speaks her mind…


Homework

   Teruk betul I hari ni. After Abang went to office at 7 am, I sambung tidur. Something that should be extremely avoided on school days. Terjaga pukul 8 pagi, kelam kelibut dibuatnya. Hari ni second day Imah and Amjah ada mid year examination. Sementara I bercuti 2 bulan kat Kuantan ni, Imah and Amjah menumpang belajar kat tadika near to our house. Dengan Adham dan Zara yang bangun awal dan ngok ngek ngok ngek, nak mandi anak-anak, dengan kerenah Imah dan Amjah pagi-pagi yang last minute baru nak minta bawa bekal la, nak pakai kasut baru la, nak bawa itu ini pergi sekolah la, akhirnya we reached school at 9 am. The school session starts at 8.30 everyday. Masa sampai, semua budak dah ready nak jawab kertas soalan, cikgu tengah bagi briefing. Wah, penat rasanya bila kena rush. Mujur hari ni my voice tak high pitch, since the late was due to my fault, not because of the children liat bangun ke, buat perangai ke, etc.

   I regret betul,  masa nak keluar rumah pagi tadi, tengok-tengok dalam beg Imah dan Amjah, baru perasan ada banyak homework yang cikgu bagi semalam. Normally after diorang balik dari sekolah, I will make sure that I will check their school bags. Kalau ada homework, kena siapkan sambil-sambil diorang dok bising memekik petang-petang. I have to induce their mood untuk buat homework, because sometimes the temptation to play, to watch cartoons, to draw, really make their day. Have I told you that both of them really like drawing? But yesterday, balik aje dari sekolah, dengan school uniform tak bersalin, I brought them to town. Balik-balik dari town, dah petang, dah penat. Sedar-sedar dah malam, Abang came back from office. When Abang is at home, I could not be totalitarian anymore, as the kids sometimes ignore me for they always prefer their Ayah over Ibu. So they ended their day by watching CD kisah-kisah Nabi sampai entah pukul berapa, buat tak tahu aje kat homework. I regret sebab homework yang cikgu bagi tu mungkin akan naik soalan dalam exam, macam mana Imah and Amjah nak jawab kalau tak buat revision? Diorang baru tak sampai sebulan belajar kat tadika tu, syllabus lain dari tadika di Merbok. I susah hati fikir pasal exam hari ni.

   When we were in Merbok, Imah and Amjah jarang sangat bawa balik homework. Different school, different approach. Not that their kindergarten kat Merbok tu tak ajar apa-apa, cumanya cikgu kat sana tak prefer budak-budak bawa balik buku sekolah. Kat situ ramai budak kampung, yang kalau bawa balik buku, esoknya buku tu akan hilang, koyak atau tak bersentuh. So semua kerja disiapkan kat sekolah aje, kalau tak siap, esok sambung. Tapi kindergarten kat Kuantan ni, I salute la, hari-hari cikgu bagi homework. Tak perlu banyak, two three pages aje, sekadar nak bagi budak-budak tu biasa dengan homework dan taklah balik rumah semata-mata duduk saja, main dan tengok tv. Padan la dengan yuran pun. We paid RM635 for both Imah and Amjah for this month only. Adat la kan, bayar lebih, dapat lebih.

   Imah dah nampak ciri-ciri bertanggung jawab dan concern pada pelajaran. Normally I do not have to ask her, ada homework ke tak. Kalau dia ada homework, balik-balik dia terus buat. Imah sangat particular, I guess sifat tu dia dapat dari I, sebab Abang takdelah particular sangat kat benda-benda kecil. She does her work nicely, she will be very upset kalau ada cacat cela sikit-sikit, misalnya terwarna keluar garisan ke, tertulis senget ke, terkoyak hujung buku ke. Atau bila I check kerja dia and I find mistake, dia akan cepat-cepat betulkan, so that her work will appear perfect bila hantar kat cikgu. On the other hand, talk about Amjah, biasa la budak lelaki… I think budak lelaki ni turning point dia lambat sikit. Sometimes Amjah sangat liat nak buat homework. Dia lagi interested nak melukis daripada menghadap buku sekolah dia. So I have to induce his mood. Sometimes I just hope that Amjah tu ada perasaan nak bersaing secara sihat dengan Imah. I harap dia berlumba dengan Imah, siapa siap homework dulu, siapa lagi pandai, siapa lagi rajin, etc. Ada masanya Imah dah siap homework awal-awal, Amjah pulak sampai ke malam malas nak buat homework, so Imah offers herself untuk tolong buat Amjah punya kerja. Of course I tak benarkan, nanti Amjah terbiasa. Ala… what could you expect from a 4-year-old boy? Even though when Imah was 4 she was already responsible on her homework, I tak boleh compare Imah dengan Amjah, sebab Imah anak perempuan, Amjah anak lelaki, different nature. Ada masanya pagi-pagi nak pergi sekolah, Imah perasan dia terlupa buat homework, dia sangat risau, siap bisik kat I suruh I yang beritahu cikgu, yang dia terlupa siapkan homework. Tapi Amjah, dia buat bodoh aje, dengan muka selamba tunjuk page kosong kat cikgu.

   Masa I sekolah dulu, I sangat liat dan malas nak siapkan homework. Balik rumah aje, letak beg sekolah, tak ambil peduli dah sampai esok pagi, nak pergi sekolah baru cari beg tu balik. Adik beradik ramai, banyak benda boleh main dengan adik-adik, ada-ada aje aktiviti kitorang kat rumah. Sebab tu I benci bila ada homework, I tak suka cikgu yang suka bagi homework, especially subjek Matematik. Kononnya kalau nak terror Matematik, kena buat banyak latihan. I buat kerja sangat laju, sebab tu boleh siapkan kerja kat dalam kelas. Tapi ada cikgu-cikgu yang komited ni, tetap suka bagi homework sebelum keluar kelas, tension betul. Muka-muka selalu tak siap homework, mesti ada terselit muka I. Sometimes bila dapat cikgu yang garang, tahu pulak takut, esok pagi I woke up sebelum Subuh, pulun siapkan kerja. Sometimes I pergi sekolah awal gila, pinjam buku kawan-kawan untuk copy sebiji-sebiji. And sometimes, trick paling biasa, pergi sekolah dan tinggalkan buku tu kat rumah, lepas tu cakap kat cikgu yang buku tertinggal. Itulah yang I buat sepanjang 11 tahun di alam persekolahan. Memang teruk betul, sampai form five pun I berperangai macam tu!

   Seingat ingatan I, masa kecil-kecil dulu, jarang sekali mak tanya, ada homework ke tak? Orang kata kalau mak kita cikgu, selalunya she would be very concerned pasal pelajaran anak-anak. Tapi sepanjang 11 tahun tu, I tak pernah ingat mak checked my school bag, mungkin mak ada checked when I was sleeping, tak tahulah. Bila I dah jadi ibu, I realize tentang kepentingan disiplin dalam pelajaran. Betapa parents ni kena ambil peduli kat hal ehwal persekolahan anak-anak. Especially si ibu, sebab normally ayah sibuk dengan urusan di luar. Tak sedikit pun I nak blame my mother. I believe approach mak ayah kita berbeza kat setiap anak. Mak memang kurang peduli pasal pelajaran I, tapi mak still concentrate kat adik-adik bawah I, paksa diorang buat homework, hantar diorang pergi tution classes, checked buku-buku diorang. Mungkin mak lepaskan I on my own sebab mak percaya kat I. Every exam I got good marks, even though she paid less attention on me. But if she ignored adik-adik, nanti exam diorang pun kucar-kacir. I rasa macam tu jugalah my situation sekarang. I boleh percaya kat Imah, I believe that she can discipline herself. Tapi Amjah, I have to push sometimes.

   Peranan ibu sangat penting, sebab ayah selalu terlepas pandang. Macam Abang, sometimes I marah Abang sebab nak ajak kitorang pergi program sana-sini, or asyik leka main dengan anak-anak sampai lewat malam, padahal esok pagi anak-anak kena pergi sekolah or anak-anak ada homework yang belum siap. Once anak-anak kita dah masuk alam persekolahan, ibu bapa dulu yang kena disiplin, baru boleh disiplinkan anak-anak. Sebab tu I rasa, I am a different student now. Dapat peluang sambung belajar balik dengan status seorang ibu yang I pegang, I rasa I lebih bertanggung jawab kat my studies. I will make sure I siapkan kerja on time, I never request extra time from lecturers. In fact sometimes bila lecturers extend date of submission, I feel disappointed pulak sebab dah pulun siapkan kerja awal. And I will feel frustrated if my groupmates tak siapkan kerja on time, because it will also affect the quality of my work. Tapi I tak boleh salahkan diorang. I pun dulu-dulu macam tu, I was even worse. Only after years of journey in motherhood, baru I realize tentang betapa pentingnya disiplin, concern, rasa tanggung jawab and commitment to do the best in our studies.

Result

   Aduh! UiTM student portal dah buat announcement, exam result untuk budak-budak foundation dah keluar starting 22nd May. But until now bila I checked, masih tak boleh access lagi. Terus rosak mood untuk spend Sunday dengan ceria with husband and kids. Abang was out stationed for several days, so hari ni nak qadha balik time untuk anak-anak, dah planned nak pergi beach petang nanti. We were informed that result will only be out in middle June, so I thought bolehlah I bercuti sakan with free mind for almost two months without thinking about anything related to studies. Adoi… apasal la result keluar cepat sangat?!

   Kenapa I gelabah? Because I didn’t do well in my last final exam. I seriously mean I didn’t do well. Kalau ada budak yang berani cakap dia target dapat 4.0 flat for this third semester, harus saja I salute dia gila-gila. Targeting 4.0 flat before final exam season would be reasonable, but after answering all the examination papers, 4.0 flat seemed unachievable. For most good students, English subjects are not big problems, even though kitorang kena buat two academic writings yang sangat menguji kesabaran. Kertas Economy pulak is out of our attention, most of us tak minat subject tu, we didn’t care much. Usually law papers that give huge and biggest challenges to pre-law students. Dapat pulak lecturer yang memang genius, sah-sah la she has high expectation and requirement in marking papers. You can struggle, study gila-gila, group discussion, past years questions, whatever best you can do, but when you were in the examination hall, it was a different story. It happened to me. Nak faham soalan dah satu hal, I bazirkan masa analyzing what the questions want, termenung memikirkan all the possible answers. Konon nak jimatkan masa, I turned to another question, yet the same thing happened. Then I dah jadi unorganized, which I really hate when myself is in that state. Maka berakhirlah 2 jam yang penuh huru-hara, uncertainties, was-was and loss of hope, of course! I pun pelik, apasal la paper yang susah macam tu cuma diperuntukkan 2 hours aje, bagi la 3 hours. Subjects kitorang bukan macam science subjects, where there is always a short definite answer. We always need to elaborate, explain, goreng-menggoreng, argue, yang mana sangat time consuming.

   My juniors kena daftar awal for their next semester. Maka bertempiklah diorang, apasal tak adil, apasal pre-law students aje kena register awal, sedangkan budak-budak lain masuk bulan July. Trust me, you really need a longer period to learn, study and digest the third semester syllabus. Are they that hard? If you are pretty good in English, I think there would be no problem in understanding. The problem is, terlampau banyak gila benda nak sumbat dalam kepala. If you manage untuk sumbat semuanya dalam kepala pun, you still have to have the skills to choose what to use, what is relevant, what is supporting, how to compare, how to manipulate, bla bla bla… Lepas dah habis semester 3 ni, barulah I faham, kenapa orang kata studying law ni susah. So baguslah if you are given extra time for lectures and tutorials, and if possible, for more tests and quizzes. They will really help you a lot. And please, jangan la suka ponteng kelas. Memanglah boleh depend kat lecture notes, but believe me, ianya takkan sama dengan hearing the words direct from the lecturer’s mouth.

   My biggest mistake for last semester was, right from the first week I didn’t set my target to get 4.0 flat. Apa ke halnya I tak target 4.0 flat after successfully achieving 4.0 flat in the previous semester? Hmm… perangai bodoh I berulang lagi. When I was in primary school, I was known as budak yang sentiasa conquered nombor satu in every exam, baik kat sekolah kebangsaan, mahupun sekolah agama. Ada la sekali dua dapat nombor dua atau tiga. Out of sudden, when I was in standard 4, I decided not to get first place dalam peperiksaan hujung tahun. Konon-konon nak merasa macam mana tak dapat nombor satu. Sounds bangang, bengong, silly and stupid kan? So I main-main, and I got what I wanted, I dapat nombor 15. The feelings? I felt horrible, I lost my self esteem, I degraded my own self, and those feelings really gave me a great lesson, being not good is not a good way to raise attention. Dan itulah kali pertama dan terakhir, since then I always made sure that I struggled to be the best and I managed to be the best sampai la SPM.

   Alih-alih semester 3 kat UiTM ni, I buat benda bodoh tu lagi, not setting up my target to be the best. This third semester was my last semester doing foundation. When I enter law faculty in Shah Alam next July, my CGPA will start back from zero. So I thought takpelah kot nak main-main semester 3 ni, since my current CGPA was 3.97, konon-konon dah secured enough. And now I am regretting it. Gila-gila punya regret! I guess lesson learnt when I was in standard 4 tu was not enough to teach me the horror feelings of becoming a loser. Why is it so important to setting up high target? Because it will boost you to work harder to achieve the highest possibility you can get. Of course kena la set target yang reasonable, yang kita mampu achieve. But when you target something that is below your own standard, bukankah ianya sesuatu yang menyedihkan? You know you could do better, but you choose not to. So just wait for my result. Don’t worry, I will announce it in my blog, I akan hentam dan kutuk diri sendiri for not succeeding this time.

Budak-budak pre-law

   Kat UiTM Kedah, whether to admit or not, orang paling jaki dengan budak-budak pre-law, atau istilah mudah fahamnya, menyampah, meluat dan bengang. It’s a fact, you will notice it as soon as you have sincere conversations with budak-budak from other courses, guards, librarians, makcik cleaners, makcik dewan makan, or even dengan lecturers. Even our ex-coordinator pun pernah bagi remark, “You all ni batch paling pandai, tapi paling kurang ajar sekali!”, specifically referring to my batch. I pernah bersembang dengan makcik guard, memang keluar macam-macam cerita pasal budak-budak pre-law. Sometimes orang menyampah gila kat batch tertentu budak pre-law, like my batch, tak sabar-sabar tunggu batch tu blah pergi Shah Alam. Tapi datang batch baru, sama juga perangainya, berulang balik kisah-kisah buruk yang lebih kurang sama.

   Looking at my image, orang susah nak duga yang I ni pre-law student. Sebab pre-law students ada identity sendiri. Selalunya bila straight cakap English among friends, gaya macam anak orang kaya, pakai baju moden-moden and sometimes seksi, terlebih outspoken kat public, maka orang akan terus kenal you as pre-law student. Kalau ada budak-budak pre-law buat salah, kurang ajar, berlagak, berakhlak kurang sopan, pakai seksi, mulut lazer, dan semua yang negatif, orang akan cakap, “Padan la, dia budak pre-law…” Seolah-olah terpaksa dimaafkan aje merely because dia budak pre-law. Demikianlah warga UiTM Kedah memandang budak-budak pre-law ni. And I don’t fit into the identity associated to pre-law students, sebab tu orang terkejut when I introduced myself as a pre-law student, which I rarely did. I perasan, bila budak-budak from other courses tahu yang I ni pre-law student, diorang tak berani nak tegur. Yes, I pun bukannya rajin sangat tegur orang dulu, tapi once orang dah tegur I dulu, diorang akan tahu macam mana becoknya mulut I ni.

   I have to admit, walaupun pahit, labels yang orang bagi pada budak-budak pre-law ni ada juga kebenarannya. Memang tak semua begitu, banyak aje yang baik-baik. Tapi yang baik-baik ni tenggelam sebab yang tak berapa baik tu lebih dominant, lebih exposed and lebih glamour. Furthermore, diorang pun memang budak-budak pandai yang memanjang aje score in exams. I am 27 this year, jauh lebih tua dari diorang. Mungkin kerana lebih matang dan ada identity sendiri, I tak terikut-ikut pun dengan cara diorang. Sometimes terasa rimas juga, but I managed to just let the feelings go away. Kenalah terima hakikat, diorang budak-budak muda yang baru nak kenal dunia, ramai yang baru first time lepas bebas dari kongkongan keluarga atau warden asrama kat sekolah menengah dulu.

   But sometimes I couldn’t stop myself from comparing between UIA and UiTM. I have been in UIAM Matriculation Centre for quite some times. Masa tu pun budak-budak kat situ baya-baya my batch budak-budak pre-law ni juga, baru lepas SPM semuanya. Tapi memang jauh bezanya situasi kat UIA dengan UiTM. I rasa ada 2 sebab, pertama sebab undang-undang kat UIA lebih ketat dan Islamic berbanding UiTM, dan kedua sebab kat UIA ada budak-budak aliran agama yang menjadi tonggak penggerak roh Islam. Bila diingat-ingat, budak-budak pre-law di matrikulasi UIA sangat dihormati. Memandangkan diorang ni berasal dari sekolah agama, ada ilmu yang luas, pandai bercakap dan aktif berpersatuan, you akan nampak budak-budak pre-law in every event. In fact diorang ni mampu bagi kuliah lepas solat dan berceramah macam ustaz punya level dah. Tengok imej diorang pun, dah macam ustaz, macam bapak budak, dengan jambang, jubah, serban, tudung labuh semua. Memanglah ada juga yang hampas, tapi sebab undang-undang kat UIA agak ketat, hampas-hampas diorang pun terkawal la juga.

   I tahu, ramai budak-budak pre-law in my batch yang akan baca coretan ni. I bukan jenis yang suka masuk campur hal orang dan suka bagi nasihat, teguran atau cadangan directly. Tapi I ambil tahu juga, cuma I tak suka mengulas. I tahu siapa yang dah terlanjur, siapa yang gay, siapa yang putus cinta, etc. Unless they ask, masa tu baru I akan slow talk sikit-sikit. Tapi berapa orang aje nak bicara hati ke hati dengan I? Banyak cakap sikit, nanti I perasan diorang akan mula menjauhkan diri. Sometimes sedih juga, sebab yang berperangai dan berpakaian bukan-bukan tu adalah anak Melayu Islam. Dah tu one day diorang akan jadi somebody yang akan menegakkan kebenaran, at least itulah yang konon-kononnya dikaitkan dengan bidang guaman. Kalau kita sendiri berjalan tempang, macam manalah nak diharapkan kita mengajar orang berjalan betul?

   I takkan pilih kawan. Orang kata, don’t judge a book by its cover, jangan tengok luaran, jangan suka buat pre-judgment. Ada orang pakai seksi, kaki clubbing, tak sembahyang, tapi dia tak pernah tikam kawan, sentiasa sedia tolong kawan. Ada pulak yang baik akhlaknya, tapi kedekut ilmu, tikam belakang, opportunist dan sebagainya. Demikianlah Allah jadikan manusia yang pelbagai ragam. I tak suka ada perasaan negatif kat orang lain, even though sometimes I can’t help myself untuk ada perasaan disapproval, tapi takat dalam hati ajelah, takdelah sampai nak sound directly. Now dah habis belajar kat Kedah. Tak semua budak-budak pre-law tu akan continue buat law, ada juga yang akan pilih cabang lain. Apa pun, diorang kawan-kawan I. I doakan semuanya akan dapat husnul khatimah…

Editing

   Lagi seminggu, tamatlah pengajian I kat UiTM kampus Kedah ni. My last paper will be on 24th. The last assignment I submitted was on 9th April. Sungguh semester ini sangat meriah dengan assignments! Assignment yang bermarkah dah tentu kena buat elok-elok. Assignment yang sekadar aktiviti dalam kelas juga perlu disiapkan sehabis baik, because I am very concern about my reputation. Actually it’s not merely about reputation. It’s about attitude. I discover myself as a perfectionist. Most of the time, I tak peduli sangat apa judgment orang terhadap hasil kerja I. I cuma seronok berasa puas dan bangga dengan diri sendiri bila I dapat siapkan kerja up to my own standard, and my own standard selalunya melebihi standard biasa, walaupun sometimes terkeluar daripada requirement. Sounds boastful, right? Sebab tu I tak boleh jadi leader, or jadi majikan, or perhaps tak boleh jadi lecturer. Kesian kat orang bawah I or my students nanti, my requirement and expectation are high, tak adil dan tak patut meletakkan pressure sesuka hati kat orang.

   Bila I buat sesuatu kerja, I found myself spending more time in editing berbanding membuat preliminary works. Bila assignments assigned berbentuk individual, I have no problem, because I can prepare my work right from the beginning so that my final touch taklah mengambil terlalu banyak masa untuk diedit. But life is not always like what we want it to be. Throughout this final semester, I always faced difficulties when the assignments had to be prepared in group. Ada assignment yang in group of two, even ada yang in group of 10, lagi best, ada yang in group of 30, which is the whole class! I malas meletakkan any expectation on every group member, but I always put expectation on hasil akhir kerja kitorang. The biggest problem is… editing! I tak peduli kalau orang ni contribute, orang tu tak, orang ni datang discussion, orang tu tak pernah tunjuk muka, orang ni rajin, orang ni malas, I tak peduli semua tu. I cuma nak hasil akhir perfect, yang boleh cover all internal problems among group members, sebab lecturer nak tengok assignment tu, bukan nak dengar cerita konflik yang dihadapi masa siapkan kerja.

   I am very fussy about my work. Memandangkan semester ni I am pregnant, I malas nak menyusahkan fikiran untuk terlalu cerewet sana-sini. Tahulah kan, emotion perempuan mengandung sentiasa fluctuate. Ada masanya bila tengok hasil contribution other group members, or bila attitude diorang tak menyenangkan hati, I tension terlebih-lebih. So untuk menjaga emosi, I tried to be ignorant. But being ignorant pun mengundang tension juga, bila at last tengok group assignment macam hampas. I tak peduli sangat tentang markah, cuma sifat diri I ni yang suka buat kerja elok-elok. I want for every group yang ada tertempel nama I as one of the group members, lecturer akan puas hati dengan hasil kerja group tu. But it didn’t always happen. Yang susahnya because I am a non-resident student. Bukan boleh simply datang kolej malam-malam sampai pagi buta untuk siapkan assignment. Just imagine, assignment kena hantar esok pagi, pukul 10 malam baru group members submitted part kerja diorang, so I had to let other group member untuk buat final touch, edit sana-sini. Furthermore, I takde computer kat rumah. Selama-lama ni, I was heavily dependent kat computer di library. Dan lagi, not my style bawa balik kerja buat kat rumah. Sepanjang three semesters ni, semua assignments I siapkan kat kampus before 5 pm, kalau tak siap juga, I would continue the next morning kat kampus. I never bring back home my workload, as my time at home is dedicated to my children.

   Sesetengah lecturers suka decide siapa geng siapa in a group, usually the lecturers decide at random. Tujuannya supaya taklah muka yang sama aje in a group for every assignment. Masalahnya, susah bila terpaksa bekerja dengan orang yang kita tak selesa. Tak selesa bukan bermakna I tak suka dengan orang tu, but maybe I tak selesa dengan cara dia bekerja. I boleh tolerate dengan orang yang tak contribute langsung, sebab kita dah tahu awal-awal lagi kita akan kena buat part dia. Tapi I tak boleh tolerate dengan orang yang suka buat kerja last minute, because we have to depend on that person’s work to finish the assignment. Usually budak-budak pandai yang ada attitude macam ni. Because they are smart and brilliant, they can finish their work at the very last hours perfectly, dan kita pun yakin dengan kerja diorang. But group work requires editing. Nak join altogether semua hasil kerja group members memerlukan a few more hours to edit, so that hasil akhirnya neat, nice and ikut flow. Itu yang I cerewet sangat.

   When at times lecturers bagi kebebasan kami pilih group members sendiri, I manfaatkan betul-betul untuk select orang-orang yang I selesa to work with. Orang-orang ni tak perlu dapat dean’s list, or popular, or warak, etc. Cukuplah ada attitude yang I boleh tolerate. Malas pun takpe, kaki outing pun takpe, kaki ponteng kelas pun takpe, as long as I dah tahu cara kerja dia boleh disesuaikan dengan cara kerja I. Bila sesekali dapat group members yang rajin dan pandai tu, kira bonus besar la tu kan! Am I dominant? Entahlah… Tapi I cukup menghargai hasil kerja orang lain. I pernah joined group budak-budak pandai, yang simply discarded hasil kerja orang lain, anggap kerja tu as rubbish, dan siapkan the whole assignment. Yes, the assignment got the highest mark, but as one of the group members, even though markah tinggi, I tak seronok sebab itu hasil kerja individu tertentu, bukannya group work pun. Pada I, it’s about kemahiran mengedit. Banyak maklumat yang group members kita cari, bukannya rubbish, nampak macam rubbish sebab masih belum refine, or nampak macam rubbish sebab English dia poor, or nampak macam rubbish sebab kita yang tak faham.

   So I wanted to challenge myself. I keluar dari group budak-budak pandai tu, I requested kat lecturer nak join group yang rata-ratanya dilabel budak-budak tak berapa pandai, budak-budak malas yang selalu tak nampak batang hidung dalam kelas, yang selalu kena marah dengan lecturer sebab buat assignment cut and paste dan tak faham dengan apa yang diorang sendiri present. I am so proud of myself, lepas aje I joined group tu, our group got better marks than group budak-budak pandai tu for every assignment! Sampaikan bila carry mark kitorang keluar, ada my group member yang selama ni dilabel as weak student, dapat carry mark lagi tinggi than a few top students. My secret is only… editing! You minta ahli kumpulan kumpul fakta, tak kira macam mana tak relevant pun kelihatannya fakta tu at first, mesti ada sesuatu yang boleh diguna. Sometimes it just needs rephrasing, ubah struktur ayat tu, supaya tally dengan topic. Ayat-ayat dalam internet or dalam buku, bukan semua mudah difahami, you translate aje into simple English. Sometimes it just needs organization. Fakta tertentu bila diletak bawah subtopic tertentu baru nampak relevant, bila diletak kat subtopic lain nampak macam tak kena langsung. Sometimes it just needs one sentence of explanation. Ada maklumat yang tak clear until kita buat satu ayat to connect the information with the topic. As simple as that… editing! Editing boleh membuatkan hasil kerja yang biasa-biasa jadi luar biasa. Ada satu assignment tu, my group was the only yang dapat full mark. Lecturer tanya kat my friend, “Asiah sorang ke yang buat kerja ni?” Oh no! It was a group project indeed. Maybe kalau I nak dapat credit pun, because I was the one yang buat kerja editing, gave final touch to what other members had compiled. Semua fakta, points and arguments dah ada, cuma perlu diedit supaya lebih jelas dan menjawab soalan, itu aje rahsianya.

   Ada satu subject ni memang based on individual work, kena tulis two academic writings. Memang tension, banyak kerja and complicated. Memanjang aje kena hantar assignment kat lecturer, lecturer pulak cerewet gila and very particular. But being me, I prefer individual work than group work. Masalahnya, academic writings tu ada limited number of words allowed. Masa nilah I found myself spending more time in editing than in writing. I boleh lancar aje menulis, but when it comes to editing, fuhh! Part tu yang tension sangat. Kami kena tulis 800 words, for me, 800 words tu baru habis perenggan ketiga out of six paragraphs. Macam manalah nak menyampaikan semua isi dan fakta sokongan with such limited words? Memang masalah besar, sampaikan lecturer selalu perli I dalam kelas. She liked reading what I wrote, but she said, she won’t mark it because it’s too long and beyond requirement. Sudahnya, dua tiga kali my assignments kena reject. Tapi ada hikmahnya. From that, I learn how to be precise and concise. Sometimes orang akan naik muak dengan benda yang melebih-lebih. Cukuplah dua tiga ayat untuk menjelaskan sesuatu, tak perlu meleret-leret. Sometimes kita memang boleh present sesuatu yang orang suka, but we are only given limited space and time. Macam penceramah kat tv, banyak gila benda nak cakap, tapi ada slot setengah jam aje. So dalam bab ni, I kena belajar lagi cara nak edit my work to be short but meaningful.

   Masuk Shah Alam nanti, for sure akan jumpa kawan-kawan baru. Meaning… perangai-perangai baru, konflik-konflik baru, isu-isu baru. Belajar kat university, memang takkan boleh lari dari group assignment. Baguslah I dah ada pendedahan kat peringkat pra ni. So I know what to expect bila buat degree nanti. Apa yang pasti, I will be very selective nanti bila nak choose my own group member. I tak minta orang memahami my status as a mother, I never make it an excuse untuk lari dari kerja yang patut I buat. Even dalam pantang pun I datang kelas dan siapkan assignment on time. I cuma nak my group members nanti share the same aspiration and motivation that I have, bahawa semua kerja perlu disiapkan sehabis baik, bukan separuh hati.

Insufficient sleep

   As soon as you enter the world of motherhood, insufficient sleep becomes normal. As in my case, I have been through it for six years. But there are few rare times that I manage untuk tidur mati start aje letak kepala atas bantal sampailah bangun esok pagi. Usually the rare times come when I am no more breastfeeding and ada orang lain boleh ambil alih tugas jaga anak-anak waktu malam. Of course bila breastfeed your baby, jangan haraplah nak tidur straight sampai pagi, especially during first few months after the arrival, every two hours baby nak menyusu. Sometimes Abang kesian kat I sebab kena bangun banyak kali, he offers untuk bancuh susu botol, but I refuse, seboleh-bolehnya nak bagi breast milk kat anak as much and as often as possible.

   I will only stop breastfeeding when I am pregnant again. In my record, the minimum age of my last child is 7 months and the maximum age is 10 months old when I conceive again. However even though I do not breastfeed during next pregnancy, still kena bangun malam juga a few times untuk bancuh susu dalam botol. Up until now, Amjah who is already 4 years old pun still minum botol. Zara sangat kuat minum susu, just imagine, start I ambil dia from taska at around 5.30 pm sampai 8 pagi esoknya, normally Zara will have at least 6 bottle feedings! Adham pulak, the best baby of all four, after he stopped breastfed, dia tak jaga malam, he will only wake up at 5 am, masa tu dah memang time I bangun. So in conclusion, I dah get used to insufficient sleep. Sesekali bila ada anak yang sakit, time tu adalah time total sleep deprivation for me. Zara pernah ada history kena feveral fit, ada possibility anak-anak lain pun mungkin kena, because it is genetically inherited. So I don’t dare to take any risk, should any of my kids demam, I standby kat tepi diorang the whole night to monitor and control the body temperature.

   Tapi sesekali bila Abang ada, or bila balik kampung rumah mertua, masa tu la memang best gila dapat tidur nyenyak. Abang memang sangat rajin, suami contoh la, untung I dapat suami macam Abang yang voluntarily helps to ease my burden. My father in law juga sangat suka kat budak-budak. Bila balik Johor, lepas anak-anak dah tidur dengan kitorang, my father in law akan angkat sorang dua masuk bilik dia, tidur dengan dia. Paling best bila my father in law angkat baby. Sepanjang malam tu, kalau baby nangis nak susu ke, lampin lencun ke, my father in law akan uruskan semuanya, sikit pun tak kejut kitorang. Esok pagi lepas bangun Subuh, sometimes Abang and I tidur balik sebab mengantuk gila driving the whole last night. Memang dasar menantu hantu! Hehehe… Kitorang tak payah susah hati sebab as soon as my kids bangun tidur, semuanya my father in law uruskan since mak bapak diorang dok berdengkur lagi. He is such a great grandfather to our kids!

   Now I am entering my third trimester. Inilah fasa yang sangat mengganggu tidur. Sometimes your whole body memang exhausted, kepala pening, tapi tak dapat tidur nyenyak sebab perut yang makin membesar buatkan kita rasa tak selesa. I selalu rasa oxygen dalam dunia ni tak cukup when I am towards the end of pregnancy. Sometimes rasa sakit belakang, lenguh sana-sini, semua posisi tidur tak kena. Tidur kat katil empuk rasa lemas pulak, susah nak bernafas. Badan asyik panas, bila tidur dekat dengan kipas, hidung tersumbat pulak, lagi rasa tak cukup oxygen. Ada masanya at first memang nyenyak betul kita tidur, sekali anak tempuh kaki kita aje, terus terjaga, tak boleh tidur-tidur dah lepas tu. Yang paling often, tak habis-habis rasa nak kencing, once dah pergi kencing, mata tak boleh lelap pulak sampai pagi. Dan yang bestnya, pagi-pagi buta perut buat macam-macam bunyi, lapar tak kena masa, tak tahan tunggu esok pagi, maka memasaklah kelentung-kelentang kat dapur.

   I don’t know how others handle and manage this kind of sleeping problem. As for me, bila sampai fasa-fasa tak boleh nak tidur ni, I tak nak buang masa terkebil-kebil tengok ceiling or kipas berpusing sampai esok pagi. Sometimes I menghadap internet, masa nilah nak tulis blog or baca good articles and e-mails. But most of the times, kepala sangat berat untuk absorb benda-benda berat. Luckily ada ASTRO, so menghadaplah ASTRO tu selagi ada benda boleh tengok. I am very selective dalam memilih program yang I nak tengok, takdelah semata-mata tengok movies or dramas. Ada masanya the whole night I watch news or documentaries. Kadang-kadang pulak I buat kerja rumah pagi-pagi buta, especially doing laundry or lipat kain. So kalau you jadi my neighbour, toksah peliklah kalau pagi-pagi buta my house menyala lampu, dengar suara tv, tengok I sidai kain, etc.

   Sekarang ni dah nak masuk musim final exam. Next week is our final week of lecture. Since last two weeks, memanjang test and assignment, lecturers nak melengkapkan carry marks. I mengambil manfaat sepenuhnya dari sleeping problem that I am suffering now. Lagi tak boleh tidur, lagi banyak masa I boleh guna untuk revision. Badan memang penat, but I push myself. Waktu-waktu macam ni, sometimes I have to depend on caffeine. Orang kata pregnant mothers tak elok ambil caffeine. Tapi nak buat macam mana, for long I am addicted to it! During pregnancy I will reduce my intake, tapi time nak exam ni I belasah aje. I pernah tak tidur sampai 48 jam dek kerana penangan kopi! Lepas tu kepala memang bengong la, tapi puas hati sebab dapat habiskan revision dan dapat jawab semua soalan dengan baik. By end of April, I dah boleh balik bercuti di Kuantan. Kat Kuantan nanti, tak tahu macam mana nak spend my sleepless night, waktu tu dah tak payah study. Hmm… agaknya banyaklah entries in my blog nanti.

Supportive husband

   Before I made my final decision to register kat UiTM Kedah ni, I told Abang, “Kalau Abang macam ayah Atin, baik cakap siap-siap, so that Atin tak payah susah-susah peningkan kepala to continue studies…” Abang calls me Atin. Yes, that was my biggest worry, to get Abang’s approval. I didn’t care if the whole world object my decision, but as long as Abang approves, I feel blessed and berkat. As a wife, of course I have to ask permission from my husband. Knowing Abang, I know that Abang akan selalu tolerate and berlapang dada with 90% of my decisions. Abang jarang sangat objects, because he knows and believes that usually I am wise in making decisions or in expressing my stands. Other people might see it as I am being a queen control, but Abang sees it as demi untuk menggembirakan dan membahagiakan si isteri. Abang approved, but looking from his facial expression, I know that Abang sebenarnya teragak-agak untuk lepaskan I pergi.

   It was the biggest decision in our 6 years of marriage at that time. Living apart, sesuatu yang we both rasa sangat mustahil untuk dilaksanakan. Kitorang dah merasa living apart during first seven months of marriage, I was in UIA, Abang was in UTP. Memang seksa sangat, pengantin baru duduk berjauhan. Furthermore, I was in great depression at that time due to my problem of infertility, duduk berjauhan dengan husband added some more to my emotional unstability. Lastly, I decided to quit my studies. I am ego. Do it at my very best, or don’t do it at all, that is my principle. My CGPA was only 3.2, I could not focus on my studies. Boleh aje nak paksa diri untuk teruskan aje, at least biar habis degree. But being an egoistic, I tak nak sekadar pegang ijazah cikai, so I berhenti macam tu aje. Everybody was shocked, even Abang, because he knows me since I was 13, I am always a good student, suddenly I made that kind of surprise to the world. Tapi Abang tetap berdiri teguh di belakang I, he understands me well, up until now, betapa isteri dia ni memang kepalanya lebih keras dari batu. Starting from that, we never live apart from each other. I pernah merasa hidup kat Kerteh, ikut Abang practical. Pernah hidup di Tronoh, during Abang’s final year in UTP. Pernah hidup di KL, when Abang was working part time sebagai pelukis pelan. And hidup di Kuantan, sejak Abang bekerja dengan Petronas. Not only that, I was a loyal housewife yang setia ikut bontot Abang ke sana sini, ke hulu ke hilir. Abang takkan pergi outstation, attending courses, join family programs, etc without me and anak-anak ikut sama. Even course kat Miri yang kena seberang laut tu pun, Abang insisted suruh anak-anak and I ikut sama. That was our life before. That is Abang, he is truly a family man, yang kena tengok muka isteri dan anak-anak everyday sebelum pergi kerja and sebelum tidur.

   Mengenali Abang sebegitu, that’s why I waited for 6 years before I decided to become a student again. Living apart was something that we both tried to avoid all this while. Abang is stationed in Kuantan, kat Kuantan, berapa banyak sangat higher institutions yang ada. Memang ada UIA, ramai yang kata, kalaulah I tak terburu-buru berhenti belajar dulu, I dah boleh sambung belajar kat UIA kampus Kuantan. Mungkin bukan rezeki I, Allah dah atur perancangan-Nya tersendiri, yang kita sebagai hamba tak nampak. There were several times I applied several courses kat IKIP, KIPSAS, but then I refused to go sebab courses yang I pilih dan dapat tu I felt like they were not so challenging. I have strong belief in myself that I could achieve more, why downgrade myself? Then I discovered that UiTM kampus Kuantan ada offer law course. So I applied online, wishing that I berjaya dapat UiTM Kuantan. Mungkin ada hikmahnya, I was successful in that application, only that I was offered kampus Kedah, and not Kuantan. Masa tulah banyak issues timbul.

   Ketika itu, I was already a mother of three. I was in third trimester of my fourth pregnancy. Abang has good job, with a few times of salary increments, bonuses, awards. We have already bought a lovely semi-D house in Kuantan. My eldest daughter dah start kindergarten. In short, I have already a complete, secured and beautiful life with a good husband and wonderful kids. What more to pursue? My father was not in favour of my decision, he strongly objected my intention to have a degree. I tak salahkan ayah. Ayah percaya housewife is the most noble job a woman could possess. Dan kalaupun terpaksa bekerja kerana tuntutan kewangan, ayah tak nak pekerjaan itu menjejaskan anak-anak. That’s why my mother ended up jadi a regular teacher aje, sampai pencen. I know, if she was given chances and supports, mak boleh pergi jauh. I know my mother, she was head student masa kat STF, she is brilliant and hardworking. It’s only that lepas kahwin dengan ayah, her direction berubah, her priority adalah anak-anak, niat mak nak sambung belajar terkandas macam tu aje. Masa dapat tawaran belajar tu, kekuatan I cuma Abang. Since I am already married, I tak perlu dengar cakap ayah, I cuma perlu dapat Abang’s approval. I takut sangat bila sesekali Abang bersembang dengan ayah, kalau-kalau ayah berjaya pujuk Abang untuk tak benarkan I sambung belajar. Ayah sebenarnya tak bangkang niat I nak possess a degree, cuma ayah rasa, kenapa nak buat law, kenapa nak jadi lawyer? Jadi cikgu cukuplah. Tapi Alhamdulillah I got strong support from my parents in law, especially my mother in law, she was the one yang pujuk Abang gila-gila to let me grab this golden opportunity. My father in law juga sokong I, dia kata, buat apa nak rendahkan kebolehan diri, kalau rasa mampu jadi lawyer, buat apa nak berhenti setakat jadi cikgu?

   If you di tempat Abang, agak-agak sanggup ke lepas isteri duduk jauh-jauh, berdikari sendirian dengan 3 anak kecil? Dah la isteri tengah sarat mengandung 7 bulan waktu tu, nak sesuaikan diri di tempat orang, nak uruskan anak-anak sorang-sorang. Tapi Abang kenal I, Abang yakin I boleh buat. I juga yakin dengan diri sendiri. Tapi sebenarnya yang berkorban bukanlah I, sebaliknya Abang yang terpaksa berkorban itu ini. Abang dah biasa hidup dengan bebelan isteri tiap hari, dengan riuh rendah rumah dek suara anak-anak. Abang dah biasa isteri uruskan semua, even berus gigi dia pun takkan berganti kalau bukan I yang letak berus gigi baru kat toilet. Abang makan sangat banyak, he enjoys home made cookings sebab boleh tambah banyak-banyak. Abang suka kalau anak isteri ikut dia ke sana sini. Like normal typical husband, Abang juga suka bila dia balik penat-penat dari kerja, ada isteri dan anak-anak kat rumah, even though I selalu sambut Abang balik kerja dengan rajuk, rungutan dan bebelan. But it is our life yang kitorang dah biasa dan rasa selesa. Suddenly bila I pindah ke Kedah bawa anak-anak, Abang has lost all these big and little things, life berubah secara mendadak. Bukan mudah nak sesuaikan diri. There were times when Abang called me, crying, because he felt that rumah tu terlalu sunyi, his life terlalu empty. Every week Abang akan travel from Kuantan to Sungai Petani untuk jenguk anak-anak and I. That is really a long journey, about 700 km! Tapi Abang sanggup, sebab kata Abang, itu tanggung jawab dia. Abang is forced to make this sacrifice semata-mata sebab I nak kejar segulung ijazah…

   Bila kita sedar diri, betapa untuk berada di kedudukan ni, terlalu ramai orang berkorban dan terlalu banyak perkara perlu dikorbankan, maka kita takkan sia-siakan semua pengorbanan itu. I bertekad, I bukan sambung belajar sekadar macam lepaskan batuk di tangga, I akan buat sehabis baik. Alhamdulillah, when I got 3.93 and 4.0 flat, Abanglah orang paling gembira. Sesetengah suami tak suka kalau isterinya terlalu berjaya, dia akan rasa tercabar. Tapi Abang bukan macam tu. In fact, kalau bukan kerana pengorbanan yang Abang sanggup lakukan, tak mungkin I akan sampai ke tahap ni. Abang is a very supportive husband. Ada masanya Abang sanggup ambil cuti tahunan sebab nak tolong jaga anak-anak when I am in exam seasons. Time tu rumah memang tunggang-langgang, nak layan anak-anak tak sempat, nak makan pun berkira-kira soal masa. So Abang takes that responsibilities, Abang uruskan kain baju, bersihkan rumah, jaga anak-anak. Satu kejutan besar buat I, sejak balik dari Arab Saudi, Abang dah pandai masak! Balik dari kelas aje, macam-macam lauk Abang dah siap masak… I am touched! Bab duit, toksah cakaplah. Berapa banyak perbelanjaan tambahan yang terpaksa Abang keluarkan untuk tanggung expenses dua buah rumah, tampung perbelanjaan harian anak-anak and I, kos Abang travel pergi balik Kuantan-Sungai Petani, even kos I belajar pun Abang yang tanggung since I cuma dapat RM1000 per semester. Dulu cuma bayar basic yuran taska anak-anak, now dah bertambah kat OT pulak, sometimes OT sampai 2, 3 ratus sebulan, because I have extra classes at night, exam, debate… Bercakap pasal debate, my involvement in debate juga sangat costly, and all the costs are borne by Abang, nak harapkan HEP, tak payahlah. Kena travel pergi latihan or tournament, students lain boleh naik bas, I have to drive sendiri sebab nak bawa anak-anak sekali, minyak tol semua tanggung sendiri. Masa ada debate, kena uruskan orang jaga anak-anak. Ada sekali tu, for 5 days tournament, bayaran mengasuh anak-anak aje RM300! Tapi Abang sangat supportive. Ini adalah investment untuk masa depan, untuk jadi a good lawyer, I have to be excellent in debate.

   This March, we celebrate our 7th wedding anniversary. Ada sekali tu, I was so sentimental, I menangis the whole night, memikirkan betapa beruntungnya I dikurniakan suami sebaik Abang. Ada masanya I rasa sangat lemah, penat nak main peranan sebagai isteri, ibu dan pelajar at the same time. Tapi Abang is always there to support me. Dia melengkapkan apa yang kurang dalam perjalanan yang I dah pilih ni. I berdoa pada Allah, semoga I akan beroleh kejayaan yang paling cemerlang, sebab kejayaan itu ajelah bukti I menghargai kasih sayang dan pengorbanan Abang. I nak jadi orang berjaya, and I will declare to the whole wide world, bahawa kejayaan yang I capai, sumber kekuatannya comes from my beloved supportive husband. Dan bila dah berjaya, I takkan lupakan Abang. I tak nak jadi a career woman yang ada pangkat besar dan duit banyak, tapi selalu merendah-rendahkan suami atau lupa tanggung jawab dan kedudukannya sebagai isteri. I juga simpan cita-cita, satu hari nanti, bila dah ada duit, time tu I boleh tolong support family, I nak Abang tunaikan cita-citanya untuk sambung belajar sampai PhD. I tahu, Abang selalu nak sambung belajar, tapi Abang terpaksa fikirkan keluarga dulu, and now Abang terpaksa bagi peluang kat I terlebih dahulu. Abang, thank you so much… Syukur pada Allah yang menyatukan hati-hati kami…

Cases

   One lecturer said, “During my time in law school, I had to remember 500 cases every semester!” Wow! Ternganga I bila dengar tu. Tak tahulah whether he exaggerated or not, but that is the reality of being a law student, we have to remember cases. Malaysian legal system is not only about constitution and statutes, but also includes the doctrine of binding precedent or stare decisis, standing on what have been decided. In other words, cases terdahulu yang telah diputuskan oleh higher courts become binding to similar cases selepasnya. Orang awam mungkin tak faham, takpelah. But my point is, some cases become the law, sebab bukan semua perkara terkandung dalam constitution or statutes. Especially dalam undang-undang tort, fuhh… banyak gila cases nak kena tahu dan hafal.

   During my first and second semesters, I tak menjiwai sangat apa yang lecturer tu cakap. Masa tu baru early introduction to law, belajar kat surface aje, I would say. Itupun dah rasa susah. Naik semester 3, hah… rasakan, cabaran jadi law student mula terasa. During my first test, I did last minute preparation, but I still managed to remember almost all the cases in criminal law notes provided. Tapi bila dapat soalan, gila blank! Tak tahu which cases should be applied, which is important, which is relevant, which is supporting, which is not supporting the case, lastly semua blended together dalam kepala, dah confused cases ni belong under what chapter, yang ni belong under what law. Habis dengan semua definitions bercampur-aduk sampai dah gelabah tak tahu nak tulis apa. And itu baru about 20 cases. Dapat result, I only got 13 over 30, lepas minta markah kesian kat lecturer, which normally is not my practice, dapat la 16.

   Masuk undang-undang tort, lagi meriah dengan cases. One single issue pun boleh melibatkan about 10 related cases, sometimes just to verify the definition, to establish elements, to support arguments and to raise defence. Tiap-tiap kali habis lecture, rasa macam dah faham. Tiba time tutorial, ternganga juga dalam kelas. Undang-undang tort lagi menarik rupanya berbanding criminal law. Sebab tort ni melibatkan pertelingkahan manusia dengan manusia, siapa yang dapat lawyer lagi bijak, dia la yang potentially will win. Kalau dapat lawyer bodoh or malas, most likely you will lose, even though you are the right party. Tort juga memerlukan lawyer yang kreatif, tahu cari jalan keluar pada masalah, sebab defence boleh jadi macam-macam, boleh cari banyak lubang. No wonder la my seniors in Faculty of Law in Shah Alam cakap, subject paling banyak repeaters is tort.

   It is the demand of the job to be brilliant, hardworking, creative, and most importantly, pandai berhujah. Sometimes rasa nak termuntah baca cases banyak sangat, rasa berselirat wayar-wayar dalam kepala. Padahal bukannya baca the whole report of the cases, cuma baca gist aje. Itupun setakat ni belum sampai 100 cases pun lagi to be memorized. Bila difikir-fikir, macam mana la agaknya perjalanan I bila dah officially buat degree in law nanti. Ni baru foundation dah bengong semacam. But to be a good lawyer, this is what I have to do, belajar, belajar, belajar, usaha, usaha, usaha! Kalau level ni pun I tak boleh survive, macam manalah I nak pursue my degree. So I have to do it! Bila ingat apa yang lecturer tu cakap, 500 cases per semester, apa sangatlah cases yang tak sampai 100 yang I kena hafal tu.

   One person told me, Indians are very good in memorizing, that’s why they do very well in law, they can memorize sebiji-sebiji. I pernah dengar petua, Indian law students makan halia to boost their memory, halia is part of their diet. I tak pernah cuba lagi. Kalau ikut cara Islam, kismis tu boleh menguatkan ingatan, sunnah Nabi. Yang ni pun I tak amalkan consistently. Orang Melayu bagi petua, makan pegaga, scientifically proven to increase memory. Hmm… baunya pun dah cukup meloyakan. In conclusion, I tak amalkan apa-apa makanan pun untuk menguatkan ingatan. Dulu zaman sekolah, masa I sibuk menghafaz Al-Qur’an, I tak amalkan makan apa-apa, cuma I berpantang makan, misalnya tak makan mangga, asam, etc. Bukan bab makan aje kena jaga, akhlak pun kena jaga. I kurang tengok tv, tak dengar radio, tak tengok aurat orang. Yelah, nak hafaz Al-Qur’an, bukan boleh main-main, one single huruf pun tak boleh tinggal. Tapi sekarang, bila nak hafal cases, main redah aje, tak ambil apa-apa supplement, tak jaga akal, tak consistent in study. Maka, padanlah muka bila kepala I tak boleh absorb semuanya dengan baik.

   Tak kira apa pun yang kita lakukan, yang paling penting adalah menjaga hubungan kita dengan Allah, Insya Allah Dia akan mudahkan urusan kita. Walaupun menghafal cases tak setanding dengan menghafaz Al-Qur’an, tapi andai niat kita baik, Insya Allah akan dipermudahkan oleh Allah dan ditunjukkan jalan. I betul-betul rasa hubungan I dengan Allah banyak yang lompang sana-sini sejak akhir-akhir ni. Sibuk study, sibuk siapkan assignment, penat pergi kelas, sampaikan solat selalu di akhir waktu, schedule baca Al-Qur’an dah tunggang-langgang, masjid surau toksah kata, memang dah tak pergi. Rasanya sebab tulah jiwa selalu tak tenang, kepala asyik serabut, masalah bertimpa-timpa. I think the most wonderful year in my life as a student was when I was in form three, masa tu I betul-betul jaga hubungan I dengan Allah, study rasa mudah aje, result memanjang gempak. How I miss that… Semester ni tinggal kurang dua bulan aje lagi, banyak lagi yang perlu I buat in order to score. I bukan fikir semester ni aje, I fikir tentang the following semesters yang of course akan lebih mencabar dan susah. Seketika I muhasabah, dalam sibuk-sibuk dengan urusan dunia, apa cerita urusan akhirat I? Tanggung jawab sebagai hamba bocor sana-sini, macam manalah nak dapat pertolongan Allah?!

BEL 342 Rapist and death sentence

   “Rapist should not be sentenced to death”. That is the title of my second term paper for my academic writing. When I was about to submit the initial outline, I was at the wrong time. Kebetulan lecturer ada kat bilik dia, she asked me to come in. Hehe, I bukan jenis yang suka pergi lecturer’s room, as far as I remember, I never go for consultation since semester 1. I prefer to ask every thing only during class session, sebab tu I banyak tanya dalam kelas, sampaikan I rasa students lain pun naik menyampah. Mana ada masa, in between classes, kena siapkan assignment, study, qadha tidur, or terkejar-kejar uruskan anak-anak. Not yet reading through the outline, baru baca title, she was shocked. “Are you sure you want to write on this?!” she asked me. “Yes, that is my stand!” I replied. She was really skeptical. I begged her, “Please go through my points first, before you decide anything.” She went through, with lots of questions for my every single point, asking me each time to explain further. Outline tu I buat simple aje, just an overview of what am I going to write in the final draft, so of course lecturer tak nampak the whole picture.

   “Never mind la, I accept…” at last she approved. The following week, she passed back our outlines. Instead of asking my classmates to pass them on, belum sempat I duduk, she asked me to come in front, my outline was on her desk. I just got 2 over 5. Clearly she was dissatisfied with what I did. I did not get any mark for some points. “Explain this… explain this…” And for about half an hour I was in front of the class, explaining to her every thing that she highlighted. Lepas tu baru lecturer mengangguk, “Now after you explain to me, only then I understand.” And she gave me 4 over 5. After me, ada sorang lagi my classmate kena panggil. I would say he is a genius, I like the way he thinks. He has some issues of attitude, but I have no doubt that he will make a good lawyer one day. And surprisingly his title is just the same as mine! No wonder lecturer tak puas hati, buat tajuk melawan arus! Dan dalam kelas tu, only both of us buat tajuk tu. Like me, that boy kena explained his every point to the lecturer. Knowing that we got the same stand, I had a short discussion with him, went through his points. What can I say? I memang betul-betul adore cara that boy berfikir! Then the lecturer approached us, again she said that our points need strong argument and support, or else we would fail to convince her. I told the lecturer, that boy’s points are fantastic, I am amazed. But the lecturer was indeed right, bukan mudah nak ada stand melawan arus.

   Actually the whole class were given only two choices, either about National Service or rapists. For National Service, you may support or against its implementation. I did this topic at first. But after submitting my initial work, the lecturer condemned me of acting too ambitious. My resources were from PhD level articles. My stand was to stop National Service. I understand what I read, but it’s hard to make others understand just the way I do. The lecturer’s intention was good, she said, if I write like that, most likely I cannot score, buat apa susah-susah nak buat argument at international level when simple arguments like wasting money, wasting time, etc can easily be accepted in my level of study? She said, wait until PhD level, only then I can write like that. Lepas tu I terus malas and demotivated nak continue on that topic. So I changed to rapist. Malangnya, the title given is “Rapist should be sentenced to death.” Personally, I am against this topic, how can I write well to support the topic when my stand is otherwise? I want to be firm with my stand, that’s why I took risky decision to oppose that topic, knowing that there is huge possibility that I can hardly score.

   The following weeks, we are busy finishing the academic writing. From time to time, the lecturer wants to see my progress. She always comes to my desk, asking me how far have I completed, how strong my supporting facts and arguments are, etc. At first, I did think that most probably I will not get A for this paper since awal-awal lagi the lecturer dah ada mindset to reject my points. But as time passes by, I mula rasa challenged, rasa seronok untuk double or triple kan usaha so that I can produce a good masterpiece of work to oppose death penalty being imposed on rapists in my writing. While many students rasa sangat tension dapat lecturer yang sangat particular about every small thing, slowly I rasa I am lucky to be in her class. She is not married yet, she even doesn’t know about sex. It is very challenging to explain to her about rape, marital rape, aggravated rape, objects rape, sodomy, etc. And she is a language lecturer, she didn’t study law. It is also very challenging to argue with her about law, even simple legal jargon like “illegalizing” needs me 10 minutes to explain. As she is a Chinese, I avoid to elaborate much from the perspective of Islam, I banyak mention pasal undang-undang, morality, human rights and social concern.

   After only three semesters doing law, I mula rasa ada masanya bicara undang-undang sukar difahami dan diterima oleh orang ramai. It’s not that kita asyik guna legal jargon yang of course sukar difahami for those who do not study law. But the way orang undang-undang berfikir agak berbeza dengan orang biasa berfikir. In my first semester, my favourite lecturer asked us about legalizing prostitution, what are the benefits gained? Memang terpinga-pinga kitorang, adakah prostitution ni perlu ditadbir oleh authority and is there any benefit from prostitution? I did my extra research on that, lepas tu baru faham apa cerita sebenarnya. Baru I faham, macam mana cara kalangan lawyers berfikir. Definitely sometimes you akan sampai di persimpangan, antara yang hak dan yang batil, contradiction with religious teaching, your inner conflict to be in which side, your priority, and so on. But for the time being, selagi bergelar student, I wish to dive deep down inside. I have my principle. Lawyers selalu dikaitkan dengan pandai putar belit, bohong dan tipu muslihat. Of course as Muslim, I will never practise that. But I still have to learn the art of lying, so that I can detect the lies and counter them back.

   Back to my stand. I am against death penalty for rapists and for drug dealers. Yes, it is very controversial. I am not intending to pour my opinions here in my blog, but don’t be surprise if one day I become the defence councel for accused rapists and drug dealers. In Islam, hanya ada beberapa jenayah yang boleh dihukum bunuh, iaitu murder, orang yang berzina yang telah berkahwin dan orang yang murtad. Is it fair to impose death penalty pada penzina-penzina? Yang berzina dua orang secara sukarela, yang perempuan lepas, yang lelaki kena death penalty. Rape cases in Malaysia bukan semua are genuinely rape, banyak aje kes yang seks bebas sesuka hati, bila si perempuan pregnant and the man doesn’t want to be responsible, maka masa tu files police report, accuses kena rape. I am not saying all rape cases macam tu. Ada aje yang are truly rape, rogol wanita tak bersalah, incest, rogol anak sendiri, etc. And I also have my own stand regarding that type of cases. But still, I am opposing death sentence in Malaysia to be imposed on rapists or drug dealers.

   To all the blog readers, if you baca coretan I ni pun you rasa doubtful, was-was, skeptical, wondering, hot dengan pendirian I, etc, it’s okay, I understand. So just imagine, apatah lagi my lecturer, of course she also feels the same. It’s really hard to deliver my points, stand firmly and convince people with just 1000 words permitted in the academic writing. Tapi takpelah, if let say I get low marks pun, I still rasa satisfied. I tak nafikan, GPA is really important. Last semester I got 4.0 flat. This semester kalau jatuh 0.1 pun still jatuh juga, orang akan mengata. But as long as I am sure with what I am doing, itupun dah cukup menenangkan.

Children’s right

   Pagi tadi ada test Contemporary Global Issues. Since lecturer dah cakap awal-awal, akan keluar soalan pasal human rights, so last night I did my research on the internet until early morning. Lecturer dah cakap, kena bagi 7 examples of violation of human rights occuring around the world nowadays and we have actually discussed about them during tutorial. Sistem pembelajaran sekarang memang exam oriented, but I always open up my mind that tak salah dan tak rugi if I do extra efforts. Knowledge gained bukan untuk succeed in exam semata-mata, tapi setiap ilmu itu ada nilainya dalam kehidupan seharian. I boleh aje list down 7 examples pasal violation of human rights tu as what have been discussed, but I was excited to do more research on that and give something different in the answer booklet. So takdelah lecturer baca pasal Gaza, ISA, Rohingya, Aung San Suu Kyi, etc from the whole batch.

   I was very disturbed bila baca pasal violation of human rights which involve children. I baca pasal children sex slave industry in Phnom Penh, Cambodia. Young girl as young as 5 years old were sold to brothels by their poor parents with as low as $10! These girls later become children sex slave which is the growing industry in Cambodia. Satu dunia tahu, kat situlah tumpuan pedophiles seluruh dunia. Kanak-kanak hamba seks mudah didapati dan penguatkuasaan undang-undang kat situ sangat hampas, even authority pun makan duit dari rasuah rumah pelacuran. You just imagine macam mana hidup these young children. They are often drugged to get compliance or to make them unconscious. They are imprisoned in a cage, macam binatang, and will be raped repeatedly a few times a day! These girls bukan get paid pun, hanya diberi makan, pendapatan tu dapat kat ibu ayam and sedikit diberi to the parents. Sekolah, of course tak pergi. Maka budak-budak ni jadi pelacur sampai dewasa. Siapa sanggup bawa diorang keluar dari rumah pelacuran dan beri kehidupan baru?

   Besides that, I also watched about nasib children in Africa. Kadar kematian HIV AIDS kat Afrika sangat tinggi, before reaching 40 dah mati. Most of the children lose their parents due to AIDS, or just because treatable diseases which did not get proper medical attention. The children become orphans even before they enter primary school age. Memang sangat sayu tengok one documentary pasal one child ni hidup berdikari sorang-sorang dalam rumah. Masa tu he was already 15, but he said, dia dah hidup macam tu since he was 5! Masak sendiri, basuh baju sendiri, cari makan sendiri, hidup sorang-sorang, main sorang-sorang. Sometimes the neighbours come and help, but the neighbours themselves are poor and also have HIV AIDS. Luckily budak tu dapat pergi sekolah sebab bantuan agensi kemanusiaan, itupun he has to walk for 15 kilometres pergi 15 kilometers balik! And one more story, pasal 5 beradik yatim piatu yang juga kehilangan parents due to HIV AIDS. The eldest was 13, the youngest was one and half year old. Diorang pun hidup sendiri-sendiri, yang lelaki sulung cari makan, yang perempuan sulung uruskan adik-adik dan rumah. Sedih gila tengok condition diorang, rumah bocor, kencing tahi merata. Yang baby tu of course tak dapat nutrient, tak minum susu. In fact dapat makan roti sekali sehari pun dah kira nasib baik.

   I juga pernah baca pasal anak-anak immigrant kat Sabah. Their parents kena tangkap, put in detention centre and sent back. I pun tak faham macam mana budak-budak ni tak kena tangkap. Maybe their parents sengaja biarkan anak-anak ni selamat dari ditahan, with mindset that hidup budak-budak ni lagi baik kat Malaysia daripada hidup kat negara diorang kalau dihantar balik. Memang kesian gila tengok budak-budak ni berumahkan kotak, kencing berak tepi jalan. Hidup di pasar-pasar ambil upah tolong angkat plastic bags orang. Makan sisa tong sampah. Bila dah besar sikit, belajar mencuri. Ada yang hidup beberapa beradik, even ada adik kecil umur 2 tahun. I terfikir, macam manalah life these babies. Siapa yang bagi susu, siapa suapkan makan, siapa basuh berak kencing, siapa dodoikan.

   Banyak lagi cerita yang I baca. Tu baru three stories, kalau nak tulis semua kat sini, ribuan pages pun tak cukup. Violation of human rights occur in every part of this world. Kalau melibatkan orang dewasa, wanita dan orang tua pun kita boleh terganggu, apatah lagi bila ia melibatkan kanak-kanak. Bila difikir-fikir, logik ke ada manusia yang begitu kejam dan tak berhati perut? Ada parents yang sanggup jual anak perempuan yang baru kenal apa itu lelaki, apa itu perempuan, belum tahu pasal seks pun, tapi dah dipaksa jadi pelacur. Dah tu sanggup dia makan hasil lacur anak kecil dia. Kebulur dan miskin sangatkah? Pergilah tangkap ikan, tanam ubi kayu, jadi buruh binaan, macam-macam lagi yang boleh diusahakan oleh kudrat seorang ayah dan ibu. Bila baca pasal kanak-kanak di Afrika, I terfikir, kenapa teruk sangat government kat sana? Hasil negara yang sedikit tu, tambah duit bantuan antarabangsa, mereka salah gunakan for military expenditure, perang saudara sini sana, beli senjata. Budak-budak ni terbiar macam takde nilai. Ada agensi kemanusiaan ke sana, kena threaten dengan tentera, budget kena curi, international procedure untuk salurkan bantuan banyak kerenah birokrasi. Kalau generasi masa depan Afrika terus dibiarkan macam tu, I rasa sampai kiamatlah Afrika akan terus miskin dan mundur. Kita ingatkan negara asing aje violate children’s right, tapi Malaysia pun tak ketinggalan. Budak-budak anak pendatang kat Sabah tu hidup di bumi Malaysia yang bukan negara miskin. Tapi sebab diorang anak pendatang, adakah itu menghilangkan hak diorang sebagai manusia?

   Then bila baca kisah rejim Khmer Rouge trained kanak-kanak menjadi pembunuh, tentang kanak-kanak Palestin di kem Shatilla, terasa betapa tak adil hidup ni sebab pelaku-pelaku zalim tu lepas macam tu aje. Pemimpin Khmer Rouge tu, nak dibicara di mahkamah pun punyalah banyak songeh. Sakit la, tak larat la, keadaan tak mengizinkan la. Masa zaman muda diorang, buat zalim dan kejam kat orang tak fikir pula pasal derita yang rakyat tu tanggung. Ariel Sharon dah mati, dunia rasa rugi sebab beliau tak sempat dibicarakan di mahkamah atas peranannya sebagai arkitek perang di Palestin. Tapi bila I fikir-fikir, memang takkan ada hukum dunia yang boleh balas kekejaman dan kejahatan yang diorang lakukan. Parents yang lacurkan anak, perbicaraan panjang lebar, paling berat kena pun dipenjarakan. I rasa biar Allah ajelah yang hukum manusia-manusia zalim ni. Ariel Sharon, Pol Pot dan gengnya dah mati, baguslah diorang dah merasa azab kubur sekarang, sesuai la dengan apa yang diorang buat atas dunia. Cuma orang yang dah mati ni takkan mungkin bangkit dari kubur menceritakan azab yang diorang dapat, so takde siapa tahu tentang balasan hukum Allah. Sebab tulah kekejaman terus berlaku dan berleluasa, sebab manusia sentiasa rasa mereka boleh terlepas. Kat dunia ni, siapa yang berkuasa, dia yang menang, survival of the fittest. Ada yang buat zalim sampai hujung usia, tapi tak pernah kena bala, sentiasa hidup senang, so diorang rasa selamat. Sebab tu akhirnya kita perlu kembali pada Allah. Allah saja yang Maha Adil. Dan kita perlu yakin dengan hari akhirat. Kepercayaan pada hari akhirat sebenarnya penyejuk hati orang mukmin, bahawa setiap sesuatu itu, baik atau buruk, biar sekecil mana pun pasti akan dibalas dengan adil dan saksama.

   Sometimes bila fikir, hidup ni macam tak adil. Ada orang ditakdirkan hidup kaya-raya or at least kehidupan sederhana, dapat proper education, dapat parents yang caring, tapi diorang engage dengan dadah, dengan arak, dengan zina. Tengok anak-anak orang kaya, hidup diorang sia-sia. Sedangkan banyak ruang dan peluang untuk diorang jadi hamba Allah yang baik, manusia yang berguna. Sayangnya kekayaan itu melekakan. Sedangkan dalam dunia ni, berapa ramai orang tak bernasib baik? Dilahirkan sebagai anak yatim, ada mak bapa tapi mak bapa tak berhati perut, ada mak ayah yang baik tapi hidup miskin melarat, terpaksa hidup macam ayam, minta sedekah. Budak-budak ni tak dapat pendidikan, even takde didikan agama. So hidup diorang ditakdirkan derita di dunia, derita di akhirat. Benarlah kata ilmuan, kekayaan adalah satu ujian, kemiskinan juga adalah satu ujian. Ada orang masuk syurga kerana kaya, ada yang masuk syurga kerana dia miskin. Tapi ada juga yang masuk neraka kerana kekayaannya, ramai juga yang masuk neraka kerana kemiskinannya. Sesungguhnya hidup di dunia yang sementara ini adalah ujian yang sangat besar untuk kita.

Imej

   Dalam subjek Social Psychology semester lepas, kitorang belajar tentang “conform”. Satu sub topic yang I suka dan ingat sampai sekarang, “why some people do not conform?” Ianya sangat dekat dengan I, theory yang menjelaskan kenapa I tak pernah conform dengan persekitaran dan sangat tegas with “who I am”, cuma selama ni I tak pernah terfikir pula bahawa ada teori psikologi di sebaliknya. Teorinya adalah “individuation”, strong character yang dimiliki oleh seseorang untuk kekal dengan siapa dirinya, apa dirinya dan bagaimana dirinya. Dalam bahasa mudah, suasana persekitaran dan orang-orang di sekelilingnya tidak mudah mempengaruhinya.

   Hari ini I nak bercakap tentang tajuk “imej”. Budak-budak Naim Lilbanat tentu tahu bahawa I ni dulu berjubah dan berpurdah, even pergi sekolah pun I pakai purdah, cuma dalam kawasan sekolah aje I buka tutup muka sebab ada undang-undang Kementerian Pendidikan. Zaman sekolah dulu, pergi aktiviti kokurikulum luar sekolah pun I berpurdah, even pergi aktiviti lasak dalam hutan pun I berpurdah. Kat UIA, I cuma berjubah dan bertudung labuh. Lepas kahwin, I pakai baju kurung pulak, but still tudung labuh. Panjang ceritanya kenapa I tinggalkan purdah, dan sekarang I tak pakai purdah lagi. Selepas setahun kahwin, I tak pakai baju kurung dah, I kembali kepada imej di UIA, berjubah dan bertudung labuh. Semua baju kurung I bagi kat anak yatim, satu pun tak tinggal di rumah. I bukanlah extreme sangat untuk menjatuhkan hukum pakai baju kurung itu tak Islamik ke apa ke, in fact baju kurung memang menepati kehendak syarak dalam ciri-ciri menutup aurat. But it depends jugaklah kat baju kurung tu macam mana sifatnya, kalau dah ketat-ketat sini sana, tak tutup aurat juga. Masyarakat selalu silap tafsir, asal tutup aje, maka tutup auratlah tu. Padahal kain punyalah jarang, melekap ketat kat badan sampai dah takde rongga udara, sampaikan saiz bra dia pun kita boleh teka, hmm… fikir-fikir sendirilah. Cuma I tak pakai baju kurung kerana jiwa I nak pakai jubah, itu saja yang boleh I cakap. Rupanya inilah teori individuation dalam social psychology. Baru I tahu macam mana nak exlain kat orang yang selalu tanya I, “Kak Asiah takde baju kurung ke, Kak Asiah tak pernah pakai baju kurung ke”, etc…

   Dalam Royal Debate kat UIA hujung tahun lepas, ada la sorang hakim ni dengan ringan mulutnya, dalam sesi ulasan hakim, boleh dia berani tegur pasal imej I. I considered it sebagai bodoh la. Hakim yang bijak, ada kredibiliti, ada kelayakan, sepatutnya fokus pada isi perdebatan, bukan pada imej. Dia kata, imej I yang berjubah dan bertudung labuh ni tak sesuai dibawa dalam debate, kata dia, kita bukan nak pergi ceramah agama, kita nak berdebat. Fuhh, rasa macam nak jumpa dia lepas habis debat tu untuk menyatakan pandangan I. Tapi kami yang mewakili UiTM ni awal-awal lagi dah diberi ingatan untuk tidak mempersoalkan hakim, tak kira bodoh macam mana hakim tu. So I kira dia bernasib baiklah daripada dengar ceramah agama from me. Ada sorang hakim ni pulak, boleh pulak dia suggested kami pakai make up dalam sesi debat, supaya dia suka tengok. Sambil-sambil tu dia sentuh juga pasal imej I. Hoi hoi hoi, bukan style I nak menang perdebatan dengan mengorat hakim! Lagipun, kalau dia suka tengok I sebab I make up, maka jatuhlah hukum tabarruj. Sorrylah, takkanlah sebab nak menang debat, I tempah jalan ke neraka.

   Komuniti debat ni tak besar, balik-balik you akan jumpa muka yang sama aje. Even bila dah graduated pun, pendebat-pendebat ni akan datang sebagai jurulatih, hakim atau pemerhati pula. So everytime ada tournament, boleh kata macam reunion jugaklah. Suatu masa dulu, I mean, zaman Abang sibuk berdebat mewakili UTP time kitorang baru kahwin dulu, komuniti debat ni dimonopoli oleh geng-geng pondan. I cakap monopoli bukan sebab bilangan diorang lebih ramai dari lelaki normal, tapi sebab betapa besarnya pengaruh diorang dan betapa beraninya diorang untuk kekal dengan imej diorang. Sambil berdebat, mengulai rambut perasan cantik, gesture badan yang lagi lentok dari kaum hawa, even make up yang lagi menyerlah dari wanita. I tak nafikan, pondan-pondan diorang pun, diorang memang boleh berdebat dengan baik. Tapi isunya hari ini ialah, betapa kuatnya ciri-ciri “individuation” yang ada pada mereka. Satu dunia kutuk mereka, even ustaz-ustaz penat bagi kaunseling pun, diorang kekal aje dengan imej songsang tu. Geng-geng pondan ni masih ada dalam komuniti debat zaman I ni pun, diorang akan datang sebagai pemerhati, buat geng mereka sendiri dan tak peduli apa pandangan orang. Masa Royal Debate hari tu, siap organized malam prom lagi!

   Lalu I terfikir, imej berjubah dan bertudung labuh dengan imej pondan, yang mana agaknya lebih mulia? Jawab sendirilah… Kita orang Islam, bangsa Melayu. Dua-dua ada ciri-ciri individuation yang strong. Tapi kalau hakim boleh menilai pendebat pondan bukan daripada imej, sebaliknya daripada isi perdebatan, malah ramai aje pondan yang diangkat jadi pendebat terbaik, maka mengapa perlu prejudice terhadap pendebat berjubah dan bertudung labuh? Sepanjang I berdebat mewakili UiTM, tak pernah lagi hakim komen pasal fakta dan hujah yang I kemukakan, komen yang ada hanya berkisar teknik dan format perdebatan yang I masih lemah, maklumlah, I baru aje masuk debat secara serius October 2008 yang lepas. Agaknya sebab dah takde benda lain nak komen, tu yang soal imej pun boleh naik dalam sesi ulasan penghakiman.

   I baru balik dari debat ASTAR di Universiti Malaya, mewakili UiTM. Seperti biasa, I pergi sebagai pendebat dengan imej berjubah dan bertudung labuh. Team I di ranking pertama dari 40 pasukan semasa peringkat liga, tapi kami kalah dalam pusingan kalah mati. Keputusan perdebatan bukan isu untuk dipersoalkan. Tapi sepanjang debat ASTAR, I telah berjaya mengubah persepsi semua orang terhadap pendebat berjubah dan bertudung labuh. Ramai pendebat, hakim, malah pemerhati, mula bertanya-tanya siapa I, siapa kakak berjubah dan bertudung labuh yang hebat berhujah itu. Ada yang approached jurulatih untuk bertanyakan tentang I, ada yang bisik-bisik bertanya dengan team UiTM yang lain, ada yang beranikan diri bertegur sapa dengan I sendiri dan bertanya itu ini tentang latar belakang I. Malah ada yang cuba mengorat pulak tu! Hehehe, awal-awal lagi I cakap kat lelaki-lelaki itu, saya ini ibu kepada 4 orang anak dan sedang mengandungkan anak kelima saya! Semasa majlis malam penutup, ada tayangan video. Ketika ditayangkan slides I sedang berdebat, seluruh dewan bersorak kuat dan bertepuk tangan. Inilah dia kakak yang mulanya dilabel sebagai ustazah tersesat masuk dewan debat, tetapi akhirnya ramai mula sedar, dalam debat, bukan imej yang dilihat, tetapi isi perdebatan itu.

   Apa imej anda? Tak semua orang ada ciri individuation yang tinggi. Kebanyakan orang sangat mudah untuk adapt dengan persekitaran dan orang sekeliling. Sebenarnya takde yang negatif pun kalau anda senang adapt, cuma malanglah kalau kita adapt dalam semua keadaan, even yang tak Islamik pun kita ikut. Kawan kita pakai jeans, elok-elok selama ini kita sentiasa berbaju kurung, demi nak masuk geng, kita pun belajar pakai jeans ketat. Lebih malang lagi kalau imej kita selama ni memang sangat dekat dengan ahli neraka, tetapi kerana ciri individuation kita yang sangat kuat, kita kekal aje dengan imej ahli neraka itu, tak kira apa kata orang pun, macam pondan-pondan tu. Alhamdulillah, tak kira orang kata I ni kolot dan konservatif pun, I tahu apa yang I buat ni selari dengan kehendak agama.