana. Contractions masih ada. Dalam hati, kalau terberanak tepi jalan pun takpelah, dapat anak Negeri Sembilan sorang, hehehe…

   Sampailah I nampak batu tepi jalan tulis, Melaka 50 km, I decided untuk berehat, nak simpan tenaga untuk bersalin pulak. I kejutkan Abang, minta Abang sambung memandu. I cuba lelapkan mata. Terasa jugalah jalan yang kitorang lalu tu tak berapa elok, pusing-pusing, banyak lubang, jalan sempit. Sedar-sedar, kereta tengah berhenti tepi jalan. Abang cakap, tayar pancit. Mulanya Abang tak nak kejutkan I, tapi sebab tayar yang pancit kat sebelah yang I duduk, Abang terpaksa suruh I keluar. It was 5.30 am. Dengan gaya macho, sorang-sorang Abang cuba ganti tayar, keluarkan spare tyre dengan peralatan setakat yang ada. Allah nak uji kami, Abang cuma berjaya buka 3 skru, lagi satu tu ketat betul. Macam-macam cara Abang buat, cari paip besi tepi jalan, injak-injak, pijak, semua Abang cuba. After 40 minutes mencuba sendirian, Abang tahan orang yang lalu tepi jalan. A motorcyclist stopped, dia cuba tolong, pulas dua orang pun tak boleh. That guy beredar, dia kata nak minta tolong kat balai polis terdekat, katanya ada one police station nearby. Sampai ke sudah tak nampak kelibat polis datang. I called TM, tanya phone number the nearest police station. Bila I called, police tu cakap, takde orang tunggu kat balai, dia pun tak boleh datang tolong, dia suruh tunggu hari cerah dan minta mekanik datang. I informed him that I was about to give birth, contractions dah makin stronger. Police tu selamba aje cakap, tunggu la sampai hari cerah, bukannya emergency pun lagi. Hampas! Dalam hati, padan muka I, buat lagi idea gila nak bersalin kat Melaka. Kalau jadi apa-apa, memang menyesal tak sudah. Abang kept on trying longgarkan skru tu. Angin pagi tu sejuk, I terbatuk-batuk, sampai terasa ada air keluar. I confused, terkencing ke, atau memang air ketuban dah pecah?! Takut juga waktu tu. Alhamdulillah, sorang lagi motorcyclist berhenti tolong kami. Bersungguh-sungguh dia tolong, nampak ikhlas sangat. Syukur, lepas tu Abang berjaya buka skru keempat yang ketat sangat tu. That guy pun beredar, katanya dia masuk kerja pukul 7 pagi. Abang hulur RM10. I cakap kat Abang, apasal la bagi RM10 aje, pertolongan dia di saat genting I nak dekat bersalin tu sangat berharga. Kalau I, I hulur aje RM50, walaupun that guy tak minta dan dia nampak ikhlas tolong kami. Lepas Abang ganti tayar dengan muka bangga sebab konon-kononnya jadi lelaki sejati, hehehe, kami cepat-cepat ke masjid untuk solat Subuh. Just nice, sebelum habis waktu. Memang Allah nak bantu kami.

   After that, we proceeded tu Ayer Keroh. Terus menuju ke Hospital Pantai. I memang dah lama target hospital ni, my mother in law pernah warded kat situ. I cakap kat nurse, dah ada tanda-tanda nak bersalin. Terus diorang bawa ke emergency ward since I ni unbooked case. Memang rasa lega sangat dah sampai kat Hospital Pantai. Tercapai juga hajat nak lahirkan baby kat bumi Melaka. Walaupun I takde apa-apa sentimental value tentang negeri Melaka, tapi perasaan dapat lahirkan anak kat different state tu memang exciting! Tak payah la I cerita pasal the whole delivery process, maybe in my next entry. Dipendekkan cerita, at 9.37 pm, Sunday, 5th July 2009, lahirlah Muhammad Al Amin yang dinanti selama 9 bulan. I excited gila nak isi form untuk surat beranak dia. The next day dah pergi Pejabat Pendaftaran untuk daftarkan kelahiran. I never know the code for Melaka. Bila tengok nombor I/C Muhammad Al Amin, baru I tahu, 04 is for Melaka. Our family dah collect banyak nombor tengah dalam kad pengenalan. I/C Abang 01 - Johor, Adham 02 - Kedah, Imah 03 - Kelantan, Amin 04 - Melaka, Amjah 06 - Pahang, me 07 - Penang and Zara 11 - Terengganu. Lepas baby lahir, tak habis-habis I ucap terima kasih kat Abang sebab sanggup layan kepala bengong isteri dia ni. Abang pun happy, Abang cakap, agaknya kalau Amin tak lahir kat Melaka, sampai sudah kami akan regret sebab tak dapat kekalkan rekod. Katalah Amin terlahir kat Terengganu masa kami pergi bercuti, atau lahir kat Pahang masa I kat rumah Kuantan, atau lahir kat Johor masa balik kampung, mesti tak best. Elleh… Abang ni mula-mula tu hesitate juga nak involve dalam idea gila-gila ni, sekarang cakap lain pulak. Syukur Alhamdulillah, Allah banyak mudahkan urusan, walaupun diuji dengan sedikit cabaran, maybe just to add some spices to the amazing experience, tapi hasilnya memang menggembirakan. Family members and friends yang tahu pasal perancangan kami nak lahirkan anak di Melaka turut sama share the excitement with us. Mula-mula dulu semua seriau, sekarang semua tergelak geleng kepala dengan kebengongan kami.

Kencing

   Terjaga pukul 3 pagi semalam bila kaki I terasa basah. Laa… Zara kencing punya la banyak sampai bocor kat tilam. She did wear diaper, tapi terlupa minta Abang tolong tukar her diaper before going to sleep last night. Entah apasal la Abang pergi buka CD Tarzan at 11.30 pm. Meloncat la si Zara dan Adham tu tengah-tengah malam buta. The kids memang berani buat deeeeek kat I bila Ayah diorang ada kat rumah. I paksa Imah dan Amjah tidur dalam bilik, esok pagi nak pergi sekolah. Sudahnya dengan I tertidur sama, bertemankan jerit-pekik Zara dan Adham kat luar. I tahu, Abang nak pujuk Zara balik, teruk Zara kena marah sebab buat bising kat masjid masa Abang bawa pergi solat Isyak. Abang kalau pukul anak, I memang tak pernah approve, dulu, kini dan selamanya. Balik rumah, episod dua pulak, Zara kena kurung dalam bilik sorang-sorang, teruk budak tu menangis. Agaknya pasal tu last night kencing dia banyak gila. Terkencing-kencing la kot budak perempuan tu bila sesekali dia tengok Ayah dia marah macam tu sekali. Maka pagi tadi balik dari solat Subuh, Abang pun kena la angkut tilam besar gedabak queen size tu untuk dibasuh di luar. Tu la, lain kali marah anak tak ingat!

   Actually Zara dalam proses toilet training. Siang-siang dia dah tak pakai diapers. Senang aje nak train dia, compared to Imah and Amjah. Zara’s development sejak dulu lagi agak cepat, boleh berjalan umur 9 bulan, setahun lebih dah berani lari rumah lintas jalan pergi playground, boleh bercakap before she reached 2, sejak kecil nak buat itu ini sendiri. Cuma bab toilet train aje lambat, bukan sebab dia tak bersedia, tapi sebab I takde masa. Kan sebelum ni I sibuk belajar, siang-siang diorang kat taska. I prefer, bab-bab toilet train ni biar ibu sendiri yang buat, jangan harap kat taska, pengasuh, orang gaji atau atuk nenek. It involves a lot of emotion, baik di pihak anak, mahupun di pihak kita. Sepanjang tempoh toilet training tu, it might be the first time ever in his or her life anak kita diberi kepercayaan, dilatih berdikari, dapat peluang untuk impress kita a lot everytime he or she manages to go to the toilet, menguatkan jati diri dan keyakinan diorang, as well as diorang boleh perasan konon-konon macam dah besar. As what Imah always says, “Kanak-kanak dewasa yang kencing kat toilet, kanak-kanak kecil yang kencing kat pampers!” So they are proud if they could be regarded as “kanak-kanak dewasa”. Wah, syok sungguh diorang kalau dapat izin main air kat toilet. Amjah dulu masa toilet train, sekali kencing, sampai setengah jam dia menghabiskan air. Zara ni, I monitor lagi for now, so she doesn’t get full freedom yet.

   Di pihak kita, memang penat dan tension juga every time “accident” berlaku. Nak-nak kalau accident tu kat spots yang best, macam atas tilam, atas karpet, atas kusyen, dalam kereta, fuhh! Memang menguji kesabaran. Tapi sebab kita ibu, kita menerimanya dengan tenang dan redha, walaupun mulut bising sampai nak pecah rumah. So bayangkan kalau orang lain yang toilet train anak kita, I tak yakin diorang boleh bersabar as much as a mother could. Have you watched a video clip pasal maid yang terajang dan pijak budak kecil tu? Memang terrible dan sadis sungguh. Maid tu bengang sebab budak yang tengah toilet train tu kencing berak merata, agaknya dah tiba peak dia, mengamuk sakan la maid bangang tu, sampai sanggup belasah budak kecil yang innocent. I trauma lepas tengok video clip tu. Bayangkan macam mana perasaan budak tu? Knowing my kids, diorang pun rasa bersalah juga each time ter accident sini sana. Sometimes diorang tunduk sayu tengok lantai, sometimes diorang lari masuk menyorok dalam bilik, sometimes diorang renung muka I tunggu masa nak kena marah. Diorang pun tahu rasa tak selesa bila tiba-tiba seluar basah. Ada masanya I sengaja mop lantai dulu, bersihkan najis semua, biarkan diorang berdiri kat situ dengan seluar basah, biar diorang rasa macam mana teruknya terkencing dalam seluar. Memang kesian. Tapi peranan kita la, untuk beri anak-anak keyakinan, so that next time they can control and will not repeat the mistake.

   At first I thought that now is the most right time to toilet train Zara. I tengah cuti semester, 24-7 jaga Zara. If you want to toilet train your kid, the most two must-obey rules are, you have to be consistent and you yourself kena disiplin. So I need to be by Zara’s side all the time. Furthermore I am in my final stage of pregnancy, which is the time when you have to visit toilet entah berapa belas kali dalam sehari. The urge to urinate comes so often as the baby’s head dah start setting in position for delivery. Memang senak bila terasa pundi kencing ditekan-tekan. Dulu masa early pregnancy pun rasa macam ni juga as the womb started to expand, tapi tak tension sangat sebab perut tak besar lagi, so no problem nak cangkung-cangkung semua. But towards the end of pregnancy, perut dah memboyot, seksa betul rasanya nak pergi kencing, dah la almost every hour pulak tu! So bila I terasa nak kencing, I akan tanya Zara, sama ada dia rasa nak kencing ke tidak. Senang, ada natural time indicator, taklah terlupa nak check Zara, and the accident pun jarang sangat berlaku.

   Bercakap pasal rasa nak kencing yang tak habis-habis datang during this stage of pregnancy, sometimes I rasa hairan, dari mana datangnya air kencing tu? Kadang-kadang rasa macam tak minum banyak air pun, even masa puasa, but still you feel like want to go to the toilet. Seolah-olah bladder ni memanjang aje penuh. But of course during pregnancy, you have to drink lots of water, memang cepat letih dan dahaga. Berjalan 5 minit pun seolah-olah macam baru lepas marathon 1 km. Kalau you mengadu kat doktor pasal kencing pun, doktor tetap akan advise suruh you minum air banyak-banyak, so aliran air kencing tu lancar, taklah sampai kencing tak lawas. Masa mengandungkan Amjah, Zara dan Adham, I kencing tak lawas sampai kena ambil antibiotics. Kencing sampai boleh menangis! Doktor cakap it is common for pregnant mothers to get infection kat urinary tract. Kalau dah pernah kena during previous pregnancy, you have the chances untuk kena lagi during next pregnancies. Tapi syukur, kali ni tak kena pulak. Actually the bacteria that infect the urinary tract can easily be fought by normal persons, but for pregnant mothers it is different. Mungkin sebab antibody tak cukup kot. That’s why husband pun kena jaga kebersihan, of course you don’t want to jeopardize your wife and baby’s health. Doktor kata, the bacteria might harm the baby during delivery, that’s why it has to be treated and you as well as the baby should be closely monitored.

   Now since week 36 I start to feel the Braxton Hicks contractions. It is a kind of practice contractions that happen naturally to prepare my body for real contractions later on. Please Google, baca sendiri. Braxton Hicks contractions ni taklah sesakit yang real punya masa in labor tu, but it makes you uncomfortable, sampai rasa nak baring aje tak nak buat apa-apa. Nak jadi cerita, I always get these contractions at noon and at night. Kalau waktu malam, tak kisahlah, Abang ada. Masalahnya bila kena waktu tengah hari, poor my little kids, they always have to eat lunch at 3 pm. Masa dah reda sakit, baru I bangun dari katil. Imah and Amjah takde masalah sangat, balik dari tadika, they can watch cartoons and play on their own. Adham pun senang, I tidurkan dia siap-siap bila nak dekat 12 noon and he will only wake up at 3. Masalahnya Zara, the false labor contractions betul-betul mengganggu proses nak toilet train Zara. I betul-betul tak larat nak bawa Zara pergi toilet when the contractions come. Pernah sekali I gamble, sedar-sedar Amjah cakap kat I, ada tahi Zara kat ruang tamu. Dah satu kerja nak bersihkan, serik I! So bila I rasa nak rehat aje, I pakaikan Zara diapers siap-siap. Dah terang-terang melanggar the two must-obey rules. For sure Zara gets confused, Ibu marah bila kencing dalam seluar, tapi bila Ibu nak rehat dan Zara rasa nak kencing, Ibu suruh kencing aje dalam diapers. If you tak consistent dan tak disiplin, how could you expect to see some progress?

   I am thinking to stop toilet training Zara sekejap, at least until I dah bersalin. Tapi kesian pulak kat dia. Budak kenit tu dah syok dok ulang-alik pergi toilet every hour or two. Zara malu-malu kucing when I present report kat Abang about her progress pasal kencing kat toilet. She is proud when Imah and Amjah tengok Zara tak pakai diapers dah. She even teases Adham sebab pakai diapers, konon-konon Zara dah jadi kanak-kanak dewasa, Adham tu kanak-kanak kecil lagi. So I don’t want to spoil her good feelings. It is quite a milestone for her. Nampaknya I kena berkorban la sikit, Braxton Hicks contractions tu nothing aje kalau nak dibanding dengan achievement Zara yang cukup menggembirakan I.

Contractions

   Soalan paling selalu ditanya oleh gadis-gadis bujang kat I, “Tak sakit ke beranak?” Hmm… Allah memang dah jadikan sakit bersalin tu tersangat-sangat sakit, sampaikan ada hadis kata boleh dapat pahala mati syahid. Tapi dalam zaman moden sekarang ni, dah tak mustahil you jumpa ibu-ibu yang boleh claim, dia tak rasa sakit langsung melahirkan anak dia, thanks to the epidural and C-section. Some of my friends call epidural as “happy-dural”, memang tak rasa sakit apa-apa, tiba masa doctor suruh push, kita push, sedar-sedar dah bunyi baby nangis. Ada juga yang awal-awal lagi dah booking nak caesarean sebab tak berani nak rasa sakit lahirkan baby through vagina, padahal bukannya ada apa-apa complication pun. Even ada yang nak deliver at week 36, especially artis-artis barat, sebab nak minimize scars and wounds. Yelah, 2 minggu after delivery diorang dah start nak pakai bikini dan kembali aktif seks bebas. You ingat artis-artis barat tu genuine ke nak jadi ibu? Semua nak glamour aje, nak jual gambar anak, padahal bukannya rasa sakit bersalin, anak-anak pun actually nanny yang jaga 24-7. Tapi sebenarnya pregnancy itself is not an easy journey. So even though a mother langsung tak rasa sakit melahirkan anak, anaknya tetap wajib taat dan hormat pada ibu, because for 9 months ibunyalah yang menyediakan rahim dan membekalkan nutrients untuk dia membesar from single cell to a complete human being. Not to mention pasal morning sickness, sakit sana sini, hormonal changes, uncomfortable feelings, etc. Tak tahulah pulak kalau di abad akan datang, perempuan dah tak perlu mengandung, biakkan zuriat dalam special tank aje, macam dalam movie tu, nauzubillah…

   Personally I rasa bersyukur diberi nikmat oleh Allah untuk merasai betapa sakitnya melahirkan anak. Orang lelaki tak dapat nikmat tu, walaupun kalau ikut logiknya, kaum Adam ni diciptakan lebih kuat fizikalnya. Dan tak semua perempuan dapat merasa nikmat tu. Memang tersangat sakit, tapi tak pernah lagi I rasa serik, fobia dan trauma. Masa bersalinkan Imah, I bodoh lagi, I didn’t know what it was all about, what to expect, what I was going through. Memang bertanya pada orang lebih tua, baca buku-buku, but when you are in the real situation, it is a different story. I was given epidural after 3 days of strong contractions, doctor takut I dah tak larat nak tanggung all the pain and nanti tak cukup tenaga untuk push. Shame to admit, masa tu I tak tahu epidural tu apa. Yelah, pembacaan I semua pasal natural birth, tak pernah terfikir nak bedah or bius-bius ni. So sepanjang in labor room tu, memang tak rasa apa-apa, kebas dari perut sampai hujung kaki, I even couldn’t move my toes. Sesekali doctor datang, dia pegang perut I, dia cakap dah full contraction, 100%, just wait until full dilation. But of course I didn’t feel anything. Tiba masa jalan dah buka sepenuhnya, doctor suruh push. Seriously I didn’t know what to do. For almost two hours I pushed tanpa arah tujuan, pushed dengan cara yang tak betul. Sampailah I dah boring, rasa macam nak give up sebab I tak tahu apa yang I nak capai. Akhirnya sorang doctor ni suruh hentikan epidural, seboleh-bolehnya dah sampai up to that point, dia tak nak perform C-section, kepala baby pun dah boleh nampak. Lepas takde epidural tu baru terasa sakit yang menggila, baru dapat push in a correct way because the pain had induced you to react. A few minutes lepas tu Imah pun lahir.

   Mengambil pengajaran from my first delivery, masa bersalinkan Amjah, Zara and Adham, I totally refused to take epidural right from the beginning. It is common now, especially if you bersalin kat private hospital, have unlimited medical insurance coverage, or bersalin kat government and the nurses tengok profile that your husband is an executive, normally diorang akan offer epidural. I terbaca, only 20% mothers in US yang tak nak epidural, it is quite rare now kalau request nak complete natural birth without pain management. I lagi sanggup tanggung sakit berjam-jam menghadapi contractions yang menggila and treasure the amazing processes of labor sebagaimana yang Allah tetapkan. Kesakitan itulah yang menguatkan semangat I untuk push dan push dan push. Kesakitan itulah yang buatkan I dekat dengan Allah dan menginsafi dosa-dosa. Kesakitan itulah yang membuatkan proses kelahiran anak kita lebih dihayati dan disyukuri. I percaya, setiap anak ada haknya yang mesti ditunaikan. Kesakitan melahirkan oleh si ibu adalah hak anak ke atas ibunya untuk dia menghirup udara pertama di bumi Allah. Dan sebagai ibu, I am willing with my open heart untuk menyempurnakan hak itu. Sebab tu I hairan, sometimes tengok cerita orang bersalin kat tv, especially non-Muslims, dek kerana sakit sangat nak bersalin, mulut dia sampai menyumpah seranah baby dalam perut, sampai kutuk Tuhan, sampai mencarut-carut.

   Tak tahu apa pandangan ibu-ibu lain. Tapi pada I, sakit bersalin tu yang paling sakit ialah masa contractions. Rezeki masing-masing la berapa jam alami contractions. Even the same mother pun tak sama tempoh contractions antara anak-anaknya. Like me, Imah tu sampai 3 hari strong contractions, masa Amjah 4 jam, Zara 3 jam dan Adham 5 jam. Masa Imah, the contractions were induced, sebab tu tah hapa-hapa, sakit macam dah dekat nak mati, but still not in labor. Doctors in government hospital, diorang masukkan ubat untuk induce, lepas tu tak follow up, sampai la tukar next shift. Next shift tambah ubat lagi, lepas tu tinggal I terkapai-kapai untuk the following shift pulak, macam hampas! Masa Amjah pun induced labor juga, tapi kat private hospital, so I was closely monitored hour to hour, tu sebab it took 4 hours aje. I seboleh-bolehnya tak prefer induce labor with Pitocin, Prostin, what so ever tu. I dah pernah rasa normal contractions ikut hukum alam masa bersalinkan Zara. Doctor cuma pecahkan air ketuban dan biar natural processes took place. Kalau you dah pernah rasa contractions yang induced dengan contractions yang natural, memang terasa bezanya. Kalau induced, sakit tu macam takde interval, sepanjang-panjang sakit, sampai you tak tahu macam mana nak curi masa untuk tarik nafas, nak ubah posisi baring pun tak terdaya. Kalau yang natural, at least lepas sakit menggila selama seminit, ada interval 10 seconds untuk you bertenang, before it starts again. Having contractions without epidural is the true challenge in giving birth. Masa tu you only focus on yourself, sekitar bilik dah jadi blur, orang-orang sekeliling dah tak penting. Even if your husband tries to ease your pain pun, it doesn’t help, sometimes rasa lagi semak kalau orang dok pegang-pegang kita. Cuma I found it really helping bila dengar Abang baca Al-Qur’an kat tepi katil masa I tengah bertarung nyawa menahan sakit. At least kita terasa ada pergantungan dengan Allah. Waktu tu, nak baca selawat, zikir semua tu dah tak terucap oleh lidah, setakat terbayang dalam fikiran dan terdetik dalam hati aje. Memang takut kalau Allah ambil nyawa kita, di saat kita masih belum bersedia. Masa tulah nak insaf.

   Sakit melahirkan anak memang berbaloi, lebih-lebih lagi bila baby dah keluar dan terdengar tangisan pertamanya. The very first meeting with the newborn, dengan merah-merah darah, bila nurse letak atas dada kita, that moment memang akan terakam dalam memory sampai bila-bila. Yes, people around us sangat happy, tapi takkan sama dengan kegembiraan yang seorang ibu rasa. Setelah 9 bulan dikandung ke sana sini, hanya ibu yang faham perasaan dapat memegang baby dalam pelukannya. Anak yang lahir hasil kasih sayang antara ibu dan ayahnya. Lahir dengan sejuta harapan dan janji ibu ayah untuk membesarkan dan mendidik sebaiknya. Sometimes I wonder, berbaloikah perempuan-perempuan yang bersusah-payah mengandung dan melahirkan anak luar nikah? Tugas mengandung dan melahirkan bukannya mudah. Tetapi tugas itu mulia. Tercalarkah kemuliaan itu bila anak yang susah-payah dilahirkan tu terhasil dari benih yang haram? Put aside kisah rogol tanpa kerelaan. I bercakap tentang perempuan-perempuan rosak akhlak yang merelakan dirinya ke lembah zina. Tidak cukupkah sakit perit mengandung dan melahirkan anak luar nikah itu menjadi pengajaran yang menginsafkan dan membawa mereka kembali kepada Tuhan? My sister who has just graduated from medical school pernah beritahu, masa dia sembang dengan nurses kat wad bersalin, macam-macam kes terdengar. Ada sorang minah ni datang nak bersalinkan anak luar nikahnya yang ketiga! Ada pulak yang datang bersalin bertemankan pasangan suami isteri yang dah ready nak ambil baby dia jadi anak angkat, she even didn’t want to meet her newborn. Ada yang bersalin sambil menyumpah seranah lelaki yang membuntingkan dia. Believe or not, dalam seminggu ada berbelas-belas kes anak luar nikah dilahirkan in that hospital! Astaghfirullah! I rasa, for those women, bukan lagi satu kemuliaan pada diri mereka sungguhpun mereka menempuh sakit perit proses melahirkan anak. Sakit mengandung, sakit contractions, sakit ketika push, sakit lepas bersalin, etc, dengan sebanyak-banyak pahala yang Allah anugerahkan pada golongan ibu dan sebanyak-banyak ruang penghapus dosa, semua tu masih belum cukup untuk menginsafkan, barangkali begitulah…

GPA 3.87, CGPA 3.93

   As promised, I will announce my final semester result in my blog. Memang tension setelah berpuluh-puluh kali checked dalam UiTM student’s portal, asyik tak jumpa rekod aje. Konon-kononnya result keluar 22nd May, takde pun, then 11th June, pun takde juga. Nasib baik la I ada internet kat rumah, tu pun jenuh asyik connect disconnect. My friends berkali-kali ulang pergi cyber cafe, hampa memanjang, menyusahkan orang betul. Kot ye pun ada masalah teknikal, susah sangat ke diorang nak inform dalam portal? Memang terasa lancar aje mulut ni nak mengutuk sistem komputer UiTM ni, tapi nanti tak berkat pulak I menuntut ilmu kat situ. Jangan jadi macam universiti APEX yang satu kat Penang tu dah la, buat gelak dek orang aje sebab kesilapan teknikal yang kononnya disifatkan kesilapan kecil. Zaman teknologi ni orang dah tak boleh terima kalau buat kerja lembab, tak efisyen, tak produktif… dah, dah… I kalau mengutuk orang memang extreme, so baik noktahkan saja. Result pun dah dapat, after I called HEA. Bengang betul, rupa-rupanya my batch dah boleh check result since last week lagi through phone call, tak payah tunggu portal. Apasal la diorang tak beritahu awal-awal? Sakit jiwa tau menunggu result ni, nak bercuti pun dah takde mood.

   Daripada mulut ni menuturkan bahasa biadab, lebih baiklah I memanjatkan berbanyak-banyak syukur ke hadrat Allah SWT. Alhamdulillah, my results are as followed… English BEL 332 dapat A, yang ni 100% course work, ada debate, ada forum, ada individual speech. English BEL 342 dapat A, academic writing, paper yang sangat susah dan cerewet. Introduction to Law III dapat B+, paper ni la killer subject untuk budak-budak pre-law. Contemporary Global Issues dapat A, subject yang menuntut you baca newspapers hari-hari dan ambil tahu pasal apa yang berlaku di seluruh dunia. And lastly, Economic Issues and Problems dapat A, I pun tak tahu apasal budak-budak law kena belajar ekonomi, mula-mula belajar dengan penuh tak minat, but at the end I enjoyed myself pulak. So my GPA is 3.87, total CGPA is 3.93. Last semester dapat 4.0 flat, maka result kali ni kira jatuh banyak la juga.

   And this is the first time I dapat B+ sepanjang bergelar pre-law student. Out of 15 subjects sepanjang three semesters doing foundation ni, ada 2 subjects I got A+, 11 subjects I got A, sekali dapat A-, and Law III is the only one yang mencacatkan rekod. Cacat? Oh, jangan jadi hamba yang tak bersyukur! My performance masa jawab paper ni dalam final exam hari tu sangat buruk dan teruk, I even thought that kalau dapat C+ pun dah nasib baik sangat-sangat. That paper is really tough! The previous batch, ada tiga puluh orang lebih kena repeat subject tu. Dengar cerita, for my batch, ada belas-belas orang kena repeat that paper, and that means extra one semester in Kedah, tak lepas pergi Shah Alam. Oh, yes! Ada aje students yang berjaya dapat result better than mine. Speculation is high as for now masing-masing sibuk tanya result orang lain. Sesusah-susah paper tu, ada one student dapat A, and one student dapat A-. Memang salute la kat diorang! Everybody knows how hard that paper is, and if you managed to score, surely you deserve respect and salutation!

   Dapat tahu aje result, benda pertama I buat ialah informed kat my parents, parents in law and siblings. I am proud to prove to my own parents that my decision to further studies bukan sekadar melepas batuk di tangga, because they were quite skeptical at first. I am happy to make my parents in law feel proud, since they are the ones who strongly support me right from the beginning. I nak jadi contoh yang baik kat adik-adik, dan tak mahu ketinggalan mengikut langkah-langkah kejayaan my two elder brothers. I juga tak mahu mensia-siakan pengorbanan orang-orang yang I kasihi. Especially my children, betapa diorang terpaksa hidup di perantauan with me, so far away from their beloved father, semata-mata sebab Ibu diorang gila nak mengejar segulung ijazah. I juga ada cita-cita dan matlamat yang ingin I capai dalam hidup ni, no matter how hard they would be, I pray to Allah that I will never lose the courage and strength inside me to achieve them.

   Husband? Hmm… I dah cakap kat Abang sejak malam tadi, result keluar hari ni, kalau Abang nak tahu, Abang has to call me from his office. As predicted, menelefon isteri dari tempat kerja adalah perkara ajaib yang boleh Abang lakukan, atau dengan bahasa mudahnya, susah sekali untuk Abang laksanakan. Dulu-dulu masa baru kahwin, kecil hati juga. Tapi bila dah lama-lama ni, tak payahlah nak mengada-ngada sangat. Knowing him, Abang sangat komited dengan kerjanya, sampaikan kawan-kawan Abang cakap, “For Hatta, everyday is Monday!” Lepas punch card masuk kerja sampai la punch card nak balik, Abang akan buat kerja macam la esok dah tak boleh nak sambung. If I call Abang kat office, no guarantee that Abang will return my call. I tak tahu tentang pasangan lain, but for us, sometimes good news or even bad news, normal routine or even emergency case, takdelah kami terasa yang pasangan wajib menjadi orang pertama yang tahu. No hard feelings. Bukannya tak boleh cakap masa lain.

   Shah Alam, here I come! Dengan sederet anak-anakku yang masih kecil, bakal memulakan hidup baru di tempat baru. My seniors yang dah already in Shah Alam bagi warning, life in Shah Alam is not as easy and peaceful as in Kedah. Tougher life, tougher challenge, and tougher subjects, of course. I tak memikirkan sangat how would I cope, kita dah dewasa, kita pandai menyesuaikan diri. I am quite worried about my children, macam manalah agaknya nanti. Next year Imah dah masuk darjah 1, kena cari sekolah rendah untuk dia. Next year juga Zara dah masuk tadika. It is another big milestone for both of them. Hidup kat kota metropolitan, tak tahulah macam mana pengaruhnya pada perkembangan anak-anak. Abang and I share the same opinion, tak suka dan tak mahu besarkan anak-anak kat bandar besar. Kuantan dah cukup elok. But for the next few years, itulah yang terpaksa kami dan anak-anak hadapi. Cepatlah masa berjalan, cepatlah habis degree…

Small

   Dah 3 kali two different obstetricians confirmed this, my fifth baby might be born small in size. Last night I went for my 34th week of pregnancy antenatal check up. The baby’s estimated weight is only around 1.8 kg now, which is quite small with the fact that I am approaching my due date in a month. Doctor cakap, by now the baby will increase weight about 200 grams per week. So katalah I terbersalin awal, at week 36 ke, the baby might probably be born under 2.5 kg. But still the doctor is optimist, nak monitor perkembangan until I reach full term. Dr Mokhtar cakap, usually baby boy akan lahir lebih berat sikit dari estimated weight. Estimated weight ni diperoleh daripada ukuran tulang peha baby, saiz kepala baby, etc yang diperoleh masa ultrasound. So I guess tulang peha my baby ni pendek la kot, tu yang estimated weight dia jadi ringan tu.

   I tanya doctor, macam mana baby boleh jadi small? Doctor cakap, ada 3 possibilities, sama ada I gave wrong date of my last menses, or baby ni memang small in size because of genetic, or ada masalah kesihatan lain pada baby. Sebab pertama tu, can be discarded because I am very sure about the date. Sebab ketiga, doctor dah ketepikan kemungkinan tu, because based on ultrasound, the baby is doing well, all the organs are functioning well and no sign of any health problem on both baby and me. Maka tinggallah sebab kedua, genetic. Hmm… yelah tu kot, because I am small in size. Height 149 cm, and weight 45 kg before pregnancy, what can you say? Tapi yang peliknya, anak-anak I sebelum ni takde pun masalah tu. Imah was born 2.95 kg, Amjah 3.06 kg, Zara 3.43 kg and Adham 2.6 kg. Adham tu special case because he was born at week 36, yang lain-lain tu semua full term. Masa I beritahu orang yang Zara was born 3.43 kg, semua terkejut, sebab perut I masa tu taklah besar mana pun. In fact during all pregnancies, memang perut I tak besar mana, siap boleh tidur meniarap lagi masa mengandung 7 bulan!

   Yes, I am small. Sejak tadika sampai la SPM, kalau beratur masa perhimpunan, memang muka I la kat depan sekali. Sesekali ada kawan yang shorter than me, merasalah I duduk kat row kedua or ketiga, boleh la nak bersembang or tidur sambil cikgu bercakap kat depan. Sampai la masuk U pun, I never sit on second or third row, sebab nanti I bukannya nampak monitor or white board kat depan, asyik nampak kepala orang aje. Hmm… untuk kawan-kawan UiTM, now you know kan kenapa Kak Asiah sentiasa duduk paling depan? Bukanlah sebab I ni nerd sangat nak menghadap muka lecturers sambil menumpukan perhatian sepenuh jiwa raga, it is just that I tak suka tengok kepala orang. Dari kecil sampai besar dah terbiasa tak tengok kepala orang, huahuahua…

   Masa I start bercinta dengan Abang, I was only 13. Tak pernah dating, okay! Masing-masing tengok dari jauh aje, sambil menjeling-jeling dan tersenyum-senyum, faham-faham sendiri aje la. Itu saja cara kami berkomunikasi, sebab tu takde siapa boleh hidu our relationship. Kena la jaga imej kan, imej budak baik, pehhh! Bila kitorang kahwin, kawan-kawan satu sekolah semua terkejut gila, sejak bila pulak minah dengan mamat ni bercinta. When I was 14, I blah from that school sebab tak tahan hidup kat boarding school yang banyak sangat rules dan menyampah kat seniors yang perasan bagus dan suka-suka hati menambah-nambah rules yang dah sedia banyak. So Abang and I bercinta jarak jauh, sampai la ke saat kami kahwin. Sepanjang tempoh itu, percaya tak, issues like height and weight ni selalu merunsingkan I. Maklumlah, tak pernah bersua muka, I hanya mengenali hati budi Abang melalui surat-surat, emails and phone calls. I selalu tanya Abang, tinggi awak berapa, berat awak berapa, from time to time. I worried a lot pasal tu, lebih-lebih lagi bila Abang cakap, tinggi dia 170 cm and berat dia 70+ kg. Hah?!!! Langsung tak padan dengan I yang petite ni!

   Menjadi orang yang small, memang selalu rasa rendah diri. Zaman sekolah rendah, kawan-kawan semua pakat masuk taekwondo, I langsung tak berminat. First, sebab I nak claim yang I ni feminine. Second, because I was small, tak daya rasanya nak terajang-terajang orang ni. Sometimes budak-budak lelaki yang nakal-nakal tu, suka ejek I, memang malu. I digelar ketot la, bantut la. Tapi lama-lama, I dah immune. Masuk sekolah menengah, dah ada pakwe. Bila kita kecil sangat, buruk rasanya kalau dapat pakwe yang besar sangat. Tapi Abang tak la besar sangat, okay! Zaman sekolah menengah adalah zaman remaja yang mana kita sibuk mencari identiti diri, kita suka compare diri kita dengan orang lain, suka melihat kelebihan orang lain dan kelemahan diri sendiri, lepas tu suka bertanya-tanya dan berharap-harap. Kenapa la aku tak cantik macam dia, kenapa la aku tak popular macam dia, kenapa la kulit aku tak putih, etc. I ingat lagi, ada satu fasa dalam hidup I ni, rasanya when I was 16, hari-hari I pergi exercise, kononnya nak meningkatkan ketinggian dan menambah berat badan. But after a few months, takde perubahan langsung, so I hilang motivasi, I quit. Terima ajelah seadanya apa yang Tuhan beri. When I was 19, I kena gangguan mahkluk halus. Masa tu I makan banyak gila, sampaikan my sister kutuk I, tak padan dengan kecil, makan lahap semacam. Tapi I langsung tak gemuk-gemuk, memang maintain aje kat berat 45 kg tu. Bila I pergi berubat, baru I tahu, semua makanan tu sebenarnya jadi makanan jin dalam badan I, tu sebab tak tambah-tambah berat badan tu.

   Masa I baru-baru kahwin dengan Abang, bila orang bertanya, isteri Hatta macam mana rupanya, my mother in law suka described me like this, “Mak ni macam Ogy Ahmad Daud, Asiah pulak macam Sheila Majid…” Hmm… nasib baiklah my mother in law pun rupa-rupanya small in size, but not as small as me la. Baru I tahu, taste Abang kat perempuan yang petite, hehehe. Sebab sesekali Abang terlepas cakap mengutuk perempuan yang berbadan besar, lepas tu Abang akan kata, “Nasib baik la Atin ni comel…” I guess, most lelaki yang rapat dengan ibunya akan cenderung untuk mencari calon isteri yang lebih kurang macam mak dia juga. Mungkin dari segi features, mungkin dari segi akhlak, mungkin dari segi kerjaya, etc. Cehhh, buang masa aje selama ni I dok susah hati about my body size, apasal la Abang tak cakap awal-awal.

   Bila dah dewasa, baru I rasa betapa seronoknya menjadi orang yang small. Pregnancy after pregnancy, I tak increase weight pun, tak gemuk, tak gedabak. Padahal I bukannya berpantang betul-betul, bengkung pun pakai tak consistent dan tak ikhlas aje. Rekod yang paling best, before mengandungkan Imah 45 kg, masa nak bersalin 56 kg, sehari lepas bersalin 46 kg. Sesenang itu berat I turun! Tapi anak-anak seterusnya, taklah secepat itu, cuma still I tak gemuk-gemuk. Bila tengok I, ramai yang tak percaya I mampu delivered all my 4 babies secara normal. Dan mampu menyusu badan secara eksklusif. Tapi ada juga keburukannya kalau kita small sangat. Umur anak baru masuk 6, 7 bulan, I dah tak larat nak dukung. Kalau pergi jalan-jalan, memang kena dependent kat stroller. Start aje my baby dah pandai jalan, sorry la Ibu dia nak dukung-dukung, jalan sendiri! Or sudah tentu Abang yang kena dukung. Bila anak dah besar sikit ni, I tak larat nak main ganas-ganas dengan diorang. Amjah tu, time dia nak jadi Ultraman, takut I dibuatnya, sekali Amjah debuk I, sampai ke tulang rasanya. Oh, bercakap pasal Amjah, Amjah is not small in size like his mother. At 4, berat Amjah dah 19 kg! I dulu, darjah 1 pun baru 18 kg tau.

   Sekarang ni, I berdoa banyak-banyak, janganlah terbersalin awal. Biarlah baby dalam perut ni besar sikit lagi. Kalau tambah 200 gm per week, if I manage to reach full term, takdelah baby ringan sangat masa lahir nanti. I harap baby ni small bukan sebab genetic, tapi sebab I was so stressed being in my final semester in Kedah. Memang tension, with tough subjects, fussy lecturers, assignments yang bersusun-susun, and… entah macam I boleh ter involved dalam conflicts in my batch. Bosan rasanya bila timbul perasaan tak suka kat itu ini. I tanya Dr Mokhtar, agak-agak kalau I makan banyak-banyak, baby ni boleh jadi besar tak? Doctor cakap, tak betul, sebab baby will grow accordingly, kalau makan overdose of vitamins pun, nanti dikumuhkan juga, so no point. Takpelah, asalkan baby sihat, sempurna, cerdas, semua yang baik-baik, itu pun dah patut syukur banyak-banyak.

Homework

   Teruk betul I hari ni. After Abang went to office at 7 am, I sambung tidur. Something that should be extremely avoided on school days. Terjaga pukul 8 pagi, kelam kelibut dibuatnya. Hari ni second day Imah and Amjah ada mid year examination. Sementara I bercuti 2 bulan kat Kuantan ni, Imah and Amjah menumpang belajar kat tadika near to our house. Dengan Adham dan Zara yang bangun awal dan ngok ngek ngok ngek, nak mandi anak-anak, dengan kerenah Imah dan Amjah pagi-pagi yang last minute baru nak minta bawa bekal la, nak pakai kasut baru la, nak bawa itu ini pergi sekolah la, akhirnya we reached school at 9 am. The school session starts at 8.30 everyday. Masa sampai, semua budak dah ready nak jawab kertas soalan, cikgu tengah bagi briefing. Wah, penat rasanya bila kena rush. Mujur hari ni my voice tak high pitch, since the late was due to my fault, not because of the children liat bangun ke, buat perangai ke, etc.

   I regret betul,  masa nak keluar rumah pagi tadi, tengok-tengok dalam beg Imah dan Amjah, baru perasan ada banyak homework yang cikgu bagi semalam. Normally after diorang balik dari sekolah, I will make sure that I will check their school bags. Kalau ada homework, kena siapkan sambil-sambil diorang dok bising memekik petang-petang. I have to induce their mood untuk buat homework, because sometimes the temptation to play, to watch cartoons, to draw, really make their day. Have I told you that both of them really like drawing? But yesterday, balik aje dari sekolah, dengan school uniform tak bersalin, I brought them to town. Balik-balik dari town, dah petang, dah penat. Sedar-sedar dah malam, Abang came back from office. When Abang is at home, I could not be totalitarian anymore, as the kids sometimes ignore me for they always prefer their Ayah over Ibu. So they ended their day by watching CD kisah-kisah Nabi sampai entah pukul berapa, buat tak tahu aje kat homework. I regret sebab homework yang cikgu bagi tu mungkin akan naik soalan dalam exam, macam mana Imah and Amjah nak jawab kalau tak buat revision? Diorang baru tak sampai sebulan belajar kat tadika tu, syllabus lain dari tadika di Merbok. I susah hati fikir pasal exam hari ni.

   When we were in Merbok, Imah and Amjah jarang sangat bawa balik homework. Different school, different approach. Not that their kindergarten kat Merbok tu tak ajar apa-apa, cumanya cikgu kat sana tak prefer budak-budak bawa balik buku sekolah. Kat situ ramai budak kampung, yang kalau bawa balik buku, esoknya buku tu akan hilang, koyak atau tak bersentuh. So semua kerja disiapkan kat sekolah aje, kalau tak siap, esok sambung. Tapi kindergarten kat Kuantan ni, I salute la, hari-hari cikgu bagi homework. Tak perlu banyak, two three pages aje, sekadar nak bagi budak-budak tu biasa dengan homework dan taklah balik rumah semata-mata duduk saja, main dan tengok tv. Padan la dengan yuran pun. We paid RM635 for both Imah and Amjah for this month only. Adat la kan, bayar lebih, dapat lebih.

   Imah dah nampak ciri-ciri bertanggung jawab dan concern pada pelajaran. Normally I do not have to ask her, ada homework ke tak. Kalau dia ada homework, balik-balik dia terus buat. Imah sangat particular, I guess sifat tu dia dapat dari I, sebab Abang takdelah particular sangat kat benda-benda kecil. She does her work nicely, she will be very upset kalau ada cacat cela sikit-sikit, misalnya terwarna keluar garisan ke, tertulis senget ke, terkoyak hujung buku ke. Atau bila I check kerja dia and I find mistake, dia akan cepat-cepat betulkan, so that her work will appear perfect bila hantar kat cikgu. On the other hand, talk about Amjah, biasa la budak lelaki… I think budak lelaki ni turning point dia lambat sikit. Sometimes Amjah sangat liat nak buat homework. Dia lagi interested nak melukis daripada menghadap buku sekolah dia. So I have to induce his mood. Sometimes I just hope that Amjah tu ada perasaan nak bersaing secara sihat dengan Imah. I harap dia berlumba dengan Imah, siapa siap homework dulu, siapa lagi pandai, siapa lagi rajin, etc. Ada masanya Imah dah siap homework awal-awal, Amjah pulak sampai ke malam malas nak buat homework, so Imah offers herself untuk tolong buat Amjah punya kerja. Of course I tak benarkan, nanti Amjah terbiasa. Ala… what could you expect from a 4-year-old boy? Even though when Imah was 4 she was already responsible on her homework, I tak boleh compare Imah dengan Amjah, sebab Imah anak perempuan, Amjah anak lelaki, different nature. Ada masanya pagi-pagi nak pergi sekolah, Imah perasan dia terlupa buat homework, dia sangat risau, siap bisik kat I suruh I yang beritahu cikgu, yang dia terlupa siapkan homework. Tapi Amjah, dia buat bodoh aje, dengan muka selamba tunjuk page kosong kat cikgu.

   Masa I sekolah dulu, I sangat liat dan malas nak siapkan homework. Balik rumah aje, letak beg sekolah, tak ambil peduli dah sampai esok pagi, nak pergi sekolah baru cari beg tu balik. Adik beradik ramai, banyak benda boleh main dengan adik-adik, ada-ada aje aktiviti kitorang kat rumah. Sebab tu I benci bila ada homework, I tak suka cikgu yang suka bagi homework, especially subjek Matematik. Kononnya kalau nak terror Matematik, kena buat banyak latihan. I buat kerja sangat laju, sebab tu boleh siapkan kerja kat dalam kelas. Tapi ada cikgu-cikgu yang komited ni, tetap suka bagi homework sebelum keluar kelas, tension betul. Muka-muka selalu tak siap homework, mesti ada terselit muka I. Sometimes bila dapat cikgu yang garang, tahu pulak takut, esok pagi I woke up sebelum Subuh, pulun siapkan kerja. Sometimes I pergi sekolah awal gila, pinjam buku kawan-kawan untuk copy sebiji-sebiji. And sometimes, trick paling biasa, pergi sekolah dan tinggalkan buku tu kat rumah, lepas tu cakap kat cikgu yang buku tertinggal. Itulah yang I buat sepanjang 11 tahun di alam persekolahan. Memang teruk betul, sampai form five pun I berperangai macam tu!

   Seingat ingatan I, masa kecil-kecil dulu, jarang sekali mak tanya, ada homework ke tak? Orang kata kalau mak kita cikgu, selalunya she would be very concerned pasal pelajaran anak-anak. Tapi sepanjang 11 tahun tu, I tak pernah ingat mak checked my school bag, mungkin mak ada checked when I was sleeping, tak tahulah. Bila I dah jadi ibu, I realize tentang kepentingan disiplin dalam pelajaran. Betapa parents ni kena ambil peduli kat hal ehwal persekolahan anak-anak. Especially si ibu, sebab normally ayah sibuk dengan urusan di luar. Tak sedikit pun I nak blame my mother. I believe approach mak ayah kita berbeza kat setiap anak. Mak memang kurang peduli pasal pelajaran I, tapi mak still concentrate kat adik-adik bawah I, paksa diorang buat homework, hantar diorang pergi tution classes, checked buku-buku diorang. Mungkin mak lepaskan I on my own sebab mak percaya kat I. Every exam I got good marks, even though she paid less attention on me. But if she ignored adik-adik, nanti exam diorang pun kucar-kacir. I rasa macam tu jugalah my situation sekarang. I boleh percaya kat Imah, I believe that she can discipline herself. Tapi Amjah, I have to push sometimes.

   Peranan ibu sangat penting, sebab ayah selalu terlepas pandang. Macam Abang, sometimes I marah Abang sebab nak ajak kitorang pergi program sana-sini, or asyik leka main dengan anak-anak sampai lewat malam, padahal esok pagi anak-anak kena pergi sekolah or anak-anak ada homework yang belum siap. Once anak-anak kita dah masuk alam persekolahan, ibu bapa dulu yang kena disiplin, baru boleh disiplinkan anak-anak. Sebab tu I rasa, I am a different student now. Dapat peluang sambung belajar balik dengan status seorang ibu yang I pegang, I rasa I lebih bertanggung jawab kat my studies. I will make sure I siapkan kerja on time, I never request extra time from lecturers. In fact sometimes bila lecturers extend date of submission, I feel disappointed pulak sebab dah pulun siapkan kerja awal. And I will feel frustrated if my groupmates tak siapkan kerja on time, because it will also affect the quality of my work. Tapi I tak boleh salahkan diorang. I pun dulu-dulu macam tu, I was even worse. Only after years of journey in motherhood, baru I realize tentang betapa pentingnya disiplin, concern, rasa tanggung jawab and commitment to do the best in our studies.

Packing

   Ramai orang kata, Yasmin Ahmad kalau buat films, memang down to earth, benda-benda kecil in our real daily lives akan dipotretkan dalam filemnya dengan sangat bersahaja. Tak macam Malaysian film makers yang lain. Senang cerita, tengok films by Dato’ Yusof Haslam, cakap formal gila macam ada cikgu Bahasa Melayu kat belakang camera. I selalu tak puas hati bila tengok babak nak lari rumah lepas gaduh dengan suami atau lepas kena marah dengan mak ayah, si pelakon sumbat baju-baju dengan hanger sekali dalam beg besar, sambil nangis-nangis, lepas tu terus blah. Boleh faham la kenapa tak lipat baju, sebab nak cepat. Tapi I selalu terfikir, kenapa bawa baju aje? Underwear, bra, towel, toiletries, alat make up, semua tu tak penting ke nak bawa lari rumah? Okay la toiletries boleh beli kat kedai tepi jalan, takkan underwear dengan bra pun nak beli baru semua? One day I tengok cerita Gubra, si Amani tu lari rumah lepas dapat tahu kecurangan her husband. Memang logik la, dia masuk toilet, ambil pencuci muka, berus gigi, semua sumbat dalam beg. Kagum I dengan Yasmin Ahmad! Sejak kecil sampai besar I selalu questioned babak lari rumah ni, alih-alih Yasmin Ahmad berjaya memuaskan hati I. Walaupun I memang tak suka bila Yasmin Ahmad bercakap pasal isu agama, sedangkan dia sendiri bukanlah orang yang arif, hanya bercakap dari perspektif dia yang hidup pun tak mencerminkan macam Muslimah sejati, tapi bila babak lari rumah tu, salute la jugak, betullah her films really down to earth!

   Last weekend Abang bawa kitorang pergi dua program yang memerlukan kitorang bermalam di tempat program. Khamis malam tidur kat resort di Kerteh, Sabtu malam tidur di perkampungan orang asli di Sungai Lembing. Abang dah cakap awal-awal, nak bawa anak-anak and I sekali. Dulu-dulu Abang selalu bagi short notice aje, balik kerja pukul 8 malam, baru nak inform itu ini, pukul 11 malam dah start journey. Zaman tu boleh la, masa anak baru dua orang. Kalau zaman sekarang ni Abang buat macam tu, harus saja I buat deeeek dan malas nak ikut. Bila anak-anak dah berderet macam ni, nak keluar pergi shopping kat bandar pun wajib ada list of important items yang kena bawa. Apatah lagi kalau sampai kena bermalam, mana boleh semberono aje terjah keluar rumah angkut anak-anak tanpa preparation.

   I sangat particular tentang barang-barang yang kena bawa bila nak keluar rumah. Selain kain baju, pakaian dalam and toiletries are important items kan? Sebab tu sangat tak logik kalau you nak lari rumah, tapi bawa baju yang bergantung dalam almari aje. Walaupun I particular, tapi taklah sampai merepek pulak. Ada orang, siap bawa bantal busuk, teddy bear, bingkai gambar, dan entah apa-apa lagi. Kalau bawa toto, charger untuk handphone, iron, yang tu kira items yang reasonable la kan. Now bila anak dah 4, pulak tu kecil-kecil lagi semuanya, maka berganda-ganda la items yang dalam list. Besides kain baju, kena bawa diapers secukupnya, electric kettle, termos air panas, susu dan botol susu, nappy rash cream, ubat demam, kain nak lap muntah, toys dua tiga perkara, bla bla bla… Tapi I sangat bernasib baik. Ada mothers out there yang anaknya tak boleh tidur tanpa buai, maka berangkutlah satu set buai dengan tiang-tiangnya. Ada yang anak dia tak boleh lekang dari bantal busuk, pulak tu bantal busuk ada 4, 5 biji, maka satu beg khas untuk bantal busuk aje. So just imagine kena besar mana but kereta dia kalau ada 4 orang anak?

   As for my little kids, for every one day kitorang travel, I akan bawa 6 pasang baju untuk seorang anak. 3 pasang baju untuk siang, 3 pasang baju untuk malam, I tak campur baju siang dan malam. My kids wajib pakai baju lengan panjang dan seluar panjang waktu malam, tak kira panas macam mana pun, sebab I tak suka diorang kena gigit nyamuk. So, dah 24 pasang baju untuk 4 anak. Memang kena bawa banyak, sebab budak kecil banyak yang unexpected from them, kencing dalam seluar la, berak bocor la, muntah, tumpah makanan, main kotor, peluh lepas lari-lari, ada-ada aje la reasons nak kena tukar baju. Itu sehari punya cerita. Kalau travel 3 hari? Darab sendiri la. Sebab tu kalau travel yang lebih dari 3 hari, wajib I singgah mana-mana rumah saudara-mara untuk pinjam washing machine, atau kena pergi dobi. Yang tu baru cerita pasal baju. Belum campur panties and underwear untuk anak-anak yang dah toilet trained. Imah dah kena pakai tudung consistently, so kena bawa tudung dan anak tudung dia. Memandangkan I sangat cerewet, warna tudung kena matching dengan warna baju, so kena bawa tudung a few helai yang different in colour. Towels pun kena bawa banyak-banyak, sebab diorang ni memang terror mengotorkan towels. Jadi bayangkan ajelah macam mana nak termuntahnya I menghadap kain baju bila nak travel.

   Dah habis bab anak-anak, kena uruskan bab kain baju sendiri pulak. Mujurlah I ni bukan type berfesyen-fesyen. Bawa tiga, empat colours set jubah dan tudung, dah okay. Yang lain-lain tu, biasalah, pakaian dalam, baju harian, telekung, towel. Kalau tak cukup, belasah aje pakai baju Abang. Now Abang dah jadi sangat berdikari. Bukanlah Abang tak reti berdikari before this. Cumanya lepas kahwin, I biasa uruskan kain baju Abang bila nak travel, so Abang just angkut beg. But now, selain nak menguruskan kain baju I, I juga kena uruskan kain baju 4 orang anak, so Abang kesian kat I, hal ehwal beg Abang, Abang buat semuanya sendiri. As a wife, memang rasa guilty. But at the same time, rasa syukur sebab dapat suami yang sangat understanding dan tak demanding. Mula-mula dulu, ada aje benda yang Abang lupa. Lupa bawa stokin, bawa kain pelikat tak cukup, dah tahu nak mandi sungai tak bawa seluar yang sesuai, tinggal charger, macam-macam. But now Abang dah expert, sometimes it impressed me a lot.

   Orang selalu tanya I, tak penat ke beranak ramai, rapat-rapat pula tu. My answer simple aje, I dapat suami macam Abang, tu yang tak serik tiap-tiap tahun dapat anak pun! Hehehe… Siapa-siapa yang pernah tengok Abang mengurus anak-anak, semuanya akan puji Abang dan admit betapa beruntungnya I ni. Sebab tu I tak pernah rasa ada keperluan nak cari maid. Dan I juga bukanlah ibu yang hanya terperap di rumah jaga anak-anak sebab tak larat nak jalan-jalan selalu mengangkut satu batalion. Bila nak travel, both Abang and I dah tahu peranan dan kerja masing-masing. Kitorang bergerak dalam satu pasukan, tak payah cakap, tak payah instruct apa-apa. Dalam perjalanan, it is always Abang yang akan uruskan berak kencing anak-anak, mandikan anak-anak, I cuma pakaikan baju dan bancuh susu. Rasanya bila both of us dah sampai usia tua dan semua anak dah besar-besar nanti, kenangan masa travel nilah antara yang indah untuk dikenang…

Imagination

   Masa baru-baru kahwin dulu, I was in great depression. After several attempts of simple fertility treatment which all had failed, memang sakit jiwa dibuatnya. I was only allowed to try the hormones for three cycles, more than that boleh dapat high chance of getting cancer. One weekend, my father in law datang rumah. He noticed that I was emotionally unstable. He asked Abang to always bring me to the seashore untuk tenangkan fikiran. Waktu tu kitorang tinggal kat Kerteh, memang sepanjang-panjang Kerteh tu adalah pantai. Belakang rumah pun ada pantai yang menjadi tumpuan orang, boleh aje nak pergi hari-hari.

   Guess what? Bila I duduk kat tepi pantai merenung laut luas, fikiran I bukan bertambah tenang, lagi serabut ada la! Bukan I tak suka dengan keindahan yang Allah ciptakan, cuma I tak suka tengok pantai bila I ada masalah. Bila mood tengah baik, yes, suasana pantai kelihatan sangat indah dan selesa, dengan pokok kelapa, pasir putih, angin sepoi, ombak, matahari di kaki langit, pemandangan bot-bot kecil nelayan, etc. memang indah menilai semua tu bila mood tengah okay. Tapi bila I ada masalah, besar ke kecil, serius ke remeh, I perasan yang I lebih suka suasana di sungai, lebih tepat lagi, jeram or air terjun. I suka tempat yang gelap, terlindung dari cahaya matahari. Tak macam pantai yang terbuka luas. I suka tempat yang tersekat, boleh nampak seberang sungai. Tak macam laut, kita tertanya-tanya ke mana akhirnya laut itu. I suka batu-batu kat sungai yang menghalang laluan. Tak macam pantai yang lapang bersih. I suka air sungai yang payau dan sejuk. Tak macam air laut yang masin dan panas. I suka pokok-pokok hutan di tepi sungai yang hijau dan rimbun. Tak macam pokok-pokok tepi pantai yang daunnya jarang-jarang.

   Lalu apa tafsirannya? Sebenarnya I seorang yang tak suka berimaginasi! I tak suka sesuatu yang beyond my knowledge, beyond my expectation, full of surprise, full of curiosity and anything that needs your imagination. Sebenarnya bukan sebab I tak suka, tapi sebab I tak pandai dan takde bakat untuk berimaginasi. Bila lihat pantai, kita tak tahu apa ada di hujung sana. Kita bayangkan ada pulau, ada sebuah negara lain, ada kapal sedang berlabuh, whatever. Terpulang kepada kita untuk create speculation masing-masing. Unless kita ada knowledge, bahawa di seberang Kuala Kedah tu memang confirm ada Langkawi, atau kat perairan Kerteh memang confirm ada pelantar minyak, atau kalau kita naik bot dari Kuantan lama-lama kita mungkin boleh sampai Kuching. Itu saja yang I mampu, berimaginasi bila I ada sedikit knowledge about it. Tak macam tepi sungai. You duduk aje kat tebing tu, you boleh nampak direct keadaan sekeliling, you boleh bercerita dengan pasti tentang apa yang you nampak. Kalau ye pun tak tahu nama pokok balak tu apa, at least you boleh cakap dengan pasti bahawa pokok tu sangat besar dan berdaun lebar. That is me. I love something that is certain, benda yang tak boleh dipersoalkan kebenarannya, benda yang tak boleh dibahaskan sama ada logik atau tidak, in short, benda yang tak perlukan daya kreatif to describe it. Sebab tu bila ada masalah, I lebih sukakan sungai dari pantai. I suka jawapan dan jalan keluar yang mudah pada sesuatu masalah, I tak suka tertanya-tanya, “What if…”, “How about…”, “Why not…”, benda yang kita kena fikirkan sendiri.

   I perasan bila I tidur dan bermimpi, sejak kecil lagi, I akan bermimpi benda-benda yang logic aje. Jarang sangat I mimpi pasal hantu, sebab believing in hantu needs imagination. Rasanya I tak pernah mimpi naik kapal angkasa and explore the universe. Tapi I pernah mimpi naik kapal terbang and experience take off and landing moment tu, which didn’t need imagination, because I mimpi apa yang I pernah experienced myself. I tak mimpi tentang masa depan yang pelik-pelik, I cuma mimpi tentang apa yang I angan-angankan. Contohnya dulu I bercita-cita nak jadi doctor, I banyak tengok ER, so bila bermimpi, it was like I was one of the doctors dalam cerita ER tu. Ada la sesekali mimpi macam hidup di alam lain yang weird. Tapi bila bangun, baru realized, rupa-rupanya mimpi tu cuma mainan semula babak-babak dalam movies yang pernah I tonton. That’s all, semuanya benda yang logic and do exist in reality. Kalau tak exist in reality pun at least I pernah baca kat buku or tengok kat tv. Nothing mengarut, unique or creative yang terhasil from my own imagination.

   Orang kata, apa yang you mimpi menunjukkan how does your mind work and what is your true self. Kalau you cakap English in your dreams, that means you memang fasih berbahasa Inggeris, yang tu ada sorang penceramah cakap kat I. So kalau mimpi I memang tak creative langsung, maksudnya I memang tak creative and my mind memang hampas bab-bab berimaginasi. No wonder I cukup meluat belajar Physics and Chemistry, whereby you cannot see the real things that you are learning. Cikgu selalu suruh bayangkan, which I menyampah betul, sebab I tak tahu nak bayangkan benda yang I tak pernah tengok. Contohnya parts dalam machine or chemical bonding, tak tahu nak visualize semua tu macam mana. Wah, lega zaman tu dah berakhir! I juga tak pernah suka tengok cartoons masa zaman kanak-kanak. I tak suka percaya pada cartoons where everything is made possible, binatang pun boleh bercakap, manusia boleh jadi superpower, sebab benda-benda tu semua tak exist pun in my real life.

   Lucky me, I got a husband yang sangat berjiwa seni. He can draw well. He has very good imagination. Dan I selalu diketawakan Abang sebab sangat tak pandai berimaginasi. To me everything kena ikut rules in the book atau kena abide hukum alam. And now, two of my kids yang dah pergi sekolah dan pandai pegang pensel nampak gayanya masuk geng dengan Abang. Imah and Amjah dah mula tunjuk bakat which make many impressed, even sometimes Abang and I pun tak sangka their perspectives and observation setajam dan sekreatif itu. Bermula dengan conteng-conteng dinding which have caused troubles to me. I pernah bergaduh dengan tuan rumah sewa sebab Imah conteng ruang tamu, conteng yang memang dahsyat degree nya. I dah cat ruang tamu tu balik ikut warna asal bila nak pindah. Boleh pulak si tuan rumah demanded suruh cat the whole rumah sekali dengan bilik-bilik on our expenses. Rumah Merbok juga sangat meriah dengan contengan. Bila nak pindah hari tu, dengan perut yang memboyot, I cat sorang-sorang dinding yang tercemar tu. Tapi rumah Kuantan, well protected, slowly I cat dinding dengan cat kalis air, yang boleh lap aje kotorannya, so lantaklah kalau budak-budak tu nak melukis mural pun. Lepas dinding, I beli buku mewarna. I perasan, diorang tak minat sangat nak mewarna gambar yang dah siap. Diorang lagi minat melukis. It turned out that buku mewarna tu pun kena conteng, ada additional lukisan pulak kat tepi-tepi. Lastly, I beli kertas kosong A4 banyak-banyak. I really mean banyak-banyak! One bundle a week, doesn’t it seem banyak enough for two kindergarten kids?

   Sebagai ibu yang hampas bab-bab imagination, I suka tanya Imah and Amjah, apa yang diorang lukis? Diorang pun suka tunjuk kat I hasil seni diorang. Sometimes memang sangat clear, diorang lukis princess, robot, Ultraman, vehicles, animals, flowers, etc. Sometimes I tak boleh imagine apa yang diorang imagine. Nampak macam unta, bila tanya, diorang kata kuda, and they will give reasons why it is kuda and not unta. And the explanation really make me feel foolish, apasal la I tak terfikir. Diorang juga kaki cartoons, selagi buka mata, PHDC kat ASTRO Channel 613 tu sentiasa terpasang. Sampaikan I kena bergaduh dengan diorang kalau nak tengok news. Diorang tak pernah question, kenapa animals dalam cartoons tu boleh bercakap, sedangkan in reality, mana ada animals boleh bercakap. I pernah duga, I tanya diorang pasal ni. They answered, “Memang la, tu dalam cartoon, Ibu berangan-berangan aje la animals tu boleh bercakap!” And they really enjoy themselves tengok cartoon yang beyond reality, macam Animal Mechanical. Lepas tu diorang akan tokok tambah, muntahkan imagination diorang on papers.

   I tahu diorang sangat tinggi daya imaginasi. When we travel, bila tengok awan, Imah and Amjah akan create macam-macam images dari kepulan awan tu. Sometimes diorang akan kata, awan tu macam kucing, awan tu macam flower, macam cawan, macam-macamlah. Tengok bukit pun diorang akan describe itu ini. Sampaikan bila diorang kencing, boleh pulak diorang describe air kencing yang nak mengalir masuk lubang tu macam gambar apa. Heh… Sometimes bila kitorang bawa anak-anak jalan-jalan, balik aje rumah, benda pertama diorang cari adalah kertas dan bakul yang penuh dengan pencils and colour pencils. Diorang akan lukis apa yang diorang nampak or experienced masa jalan-jalan tadi. Dengan menggunakan imagination and creativity, diorang akan tambah pulak the things that they wished to be present. Especially Amjah, dia sangat suka melukis apa yang dia nampak. Hari tu kitorang bawa anak-anak naik Bukit Bendera. Sampai hari ni Amjah asyik melukis gambar keretapi Bukit Bendera tu, siap dengan scenery sekali. And one thing yang buatkan I yakin anak-anak I ni berdaya imaginasi tinggi ialah bila diorang bangun tidur dan bercerita tentang mimpi malam tadi, fuhh… sometimes they really surprise me with the stories.

   Abang berlagak la, sebab dah dua anak warisi kebolehan Abang. I know, my kids menerima seadanya Ibu diorang yang hampas bab-bab seni dan imaginasi ni. Diorang selalu cakap, “Takpelah, Ibu tak pandai lukiskan, nanti kita tunggu Ayah balik, Ayah aje yang pandai lukis!” Yang tu bila diorang tak tahu nak lukis macam mana, waiting for Abang to guide them. Wah, pandai betul diorang pilih kasih! Takpe… takpe… Kita tengok, siapa pula di kalangan our children yang turun kebolehan I menulis. Sebab Abang ni quite hampas jugak la bab-bab menulis. Sebab tu surat-surat cinta Abang dulu, kalau baca balik, memang rasa nak tergelak aje. Huahuahua…

Washing machine

   I am back in Kuantan. Home sweet home, rindu gila kat rumah sendiri. Sedar tak sedar, dah setahun I langsung tak jejak kaki kat Kuantan. Last semester break I spent untuk debate since Abang was away for attachment in Saudi Arabia. Kali terakhir anak-anak and I balik Kuantan was in middle 2008, memang dah setahun rupanya tak tengok rumah. Banyak yang I rindu kat rumah ni. Among others, is my washing machine! Percaya tak? Bukanlah sebab washing machine tu super duper extraordinary pun. Just an ordinary 6 kg load National brand warna kelabu. Itu pun bukan kitorang beli, my parents bagi pinjam masa kitorang start tinggal serumah when Abang was doing his practical in Kerteh. Entah macam mana boleh terjadi harta sendiri pulak. I promised to my mother akan bayar, tapi sampai dah masuk tujuh tahun pun tak bayar sesen lagi, hehehe. Dah empat lima kali rosak, tapi semuanya berjaya dibaiki at minimal cost. Memang bagus betul our washing machine ni!

   Anyway, I rindu sangat kat dia sebab… dia automatic! As simple reason as that. Hmm… after one and half year merasa pakai washing machine semi auto, with 4 little kids yang suka kotorkan baju, dengan perangai I yang suka tukar baju, dengan anak-anak yang meriah dengan muntah time tak sihat, with my habit yang suka basuh kain buruk, cadar, towel selalu, maka you akan faham kenapa I rindu sangat nak berwashing machinekan an automatic one. Rumah kat Merbok tu ada washing machine semi auto, cantik, warna hijau lagi. Tapi sorry la ye wahai washing machine hijau, walaupun anda menjalankan tanggung jawab dengan dedikasi, masih tak dapat memenuhi keperluan I dengan sempurna. Penat wooo!!! Isi air, drain, isi air, drain, isi air, drain. Kalau satu cycle kena isi air dan drain 4 times, kalau satu hari I basuh 2 cycles, memang boring dibuatnya buka tutup pili air. Yes, I need at least 2 cycles of doing laundry per day. Ada masanya I skipped, sebab ada exam, or sebab pergi jalan-jalan, or sebab malas. Maka esoknya, meriah la tepi toilet dengan kain baju kotor yang sama tinggi dengan tinggi I.

   Washing machine hijau tu my mother juga yang belikan, sebab when I registered kat UiTM Kedah, duit dah banyak belanja untuk setting up rumah sewa. Alih-alih duit dah kering, sementara nak dapat gaji, mak dahulukan duit dia untuk beli washing machine. Washing machine tu in my situation, dah bukan kehendak dah, memang necessity, yang kalau takde I boleh jadi sawan. Mak offered nak beli yang automatic punya, but I refused, konon-konon malu nak pinjam duit mak banyak sangat, since automatic one is much more expensive than semi auto one. So beli la yang semi auto tu. Furthermore senang nak buat penyambungan air, sambung getah aje. Kalau yang automatic tu kena modify kepala paip. Nak jadi cerita, tuan rumah sewa pulak jenis kerek, awal-awal lagi dah bagi warning, jangan buat apa-apa kat rumah dia. Even kitorang paku dinding nak sangkut jam pun dia sound direct, suruh jangan buat lagi. Tapi ada juga benefit mesin basuh hijau tu semi auto. Rumah sewa kat Merbok selalu ada  masalah gangguan air. Ada construction sites nearby, building neighbourhood baru. Everytime diorang buat sambungan paip, mesti bekalan air kat kawasan sekitar terjejas, ada sekali tu sampai seminggu. Sometimes kat sinki dapur aje ada air. So still boleh basuh baju, just connect air kat sinki dapur masuk dalam mesin basuh. I imagine, kalaulah my washing machine fully automatic, tak tahulah macam mana nak salurkan air bila water flow kecil macam tu.

   I cakap siang-siang kat Abang, rumah kat Shah Alam nanti, taubat dah, I tak nak washing machine semi auto. Penat wooo! Cukuplah kisah hitam selama setahun setengah membasuh baju begitu. For a big family like mine, doing laundry is a big issue tau. Ada ketikanya the whole week I sibuk dengan exam, langsung tak peduli hal ehwal baju kotor. Weekend tu Abang datang Merbok, kitorang tak pergi jalan mana-mana pun, just stayed at home dan membasuh baju berbelas rounds. Basuh tangan? Oh never! I rasa basuh baju dengan tangan adalah benda sia-sia, time consuming, penat dan tension. Tak payahlah nak menambahkan sakit jiwa nak rendam-rendam, berus-berus, bilas-bilas, perah-perah. Kalau ye pun ada muntah, najis, etc, I basuh tangan sekadar untuk hilangkan najis dan bau, then sumbat masuk mesin basuh juga. Percaya tak kalau I cakap, one of the big reasons why I tak boleh belajar kat boarding school ialah sebab I tak suka terpaksa basuh baju dengan tangan! When I was in form five, I pernah duduk kat asrama. Tapi sempat bertahan 3 weeks aje, lepas tu merayu kat warden nak keluar, nak ulang-alik balik. Bukan sebab homesick, tapi sebab malas basuh baju! Wah, gila punya malas kan!

   What happen when we go travelling? Kalau balik kampung or pergi bercuti, of course tak boleh bawa travel satu almari baju kan? Kalau naik kereta, boleh juga sumbat selagi muat. Tapi bila naik public transport, gila ke nak carry bags besar gedabak? Bila naik flight, lagi la impossible, takkan nak bazir duit bayar for excess luggage? So I have to limit the amount of kain baju yang boleh dibawa. Since my kids are all small dengan segala bagai kerenah mengotorkan baju yang sangat kreatif, then I have to plan. Sebab tu bila travel, I will make sure kitorang bakal singgah di port mana-mana untuk membasuh baju. Again, bukan basuh tangan, basuh dengan washing machine of course! Sama ada singgah rumah saudara-mara yang quite close sampaikan boleh buat tebal muka pinjam washing machine, or allocate some money untuk hantar dobi, kalau nak jimat cari dobi yang self service tu, or plan perjalanan so that sempat balik rumah untuk doing laundry sebelum ke destinasi seterusnya. Memang dalam travelling schedule tu kena masukkan session membasuh baju. I tak suka ke hulu ke hilir bawa baju kotor, Baju-baju budak kecil normally banyak songeh sikit, lama sikit terperuk, mulalah naik tahi lalat.

   My mother ada sifat rajin, she prefers basuh baju dengan tangan. Katanya, exercise. Tapi memandangkan kitorang semua sepuluh beradik, nak bunuh diri ke basuh baju dengan tangan hari-hari? So my mother dependent juga kat washing machine. Cuma I notice that baju-baju ayah mak akan basuh hand wash, baju-baju sekolah kitorang pun, and of course pakaian dalam. Zaman dulu-dulu diapers sangat mahal, kitorang semua pakai lampin kain yang putih empat segi tu, dan semuanya mak basuh hand wash, mak yang basuh sendiri, tak pernah suruh maid pun. Tapi kesian kat mak, bila dah tua ni, ada side effect kat ibu jari mak, sampai kena pergi physiotherapy, doctor cakap memang ada his patients yang kena sakit tu sebab banyak gunakan tangan buat kerja. Berbalik kepada cerita washing machine. Ayah sangat kesian kat mak bila bab-bab menguruskan kain baju ni. Sebab tu kat rumah kitorang, sejak kecil sentiasa ada washing machine yang power. Yang boleh heavy load, sumbat banyak-banyak. Ayah juga akan beli detergent yang mahal, yang boleh cuci bersih. Now kat rumah kitorang di Cameron Highlands, ada washing machine automatic yang sangat besar, yang boleh muat toto tebal size king tu. Baru-baru ni I balik Tasek Gelugor, ayah cakap his plan nak beli washing machine yang the latest technology punya, yang boleh jimatkan air dan sabun, tapi masih dapat cuci bersih. If you have a big family macam kitorang ni, you all akan tahu la macam mana keperluannya.

   So kat rumah Kuantan ni, I am enjoying myself menyumbat baju dalam washing machine kelabu tu, lepas tu start, tinggal. Wah, macam-macam kerja boleh buat sambil si kelabu menjalankan tugasnya. Tapi err… proses seterusnya, Abang yang ambil alih. Bab-bab menyidai, mengangkat, I dah bagi tender tu kat Abang. Mujur la dapat suami rajin gila macam Abang, yang bagi chance I berehat, yang tak complain bila kena ambil alih tugas isteri. Ni yang rasa nak mengandung tiap-tiap tahun ni! Hehehe. Now dah two rounds in a day our washing machine berpusing. Tak lama lagi tambah sorang anak, mari kita lihat, dah jadi berapa kali pulak nanti washing machine tu kena buat overtime.

Mak buyung

   Sibuk dengan final exam punya pasal, recently I paid less attention to my belly. Kesian baby boy Ibu dalam perut ni. Memang tak jaga kesihatan langsung. Nak ambil masa untuk makan pun rasa kedekut. My last paper was on 24th. Suddenly lepas exam, I rasa perut I ketat sangat. Takkan within one day tiba-tiba baby increases weight mendadak? Oh, mungkin memang perut I dah besar, cuma I tak perasan sebab kepala dok ingat exam memanjang. Last two days I went for my antenatal check up. Guess what! Doctor cakap my baby’s size is relatively small. Either one, sama ada I was wrong about the date of my last menstrual period, or baby kali ni will probably be small in size at birth. I am very sure about tarikh akhir period, believe me, I memang particular about my menstrual cycle since my very first period lagi. I catat every cycle in my unique calendar which I simpan elok-elok from the very first year I baligh sampailah sekarang. Furthermore, lepas period akhir tu, Abang flied to Saudi Arabia, which means I might conceive shortly before that. So tinggal sebab kedua, my baby will probably be small in size at birth. I cakap kat doctor, maybe sebab I stress dan tension sepanjang semester akhir I kat UiTM Kedah ni, mungkin sebab tu kot baby tak increase size accordingly.

   Now I dah start cuti semester 2 bulan, sebelum mendaftar kat kampus Shah Alam. My mission, nak jaga kesihatan elok-elok, nak makan banyak-banyak, nak rehat puas-puas, nak avoid any stress, nak bergembira aje. So that baby dalam perut dapat haknya. Actually I have increased my weight consistently. In fact, at 28 weeks my weight is already almost 58kg. Padahal rekod sebelum ni, dah cukup 9 bulan pun, paling tinggi I pergi was only 56kg. Hehehe, best gila tak gemuk gedabak walaupun every year bawa budak. I pregnant kali ni pun, ramai yang tak perasan. Lecturers sampai dah habis semester tak tahu yang selama ni I pregnant. Neighbours sebelah rumah pun have no idea. My friends terkejut gila bila diorang tanya apa plan I untuk cuti ni and I answered, nak pergi bersalin! Yelah, kat luar pakai jubah dan tudung labuh, since I memang sejak azali small in size, tak obvious sangat yang I ni pregnant. Naik public transport pun tak pernah lagi orang offer bagi tempat duduk. When dealing kat kaunter pun officer tak perasan nak bagi keutamaan.

   At this stage, Abang suka ejek I, “Kesian mak buyung…” Since mengandungkan anak sulung lagi, Abang suka panggil I “mak buyung”. Jalan terkedek-kedek, terkengkang-kengkang, macam tak stabil aje. Betul la Al-Qur’an kata, “wahnan ‘ala wahnin”, berat bertambah berat. As for now, once I dah duduk, susah betul rasanya nak bangun, macam gajah pulak. Usually lepas makan, terasa perut stretching gila, macam tak cukup space. Cuma I enjoy bila pregnant ni, memandangkan banyak hormones, so kulit terasa lebih halus, rambut memang tak gugur, jerawat jarang naik, etc. Sejak I remaja lagi, I suka tengok pregnant women. Pada I, pregnant women are sexy. They have body shape yang cantik, kembang kat tempat yang sepatutnya. They move slowly, gently and smoothly, especially during third trimester. Bila tengok pregnant mothers terlelap, rasa kesian sangat, macam penat, letih, lelah dan mengah sangat keadaannya. Bila tengok perempuan mengandung usap perutnya yang memboyot, I rasa usapan tu penuh kasih sayang dan very protective even kat anak yang belum lahir. Sebab tu I bersyukur sangat sebab Allah beri peluang kat I, dah lima kali merasai pengalaman jadi mak buyung, walaupun doctor pernah confirmed yang I ni mandul.

   I bukan jenis pregnant lady yang banyak songeh sangat. Untung Abang sebab tak payah jaga I lebih-lebih. Cuma mungkin my emotion selalu fluctuate, yang tu kot yang selalu buat Abang tertekan, hehehe. Bila masa kena buat kerja or kena study, I boleh aje nak push myself, my pregnancy tak pernah lagi jadi halangan. Percaya tak, my class attendance throughout the semester is 100%! I tak pernah ponteng, even kelas pukul 8 pagi sedangkan the night before dah berjaga sepanjang malam sebab jaga anak demam. I pergi debat macam biasa, weekend ke, malam ke, waktu cuti ke, no problem. And I know when my body needs a break. I akan spend separuh hari kat salon, relax dengan semeligai treatments offered. Or I akan tidur sesungguh hati, bangun untuk solat aje. Or I akan makan segala benda yang I nak. Or I akan terkinja-kinja melompat berjoget along with the kids untuk menghibur hati sendiri. Cuma mungkin bila Abang terlalu bagi freedom kat I, takde orang nak monitor, so sometimes I don’t watch what I eat, I skip baca Al-Qur’an, I skip makan vitamin, I tidur meniarap, etc. Yes, I suka tidur meniarap, walaupun dah masuk third trimester!

   My expected due date will be a few weeks after mendaftar kat Shah Alam. Silap timing la, ingatkan boleh bersalin masa cuti 2 bulan ni. Imah was born at week 40 of pregnancy, Amjah pun week 40, Zara week 41, cuma Adham keluar awal at week 36. Seboleh-bolehnya I berdoa biarlah full term. Adham tu lahir at week 36 pun dah bermasalah, kena masuk incubator for several days sebab his lungs were immature, he was grunting in the first few days of his life. So tak naklah berulang lagi. Lagipun orang tua-tua kata, baby yang lahir lambat ni cerdik. Wallahua’lam. Cuma bila tengok Zara yang terlebih hari duduk dalam perut I, mungkin betul kot kata orang tua-tua. At 9 months, Zara dah boleh berjalan. Not yet reaching 3, Zara dah boleh bersembang macam-macam dengan orang tua. Zara tak perlu diajar banyak, she learns a lot through observation, dia tengok Imah dan Amjah, then she imitates. Sebab tu banyak lagu-lagu nasyid yang Imah and Amjah learn at school, tiba-tiba Zara pun tahu nyanyi jugak.

   Semoga Allah mudahkan urusan kelahiran our fifth baby ni. Harap takde apa-apa complication. I prefer normal delivery, without epidural, without episiotomy. I enjoy the natural pain giving birth. Waktu tu antara hidup dengan mati, rasa dekat sangat dengan Allah. Bukan setakat kita mempertaruhkan nyawa kita di tangan Allah, tapi juga nyawa baby kita di dalam kuasa Allah semata-mata. Up until now, terbayang-bayang the very first moments I menatap wajah Imah, Amjah, Zara dan Adham masa diorang betul-betul baru keluar fresh from the womb. Perasaan masa tu, hanya ibu-ibu yang tahu. Sampaikan lupa semua sakit mengandung dan sakit melahirkan. Terlupa nak rehat, terlupa nak tidur, terlupa nak makan. Asyik fikir tak sabar aje nak tunggu nurse siap bersihkan baby dan susukan dia. What an amazing journey of motherhood!