Nurses in government hospital
I ada dua kali pengalaman bersalin di government hospital, dua kali di private. Bersalinkan Imah di government hospital di Kelantan. Sebab masa tu Abang was still a student, mana ada duit nak pergi private. Even though my father nak sponsor, but we refused, kena sedar diri la kan. Bersalinkan Zara pulak di government hospital di Terengganu. Walaupun masa tu Abang dah kerja Petronas and we have unlimited coverage for medical expenses, tapi waktu tu I dah determined nak lahirkan anak-anak kat macam-macam negeri, memang bengong betul perancangan hidup I, hihihi. Since Amjah dah lahir kat Pahang, so the next destination was Terengganu, at that time Terengganu takde private hospital lagi. I would not mention here which government hospitals I pergi, because this entry is meant untuk mengumpat nurses kat government hospital, based on my first hand experiences.
Masa bersalinkan Imah, I was warded for almost two months, because I had abnormal bleeding at week 28. Masuk hospital just for monitoring, I was not in labor pun, and the bleeding did not cause any pain. Memang banyak gila pengalaman sepanjang 2 bulan di hospital kerajaan, cukup modal nak tulis buku kalau nak condemn service kat government hospital ni. Masa Zara pulak, I did not have any complication, bersalin mudah, dah lepas bersalin I bising minta nak discharge sebab lemas duduk kat ward lama-lama. I pun tak tahu kenapa doctors and nurses yang kononnya masuk bidang perubatan untuk berbakti pada masyarakat, but they end up working separuh hati, hanya pergi kerja mengharapkan gaji hujung bulan dan elaun OT. Mungkin sebab gaji yang diorang terima tak setimpal dengan beban tugas yang menimbun kat government hospital. I tak generalize all government doctors and nurses begitu, ada yang bagus, hebat, komited and prihatin kat patients, diorang memang work with full passion and commitment, sampaikan buat kita terharu. Tapi sangat ramai yang buatkan patients rasa serik nak ke hospital tu lagi. Dah jadi perkara biasa kalau lepas dapat service kat government hospital, kita balik dengan sumpah seranah dalam hati dan umpat keji sesama kawan-kawan.
Sampai sekarang I tak boleh lupa macam mana nurses layan I masa nak bersalinkan Imah. Yelah, diorang tengok buku mengandung, my education level setakat SPM, husband hanyalah seorang student, and both parents were government servants, kira taraf orang biasa la, tak perlu respect agaknya. Memang different sangat kalau compare cara diorang treated ibu-ibu mengandung yang posses degree or pegang jawatan tinggi or isteri orang besar, berbanding pregnant mothers orang biasa-biasa. I berkawan dengan semua orang masa hidup berminggu-minggu kat ward. Ada orang biasa, ada isteri muda seorang Dato’, ada PTD, ada orang asli, ada orang kampung, macam-macam orang, maklumlah, government hospital. Masa I nak bersalinkan Zara, bila diorang tengok buku mengandung, tercatat that my husband works in Petronas, boleh nampak lainnya cara diorang treated I. Bercakap kat katil sebelah lain tone dia, bila datang katil I, lain pulak tone dia, dengan senyum lebar muka manis lagi.
Masa kat ward time mengandungkan Imah, sesekali Abang datang visited me. Isteri tengah sarat mengandung, pulak tu lama ditinggalkan kat ward sorang-sorang, of course la husband datang nak legakan perasaan isteri, bergurau lebih kurang, urut-urut sikit. I tak rasa pun perbuatan tu kurang sopan, biasa la setakat pegang tangan isteri dan usap perut. Bila Abang balik, ada sorang nurse ni datang kat I, dia marah-marah sebab I mesra dengan Abang depan nurses. I pun tak faham apasal dia jealous sangat. The next time Abang visited me, I tarik curtain supaya tutup katil, so that nurse yang bengkek tu tak nampak kitorang. Bila Abang balik, dia marah lagi, dia cakap tak boleh tutup curtain sebab kalau jadi apa-apa, nanti nurses tak perasan. Heh… kalau jadi apa-apa, I terjatuh katil ke, dah sah-sah waktu tu Abang was with me, of course la Abang boleh ask for help. Masa I tengah sakit contraction gila-gila kat ward, nurse yang sama datang kat katil I, dia pandang remeh tentang sakit I, kononnya biasa la tu sakit macam tu, sikit aje, takde apa-apa, kepala hotak dia! Masa tu I baru tahu yang nurse tu belum kahwin lagi. Padan la dia bengang tengok Abang berkasih mesra dengan I, padan la dia bangang sangat ingat contraction tu sakit ringan-ringan.
Have I told you, kalau I bengang dengan seseorang, I akan balas balik dengan cara yang paling memuaskan hati. Berminggu-minggu nurse tu kenakan I, almost everyday ada-ada aje isunya. Sampaikan I sembahyang pun dia nak check pukul berapa. I rasa dia target kat I sebab I paling muda kat ward tu, ibu-ibu lain semua lebih tua dari dia, tak berani la dia nak buli. Sampai satu masa, my father discovered that ketua department O & G kat situ was my father’s junior masa kat Royal Military College dulu. Budak-budak RMC ni possess an extra ordinary amazing and strong sense of brotherhood, even though decades after leaving the school. Pantang ex-RMC minta tolong, by hook or by crook diorang akan tolong. My father contacted doctor tu at 4 am in the morning! Esok pagi at 7 am, tiba-tiba the whole ward kelam kabut, nurses and doctors berlari-lari ke sini-sana. Rupa-rupanya diorang punya ketua department bagi immediate notice nak datang ke ward. And guess what? My father’s friend tu masuk ward diiringi a few other doctors and nurses, terus menuju ke katil I, tengok my file and assigned me untuk terus dibawa ke labor room. Huh! Puas hati. Tahu tak, masa tu dah tiga hari berturut-turut I had strong contraction, berguling-guling atas katil, tapi baru buka 3 cm. Baik doctors mahupun nurses buat tak endah, asyik-asyik bagi Prostin kononnya nak cepatkan buka jalan, lepas tu suruh I tidur, buat tak tahu, sampai la bertukar shift. Ibu-ibu lain kat sebelah katil bergilir-gilir urut my back, tapi nurses buat bodoh aje. Lepas checked my condition, my father’s friend tu keluar ward. Pakat berkerumun nurses kat katil I, semua nak tunjuk concern. Nurse yang selalu kenakan I tu la yang paling gelabah sekali. Masa tu semua takut, they asked me, macam mana I kenal Head of Department diorang. Takut I report la tu, boleh aje I kacau kenaikan pangkat atau gaji diorang, kalau la I nak balas dendam.
Kononnya diorang dah banyak menghadap orang nak bersalin, nurses tu rasa diorang dah expert, tahu semua. Sometimes orang kat katil sebelah meraung-raung sakit, nurses ambil ringan aje. Ada sekali tu, boleh dia bagi alasan, semua nurses tengah sembahyang Maghrib, tunggu la sampai lepas Isyak. Sedangkan kakak tu dok mengerang sakit. 10 minutes later, dah boleh nampak kepala baby, ibu-ibu lain bising-bising, baru kelam kelibut nak usung kakak tu pergi labor room, itupun pakai wheel chair, tak tolak katil sebab takde nurse. Gila ke assigned sorang nurse aje waktu Maghrib? Orang nak bersalin bukan kira masa. Ada sekali tu pulak, kakak tu dah keluar air ketuban, tapi tak rasa sakit contraction lagi. Nurse tak monitor pun, tak bagi briefing pun, at least beritahulah perkara penting, jangan generalize semua orang kampung tu dungu. Sekali kakak tu cakap kat orang katil sebelah, air ketuban dia dah jadi warna hijau. Nasib baik la orang katil sebelah ada knowledge and experience, kalau dah jadi macam tu ada risiko baby dalam perut tertelan najis dia sendiri. Orang sebelah yang bagitahu nurse, baru nak usung kakak tu pergi labor room. Ada one incident tu, nurses bising-bising marahkan sorang ibu ni. Rupa-rupanya air ketuban dia pecah atas katil dalam ward, habis basah cadar, nurses tu bising sebab dia kena salinkan cadar malam-malam buta. Ingat kita boleh control ke bila air ketuban nak pecah?
Nurses yang check bukaan jalan pun, sometimes mulut diorang memang kurang ajar. Kebanyakan ibu could not tolerate the pain masa examination tu. Boleh dia cakap, “Masa “buat”, tak ingat sakit, fikir sedap aje… sekarang tanggung la!” Apa punya bahasa nurses tu pakai, padahal umur dah macam nenek orang. Ada pulak nurses yang suka membebel bila tengok rekod ibu yang tiap-tiap tahun pregnant, bersalin anak rapat-rapat. Sampaikan hal bilik tidur pun diorang nak masuk campur, cakap tak berlapik, tanya hal dalam kelambu orang. Belum ambil kira nurses yang suka tegur patients macam buat announcement dalam dewan besar, kalau boleh nak bagi satu ward dengar suara dia. Jagalah aib orang. Sesetengah patients memang orang kampung, even ada orang asli pun, diorang tak tahu rules, sometimes tak perasan ini tak boleh buat, itu tak boleh buat. Nurses ni suka bagi alasan, penat buat kerja, tak larat nak melayan ramai sangat orang dengan macam-macam kerenah. Kalau macam tu, cari la profesion lain!
Sepatutnya nurses lebih prihatin dengan keadaan pesakit, sebab hari-hari diorang buat kerja tu, diorang belajar benda tu secara theory and practical. Lepas bersalin, kalau kat government hospital, diharamkan bawa formula milk dan botol susu, sebab nak encourage penyusuan susu ibu. Baguslah, I sokong dasar tu. Masalahnya, maruah ibu yang menyusu kena jaga juga. Masa I bersalinkan Imah, satu ward tu ada 20 orang yang semuanya baru lepas bersalin. Nurses tak bagi tarik curtain, sebab takut kalau jadi apa-apa, nurses tak perasan nanti. Tapi cuba fikir bila tiba waktu melawat, para suami dan kaum keluarga penuh dalam ward. Kalau ada 20 katil ibu lepas bersalin, agak-agaknya berapa ramai lelaki dalam ward tu masa visiting hours? Belum campur mat-mat Bangla yang jadi cleaners, on and off ada dalam ward. Belum campur doktor lelaki, atendan lelaki, contractor yang repair hospital, etc. Wajibkan menyusu anak, tapi tak bagi privacy, memang free show aje kat dalam ward tu. Nasib baik I bawa tudung besar, boleh menyusu baby dalam tudung. Ada sesetengah ibu lepas bersalin sangat tak bermaya, yelah, daya tahan badan berbeza setiap orang. Nurses pulak limited in number, belum campur yang ada tapi macam takde, sibuk bersembang aje. Bukannya nak bantu ibu-ibu ni turun naik katil, nak pergi tandas, nak attend baby. Dah la toilet punya jauh, facility tak sesuai langsung untuk ibu lepas bersalin. I jumpa a few mothers yang terkoyak jahitan kat kemaluan sebab banyak sangat bergerak dalam ward, dah satu hal nak kena jahit balik. Yang first time mothers tak reti itu ini, nak menyusu anak tak pandai, nurses main lepaskan macam tu aje. Kononnya tak cukup masa nak attend semua orang, yang diorang dok berjual beli kuih raya boleh pulak. Sudahnya sesama ibu saling membantu, orang katil sebelah tolong orang sebelah, yang dah ada experience ajar new mothers, yang datang melawat pakat-pakat bantu.
Satu benda yang I cukup tak approve bila nurses suka mengumpat sesama diorang kuat-kuat depan patients. Tak dinafikan, ada sesetengah nurses ni dah berpuluh tahun kerja, experience diorang lagi banyak berbanding new doctors yang baru graduate tengah buat housemanship. Tapi bila diorang asyik mengutuk young doctors ni, bayangkan bila those doctors datang nak treat patients, sudah tentu awal-awal lagi patients dah set mind bahawa doktor tu tak pandai, tak reti, tak competent, dek kerana mulut nurses tu. Ada juga I jumpa nurses yang suka cerita pasal patients kat orang lain. Walaupun tak sebut nama, tapi bila cerita tentang aib orang, tetap keji perbuatan tu. Mentang-mentanglah diorang nurses, boleh tengok sampai ke dalam kain. Apa faedahnya nak cerita pasal benda-benda buruk kat pesakit pada orang ramai? Sometimes cerita-cerita tu sangat lucah dan tak beradab. Bila I jumpa nurses macam ni, I akan elak bagi dia check I, takut-takut nanti I pulak jadi mangsa mulut dia seterusnya.
This fifth delivery, I have not decided yet nak bersalin kat mana. Masa due date, I will already be in Shah Alam. Insya Allah plan nak bersalin kat different state pulak, tengoklah dulu, Selangor ke, KL, Negeri Sembilan or Melaka. Sampai masanya nanti, kalau dah tertakdir bersalin kat government hospital pun, tak kisahlah. Tapi my friend ada cakap, kalau kita ada kemudahan dan kemampuan pergi private, lebih baiklah tak payah menyemak kat government hospital tu. Betul juga, kesian kat doctors and nurses yang kerja government, makin tak sempat la diorang nak rawat pesakit elok-elok. Kesian kat orang yang tak mampu kalau orang yang mampu pergi private pun nak berebut dapatkan service kat government juga. I takdelah mengharapkan kemudahan 5-star ward. Cuma bila pergi private hospital, nurses dia lebih baik, lebih lembut, lebih sopan-santun dengan patients. Kita pun rasa dijaga dengan baik. Dah la emosi lepas bersalin for sure tak stabil, takkan nak tambahkan serabut bergaduh dengan nurses, betul tak?